You are on page 1of 23

LAPORAN KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA : Kajian Kes Terhadap Seorang Murid Berkeperluan Khas yang Sedikit Lembam

Noor Aisiah Md Noor Pelajar G 5.11

PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya saya berjaya menyiapkan tugasan bagi kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106) yang diberikan. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr. Tan Ai Mei yang memberi peluang kepada saya bagi melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana banyak memberi pandangan, tunjuk ajar serta mendorong saya untuk terus melaksanakan tugasan yang membantu saya menyiapkan tugasan ini. Keduanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan rakan saya yang banyak membantu saya dalam memberikan pendapat masing masing yang membolehkan saya berfikir secara lebih kreatif dalam melaksanakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Semangat dan dorongan serta kerjasama yang diberikan semasa menjalankan kajian juga didahulukan dengan ribuan terima kasih. Tugasan ini tidak akan lengkap tanpa responden yang banyak membantu semasa saya menjalankan kajian. Setinggi penghargaan diberikan kepada Pn. Fatimah, Cik Noriah dan Pn. Nora iaitu guru di sekolah yang membantu saya melancarkan proses kajian saya. Tidak lupa juga kepada murid muird yang membantu melancarkan proses soal selidik dan pemerhatian yang dijalanakan. Jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat semasa saya menjalankan kajian ini. Akhir kata, saya berharap agar hasil tugasan yang saya lakukan ini menepati tugasan yang diberikan. Saya juga berharap agar tugasan ini dapat mendorong dan membimbing saya dalam membina insan guru yang seterusnya menjadikan diri saya lebih bersemangat untuk menyediakan peluang pendidikan yang sama di kalangan murid seterusnya membina sahsiah serta kecemerlangan murid sesuai dengan matlamat pendidikan Negara demi pembangunan negara.

PENDAHULUAN Sistem pendidikan Malaysia bermatlamat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, dan rohani seterusnya berupaya berperanan sebagai warganegara produktif yang mampu mendukung visi dan misi negara. Sehubungan dengan hasrat kerajaan itu, salah satu daripada agenda Kementerian Pelajaran Malaysia ialah untuk mengukuhkan semua sekolah kebangsaan (SK), kerana SK ditubuhkan sebagai wahana untuk perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama demi menjayakan wawasan Negara (PIPP, 2006). Menurut Hopkins (2005), kajian kajian menunjukkan salah satu faktor penghalang kepada pencapaian sekolah ialah budaya organisasi sekolah. Justeru, reformasi pedidikan harus memberi fokus kepada budaya terlebih dahulu sekiranya mutu pendidikan hendak ditingkatkan. Sekolah sekolah di Malaysia mempunyai persamaan dari segi kurikulum, bentuk bangunan, kelayakan guru, dan prasarana. Namun yang membezakan sekolah ialah unsur budaya sekolah dan unsur inilah yang dikatakan penentu pada keberkesanan sekolah (Bolman & Deal, 1991). Budaya sekolah amat penting dalam memastikan bahawa murid murid mendapat keperluan serta pendidikan yang sama rata tanpa wujudnya ketidaksamaan peluang pendidikan yang berpunca dari aspek kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti, dan murid berkeperluan khas. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan peluang pendidikan bagi seluruh rakyat Malaysia dapat dinikmati bersama tidak kira sama ada kedudukan sekolah di luar bandar atau di bandar. Namun masih terdapat jurang perbezaan antara kesamarataan dalam peluang pendidikan di luar bandar dan di bandar yang menyebabkan murid di luar bandar kebiasaannya selalu tercicir dan ketinggalan dalam soal pendidikan. Peranan pihak sekolah, guru, ibu bapa serta komuniti amat penting dalam memastikan semua murid dapat menikmati peluang pendidikan yang sama rata dengan membentuk persekitaran mesra budaya walaupun masyarakat Malaysia ialah masyarakat majmuk yang mempunyai perbezaan dalam latar belakang setiap kaum. Kepelbagaian kelompok sosial yang wujud mestilah dikesan lebih awal supaya budaya di sekolah tidak bercirikan sebarang unsur unsur perkauman yang boleh menyebabkan murid keciciran dalam pelajaran.

1.0

KONTEKS TUGASAN Sistem pendidikan Malaysia pada umumnya berorientasikan peperiksaan

dan keputusan peperiksaan sering digunakan sebagai indikator yang penting kepada penentuan kerjaya, melanjutkan pelajaran, dan sebagai kayu ukur kepada keberkesanan menjadikan (Hishamuddin sekolah, sistem walaupun Kementerian tidak terlalu Pelajaran berusaha untuk

pendidikan 2006).

berorientasikan

peperiksaan memberi

Hussein,

Keputusan

peperiksaan

dikatakan

gambaran tentang pencapaian sekolah yang tidak sama, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana, latihan, dan guru terlatih yang hampir sama. Ketidaksamaan peluang mungkin salah satu sebab mengapa ada pelajar yang berjaya dengan cemerlang atau kurang cemerlang. Pada semester 5, saya telah menjalankan praktikum di salah sebuah sekolah di kawasan Cheras, Kuala Lumpur dan saya diberi sub tugasan untuk melaksanakan kajian berkaitan dengan isu dan fenomena ketidaksamaan peluang pendidikan di sekolah serta mencari dan mengupas faktor yang menyebabkan isu tersebut wujud di sekolah. Kajian Coleman et al. (1966) berkaitan ketidaksamaan peluang pendidikan dianggap sebagai titik tolak kepada kajian sekolah berkesan. Kajian Coleman et. al. (1966) ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor faktor yang menyumbangkan kepada perbezaan pencapaian akademik di kalangan pelajar pelbagai etnik. Justeru, kajian yang saya lakukan ini akan mengambil kira kajian sekolah berkesan dan kajian penambahbaikan sekolah dengan memberi fokus kepada aspek budaya sekolah di sekolah di mana saya menjalankan praktikum bagi memenuhi tugasan kerja kursus pendek bagi kursus Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106).

2.0

KONSEP

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN Setiap sekolah mengamalkan budaya yang berbeza dan ini termasuklah di bawah aspek ketidaksamaan peluang pendidikan yang wujud di kalangan murid di Malaysia. Kesamaan peluang pendidikan merujuk kepada kesamaan hasil jika diberi input secara individu yang sama (Coleman, 1968). Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya (Siti Masayu Rosliah, 2008). Konsep ketidaksamaan boleh ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapatnya perbezaan antara anggota atau kelompok etnik lain dengan kumpulan atau etnik lain daripada pelbagai aspek seperti kemudahan, peralatan, peluang kerjaya dan sebagainya. Ketaksamaan peluang pendidikan dirujuk kepada keadaan di mana akses kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua penduduk kerana faktor faktor tertentu. Di Malaysia, ketidaksamaan pendidikan mungkin disebabkan oleh faktor seperti kedudukan sekolah, latar belakang pelajar, status sosioekonomi, pencapaian akademik, minat pelajar, peluang hidup, sosiolisasi dan perbezaan bahasa. Menurut Zahir Zainuddin (2010) ketidaksamaan peluang pendidikan yang berlaku di Malaysia ini adalah perlu dititik beratkan dan dapat dibahagikan kepada kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan murid bekeperluan khas. Kelas sosial merujuk kepada lapisan sosial atau kedudukan sesuatu kelompok yang sama dalam masyarakat tanpa mengira dasar pembahagian kelas dari segi kewangan, kuasa, politik, pekerjaan atau dasar lain. Stalcup (1968) telah mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan dalam masyarakat, di mana manusia menganggap diri mereka sama dari segi latar belakang keluarga, peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu isu sosial. Manakala Meighan (1986) menjelaskan bahawa walau apa cara definisi kelas sosial, ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan dalam sesuatu bangsa yang sama. Dalam erti kata lain kelas sosial adalah merujuk kepada lapisan masyarakat yang dibahagikan mengikut taraf pendapatan atau pendapatan keluarga, kuasa dan latar belakang keluarga. Rothman (2005) mengertikan kelas sosial sebagai satu kumpulan individu yang berada pada satu kedudukan yang serupa dalam sistem pengeluaran, penyebaran dan penggunaan bahan serta
4

perkhidmatan dalam masyarakat. Kelas sosial ini merupakan unsur unsur pewujudan ketaksamaan peluang pendidikan kerana golongan atasan yang berpendapatan tinggi mempunyai keupayaan kewangan untuk menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan yang sedia ada sama ada dalam atau luar Negara. Di Negara yang mana perempuan dan lelaki menikmati peluang pendidikan, penurunan kuasa agak berat sebelah, iaitu perempuan sentiasa diabaikan. Ketaksamaan jantina boleh dilihat di sekolah daripada pebagai aspek seperti ketiadaan keselamatan dalam kalangan perempuan, ulang alik ke sekolah, bias jantina dalam buku teks dan bahan pengajaran. Kurikulum boleh mencipta idea idea tentang kasta, kelas, identiti, keagamaan dan etnik. Matlamat sesetengah kurikulum dibezakan secara eksplisit daripada aspek jantina. Contohnya terdapat di sesetengah sekolah yang melarang perempuan mengikuti aktiviti seperti sukan yang mempunyai risiko yang tinggi dan mereka lebih cenderung kea rah kerja kerja ringan seperti mengambil mata pelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT). Penggubal kurikulum dan penyemakan semula kurikulum perlu mewujudkan suatu kefahaman bagaimana pelajar dan guru harus bertindak terhadap pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini perlu kerana pelajar lelaki dan perempuan mempunyai pemikiran dan gaya pembelajaran yang berbeza serta guru harus berkebolehan mengenal pasti dan menangani isu perbezaan dengan berkesan (Heijinen Maathuis, 2008). Begitu juga dengan tanggapan bahawa pelajar perempuan kurang mahir dan berminat dalam bidang matematik dan sains. Bagi mengurangkan tanggapan ini, guru perlu memastikan tidak wujudnya sikap memihak kepada lelaki secara berterusan (Bista, 2006). Kumpulan minoriti merujuk kepada golongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya, dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majority penduduknya berlainan keturunan, agama, dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007). Di Malaysia terdapat 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Bangsa Melayu dikategorikan sebagai kumpulan majoriti kerana jumlah penduduk bangsa Melayu adalah paling ramai berbanding bangsa lain. Manakala Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh, Orang Asli dan kumpulan etnik yang lain merupakan kumpulan minoriti. Kumpulan minoriti di sekolah boleh diklasifikasikan mengikut kategori tertentu. Antara kumpulan minoriti yang boleh dikategorikan ialah murid
5

yang bersifat negatif seperti yang suka ponteng kelas dan sekolah, pembuli, suka merokok dan mempunyai masalah sosial yang boleh menjejaskan pencapaian mereka dalam akademik serta memburukkan nama sekolah. Kesemua kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Perhatian perlu diberikan kepada kumpulan minoriti ini supaya mereka tidak mendominasi situasi di sekolah dan seterusnya membantutkan suasana pembelajaran di sekolah. Murid berkeperluan khas mengikut Dr. Chua Tee Tee (1982) merupakan satu program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak kanak istimewa, atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Terdapat tanggapan negatif daripada ibu bapa dan penjaga terhadap anak sama ada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. Terdapat dua kategori murid berkeperluan khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus. Mengikut Noraini Salleh (1995), sebelum tahun 1960, komuniti murid berkeperluan khas di Negara kita hanya disediakan kemudahan pendidikan di peringkat sekolah rendah sahaja. Mereka tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi sehingga tahun 1962 di mana kumpulan murid berkeperluan khas ini diberikan peluang untuk meneruskan pelajaran mereka di sekolah menengah melalui rancangan percantuman. Akta Pendidikan 1961 menyatakan bahawa kerajaan mengakui kanak kanak berkeperluan khas ini mempunyai hak untuk menghadiri persekolahan formal dan kerajaan telah memberikan perhatian dan memainkan peranan yang aktif dalam pendidikan untuk murid berkeperluan khas, contohnya menyediakan kemudahan serta keperluan ke atas murid berkeperluan khas. Kini Sekolah Pendidikan Khas (SPK) telah ditubuhkan untuk murid berkeperluan khas supaya mereka boleh berdikari dan memberikan sumbangan kepada negara. Kementerian Pelajaran Malaysia juga mengitegrasikan program Pendidikan Khas Integrasi dalam sekolah aliran perdana serta pendekatan inklusif dalam sekolah biasa. Hal ini selaras dengan hasrat antarabangsa di mana pendidikan disediakan untuk semua (Education for All). Implikasi ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia boleh dilihat daripada perutusan Tahun Baru 2006 oleh Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menyatakan merapatkan jurang pendidikan yang merangkumi jurang antara Bandar dan luar Bandar, jurang antara yang miskin dan kaya, jurang digital dan
6

jurang antara mereka yang bekeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan Negara. Fenomena yang berlaku di Malaysia pada masa kini lebih menjurus kepada perbezaan kecemerlangan dalam kalangan pelajar luar bandar dan bandar di mana enrolmen dan prestasi kecemerlangan pelajar luar bandar dilihat agak mundur jika dibandingkan dengan pelajar di bandar (Murad Mohd Noor, 1971). Ini merupakan isu penting yang perlu diberi perhatian dan tindakan sewajarnya. Usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mewujudkan kesamaan peluang pendidikan di Malaysia ialah pendidikan percuma pada semua peringkat, mengadakan kurikulum yang sama, peluang diberi tidak mengira latar belakang murid, menggunakan bahasa pengantar bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan, mengadakan sistem persekolahan yang sama, memberi bantuan persekolahan kepada semua, skim pinjaman buku teks, sistem baucer tuisyen, dan mewujudkan akta pendidikan. KEPELBAGAIAN KELOMPOK Menurut Kamus Dewan (2007) mendefinisikan budaya sebagai tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Manakala kebudayaan dijelaskan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir. Menurut Koentjanraningat (2002), budaya merupakan keseluruhan

pemikiran dan hasil karya manusia yang berasaskan pembelajaran. Mengikut A. Aziz Deraman (1994), jika tiada masyarakat maka tidak ada budaya. Keunikan Malaysia adalah masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti, Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, dan lain lain lagi. Kepelbagaian kelompok yang terdapat di Malaysia adalah kerana terdapatnya kepelbagaian jenis kaum dan etnik. Saya telah berpraktikum di sekolah di sekitar Cheras, Kuala Lumpur dan telah membuat pemerhatian terhadap kepelbagaian kelompok di sekolah. Menurut Maciver (1981), kelompok etnik merupakan suatu kesatuan berdasarkan kesedaran minat dan nonvoluntary. Secara umumnya, etnik tidak mempunyai organisasi yang formal dan dari segi relatifnya adalah terhad saiznya, di mana ahli ahli dihubungkan bersama oleh perhubungan utama dan sekunder. Di sekolah saya berpraktikum, terdapat 5 kumpulan etnik yang boleh dikenal pasti iaitu Melayu, India, Cina, Indonesia, dan Kadazan. Kaum Melayu merupakan kumpulan majoriti
7

di sekolah ini dan mempunyai bilangan murid melebihi separuh daripada jumlah murid manakala selebihnya adalah kumpulan minoriti yang terdiri daripada India, Cina, Indonesia dan Kadazan. Etnik telah membentuk konsep konsep lain seperti etniksiti, etnosentrime, dan diskriminasi. Di sekolah tedapat unsur diskriminasi yang boleh dilihat dengan cara layanan serta pemikiran murid berbangsa Melayu terhadap kaum India. Diskriminasi ialah pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh sekelompok etnik terhadap kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Murid berbangsa Melayu di sekolah ini sentiasa memandang rendah dan berfikiran negatif terhadap kaum India kerana sikap murid India ini yang sentiasa melakukan kesalahan disiplin dan suka melawan guru. Mereka mempunyai penilaian negatif terhadap ciri ciri etnik India dan seterusnya menyebabkan mereka menyisihkan murid India dengan cara tidak bergaul dan sentiasa bersama etnik masing masing. Ras ialah kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi fizikal. Ciri ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi oleh generasi ke generasi yang lain. Konsep penting yang berkait dengan ras ialah rasisme. Rasisme wujud dalam dua tahap iaitu individu dan institusi. Rasisme pada tahap individu ialah kepercayaan bahawa ada ras tertentu yang berstatus lebih unggul dan ada ras yang berstatus lebih rendah. Manakala ,bagi tahap institusi rasisme melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi yang akhirnya mewujudkan ketidaksamaan pada individu daripada ras yang lain. Di sekolah saya berpraktikum ras wujud dalam kalangan warga di sekolah ini yang melibatkan guru dan murid. Murid di sekolah ini adalah paling ramai dari bangsa Melayu dan yang kedua teramai ialah murid berbangsa Indonesia tetapi mempunyai status warganegara Malaysia oleh kerana mereka dilahirkan di Malaysia. Terdapat beberapa orang guru Melayu di sekolah ini berfikiran negatif terhadap murid berbangsa Indonesia ini iaitu mereka ingin menguasai dan menikmati keistimewaan sebagai rakyat Malaysia yang akhirnya boleh menyebabkan rakyat Malaysia sendiri tidak mampu mendapat keistimewaan oleh kerana persaingan antara murid murid ini jelas menunjukkan murid bangsa Indonesia lebih hebat dari murid Bumiputera. Ini menyebabkan guru guru ini memilih murid untuk memberikan jawatan atau pangkat supaya tidak lebih kepada murid dari latar belakang bangsa Indonesia ini.

Konsep kepelbagaian kelompok dari segi minoriti di sekolah ini dapat dilihat dari segi ciri ciri murid dan kaum. Menurut Noriati A. Rashid (2011) minoriti merujuk kepada kumpulan penduduk dianggap sebagai kumpulan yang lebih rendah statusnya dan sering didiskriminasikan. Di sekolah saya berpraktikum kumpulan minoriti bagi ciri ciri murid dapat dilihat dengan jumlah murid berkeperluan khas dan murid bermasalah pembelajaran yang sangat sedikit berbanding murid normal. Sekolah ini merupakan sekolah kebangsaan biasa yang tidak mempunyai pengkhususan dan kepakaran dalam bidang Pendidikan Khas dan disebabkan ini murid biasa adalah lebih ramai. Bagi kaum pula, minoriti di sekolah ini ialah kaum India, Cina dan Kadazan yang boleh dibilang berapa orang murid sahaja dari kaum ini yang bersekolah di sekolah ini. Menurut Roureck dan Warren (1979), masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif serta merasakan bahawa mereka hidup bersama. Terdapat hubungan hubungan terus menerus dalam kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad abad. Ini bermakna masyarakat ialah kumpulan individu yang mempunyai hubungan secara tetap serta menjalankan aktiviti bersama. Secara umumnya, masyarakat ialah kumpulan manusia yang berkongsi suatu wilayah dan budaya. Di sekolah adalah tergolong dalam konsep masyarakat di mana guru, murid serta kakitangan sekolah sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Di sekolah setiap warga adalah hidup secara berkelompok dan mengalami perubahan bersama adalah masyarakat. Begitu juga dengan budaya yang dibentuk di sekolah dikongsi dan diamalkan bersama oleh warga sekolah yang menjadikan sekolah ini ialah sebuah masyarakat. Kelompok merupakan sekumpulan manusia yang memiliki kesedaran yang sama tentang keanggotaan ahlinya, sering berinteraksi dan dibentuk oleh masyarakat. Terdapat dua jenis kelompok iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder. Di sekolah kelompok asas dapat dikenal pasti oleh saya di mana dari segi hubungan dalam kelompok tersebut mengenali antara satu sama lain dengan rapat. Hubungan mereka disertai oleh emosi iaitu kasih sayang antara guru dengan murid, guru dengan guru, serta murid dengan murid. Hubungan mereka adalah kekal dan mereka sentiasa berinteraksi serta saling tolong menolong dan bekerjasama dalam melakukan sebarang aktiviti.
9

3.0

ISU KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN Melalui beberapa pemerhatian yang dilakukan kepada pelajar di sekolah di

mana saya berpraktikum, saya mendapati terdapat 3 isu atau fenomena yang terdapat di sekolah ini yang melibatkan ketidaksamaan peluang pendidikan. Antara isu ini ialah (i) Sikap prejudis guru terhadap murid minoriti Indonesia dengan tidak memberi peluang kepada murid untuk memegang mana-mana jawatan, (ii) Sikap diskriminasi murid secara am terhadap murid minoriti kaum India, dan (iii) Layanan guru yang kurang prihatin terhadap murid berkeperluan khas. Dalam penulisan ini, saya hanya memberi fokus khusus kepada isu layanan dihadapi oleh murid berkeperluan khas, dan kupasan isu ini dijalankan menerusi kajian kes terhadap seorang murid tahun 1 yang mengalami masalah kecacatan pada kaki dan sedikit lembam yang boleh dikategorikan sebagai murid berpendidikan khas dihantar ke sekolah ini dan tidak diberikan mana mana keistimewaan. Kanak kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak kanak yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak kanak normal. Kanak kanak ini berbeza daripada kanak kanak normal dari segi ciri ciri mental, keupayaan deria, tingkah laku dan emosi, keupayaan berkomunikasi, dan ciri ciri fizikal. Kirk et al (1993) menjelaskan definisi kanak kanak bekeperluan khas sebagai kanak kanak yang berbeza dari kanak kanak sederhana atau biasa dalam ciri ciri mental. Menurut Jamilia (2005), kanak kanak khas berbeza dalam aspek ciri ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri ciri fizikal. Oleh yang demikian kanak kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak kanak khas ke tahap optimum dan tidak terabai seperti kanak kanak normal. Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel, 2003) menyatakan kanak kanak itu dikatakan memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. jika Mereka mereka dikatakan mempunyai menghadapi masalah masalah dalam yang aspek besar

pembelajaran

pembelajaran

berbanding kanak kanak sebaya dengannya, mempunyai kecacatan yang menghalangnya mengunakan kemudahan pendidikan yang digunakan oleh kanak kanak yang sebaya dengannya, dan mereka di bawah umur wajib bersekolah dan
10

berada di kategori tidak boleh menggunakan kemudahan pendidikan yang biasa. Berdasarkan kenyataan tersebut murid tahun 1 ini perlu diberikan

keistimewaan dari segi kemudahan, serta pendekatan strategi pengajaran yang berlainan supaya murid tersebut tidak tercicir dari pembelajaran berbanding kanak kanak lain. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan

pembelajaran yang berbeza dengan murid biasa. Menurut temubual yang dijalankan ke atas guru kelas bagi murid berkeperluan khas tersebut, layanan yang diberikan kepada murid tersebut adalah sama seperti murid lain dan murid tersebut perlu menggunakan kemudahan yang sedia ada kerana tiada peruntukan untuk membuat kemudahan bagi murid berkeperluan khas memandangkan hanya seorang murid yang mengalami masalah ini. Di sini kita dapat simpulkan murid berkeperluan khas ini tidak diberikan kemudahan yang sepatutnya oleh pihak sekolah. Melalui temubual dengan guru tersebut, beliau menyatakan bahawa, beliau telah menasihati ibu bapa murid itu supaya murid tersebut dihantar ke sekolah yang mempunyai kemudahan bagi murid berkeperluan khas namun, ibu bapa enggan menghantar anaknya ke sekolah tersebut dan berkeras untuk menghantar anaknya ke sekolah biasa. Apabila waktu Pendidikan Jasmani murid tersebut hanya mampu melihat rakan rakannya bermain dan ini menunjukkan ketidaksamaan peluang pendidikan kerana guru tidak mempunyai kemahiran dalam mengajar murid berkeperluan khas. 4.0 4.1 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti isu ketidaksamaan peluang pendidikan yang berlaku di Malaysia dan punca yang menyebabkan isu ketidaksamaan peluang pendidikan tersebut wujud di sekolah. 4.2 Objektif Khusus 4.2.1 Memahami konsep ketidaksamaan pendidikan yang berlaku di Malaysia 4.2.2 Mengenal pasti fenomena dan isu ketidaksamaan peluang pendidikan yang berlaku di sekolah

11

4.2.3 Mengenal pasti dan menganalisis punca dan faktor ketidaksamaan peluang pendidikan yang berlaku 4.2.4 Mencari cara bagi menyelesaikan isu atau masalah yang berlaku dengan merangka cadangan tindakan susulan 4.2.5 Memahami konsep budaya yang berlaku di sekolah dan kepentingan peranan guru dan pentadbir sekolah sebagai pencetus budaya baru

5.0

METODOLOGI KAJIAN

KAEDAH TEMUBUAL An interview is a piece of social interaction with one person asking another a number of questions and the other person giving answer, (Therese L. Baker, 1999). Temuduga ialah interaksi sosial dengan kaedah perbualan iaitu seorang bertanya kepada orang tertentu dan orang tersebut menjawab soalan yang ditanya. Saya telah menemubual 3 orang guru di sekolah saya berpraktikum bagi mendapatkan maklumat mengenai isu ketidaksamaan peluang pendidikan yang berlaku di sekolah tersebut dan faktor atau punca yang menyebabkan isu tersebut dibangkitkan. Guru petama (G1) yang telah ditemubual ialah Pn. FF iaitu merupakan guru yang berpengalaman dan sudah lama bekhidmat di sekolah ini. Guru kedua (G2) ialah Pn. NN yang merupakan guru baru di sekolah dan juga merupakan guru yang mempunyai semangat tinggi dalam menjalankan tanggungjawab. Guru yang terakhir (G3) ialah Pn. RR yang merupakan guru kelas bagi murid tahun 1 Dinamik. KAEDAH PEMERHATIAN Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pemerhatian bermaksud mengamat sesuatu. Pemerhatian adalah satu tingkah laku manusia yang menilai sesuatu keadaan benda atau kejadian di sesuatu tempat. Saya telah membuat pemerhatian isu dan fenomena tentang ketidaksamaan peluang pendidikan yang berlaku di sekolah saya berpraktikum dan saya mendapati terdapat 3 isu yang dapat dikategorikan sebagai isu ketidaksamaan peluang pendidikan. Saya memilih satu isu yang paling ketara untuk dibincangkan secara jelas dan ktitikal.

12

RUJUKAN PERPUSTAKAAN Saya juga telah membuat rujukan di perpustakaan dan internet bagi mengenal pasti isu yang berkaitan dengan ketidaksamaan pendidikan di Malaysia dan faktor yang menyebabkan ketidaksamaan pendidikan di Malaysia. Saya juga telah mencari bahan rujukan yang berkaitan dengan budaya di sekolah dan konsep ketidaksamaan peluang pendidikan bagi memahami tugasan yang diberikan secara lebih terperinci.

6.0

ANALISIS DATA Bagi isu khusus ini, murid berkeperluan khas tidak diberikan apa apa

keistimewaan dari segi kemudahan dan strategi pengajaran yang berbeza dengan murid biasa, saya mendapati isu ini perlu diberi perhatian walaupun seorang murid sahaja yang mengalami masalah ini. Melalui temubual bersama guru kelas murid tersebut, guru tersebut menyatakan bahawa layanan yang diberikan adalah sama seperti murid biasa disebabkan murid tersebut hanya tergolong dalam kumpulan minoriti iaitu seorang sahaja. Oleh yang demikian, guru hanya menggunakan kaedah sama seperti murid biasa supaya setiap murid bersama sama terus ke hadapan. Guru tidak boleh memberikan tumpuan hanya kepada murid

berkeperluan khas kerana masih ramai murid biasa yang memerlukan bantuan dalam pembelajaran memandangkan kelas tersebut mempunyai bilangan murid 33 orang. Walaubagaimanapun guru akan membantu setakat yang mampu sekiranya ada kelapangan dan jika murid berkeperluan khas tersebut ingin menggunakan kemudahan seperti tandas, guru akan membantu menolak kerusi roda yang dinaiki ke tandas. Kemudahan seperti tandas atau kantin tidak disediakan khas kepada murid berkeperluan khas ini kerana menurut hasil temubual, guru tersebut menyatakan peruntukan bagi membina tandas atau kemudahan bagi murid berkeperluan khas ini tidak ada, malah murid tersebut tidak mendapat elaun bagi murid pendidikan khas yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan kerana pihak sekolah lupa menghantar nama, memandangkan sebelum ini permohonan sentiasa ditolak. Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah mungkin tidak mengambil berat

13

tentang kemudahan dan keperluan murid ini disebabkan oleh murid ini tergolong dalam kumpulan minoriti. Institusi keluarga sangat penting dalam membentuk sahsiah murid serta pencapaian murid. Ia merupakan faktor yang boleh mempengaruhi ketidaksamaan peluang pendidikan. Bagi kes murid yang memerlukan pendidikan khas ini, guru kelas telah menyarankan agar murid tersebut dihantar ke sekolah yang lebih professional dalam mengendalikan kanak kanak tersebut serta sekolah yang mempunyai pelbagai kemudahan atau infrastuktur yang khas bagi murid ini, namun ibu bapa murid tersebut tidak mahu menghantar anaknya ke sekolah tersebut dengan alasan murid tersebut masih mampu untuk bersaing dengan murid biasa yang lain. Menurut pandangan guru yang ditemubual, ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa murid tersebut tidak mahu mengakui dan menerima kekurangan anaknya dan mungkin juga disebabkan malu untuk menghantar anaknya ke sekolah pendidikan khas. Sikap menjaga maruah bagi ibu bapa ini sepatutnya tidak boleh diketengahkan kerana ia akan membawa kesan kepada anak mereka. Saifuddin Hj. Masduki (1977), dalam kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Ibu bapa seharusnya sedar kepentingan pendidikan kepada anak, bukan sahaja mahu menutup malu. Rusli Md Zain (1998), melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Mengikut isu murid kurang upaya yang tidak dapat keistimewaannya di sekolah ini, ibu bapa beliau tergolong dalam kelas social sederhana di mana, mereka mempunyai sebuah kereta mewah dan rumah yang besar. Faktor ini mungkin menyebabkan ibu bapa beliau semakin ingin menjaga maruah keluarga yang akhirnya tidak mahu menghantar anaknya ke sekolah pendidikan khas. Ibu bapa beliau hanya meminta jasa baik guru untuk menolong murid tersebut jika murid tersebut ingin ke tandas atau pergi ke mana saja semasa di waktu persekolahan kerana ibunya hanya datang ketika waktu rehat sahaja.

14

7.0 DA APATAN K KAJIAN Murid ber rkeperluan khas memerlukan kemuda n ahan dan prasarana yang sesuai bagi mem i mudahkan mereka u untuk belajar dan ma ampu mela aksanakan aktiviti n harian tanpa bantuan sera atus perat tus oleh guru. Mela g alui isu mu urid berkeperluan yang terdap di seko pat olah saya berpraktik kum di sek kitar Chera Kuala Lumpur as, L khas y saya mendapat ti kemuda ahan dan n prasara ana tidak k disediak kan bagi murid

berkep perluan kha yang b as belajar di s sekolah ini. Majoriti pelajar di sekolah ini ialah merupa akan murid normal dan hanya 0 % daripada jumla murid d sekolah ini yang d 0.3 ah di berkep perluan kha (lihat raj 1). as jah

PurataCiriM Murid

MuridBiasa perluanKhas MuridBerkep MuridBermas salah Pembelajaran n

RAJAH1

Murid ber rkeperluan khas merupakan kumpulan minoriti di sekolah ini dan k i perbez zaannya dengan mu urid norma adalah begitu ke al etara. Beg gitu juga dengan d purata kaum di sekolah i ini, majoriti di seko olah ini m merupakan bangsa Melayu M dengan jumlah 68%, dan juga mu n n urid berban ngsa Indo onesia na amun mem mpunyai kewarg ganegaraan sebagai rakyat M i Malaysia de engan jum mlah 31.5% dan sele % ebihnya merupa akan kump pulan minoriti di se ekolah ini iaitu murid berbangs cina, ind dan sa dia Kadaza dengan jumlah murid 0.5% sahaja. an n

15

Melalui temubual yang dijalankan bersama G1 saya mendapati jumlah murid berkeperluan khas adalah sangat sedikit dan dipercayai kumpulan majoriti di sekolah ini ialah murid bangsa Melayu dan murid berbangsa Indonesia dengan

kewarganegaraan Malaysia. Saya telah menjalankan kajian terhadap salah seorang murid berkeperluan khas iaitu murid tahun 1 Dedikasi yang mempunyai masalah kecacatan pada kaki dan merupakan murid lembam di sekolah tersebut. Melalui temubual yang telah dijalankan bersama guru kelas (G3) murid tersebut, saya mendapati murid ini kurang bersosial bersama rakan kelasnya. Ini mungkin disebabkan oleh faktor kekurangan pada dirinya yang menyebabkan dia rendah diri dan rakan kurang gemar bergaul dengannya. Melalui pemerhatian saya pula, saya mendapati, murid ini tidak pergi ke kantin oleh kerana masalah yang dihadapinya dan hanya duduk di dalam kelas untuk makan dan minum ditemani oleh ibunya yang akan datang pada waktu rehat sedangkan rakan rakannya semua akan ke kantin untuk makan dan minum. Ini mungkin faktor yang menyebabkan murid ini sukar untuk bergaul kerana tiada peluang diberikan untuk bersosial. Hasil daripada pemerhatian dan temubual yang telah saya lakukan terhadap murid berkeperluan khas ini saya mendapati guru tidak memberikan layanan yang sepatutnya kepada murid berkeperluan khas ini dan dapat dilihat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru hanya menekankan pencapaian objektif pembelajaran secara keseluruhan sahaja. Ini menyebabkan murid berkeperluan khas yang boleh dikatakan lembam ini tercicir dalam akademik berbanding murid lain. Menurut hasil temubual lagi, saya mendapati murid ini juga tidak melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru dengan betul, terutamanya jika guru memberikan kerja rumah. Murid ini tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Oleh kerana guru tidak boleh melakukan hukuman terhadap murid ini guru bertindak dengan tidak memperdulikan murid ini yang akhirnya

menyebabkan murid ini terus terabai dan tercicir. Daripada 38 orang murid kelas tahun 1 Azam terdapat 90% sahaja pelajar yang mampu mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang oleh guru manakala 10% lagi mempunyai masalah dari segi pemahaman terhadap pengajaran yang telah diajar. Ini termasuklah murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah pembelajaran iaitu lembam dan kurang upaya melaksanakan aktiviti yang melibatkan fizikal. Strategi yang digunakan oleh guru adalah bagus iaitu guru banyak menggunakan bahan
16

bantu mengajar namun tanpa perhatian lebih diberikan kepada murid berkeperluan khas ini hasil pembelajaran tidak mungkin dapat dicapai dengan mudahnya. Melalui pemerhatian juga saya mendapati peluang pendidikan tentang subjek Pendidikan Jasmani terutamanya menunjukkan ketidaksamarataan yang jelas dan terang. Murid berkeperluan khas ini memakai kerusi roda di mana kelakuan fizikalnya akan menjadi terhad dan terbatas. Oleh yang demikian guru mengambil mudah dengan membiarkan murid tersebut di dalam atau di luar kelas yang dianggap lebih selesa kepada murid tersebut manakala murid lain akan meneruskan aktiviti Pendidikan Jasmani. Ini jelas menggambarkan guru tersebut telah meletakkan label ke atas murid berpendidikan khas tadi di mana dia tidak mampu mencapai objektif pembelajaran sedangkan murid tersebut belum melakukan apa apa aktiviti yang boleh dinilai tentang keupayaannya. Contohnya, guru boleh memberikan tugas berlainan kepada murid ini seperti membuat hantaran bola sahaja atau bermain dengan hanya menggunakan tangan. Sudah banyak sukan yang telah diperkenalkan kepada orang kurang upaya ini di mana sukan yang dipertandingkan juga telah diangkat ke tahap antarabangsa seperti sukan Paralimpik yang membuktikan bahawa walaupun keupayaan mereka terbatas, tetapi mereka masih mampu melakukan aktiviti sukan. Oleh yang demikian guru haruslah bertindak dengan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas ini mencungkil bakat mereka dalam masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran penggunaan psikomotor.

8.0

CADANGAN TINDAKAN SUSULAN Menurut Deal & Peterson (1999) mereka menyatakan memandangkan

budaya dibentuk oleh warganya, maka budaya boleh berubah dan orang yang paling berpengaruh untuk mengubah dan mencorakkan budaya sekolah ialah kepimpinan sekolah. Ini menjelaskan bahawa peranan guru besar sebagai pentadbir dan guru guru yang professional sangat penting untuk mengubah sesuatu budaya di sekolah dengan mencari, menyesuaikan dan membentuk budaya yang lebih baik daripada sebelumnya yang menunjukkan perpaduan dan kesamarataan dalam segala jenis aspek terutamanya dalam pendidikan. Budaya sekolah ditakrifkan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan
17

sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya. Cara hidup sekolah ini mencerminkan keupayaan pentadbir dan guru sebagai pencetus budaya yang baik di sekolah. Melalui isu yang telah dibincangkan secara kritikal di atas, saya mendapati terdapat beberapa cara penambahbaikan bagi mengatasi isu ketidaksamaan peluang pendidikan yang berlaku ke atas murid tahun 1 yang berkeperluan khas. Pertama ialah guru seharusnya menasihati ibu bapa supaya menghantar anak mereka ke sekolah yang lebih sesuai dan mempunyai pelbagai kemudahan bagi kanak kanak berkeperluan khas ini. Ibu bapa seharusnya sedar tentang kepentingan pendidikan kepada anak anak tanpa memikirkan status keluarga atau maruah keluarga kerana masa depan anak mereka lebih penting dan semuanya bergantung kepada keluarga. Coleman et al. (1966) melaporkan bahawa pengaruh sekolah adalah berkaitan dengan pelajar itu sendiri, perwatakan guru, latar belakang ibu bapa, dan aspirasi pelajar. Ini menunjukkan latar belakang ibu bapa seperti status ekonomi, pendidikan ibu bapa dan cara ibu bapa memberi didikan kepada anak mereka juga merupakan faktor kepada pencapaian anak mereka. Justeru keputusan yang dilakukan oleh ibu bapa ini haruslah menitikberatkan soal kepentingan anak supaya anak mereka tidak ketinggalan. Sekiranya ibu bapa masih berkeras untuk menghantar anak mereka ke sekolah biasa, guru berperanan sebagai pelapor untuk melaporkan hal ini kepada pengurusan atau pentadbiran supaya hal ini boleh dibincangkan secara kritikal. Antara cadangan bagi membantu murid berkeperluan khas tersebut pihak sekolah perlulah memohon daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melantik seorang guru yang lebih pakar dalam mengendalikan kanak kanak berkeperluan khas ini. Pihak sekolah juga perlulah memohon secara berterusan kepada pihak Kementerian Pelajaran tentang keistimewaan yang telah diberikan kepada kanak berkeperluan khas seperti elaun OKU dan kemudahan seperti tandas, alatan sukan dan keadaan sekolah yang mempunyai kemudahan bagi murid berkeperluan khas bagi memudahkan mereka meneroka sekolah dan bersosial dengan pelajar lain. Ruang fizikal dan peralatan serta kemudahan pengajaran dan pembelajaran perlulah disediakan oleh guru di dalam bilik darjah.

18

Langkah pertama untuk mencorak budaya sekolah yang positif ialah melalui penilaian kerana pengurus sekolah haruslah sedar akan kewujudan budaya sebelum mencorakkannya (Barth, 2002). Guru seharusnya membuat pemerhatian dan penilaian terhadap budaya yang berlaku di sekolah terutamanya kepada kumpulan minoriti dan murid berkeperluan khas supaya guru dapat mengambil tindakan selanjutnya bagi mewujudkan budaya yang lebih baik. Dalam bilik darjah, guru seharusnya menyediakan peraturan dan murid diberi penegasan untuk mengamalkan dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan supaya persekitaran mesra budaya wujud dalam bilik darjah. Bagi isu murid berkeperluan khas ini, guru seharusnya mewujudkan budaya tolong menolong dan saling menghormati sesama sendiri bagi memberi peluang kepada murid berkeperluan khas ini berinteraksi dan bersosial. Sergiovanni (2000), menyarankan agar budaya sekolah dijadikan sebagai alat penting untuk menghasilkan persekitaran penyayang, mencapai matlamat sekolah, dan

meningkatkan pencapaian pelajar. Guru sebagai watak utama dalam sekolah perlulah menekankan persekitaran yang mesra pelajar di sekolah dan berkasih sayang dengan melibatkan murid berkeperluan khas ini dalam semua aktiviti dan menggalakkan murid lain membantu murid berkeperluan khas ini dalam pendidikan supaya murid tersebut tidak merasa dipinggirkan dan seterusnya mempunyai deria sosial yang membolehkan murid tersebut bersemangat dan mempunyai daya saing untuk mendapat pencapaian yang sama dengan murid biasa yang lain. Amalan nilai nilai murni ini aruslah ditekankan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu diberi kursus mengenai cara menguruskan murid berkeperluan khas bagi memahami cara pendekatan yang lebih sesuai digunakan bagi murid berkeperluan khas ini. Contohnya, bagi mengajar subjek matematik guru perlu merancang strategi pembelajaran yang lebih berkesan seperti melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan semua kaedah

pengajaran murid iaitu kinestatik, visual dan auditori. Amalan pedagogi terbaik perlulah diamalkan guru setiap masa dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Akhir kata, guru haruslah lebih peka terhadap keperluan semua murid tanpa membezakan murid. Guru sebagai ejen sosialisasi sepatutnya lebih peka terhadap masalah ini supaya murid tidak ketinggalan dan mempunyai kemahiran bersosial yang lebih baik. Hubungan kemanusiaan antara murid dengan
19

guru, murid dengan murid, guru dan murid dengan komuniti sekolah perlulah dijaga dengan baik supaya murid lebih seronok dan minat untuk berada di sekolah. Oleh yang demikian murid juga akan merasa selasa dan seronok untuk belajar tanpa mempunyai tanggapan bahawa guru seorang yang pilih kasih atau tidak adil. Budaya di dalam kelas juga perlu dititik beratkan dan dicorakkan supaya tidak timbul masalah ketidaksamaan peluang pendidikan di kalangan murid.

9.0

KESIMPULAN Isu murid berkeperluan khas ini perlu diambil serius oleh pihak sekolah oleh

kerana murid ini masih perlu diberi didikan bagi menghadapi cabaran pada masa akan datang. Hal yang demikian, kemudahan dan prasarana serta sosial murid ini perlu diberi lebih perhatian agar murid ini tidak merasa seperti disisihkan. Fenomena di mana murid berkeperluan khas ini tidak dapat mengikuti pengajaran Pendidikan Jasmani perlu diatasi dengan guru mencipta atau merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dengan semua murid termasuklah murid berkeperluan khas kerana murid berkeperluan khas ini juga perlu diberi didikan dalam Pendidikan Jasmani supaya kemahiran intelek serta psikomotor mereka lebih baik dan terus meningkat. Edmonds (1979) telah mengenal pasti lima ciri sekolah berkesan yang utama: kepemimpinan yang baik, jangkaan tinggi terhadap pelajar, keadaan persekitaran yang teratur yang sesuai untuk pembelajaran, penekanan kepada penguasaan kemahiran asas dan kekerapan memantau kemajuan pelajar. Ini bermaksud guru dan pentadbir sekolah sangat penting dalam memainkan peranan sebagai pembimbing yang sentiasa mengawasi keadaan sekolah serta budaya yang terbentuk di sekolah. Murid berkeperluan khas juga merupakan insan yang mempunyai perasaan untuk bergaul dan bersosial bersama rakan rakan dan guru perlu bertindak sebagai ejen sosisolisasi bagi merapatkan hubungan murid ini kerana murid berkeperluan khas ini perlu perhatian dan bimbingan yang lebih daripada guru. Iklim sosial pula iaitu norma, jangkaan dan pandangan yang merujuk kepada kelakuan guru menyumbangkan lebih besar peratusannya kepada perbezaan pencapaian pelajar antara sekolah (Maslowski, 2001). Guru merupakan watak paling penting di sekolah bagi mencerminkan budaya dan menjadi rol model kepada murid.
20

Bagi mengatasi masalah sosial yang berlaku antara murid berkeperluan khas ini dengan murid lain, guru seharusnya lebih banyak menerapkan nilai kasih sayang, hormat menghormati serta bekerjasama tidak kira sama ada ketika proses pengajaran dan pembelajaran atau di luar bilik darjah. Mengikut Harris (2002), budaya sekolah merupakan komponen yang sangat penting untuk memajukan sekolah iaitu dengan memastikan budaya sekolah positif dan memberi perhatian kepada ibu bapa, guru, dan pelajar. Oleh itu, kajian dan analisis berkaitan budaya sekolah adalah sesuai dengan konteks semasa dengan andaian semua warga sekolah yang rasional berhasrat memajukan sekolah. Di samping itu kejayaan sesebuah organisasi juga mempunyai kaitan rapat dengan kepemimpinan sekolah dan komitmen guru. Tanpa kepemimpinan sekolah dan komitmen terhadap organisasi, matlamat yang disasarkan agak sukar dicapai. Kecemerlangan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh kepemimpinan guru besar yang berkesan. Kepemimpinanlah yang menggerakkan sekolah maju ke hadapan atau sebaliknya (Shahril Marzuki, 2000).

10.0

REFLEKSI Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan, saya mendapati isu murid

berkeperluan khas ini perlu diberi perhatian kerana semua murid seharusnya mempunyai kesamarataan dalam peluang pendidikan. Saya memahami perasaan sebagai pelajar yang dipinggirkan dari sosial dan juga dari akademik walaupun saya bukan seorang murid berkeperluan khas. Saya merasa sedih dengan tindakan guru yang telah meminggirkan murid berkeperluan khas ini dari melibatkan diri dalam Pendidikan Jasmani kerana murid ini juga sepatutnya mendapat peluang pendidikan yang sama rata. Walaupun kekurangan kemudahan dan tiada kepakaran dalam menguruskan murid berkeperluan khas guru tidak sewajarnya terus meminggirkan murid tersebut tanpa diberi perhatian lebih bagi menggalakkan murid tersebut terus berusaha dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Saya berasa bahawa tindakan guru dengan meminggirkan murid ini tidak adil. Sememangnya murid bagi setiap kelas mempunyai jumlah purata yang banyak namun, tidak seharusnya guru hanya menekankan murid biasa berbanding murid berkeperluan khas. Saya berpendapat, guru seharusnya sanggup berkorban masa bagi memberi didikan yang sempurna
21

kepada semua pelajar. Guru haruslah lebih kreatif dalam memilih aktiviti supaya setiap murid dapat memahami isi pengajaran yang disampaikan seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Pada dasarnya, sekolah ini tidak menyediakan kemudahan dan prasarana yang cukup untuk murid berkeperluan khas namun pada pandangan saya usaha guru perlulah ada bagi mencipta sesuatu yang sesuai dengan murid berkeperluan khas seperti yang telah dilakukan di salah sebuah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan di Kuala Lumpur yang menunjukkan kreativiti guru yang telah mencipta pelbagai alatan sukan yang menarik yang sesetengahnya mampu menggantikan alatan sukan yang sedia ada. Begitu juga dengan murid berkeperluan khas ini, sebagai seorang guru yang amanah, kita haruslah bertindak lebih kreatif untuk mencipta bahan pengajaran yang sesuai dan lebih professional dalam mengendalikan murid berkeperluan khas ini. Akhir kata saya berharap agar pihak sekolah dan guru mengambil tindakan sewajarnya bagi memberi peluang pendidikan kepada murid berkeperluan khas ini. Mereka seharusnya tidak membiarkan murid tersebut terus ketinggalan dalam soal pembelajaran kerana setiap individu mempunyai potensi dan bakat sendiri yang perlu dicungkil oleh guru bagi memastikan murid tersebut boleh menghadapi cabaran di masa akan datang. Saya juga berharap agar saya dapat menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas. Sebagai seorang bakal guru, saya telah menanamkan niat saya untuk menjadi seorang pendidik yang mampu merubah dan melahirkan modal insan yang seimbang dan harmoni dan jauh di sudut hati saya, saya berharap ketidaksamaan peluang pendidikan ini tidak wujud lagi di Malaysia. Oleh yang demikian saya akan sentiasa mencuba merubah kelemahan saya dan berharap agar semangat saya untuk melahirkan insan yang cemerlang tidak akan hilang serta saya berharap dapat berkongsi ilmu saya dengan murid sebanyak yang mungkin demi bangsa, agama, dan negara.

Ulasan Dr Tan: Menerusi kajian dan interpretasi kes, pelajar Aishah bukan sahaja berjaya dalam mengupas isu dan faktor penyumbang terhadap ketidaksamaan peluang yang di hadapi oleh golongan murid berkeperluan khas di sekolah secara kritiekal , malahan pelan tindakan yang dikemukakan oleh beliau adalah bernas dan praktikel ke arah penyelesaian masalah.
22

RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka. (1999). Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur . Mat Zin Mat Kib dan Worran Haji Kabul. (2008). Hubungan Etnik di Malaysia Sejarah, Iltizam dan Cabaran Baru. Shah Alam : Pusat Penerbit Universiti UiTM. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Nukilan Seorang Hamba. (2010). Kanak Kanak Berkeperluan Khas. Diambil pada Februari 20, 2012, daripada http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluankhas.html Shamsul Amri Baharuddin. (2008). Modul Hubungan Etnik. Shah Alam :Pusat Penerbitan Universiti, UiTM. Siti Masayu Rosliah bt. Abdul Rashid. (2008) Peluang dan Cabaran dalam Kalangan Masyarakat Luar Bandar. Diambil pada Februari 24, 2012, daripada http://eprints.usm.my/10323/1/PELUANG_DAN_CABARAN_PENDIDIKAN_D ALAM_KALANGAN_MASYARAKAT_LUAR_BANDAR.pdf Syed Ismail dan Ahmad Subki. (2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Yaakob b. Daud. (2007). Budaya Sekolah Rendah. Diambil pada Februari 24, 2012, daripada http://eprints.usm.my/9007/1/BUDAYA_SEKOLAH_RENDAH.pdf Zahir Zainuddin. (2010). Implikasi Ketidaksamaan Peluang Pendidikan Terhadap Individu, Masyarakat dan Negara. Diambil pada Februari 20, 2012, daripada http://zahirzainudin.blogspot.com/2010/03/implikasi-ketidaksamaanpeluang_15.html

23

You might also like