You are on page 1of 26

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN 2) PENULISAN ILMIAH 17/03/2010

TAJUK : GAYA DAN KAEDAH PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH. BINCANGKAN JUGA PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH DALAM SAINS AWAL.

NAMA : MOHAMMAD SAIDI B. USOP SITI ZAWANI BT. SARUMAT ZURAIDA BT. INSON NURUL SHUHAIRIANI BT. ISHAK NURUL SYAHIDA BT. MOHD FADZIL

FAKULTI : SENI MUZIK JABATAN :TEKNIKAL VOKASIONAL TEMPAT : UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DISEMAK: EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

1.0 PENGENALAN Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting bagi kanak-kanak sebelum memasuki sekolah. Pendidikan prasekolah merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia merupakan pendidikan awal yang dapat menarik minat dan dapat menyemai bibit cintakan ilmu pengetahuan dan sukakan sekolah terhadap kanak-kanak. Oleh sebab itu guru prasekolah perlu mempunyai pengetahuan yang luas mengenai pendidikan prasekolah yang merangkumi aspek-aspek perkembangan kanakkanak, strategi pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran pusat prasekolah dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah. Program pendidikan prasekolah memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak normal serta dalam suasana yang menyeronokkan melalui pendekatan bermain sambil belajar. Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang fleksibel, dinamik, konprehensif, interaktif dan pembabitan dalam aktiviti bilik darjah yang mementingkan penerokaan serta yang menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan kanak-kanak.

Pendidikan prasekolah juga menerapkan pendidikan sains awal didalam kandungan pembelajaran prasekolah. Pendidikan sains awal, menyediakan peluang pembelajaran sains dengan cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan kanak-kanak memerhati, mencuba,

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Kanak-kanak juga mendapat pembelajaran melalui pengalaman dan membuat rumusan saintifik daripada pengalaman.

Terdapat dua bentuk pengurusan pendidikan prasekolah dalam negara iaitu taska dan tadika. Taska merupakan singkatan daripada Taman Asuhan Kanak-Kanak mengikut Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 syeksyen 2 mentakrifkan pengurusan TASKA sebagai mana-mana premis yang menerima masuk empat orang atau lebih kanak-kanak dibawah umur empat tahun, lebih daripada satu isi rumah untuk dijaga dengan upah. Dibawah Seksyen 5 akta yang sama membahagikan taska kepada 2 kategori iaitu TASKA yang menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak dan TASKA institusi pula menerima lebih dari 10 orang kanak-kanak dibawah jagaan mereka.

Tadika pula merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961. bagaimanapun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat tadikaialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-kanak tersebut berumur 7 tahun.

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

2.0 DEFINISI PENGAJARAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN SAINS AWAL Dalam tamadun Barat, pendidikan awal bermaksud pendidikan peringkat prasekolah. Pada mulanya peringkat ini hanya meliputi kanak-kanak dari umur tiga hingga enam tahun, yang lebih dikenali dengan peringkat kindergarten. Selepas beberapa kajian, konsep pendidikan awal ini dipinda supaya meliputi kanak-kanak di peringkat selepas lahir hingga ke peringkat enam tahun. Peringkat selepas lahir hingga ke peringkat tiga tahun dikenali juga sebagai peringkat nursery. Dari perspektif Islam, pendidikan awal bermula dari masa anak masih berada dalam kandungan ibu sehingga kanak-kanak berumur enam tahun. Secara umum, pendidikan awal Islam boleh dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat sebelum lahir dan peringkat sesudah lahir. Peringkat sesudah lahir dibahagikan juga kepada dua tahap. Iaitu dari mula dilahirkan hingga tiga tahun dan tahap seterusnya dari umur tiga hingga meningkat ke enam tahun. Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan

pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Pembelajaran tadika bukan merupakan pembelajaran wajib dalam Pendidikan Malaysia. Namun begitu penubuhan tadika oleh pihak swasta amat digalakkan oleh pihak kerajaan. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Pada peringkat prasekolah, pendedahan awal kanak-kanak kepada sains penting bagi perkembangan intelek yang lain. Pendidikan sains awal ini perlulah dipupuk dari peringkat awal lagi. Matlamat pendidikan sains untuk kanak-kanak dapat dilihat daripada aspek kemahiran dan pengetahuan. Aspek pengetahuan ditentukan oleh guru dengan mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dan

penting diketahui bagi kanak-kanak berfungsi dalam persekitarannya dan yang menarik perhatian mereka.

Pada peringkat prasekolah, pendidikan sains adalah cara kanak-kanak menerokai dunianya. Sains bagi kanak-kanak adalah ramalan (saya fikir), pemerhatian (saya lihat), dan kesimpulan (saya tahu atau pelajari). Kanak-kanak di peringkat ini belajar dengan melakukan aktiviti dan berfikir dengan apa aktiviti yang dilakukan. Mereka perlulah melakukan aktiviti ini sendiri supaya dapat melihat sendiri kesan dan akibat daripada manipulasi yang dilakukan dalam pelbagai keadaan.

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

3.0 KAEDAH ATAU CORAK PENGAJARAN GURU-GURU PRASEKOLAH

Gaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Selain itu juga, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru yang sesuai dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar

mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Selain itu juga, Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu yang akan dapat memperkembangkan minda kanak-kanak dalam semua aspek pembelajaran. Hal ini kerana, pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanakkanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak.

Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat menentukan jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga harus menentukan bahan-bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan keupayaan murid. Oleh itu, untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlulah merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan topik dan aktiviti sains yang akan diperkenalkan kepada mereka. Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berasaskan kepada teknologi komputer. Alat bantu mengajar ini memainkan peranan

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia juga turut berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murud, murid dengan guru, dan murid dengan murid. Hal ini kerana, pembelajaran berasakan komputer seperti penggunaan alat bantu mengajar slide show atau grafik, membolehkan kanak-kanak ini lebih berpluang untuk bertanya. Selain itu juga, penggunaan komputer juga dapat mewujudkan situasi sebenar tentang apa yang ingin disampaikan, misalkan penggunaan video dan audio dapat memberi gambaran sebenar dan seterusnya dapat membina imiginasi kanak-kanak tersebut.

Tambahan pula menurut Rio Sumarni Shariffudin et al, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Sains di peringkat prasekolah adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka. Melalui penggunaan PBK, guru-guru dapat menarik minat kanak-kanak yang

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

secara semulajadinya sukakan benda-benda yang menarik. Perisian PBK yang dilengkapi dengan arahan-arahan secara teks dan audio yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia juga mempunyai objektif yang jelas, sesuai dengan tahap dan kemahiran kanak-kanak, interaktif, dan mempunyai grafikgrafik yang menarik dan pelbagai.

Menurut Rio Sumarni Shariffudin et al lagi , penggunaan elemen-elemen mutimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar. Tajuk yang dipilih adalah Mengenal Haiwan. Dengan animasi ataupun video, murid sekolah dapat mengenal dan membuat perbezaan dalam mengklasifikasi jenis haiwan seperti haiwan bersayap, berjalan, berkaki dua dan sebagainya. Sebagai contoh burung dan ayam dapat dikelaskan dalam kategori haiwan bersayap manakala lembu dan kambing adalah haiwan yang berkaki empat. Tambahan pula, di persekitaran mereka terdapat pelbagai jenis haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak langsung akan menambah pengetahuan sedia ada.

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Rajah : bahan bantu mengajar dalam penggunaan komputer bagi kanak-kanak prasekolah Selain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Main atau bermain secara amnya boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang memberikan kegembiraan atau kepuasan kepada kanak-kanak tampa

menimbangkan hasil daripada aktiviti itu. Dengan kata lain, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau ingin mencapai tujuan tetentu. Bermain juga di anggap satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhirnya atau tujuan tetentu. Bermain juga bukanlah aktiviti yang di paksa, malah ia merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak ( Kraus, 1990 ). Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak.

Dari aspek psikoanalisis Freud, bermain memberi peluang kepada kanakkanak untuk memperoleh perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti yang sebenar (Kraus, 1990). Carr, dalam teorinya menyatakan, bermain adalah penting kepada kanak-kanak kerana bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain 9

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

itu bukanlah bermain bebas tanpa perancangan tetapi bermain yang mempunyai unsur seperti main terancang, fleksibel, bersruktur serta main yang memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif.

Terdapat banyak contoh aktiviti bermain. Antara aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus dan kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak akan berasa seronok, gembira dan aktif untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin dan boleh berdikari. Selain itu juga, aktiviti bermain seperti Selain itu, dapat memudahkan guru menyampaikan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001; Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). Selain itu juga, aktiviti seperti membina istana dengan pasir misalnya juga akan membolehkan mereka lebih berimiginasi dan meningkatkan keupayaan otak mereka untuk berfikir.

10

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Rajah : contoh aktiviti main dalam belajar bagi kanak-kanak prasekolah

Selain itu juga, antara permainan pembelajaran bagi sains awal ialah permainan yang melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Hal ini secara tidak langsung akan memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang bahagian tubuh badan mereka serta mengetahui bersenam bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat menyihatkan tubuh badan manusia

11

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Rajah : aktiviti main dalam belajar bagi sains awal ( bersenam)

Selain dari melakukan aktiviti senaman, berlakon dan bernyanyi juga merupakan aktiviti belajar dalam bermain yang lazimnya telah dipraktikkan oleh guru di tadika. Misalnya, guru menyuruh kanak-kanak berlakon sebagai guru dan pesakit seperti situasi sebenar dan dalam situasi begini kanak-kanak akan didedahkan dengan bagaimana cara untuk merawat pesakit, mengenal ubatubatan dan sekali gus pembelajaran dalam sains awal dapat dilakukan secara tidak langsung dalam permainan ini.

Seterusnya, gaya pengajaran guru prasekolah yang berkesan ialah melalui pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. Kreativiti adalah keupayaan untuk memikirkan sesuatu dalam keadaan-keadaan luar biasa dan bersedia untuk menyelesaikan masalah secara unik. Contohnya guru boleh

mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir atau tanah liat, kanak-kanak 12

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

boleh menulis

berlatih

menggunakan hujung jari di atas pasir atau

menggunakan lidi di atad doh atau tanih liat. Kaedah ini bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak untuk menulis, ia juga akan turut membina pemikiran kreatif mereka bagi menghasilkan sesuatu yang menarik dengan menggunakan cara mereka sendiri. Oleh itu, dengan adanya aktiviti seperti ini kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar menulis.

Rajah : Murid sedang membentuk huruf di atas permukaan pasir.

Selain itu juga, kanak-kanak akan mudah menjadi bosan dan tertekan sekiranya guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak merasakan

13

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

mereka kurang mendapat peluang untuk menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk dengan cara yang bermakna. Selain itu juga, tidak di nafikan bahawa, sikap kanak-kanak itu sendiri yang cepat bosan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi kepada aktiviti yang sedia membosankan. Mereka lebih berjiwa lembut dan mahu dihargai, oleh itu, dengan cara ini sedikit sebanyak akan dapat menarik minat mereka.

Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan atau belajar secara berkumpulan. Proses yang melibatkan pembelajaran secara kumpulan kecil bekerjasama menyiapkan tugasan dan dalam kumpulan ( pembelajaran koperatif ). Teknik pembelajaran dengan cara ini harus di praktikal bagi kanak-kanak prasekolah. Hal ini kerana, cara ini dapat memupuk minat mereka untuk belajar bersama-sama disamping dapat mewujudkan hubungan yang baik antara mereka. Selain itu juga, berbagai-bagai kegiatan dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanak-kanak terhadap

pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai-bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu guru-guru yang mengendalikan kelas perlu fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, guru-guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 2004). Jadi, aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai dilakukan dalam masa sependek yang boleh.

14

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Misalnya, apabila mereka telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, guru akan menceritakan atau menyampaikan sesuatu cerita samada secara lisan atau bekan lisan, seterusnya guru mungkin boleh menyertakan aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak-kanak melibatkan diri secara aktif didalam kumpulan mereka semasa cerita dijalankan, membunyikan bunyi-bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada tempat-tempat sesuai. Dalam P&P sains pula, guru boleh menjalankan aktiviti mengumpulkan biji benih

mengikut bentuk, saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh di makan. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk membezakan bahan-bahan yang diberikan mengikut pemahaman sendiri. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi antara mereka.

Pada peringkat prasekolah juga, guru-guru juga perlu memahami aras pemikiran kanak-kanak. Pemikiran kanak-kanak didapati masih belum

berkembang seperti orang dewasa (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989). Pada peringkat ini terdapat beberapa perkara pokok menjadi perbezaan besar di antara pemikiran orang dewasa dengan kanak-kanak. Jadi, apabila guru memberikan penerangan atau berbincang dengan kanak-kanak, jangan

menganggap mereka itu orang-orang dewasa yang kecil. Oleh itu, guru-guru seharusnya perlu menggunakan bahasa yang jelas, suara yang lembut dan menimbulkan suasana yang menarik semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Apabila memberikan penerangan kepada kanak-kanak, guru-guru

15

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

seharusnya mengeluarkan buah fikiran yang dapat diberikan contoh-contoh yang konkrit.

Contohnya seperti, guru-guru mahu menerangkan bahawa kanak-kanak mesti berhati-hati apabila makan, baca doa sebelum dan selepas mkan dan juga basuh tangan sebelum makan. Sebab-sebab yang dijelaskan pada kanak-kanak sepatutnya berkait dengan perkara yang mereka sendiri alami seperti tidak tercekik, lebih sedap makanan itu, tidak sakit perut, tidak memudharatkan diri mereka dan seterusnya mereka tidak buruk dipandang orang. Semua keadaan ini dapat di pupuk dalam diri setiap kanak-kanak kerana ibarat kanak pepatah, kanak-kanak umpama kain putih dan kita yang akan menyorakkannya. Melalui sebab-sebab yang diterangkan dan di jelaskan dan ditunjukkan, kanak-kanak akan lebih memahami apa yang guru sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.0 KAJIAN BERKAITAN PENGAJARAN GURU PRASEKOLAH

Seperti yang kita ketahui pendidikan prasekolah merupakan pengalaman yang penting dalam dunia persekolahan kanak- kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang menarik, berkesan dan bermakna dapat mengembangkan kemahiran tertentu dalam diri kanak - kanak. Kemahiran seperti peningkatan keyakinan diri dan sikap yang positif akan menjadi satu persediaan yang baik

16

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

bagi diri kanak- kanak untuk memasuki alam persekolahan yang lebih formal. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru yang efektif, mereka perlulah mengambil kira gaya pembelajaran yang sesuai dengan kanak - kanak pada peringkat prasekolah. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak - kanak. Menurut teori Pembelajaran Sosial (Bandura,1977), salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Model percontohan dan permodelan adalah amat baik untuk kanak-kanak pada peringkat ini dalam mencapai matlamat yang abstrak.

Selain itu, menurut Khadijah Rohani (1992), beliau mendapati program prasekolah yang menekankan akademik semata-mata menyebabkan kanakkanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. Pendapat ini selari dengan dapatan kajian oleh Katz (1985). Beliau menyatakan bahawa pendedahan akademik atau kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan minat belajar kanak-kanak.

Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol

17

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

seperti abjad dan nombor (Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Oleh itu, penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri. Piaget (1950, 1972), Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986).

Namun begitu, kajian-kajian yang di jalankan di peringkat prasekolah banyak menumpu kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan pelaksanaan pengajaran guru. Sebagaimana Khatijah Rohani (1992) mendapati pusat-pusat pendidikan prasekolah banyak menyediakan program yang bersifat akedemik yang membuatkan kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam pembelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut Halim (1989), kanak-kanak yang telah mengikuti pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik semasa di Tahun 1 persekolahan.

Walau bagaimanapun Asma (2001), telah membuat kajian perlaksanaan main di tadika Brunei. Sample kajian ialah 12 orang guru tadika dan 16 orang kanak-kanak. Kaedah kajian ialah secara temuduga dan pemerhatian.

18

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60% guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak memberi sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya kesemua guru tadika yang dikaji iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak ini perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari dan pengajaran secara kelas. Ini sangat penting bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun satu. Aktiviti bermain cumalah mengisi masa yang terluang sahaja.

5.0 PENGAJARAN SAINS AWAL OLEH GURU PRASEKOLAH

Bagi pengajaran sains awal, guru perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan teliti. Melalui perancangan yang teliti, guru dapat menerapkan kemahiran- kemahiran proses sains dalam pengajaran di kelas. Hal ini kerana, kemahiran proses sains amat perlu bagi kanak-kanak prasekolah untuk mempelajari dan memahami mata pelajaran sains diperingkat awal.

sains awal merupakan satu subjek yang di bina untuk

menyediakan

peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun meneroka alam sekitar dengan menggunakan organ deria dan peralatan mainan yang mudah untuk mempelajari sains pada peringkat awal. Menurut Mc Anarney ,1980 dalam zurida ismail et al (2003) menyatakan sains bagi kanak-kanak melibatkan mereka secara aktif dalam aktiviti penerokaan dan penyiasatan. Pada peringkat

19

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

umur begini, pembelajaran lebih tertumpu kepada pembelajaran hands-on dimana kanak-kanak memulakan penerokaan melalui deria rasa, membuat ramalan dan seterusnya dapat merekod pemerhatian.

Konsep yang dipelajari oleh pelajar adalah berdasarkan kefahaman yang di kuasai kanak-kanak itu sendiri melalui fenomena yang telah diperhatikan dan aktiviti yang telah di lakukan oleh pelajar. Kefahaman kanak-kanak ini boleh dibina semasa proses pengajaran dan pembelajaran dimana guru boleh mengemukakan pelbagai bentuk soalan kepada kanak-kanak semasa

melakukan aktiviti, seterusnya dapat menentukan arah aktiviti seterusnya. Pembelajaran yang kreatif membantu kanak-kanak meneroka dan memikirkan bentuk jawapan dan penyelesaian dan pemberian jawapan yang kreatif.

Bagi pengajaran sains awal, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru yang membolehkan guru menjana minat dan membantu murid dalam memahami konsep-konsep asas dalam sains. Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru bagi membolehkan pembelajaran sains menjadi lebih menarik ialah, permainan air. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak amat gemar bermain dengan air. membantu guru Aktiviti- aktiviti pembelajaran yang teracang dapat pembelajaran dengan berkesan dan

melaksanakan

membolehkan kanak-kanak meneroka mengenai beberapa konsep berkaitan dengan air. Keadaan dapat memberi peluang kepada kanak-kanak menjalankan eksperimen mengenai air dengan menggunakan peralatan dan bahan dari

20

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

pelbagai saiz, warna dan bentuk. Eksperimen yang dapat di lakukan oleh kanakkanak ialah seperti melihat bahan yang boleh tenggelam dan timbul , bahan yang larut dalam air dan membuat buih daripada sabun.

Seterusnya guru dapat melaksanakan proses pengajaran dengan melaksanakan aktiviti permainan pasir. Melalui aktiviti permainan pasir guru boleh mengadakan sesi perbincangan dengan kanak-kanak prasekolah dan berbincang mengenai saiz dan bentuk yang di miliki oleh pasir serta teksturnya. Melalui perbincangan tersebut, kanak-kanak prasekolah dapat megetahui saiz dan tekstur yang dimiliki oleh pasir. Pasir yang memiliki rupa dan tekstur yang berlainan boleh di pindah-pindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Misalnya dalam pembinaan istana pasir oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mencampurkan pasir dengan air bagi membentukkan ikatan kukuh dalam pembinaan istana pasir. Kemudian mereka juga membina bentuk dari pasir tanpa mencampurkannya dengan air. Seterusnya kanak-kanak dapat membuat perbezaan kesan membina bentuk dengan mengunakan pasir basah dan pasir kering.

Selain itu, dalam pengajaran dan pembelajaran sains awal, guru bertindak untuk menyediakan bahan-bahan pembelajaran berdasarkan sentuhan. Dalam aktiviti ini guru perlu menyediakan bahan-bahan dengan memasukkan bahan tersebut ke dalam satu karung kain dan meminta kanak-kanak menyentuh dan meneka objek apakah yang telah di sentuh oleh kanak-kanak berkenaan.

21

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Kemudianya kanak-kanak tersebut perlu menerangkan mengenai perkara yang telah dirasainya melalui sentuhan yang telah di lakukan. Melalui aktiviti ini, pelajar dapat mempelajari dan mengetahui konsep rasa seperti lembut, licin, keras dan sebagainya.

Selain daripada aktiviti sentuhan, aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh guru prasekolah dalam pembelajaran sain awal ialah melaksanakan aktiviti pendengaran. Aktiviti ini dilaksanakan dengan meminta kanak-kanak meneka bunyi yang telah di dengar oleh mereka dan menerangkan bunyi tersebut. Aktiviti pendengaran ini dapat dilaksanakan melalui mata pelajaran muzik, dimana pelajar perlu meneka tinggi atau rendah sesuatu bunyi. Selain itu, aktiviti pendengaran ini juga boleh dilaksanakan dengan memasang muzik atau nadanada bunyian seperti bunyi- bunyi haiwan, ketukan dan sebagainya. Seterusnya meminta pelajar meneka apakah benda atau haiwan yang berbunyi seperti yang telah mereka dengar.

Setelah itu aktiviti pengajaran mengenali manik-manik berwarna juga dilaksanakan oleh guru prasekolah. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak dapat mengetahui dan mengenali jenis warna, saiz dan betuk manik-manik. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat mengasingkan manik-manik mengikut susunan yang telah diminta oleh guru.

22

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Aktiviti rasa dan bau juga dilaksanakan oleh guru prasekolah bagi matapelajaran sains awal. Melali aktiviti ini guru boleh meminta pelajar memejam mata dan mengesan rasa dan bau yang telah disediakan. Contohnya, guru menutup mata kanak-kanak dengan kain dan mengambil sekuntum bunga dan diletakkan berhampiran dengan pelajar dan meminta pelajar meneka

darimanakah sumber bau yang telah mereka hidu. Melalui daripada kaedah ini guru boleh mengadakan sesi perbincangan dengan kanak-kanak mengenai perbezaan tekstur dan bau bahan-bahan yang dikaji.

6.0 PENUTUP

Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian mengenai kesan prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka panjang dan jangka pendek. Oleh itu, pendidikan prasekolah penting bagi kanak-kanak untuk mengikutinya kerana banyak kelebihan yang akan mereka perolehi. Selain itu juga, pendidikan prasekolah adalah satu pendidikan yang bertujuan untuk mempersiapkan diri kanak-kanak sebelum mereka masuk ke alam persekolahan.

Pendidikan sains awal di peringkat prasekolah adalah penting bagi menggalakkan kanak-kanak meneroka alam sekeliling meraka. Penerokaan

23

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

adalah penting dalam proses saintifik. Menurut Johnston, 1996, melalui penerokaan, kanak-kanak mengembangkan kemahiran seperti membuat

pencerapan, mengelas, dan membina soalan. Oeh itu, Interaksi mereka dengan alam sekitar membantu mereka dalam membina kefahaman konseptual saintifik disamping membentuk sikap dan minat dalam sains antaranya seperti keinginan ingin tahu, tabah, ikram, dan jujur. BIBLIOGRAFI Amabile. (1992).Pendidik Kreatif Srbagai Teras Transformasi.Diperoleh pada Februari 20 daripada http://eprints.utm.my/2286/1

(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Asma (2001), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001; Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003.Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah.Diperolehi pada Februari 25 daripada http:// www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-PendidikanPrasekolah

24

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Diperoleh dari http://sarjana.tripod.com/pra1. Kertas Kerja Kajian Sistem Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Prasekolah pada 8 Febuari 2010.

Halim (1989), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), diperolehi pada Februari 19 2010 daripada http:// ms. Wilkepedia.org./wiki/prasekolah

Johnston dalam Zurida Ismail, 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. , Kuala Lumpur.

Katz (1985), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Khadijah Rohani (1992), Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Kraus .(1990).Kepentingan Bermain dalam Pendidikan Prasekolah.Diperoleh pada 13 Februari pada http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan -Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah

25

ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV4193)

Pembelajaran Sosial (Bandura,1977) dalam saayah, Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, & Dayang Hajjah Tiawa Awang Haji Hamid. (2007). Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian Multimedia Membaca-faham Prasekolah.Dimuat Berasaskan turun Gambaran 16 Visual bagi Kanak-kanak daripada pads Disember, 2007,

http://eprints.utm.my/2344/1

Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989. Pendidikan prasekolah. Fajar bakti Sdn. Bhd Rohaty Mohd Masjud dan Abu Bakar Nordin, (2004) Pendidikan Prasekolah. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zurida Ismail, 2003. Pendidikan Sains Prasekolah. PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. , Kuala Lumpur.

26

You might also like