You are on page 1of 13

B)

TEORI

PEMBELAJARAN

BEHAVIORISME,

KLASIK

DAN

OPERAN

Dalam Teori Behaviorisme pembelajaran sebagai perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkah laku. Teori ini mengutamakan kemahiran berkaitan fizikal. Ini keranan tokoh-tokoh behavioris berpendapat bahawa pembelajaran merupakan suatu perubahan dalam tingkah laku cara seorang bertindak dalam situasi tertentu. Dalam pendekatan behaviorisme, tingkah laku pelajar dinilai sebelum mulakan pengajaran. Pembelajaran memerlukan penyusunan(stimuli) rangsangan dalam persekitaraan supaya pelajar dapat dan diberi pengukuhan.

Menurut ahli-ahli psikologi behavioral, pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling berkaitan. Behaviorisme menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.

Ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat bahawa sesuatu yang wujud adalah benda yang kita boleh diperhatikan. Kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi kita dapat membuat kesimpulan tentang apa yang sedang difikirkan. Terdapat dua prinsip yang dikemukan dalam teori ini iaitu prinsip pelaziman klasik dan prinsip pelaziman operan. Antara tokoh-tokoh behaviorisme yang terkemuka ialah ahli-ahli pelaziman klasik Ivan.P.Pavlov dan Broadus Watson serta ahli-ahli pelaziman operan E.L.Thorndike dan B.F.Skinner.

i) Prinsip pelaziman klasik


a)Ivan P.Pavlov Pada awal tahun 1900an, seorang ahli fisiologi Rusia bernama Ivan Pavlov menjalankan satu siri percubaan secara sistematik dan saintifik dengan tujuan mengaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma. Menurut pendapat ini, sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum in organima berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan.

Menurut Pavlov, Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan. Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang menimbulkan gerak balas. Contohnya, kebanyakan guru apabila mendengar loceng, akan keluar dari bilik guru atau kelas untuk mengawasi pelajar. Tingkah laku ini terbawa-bawa hingga ke rumah, iaitu apabila guru mendengar bunyi locong di rumah ,beliau akan keluar dari bilik dan memerhati ahli-ahli keluarganya. Daripada contoh ini bunyi loceng tersebut adalah rangsangan, manakala tindakan guru tersebut adalah gerak balas.

Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat kaitan antara rangsangan dengan gerak balas. Pembelajaran melalui perkaitan tersebut dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik. Melalui eksperimen Pavlov terhadap seekor anjing, 3 peringkat pelaziman telah dihasilkan iaitu sebelum pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman.

Pavlov cuba membuktikan teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia didapati bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar.

Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah belajar mengaitkan bekas makanan yang dilihat makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisma boleh diajar dengan pemberian sesuatu rangsangan.

Selain mengemukakan konsep rangsangan dan gerak balas, Pavlov juga mengemukakan konsep generalisasi, diskriminasi dan penghapusan yang boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. a).Generalisasi Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap matapelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digenerasasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

b) Dikriminasi diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng. Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian Bahasa Inggeris atau ujian Sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran Sains.

c) Penghapusan Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tak telazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing

tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak akhir akan terhapus dan pinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

ii) Edward Lee Thorndike


Mengikut E.L.Thorndike manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat. Ganjaran dan denda merupakan dua faktor penting bantu pembelajaran manusia. Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Beliau menegaskan bahawa motivasi, ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran. Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G (Rangsangan dan Gerak balas).

Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu ; a)Hukum Kesediaan (HK) Menurut Thorndike (1913), apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukannya, akan menimbulkan perasaan dukacita dan kalau dia dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Rumusya, hukum kesediaan merujuk kepada kesediaan psikomotor, kesediaan efektif dan kesediaan kognitif.

b)Hukum Latihan Menurut Thorndike,perkaitan antara rangsangan dan gerak balas (R-G) akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan menguasai kemahiran jika latihan diadakan. Contohnya, jika latihan selalu mengulangkaji rumus Matematiknya, dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Hukum latihan menyatakan bahawa sesuatu

tingkah laku akan diteguhkan melalui aplikasi dan akan dilemahkan tanpa pengukuhan. Hukum latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.

c) Hukum Kesan Hukum kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan menyeronokkan, kebarangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat dan sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara R-G. Contohnya, jika dalam eksperimen Thorndike kucing tersebut mendapat kejutan elktrik apabila keluar dari sangkar, kesannya tentulah menyakitkan dan ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar. Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan,ia akan diulang ,tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap

Berdasarkan kepada tiga hukum yang telah dikemukakan oleh Thorndike maka guru bolehlah menggunakannya sebagai salah satu pendekatan yang berkesan untuk merangka strategi pengajaran & pembelajaran dalam bilik darjah. Antara strategi yang boleh digunakan oleh guru ialah : Mengadakan pelbagai rangsangan untuk mewujudkan kesan pembelajaran yang menyeronokkan Menberi ganjaran atau peneguhan untuk respons yang betul Menentukan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran Sentiasa menilai aspek kesediaan pelajar Guru memulakan pengajaran setelah beliau mendapati

iii) Teori Pelaziman Operan Skinner Skinner bersependapat dengan Pavlov, tetapi menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau telah menghasilkan skinnerBox dimana tingkah laku binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkod/diukur. Kajian ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam biik darjah. Menurut Skinner (1953), dalam teori pelaziman opean gerak balas boleh diperkuatkan (diulangi) atau dihapuskan (tidak diulangi), jika diberikan

peneguhan sebaik sahaja gerak balas boleh itu ditunjukan.

Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakan sesuatu perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), peneguhan diberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendak individu; keduanya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif dan peneguhan positif dan peneguhan negatif.

Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner, iaitu: peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan. (a) Peguhan Positif Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran. Contohcontoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan

senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya. Jadual 6.3 menunjukkan satu lagi contoh peneguhan positif.

Peneguhan positif yang diberikanoleh guru dapat mendorong pelajarmenghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah jelas dan bersstematik. Hanya tingkah laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika memberi peneguhan. Menurut Brophy (1981), ciri- ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah (a)memuji secara ikhlas, (b) memuji dengan cepat, (c) memuji tanpa pilih kasih, (d) memuji usaha daan cuba jaya, (e) memuji tingkah laku yang spesifik dan (f) memuji jawapan atau respons yang spontan.

( b) Penuguhan Negatif Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa).

Dendaan Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Jadual6.6 menunjukkan satu lagi contoh dendaan.

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertama dendaan persembahan. (jenis I) dan kedua dendaan penyingkiran (jenis II). Dendaan Persembahan Dendaan persembahan (presentation punishment) berlaku apabila sesuatu rangsangan menyebabkan berlakunya perubahan dalam tingkah laku diri pelajar tersebut. Dendaan bentuk ini tidak melibatkan fizikal, tetapi dapat menakutkan pelajar. Contohnya larian padang, sistem demerit, guru memberi kerja tambahan. Dendaan Penyikiran Dendan penyikiran (removal punishment) berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Contohnya, ibu bapa atau guru- guru tidak memberi kemudahan apabila seseorang pelajar tidak berlakuan betul. Contoh mengenakan dendaan pinyingkiran ialah seperti tidak membenarkan mereka menonton televisyen dalam tempoh seminggu, sebab mereka tidak membuat kerja rumah matematik. Untuk menjadikan dendaan lebih efektif, beberapa peringkatan perlu diambil kira. Antaranya ialah: Dendaan dilakukan segera, sebaik sahaja perlakuan tidak diingini dipamerkan. Orang yang menerima dendaan mesti tahu mengapa dia dihukum. Dendaan hendaklah diberi atas dasar untuk mengubah kelakuan dan bukan sebagai balasan perlakuannya. Dendaan dikenakan hendaklah tekal. Kalau si A dikenakan 3 rotan untuk kesalahan yang sama. Ada pendapat yang mengatakan bahawa dendaan boleh menghasilakan gangguan emosi yang berpanjangan dan ia juga boleh membawa kepada persoalan etika. Dendaan yang keterlaluan boleh dianggap sebagai suatu deraan dan dendaan yang dikenakan secara berterusan boleh

membentuk tingkah laku yang negatif, seperti pengasingan diri, rasa rendah diri dan mengganggu perkembangan emosi dalam jangka masa yang panjang.

( d) Prinsip Premack Konsep utama prisip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai Grandma s Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur- sayuran ini. Sebagai guru , kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

Pelupusan Pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika: Pneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti. Peneguhan itu tidak lagi digunakan. Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta- merta. Aplikasi Teori Skinner dalam Bilik Darjah Teori pembelajaran skinner boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran-

pembelajaran dalam bilik darjah berasaskan kepada prinsip- prinsip berikut: Pemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik.

Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran menikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini.

Guru perlu berhati- hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia mungkin akan dianggap sebagai hukuman.

Gerak balas yang diperoleh hasil dari rangsangan haruslah dikukuhkan untuk membentukpelaziman.

Guru perlu memberikan keutamaan kepada latihan dan gerak balas yang berulang- ulang.

Implikasi Teori Behavioris Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran


Teori ini menekankan peranan persekitaran dalam proses pembelajaran. Matlamat yang spesifik perlu ditetapkan dan dinyatakan dengan jelas oleh guru supaya ia boleh dicapai dengan berkesan. Di dalam setiap pembelajaran, guru perlu menetapkan objektif khusus bagi setiap langkah pengajaran mereka. Guru juga boleh menyusun aras kesukaran soalan-soalan supaya murid-murid berupaya menyelesaikannya dengan betul. Oleh itu, mereka akan menerima pengukuhan positif melalui soalan tersebut.

Guru juga boleh mengaplikasikan hukum kesediaan dengan mengaitkan pembelajaran baharu dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Hukum latihan juga boleh dilakukan dengan memberi banyak latihan dan pengulangan.

You might also like