You are on page 1of 18

1.

PENGENALAN Jika 50 tahun dahulu pendidikan prasekolah dianggap sebagai suatu kemewahan,

tetapi kini, ia dianggap sebagai suatu keperluan asas bagi kanak-kanak. Pindaan Akta Pendidikan 1996 (Pendidikan Prasekolah) telah menjadikan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menjadi satu dokumen rujukan standard kepada semua pengusaha tadika. Program pendidikan prasekolah ini memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendidikan prasekolah diakui boleh memberi kesan positif seperti sabda Rasulullah s.a.w. bahawa "Kanak-kanak mula bercahaya akalnya pada umur lima tahun...." Ini jelas menunjukkan kanak-kanak telah mempunyai keupayaan untuk menerima sebarang pengetahuan yang diajarkan. Pendidikan prasekolah merupakan peringkat formatif dalam perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dapat menggerakkan pemikiran, meningkatkan kreativiti dan membina akhlak yang baik bagi kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun. Pengetahuan mereka perlu dikukuhkan agar dapat menjamin pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan persediaan untuk hidup bermasyarakat.

2.0

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi optimum. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai keperluankeperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar. Walaubagaimanapun pengajaran membawa maksud yang meluas iaitu : Pengajaran ialah menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat. Menghormati kanak-kanak dan remaja.Berkongsi pengetahuan. Membimbing, mengarah, membantu, menyubur dan merancang.
1

Menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid. Menghadapi cabaran diri dan profesional. Menyalurkan budaya dan nilai nasional.

3.0

KONSEP PEMBELAJARAN

Slavin mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman. Pembelajaran tidak semestinya terhad di sekolah. Pembelajaran boleh berlaku dalam pelbagai cara sama ada disengajakan atau tidak. Pelajar sentiasa belajar tetapi pendidik lebih mengutamakan pengetahuan, kemahiran dan konsep-konsep yang boleh digunakan oleh pelajar pada masa depan. Walaubagaimanapun, pembelajaran membawa maksud yang meluas antaranya : Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar. Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (TeukuIskandar, 1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985). Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. 4.0 HAKIKAT PERKEMBANGAN Perkembangan dan pertumbuhan merupakan satu proses dalam kehidupan manusia yang berlangsung secara berterusan dari dalam kandungan ibu hingga akhir hayat. Tahap perkembangan merupakan satu fasa mengenai perjalanan kehidupan individu yang

mengandungi ciri-ciri khusus atau pola-pola tingkah laku tertentu. Perkembangan memiliki prinsip-prinsip seperti berikut : 5.0 Perkembangan merupakan proses yang tidak henti-henti. Semua aspek perkembangan saling mempengaruhi. Perkembangan mengikut pola atau arah tertentu. Perkembangan terjadi pada tempat yang berlainan. Setiap fasa perkembangan mempunyai ciri khas. Setiap individu yang normal akan mengalami tahap perkembangan. PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK Prinsip merupakan hukum atau asas yang menjadi dasar pemikiran ataupun tindakan sesuatu perkara. Prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah bermaksud hukum atau asas dalam mendidik kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Terdapat beberapa prinsip-prinsip asas yang perlu ditekankan dalam prinsip pengajaran dan pembelajaran prasekolah tetapi dengan berdasarkan tajuk tugasan, kami akan menekankan kepada tiga prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak iaitu : i. ii. iii. Kanak-kanak berkembang secara menyeluruh. Perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang standard. Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang berbeza-beza sama ada dalam dirinya sendiri (interpersonal) ataupun antara kanak-kanak lain (intrapersonal). 5.1 Kanak-Kanak Berkembang Bersifat Menyeluruh Berdasarkan falsafah pendidikan kebangsaan, pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan berakhlak warganegara Malaysia yang dan berilmu pengetahuan, mencapai

berketerampilan,

mulia,bertanggungjawab

berkeupayaan

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta Pendidikan 1996 , Pendidikan Prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah.

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya. Justeru, program prasekolah perlu menjamin perkembangan

intelektual, sosial, akhlak, emosi dan jasmani kanak-kanak dijalankan dengan sebaiknya supaya kanak-kanak boleh berkembang secara optima. Perkembangan menyeluruh bermaksud perkembangan kanak-kanak dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek atau kognitif. Dalam pengajaran dan pembelajaran, semua aspek ini adalah saling berkait. Contohnya, kanak-kanak menyanyi lagu bertemakan binatang akan melibatkan fungsi jasmani seperti pergerakan, emosi seperti menyanyi dengan penuh semangat, rohani seperti menghayati, dan intelektual seperti berfikir di samping melibatkan aspek seperti sosial dan kreatif terutama dalam berkumpulan. Oleh itu, guru perlu fokus pada perkembangan kanak-kanak hendaklah secara menyeluruh bukannya terpisah dan pelaksanaan kurikulum prasekolah dapat membantu bagi mencapai aspek ini. 5.1.1 i. Aspek Perkembangan Kanak-Kanak Aspek Perkembangan Kognitif Menurut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku iaitu : a. Perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku yang ketara seperti kebolehan mengira. b. Melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku yang dikukuhkan dan digeneralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil.

c. Hal-hal umum yang betul-betul difahami oleh individu bagi mewujudkan sesuatu pengukuhan tingkah laku.

Contoh aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif ialah bermain bongkah. Ia dapat mengembangkan kognitif kanak-kanak dan meningkatkan kefahaman kanak-kanak mengenai bentuk, saiz dan ciri-ciri, kanak-kanak boleh menjalani aktiviti dengan cara bermain seperti mengumpulkan bongkah mengikut ciri-ciri yang ditetapkan iaitu mengumpulkan semua bongkah berwarna merah, mengumpulkan semua bongkah berbentuk bulat, segi tiga, segi empat dan sebagainya

ii.

Aspek Perkembangan Bahasa Kanak-kanak belajar bahasa melalui pelbagai cara. Antaranya dengan meniru bunyi yang pernah didengarinya. Mereka belajar dengan meniru orang dewasa dan rakannya bercakap dan meluahkannya dengan cara tertentu. Contohnya, permainan lagu berantai membolehkan kanak-kanak menghafal, menghasilkan, mempelbagaikan dan memanipulasikan perkataan dalam pelbagai situasi. Mereka membina perkataan yang lucu, mudah, dan mereka cerita khayalan daripada pengalaman mereka sendiri. Dengan cara ini, kanak-kanak guru dapat meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak.

iii.

Aspek perkembangan Sosial Perkembangan sosial amat penting dalam kehidupan manusia dan dipelajari sejak kecil. Kemahiran asas sosial yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak ialah kemahiran menarik perhatian orang lain, berkongsi dan memberi, meminta dan bertanya, memberi idea dan memuji atau memberi penghargaan. Ini termasuklah cara kanak-kanak berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa dalam kehidupan mereka. Kemahiran sosial termasuklah berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan. Semasa bergaul bersama rakan-rakan, kanak-kanak sebenarnya sedang belajar cara-cara berinteraksi dan bersosial bersama orang lain di luar daripada lingkungan ahli keluarga. Apabila pendedahan sosial yang awal diberi kepada kanak-kanak mereka mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran di samping
5

dapat menanam sifat berani dan berani ke hadapan. Secara langsung ia membantu perkembangan sosial mereka kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.

iv.

Aspek Perkembangan Emosi Perkembangan emosi bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting. Sekiranya seseorang kanak-kanak gagal berkembang secara positif, mereka mungkin tidak akan berjaya menghadapi tekanan-tekanan yang bakal dihadapi dalam hidup. Oleh sebab itulah di peringkat prasekolah pemupukan emosi positif amat dititik beratkan terutamanya dalam aktiviti bermain. Ini adalah kerana bermain dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkreatif dan berimaginasi tanpa gangguan.

v.

Aspek Perkembangan Fizikal Perkembangan fizikal merupakan suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Komponen perkembangan fizikal memberi fokus kepada empat aspek penting iaitu perkembangan psikomotor halus, perkembangan

psikomotor kasar, kesihatan dan keselamatan. Kanak-kanak harus diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas, dan mencabar. Penguasaan psikomotor halus yang baik amat penting dalam membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis kepada kanak-kanak. 5.1.2 Implikasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Setiap guru prasekolah mestilah membentuk aktiviti dan jadual supaya mengandungi semua aspek perkembangan seperti estetik, kognitif, bahasa, sosial dan fizikal. Guru mestilah membantu murid-murid agar dapat mencapai semua aspek perkembangan ini secara menyeluruh. Jadi, guru mestilah merancang pengajarannya terlebih dahulu agar dapat merealisasikan hasrat ini. Seterusnya guru perlu memikirkan bagaimana mata pelajaran yang di ajar dapat membantu perkembangan kanak-kanak.

Pengagihan masa dalam sehari perlu difikirkan dan melibatkan semua aspek kerana semua aspek perkembangan kanak-kanak adalah sama penting. Contohnya guru hendak menjalankan pembelajaran bertemakan haiwan peliharaan. Maka guru harus menyusun setiap langkah-langkah berdasarkan tempoh yang ditetapkan agar semua aspek perkembangan dan kemahiran dapat dilakukan. Berikut merupakan peruntukan masa mengikut Kurikulum Standard Prasekolah :

Guru perlu menggabungkan pengalaman dan bukan memisahkannya adalah mustahak. Hal ini melibatkan integrasi aspek perkembangan, mata pelajaran dan tanggungjawab. Misalnya, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran guru jika dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh mengaitkan pengalaman mereka seperti pengalaman berhari raya di kampung dengan pengajaran. Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan pengajaran dan kehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak kepada pengalaman mereka yang sebenar. Antara kaedah yang boleh digunakan oleh guru semasa melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh adalah dengan :
7

i.

Menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak tidak semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke Zoo Negara, taman yang berada di sekolah, dan sebagainya. Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda mereka dan dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut.

ii.

Menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar dalam mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik dan bersesuaian dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun.

iii.

Memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan disertai dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk murid mengutip sampah yang berada disekeliling mereka, diberi dengan

menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru. iv. Memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on terhadap sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk perkataan daripada potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka. v. Memberi peluang kepada murid-murid agar dapat memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah mereka peluang untuk mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, membuat eksperimen dalam subjek sains tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis tumbuhan. Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan eksperimen, murid-murid akan lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui perkara tersebut berdasarkan pengalamannya tadi. vi. Murid-murid juga seharusnya diberi pembacaan dan pembentangan yang ringkas dan tersusun. Pembacaan dan pembentangan ini akan meningkatkan keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik. Guru juga mesti
8

memberi peluang kepada murid-murid untuk melahirkankan ideanya sendiri. Contohnya, berikan mereka buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu buku yang mempunyai ayat-ayat mudah, kemudian beransur kepada yang lebih kompleks. Kanak-kanak juga bebas untuk memberikan pandangannya sendiri. Kemudian, guru membimbing kanak-kanak untuk membentangkan idea-idea mereka dengan langkah-langkah mudah.

5.2

Perkembangan Kanak-Kanak Mengikut Urutan Standard Perkembangan kanak-kanak adalah berurutan dan perubahan perkembangan setiap

kanak-kanak adalah berbeza-beza daripada semasa ke semasa mengikut aturan yang tertentu. Semua kanak-kanak akan menghadapi corak perkembangan yang sama yang meliputi semua aspek perkembangan. Dalam perkembangan kanak-kanak, urutan standard yang berlaku didapati berkait rapat dengan pergerakan seorang kanak-kanak. Contohnya, untuk bergerak dari satu ke satu tempat yang lain, bayi mulanya belajar mengangkat kepala, kemudian mereka akan untuk duduk, berdiri dengan bantuan yang ada disekeliling mereka, merangkak, berdiri tanpa bantuan, kemudian berjalan dan berlari. Selain itu juga, kanak-kanak yang mula belajar memegang pensil dan menulis di atas kertas akan cuba membentukkan cakaran sebelum mula menulis. Kemudian, kanak-kanak akan beralih kepada pengulangan pergerakan, membentuk daripada satu huruf kepada perkataan, menggabungkan huruf untuk tujuan mengeja sehingga menjadi pelbagai ejaan yang standard. Perubahan yang berlaku terhadap kanak-kanak selalunya tidak akan sama keadaannya. Seorang kanak-kanak selalunya memerlukan sama ada lebih ataupun kurang masa bagi mencapai sesuatu perubahan tingkah laku. Kanak-kanak berkemungkinan akan bergerak ke hadapan dan ke belakang sedikit, dan akan ke depan semula. Ada juga kanak-kanak yang mungkin tidak mengikut urutan seperti sedemikian kerana tidak sesuai dengan keadaanya dan perkembangan kanak-kanak juga adalah berbeza-beza.

5.2.1 Implikasi Prinsip Terhadap Pembelajaran Kanak-kanak Setiap perkembangan yang berlaku terhadap kanak-kanak dapat memberikan implikasi ke atas pembelajaran kanak-kanak. Implikasi pembelajarannya ialah, memerhati dan membaca berkenaan dengan kanak-kanak dapat membantu pendidik mengenal pasti pelbagai urutan standard yang berlaku terhadap perkembangan kanak-kanak tersebut. Contohnya, para guru harus mengenali dan mengetahui urutan standard yang berlaku keatas diri kanak-kanak supaya dapat membantu kanak-kanak untuk memperkembangkan lagi pembelajaran mereka. Prinsip yang seterusnya ialah, sebagai guru perlu mengetahui mengenai pengetahuan yang berkenaan dengan urutan perkembangan kanak-kanak supaya dapat digunakan bagi menentukan cara yang mencabar kanak-kanak ketika berada di dalam kelas dan ekspetasi yang sesuai untuk individu juga perlu. Ini menunjukkan bahawa apabila guru dapat mengenali urutan perkembangan yang berlaku dalam diri kanak-kanak, guru dapat meneruskan sesi pengajaran mengikut tahap perkembangan yang berlaku mengikut urutan standard. Mengelakkan daripada mempercepatkan progress kanak-kanak juga adalah salah satu implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak. Para guru tidak boleh mempercepatkan proses pembelajaran kanak-kanak ketika kanak-kanak itu baru bermula untuk menulis dan sebagainya. Setiap kanak-kanak perlu melalui urutan standard yang tertentu seperti mengeja, mengenal nombor, dan menulis supaya mereka akan dapat berkembang dengan cepat dalam pembelajaran. Selain itu, ketika berlakunya perkembangan urutan standard dalam diri mereka, pergerakan yang berlaku juga dapat membantu perkembangan menguatkan lagi psikomotor halus. Implikasi prinsip pada pembelajaran kanak-kanak yang terakhir ialah, kebolehan seorang guru dalam memperjelaskan urutan standard kepada orang lain juga penting terutamanya ibu bapa kanak-kanak, supaya dapat membantu mereka untuk memahami dengan lebih jelas tentang perkembangan kanak-kanak ketika berada dirumah. Guru juga perlu menjelaskan kepada mereka tentang bagaimana amalan dan tujuan yang dititikberatkan di dalam kelas dapat membantu pembelajaran kanak-kanak.

10

5.2.2 Peringkat Prasekolah Adalah Masa Terbaik Untuk Perkembangan KanakKanak Pada peringkat awal perkembangan kanak-kanak, masa yang terbaik adalah ketika perubahan yang penting sedang berlaku. Perubahan ini berkaitan dengan interaksi yang kompleks, iaitu antara struktur dalaman dan fikiran kanak-kanak, serta pengalaman mereka dengan persekitaran fizikal dan social. Pada waktu ini juga, kanak-kanak lebih mudah menerima pengaruh di persekitarannya yang positif mahupun negatif berbanding dengan masa-masa yang lain. Di luar masa tersebut, kurang manfaat untuk pendidik memaksa kanakkanak untuk mencapai fungsi kognitif, emosi, social ataupun fizikal kerana struktur dalaman kanak-kanak belum bersedia lagi. Apabila kanak-kanak tidak diberi pengalaman yang menggalakkan perkembangan mereka pada masa ini yang terbaik ini, mereka menjadi tidak bermotivasi dan tidak Berjaya mencapai potensi. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah akan lebih cenderung kepada mengembangkan lagi kemahiran motor kasar mereka seperti berlari, menangkap, melompat, dan lain-lain lagi. Kemudian kanak-kanak ini akan menggabungkan kemahiran tersebut dengan kemahiran yang lebih kompleks. Ketika di tahap ini, kebanyakkan kanak-kanak dapat menerima pengajaran dan sanggup menghabiskan banyak masa dengan aktiviti fizikal yang dapat meningkatkan kemahiran mereka. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak diberi peluang sedemikan menjadi kurang sanggup untuk memulakan pembelajaran dan berlatih kemahiran motor asas pada masa yang akan datang iaitu ketika di sekolah rendah. Kekurangan kemahiran dan kesanggupan, membentuk satu halangan yang menyebabkan kanak-kanak menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti fizikal dan permainan. Tindakan ini berkumpul dan selalunya sepanjang hayat akan menghadapi kesan. Ini menunjukkan bahawasanya, pendidikan peringkat awal kanak-kanak adalah yang terbaik untuk mencapai kecekapan motor. Terdapat banyak bukti menunjukkan, peringkat awal kanak-kanak adalah masa yang terbaik bagi mencapai pelbagai perkembangan berasaskan proses dan kemampuan. Kecekapan kemahiran motor dapat merangkumi perkara-perkara berikut: Sikap dan tingkah lakuu prasosial Gabungan berkemahiran Kecekapan dalam berkomunikasi
11

Harga diri Strategi penyelesaian masalah secara umum Proses pemikiran logikal matematik Kemunculan literasi Kesedaran estetika Sikap terhadap peraturan dan orang yang berkuasa Sikap terhadap kerja Sikap terhadap diri sendiri sebagai seorang pelajar

Senarai diatas tidak bermakna lengkap ataupun sebaliknya, tetapi memberi idea kepada pendidik berkenaan dengan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dan pada peringkat ini juga, perkembangan akademik tidak perlu diperkenalkan secara terasing.

5.3

Perkembangan Kanak-Kanak Mengikut Tahap Yang Berbeza-Beza

Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berbeza-beza peringgkatnya, ini adalah kerana setiap kanak-kanak berkembang mengikut masa biologikalnaya sendiri, kerana tidak semua kanak-kanak mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama. Antara faktornya adalah faktor kelahiran. Mereka mungkin lahir pada tahun yang sama tetapi bulan yang berlainan. Oleh sebab itu, kanak-kanak ketika dialam prasekolah, mereka tidak mempuyai pemikiran dan keserasian yang sama, mereka berbeza sekali dan oleh itu juga guru tidak sepatutnya memarahi mereka dengan alasan yang tidak betul.

Contohnya, kanak-kanak yang lahir pada awal bualan iaitu antara bulan januari hingga april, kemunggkinan kanak-kanak ini serasi oleh kerana perkembangannya terlebih dahulu, dan mempunyai banyak pendapat dan aktiv bersama rakan-rakannyan yang lain, manakala kanak-kanak yang lahir pada hujung tahun, antara bulan September hingga disember mereka mencapai tahap perkembangan yang agak lewat tetapi tetap sama memasuki alam prasekolah bersama dengan mereka yang lahir pada awal tahun. Dengan itu, kanak-kanak yang lahir pada

12

awal tahun dan hujung tahun tidak mungkin dapat menerima antara satu sama lain. Pada ketika itu guru haruslah memainkan peranan yang penting ketika berada di dalam kelas.

Perkembangan berlaku mengikut peringkat iaitu peringkat belum lahir, bayi, kanakkanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Menurut Ee Ah Meng (2005), prinsip perkembangan kanak-kanak dapat dikelaskan kepada 8 bahagian. Prinsip yang pertama ialah mengikut arah tertentu. Arah -arah itu seperti arah kepala ke kaki (cephalocaudal) yang mana struktur dan fungsi berlaku di bahagian kepala terlebih dahulu sebelum bahagian badan dan kaki. Arah kedua ialah arah tengah ke tepi (proximodistal). Perkembangan berlaku dari bahagian tengah menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota. Prinsip kedua ialah berlaku secara berterusan yang mana perkembangan berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati. Perkembangan ini juga berlaku pada kelambatan atau kecepatan yang berbezabeza. Prinsip yang ketiga adalah susun atur yang tersendiri. Corak perkembangan bayi adalah sama daripada satu peringkat ke peringkat yang lain. Sebelum berjalan, lazimnya seorang kanak-kanak berdiri terlebih dahulu.

Selain daripada itu, antara faktor lain adalah persekitaran. Persekitaran juga menpengaruhi perkembangan kanak-kanak, bagi kanak-kanak yang tinggal dipendalaman, mereka lebih kepada perkembangan yang kurang meluas, kerana disana hanya terdapat keluarga mereka dan pokok-pokok, akan tetapi mereka akan begitu arif apabila dewasa mengenai yempat yang mereka tinggal, seperti hutan. Manakala kanak-kanak yang tinggal dikawasan Bandar pemikiran mereka agak meluas kerana mereka membesar dengan kemajuan yang Negara perolehi, kanak-kanak ini juga dapat mengenali kenderaan yang dipakai dan perubahan semasa. Perkembangan mereka juga adalah perkembangan teknologi, iaitu mereka dapat mengenali komputer terlebih dahulu berbanding kanak-kanak yang tinggal di pendalaman.

Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan- perubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan. Setiap ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan di dalam diri anak - anak dengan
13

mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti, Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti kepada anak-anak, ini kerana dengan pemakanan yang berkhasiat ianya dapat membantu perkembangan fizikal dan mentel yang baik dan cerdas.

Ibu bapa juga adalah orang yang penting bagi perkembangan kanak-kanak ini kerana sebelum mereka memasuki alam pprasekolah ibu bapa telah membentuk kanak-kanak ini menjadi seorang yang aktiv atau sebaliknya. Selain daripada itu juga ibu bapa perlu mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal seperti, memberi peluang kanakkanak ini bermain, dan sifat ingin tahu kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bertanya dan ibu bapa perlu menjawapnya dengan tepat agar pemikiran mereka tidak terbantut. Dengan bermain kanak-kanak dapat berkembang minda dan fizikal. Pemikiran yang kreatif bermula dengan cara ibu bapa mengendalikan anak-anak mereka. Mungkin berlainan pula dengan kanak-kanak yang ibu bapa tidak menghiraukan mereka, kanak-kanak akan menjadi pendiam dan kurang ingin bergaul dengan kanak-kanak lain, iaitu terkurung didalam rumah dan tidak diberi pendedahan kepada permainan dan berkawan. Oleh itu, intrapersonal dan interpersonal kanak-kanak tidak berkembang dengan sempuna berbanding dengan kanak-kanak yang ibu bapa memahami mereka. Kesimpulan yang dapat dinyatakan dalam perkembangan yang berbeza-beza ini adalah, selain daripada guru ibu bapa juga turut memainkan peranan dalam membentuk perkembangan kanak-kanak sebelum memasuki alam prasekolah. Dengan persekitaran yang berbeza, maka terbentuklah kanak-kanak yang datang dari pelbagai aspek dan karenah. Kanak-kanak seharusnaya diberi peluang untuk meluahkan cara mereka untuk perkembangan yang memerangsangkan kanak-kanak. Pada peringgkat kanak-kanaklah harus diberi penekanan yang teliti daripada ibu bapa mahupun guru-guru agar mereka apabila mencapai umur yang diwasa tidak akan merasa segan atau kekok dengan persekitaran.

5.3.1

Implikasi Prinsip Terhadap Pembelajaran Kanak-Kanak

Kanak-kanak ketika berada di dalam kelas prasekolah mereka menpunyai kebolehan yang berbeza-beza. Ini mungkin kerana dengan latar belakang kanak-kanak yang datangnya daripada keluarga yang senang dan susah atau faktor tarikh lahir yang berbeza-beza. Ketika
14

kanak-kanak berada di alam prasekolah mereka mempelajari sesuatu perkara baru daripada guru dan rakan sebaya mereka, dan sikap mereka juga berlainan ketika berada di dalam kelas. Guru atau seorang pendidik haruslah dapat mengenal pasti atau memahami perbezaanperbezaan kanak-kanak ini, dan guru atau pendidik haruslah berusaha untuk membantu kanak-kanak ini. Guru harus mengelakan daripada memberi tumpuan kepada sesuatu perkara sahaja sebagi ukuran pencapaian atau pontensi kanak-kanak secara menyeluruh. Ini kerana sifat kanak-kanak yang siansetif atau mudah terasa akan membuatkan kanak-kanak tersebut merasakan dirinya lemah dan kurang kebolehan daripada rakannya yang lain. Sebagai seorang guru, guru haruslah memberikan layanan yang sama dan berpatutan dengan kanak-kanak yang lain. Apabila guru berhadapan dengan pelajar yang dilihat pontensinya lemah, maka guru tersebuat haruslah member perhatian dan layanan kepada kanak-kanak tersebuat agar layanan seperti itu dapat meningkatkan keyakinan dan harapan kanak-kanak tersebuat. Selain daripada itu, pemerhatian yang teliti ke atas kanak-kanak, dapat mendedahkan corak tingkah laku individu daripada pelbagai aspek perkembangan, oleh itu, guru mestilah dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi agar pengajaran individu dan bukan untuk pengajaran semua kanak-kanak dengan perkara yang sama dan menggunakan cara yang sama untuk mengajar pada masa yang sama. Daripada pemerhatian saya, guru dapat menggunakan altenatif lain bagi memudahkan cara pembelajaran dan pengajaran ketika berada di dalam kelas dengan cara mengumpulkan pelajar dengan mengikut pencapaian kanak-kanak tersebuat. Menggunakan altenatif lain sebagai jalan mudah bagi pengajaran, ianya dapat membanntu guru tersebut untuk mengendalikan pengajaran dan pempelajaran ketika berada didalam kelas. Dengan cara mengumpulkan pelajar mengikut pencapaian mereka, iaitu guru mengasingkan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan A, B, dan C. dengan cara ini guru dapat memberi bimbingan yang lebih kepada pelajar yang lemah, yang berada di kumpulan C manakala pelajar yang cerdas dalam kumpulan A boleh digalakkan membantu pelajar yang serderhana pencapaiannya di dalam kumpulan B. Dengan cara itu guru dapat memantau kesemua pelajarnya dengan cepat dan memudahkan tugasan guru itu. Selaian daripada itu, ketika guru menjalankan aktiviti di dalam kelas, guru haruslah mengambil kira tentang kesesuaian dengan kebolehan dan minat pelajar, supaya kanak-kanak ini dapat menjalankkan aktiviti tersebut dengan seronok dan gembira. Apabila aktiviti yang
15

telalu sukar, ianya akan membosankan bagi pelajar yang lemah, manakala aktiviti yang terlalu senang dan tidak mencabar bagi kanak-kanak yang cerdas dan bijak akan mengalihkan tumpuan mereka kepada perkara yang menarik perhatian mereka iaitu membuatkan mereka menggangu kanak-kanak yang lain. Walaubagaimanapun, Aktiviti didalam kelas juga meliputi pelbagai objektif pembelajaran berbanding satu objektif. Ketika di dalam kelas, guru haruslah memberi banyak peluang kepada kanak-kanak agar mereka dapat menikmati kejayaan terutamanya kepada kanak-kanak yang lemah. Dengan cara ini guru dapat mendorong kanak-kanak serta dapat meningkatkan keyakinan dalam diri kanak-kanak itu, dan dapat menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak terhadap pengajaran di dalam kelas mahupun di luar pembelajaran kelas. Begitu juga dengan pembelajaran yang menggunakan projek. Ketika guru mengendalikan projek, guru haruslah memastikan pelajar mempunyai pelbagai kebolehan dan minat untuk diberi peluang yang aktif dalam menjalankan pembelajaran yang diberikan oleh guru. Apabila berlaku pada pelajar yang tidak mengambil bahagian disebabkan tidak tahu dengan aktiviti yang dijalankan, mereka akan merasa rendah diri serta kecewa, ianya akan menyebabkan mereka itu mulai menarik diri dan menjadi lebih pasif ketika berada didalam kelas. Sehubungan dengan itu, standard perkembangan kanak-kanak sentiasa berubah-ubah, oleh itu kanak-kanak tidak boleh digelar sebagai cepat atau lambat dan dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang berada di dalam kumpulannya, ianya akan membuatkan kanakkanak itu rendah diri atau menbanggakan diri dengan rakannya yang lain apabila dipuji dan ditegur secara terang terangan dihadapan rakan-rakan mereka. Walaubagaimanapun guru boleh menggunakan cara tersebut bagi tujuan menegur dan memuji kanak-kanak dengan cara memanggil kanak-kanak itu dan bersembanglah secara berhadapan dengan baik dan menenangkan kanak-kanak tersebut. Ini adalah cara yang terbaik bagi guru untuk mengenalpasti masaalah yang dihadapi oleh kanak-kanak itu.

16

6.0

Kesimpulan Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam

mencapai perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari aspek kognitif, bahasa, fizikal, sosial dan emosi yang optimum, begitu juga dalam mencapai perkembangan kanak-kanak mengikut urutan standard serta perkembangan kanak-kanak mengikut urutan yang berbezabeza. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai semua aspek perkembangan ini.

17

Rujukan

Dr. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. www.sribd.com zackzahran.blogspot.com

18

You might also like