You are on page 1of 11

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2

PERMAINAN BOLA TAMPAN KATEGORI PERMAINAN NET & COURT


1.0 MATLAMAT Permainan kanak-kanak ini dianjurkan bertujuan untuk membantu pelajar menguasai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor melalui satu aktiviti fizikal yang menyeronokkan. Menerusi permainan kanak-kanak, guru pelatih berpeluang mencipta satu permainan baru yang sesuai untuk kanak-kanak mengikut kesesuaian umur mereka. Di samping itu, kanak- kanak berpeluang untuk bekerjasama dalam kumpulan sekaligus menyemai semangat kesukanan dalam diri mereka. 2.0 OBJEKTIF

2.1 Menguji ketahanan fizikal dan mental para pelajar. 2.2 Memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar melalui aspek psikomotor, kognitif, sosial dan emosi. 2.3 Melatih pelajar untuk mencipta teknik kreatif memperolehi mata dalam permainan kecil. 2.4 Menerapkan nila-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai bekerjasama dalam satu pasukan. 2.5 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengelolakan permainan kanak-kanak.

3.0

BUTIRAN PROGRAM Tarikh Masa Tempat : : :

4.0

KELOMPOK SASARAN Pelajar Tahap 1

H a l a m a n |1

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2

5.0

BILANGAN PESERTA 32 Individu

6.0

PANDUAN PERLAKSANAAN PERMAINAN

6.1 Ahli Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

: : : : :

6.2 Ahli Jawatankuasa Kerja

Kepegawaian Persiapan tempat Rekaan Grafik Dokumentasi

: : : :

6.3 Senarai Nama Peserta

BIL
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

NAMA AHLI KUMPULAN A

BIL
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

NAMA AHLI KUMPULAN B

H a l a m a n |2

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2

BIL
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

NAMA AHLI KUMPULAN C

BIL
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

NAMA AHLI KUMPULAN D

7.0 7.1

SENARAI SEMAK SEBELUM, SEMASA & SELEPAS PERLAKSANAAN Sebelum Permainan

BIL 1 2 3 4 5 6

SENARAI SEMAK Mengadakan perbincangan/lantikan jawatankuasa Membuat kertas kerja Menyenaraikan peralatan/menentukan kawasan Bilangan peserta ditentukan dan kesesuaian pakaian diambilkira Setiap ahli menjalankan tugas sebelum permainan Penetapan syarat-syarat, peraturan, jadual dan borang permainan Semasa Permainan SENARAI SEMAK Senarai semak peralatan Pendaftaran peserta dan pegawai Kekemasan dan kesesuaian pakaian Kelancaran acara seperti perancangan Taklimat syarat dan peraturan oleh pengadil

YA

TIDAK

CATATAN

7.2 BIL 1 2 3 4 5

YA

TIDAK

CATATAN

H a l a m a n |3

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2 7.3 Selepas Permainan

BIL 1 2 3 4 5 6

SENARAI SEMAK Jumlah alatan yang mencukupi Kekemasan kawasan permainan Pengurusan sampah yang baik Refleksi permainan Post mortem Refleksi pelaksanaan permainan

YA

TIDAK

CATATAN

8.0

SENARAI ALATAN

BIL

IMEJ PERALATAN

JENIS PERALATAN

KUANTITI

Jaring (net) Badminton

2 buah

Bola Gimnastik

2 biji

Riben Pengikat Kepala

4 x riben merah 4 x riben biru

H a l a m a n |4

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2

9.0 9.1

PROSEDUR PERLAKSANAAN PERMAINAN Pelan Kedudukan Permainan

1 3
13.41 Meter
H a l a m a n |5

JARING (NET)

5.64 Meter

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2 9.2 Langkah-langkah Perlaksanaan

1. Menggunakan kawasan permainan iaitu gelanggang badminton seluas 5.64m x 13.41m. 2. Garisan sempadan kawasan permainan ditentukan menggunakan garisan pada gelanggang. 3. Jaring dipasang ditengah-tengah gelanggang bagi memisahkan kawasan antara pasukan. 4. Permainan berlangsung sebaik sahaja wisel ditiupkan dan masa perlawanan adalah tidak terhad. 5. Permainan akan diberhentikan setelah mana-mana pasukan memperolehi mata ke 15 dan pasukan yang memenangi dua set perlawanan. 6. Permainan akan berlangsung sebanyak dua pusingan dan pusingan rubber set akan dijalankan jika jumlah set yang dimenangi oleh kedua-dua pasukan adalah sama. 7. Tiga pengadil akan bertanggungjawab untuk mengadili perlawanan. Seorang pengadil akan bertanggungjawab untuk mengira markah dan dua orang pengadil lagi akan bertanggungjawab untuk menjaga garisan. 8. Kedua-dua pasukan akan bertukar-tukar gelanggang untuk perlawanan bagi set kedua dan juga set ketiga. 9.3 Peraturan dan Syarat Permainan

1. Jumlah pemain dalam permainan ini ialah enam belas orang peserta. Satu pasukan terdiri daripada lapan orang peserta termasuk empat orang pemain simpanan. 2. Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan mata yang diperoleh. Pasukan yang mendapat 15 mata akan dikira sebagai pemenang. 3. Pasukan yang berjaya menjatuhkan bola dalam kawasan lawan akan mendapat satu mata. Satu mata akan diberikan kepada pasukan lawan kepada pasukan yang menjatuhkan bola di luar gelanggang. 4. Pasukan yang berjaya mendapatkan mata akan diberikan peluang untuk memulakan permainan. 5. Bola mestilah dismash melepasi jaring bagi mendapatkan mata. Jika bola yang dismash tidak melepasi jaring, mata akan diberikan kepada pasukan lawan. 6. Bola mestilah ditampan kepada ahli pasukan sendiri sebanyak dua kali sebelum bola tersebut dismash kepada pasukan lawan sebagai serangan balas.

H a l a m a n |6

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2 7. Pemain tidak boleh menampan dan menerima bola sebanyak dua kali berturut-turut, pemain haruslah menampan bola kepada pemain lain dalam pasukan sendiri. 8. Pemain hanya dibenarkan menggunakan satu tangan sahaja bagi menampan dan menghantar bola kepada rakan sepasukan atau memsmash kepada pihak lawan. 9. Pemain haruslah berada dalam kawasan yang telah diperuntukkan dalam gelanggang. Jika pemain memasuki kawasan pemain lain, satu mata akan diberikan kepada pasukan lawan. 10. Keputusan pengadil permainan adalah muktamad.

9.4

Jadual Perlawanan

KUMPULAN A KUMPULAN ? KUMPULAN B

KUMPULAN C KUMPULAN ? KUMPULAN D

KUMPULAN ?

PERINGKAT KUMPULAN

PERINGKAT SEMI FINAL

PERINGKAT FINAL

H a l a m a n |7

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2 9.5 Borang Skor / Permarkahan

BORANG SKOR PERMAINAN


PUSINGAN PENGADIL : .. : .. MARKAH 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 KUMPULAN A KUMPULAN B

JUMLAH MATA

JUMLAH MATA KESELURUHAN : .

H a l a m a n |8

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2

10.0

RUMUSAN Melalui permainan Bola Tampan ini, murid-murid dapat belajar kemahiran asas bagi

permainan bola tampar. Antara kemahiran asas yang dapat diterapkan kepada murid-murid ialah kemahiran asas menampan bola dan kemahiran asas mengawal bola antara pemain. Jika diteliti dari sudut kesepaduan pemain, permainan ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan menerapkan semangat kesukanan dalam diri murid-murid. Permainan ini juga memberi peluang kepada murid-murid bersaing sesama mereka. Melalui persaingan yang sihat dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan kemahiran mereka dan sekaligus membantu mereka mahir dalam kemahiran tersebut.

Aktiviti ini juga akan memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap pelajar diberi peluang untuk bermain dan menentukan srategi mereka sendiri tanpa melangkaui had peraturan permainan. Oleh demikian, murid-murid akan menjadi lebih seronok ketika bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai kemahiran asas yang ingin diajar. Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak Bola Tampan bukan sahaja dapat menjadikan murid-murid lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid.

H a l a m a n |9

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2 BIBLIOGRAFI

Amran Lee Abdullah & P. Sundralingam. (2007). Sukaneka/sukan ragam & permainan kecil. Petaling Jaya: Sutrapadu (M) Sdn. Bhd. Hajah Noresah Bt. Baharom et. al. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hanis. (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Diakses pada 11 Ogos 2011 dari URL http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html Lee Teoh Teik & Aziz Bin Omar. (1979). Permainan-permainan kecil dan istilah pendidikan jasmani. Singapura: Antohian Store Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa dewan edisi ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengenalan kepada pendidikan jasmani. Diakses pada 12 Ogos 2011 dari URL

http://banshees99.blogspot.com/2009/07/pengenalan-kepada-pendidikan-jasmani.html Ramakrishnan, P.Y. (1998). Pendidikan Pergerakan Mudah. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Teng Boon Tong. 1985). Pendidikan Jasmani di Sekolah Rendah. Kuala Lumpur. Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Wee Eng Hoe. (2005). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam. Karisma Publication Sdn. Bhd.

H a l a m a n |10

KKP PJ- PJM 3102 AMALI 2 REKOD KOLABORASI

REKOD KOLABORATIF
KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

PERMAINAN KANAK-KANAK - PJM 3102 Amali 2


BIL TARIKH TINDAKAN/PERBINCANGAN TANDATANGAN/COP

H a l a m a n |11

You might also like