You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH

MENSERVIS AUTOMOBIL

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2003.

1
Sukatan Pelajaran Menservis Automobil KBSM

PENDAHULUAN

Menservis Automobil ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas
dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini
menguasai kemahiran menservis enjin dan sistem-sistem dalam automobil. Mata pelajaran ini adalah
lanjutan dan peluasan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.
Menservis Automobil merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan ke arah persediaan
murid sebagai tenaga kerja yang berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan di industri
automobil.

Dalam mata pelajaran ini, murid mempraktikkan kerja menservis pelbagai sistem dalam enjin
automobil iaitu sistem penyalaan, sistem bahan api, sistem pelinciran, sistem penyejukan dan sistem
penghidup. Murid juga menguasai kemahiran menservis sistem lain dalam automobil iaitu sistem
brek, sistem stereng dan penjajaran roda, sistem gantungan, sistem penghantaran dan sistem elektrik
automobil. Kebolehan murid menservis pelbagai sistem automobil dikaitkan dengan kemahiran
penyenggaraan berkala mengikut spesifikasi pembuat automobil. Penekanan diberi kepada amalan
keselamatan dan etika kerja semasa bekerja.

Dari segi sistem automatik, murid berkebolehan menservis kotak gear automatik, sistem elektrik
dalam tingkap kuasa dan sistem penyalaan elektronik. Minat murid dipertingkatkan dengan aktiviti
mencari maklumat terkini terhadap perkembangan dan hala tuju teknologi automobil negara dan
antarabangsa.

Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai minat dan kecenderungan dalam
bidang automobil. Dengan kemahiran dan pengalaman yang diperolehi, murid boleh bekerja sebagai
mekanik dalam industri automobil atau menjalankan perniagaan sendiri.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Menservis Automobil adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran
menservis enjin dan sistem-sistem dalam automobil dengan mengamalkan budaya kerja yang baik
dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga
kerja di industri automobil.

OBJEKTIF

Kurikulum Menservis Automobil adalah untuk membolehkan murid :

1. Menservis sistem enjin automobil iaitu sistem penyalaan, bahan api, pelinciran, penyejukan dan
penghidup

2. Menservis sistem brek, stereng, penjajaran roda, gantungan dan penghantaran

3. Menservis sistem elektrik automobil iaitu sistem mengecas, lampu, hon, pengelap, tingkap
berkuasa dan bateri

4. Membuat kerja penyenggaraan berkala automobil

5. Mengguna dan menyenggara alatan tangan dan mesin

6. Mengamalkan langkah keselamatan dan etika kerja

7. Mengurus kerja dengan baik, merekod stok dan berkomunikasi dengan berkesan

8. Mengira kos dan menyediakan rancangan perniagaan yang mudah.

1
Sukatan Pelajaran Menservis Automobil KBSM

ORGANISASI KANDUNGAN

Mata pelajaran Menservis Automobil diolah dalam empat bidang pembelajaran. Setiap bidang
pembelajaran dibahagikan dalam unit pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi
dan senarai unit pembelajaran dalam empat bidang pembelajaran ini adalah seperti berikut :

1. Pengurusan Tempat Kerja

Bidang pembelajaran ini membolehkan murid mematuhi dan sentiasa mengamalkan langkah
keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Di samping itu murid juga dilatih menguruskan
kerja dengan berkesan, mengamalkan peraturan dan undang-undang kerja serta berusaha
memelihara alam sekitar. Murid menggunakan alatan yang berkaitan dan melakukan kerja
penyenggaraan sebelum, semasa dan selepas bekerja.

1.1 Organisasi bengkel

a. Peraturan dan langkah keselamatan

b. Rawatan kecemasan

c. Memadam kebakaran

d. Etika dan budaya kerja

e. Peraturan dan undang-undang kerja

f. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri


automobil

1.2 Peralatan, penggunaan dan penyenggaraan


a. Penggunaan dan penyenggaraan

b. Rekod stok

2. Kemahiran Menservis Enjin

Bidang pembelajaran ini khusus pada enjin automobil dan pelbagai sistem di dalamnya.
Murid dilatih mengenal komponen luar dan dalaman enjin serta mengendalikan enjin empat
dan dua lejang. Mereka mempraktikkan kerja menservis sistem dalam enjin iaitu penyalaan,
bahan api, pelinciran, penyejukan dan penghidup dengan menekankan kepada aspek
keselamatan semasa bekerja. Murid juga menguasai kemahiran penalaan enjin.

2.1 Komponen dan kendalian enjin

a. Komponen luar enjin

b Komponen dalaman enjin

c. Asas kendalian enjin empat lejang dan dua


lejang

2
Sukatan Pelajaran Menservis Automobil KBSM

2.2 Menservis sistem enjin

a. Sistem penyalaan

b. Sistem bahan api

c. Sistem pelinciran

d. Sistem penyejukan

e. Sistem penghidup

2.3 Penalaan enjin

3. Kemahiran Menservis dan Penyenggaraan Berkala Automobil

Dalam bidang pembelajaran ini, murid mempraktikkan kerja menservis sistem automobil
selain daripada enjin. Mereka menservis sistem brek, stereng dan penjajaran roda,
gantungan, penghantaran, dan elektrik automobil. Seterusnya murid melakukan kerja
penyenggaraan berkala mengikut spesifikasi yang dicadangkan oleh pembuat automobil.
Penekanan diberi kepada peraturan keselamatan semasa bekerja.

3.1 Menservis sistem brek

3.2 Menservis sistem stereng dan penjajaran roda

a. Sistem manual

b. Sistem stereng kuasa

3.3 Menservis sistem gantungan

3.4 Menservis sistem penghantaran

a. Pengenalan

b. Syaf putar dan syaf pandu

c. Kotak gear manual dan automatik

d. Klac

e. Gandar belakang

f. Roda dan tayar

3
Sukatan Pelajaran Menservis Automobil KBSM

3.5 Menservis sistem elektrik

a. Bateri

b. Sistem lampu

c. Sistem hon

d. Sistem pengelap

e. Sistem mengecas

f. Tingkap kuasa

3.6 Penyenggaraan berkala

4. Keusahawanan

Dalam bidang pembelajaran ini murid didedahkan dengan cara berkomunikasi yang
berkesan dan membuat keputusan. Mereka mempelajari cara menyediakan rancangan
perniagaan, mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan dan cara pemasaran.
Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya di industri automobil.

4.1 Kemahiran berkomunikasi

4.2 Kemahiran membuat keputusan

4.3 Pengiraan kos

4.4 Rancangan perniagaan

4.5 Agensi yang membantu usahawan

4.6 Pemasaran

4.7 Peluang kerjaya di industri automobil

You might also like