You are on page 1of 3

1.

ASSIGNMENT SEMANTIK

TUGASAN 1 Metafora bukan sahaja merupakan bahasa kiasan tetapi juga sebagai alat pengungkapan fikiran. Seperti pandangan Charteris Black (2004), metafora menghadirkan satu cara baru memandang dunia yang menawarkan satu penggambaran yang segar. Lakoff dan Johnson (1980) menyatakan bahawa metafora menembus kehidupan seharian, bukan sekadar bahasa tetapi fikiran dan tindakan. Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkaraperkara berikut: Dengan memberikan 5 contoh metafora dalam bahasa Melayu, perjelaskan cara metafora memerikan makna dalam situasi-situasi yang berkaitan. TUGASAN 2 Setiap perkataan dalam sesuatu bahasa dikatakan mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Banyak faktor yang melibatkan interpretasi makna dan amat sukar memastikan ketepatan makna. Hubungan antara makna perkataan berdasarkan; a) sinonim b) antonim c) polisemi d) homonim e) hiponim Daripada pernyataan di atas, berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut: Perjelaskan setiap satu komponen makna berikut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

2.

ASSIGNMENT KURIKULUM

TUGASAN 1 Merujuk kepada satu tajuk yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran (SP), Huraian Sukatan Pelajaran (HSP), Dokumen Standard Kandungan (DSK), Dokumen Standard Pembelajaran (DSP), Buku Teks (BT) atau Modul (M) bagi 4 (EMPAT) mata pelajaran tertentu yang terdapat di sekolah rendah seperti yang ditetapkan oleh Pensyarah/ Tutor E-Learning kumpulan masingmasing, pelajar akan membuat analisis bahawa terdapat kesepaduan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara merentas kurikulum dalam kurikulum dan pengajaran

bagi tajuk yang dipilih dalam mata pelajaran tersebut. Laporan analisis ditulis menggunakan format Laporan Analisis seperti Lampiran 1 atau mana-mana format seperti yang ditetapkan oleh Pensyarah/ Tutor E-Learning kumpulan masing-masing. TUGASAN 2 Pelajar diminta untuk mengenal pasti 4 (EMPAT) sudut tertentu yang difikirkan menarik/unik yang terdapat dalam bilik darjah di sekolah rendah atau bilik darjah kelas bercantum (seperti sudut bacaan, sudut mata pelajaran, sudut ICT, papan kenyataan, perpustakaan mini dan sebagainya termasuk susunan kerusi meja atau susunan kedudukan murid). Pelajar diminta mengambil gambar statik sudut-sudut tersebut untuk dianalisis.Analisis adalah berkaitan dengan justifikasi mengadakan sudut tersebut, kekuatan, kelemahan serta latar belakang konsep/teori berkaitan dengan sudut tersebut. Laporan analisis adalah mengikut format tertentu seperti Lampiran 2 atau mana-mana format seperti yang ditetapkan oleh Pensyarah/Tutor ELearning kumpulan masing-masing.

3.

ASSIGNMENT KREATIVITI

TUGASAN 1 Huraikan secara terperinci bagaimana program seni dapat meningkatkan kreativiti dan estetika kanak-kanak serta mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara. TUGASAN 2 Pilih SATU (1) bidang seni berikut: Seni lukis Kraftangan Drama Muzik Tarian

Rancang LIMA (5) aktiviti yang dapat membimbing kanak-kanak berfikir secara kreatif berdasarkan lima tahap pemikiran kreatif dalam Teori Perkembangan Kreativiti Fisher dan terangkan dengan contoh bagaimana bidang seni yang dipilih dapat diterapkan dan disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran

4.

ASSIGNMENT OKU

TUGASAN 1 Pendidikan merupakan program pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanakkanak berkeperluan khas iaitu program pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Secara terperinci huraikan punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial kategori a) Bermasalah Pendengaran b) Bermasalah Penglihatan c) ADHD d) Bermasalah Fizikal TUGASAN 2 Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Bincangkan strategi dan kaedah membantu murid pendidikan khas mengikut model sosial (social model) dan model perubatan (medical model)

5.

ASSIGNMENT KESUSASTERAAN

TUGASAN 1 Buat satu kajian mengenai suku bangsa atau etnik anda dan hubungannya dengan rumpun bahasa Melayu. TUGASAN 2 Berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji, beri contoh-contoh kata, ayat, bahan sastera, objek budaya atau apa sahaja yang sesuai untuk membuktikan hubungan kekerabatan dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

You might also like