You are on page 1of 66

Abd.Rahman bin Abd.

Wahab
Institut Tadbiran Awam Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia
DEFINASI DASAR
Suatu kenyataan mengenai
hasrat bagi mencapai sesuatu
maksud atau kehendak.

DEFINISI
DASAR-DASAR KERAJAAN (AWAM)
Satu pengistiharan (hasrat dan
ideologi kerajaan) dibuat dari
semasa kesemasa untuk
menyelesaikan/mendapatkan
hasil/ mencapai objektif.
KENAPA
DASAR KERAJAAN DI BUAT
Meningkatkan kecekapan
Meningkatkan produktiviti
Mengurangkan kos pengurusan
Mengatasi masalah
Meletakakan asas pentadbiran
negara/organisasi
Panduan bagi mencapai objektif
Menyedarkan orang ramai perlunya
sesuatu amalan baik di praktikan
KENAPA DASAR- DASAR
KERAJAAN PERLU DIFAHAMI
Supaya dapat merangka program dan pelan
tindakan bagi mencapai objektif
Mengatasi masaalah dan konflik yang mungkin
timbul dalam pelaksanaan dasar-dasar
berkenaan
Terlibat secara langsung sebagai kakitangan
awam (pelaksana dasar) dan rakyat (sasaran)
MENGENALI
DASAR-DASAR AWAM MALAYSIA
Latarbelakang Negara
Peringkat Pembetukan Dasar-dasar
Negara
Penggubalan Dan Pelaksanaan
Dasar-dasar
LATARBELAKANG
NEGARA
Fizikal
Penduduk
Hasil Negara
Malapetaka
Prospek (Tenaga Kerja)
PERINGKAT
PEMBENTUKAN
DASAR-DASAR NEGARA
Zaman Penjajah
Sebelum Mencapai Kemerdekaan
(1944-1957)
Selepas Merdeka (1957-13 Mei1969)
DEB (1970-1990) RRJP1
DPN (1991-2000) RRJP2 (Wawasan2020)
KATEGORI DASAR-DASAR
Dasar-dasar Am Kerajaan
Contoh: Rancangan Malaysia, Dasar
Wawasan Negara, Dasar Pembangunan
Negara, Wawasan 2020
Dasar-dasar Berkenaan Dengan
Pembangunan Ekonomi Negara
Dasar-dasar Yang Berkaitan Dengan
Kemajuan Sosio-Politik
Dasar Yang Berkaitan Dengan Hubungan
Luar Negeri
DASAR-DASAR EKONOMI
Dasar Pembangunan Nasional
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pertanian Negara
Dasar Penswastaan
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan
Kampung Dan Luar Bandar
Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam
Dasar/Program Pembaharuan Dan
Peningkatan Daya Pengeluaran Negara
DASAR-DASAR
SOSIAL DAN ETIKA KERJA
+Dasar Pendidikan Kebangsaan
+Dasar Kebudayaan Kebangsaan
+Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni
Dalam Pentadbiran
+Dasar Pandang Ke Timur
+Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
+Kepimpinan Melalui Teladan
DASAR-DASAR LUAR
Konsep Kawasan Aman, Bebas
Dan Berkecuali (ZOPFAN)
Antartika
Rancangan Kerjasama Teknik
Malaysia (MTCP)

RANGKA RANCANGAN
JANGKA PANJANG
MALAYSIA
O Rangka Rancangan Jangka Panjang
Pertama (RRJP1) 1971-1990, DEB

O Rangka Rancangan Jangka Panjang
Kedua (RRJP2) 1991-2000, DPN

O Rangka Rancangan Jangka Panjang
Ketiga (RRJP3) 2001-2010, DWN

JENIS- JENIS
DASAR UTAMA KERAJAAN
Dasar-Dasar Ekonomi
Dasar-Dasar Sosial dan Etika Kerja
Dasar-Dasar Luar

DASAR-DASAR EKONOMI
Dasar Pembangunan Nasional
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
Dasar Perindustrian Negara
Dasar Pertanian Negara
Dasar Penswastaan
Dasar Pensyarikatan Malaysia
Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung
Dan Luar Bandar
Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam
Dasar Kependudukan Malaysia Ke-Arah 70 Juta
Dasar/Program Pembaharuan dan Peningkatan Daya
Pengeluaran Negara
DEB telah dilancarkan pada tahun 1971
serentak dengan pelaksanaan RMK Kedua
(1971-1975)
Ia dilaksanakan di bawah RRJP 1
DEB merupakan satu pendekatan baru dalam
rancangan pembangunan negara.
Bertujuan membetulkan ketidakseimbangan
sosial dan ekonomi yang wujud di antara
kaum dan wilayah serta kawasan dalam
wilayah yang sama di Malaysia.
DASAR EKONOMI BARU
(1971-1990)
OBJEKTIF
DASAR EKONOMI BARU
CMembasmi kemiskinan dengan
menambahkan pendapatan dan
membanyakkan peluang pekerjaan
kepada semua rakyat tanpa mengira
kaum;

Kemiskinan merupakan sebab utama wujudnya
perasaan tidak puas hati rakyat dan ianya wujud
bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di kawasan
bandar & boleh menggungat perpaduan negara
dan ketenteraman awam jika ia tertumpu kepada
sesuatu kaum sahaja.
CMenyusun semula masyarakat untuk
mengurang dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi
Kedudukan Sosial dan Ekonomi yang tidak seimbang
di antara kaum telah di warisi semenjak British lagi.
Ketidakseimbangan ini dapat dilihat dari segi tempat
tinggal, pekerjaan, pemilikan harta, kemudahan
sosial, pendapatan, kesihatan, pengangkutan,
perhubungan, pelajaran & kualiti kehidupan.

RUMUSAN
Setelah DEB tamat, terdapat bukti yang
menunjukkan perubahan sosioekonomi yang telah
berlaku & membawa perubahan besar kepada
struktur ekonomi dan kehidupan rakyat.
Walau bagaimana matlamat 30% penguasaan BP
dalam pemilikan modal tidak tercapai
Menjelang 1990, kadar kemiskinan dalam
lingkungan 17%.
Bagi meneruskan agenda pembangunan negara,
kerajaan telah melancarkan Dasar Pembangunan
Nasional (DPN) yang menjadi dasar induk negara
tempoh 1991 sehingga 2000.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP2) telah di gubal berasaskan Dasar
Pembangunan Nasional yang menandakan
bermulanya satu lagi era bagi dalam usaha
untuk menjadikan malaysia sebuah negara
maju menjelang 2020

Ia dilancarkan oleh Perdana Menteri
Keempat pada 17 Jun 1991
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
(DPN)
OBJEKTIF DPN
O Membina sebuah negara yang bersatu
padu
O Mengekalkan ekonomi yang berterusan
O Menjadikan Malaysia sebuah negara
maju
O Mewujudkan sebuah masyarakat yang
lebih adil, beretika, makmur
O Kecekapan pentadbiran kerajaan

DASAR PERINDUSTRIAN
NEGARA
OBJEKTIF
Menjadikan Sektor Perkilangan Sebagai
Catalyst Pertumbuhan Perindustrian Negara
Dan Ekonomi Keseluruhannya
Menggalakkan Penggunaan Sepenuhnya
Sumber-sumber Asli Negara
Meninggikan Tahap Penyelidikan Dan
Pembangunan (R&D) Teknologi Tempatan
Sebagai Asas Bagi Malaysia Menjadi Sebuah
Negara Maju
Dasar perindustrian yang berpandangan ke
luar.
Membangun teknologi dan tenaga rakyat.

CORAK PERINDUSTRIAN
NEGARA
50an Getah dan Bijih Timah
60an Gantian Import
70an Menumpukan kepada
mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan/Eksport dan
mempelbagaikan ekonomi
80an Industri Berat
90an Peranan Swasta dan Pelaburan
Asing
DASAR PERTANIAN
NEGARA
Objektif

Memaksimunkan pendapatan sektor pertanian melalui
penggemblengan sumber-sumber negara secara cekap dan
berkesan supaya sumbangan sektor pertanian kepada
pertumbuhan ekonomi negara dapat dipergiatkan semula.

Memaksimunkan pendapatan pengusaha/pekebun kecil
melalui peningkatan daya pengeluaran supaya kadar
kemiskinan dapat dikurangkan dan kualiti hidup keluarga
diperbaiki.

Memaju dan meningkatkan hasil serta mutu komoditi yang
mempunyai potensi besar untuk eksport atau bahan gantian
import dan komoditi terpilih untuk bahan makanan serta
perindustrian

STRATEGI
DASAR PERTANIAN NEGARA
Pembukaan tanah baru
Pembangunan in-situ
Perkhidmatan sokongan pertanian
Pembangunan sosial dan institusi
Penswastan dan penyertaan pihak
swasta
Pembangunan komoditi
BERTUJUAN
Mengurangkan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan
Meningkatkan kecekapan dan daya
pengeluaran
Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
Mengurangkan saiz dan penglibatan sektor
awam dalam ekonomi
Membantu mencapai matlamat Dasar
Ekonomi Negara

DASAR PENSWASTAAN
MEKANISME/BENTUK-BENTUK
PENSWASTAAN
Penjualan aset atau ekuiti
Pajakan
Kontrak pengurusan
Bina-kendali-pindah atau build-
operate-transfer dan bina-kendali
atau build-operate




HALACARA BARU DALAM
PEMBANGUNAN KAMPUNG DAN
LUAR BANDAR
Bertujuan mengurangkan kadar
kemiskinan luar bandar.
Meninggikan lagi pendapatan petani
dan pekebun kecil.
Pengelompokan kampung-kampung.
Penyatuan yanah dan pengurusan aktiviti
pertanian secara komersial.
Pembangunan industri kampung.
PERSYARIKATAN
MALAYSIA
Bertujuan mewujudkan kerjasama erat, bermakna dan
berkesan antara sektor awam dan swasta demi
pembangunan negara bagi mencapai faedah bersama.
Menghapuskan sifat permusuhan diantara kedua-dua
sektor dengan menggalakan perkongsian maklumat dan
saling faham memahami akan prosedur dan matlamat
kedua-dua belah pihak.
Meningkatkan hasil dan pertumbuhan ekonomi negara.
DASAR PENSYARIKATAN MALAYSIA
-Menekankan Kepada Kerjasama Antara
Kerajaan Dan Sektor Swasta Ke Arah
Mewujudkan Satu Syarikat Malaysia Bagi
Mencapai Kemajuan Di Mana Keuntungan
Yang Diperolehi Akan Dikongsi Bersama
-Mekanisme Kerjasama : Penubuhan Panel
Perunding Dan Pelonggaran Peraturan
-Untuk Menambah-baik Pentadbiran Negara

DASAR
PENGURUSAN PERBELANJAAN AWAM
DEFINISI
Dasar Pengurusan Perbelanjaan Sektor
Kerajaan Yang Terdiri Daripada Kerajaan
Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri,
Agensi Kerajaan Dan Kerajaan-kerajaan
Tempatan

OBJEKTIF
Bertujuan mengukuh kedudukan kewangan
Kerajaan selaras dengan sumber-sumber
yang ada.
Mengurangkan defisit belanjawan Kerajaan.
Mengawal pertumbuhan hutang awam.
DASAR-DASAR SOSIAL DAN ETIKA KERJA
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni
Dalam Pentadbiran
Dasar Pandang Ke Timur
Dasar Bersih, Cekap Dan Amanah
Kepimpinan Melalui Teladan
Objektif
mewujudkan satu etika kerja dan sikap
berkhidmat yang baru-peningkatan kepada
hasil dan mutu kerja
Meningkatkan semangat/motivasi pekerja
seiring dengan penerapan nilai-nilai islam
dan kepimpinan melalui tauladan

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH
BERSIH
Bermoral tinggi, bertatatertib,
berdisiplin, tidak menyeleweng,
tidak rasuah
Berkecuali
Tidak mementingkan diri sendiri
Tidak khianat, hasat dan dengki
CEKAP
Berani dan cepat membuat keputusan
Hadapi krisis dengan tenang
Tegas kepada prinsip
Produktiviti tinggi dan kualiti kerja
Keyakinan diri
Berpandangan jauh
Berpengetahuan
Berpengalaman dan mahir dalam
bidang tertentu
Amanah
Rela dan cuba menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang diamanahkan
dalam batas kuasa yang ditentukan
dengan penuh gigih dan ikhlas bagi
mencapai objektif yang ditentukan
Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur
kepada diri sendiri, rakan dan organisasi
LANGKAH-LANGKAH
PERLAKSANAAN
Manual Prosedur Kerja
Mewujudkan Kumpulan Meningkat Mutu
Kerja
Pusat bayaran bil setempat
Pejabat Plan terbuka
Kad perakam waktu
Pengisytiharan harta
Tanda nama
Badan Pencegah Rasuah
Laporan Juruaudit Negara
Perkhidmatan cemerlang
Pelajaran lanjutan
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bertujuan untuk menubuh satu sistem pendidikan
yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan
menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial,
ekonomi dan politik.
Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar
yang utama.
Kurikulum berorientasikan Malaysia bagi semua jenis.
Sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
Meningkatkan mutu pendidikanyang menyeluruh,
seimbang dan bersepadu.
Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral
dan disiplin.
CIRI-CIRI PENDIDIKAN
SEBELUM MERDEKA
Wujud lima jenis aliran sekolah
akibat dasar terbuka penjajah
Inggeris. Jenis-jenis sekolah :
sekolah Inggeris, sekolah
Melayu, sekolah Agama, sekolah
Cina dan sekolah Tamil

AKIBATNYA:

- Tidak ujud perpaduan
- Tidak ada bahasa penghantar yang tunggal
- Sekolah-sekolah terpisah kedudukannya
mengikut geografi dan taburan penduduk
- kurikulum bagi kelima-lima aliran sekolah
berbeza contoh Sekolah Inggeris mengikut
kurikulum sekolah-sekolah di England

PENYATA RAZAK 1956 DAN
LAPORAN RAHMAN TALIB
1960
Untuk mencapai perpaduan negara melalui
sistem pendidikan, tiga asas utama mesti
dipatuhi:
Sistem persekolahan yang sama bagi semua
Bahasa Malaysia sebagai bahasa
penghantar utama di semua peringkat
persekolahan
Kurikulum dan peperiksaan sekolah yang
sama kandungan dan bercorak kebangsaan

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
OBJEKTIF
Bertujuan mengukuhkan perpaduan bangsa
dan negara melalui kebudayaan.
Memupuk dan memelihara keperibadian
kebangsaan yang tumbuh daripada
kebudayaan kebangsaan.
Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti
kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan pembangunan sosio-
ekonomi.
PRINSIP
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Berteraskan Kepada Kebudayaan Rakyat Asal
Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai Dan
Boleh Diterima
Islam Menjadi Unsur Penting Pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM
DALAM PENTADBIRAN
Bertujuan membentuk sebuah masyarakat Malaysia
yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh
masyarakat
Menubuh sebuah negara bahagia.
Menghapuskan sikap yang negatif dalam
menjalankan tugas yang dipertanggungjawab.
Menghasilkan perkhidmatan yang bermutu.
Bukan bertujuan mengislamkan rakyat Malaysia.
Memupuk nilai-nilai murni yang boleh diterima oleh
semua golongan dan agama
DASAR-DASAR LUAR
Dasar luar Malaysia dapat disimpulkan
sebagai prinsip persepakatan dan kerjasama
Antarabangsa dengan berlandaskan kepada
semangat inginkan kebebasan ,
pengecualian dan keamanan dunia.

Konsep Kawasan Aman, Bebas Dan
Berkecuali (ZOPFAN)
Antartika
Rancangan Kerjasama Teknik Malaysia
(MTCP)
KAWASAN AMAN, BEBAS DAN BERKECUALI
(ZOPFAN)
Bertujuan menjadikan rantau Asia Tenggara satu
kawasan aman, bebas dan berkecuali.
Bebas dari pertelingkahan kuasa-kuasa besar.
Tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam
pertelingkahan.
Menggalakkan kerjasama serantau dalam bentuk
ketenteraman politik, ekonomi dan kebudayaan.
Mengundurkan tentera-tentera asing yang
berpengkalan di beberapa tempat di negara-negara
Asia Tenggara.
ANTARTIKA
Bertujuan menjadikan Antartika sebagai
warisan bersama untuk faedah
bersama.
Bahan-bahan Antartika digunakan untuk
faedah manusia.
Ekologi dan alam sekitar dipertahankan.
Kerjasama dan penyelarasan antara-
bangsa dalam kajian saintifik.
PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL
MALAYSIA (MALAYSIAN TECHNICAL
COOPERATION PROGRAMME MTCP)
Bertujuan membantu meningkatkan persefahaman
serta kerjasama di antara negara-negara yang
sedang membangun.

Negara penerima bantuan akan menyokong
Malaysia di dalam forum-forum antarabangsa

Mengeratkan perhubungan Malaysia dengan
negara-negara sedang membangun

Membuka peluang pihak swasta Malaysia
membuat pelaburan di negara-negara tersebut
WAWASAN 2020
Ialah satu konsep yang dibentangkan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia di Majlis
Perdagangan Malaysia pada 28.2.1991.
Didalam ucapan tersebut beliau telah
menegaskan bahawa Matlamat
Pembangunan Negara ialah untuk
menjadikan Malaysia:
Sebagai sebuah negara
industri dan ... pembentukan
sebuah Negara Malaysia yang benar-
benar maju menjelang tahun 2020..
menurut acuan kita sendiri.
Kemajuan yang dimaksudkan meliputi
aspek:-

Ekonomi
Politik
Sosial
Kerohanian
Sektor-Sektor Kebudayaan
Satu wawasan strategik jangka panjang
sebagai arah dasar yang luas meliputi
pelbagai aspek berkaitan pembangunan
negara dalam hubungan dengan
perkembangan ekonomi dunia
keseluruhannya.
Dengan lain perkataan, ia memberi arah
tujuan dan sasaran negara untuk mencapai
satu tahap negara maju sepenuhnya dengan
nilai-nilai positif yang sendiri dengan
menetapkan satu jangka masa 30 tahun
sebagai panduan untuk mencapai matlamat
diatas.


APA ITU WAWASAN
2020?
MENGAPA PERLUNYA SATU
WAWASAN?
MEMBERI FOKUS NASIONAL
MENDAPAT KONSENSUS NASIONAL
SATU PERJANJIAN SOSIO-POLITIK
MENYEDIAKAN GARIS PANDUAN
BAGI AGENDA PEMBANGUNAN
NASIONAL

MENGAPA TAHUN 2020?
Pembangunan satu generasi dalam
era dunia tanpa sempadan dan
persaingan yang pesat.
Satu era pemisah pembangunan
perindustrian dunia.
Bersama dalam Mega-Trend
Jangka masa yang munasabah dan
praktikal



CABARAN
PERTAMA
Mewujudkan sebuah negara yang bersatu
yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama.
negara aman
integrasi wilayah
hidup harmoni
bekerjasama dan adil
satu bangsa Malaysia
kesetiaan kepada negara.
CABARAN KEDUA
Mewujudkan sebuah negara yang berjiwa
bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga
dengan apa yang ada, dengan apa yang di
capai, gagah menghadapi pelbagai
masalah. Masyarakat Malaysia yang mudah
di kenali dari sikap ingin mencapai
kecemerlang, sedar semua kemampuannya,
tidak mengalah kepada sesiapa dan
menghormati oleh rakyat negara lain.
CABARAN KETIGA
Mewujud dan membangunkan
masyarakat demokratik dan
mengamalkan satu bentuk
persefahaman matang iaitu,
demokrasi masyarakat Malaysia yang
boleh menjadi contoh kepada banyak
negara membangun.
CABARAN KEEMPAT
Mewujudkan masyarakat yang
bermoral dan beretika, kukuh dalam
nilai agama dan kejiwaan dan
didorong oleh tahap etika yang tinggi
CABARAN KELIMA
Mewujudkan masyarakat yang liberal
dan bertolak ansur, di mana
masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia bebas mengamalkan adat,
kebudayaan dan kepercayaan
agama mereka dan pada masa yang
sama meletakkan kesetiaan mereka
pada satu negara.
CABARAN KEENAM
Mewujudkan masyarakat saintifik dan
progresif, masyarakat yang mempunyai
daya perubahan tinggi dan memandang
ke hadapan yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamadun saintifik
dan teknologi masa depan.
CABARAN KETUJUH
Mewujudkan masyarakat penyayang
dan budaya menyanyangi. Iaitu satu
sistem sosial yang mana kepentingan
masyarakat adalah lebih utama
daripada diri sendiri yang mana
kebajikan insan tidak akan berkisar
kepada orang perseorangan tetapi di
sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
CABARAN KELAPAN
Memastikan masyarakat yang adil dalam
bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara
secara adil dan saksama, yang mana wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat
dalam perkembangan ekonomi. Masyarakat
sedemikian tidak akan wujud jika masih ada
pengenalan kaum berdasarkan fungsi
ekonomi dan kemunduran ekonomi
berdasarkan kaum.
CABARAN KESEMBILAN
Mewujudkan masyarakat makmur
yang mempunyai ekonomi yang
boleh bersaing, dinamik, giat dan
berdaya tahan.
MATLAMAT AKHIR
WAWASAN 2020
MENCAPAI TARAF NEGARA MAJU:
- Ekonomi.
- Politik.
- Kerohanian.
- Psikologi.
- Kebudayaan.
- Perpaduan.

You might also like