You are on page 1of 14

PENYELIDIKAN DAN KOLOKIUM

TINGKATAN ENAM
SEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM
SMK TINGGI KAJANG

EN RIZAL BIN HJ UZIR


PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAM
SMK TINGGI KAJANG
Apakah penyelidikan?
•Tatacara yang teratur yang digunakan oleh
manusia untuk menambahkan ilmu
pengetahuan baru. Penyelidikan dilakukan
mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur
khas untuk mengeluarkan maklumat baru.
(Ahmad Mahzan Ayob, 1983)

•Penyelidikan bertujuan mendapatkan


kebenaran yang mempunyai logik mengenai
sesuatu fenomena. (Mohd. Sheffie Abu Bakar,
1987)
Langkah-langkah utama dalam penyelidikan
1. Tajuk Penyelidikan.
2. Kenyataan Masalah .
3. Objektif Penyelidikan .
4. Soalan kajian . Semester pertama
5. Metodologi/Kaedah penyelidikan .
6. Ulasan Bahan Rujukan.

7. Menjalankan kajian (mengumpulan


data primer/sekunder) Semester kedua

8. Penulisan laporan

9. Penyediaan pembentangan
Semester ketiga
10. Kolokium/pembentangan
Tajuk Penyelidikan
•  Kenalpasti satu isu yang berlaku dan boleh
dikaji.
• Pelbagai isu/fenomena yang berlaku di
persekitaran boleh dikaji
• Menerangkan secara ringkas dan tepat
tentang masalah dan skop kajian.
Kenyataan Masalah
1. Tujuan penyelidikan adalah untuk menyelesaikan sesuatu
masalah atau mencari jawapan kepada sesuatu persoalan.
2. Dalam kenyataan masalah, perlu dinyatakan sedikit
latarbelakang perkara yang hendak diselidiki seperti sejarah,
yang berhubung dengan masalah itu.
3. Tujuan kenyataan masalah juga adalah untuk cuba
mengorientasikan pemikiran atau menarik perhatian
pembaca kepada masalah yang mahu diselesaikan dalam
penyelidikan kita.
4. Faedah kenyataan masalah ialah membantu kita
menyediakan objektif penyelidikan dan keseluruhan
kenyataan masalah tadi dapat dijadikan sebahagian dari
laporan penyelidikian kelak iaitu dalam Bab1 di bawah
pendahuluan atau pengenalan.
Objektif Penyelidikan
• Objektif penyelidikan meliputi aspek-aspek yang
hendak dicapai atau dilaksanakan dalam sesuatu
penyelidikan.
Objektif penyelidikan perlulah;
• Menggariskan sempadan atau skop sesuatu
penyelidikan
• Mencadangkan atau menjelaskan cara-cara
melaksanakan penyelidikan.
• Membayangkan keadaan atau sifat daripada hasil
akhir sesuatu penyelidikan kepada pembaca.
Hipotesis/soalan kajian
• Hipotesis adalah ramalan atau andaian yang
berdasarkan kepada logik.
• Soalan kajian adalah alternatif kepada
hipotesis sekiranya hipotesis tidak dapat
dibentuk dari tajuk penyelidikan.
Ulasan Bahan rujukan
•  Penyelidik perlu membuat penyelidikan perpustakaan
(literature research) untuk menentukan samada penyelidik lain
pernah membuat kajian yang sama, atau yang ada hubungan
dengan tajuk yang telah dipilih. Ini dapat mengelakkan
pertindihan tajuk/bidang/skop penyelidikan berlaku.
• Semasa menulis cadangan penyelidikan, ulasan bahan rujukan,
penyelidik tidaklah perlu menulis dengan panjang lebar, cukup
sekadar ringkasan mengenai kedudukan ilmu pengetahuan
masa kini mengenai tajuk yang telah dipilih, merangkumi teori
mengenai perkara yang sama, baik di kawasan itu atau
kawasan lain di Malaysia dan luar negeri.
• Keutamaan harus diberikan kepada karya-karya tempatan atas
tajuk yang sama atau hampir sama. Jika tidak ada, tinjaulah
karya-karya luar negeri.
Metodologi atau Kaedah Kajian
• Metodologi penyelidikan ialah bagaimana tiap-tiap
satu objektif penyelidikian itu hendak dicapai.
Metodologi penyelidikan perlulah menyatakan;
• Jenis maklumat (data) yang akan dikumpulkan.
• Bagaimana data tadi akan dikumpulkan, samaa
daripada sumber utama atau sekunder.
• Kawasan geografi yang hendak dikaji dan alasan
mengapa lokasi itu dipilih.
• Bagaimana data yang dikumpul itu dianalisis supaya
setiap satu maklumat penyelidikan dapat
dilaksanakan sepenuhnya.  
Menjalankan Kajian (mengumpulan
data primer/sekunder)

• Proses menjalankan kajian dengan kaedah


pengumpulan data primer (soal selidik) atau
pencarian data sekunder (data terolah).
• Data yang dikumpul mestilah berkaitan dengan
tujuan kajian dan soalan kajian.
• Data yang terkumpul perlu dianalisis dan
diintreprestasi bersesuaian dengan
permasalahan kajian.
• Kaedah penganalisaan mudah digunakan
( peratusan ,purata atau perbandingan).
Penulisan laporan
 Laporan penyelidikan perlu disediakan
berdasarkan ketetapan berikut:
i. Font Arial /Times Romam Saiz 12.
ii. Langkau 1.5-2.0
iii.Saiz kertas A4
Kandungan Laporan Penyelidikan
PENGHARGAAN i
SENARAI JADUAL/RAJAH ii
SINOPSIS KAJIAN iii

BAB SATU
Pengenalan m/s 1
Kenyataan Masalah 2
Objektif Kajian 3
Soalan /Hipotesis Kajian 4
Batasan kajian 5
Definisi istilah 6
Kandungan Laporan Penyelidikan
BAB DUA
Ulasan Bahan Bacaan Kajian 5-7

BAB TIGA
Metodologi Kajian 7-10
• Populasi kajian
• Sampel kajian
• Instrumen kajian
• Analisa Kajian
Kandungan Laporan Penyelidikan
BAB TIGA
Analisa Kajian 11-15

BAB Empat
• Rumusan 16-17
• Cadangan 18-20

Lampiran
Bahan rujukan

You might also like