You are on page 1of 20

ISI KANDUNGAN

TAJUK

MUKASURAT

ISIKANDUNGAN ABSTRAK PENGENALAN SITUASI SEMASA USAHAWAN DI MALAYSIA CONTOH-CONTOH USAHAWAN DI MALAYSIA FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI CADANGAN KESIMPULAN RUJUKAN

1 2 3 4 6 11 13 16 19 20

ABSTRAK

Penglibatan kaum wanita dalam perniagaan telah bermula sejak daripada abad ke 19 lagi. Di Malaysia,terdapat ramai golongan wanita yang menceburi bidang keusahawanan dan berjaya dalam dunia perniagaan.Dalam tugasan pada kali ini, perbincangan melibatkan tentang situasi semasa usahawan wanita di Malaysia, cabaran-cabaran yang dihadapi dalam bidang yang

diceburi dan factor-faktor yang mendorong mereka untuk menceburi bidang perniagaan sehingga berjaya. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa usahawan wanita menceburi bidang perniagaan adalah disebabkan oleh dorongan keluarga di samping memiliki kemahiran kemahiran yang boleh mendorong mereka menceburi bidang perniagaan. Dengan ini diharap lebih ramai lagi usahawan wanita akan menceburi bidang perniagaan dan dapat memberikan manafaat kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

PENGENALAN

Perkataan keusahawanan muncul daripada perkataan usahawan yang bermaksud pengusaha.Usahawan ini juga boleh didefinisikan sebagai mereka yang bekerja sendiri. Mereka mempunyai perniagaan sendiri sama ada secara kecil-kecilan atau sederhana atau perniagaan berskala besar. Secara umumnya, keusahawanan yang didirikan secara kecil-kecilan kerana pemilik juga merupakan pengurus perniagaan, pemilik yang menggunakan wang sendiri untuk pembentukan perniagaan dan pasaran dihadkan kepada tempatan sahaja Usahawan wanita adalah wanita yang mempunyai motivasi untuk membangunkan perniagaan sendiri. Usahawan wanita merupakan golongan wanita yang memiliki perniagaan yang bersaiz kecil, sederhana dan besar. Perniagaan bersaiz kecil merujuk kepada perniagaan yang menghasilkan kutipan jualan kurang daripada $50, 000 setahun dan dimiliki secara bebas. Perniagaan bersaiz sederhana merupakan perniagaan yang menghasilkan kutipan jualan kurang daripada $2 juta setahun dan dimiliki secara bebas oleh wanita. Perniagaan bersaiz besar pula adalah perniagaan yang menghasilkan pulangan jualan melebihi $5 juta setahun dan dimiliki oleh wanita secara bebas. Dalam konteks kajian ini, definisi operasi usahawan wanita adalah mereka yang menceburi dalam bidang keusahawanan adalah usahawan wanita yang memulakan, memiliki, mengelola, mengurus dan mengambil risiko dalam keusahawanan mereka. Mereka

melaksanakan kerja sendiri atau dengan bilangan pekerja yang sedikit. Mereka merupakan pengurus dalam keusahawanan itu.

SITUASI SEMASA USAHAWAN DI MALAYSIA

Wanita merupakan sebahagian besar daripada populasi masyarakat Malaysia. Sumbangan besar kaum wanita kepada pembangunan negara sememangnya telah lama diiktiraf. Sebagai isteri, ibu dan anak, mereka merupakan tunggak utama dalam membentuk generasi Malaysia yang penyayang dan progresif di masa hadapan. Mengikut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2008, 49.1% (13.61 juta orang) daripada keseluruhan jumlah penduduk di Malaysia terdiri daripada golongan wanita dan kira-kira 45.7% daripada jumlah penduduk wanita

merupakan tenaga buruh. Peningkatan dalam penyertaan wanita sebagai tenaga buruh menunjukkan bahawa penglibatan wanita dalam aktiviti pembangunan negara semakin

menyerlah dan kian positif.

Ini dibantu oleh pembangunan negara yang banyak membuka

peluang dan ruang bagi wanita mempertingkatkan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang dan aktiviti di samping membuka dan menyahut cabaran yang lebih besar untuk terus berperanan dan berjaya selaras dengan proses perindustrian dan pemodenan negara menuju abad ke 21. Hari ini dunia menyaksikan wanita sudah berupaya meletakkan diri di barisan hadapan sebagai peneraju dalam pelbagai bidang kepakaran seperti perubatan, perniagaan, perundangan, politik, kejuruteraan dan sebagainya. Malahan telah ada kaum wanita yang mengetuai sesebuah jabatan sama ada dalam sektor awam atau pun sektor swasta. Menurut Rosli Hassan industri perkhidmatan kewangan menunjukkan bahawa pembabitan wanita dalam sektor itu cukup

membanggakan. Contoh yang paling dekat ialah Datuk Maznah Hamid, Datuk Khalijah Ahmad dan Puan Sri Datin Mazmin Nordin yang telah mempamerkan kebolehan, keupayaan dan pengalaman luas di bidang kewangan dan menjadi tonggak dibeberapa syarikat kewangan dan

perbankan. Wanita ini berdiri sama tinggi dengan lelaki dan beransur-ansur keluar dari kongkongan lelaki hingga akhirnya sesetengah daripadanya bergelar wanita besi.

CONTOH-CONTOH USAHAWAN DI MALAYSIA

Datuk Maznah Hamid Usahawan ini dikenali sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja.Gelaran itu mencerminkan dirinya yang bersikap dinamik dan berpendirian teguh dalam mempertahankan apa yang beliau usahakan sehingga mencapai impiannya. Datuk Maznah berpegang pada falsafah modal utama adalah diri sendiri. Beliau bukan sahaja tersohor sebagai usahawan terkemuka tetapi juga terkenal sebagai penceramah motivasi.Berasal dari Ayer Hitam, Kedah, beliau dibesarkan oleh neneknya dan diterapkan dengan pendidikan agama dengan budi pekerti yang baik sejak kecil lagi. Datuk Maznah adalah wanita Malaysia pertama menguruskan syarikat kawalan keselamatan. Datuk Maznah dan suaminya memulakan operasi Securiforce Sdn. Bhd. Pada tahun 1981 beliau menggunakan modal RM5 ribu dan lima orang pengawal keselamatan bagi memulakan bisnesnya. Pada peringkat awal, Securiforce Sdn. Bhd. Hanya member khidmat kawalan keselamatan biasa dan khidmat Cash In Transit. Ia terpaksa bersaing dengan ratusan syarikat kawalan keselamatan yang sudah bertapak kukuh. Kini ia mempunyai lebih 50 buah cawangan di seluruh Negara, lebih daripada empat ribu orang pekerja dan dikelilingi ratusan senjata api serta ratusan buah van kalis peluru. Datuk Maznah juga adalah seorang isteri dan ibu kepada lima orang anak. Keluarga adalah pemangkin utama kejayaan dan sumber inspirasi beliau. Malah anak-anak dilatih serta diterapkan semangat keusahawanan semenjak awal lagi.Demikianlah antara symbol kejayaan beliau sehingga dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi pada masa kini.

Datuk Khatijah Ahmad KAF Group diasaskan oleh Datuk Khatijah Ahmad, ahli kewangan yang namanya tersohor bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat global. Bidang kewangan lazimnya dimonopoli kaum lelaki. Namun datuk Khatijah berjaya membuktikan kebolehan dan pengaruhnya yang kuat dalam bidang ini. Perkataan KAF adalah singkatan bagi Khatijah and Family. Syarikat dibawah KAF Group adalah seperti berikut: KAF Investment Bank Berhad KAF Seagroatt & Campbell securities Sdn. Bhd. KAF Astley & Pearce Sdn. Bhd. KAF Fund Management Sdn. Bhd. KAF Trustee Berhad.

y y y y y

Datuk Khatijah mula berkhidmat di sektor awam di antaranya di Bank Negara, FAMA, Lembaga padi dan Beras Negara. Pada tahun 1973 ketika usia beliau menjangkau 30-an, Datuk khatijah mula berasa bosan dengan tugas-tugasnya dan beliau mengambil keputusan berhenti kerja bagi memulakan bisnes sendiri. Datuk Khatijah memulakan perniagaannya dengan tiga orang staf sahaja iaitu dirinya sendiri, seorang setiausaha dan seorang pembantu. Beliau mencagarkan rumahnya untuk dijadikan modal perniagaan.

Beberapa tahun kemudian Datuk Khatijah berjaya membeli sebuah firma broker saham. Antara perkhidmatan yang ditawarkan syarikat beliau pada waktu itu adalah menyusun semula pinjaman dan menguruskan harta. Datuk Khatijah juga menjadi penasihat kepada syarikatsyarikat korporat. Ketika Malaysia mengalami kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998, bisnes usahawan ini mengalami peningkatan besar ekoran bertambahnya permintaan mengurus
7

kewangan. Kumpulan KAF kini mempunyai lebih 500 orang staf dan urus niaganya memcecah lebih USD17 bilion setahun.

Puan Sri Datin Mazmin Nordin Puan Sri Mazmin Nordin adalah pengarah eksekutif, Halim Mazmin Berhad. Beliau menguruskan firma kapal yang diasaskan bersama suaminya, Tan Sri Dato Halim Mohammad. Mereka berdua menguasai lebih 50 peratus saham dalam Halim Mazmin. Firma itu tersenarai pada papan utama bursa Saham Malaysia sejak tahun 2002. Abang beliau, Mazlan Nordin, turut memiliki ekuiti dalam Halim Mazmin.

Sejak sekian lama, sektor kapal di negara ini dimonopoli oleh pengendali kapal asing. Hanya 15 peratus freight iaitu barang yang diangkut menggunakan kapal daripada pelabuhanpelabuhan di Malaysia dibawa dengan kapal yang dimiliki rakyat tempatan, manakala 85 peratus diangkut oleh kapal-kapal milik syarikat antarabangsa. Antaranya seperti Neptune Orient Line (Singapura), P&O Nedlloyd, Evergreen (Taiwan), Orient Overseas Line (Hong Kong) dan Mearsk. Halim mazmin adalah antara firma yang mengendali dan memiliki kapal swasta yang terbesar di Malaysia. Ia memiliki Sembilan buah kapal, termasuk kapal tangki dan kapal kontena, dengan kapasiti muatan lebih 300 000 dwt (deadweight ton).

Halim Mazmin memiliki beberapa anak syarikat yang mengendalikan pelbagai perkhidmatan berkaitan kapal seperti mengurus logistic, Broker kapal, sewa kapal agensi untuk kapal-kapal tangki minyak dan sebagainya. Dua orang anak Puan Sri Datin Mazmin, Mariana Halim dan Hisham Halim, turut terlibat dalam menguruskan anak syarikat diantaranya:

y y y y y y y

AHS Marine Sdn Bhd Meridian Shipping Sdn. Bhd OHM Tankers Sdn. Bhd Colcille shipping Sdn Bhd Colorado Shipping Sdn Bhd Prima ship Brokers Sdn. Bhd Prima Ship Management Sdn Bhd.

Ketika kemelesetan ekonomi melanda seluruh dunia pada penghujung tahun 1990-an, banyak syarikat kapal menghadapi masalah kewangan. Bagaimanapun, Halim Mazmin Berhad berjaya melepasi tempoh ujian itu dan bertahan sehingga ke hari ini. Dato Dr. Zahrah Kadir. Memperoleh latar belakang dalam bidang kimia, Dato Dr Zahrah Kadir menerajui dua buah syarikat berasakan plastic dan herba. Wanita yang berasal daripada Pontian, Johor adalah anak kedua dalam keluarganya. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (kimia) dari Universiti Malaya dan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang yang sama dari Universiti Durham, United Kingdom. Sebelum menjadi usahawan, Dr Zahrah bertugas sebagai Pegawai penyelidik selama satu dekad di Institusi Kaji Selidik Neuklear Malaysia. Dr. Zahrah kemudian nya mengambil risiko meninggalkan kerjayanya. Usaha beliau dalam bisnes bermula dari bawah dengan menyertai program latihan usahawan di Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, Malaysia dan mempelajari kaedah membuat produk, sistem kilang serta mengurus kewangan syarikat.

Dr Zahrah menubuhkan B&Z Plastic Industry Sdn. Bhd. Pada bulan Disember, 1993. Beliau memulakan operasi bisbesnya di Seri Kembangan Industrial Park, Selangor. Produk awal yang dikeluarkan syarikat ini adalah rain gutter atau palong air hujan. Dr Zahrah mencipta produk itu daripada plastic uPVC atau vinyl polimer bagi menggantikan palong air hujan yang dahulunya diperbuat daripada zink. Produk ciptaannya yang berjenama monsoon terbukti lebih berkualiti dan rekabentuknya dapat dipatenkan. Dr. Zahrah bukan sahaja produktif dalam bidang bisnes tetapi juga dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau turut terlibat dalam pelbagai program anjuran kerajaan negeri Selangor bagi membantu para usahawan baru. Sesungguhnya wanita ini wajar dijadikan model dan mentor oleh usahawan khasnya kaum wanita. Datuk Norida Hamzah Wanita ini digelar tauke jet kerana memiliki jet pejuang MiG-29N. Datuk Noridah Hamzah adalh pengarah Eksekutif, Aerotree Defence & Services Sdn. Bhd. Sebuah syarikat milik bumiputra yang berkecimpung dalam industri pertahanan dan pernebangan. Antara perkhidmatan ditawarkan Aerotree adalah menyediakan jet penunda, membekal alat ganti, Komponen dan tayar untuk jet pejuang, menyediakan latihan simulator untuk juruterbang serta membaiki jet pejuang MiG-29N dan radar. Aerotree ditubuhkan pada tahun 1998. Meskipun memerlukan modal besar dan kepakaran tinggi, Datuk Norida berjaya meletakkan syarikatnya sebaris dengan syarikat-syarikat asing yang sudah lama memonopoli pasaran industry pertahanan dan penerbangan. Pelanggan terbesar Aerotree adalah Kementerian Pertahanan, Malaysia Jabatan Bomba dan Kementerian kesihatan Malaysia.
10

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN

1. Pertama ialah keputusan yang dibuat secara sedar. Rancangan perniagaan yang dibuat secara sedar yang mengambil kira setiap aspek perniagaan akan berjaya meningkatkan keuntungan syarikat dan lebih berdaya maju. Melalui rancangan perniagaan ini juga, para usahawan akan dapat mengenal pasti potensi syarikat untuk lebih berdaya saing di dalam industri yang mereka ceburi.

2. Kedua ialah minat terhadap bidang perniagaan yang diceburi. Usahawan ataupun ahli perniagaan akan lebih bersikap positif terhadap kerja ataupun tanggungjawab yang mereka laksanakan sekiranya mereka minat di dalam bidang yang telah diceburi.

Contohnya, kesanggupan untuk meluangkan masa dalam perniagaan, berani mengambil risiko, bersikap lapang dada dan tabah menghadapi cabaran dalam perniagaan.

3. Ketiga, tingkatkan kemahiran atau kepakaran dengan bersungguh-sungguh. Tetapkan sendiri matlamat pencapaian dari masa ke semasa serta cuba elakkan diri dari melakukan kesilapan bagi kali yang kedua. Kepakaran perlu ada pada diri sendiri. Dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke apa juga peringkat kerana seorang usahawan yang berjaya perlu bersedia melakukan apa saja pada setiap masa. Perniagaan perlu dibentuk berdasarkan kepakaran yang ada dan sewajarnya perniagaan dimulakan secara kecil-kecilan.

11

4. Keempat, belajar daripada pakar-pakar atau orang yang lebih arif berkaitan perniagaan yang diceburi. Usahawan boleh bekerja dengan orang lain atau mengikuti kursus,

seminar dan perbincangan untuk menambahkan pengalaman perniagaan. Ini adalah satu cara bagi memendekkan kaedah atau prosedur dalam perniagaan dan mengelak daripada melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah atau perkara yang merugikan.

5. Kelima, bersedia menghadapi masalah atau risiko. Usahawan perlu sentiasa bersedia bagi menghadapi masalah,dari segi kewangan, pemasaran dan risiko perniagaan serta mengambil kira setiap aspek dan iktibar dari segala keadaan yang berlaku. Pelbagai cabaran akan dihadapi, lebih-lebih lagi risiko dalam menghadapi pesaing yang ramai. Oleh itu, usahawan perlu bersedia dan bijak menyelesaikan masalah yang berlaku.

6. Keenam, berkebolehan memasarkan produk. Usahawan sewajarnya mampu keluarkan produk yang ada pasaran atau permintaan dan boleh mendatangkan keuntungan. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menarik perhatian pelanggan. Oleh itu, usahawan perlu tahu selok- belok perniagaan dan ilmu yang berkaitan sebelum menceburi bidang yang mencabar ini.

7. Dan yang terakhir ialah jangan cepat kecewa atau mengalah. Kegagalan perlu dijadikan sebagai pengalaman dan peluang untuk terus berjaya. Usahawan perlu bersikap positif dan mengambil ikhtibar terhadap kesilapan lampau supaya lebih maju di masa hadapan.

12

CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI

Dalam apa juga usaha atau bidang yang diceburi, tidak semua orang akan berjaya. Begitu juga dengan bidang keusahawanan ini di mana ada sesetengah usahawan yang berjaya, manakala yang lainnya pula gagal. Antara salah satu faktor kegagalan seseorang usahawan ialah sikap,. Berbagai-bagai perkara boleh dikelaskan sebagai sikap seseorang, misalnya dari segi kerja disiplin, etika dan rasa tanggungjawab. Oleh sebab usahawan bekerja sendiri, sesetengah orang tidak dapat mendisiplinkan diri sendiri. Bekerja sesuka hati, tidak mematuhi masa untuk satusatu temu janji, tidak memenuhi janji, tidak membayar hutang adalah antara sikap negatif usahawan yang tidak berdisiplin, tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. Menjadi usahawan berjaya adalah impian setiap individu yang menjalankan perniagaan. Namun begitu berbagai cabaran harus ditempuhi sebelum mengecap kejayaan yang diimpikan. Walaupun fakta menunjukkan setiap hari bilangan usahawan semakin meningkat di Malaysia, namun tidak kurang juga yang menghadapi kegagalan. Cabaran-cabaran tersebut berbezabeza mengikut jenis perniagaan, jenis usahawan, saiz perniagaan, tempat, masa dan lain-lain lagi. Namun begitu secara umum cabaran yang harus dilalui oleh seorang usahawan boleh dibahagikan kepada diri, keluarga dan alam sekitar. Cabaran pertama lebih banyak berkisar pada diri seseorang usahawan seperti kebolehan melaksanakan tugas dan peranan dengan cekap dan berkesan. Keberkesanan banyak bergantung kepada kemahiran, pengalaman, kebolehan mendisiplinkan diri sendiri serta kesanggupan mengorbankan kesenangan dan masa lapang.

13

Cabaran kedua pula ialah keluarga. Keluarga mempunyai kesan yang kuat kepada keazaman, ketenangan dan keupayaan untuk menjayakan sesuatu pekerjaan kerana biasanya orang-orang melayu memang terkenal dengan hubungan kekeluargaan yang begitu kuat dan rapat. Cabaran keluarga boleh terjadi dalam dua bentuk iaitu mereka langsung tidak percaya kebolehan individu itu berniaga yang mana akibatnya keazaman dan boleh melemahkan semangat dan

keluarga enggan memberi kerjasama yang positif dan membina boleh

menghalang mencapai kemajuan. Usahawan wanita menghadapi masalah akibat daripada stereotaip jantina terutamanya dalam aspek kewangan dan perbankan yang didominasi oleh kaum lelaki. Mereka memerlukan penjamin atau penasihat perniagaan untuk memperolehi pinjaman dari bank atau institusi kewangan. Walaupun begitu, kajian penyelidik yang dijalankan ke atas usahawan wanita mendapati bahawa ramai di antara usahawan wanita menggunakan simpanan peribadi untuk memulakan perniagaan mereka. Oleh itu, pemilik perniagaan menghadapi cabaran yang unik tatkala memulakan perniagaan mereka sendiri. Mereka mungkin mendapati sukar untuk mendapatkan modal atau mengurus pembiayaan. Antara masalah lain yang sering dihadapi oleh kebanyakan usahawan wanita ialah masalah pemasaran (tidak tahu bagaimana memasarkan produk atau perkhidmatan), masalah harga (tidak tahu menentukan harga produk atau perkhidmatan), masalah pengurusan dan pentadbiran (kekurangan kemahiran teknik pengurusan), masalah sosial (prasangka, tidak mempercayai, penerimaan terhadap penceburan kaum wanita sebagai usahawan) (Buttner & Rosen, 1992), masalah peribadi dalaman (konflik dengan rakan kongsi dan pekerja), masalah pengeluaran (kualiti produk atau perkhidmatan tidak memuaskan), masalah pengetahuan (kekurangan pengetahuan mengenai produk atau perkhidmatan yang dihasilkan) dan masalah
14

peribadi (tekanan kerja, tiada sokongan dari keluarga). Di Malaysia, majoriti usahawan wanita menghadapi masalah kekurangan modal dan kemahiran dalam bidang pemasaran.

15

CADANGAN

1. Menyediakan Kemudahan Latihan Dan Bimbingan Persatuan dan pertubuhan yang terlibat hendaklah menyediakan kemudahan latihan dan bimbingan kepada semua anggotanya tanpa mengira saiz dan kedudukan kewangan perniagaan mereka. Semua anggota yang berdaftar hendaklah menerima faedah yang sama rata dan diberi perhatian yang sewajarnya terutama sekali mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Usahawan wanita perlu diberi latihan dan pendedahan tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan keusahawanan dan perniagaan yang lebih besar seperti bidang pemasaran, pembangunan produk, kawalan mutu, pengurusan perniagaan, teknik memasuki tender-tender kerajaan, pengurusan kewangan, cara-cara memohon lesen, cara-cara membuat permohonan pinjaman, motivasi dan sebagainya. 2. Perkongsian Bijak Satu program yang berbentuk perkongsian bijak hendaklah diwujudkan di dalam hubungan yang lebih erat di

persatuan atau pertubuhan. Program ini bertujuan membina kalangan anggota dan membolehkan mereka

berkongsi dan bertukar-tukar pendapat serta

pengalaman sesama mereka. Selain itu, melalui program ini juga anggota yang baru berpeluang mendapatkan nasihat tentang perniagaan daripada anggota yang terlebih dahulu menceburi bidang perniagaan. Persatuan boleh mengumpulkan ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan hari ini bukanlah sesuatu yang sukar menemui usahawan wanita yang terlibat dalam bidang profesional seperti peguam, akauntan, doktor, arkitek, kaunselor dan sebagainya. Ada di kalangan mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan ramai juga yang masihbekerja dengan organisasi kerajaan atau swasta. Ilmu dan kepakaran mereka boleh
16

dikongsi bersama di kalangan ahli persatuan jika pihak pengurusan persatuan bijak mengaturkan program yang dapat menemukan ramai usahawan wanita dalam majlis yang rasmi atau tidak rasmi.

3. Mewujudkan Program Mentor-Mentee Ia merupakan satu program yang diwujudkan bertujuan untuk membantu ahli-ahli yang baru terlibat dan baru berjinak-jinak dengan aktiviti keusahawanan. Melalui program ini, ahli lama yang telah mencapai kejayaan dalam perniagaannya akan membantu ahli baru yang berada dalam bidang perniagaan yang sama dengannya. Mereka-mereka yang telah berjaya ini dapat memberikan tunjuk ajar secara langsung terutama dalam aspek memahami kehendak dan

keperluan pasaran, memahami pasaran yang berpotensi, memahami pesaing-pesaing yang ada serta bagaimana caranya untuk mendapatkan bahan mentah / bekalan pada harga yang paling rendah supaya produk dapat ditawarkan kepada pengguna pada harga yang rendah. Berdasarkan kajian ini, aspek-aspek yang disebutkan di atas merupakan aspek-aspek yang kurang difahami dan diterokai oleh kebanyakan usahawan wanita sehingga ia menjadi antara faktor penyebab yang menyumbang kepada kegagalan dalam mengendalikan perniagaan.

17

4. Menggiatkan Usaha Untuk Membantu Usahawan Wanita Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Usahawan Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat dan Kementerian

disaran agar menggiatkan lagi usaha dan

mencari fomula terbaik untuk membantu golongan wanita khususnya kaum Bumiputera yang terlibat dalam aktiviti keusahawanan. Pelbagai bentuk bantuan seperti bantuan latihan dan bimbingan, motivasi dan modal perlu diberikan agar mereka mampu bersaing dengan kaum bukan Bumiputera yang telah lama bertapak dalam perniagaan. Langkah paling penting dan utama perlu dilakukan oleh kerajaan untuk membantu usahawan wanita ialah dengan membuat bancian bilangan mereka yang benar-benar terlibat dalam aktiviti keusahawanan di seluruh negara.

5. Analisis Keperluan Latihan Pihak kerajaan dan swasta yang terlibat seharusnya membuat satu analisis terlebih dahulu bagi menentukan jenis dan bentuk latihan yang benar-benar diperlukan oleh usahawan wanita. Ini penting kerana jika usahawan wanita tidak diberikan latihan mengikut keperluan, maka latihan tersebut tidak akan mendatangkan sebarang kesan yang positif apatah lagi membantu mengatasi masalah-masalah yang dihadapi. Dalam aspek yang lain, ia juga turut mengakibatkan pembaziran dari segi kewangan, masa dan tenaga.

18

KESIMPULAN

Perlu disedari bahawa

berada di zaman globalisasi dan kata-kata tempat wanita hanya

diceruk dapur tidak boleh digunakan lagi. Wanita Malaysia hari ini perlulah bersaing bukan sahaja dengan kaum lelaki tetapi juga dengan bangsa lain dan juga negara lain. Menurut Datuk Seri Dr. Mahathir, pencapaian dan peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam bidang keusahawanan kini jelas membuktikan kemampuan wanita menghadapi persaingan. Kini peranan kaum wanita dalam sama-sama membangunkan negara tidak harus dipandang remeh lagi. Golongan wanita juga mungkin tidak mengetahui saluran yang betul untuk

membolehkan mereka mendapatkan pinjaman sama ada untuk memulakan perniagaan ataupun untuk mengembangkan perniagaan. Selain itu, mereka juga mungkin menghadapi kesukaran dalam mendapatkan pinjaman tersebut disebabkan prosedur yang agak ketat di samping tempoh untuk mendapatkan kelulusan yang agak lama. Selain pinjaman kewangan, khidmat latihan dan nasihat juga amat perlu kepada golongan usahawan wanita. Ini kerana dengan adanya latihan yang betul dan mencukupi, pengetahuan dan kemahiran usahawan wanita dalam bidang keusahawanan dapat ditingkatkan dan seterusnya menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam pasaran perniagaan yang semakin global dan mencabar. Secara kesimpulannya pencapaian kaum wanita dalam bidang keusahawanan dan persaingan yang timbul harus diterima secara positif.

19

RUJUKAN

y y

http://www.kpwkm.gov.my/new_index.php?page=statistic_content&year=2008&lang=malay http://books.google.com.my/books?id=HjY-JC6AmcC&pg=PT10&lpg=PT10&dq=kisah+usahawan+Datuk+Maznah+Hamid&source=bl&ots=y6TC3T Ctxf&sig=3kCfWTbTMv2xoC8zR0Ps6rg3zw&hl=en&ei=IEJSTfrOIIWyrAeq0rHsCA&sa=X&oi=book_result&ct=result &resnum=10&ved=0CGQQ6AEwCQ#v=onepage&q&f=true

y y

http://kisahjutawan.blogspot.com/2008/10/jutawan-wanita-datuk-maznah-hamidwanita.html

Penglibatan Kaum Wanita Dalam Aktiviti Keusahawanan Negeri Johor; Kajian Terhadap Faktor-Faktor Kritikal Kejayaan Dan Kegagalan Pengendalian Perniagaan / Thuaibah @ Suaibah Binti Abu Bakar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG USAHAWAN WANITA / ZAMZURAIDAH BT ISMAIL

20

You might also like