You are on page 1of 20

EDU3104 KAUM BISAYA

DISEDIAKAN OLEH: NURHIDAYAH MOHD ZOHIR@SUHAIMI

PISMP PS SEM 5 2013 IPGKTAA

Melayu Anak Jati

Suku Johor, Suku Kedah, Suku Kelantan, Suku Orang Laut, Suku Pahang, Suku Patani, Suku Perak, Suku Terengganu Suku Aceh, Suku Banjar, Suku Batak, Suku Boyan (Bawean), Suku Bugis, Suku Cham, Suku Jambi (Melayu Jambi), Suku Jawa, Suku Kampar (Melayu Kampar, Suku Kerinci, Suku Mandailing, Suku Minangkabau, Suku Rawa, Suku Riau (Melayu Riau), Suku Utsul (Cham Hainan) ~Melayu Arab ~Melayu Cina - tidak termasuk Cinamuslim. ~Melayu India - tidak termasuk Indiamuslim dan Mamak.

Melayu

Melayu Anak Dagang

Semenanjung Melayu Kacuka n

Orang Asli

Malaysia lain-lain

Serani

Semang(Negrito), Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq, Senoi, Temiar, Semai, Semoq Beri, Jah Hut, Mahmeri, Che Wong, Melayu Proto (Melayu Asli), Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai, Temuan.

Siam Malaysia

SARAWAK

IBAN
MELANAU BIDAYUH BISAYA

ORANG ULU MELAYU SARAWAK

KEDAYAN

Biatah - Padawan, Bukar/Sadong Serian, Jagoi/Singai - Bau, Selakau/Lara - Lundu

Suku Brunei (Melayu Brunei), Suku DayakMuslim, Suku Melayu (Melayu Sumatera)

Kayan, Kenyah, Kajang, Kejaman, Punan, Ukit. Penan, Lun Bawang, Lun Dayeh, Murut, Berawan, Kelabit

KAUM-KAUM LAIN DI MALAYSIA

CINA

INDIA

PERANAKAN

YAHUDI MALAYSIA

Baba dan Nyonya Suku Hokkien, Suku Hakka, Suku Kantonis, Suku Hainan, Suku Hoklo, Suku Hui, Suku Henghua, Suku Peranakan, Suku Teochew Suku Tamil, Suku Bengali, Suku Gujerati, Suku Malayali, Suku Sinhala, Suku Telugu, Suku Punjabi

Chetty

Bahasa - bahasa Bisaya Agama -Islam Perayaan -Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun Sejarah Asal Usul Etnik Bisaya

Adat Resam -Jika langkah bendul atau kataliban berlaku, pihak lelaki perlu membayar denda

Sistem Sosial

Pakaian - pakaian hitam untuk Tarian Liliput - pakaian pengantin tradisonal Makanan -ambuyat Hiburan -Tarian Liliput Tarian Sayau Bagarus dan Tarian Bubu -alat tradisional kulintangan Bisaya

Menurut kepercayaan orang tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan Mabisa Iya yang membawa maksud seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik. Sebutan itu kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga hari ini. Beyer H.O pada 1926, Hester E.D pada 1954 dan Harrison pada 1956 ialah perkataan Bisaya kemungkinan berasal daripada Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). John Carol menyatakan perkataan Bisaya berasal daripada pahlawan yang bernama Sri Visaya (1960). Derek Headly (1950) pula menyatakan Sultan Brunei ketika kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda menyebut: Bisai-Yah! yang bermaksud betapa cantiknya ketika melihat gadis di situ. Antara keunikan etnik Bisaya yang diakui ramai adalah fizikal mereka yang tampak seperti orang Cina atau mungkin campuran Filipina.
gadis Bisaya

Majoriti 50,000 etnik Bisaya bertapak di Beaufort, Sabah. Di Beaufort, etnik ini mendiami kawasan Klias dan sepanjang tebing Sungai Padas. Namun, peninggalan sejarah serta cerita mengenai mereka lebih tepat diperoleh daripada masyarakat di Beaufort kerana beberapa lokasi sekitar daerah itu menjadi titik tolak perkembangan malah kisah mengenai kehebatan masyarakat Bisaya di Sabah. Sejarah etnik Bisaya bermula lebih kurang pada abad ke-13. Kaum Bisaya mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi. Peringkat awal kaum Bisaya memeluk Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Sehingga kini etnik Bisaya di Sabah merupakan penganut Islam yang taat. Etnik Bisaya di Sabah adalah berbeza dengan Bisaya di Sarawak yang kebanyakan mereka beragama Kristian.

Sambungan

Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun tahun yang sama. Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil yang kemudiannya mangkat pada tahun 1961 Masihi.

Cara hidup etnik Bisaya


Jika diteliti bahasa Bisaya menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu. Orang Bisaya ramah dan berbudi bahasa. Etnik Bisaya hidup dalam kawasan kampung terancang dan menjalankan aktiviti pertanian. Ada yang mengusahakan produk sagu kerana hampir semua masyarakat Bisaya gemar memakan sagu, malah menjadikannya sebagai makanan asasi menggantikan nasi iaitu ambuyat merupakan sajian makanan tradisional yang menyelerakan. Cara penyediaan ambuyat ini tidaklah sukar kerana bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah iaitu tepung sagu dan ia boleh dicecah dengan kuah mengikut cita rasa masing-masing. Ambuyat dihasilkan dengan tepung sagu digaul bersama air panas yang mendidih hingga menjadikannya kental dan kembang. Ambuyat ini pada kebiasaannya dimakan menggunakan kayu sepit. Penggunaan kayu sepit adalah bagi membolehkan ambuyat yang kental itu dipusing dan terbelit pada kayu tadi.

Penyediaan kuah atau cecah untuk dimakan bersama ambuyat adalah satu kemestian kerana rasa ambuyat agak tawar dan ia lazat dimakan ketika masih panas. Namun, kelazatan ambuyat bergantung kepada keenakan jenis kuahnya. Ada yang memakan ambuyat dengan kari atau air rebus putih ikan tongkol, tenggiri dan senangin yang dicampur sayur dan cili merah. Ambuyat amat menarik kerana tidak perlu dikunyah sebaliknya ia perlu terus ditelan begitu sahaja.

Tarian
Etnik Bisaya mempunyai tarian tradisinya tersendiri. Antara tarian tersebut adalah Tarian Sayau Bagarus, Tarian Bubu dan Tarian Liliput. Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Tarian ini dijalankan oleh seorang bomoh dan pembantupembantunya dengan bergerak mengelilingi pesakit sambil membaca jampi serapah. Setelah selesainya acara tersebut, pasangan penari akan mengelilingi pesakit sambil menari Tarian Liliput sehingga pesakit sedar atau sembuh. Upacara ini hanya akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya. Penari bagi tarian ini memakai pakaian hitam dan diiringi dengan alat-alat muzik seperti gong, kulintang, gendang dan canang.
Tarian Liliput

Proses mendapatkan sagu ini telah mengilhamkan etnik Bisaya mencipta Tarian Sayau Bagarus. Tarian tersebut menunjukan 5 cara mereka mendapatkan sagu, iaitu menebang pokok rumbia, membuka kulit, mangarus, menginjak dan menyaring. Tarian ini terkenal dengan iringan muzik gong, kulintang dan canang. Etnik Bisaya juga mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan masuk rumah baru.

Tarian Sayau Bagarus

ADAT RESAM PERKAHWINAN


Bagi penganut Islam kaum Bisaya, upacara perkahwinan mereka telah dipengaruhi oleh agama Islam selain dari elemen pakaian tradisi mereka. Banyak perkara dianggap menyusahkan dalam proses perkahwinan etnik Bisaya seperti tempoh merisik tiga hari dan keluarga lelaki perlu tinggal cuci kawah selepas majlis. Tempoh memberi kata putus selepas adat merisik dibuat menjadi petunjuk sama ada pihak perempuan sudi atau tidak menerima lelaki sebagai menantu. Jika dalam masa tiga hari keputusan dapat dibuat, tandanya mereka bersetuju tetapi jika sudah memasuki tempoh seminggu maka boleh dianggap lelaki itu tidak bernasib baik. Adat ini biasanya dilakukan sebagai satu peringkat awal sebelum peminangan secara rasmi dibuat dan perbincangan selanjutnya mengenai jumlah berian (hantaran) diputuskan. Etnik Bisaya juga tidak banyak bezanya dengan orang Melayu dalam menentukan jumlah hantaran.

Dahulu, hantaran kahwin tidak sampai RM1,000 tetapi kini sesiapa yang mahu berkahwin dengan gadis Bisaya perlu menyediakan paling kurang pun RM6,000 dan ada yang boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Faktor yang paling utama ialah taraf pendidikan,kedudukan dan kerjaya perempuan itu. Jika tidak bekerja, nilai hantarannya adalah kira-kira RM6,000. Wang hantaran pula biasanya perlu diserahkan semuanya sebulan sebelum majlis perkahwinan. Ketika bertunang, cukup dengan menyarung cincin dan bertukar dulang hantaran. Pada zaman dahulu ada adat paling utama selepas majlis perkahwinan iaitu pasangan pengantin perlu tinggal selama tiga hari di rumah keluarga pihak perempuan sebelum ke rumah keluarga lelaki untuk tinggal pula di situ selama seminggu dan kemudian berpatah balik ke rumah perempuan untuk tiga hari lagi. Paling unik dalam adat perkahwinan etnik ini ialah penggunaan gulungan rokok daun yang perlu diselit di mulut pasangan pengantin sepanjang tempoh bersanding. Sehingga kini masih ada yang mengamalkan adat itu tetapi menggunakan rokok tembaga yang berukir cantik sebagai pengganti gulungan rokok daun.

Etnik Bisaya juga mengamalkan sistem yang melindungi sesuatu ikatan perkahwinan dengan meletakkan syarat sekiranya berlaku perceraian yang berpunca daripada pihak wanita maka wang hantaran perlu dipulangkan sebanyak dua kali ganda. Namun jika lelaki yang meminta perceraian, wang hantaran dianggap hangus. Perubahan dalam adat perkahwinan masyarakat Bisaya antara lain adalah disebabkan berlaku perkahwinan campur dan perubahan zaman selain mengelakkan kos yang sangat tinggi jika kekal dengan cara lama. Langkah bendul atau kataliban (berkahwin dengan adik sedangkan kakaknya belum berkahwin) dalam masyarakat Bisaya adalah sesuatu yang dianggap serius kerana sehingga hari ini. Pihak lelaki perlu membayar denda seperti sepersalinan pakaian kepada kakak pengantin perempuan sekiranya berlaku sebegitu. Namun, kini nilai denda itu digantikan dengan duit di mana pengantin lelaki perlu membayar RM100 untuk seorang kakak.

Gotong-royong dilakukan sepenuhnya dalam perkahwinan Bisaya. Lebih unik, beberapa hari sebelum kenduri kahwin keluarga pihak lelaki perlu hadir di rumah bakal pengantin perempuan untuk membantu kerja persiapan. Sekiranya tidak hadir, denda akan dikenakan seperti tidak dibenarkan naik ke rumah ketika majlis perkahwinan.

Menambah keunikan majlis perkahwinan dalam adat Bisaya ialah tetamu tidak boleh makan selagi pengantin lelaki belum sampai. Majlis jamuan biasanya bermula selepas majlis persandingan dan dilakukan secara berhidang. Kerja cuci kawah dan mengemas sisa daging kerbau adalah kerja pengantin lelaki.

MUZIK dan PERAYAAN


Etnik Bisaya mempunyai persembahan badaup dan kulintangan, iaitu alat muzik yang digunakan ketika bagandang membabitkan beberapa jenis alat muzik seperti gong dan caklempong.
Lagu rakyat yang masih dinyanyikan sebahagian orang Bisaya iaitu badaup yang dianggap paling popular menjadi irama yang dimainkan terutamanya dalam pesta menuai padi pada setiap kali tibanya musim atau hari keramaian seperti ketika menyambut Adau Janang Gayuh pada 15 Julai setiap tahun dan juga ketika mendodoi anak. Badaupdinyanyikan oleh wanita dan sehingga kini masih ada kumpulan badaup bergerak aktif dalam masyarakat Bisaya.

Permainan Tradisional dan Kraf


Selain muzik, Bisaya terkenal dengan pelbagai jenis permainan tradisi. seperti pulas jari (mitompulas), gusti kaki (mibinti) dan gusti tangan (miambit) yang menonjolkan imej kekuatan masyarakat itu sejak dulu. Kaum Bisaya mempunyai kraftangan mereka sendiri yang berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahanbahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan. Antaranya bubu salihid, kalambigas dan lasok.

You might also like