You are on page 1of 2

Kursus Kemahiran Keusahawanan Pemprosesan Makanan (Pusat Bimbingan Usahawan Jabatan Pertanian )

PENGENALAN Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa dan produk-produk berasaskan buah-buahan. PELAKSANAAN Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.

PENGAMBILAN PESERTA Pengambilan peserta dibuat setahun sekali dan akan diiklankan di akhbar utama tempatan. Mereka yang berminat boleh memohon setelah iklan dikeluarkan.

TEMPOH KURSUS Jangkamasa kursus ialah selama enam (6) bulan secara sepenuh masa.

KEMUDAHAN DISEDIAKAN Tempat tinggal sepanjang tempoh kursus.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Warganegara Malaysia Berumur antara 20-40 tahun Jantina lelaki dan perempuan Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM/SPMV Tinggal di asrama sepanjang tempoh kursus Sihat tubuh badan Berminat untuk meneruskan projek selepas tamat kursus

TEMPAT-TEMPAT LATIHAN Kursus dijalankan di tujuh (7) buah Pusat Bimbingan Usahawan mengikut pengkhususan yang telah ditetapkan seperti berikut:
Bil Pusat Bimbingan Usahawan Pengkhususan Sejuk Beku (Cth : Karipap, pizza, pie, roti canai, donut, kasturi, roti bom) Bakeri (Cth : Pelbagai jenis roti, kek, pastri dan biskut) Bakeri & Sejuk Beku (Asas Kelapa) (Cth : Kerisek, santan, dodol, serikaya, biskut kelapa, pes rendang, candy kelapa) Bakeri & Sejuk Beku (Cth : Gabungan produk sejuk beku dan bakeri) Hasilan Buah-Buahan (Cth : Jem buah-buahan, kordial, puree) Hasilan Buah-Buahan (Cth : Jem buah-buahan, kordial, puree) Makanan Ringan (Cth :Pelbagai kerepek Dan Kuih Tradisional seperti Meruku,Rempeyek,Buah Rotan,Denderam Dll)

1. PBU Serdang, Selangor

2. PBU Ayer Hitam, Johor

3. PBU Manong, Perak

4. PBU Teluk Chengai, Kedah

5. PBU Ajil, Terengganu 6. PBU Pagoh, Johor (Baru) 7. PBU Melor, Kelantan (Baru)

MAKLUMAT LANJUT
Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Wisma Tani, Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana Jabatan Pertanian, Presint 4 62624 Putrajaya. Tel: 88703553 / 3544 / 3539 (Pn. Maznahwati / Pn. Rafidah Ibrahim /Pn. Zaharina Hassan)

You might also like