You are on page 1of 10

1.0 PENGENALAN Hoki merupakan salah satu permainan yang telah lama dimainkan oleh manusia.

Sejak permainan hoki dimainkan dalam Sukan Olimpik, terdapat banyak perubahan yang telah berlaku yang dapat dilihat dalam beberapa aspek. Antaranya ialah peraturan, gaya bermain, alatan dan permukaan bermain. Walaubagaimanapun, hal ini telah menolong menambahkan kepopularan permainan hoki tanpa menukar bentuk asal dan cirinya. Tambahan pula, hari ini hoki dimainkan di banyak negara oleh setiap lapisan masyarakat. Perkembangan hoki di Malaysia bermula pada tahun 1948 iaitu di bawah pentadbiran Majlis Hoki Malaya (MHC) yang ditubuhkan bersama Singapura. Kini, pertubuhan sukan kebangsaan yang dikenali sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) dengan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan, angkatan tentera dan polis diraja sebagai ahli persekutuan. Malaysia telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat antarabangsa antaranya ialah Sukan Asia, Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Piala Belia Remaja. Sehingga hari ini, Malaysia merupakan antara 15 buah negara terbaik dalam sukan hoki di dunia dan telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik sebanyak sembilan kali sejak tahun 1956. Seperti yang telah kita sedia maklum, hoki merupakan sejenis sukan yang memerlukan kepantasan, kekuatan dan dimainkan di padang segi empat bujur, meliputi dua pasukan yang mengandungi 11 pemain setiap pasukan. Setiap pasukan akan cuba untuk menjaringkan gol dengan menggunakan sebatang kayu yang bengkok atau berlekok di hujung pemukul untuk mengarahkan sebiji bola keras ke dalam gol lawan. Dalam pada itu, setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain dan salah seorang daripadanya ialah penjaga gol. Posisi, peranan dan tugas 10 pemain adalah fleksibel, bergantung kepada kebolehan pemain, kemampuan pihak lawan, strategi yang digunakan dan sebagainya. Tambahan pula, setiap pemain mesti membawa sebatang kayu hoki semasa bermain dan menggunakan untuk menahan bola, menggelecek bola, menghantar bola kepada pemain lain atau mengeluarkan bola. Pada masa yang sama, pemain tidak dibenarkan untuk menggunakan anggota badannya untuk bermain bola, hanya penjaga gol dibenarkan memajukan bola dan tangannya di dalam kawasannya sendiri iaitu di kawasan bulatan pemukulan ( striking circle ) atau D. Selain itu, satu perlawanan rasmi dilangsungkan dalam dua masa ( 2 halves ) iaitu selama 35 minit untuk setiap masa dengan masa rehatnya tidak melebihi 10 minit di antara dua masa tersebut. Namun demikian, masa perlawanan dan berehat dapat diubahsuai mengikut perlawanan yang telah dirancang. Permainan bermula dengan satu tolakan tengah (a centre push) pada permulaan masa pertama (start of each half) dan selepas setiap gol 1

dijaringkan beserta dengan dua orang pengadil bagi memastikan peraturan permainan dipenuhi. Tambahan pula, hoki merupakan permainan fizikal yang mempunyai unsur-unsur kepantasan, kekuatan, daya tahan, dan kemahiran-kemahiran asas yang dapat mengasah bakat atau potensi individu dalam permainan hoki. Kemahiran dalam hoki memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan kreativiti dan gaya individu. Terdapat beberapa kemahiran asas dalam permainan hoki iaitu menggelecek, menolak, memukul, menyerkap, menguis dan merebut.

2.0 KEMAHIRAN ASAS: MENOLAK DAN MEMUKUL Dalam permainan hoki terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh setiap pemain hoki. Hal ini kerana apabila seseorang itu dapat menguasai kemahirankemahiran yang ada, pemain tersebut mendapat peluang untuk mencipta kreativiti dan gaya individual tersendiri dalam permainan. Kemahiran asas dalam sukan hoki terdiri daripada menggelecek, memukul, menolak, dan menerima atau menahan bola. Sehubungan dengan itu, kumpulan kami telah diberi tugasan untuk menerangkan kemahiran asas menolak dan memukul. 2.1 Kemahiran Menolak Kemahiran menolak adalah lebih kurang sama dengan kemahiran memukul. Bezanya, kemahiran menolak tidak memerlukan hayunan kayu hoki. Kuasa serta tekanan yang dikenakan kepada bola juga berbeza dengan kemahiran memukul. Menolak adalah cara penghantaran yang paling pantas kepada rakan dan kaedah ini juga boleh digunakan sekiranya kaedah memukul tidak dapat dibuat. Dalam keadaan penghantaran yang pantas, pihak lawan tidak sedar dan peluang untuk bola disekat adalah kurang. Kebiasaannya, hasil tolakan tidak mengeluarkan bunyi ketukan pada bola. Selain itu, kemahiran menolak sangat berguna ketika hendak melakukan jaringan ataupun clearance dengan cepat. Kemahiran menolak mempunyai hantaran lengkung yang luas dan boleh dilakukan semasa pemain sedang berlari. Ini kerana pemain tidak menggunakan hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawan melihat dan menjangka bila dan ke mana hantaran dibuat. 2.1.1 Mekanik menolak (a) Cara memegang kayu hoki Tangan kiri di atas kayu hoki, tangan kanan di bawah dan memegang dengan kuat di tengah kayu. (b) Cara berdiri Bahu kiri hendaklah menghala ke arah sasaran bola atau target. Kedudukan kaki adalah selesa untuk memberikan keseimbangan. Lutut dibengkokkkan menghampiri kayu supaya dapat diletak dekat dengan bola.

(c) Bola Kedudukan bola ialah 15 sentimeter dari kaki kanan atau lebih kurang 30 sentimeter dari kaki kiri atau lebih kurang 40 45 sentimeter apabila kedudukan badan bersudut tepat. (d) Badan Badan dibongkokkan ke hadapan suapaya mata dapat melihat bola dengan tepat.

2.1.2 Kesilapan biasa dan pembetulan

Kesilapan

Pembetulan

(a) Tidak menolak bola ke arah yang anda hendak bola bergerak. Kayu hoki membuat satu arc di hadapan badan.

(a) Menolak bola kea rah ia hendak digerakkan. Kayu hoki bergerak mengikut garisan di mana kuasa ditumpukan.

(b) Tolakan naik ke udara. Bola terlalu di hadapan kaki depan. Kayu hoki menyentuh bola dengan bersudut.

(b) Bola harus bergerak di atas tanah

GAMBAR 1: Kedudukan atau postur sedia untuk menolak bola

GAMBAR 2: Teknik yang betul ketika menolak bola

2.2 Kemahiran Memukul Kemahiran memukul merupakan salah satu daripada kemahiran yang penting dalam permainan hoki. Kelebihan strok ini boleh menyebabkan bola dihantar dan dilontar dengan jarak yang jauh dan lebih cepat. Ketepatan pukulan adalah sangat penting dan perlu ditegaskan oleh jurulatih. 2.2.1 Mekanik memukul Terdapat beberapa mekanik utama dalam kemahiran memukul. Antaranya adalah pegangan, cara berdiri, bola dan hayunan. Selain daripada itu, badan dan juga kuasa untuk memukul bola sangat dititikberatkan. a) Pegangan Untuk menguasai kemahiran memukul dengan sempurna, pegangan kayu hoki sangat dititikberatkan. Kepala kayu hoki perlu berada di atas tanah, dengan jari kayu menghala ke hadapan. Tangan kiri haruslah diletakkan di hujung kayu dan digenggam dengan pegangan yang longar. Kedudukan tangan kanan pula, haruslah berada di bawah tangan kiri, dan jari-jari haruslah memegang batang kayu. Bentuk V dibentukkan dengan ibu jari dan jari telunjuk dengan kedua-dua tangan adalah selari dengan jari kayu hoki. Hanya sebahagian daripada kayu hoki iaitu sepanjang 4-7cm, akan menjulur di atas tangan kiri. b) Cara berdiri Posisi berdiri yang betul adalah amat diperlukan dalam kemahiran memukul. Posisi bahu kiri haruslah menghadap ke arah sasaran. Kaki pula, haruslah dijarakkan lebih kurang selebar bahu si pemain. Manakala, jarak kaki kanan bersudut tegak dengan bahu dan jari kiri lebih kurang 30- 40. c) Hayunan Jika pemain hendak melakukan pukulan lurus, hayunan harus dimulakan daripada hayunan belakang ke hayunan bawah mengikut lajak. Pemain haruslah berdiri berdiri ke sisi arah bola, dengan memegang kayu hoki dengan kedua-dua belah tangan rapat ke arah kayu hoki. Apabila kayu hoki dihayun ke hadapan, pinggul si pemain haruslah berputar manakala berat badan pemain akan dipindahkan daripada kaki belakang ke kaki hadapan sambil bola dipukul.

Apabila pukulan dilakukan, kedudukan kepala pemain harus berada di atas bola dan muka kayu hoki berada sama rata dengan bola. Pukulan akan diteruskan dengan hayunan mengikut lajak ke arah di mana bola akan ditujukan. Bagi menyesuaikan kelajuan bola, kayu hoki haruslah dipukul dengan rata dan secara kuat. Kayu hoki harus bergerak dengan bandul dengan tumpuan kepada hayunan ke hadapan. d) Badan Bagi mendapatkan pukulan yang sempurna, pemain haruslah memindahkan berat badan ke kaki kiri pada masa hayunan ke bawah bermula. Pada ketika bola dipukul, berat badan akan berada di kaki kiri. Berat badan pemain kan dipindahkan ke kaki kiri semasa ikut lajak. Lazimnya, tumit kaki kanan, dinaikkan dengan putaran di atas jari kaki. e) Kuasa untuk memukul bola Terdapat beberapa faktor yang dapat dikenalpasti bagi mendapatkan kuasa memukul bola yang maxsimum. Momentum juga amat penting dalam mendapatkan kuasa pukulan yang kuat dan maxsimum. Selain daripada itu, pemindahan berat badan dengan betul, kekuatan bahu dan juga lengan, dan juga kelajuan dengan pecutan hayunan ke bawah juga harus dititikberatkan. Kekunci pergelangan tangan pada masa bola dipukul juga turut mempengaruhi kuasa kelajuan bola. 2.2.2 KESILAPAN BIASA DAN PEMBETULAN Kesilapan Lajakan dihentikan semasa memukul bola Pembetulan Menghayun kehadapan untuk memukul bola dan hayunan diteruskan dengan ikut lajak yang baik selepas pukulan Menghayun kayu hoki sekeliling badan, Kayu hoki harus bergerak dengan arah yang mulai daripada belakang bahu kanan terus sehingga melepasi garisan badan kepada sasaran, bermula daripada

hayunan bawah sehingga tamat ikut lajak.

Tidak memindahkan berat badan daripada Berat badan seharusnya dipindahkan daripada kaki belakang ke kaki hadapan semasa kaki belakang ke kaki hadapan semasa bola memukul bola dipukul

Hayunan ke belakang berlebihan dilakukan Hayunan ke bawah harus dipercepatkan dan untuk menambah kuasa memukul pemindahan berat badan juga dilakukan untuk mendapatkan kuasa pukulan yang kuat 7

Jadual menunjukkan kesilapan yang lazim dilakukan oleh pemain. Kesilapan yang dilakukan ini, tidak dititkberatkan dalam kalangan pemain kerana mereka mengganggap kesilapan yang dilakukan adalah remeh. Turut disertakan di dalam jadual ini adalah kesilapan yang seharusnya betulkan oleh para pemain, bagi mengelakkan kecederaan dan pemain dapat menguasai sepenuhnya kemahiran memukul dengan sempurna.

2.3 LATIHAN INDIVIDU Bagi meguasai kamahiran memukul bola, pemain dapat melakukan ansur maju memukul secara individu. Latihan ini amat mudah kerana latihan permainan ini tidak memerlukan bilangan pemain yang ramai. a) Gunakan dua biji bola hoki, Pemain boleh memukul bola pertama dengan kuat, manakala bola kedua sebolehnya dipukul supaya jarak antara bola pertamadengan bola kedua adalah separuh jarak bola pertama.

Tujuan permainan ini dijalankan adalah supaya pemain dapat melakukan pukulan kuat dan juga pemain dapat mengawal pukulan bagi jarak tertentu.

b) Memukul bola di atas garisan lurus Tujuan latihan ini adalah untuk memastikan persediaan dan hayunan pemain adalah lurus bagi satu pukulan atau hantaran yang tepat.

4.0 KESIMPULAN Permainan hoki mempunyai pelbagai kemahiran yang perlu digunakan. Setiap kemahiran yang ada di dalam permainan ini mempunyai kelebihan mereka sendiri. Setiap kemahiran ini juga perlu dipelajari oleh setiap pemain hoki agar mereka dapat meguasai permainan ini. Malah, hoki juga merupakan satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Ia sangat penting kerana ia memberikan kelebihan seseorang pemain itu dengan pemain yang lain. Apabila seseorang pemain itu dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut, ia memberi peluang kepada meraka untuk menunjukkan kreativiti dan gaya individual. Latihan ansur maju dilakukan untuk memberikan tunjuk cara yang tepat bedasrkan terasa lepada prinsip mekanik secara berterusan. Dengan latihan ini juga dapat membantu pemain menguasai teknik pukulan dengan betul seterusnya melahirkan pemain yang berkemahiran tinggi. Justeru itu, dapatlah dikatakan bahawa kemahiran asas hoki seperti memukul dan menolak juga memerlukan latihan ansur maju yang intensif dan jitu untuk menyemai bakat dan kebolehan di dalam teknik tersebut.

5.0 BIBLIOGRAFI Barth/Nordmann. (2005). Learning Field Hockey. United Kingdom : Meyer and Meyer Sport (UK) Ptd. Ltd. Helen Ten DAN M. P. Haridas. (2006). Siri Sukan Popular, Hoki. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Helen T.H.B & M.P. Haridas. (1994). Siri Pengajaran Sukan: Panduan Mengajar Hoki. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd Ismail Roslan. (1992). Permainan Hoki. Johor Bahru. Penerbitan Ramli Sdn. Bhd. Mohd Sofian Omar Fauzee. (2009). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani, Hoki. Selangor : Karisma Publications Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe. (1994). Organisasi Dan Pentadbiran Jasmani. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Sukan Dan Pendidikan

http://teacherzaieone.blogspot.com/2010/01/kemahiran-asas-permainan-hoki.html. (diakses pada 28 September 2011) http://myhokiband.blogspot.com/2009/03/kemahiran-kemahiran-asas-hoki.html. (diakses pada 29 September 2011) http://www.skkionsom.edu.my/v1/kokurikulum/sukan-a-permainan/kelab-hoki/219-kemahiranasas-permainan-hoki.html (diakses pada 3 Oktober 2011) http://www.blogtopsites.com/outpost/da49c168b894cfc96979f7df8ccdcb72 Oktober 2011) http://www.blogtopsites.com/outpost/aeecaf48610d6ad9832aaf67f5e959c5 Oktober 2011) (diakses pada 3 (diakses pada 3

10

You might also like