You are on page 1of 8

BAB 6

WANG DAN INSTITUSI KEWANGAN

TAHUN 2003

Tanpa Cengkeram

Mingguan RM 29.50

1. Berdasarkan iklan di atas, nilai RM 29.54 menjelaskan fungsi wang sebagai alat

A Pengukur nilai
B Penyimpan nilai
C Bayaran tertunda
D Perantaraan pertukaran

T.V ORKID 29”


 Harga tunai RM 2 300.00
 Harga Ansuran :
Pendahuluan RM500.00
Bulanan RM100.00 selama dua tahun

2. Apakah fungsi wang dalam urus niaga tersebut

A Penyimpan nilai dan bayaran tertunda


B Pengukur nilai dan bayaran tertunda
C Pengukur nilai dan alat perantaraan pertukaran
D Penyimpan nilai dan alat perantaraan pertukaran
3. Antara institusi kewangan berikut, yang manakah tidak menerima deposit
daripada individu?

A Public Finance Bhd.


B Bank Negara Malaysia
C Bank Simpanan Nasional
D Bank Bumiputera Commerce

4. Apakah tujuan utama bank perdagangan menyediakan pelbagai perkhidmatan


kepada orang ramai

A Memberi pinjaman
B Memudahkan urus niaga
C Memperoleh keuntungan
D Menggalakkan tabungan

5. Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan mendiskaunkan bil pertukaran


yang disediakan oleh bank perdagangan?

A Proses pertukaran hak milik bil pertukaran antara individu dengan harga
diskaun
B Proses pembelian bil pertukaran daripada bank perdagangan dengan
harga diskaun
C Proses penjualan bil pertukaran kepada bank perdagangan dengan harga
diskaun
D Proses pertukaran hak milik bil pertukaran antara bank perdagangan
dengan harga diskaun

6. Individu berikut diwajibkan mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan


Pekerja (KWSP) kecuali

A Operator pengeluaran
B Pemilik kedai tekstil
C Jurutera sebuah syarikat
D Kakitangan bank

7. Apakah faktor yang mempengaruhi keupayaan bank perdagangan memberi


pinjaman kepada pelanggannya?

A Keuntungan bank
B Kadar rizab tunai
C Kadar faedah pinjaman
D Jumlah pinjaman pelanggan
8. Encik Rais telah menyewa sebuah traktor daripada Bank Islam Malaysia Berhad
dengan bayaran RM 3000 sebulan bagi tempoh 3 tahun. Selepas tempoh tersebut
Encik Rais berhajat memiliki traktor tersebut. Apakah prinsip yang terlibat dalam
urus niaga antara Bank Islam Malaysia Berhad dengan Encik Rais untuk pindah
hak milik traktor tersebut?

A Al-Ijarah
B Al-Takjiri
C Al-Wakalah
D Al-Kafalah

TAHUN 2004

9. Encik Mat mempunyai deposit tetap berjumlah RM100 000 di Maybank Berhad.
Apakah fungsi wang dalam pernyataan itu?

A Alat ukuran nilai


B Alat bayaran tertunda
C Alat penyimpan nilai
D Alat perantaraan pertukaran

10. Apakah kemudahan yang disediakan oleh bank perdagangan bagi mengurangkan
penggunaan tunai untuk pelbagai urusan dalam Negara

I Cek
II Cek kembara
III Kad kredit
IV Kad juruwang elektronik
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

11. Rajah di bawah menunjukkan maklumat berkaitan bank Z.

BANK Z

Memberi
Syarikat X mengambil pinjaman
alih Syarikat Y bersindiket
Bank Z ialah

A Bank Pusat
B Bank Saudagar
C Bank Perdagangan
D Bank Simpanan Nasional

12. Maklumat berikut menunjukkan satu masalah yang harus di atasi

Kerajaan dan pihak majikan dituntut menaikkan gaji para pekerja


sebanyak 20% supaya kebajikan pekerja tidak terjejas. Kini sewa
rumah telahpun meningkat 33% manakala harga purata ikan dan
daging telah meningkat 25% sejak 14 bulan lalu. Pengusaha bas
awam pula telah menaikkan tambang sebanyak 50%.

Apakah langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah
itu?

I Mengurangkan perbelanjaan kerajaan


II Mengurangkan kadar faedah
III Meningkatkan kadar cukai pendapatan
IV Menggalakkan firma menambahkan pelaburan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

TAHUN 2005

13. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri wang?

I Diyakini dan diterima umum


II Mempunyai penawaran yang terhad
III Menjadi alat simpanan nilai
IV Sebagai perantaraan pertukaran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
14. Antara berikut yang manakah menyebabkan wang berfungsi sebagai alat bayaran
tertunda?

A Tahan lama
B Mudah dibawa
C Kestabilan nilai
D Diterima umum

15. Wang dapat mengatasi masalah kehendak serentak dalam Sistem Barter. Fungsi
wang yang dimaksudkan ialah sebagai alat

A Ukuran nilai
B Penstabil nilai
C Bayaran tertunda
D Perantaraan pertukaran

16. Semasa inflasi, bank pusat akan mengetatkan syarat sewa beli. Apakah kesan
tindakan tersebut kepada pengguna?

I Kadar faedah yang rendah dikenakan ke atas pinjaman


II Ansuran bulanan dibayar lebih tinggi
III Wang pendahuluan dibayar lebih tinggi
IV Ansuran dijelaskan dalam tempoh lebih panjang
A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

17. Y dalam Rajah di bawah merujuk kepada tindakan yang diambil oleh kerajaan.

 Lebihan permintaan
 Tingkat harga umum meningkat

Ekonomi Stabil
Apakah tindakan tersebut?

I Menaikkan kadar faedah


II Menambahkan kadar cukai
III Menambahkan perbelanjaan kerajaan
IV Menaikkan kadar rizab tunai dan rizab berkanun
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

18. Antara berikut keadaan yang manakah membolehkan pencarum Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan wang carumannya?

I En. Halim telah diberhentikan kerja


II En. Siva telah meninggal dunia
III Puan Siti berhijrah ke Australia
IV En. Liew disahkan telah hilang upaya oleh doktor panel KWSP
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

19. Pernyataan berikut merupakan sumbangan institusi kewangan bukan bank


terhadap Negara kecuali

A Menggalakkan pelaburan
B Meningkatkan guna tenaga
C Mengurangkan pinjaman luar Negara
D Mengawal kestabilan nilai mata wang

TAHUN 2006

20. Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri deposit semasa?

I Deposit semasa merupakan wang sah


II Pendeposit akan diberikan kemudahan overdraf
III Pengeluaran wang tertakluk kepada tempoh masa tertentu
IV Jumlah simpanan minimum adalah lebih tinggi daripada deposit tabungan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
21. Berikut adalah maklumat tentang Encik Mahmud.

Encik Mahmud membeli sebuah rumah teres berharga RM200 000.


Dia membayar pendahuluan sebanyak Rm20 000 dan ansuran
bulanan sebanyak RM1 000 selama 20 tahun

Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan maklumat tersebut

I Alat perantaraan pertukaran


II Bayaran tertunda
III Unit ukuran nilai
IV Simpanan nilai
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

22. Maklumat berikut berkaitan dengan institusi kewangan bukan bank.

 Premium ahli digunakan untuk membayar pampasan


 Ahli boleh membuat pinjaman

Namakan institusi kewangan itu

A Syarikat insurans
B Syarikat kewangan
C Lembaga Tabung Haji (LTH)
D Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

23. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Bank Negara Malaysia untuk
mengawal inflasi?

I Mengetatkan syarat sewa beli


II Menjual surat jaminan kerajaan
III Menaikkan kadar faedah pinjaman
IV Menurunkan kadar rizab tunai dan rizab berkanun
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

You might also like