You are on page 1of 4

6.JELASKAN DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU SEHINGGA TAMAT PERANG DUNIA KEDUA.

Pengenalan (3 m) Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 sehinggalah 12 september 1945. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura berlangsung selama 3 tahun 8 bulan. Jepun mengambil tindakan untuk menyerang negara Asia yang kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan sekotor industri dan ketenteraannya. Walaupun tempoh masa pemerintahan Jepun di TM agak singkat namun ia berjaya menguasai politik, ekonomi dan sosial di TM. Ia juga memberi implikasi yang mendalam sosio-ekonomi masyarakat Tanah Melayu. Isi-isi penting(20 m) Sistem pemerintahan Jepun di TM bercorak ketenteraan dan berada di bawah penguasaan seorang Jeneral. Pentadbiran di TM dibahagi kepada 2 iaitu Negeri-negeri Selat diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura sementara Semenanjung Tanah Melayu diperintah oleh seorang Presiden atau Gunseikan. Nama Singapura telah diubah kepada Syonan yang bermaksud Cahaya Selatan. Tanah Melayu pula dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun. Jepun juga mengembalikan kuasa Sultan yang telah dirampas oleh Inggeris tetapi hanya berkuasa sebagai ketua negeri sahaja. Sultan dibenarkan menjalankan tugas sebagai ketua agama di negeri masing-masing. Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan agar apa yang dihajati tercapai. Ini kerana Jepun ingin mendapatkan sokongan Melayu. Bagi menjaga kemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu, Jepun membentuk pasukan keselamatan yang dketuai oleh pegawai Jepun dan anggota perisek tentera iaitu Kampetai untuk mengawal keamanan. Kampetai sangat kejam dan telah menangkap serta membunuh ramai orang. Selain itu diwujudkan Tekikan iaitu pasukan mata-mata gelap yang bertugas mencari musuh-musuh yang menyokong Inggeris menentang pemerintahan Jepun atau menghasut melayu. Jepun juga menyebabkan ekonomi TM menghadapi kemerosotan akibat dasar sekatan daripada pihak asing. Ini menyebabkan semua sumber ekonomi dikuasai oleh Jepun sebelum Inggeris meninggalkan TM. Ekonomi TM merosot akibat taktik Bumi Hangus iaitu banyak kemudahan awam telah dimusnahkan. Jepun memaksa rakyat menanam tanaman seperti ubi kayu, keledek dan keladi untuk mengatasi masalah kekurangan bahan makanan.

Perusahaan tempatan didirikan semula untuk menggantikan barang impot yang tidak diimport. Perusahaan penting diambil alih dan dikuasai oleh syarikat Jepun seperti Mitsui dan Mitsubishi. Jepun juga memperkenalkan mata wang Pokok Pisang . Keadaan tidak terkawal serta kekurangan bahan-bahan pengguna menyebabkan berlaku inflasi dengan harga barang yang melambung tinggi dan nilai mata wang Jepun menjunam jatuh. Semasa pendudukan Jepun di TM, Jepun memberi layanan yang buruk kepada penduduk tempatan. Semua kaum iaitu orang Melayu,Cina dan India mengalami penyiksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Dalam sistem pendidikan Jepun telah menggantikan sistem pendidikan yang sedia ada dengan sistem pendidikan jepun. Sistem pendidikan Jepun menekankan beberapa aspek seperti pembentukan akhlak dan disiplin, taat setia pada maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun. Selain itu, kebudayaan Jepun disebarkan melalui sistem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar adat istiadat dan lagu kebangsaan Jepun iaitu Kamigayo. Kesimpulan Corak pemerintahan Jepun di TM yang menggunakan kekerasan telah meninggalkan kesan yang negatif hidup rakyat tempatan. Jepun menjalankan pemerintahan mengikut corak pemerintahan di negara asal. Pemerintahan Jepun di TM telah menyebabkan penduduk menderita. Ekonomi negara turut mengalami kemerosotan dengan kadar inflasi yang teruk. Alau bagaimanapun kesempatan yang diberikan oleh Jepun kepada penduduk tempatan dalam pentadbiran memberi peluang dan persediaan untuk mentadbir negara yang merdeka.

5.BINCANGKAN PERKEMBANGAN DAN PERANAN PERSATUANPERSATUAN MELAYU DARI TAHUN 1926 HINGGA 1937.

Pengenalan Gerakan nasionalisme di Tanah Melayu muncul pada awal abad ke-20 dimulai dengan golongan intelek, agama berpendidikan timur tengahyang dikenali sebagai Kaum Muda pada tahun 1906. Antara tahun 1926 hingga 1937, gerakan nasionalisme semakin berkembang dengan penubuhan persatuan dan kelab melayu yang dipimpin oleh golongan intelek Melayu berpendidikan melayu dan Inggeris. Perjuangan melalui persatuan dan kelab ini lebih teratur dan menarik sokongan rakyat. Dalam jangka pendek kegiatan berpesatuan lebih bercorak budaya, agama dan sosial. Manakala dalam jangka panjang lebih bersifat politik. Isi-isi Kesatuan Melayu Singapura (19260 Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura. Pengasas dan pemimpin KMS ialah Muhammad Eunos Abdullah, Tengku Abdul Kadir dan Embok Suloh. 1.1 Tujuan KMS 1.1.1 Memajukan sosio ekonomi orang Melayu 1.1.2 Menyedarkan orang Melayu kepentingan pendidikan 1.1.3 Mengingatkan orang melayu kepentingan melibatkan diri dalam politik dan hak kebebasan. 1.1.4 Menyedarkan orang Melayu kesan penjajahan 1.2 Kejayaan KMS 1.2.1 Menawarkan biasiswa kepada anak Melayu melanjutkan pelajaran 1.2.2 Memperoleh tanah seluas 251 hektar daripada British (Kampung Melayu di Singapura 1928) 1.2.3 Memperjuangkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat. 1.2.4 Penubuhan sekolah Pertukangan Orang Melayu Singapura pada tahun 1929. Pada tahun 1937 cawangan KMS terdapat di Melaka dan Pulau Pinang. KMS adalah sebuah kesatuan yang sederhana dan tidak menentang British. KMS juga merupakan perantara orang Melayu dengan kerajaan Negeri-negeri Selat. 2. Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) 1934 2.1 2.2 2.3 Ditubuhkan pada tahun 1934 oleh golongan intelek berpendidikan Melayu. Diasaskan oleh akhbar Saudara Merupakan pertubuhan sosial kebajikan

2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

2.9

Kegiatan lebih kepada bidang bahasa dan kesusasteraan Cogan kata PASPAM adalah Hidup Bahasa Hiduplah Bangsa Pemimpin utama ialah Syed Alwi, S.M Zainal Abidin, Sheikh Abdullah alMaghribi dan Hamidun Mohd Hashim. Keahliannya meningkat kepada 12 000 orang dan persidangan yang dianjurkannya menjadi landasan untuk membincang dan menyelesaikan masalah yang dihadapi orang lain. Aliran perjuangan pada peringkat awal lebih kepada pertubuhan kesusasteraan Melayu pro kaum Muda tetapi selepas persidangan kali pertama pada 11 November 1934 perjuangan lebih kepada memperbaiki kedudukan sosio ekonomi orang Melayu. Saranan PASPAM adalah orang melayu mesti rajin, berusaha mencapai kemajuan dan perpaduan. Perpecahan PASPAM berlaku sebab orang Melayu curiga terhadap golongan Arab dan India Muslim. Persatuan Melayu Perak Ditubuhkan pada tahun 1937 di Ipoh. Keahlian 90 peratus terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pemimpin utama ialah Wan Mohd Nur bin Wan Nasir dan Dr. Kasim. 3.1 Tujuan perjuangan 3.1.1 Baiki taraf sosial dan ekonomi Melayu 3.1.2 Memelihara nasib orang Melayu 3.1.3 Mengeratkan kerjasama antara orang Melayu 3.1.4 Meningkatkan taraf pendidikan 3.1.5 Dasar bekerjasama dengan British 3.1.6 Ahli persatuan mesti taat kepada British, kerajaan dan raja

3.0

Kesimpulan Dapat dijelaskan bahawa dua jenis pergerakan persatuan dan kelab bagi orang melayu iaitu mereka yang terdidik di sekolah Melayu bukan bangsawan dan mereka yang berpendidikan Inggeris terdiri daripada golongan bangsawan. Gerakan nasionalisme melalui persatuan ini semakin berkembang sehingga zaman pendudukan Jepun. Selepas perang Dunia Kedua perjuangan orang Melayu lebih terarah kepada UMNO sehingga kemerdekaan Tanah Melayu.

You might also like