You are on page 1of 8

TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit juga dikenali sebagai telefon tangan , telefon selular dan telefon tanpa

wayar merupakan peranti elektronik , mudah alih , jarak dekat yang digunakan

sebagai alat perhubungan suara atau data melaui jaringan stesen pengkalan yang

dikenali sebagai tapak sel . Selaras dengan arus pemodenan yang semakin pesat ,

telefon bimbit masa kini mampu menyokong GSM tambahan dan mempunyai cirri

tambahan seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi penghantaran teks , surat-e ,

penukar paket bagi mengakses internet , permainan , Bluetooth , infrared , kamera

dengan perakam video dan khidmat pesanan multimedia (Multimedia Messaging

Service- MMS) bagi menghantar dan menerima gambar dan video . Kebanyakan

telefon mudah alih akan bersambung dengan jaringan selular pada stesen pengkalan

(tapak sel) yang kemudiannya bersambung dengan jaringan telefon suis awam (public

switched telephone network)


SEJARAH

GENERASI 0

Sejarah penemuan telefon bimbit bermula disebabkan perkembangan radio . Penemuan

awal telefon bimbit ialah pada tahun 1921 ketika Jabatan Polis Detroit Michigan telah

mencuba untuk menggunakan telefon bimbit satu arah . Pada tahun 1928 , polis

Detroit mula menggunakan radio komunikasi satu arah pada semua kereta peronda

dengan frekuensi 2MHz . Selepas itu radio satu arah telah berkembang menjadi radio

dua arah iaitu Frequency Modulated(FM) . Tahun 1940 , Galvin Manufactory

Corporation mengembangkan portable Handle-talkie SCR536 iaitu sebuah alat

komunikasi semasa perang dunia kedua . Pada tahun 1943 Galvin Manufactory

Corporation mengeluarkan kembali portable FM radio dua arah pertama yang dikenali

sebagai SCR300 dengan model backpack untuk tentera Amerika Syarikat . Sistem

telefon bimbit

GENERASI 1

Telefon bimbit generasi pertama dikenali juga sebagai 1G . 1G merupakan telefon

bimbit pertama . Pada tahun 1973 , Martin Cooper dari Motorola Corp telah

mencipta telefon bimbit yang pertama dan telah memperkenalkan kepada orang ramai

pada 3 April 1973 . Telefon bimbit yang dicipta oleh Cooper memiliki berat sekitar

800 gram . Teknologi yang digunakan 1G masih menggunakan analog , oleh itu

sistem yang digunakan masih bersifat regional . Antara kekurangan yang terdapat

pada 1G ialah saiznya terlalu besar untuk dipegang oleh tangan . Selain itu , 1G

masih mempunyai masalah dengan jarak untuk berkomunikasi . Jangkauan 1G adalah

terhad .
GENERASI 2

Generasi kedua atau 2G muncul sekitar tahun 1990-an . 2G di Amerika pada masa

itu telah menggunakan CDMA (Code Division Multiple Access) sedangkan di Eropah

masih menggunakan GSM (Global System For Mobile Communication) . GSM

menggunakan frekuensi standard iaitu 900 Mhz dan frekuensi 1800 Mhz . GSM

mempunyai jumlah pelanggan yang lebih besar dengan menggunakan frekuensi

tersebut . 2G telah menggunakan isyarat digital . Penggunaan isyarat digital telah

melengkapkan telefon bimbit dengan aplikasi seperti pesanan suara , panggilan tunggu

dan SMS (Short Messaging Service) . Saiz 2G adalah kecil dan ringan kerana

penggunaan chip digital . 2G juga mengurangkan kesan radiasi kepada pengguna .

GENERASI 3

3G merupakan piawai dan teknologi telefon bimbit yang menyusuli 2G . Rangkaian

3G ialah rangkaian telefon bimbit kawasan luas yang berkembang sehingga

merangkumi capaian internet kelajuan tinggi serta panggilan video . Ia merupakan

teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video , audio dan

data dihantar lebih cepat menerusi rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon

bimbit ke komputer peribadi termasuklah komputer riba . Selain itu , pengguna dapat

memuat turun video atau lagu pada kadar sepuluh kali ganda lebih pantas daripada

teknologi 2G . Disamping itu , teknologi ini juga memberi perkhidmatan tanpa

batasan seperti tayangan televisyen , pertunjukan multimedia , persidangan video

secara langsung , melayari laman sesawang , e-mel dan pemesanan segera . Telefon

3G lebih nipis , kecil dan menarik yang dilengkapi kamera dan video berkembar .
PERKEMBANGAN SEMASA TELEFON BIMBIT

PENCIPTAAN TELEFON PINTAR

Telefon pintar adalah telefon bimbit yang mempunyai cirri pengkomputeran maju

dan ketersambungan berbanding dengan telefon bimbit biasa . Telefon pintar

membolehkan pengguna memasang aplikasi canggih di dalamnya berasaskan platform

telefon seperti Symbian , Android , iOS atau windows phone . Ia juga menggunakan

sistem operasi yang menyediakan satu platform bagi pembina aplikasi . Pada awalnya

pengeluar telefon pintar hanya bekerjasama dengan gergasi perisian

dunia iaitu Microsoft Corp untuk menghasilkan sistem operasi (OS) Windows versi

mudah alih . Oleh itu , kebanyakan telefon pintar yang berada di pasaran beroperasi

di atas landasan OS Microsoft Windows Mobile . Pada masa kini telefon pintar

bukan sahaja menggunakan OS Microsoft Windows Mobile malah Symbian yang

terkenal sebagai OS telefon bimbit juga telah memperkenalkan OS untuk telefon pintar

OS yang terbaru sekali ialah Symbian OS v9.5 . OS versi terbaru ini dikatakan

memiliki lebih 70 ciri baru untuk prestasi tinggi tetapi dalam lingkungan bajet

pengguna biasa . Telefon pintar bukan lagi terhad kepada golongan professional atau

eksekutif sahaja .
JANGKAAN PERKEMBANGAN TELEFON BIMBIT

TELEFON BIMBIT MASA DEPAN

Nokia Research Center and Researchers telah membuat kajian dan telah menghasilkan

konsep alat yang canggih . Telefon bimbit ini dikenali sebagai MORPH . Penemuan

telefon bimbit ini juga merupakan hasil penyelidikan antara Nokia dan Universiti

Cambridge . Telefon bimbit ini mampu dilenturkan , ditarik dan digulung secara

fleksibel sehingga pengguna mampu mengubah bentuk telefon ini menjadi bentuk yang

berbeza-beza secara radikal . Telefon bimbit ini boleh digunakan sebagai jam tangan ,

telefon bimbit dan sebagai Media Player . Telefon bimbit berteknologi nano ini juga

bukan sahaja boleh dilipat , digulung atau ditarik malah juga lutsinar . Teknologi ini

direka bentuk berilhamkan warna hijau daun yang menonjolkan kecanggihannya .

Selain itu , telefon bimbit teknologi nano ini juga dapat membersihkan dan

memelihara dirinya sendiri dan kecanggihan itu memastikan telefon bimbit ini

sentiasa dalam keadaan bersih . Telefon bimbit ini hanya perlu diletakkan di bawah

sinaran matahari untuk pengecasan . Telefon bimbit ini juga mampu memeriksa darah

seseorang apabila dililit pada tangan .


FUNGSI TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit merupakan alat perhubungan atau komunikasi . Antara fungsi

Telefon bimbit ialah seseorang dapat dihubungi walaupun beribu-ribu batu jauhnya di

pelusuk dunia sekalipun . Selain itu kita dapat mengetahui berita-berita penting yang

terkini dengan lebih cepat . Telefon bimbit dapat menyampaikan pesanan dengan

pantas dan berkesan serta boleh menyimpan pelbagai maklumat . Telefon bimbit juga

dapat menyimpan dan memaklumkan akan jadual harian . Selain itu , telefon bimbit

dapat membantu kita semasa dalam kecemasan . Kita boleh mendail 112 jika berada

dalam kecemasan walaupun kawasan tersebut tiada liputan . Telefon bimbit juga dapat

membantu kita jika kita tertinggal kunci kereta di dalam kereta . Kita boleh

menghubungi ahli keluarga yang berada di rumah dan meminta dia mengambil kunci

pendua . Kemudian , pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30cm dari kereta

yang terkunci itu . Minta ahli keluarga di rumah menekan punat ON pada kunci

pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya

. Fungsi lain telefon bimbit ialah menangkap gambar atau merakam video .
KEPENTINGAN TELEFON BIMBIT

Telefon bimbit adalah alat paling penting kepada seseorang untuk berkomunikasi,

malah hubungannya seperti isi dengan kuku, sukar untuk memisahkan kedua-duanya dalam

kehidupan seharian.Menurut perangkaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia , hampir 100 peratus masyarakat di negara ini menggunakan telefon bimbit .

Fungsinya kini bukan sekadar membuat dan menerima panggilan atau mengirim dan

menerima pesanan ringkas (SMS) malah mencakupi dunia mesej mudah alih lain .

Kita kini berada dalam ruang lingkup Internet dan orang bercakap di mana-mana

saja . Kepentingannya itu menarik minat pengeluar utama telefon bimbit dunia , Nokia

untuk membangunkan mesej mudah alih secara serius . Apa yang dikatakan mesej

mudah alih ialah kemudahan membabitkan aplikasi seperti e-mel , ruang sembang

elektronik seperti Yahoo Messenger atau MSN Messenger dan pelbagai inovasi komunikasi

lain. Visi Nokia mensasarkan masyarakat mesej mudah alih yang ramai dengan pembuatan

telefon bimbit mesra pengguna berupaya memuatkan pelbagai aplikasi komunikasi di

dalamnya. Berdasarkan penyelidikan yang dilaksanakan Nokia terhadap pendapat umum

menunjukkan fakta membabitkan penggunaan e-mel memandangkan ia antara

komunikasi utama pada masa kini. Ketua Pemasaran Nokia Singapura , Malaysia

dan Brunei , Bambos Kaisharis , berkata penyelidikan yang dijalankan menunjukkan

hamper 100 peratus pengguna yang ditemuramah mempunyai akaun e-mel sama

ada untuk persendirian atau urusan pejabat . "Daripada angka terbabit , jumlah

pengguna yang mahukan kemudahan e-mel secara mudah alih menghampiri 90 peratus,"

katanya. Ia menggambarkan keperluan pengguna dan kesediaan mereka kepada

komunikasi yang meluas dengan permintaan terhadap mesej mudah alih lebih pantas

untuk berhubung. Kepentingan lain telefon bimbit ialah untuk membolehkan kita

berhubung dengan sesiapa sahaja tidak kira dimana mereka berada sekalipun .

You might also like