You are on page 1of 3

Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam

Tamadun boleh didifinasikan sebagai suatu cara hidup yang boleh


berkembang apabila manusia mula menetap di satu kota atau bandar di mana
terdapatnya suatu organisasi sosial dan politik dikenali sebagai Negara
(state).Namun ada segelintir pihak yang merujuk tamadun berkait rapat dengan
masyarakat yang kompleks dan tinggal di bandar dan ada kalanya tamadun merujuk
kepada masyarakat manusia seluruhnya.Tamadun juga boleh dianggap sebagai
kepada tingkah laku yang standard.Contohnya tingkah laku orang bertamadun dan
beradab berbeza dengan tingkah laku orang yang barbaric yang biadab.

Dalam penulisan berbahasa Arab,beberapa penulis yang boleh dianggap


sebagai pelapor dalam bidang pengajian ini antaranya Jurji Zaydan (1861-1914) dan
Muhammad Farid Wajdi (1875-1954) di samping beberapa tokoh lain seperti
Muhammad Abduh (1849-1905).Bagaimanapun penulis yang mendahlui dalam
mengupas dan mengenengahkan tradisi pengajian ini ialah Ibnu Khaldun (1332-
1406).Ibnu Khaldun menggunakan istilah umran bagi menjelaskan makna dan
maksud-maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya.

Manakala dalam tradisi penulisan berbahasa Inggeris perkataan civilisation


digunakan secara meluas walaupun istilah ini juga buknlah istilah asal bahasa
Inggeris.Ada ketikanya istilah civilisation digunakan secara bertukar ganti dengan
culture walaupun dalam banyak keadaan kedua-keduanya merujuk kepada dua hal
yang berbeza.Sebagai contohnya Anwar Hashmi dalam buku A Short History of
Civilization yang memetik ungkapan Maclever “our culture is what we are,our
civilization is what we use”.Ini berbeza dengan pendangan penulis lain seperti Sidi
Ghazalba misalnya yang melihat tamdun sebagai “inherit” dengan kebudayaan.
Persamaan antara Tamadun Cina dan Tamadun Islam daripada boleh dilihat
daripada sudut budaya dan nilai-nilai sejagat yang telah sekian lama dikongsi oleh
mereka.Aspek kekeluargaan dan nilai kemasyarakatan merupakan aspek pertama
yang dapat dilihat sebagai salah satu ciri persamaan antara Tamadun Cina dan
Islam.Kedua-dua tamadun ini menegaskan bahawa sikap hormat-manghormati
sayang-menyayang,tolong-menolong merupakan ciri penting dalam pembentukan
sebuah masyarkat yang sempurna.Selain itu,ajaran Confucius iaitu ajaran yang
terdapat dalam Tamadun Cina menekankan lima asas iaitu antara manusia dengan
manusia iaitu konsep kepatuhan anak terhadap ibu-bapa,kepatuhan adik kepada
abang,kepatuhan isteri terhadap suami,kepatuhan murid kepada guru dan juga
kepatuhan rakyat kepada rajanya.Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat
Tamadun Cina amat  mementingkan nilai-nilai murni kekeluargaan yang dapat
membentuk sebuah komuniti masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan
bekerjasasma tanpa mengira bangsa.Dalam tamadun Islam pula keluarga
merupakan egen sosialasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan
tanggungjawab yang amat berat bagi membentuk seseorang individu yang berguna
kepada masyarakat,agama,bangsa dan negara.Melalui aspek-aspek yang
ditekankan dalam ajaran Confuciusme keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-
anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan
suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat.

Selain dari aspek kekeluargaan antara persamaan yang dapat dilihat antara
Tamadun Cina dan Tamadun Islam adalah aspek alam sekitar.Alam sekitar
merupakan aspek yang dititik beratkan dalam Tamadun Islam.Tamadun turut
bersetuju menyatakan bahawa alam sekitar amat penting dan perlu dijaga untuk
hidup bersama dengan manusia.Ajaran Confunisme percaya bahawa alam sekitar
perlu dijaga agar ianya tidak menjejaskan kehidupan secara keseluruhan manakala
dari sudut Agama Islam pula menyatakan bahawa betapa pentingnya menjaga alam
sekitar kerana ia adalah kurniaan Allah yang digunakan untuk faedah dan
kepentingan manusia sendiri.
Idea Intelektual merupakan antara ciri persamaan yang terdapat antara
Tamadun Cina dan Tamadun Islam.Kebanyakkan Intelektual menyuarakan
pendapat yang sama dalam beberapa aspek penting seperti perkara yang
membabitkan soal kerajaan,sistem pemerintahan dan lain-lain lagi.Sebagai
contohnya kedua-dua kerajaan ini menggunakan raja sebagai gelaran untuk ketua
negara dan raja mestilah seseorang yang adil dan mempunyai akhlak yang
baik.Aspek pendidikan merupakan aspek persamaan terakhir yang dapat dilihat
antara Tamadun Islam dan Tamadun Cina.Kedua-dua tamadun ini percaya bahawa
pendidikan amat penting untuk membentuk peribadi seseorang individu.Oleh itu
tugas menyampaikan ilmu adalah tugas yang mulia dan kedua-dua tamadun ini
percaya proses penyampaian ilmu perlu dilakukan secara meluas.

Dalam aspek perbezaan pula

You might also like