You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KALI 01 JAWATANKUASA PROGRAM

KHIDMAT MASYARAKAT TINGKATAN 5 DEDIKASI SMK JALAN


4

Tarikh:10 MAC 2010


Hari:Rabu
Masa:2 Petang
Tempat:Kelas Tngkatan 5 Dedikasi

Kehadiran
1-En. Awalludin -Penasihat Program
2-Mohamad Amirul Hafiz bin Mohd. Zahli -Pengarah Projek
3-Hanis Zafirah bt Ahmad Shauqi -Setiausaha
4-Vignesvary a/p Aparahu -Naib Setiausaha
5-R. Thiviarathi -Bendahari
6-Puteri Norhaziqah bt Ahmad -AJK

1.0 Ucapan Penasihat-Guru Mata Pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan


1.1 Mengalu-alukan kehadiran AJK Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 5
Dedikasi.
1.2 Berharap agar program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jaya.
1.3 Penasihat mengucapkan tahniah kepada Pengarah Projek dan Ahli Jawatankuasa
Program Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Dedikasi yang telah dipilih dalam
mesyuarat kelas pada 13 Februari 2010.

2.0 Ucapan Pengarah Projek –Mohamad Amirul Hafiz bin Mohd. Zahli
2.1 Mengalu-alukan kehadiran Penasihat dan AJK Program Khidmat Masyarakat.
2.1 Berharap agar AJK dapat memberikan komitmen yang tinggi dalam projek
yang bakal dilaksanakan.

3.0 Pemilihan Tema


3.1 Tema yang dipilih ialah ialah Tema 3-Masalah Sosial dalam Kalangan Pelajar
Sekolah dengan tajuk Masalah Merokok dalam Kalangan Pelajar SMK Jalan 4.
3.2 Pengarah Projek mencadangkan satu aktiviti menjejaki dan mengenalpasti pelajar
yang merokok sekitar SMK Jalan 4 dan dipersetujui oleh semua ahli.
3.3 Hasil perbincangan AJK sebulat suara memilih untuk melaksanakan projek ini di
sekitar SMK Jalan 4.
3.4 R.Thiviarathi mencadangkan projek ini dinamakan ‘Masalah Merokok dalam
Kalangan Pelajar SMK Jalan 4’dan dipersetujui sebulat suara.
4.0 Objektif Projek
4.1 Pengarah Projek meminta AJK membincangkan objektif projek ‘Masalah merokok
dalam kalangan pelajar SMK Jalan 4.’
4.2 Puteri Norhaziqah bt Ahmad mencadangkan agar objektif pertama ialah
mengenalpasti punca pelajar merokok.
4.3 Hanis Zafirah bt Ahmad Shauqi mencadangkan agar objektif kedua ialah
menyatakan kesan negatif daripada perbuatan merokok.
4.4 Vigneswary a/p Aparahu mencadangkan agar objektif ketiga ialah menyenaraikan
langkah-langkah untuk menagani isu pelajar merokok.
4.5 R. Thiviarathi pula mencadangkan agar objektif keempat ialah menyatakan bentuk
sumbangan yang boleh diberikan oleh individu dalam aktiviti kemasyarakatan.
4.6 AJK sebulat suara bersetuju dengan objektif yang telah dicadangkan.

5.0 Teknik Kajian


5.1 Pengarah Projek meminta AJK membincangkan teknik kajian projek ‘Masalah
Merokok dalam Kalangan Pelajar SMK Jalan 4.’
5.2 Puteri Norhaziqah bt Ahmad mencadangkan penggunaan pelbagai teknik.Teknik-
teknik yang dicadangkan ialah permerhatian, temubual, sesi fotografi dan
pengumpulan data.

6.0 Perancangan Aktiviti


6.1 Penasihat menyarankan agar aktiviti yang akan dilaksanakan mestilah dalam
tempoh sekurang-kurangnya sepuluh jam dari perancangan awal hinggalah selesai
pelaporan.
6.2 Penasiaht menyatakan urusan surat meyurat kepada pihak-pihak yang berkaitan
perlu diuruskan dengan kadar segera oleh Setiausaha.
6.2.1 Surat memohon kebenaran pelaksanaan aktiviti daripada pihak sekolah.
6.2.2 Surat memohon kebenaran pelaksanaan aktiviti daripada pihak ibubapa.
6.2.3 Surat memohon wang PCG Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

7.0 Hal-hal Lain


7.1 Penasihat menyarankan agar pihak AJK Projek membuat tinjauan ke lokasi sekitar
SMK Jalan 4 bagi membuat satu kajian.
7.2 Penasihat berharap agar pembahagian tugas diwujudkan bagi memudahkan
pelaksanaan aktiviti.
7.3 Pengarah projek mencadangkan agar AJK membuat tinjauan ke lokasi sekitar
SMK Jalan 4 pada 19 MAC 2010- Jumaat jam 3.00 petang dan dipersetujui oleh
semua AJK.
7.4 Pengarah Projek menyatakan bahawa pembahagian tugas akan dibincangkan
dalam mesyuarat AJK Kali Kedua setelah tinjauan ke lokasi sekitar SMK Jalan 4
dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang.

Disediakan oleh,

...................................
(HANIS ZAFIRAH BT AHMAD SHAUQI)

You might also like