Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
8Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
TAJUK_1PerniagaanPersekitaran

TAJUK_1PerniagaanPersekitaran

Ratings:

5.0

(5)
|Views: 1,225 |Likes:

More info:

Published by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI on Dec 17, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/09/2014

pdf

text

original

 
TAJUK 1 : PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN1.1Pengenalan Perniagaan
Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barangandan perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan banyakmemberi faedah kepada manusia kerana aktiviti-aktiviti perniagaan dapat memenuhikehendak dan keperluan manusia dengan menyediakan berbagai-bagai barangandan perkhidmatan yang dikeluarkan sama ada di dalam negara ataupun diimportdari luar negara.Selain itu, perniagaan juga menjanakan keuntungan yang menggalakkan manusiaberkecimpung dan mengembangkan perniagaan pulangan kepada pemilik-pemilikyang sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka.
1.1.1Definisi Perniagaan
“Business is the distribution and exchange of all the surplus goods producedin the fields, seas, forests and factories of the earth so that they reach thefinal consumer in the right place and at the right price”Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihanyang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilangsupaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhhir pada tempat dan hargayang berpatutan.
Vincent A. Gabriel (1995) m.s 5
Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan danperkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan.
Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa danAbdullah Munsi b. Abdul Rahim (1999) m.s 1
Perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang untuk tujuanmendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah.
Zumilah Zainalaludin (1999) m.s 3
Perniagaan boleh didefinisikan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatandengan wang atau alat pertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atausebarang bentuk faedah.
Norhayah Zulkifli et. al (1999) m.s 2
“Business is an organization that provides goods or services in order to earnprofits”Perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atauperkhidmatan untuk mendapat keuntungan.
Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin (1998) m.s 2
 
Rumusan
Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan di atas, maka perniagaan dapatditakrifkan sebagai:-Suatu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan yang berbentukbarang fizikal atau perkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar asalkepada pengguna terakhir pada tempat dan harga yang berpatutan. Usahapemindahan dan pertukaran barangan ini dijalankan berasaskan alatpertukaran yang telah dipersetujui oleh pengeluar asal dan pengguna terakhir.Pertukaran sedemikian akan membawa faedah dan keuntungan kepadasemua pihak yang terlibat dalam usaha ini.
1.1.2Barangniaga
Ia juga dikenali sebagai produk atau keluaran. Barangniaga terdiri daripada unit-unityang dapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal seperti baju, keropok,anak patung mainan dan sebagainya.
1.1.3Perkhidmatan
Ia merupakan sesuatu keluaran yang tidak dapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuhsecara fizikal. Namun demikian, kehadirannya akan memenuhi keperluan dankehendak pembeli atau penggunanya. Contoh-contoh perkhidmatan adalahperkhidmatan pakar perubatan, bank, insuran, pendidikan Kolej Matrikulasi dansebagainya.
1.1.4Keuntungan
Keuntungan merupakan perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaanperniagaan. Keuntungan perniagaan yang menggalakkan peniaga-peniaga untukmenjalankan dan mengembangkan perniagaan mereka. Ia juga merupakanpulangan atau ganjaran kepada peniaga-peniaga yang sanggup menghadapi risikodaripada pelaburan wang dan masa mereka.Keuntungan (perniagaan) = Pendapatan - PerbelanjaanKeuntungan (ekonomi) = Pendapatan – (Perbelanjaan + Kos Melepas*)* Kos melepas merupakan kos yang terpaksa dilepaskan kerana membuatsesuatu pilihan.
1.1.5Faedah
Faedah juga dikenali sebagai kebaikan atau kelebihan. Semua pihak yang terlibatdalam perniagaan akan memperolehi faedah. Misalnya, seorang peniaga yangmenjual barangan atau menyediakan perkhidmatan akan memberi faedah kepadapelanggannya. Pelanggan itu akan menggunakan barangan atau perkhidmatan yangdisediakan untuk kepentingan diri iaitu mencapai matlamat individu atau organisasi.Pada masa yang sama, peniaga yang memberi perkhidmatan atau menjual barangakan dibayar oleh pelanggannya.
 
1.1.6Kepuasan
Apabila kehendak dan keperluan seseorang itu dipenuhi, maka dia akan berasapuas hati. Jika tidak, kepuasannya tidak akan tercapai. Misalnya, barang atauperkhidmatan yang dibeli oleh seseorang itu dapat memenuhi keperluan dankehendak pihak pembeli, maka pembeli akan berasa puashati. Begitu juga denganpenjual barang atau perkhidmatan. Bayaran yang diperoleh daripada jualan barangatau perkhidmatan dan ia digunakan untuk memenuhi keperluan dan kehendakpenjual, maka penjual akan mencapai kepuasan.
1.1.7Objektif Perniagaan
Keuntungan iaitu perbezaan diantara kos pengeluaran (perbelanjaan) dan apa yangpelanggan-pelanggan mahu bayar untuk sesuatu produk (pendapatan) merupakansalah satu asas dalam sistem ekonomi kapitalis.
Keuntungan
Pada jangka masa panjang, keuntungan ialah objektif utama untuk kebanyakanorganisasi perniagaan sama ada bersaiz besar atau kecil. Keuntungan merupakanfaktor atau daya tarikan kepada seseorang individu untuk berkecimpung dalambidang perniagaan dan peniaga untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada.Selain itu, keuntungan boleh menjadi pengukur prestasi sesebuah organisasiperniagaan, sama ada disifatkan berjaya atau gagal.Namun, persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap keuntungan sebagai objektif utama dalam bidang perniagaan mula berubah. Banyak organisasi perniagaansanggup berkorban keuntungan pada jangka masa pendek untuk objektif perniagaanpada jangka masa panjang. Contohnya, banyak organisasi perniagaan Jepunberjaya bersaing dan memasuki pasaran Amerika Syarikat kerana mereka sanggupuntuk menangguhkan keuntungan pada peringkat permulaan dengan menawarkanproduk yang bermutu dan berharga rendah.Pada zaman ekonomi berpengetahuan (k-economy), organisasi perniagaan yangmengutamakan keuntungan semata-mata sebagai objektif utama sering dikritikmalah disangsikan oleh masyarakat umum. Oleh sebab itu, sebahagian besar organisasi perniagaan hari ini mengubah pendirian mereka daripada terlalumengutamakan keuntungan kepada pertimbangan-pertimbangan yang dapatditerima oleh masyarakat umum seperti tanggungjawab sosial, kerja-kerja amal dansebagainya.
Kemandirian (Survival)
Kewujudan sesebuah organisasi perniagaan baru atau semasa keadaan ekonomiyang tidak stabil, objektif kemandirian (survival) adalah lebih penting daripadakeuntungan. Kemandirian bertujuan untuk menyedarkan masyarakat umum tentangkewujudan organisasi perniagaan itu. Organisasi perniagaan harus cuba sedayaupaya untuk menarik perhatian masyarakat umum tentang kewujudannya.Lazimnya, organisasi perniagaan mengalami kerugian di peringkat kemandiriantetapi fenomena ini tidak berkekalan. Pihak peniaga juga harus memastikan bahawa jangka masa kerugian yang dialami di peringkat kemandirian adalah singkat dantidak berlarutan. Jika tidak, kerugian yang dialami itu bertambah dan sukar untuk

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
tyasyabiha liked this
arina76 liked this
viknesh60 liked this
josm994834 liked this
josm994834 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->