You are on page 1of 9

1.

PENGENALAN

Secara umumnya, semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran. Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat. Perkataan sema akan menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti. Kemudian semainein diinggeriskan menjadi semantics, dan dalam bahasa Melayu menjadi semantik. Breal, 1900. Dari segi istilah, semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak, 2003). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Bahasa merupakan satu gelombang suara dan tulisan yang semuanya merujuk kepada satu makna tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau hasrat. Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign. Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotik atau semiologi (Ahmad Mahmood Musanif, 2004). Asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda. Contohnya, ini bola, sambil menunjuk ke arah sebiji bola. Makna perkataan bola boleh diperolehi apabila kita melihat sebiji bola. Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda hendak ditunjuk dan bersifat abstrak, seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak dapat diberikan makna. Oleh itu, timbullah dalam bidang semantik istilah-istilah seperti sinonim, antonim, polisim dan hiponim. Dengan ini, makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang lain (Adenan bin Ayob, 2007). Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M.

2.0

TEORI MEDAN MAKNA

Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan-perkataan yang tidak boleh diberikan makna dengan menggunakan istilah-istilah tersebut. Sebagai contoh, perkataan sekolah, kita tidak boleh menggunakan sinonim Institut Pengajian Tinggi dalam memberi makna kepada sekolah. Ini kerana, sekolah dan Institut Pengajian Tinggi adalah dua buah institusi yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Penggunaan antonim juga tidak boleh mendapatkan makna yang tepat untuk sekolah. Contohnya, kita katakan lawan kepada sekolah adalah masjid. Kita juga boleh katakan pejabat , stadium atau kedai lawan kepada perkataan sekolah. Oleh itu, kita tidak memberi satu definisi yang tepat kepada perkataan sekolah. Dengan ini, timbullah satu teori yang dinamakan Teori Medan Makna (Semantics Field Theory). Teori Medan Makna membawa maksud kosa kata sesuatu bahasa adalah himpunan kata dalam bidang atau medan tertentu dan bukan sebagai satu senarai unsur yang tidak berkaitan (dipetik daripada Modul KDPM Pengajian Melayu). Menurut Ahmad Mahmood Musanif (2004) pula, medan makna adalah kumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubungan disebabkan kehadiran masinsg-masing dalam konteks yang serupa. Ia merupakan makna yang didukung oleh kata atau kumpulan kata. Sebagai contoh, kita jelaskan makna perkataan hospital. Kita boleh katakan hospital adalah sebuah organisasi yang mengurus hal-hal kecemasan, kecederaan dan kematian. Hospital mempunyai wad-wad yang menempatkan pesakit mengikut kategori masing-masing. Pengurusan dan pentadbiran diketuai oleh Pengarah Hospital dan diikuti oleh doktor-doktor pakar, doktor dan jururawat. Walau bagaimanpun, penjelasan ini belum mampu memberi satu makna yang tepat untuk perkataan hospital. Inilah yang dikatakan medan makna, himpunan perkataan-perkataan yang mempunyai hubungan semantik dengan hospital. Definisi ini tidak cukup sempurna, tetapi memadailah untuk menunjukkan bahawa banyak kata yang lain terlibat atau ditarik masuk ke dalam definisi ini. Dengan kata lain, medan makna kata hospital ini mencakupi banyak kata yang ada kaitan dengannya. Medan makna boleh diterjemahkan dalam bentuk gambar rajah. 2

Perkataan-perkataan yang mengelilingi perkataan hospital mempunyai hubungan dengan perkataan hospital. Perkataan-perkataan tersebut boleh diistilahkan sebagai medan makna.

Kecemasan

Kecederaan

Pesakit

Wad

Doktor

HOSPITAL

Doktor Pakar

Jururawat

Semua kata dalam lingkungan itu tergolong dalam medan makna hospital, iaitu setiap satunya menjadi komponen atau bahagian makna kata hospital tersebut. Bagaimanapun, medan makna dipakai untuk menentukan fonem dan morfem. Pendek kata dalam sebarang analisa bentuk bahasa, unsur makna telah dipergunakan dengan meluas. Dalam hubungannya dengan kata-kata yang lain, kata hospital itu juga mungkin hanya bertindak sebagai kata kunci atau komponen atau bahagian makna untuk kata lain misalnya medan makna untuk kata kementerian kesihatan. Syed M. Naquib al-Attas (yang dipetik daripada Ahmad Mahmood Musanif, 2004) menegaskan bahawa dalam perbendaharaan kata sesuatu bahasa terdapat apa yang dinamakan sebagai lapangan semantik (medan makna) atau lingkungan konsepsi yang semestinya bertindihan antara satu sama lain kerana adanya perkaitan dan

pergantungan. Jika lapangan semantik tersebut terlalu besar, maka lapangan itu akan membentuk subperbendahraan kata. Dalam medan makna, terdapat makna inti dan makna sampingan. Makna inti boleh dikatakan sebagai kata fokus atau sebagai pusatnya. Dalam contoh di atas, hospital adalah makna pusat, sebagai kata fokus. Manakala, perkataan-perkataan lain yang mengelilingi perkataan hospital bertindak sebagai makna sampingan. Menurut Adenan bin Ayob (2007), kata kunci atau kata fokus ialah makna asasi dan makna perkaitan. Jika kita merujuk kepada lambang, maknanya ialah pemikiran atau konsep tentang sesuatu benda atau perkara. Perkara yang paling penting ialah untuk melihat perkaitan sebagai unsur yang tidak wujud bersendirian tetapi wujud dalam lapangan semantik. Konteks pula ialah situasi yang membentuk medan semantik, tetapi tidak semua konteks menghasilkan situasi. Contohnya, ada bantal dalam bilik air merupakan konteks, tetapi tiada kaitan dengan konsep. Jika kita mengatakan terdapat tuala, sabun dan syampu, maka akan wujud medan semantik yang mempunyai kaitan dengan bilik air.

2.1

SEGI TIGA SEMIOTIK

Menurut C. K. Odgen dan I. A. Richards dalam buku mereka The Meaning of Meaning (1923) yang dipetik daripada modul Semantik UPM, makna sesuatu perkataan juga boleh dianalisis dengan menggunakan istilah lambang, fikiran dan benda. Ketigatiga istilah ini saling berhubungan antara satu sama lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Perhubungan ini dinamakan sebagai Segi Tiga Semiotik.

FIKIRAN (konsep)

LAMBANG (perkataan)

BENDA

Pada satu sudut terletak lambang, iaitu bahasa (yang terdiri daripada perkataan) yang menjadi symbol kepada fikiran atau konsep yang terletak pada sudut kedua. Fikiran atau konsep yang terletak pada sudut yang kedua merujuk kepada benda yang ditujukan yang terletak pada sudut yang ketiga seperti rajah di atas. Garis terputus yang menghubungkan lambang (perkataan) dengan benda menunjukkan hubungan itu adalah hubungan tidak lansung. Sebaliknya perkataan sebagai lambang terlebih dahulu melambangkan fikiran tentang benda, kemudian fikiran tentang benda akan merujuk benda yang sebenar. Dengan ini jelas bahawa perkataan dilahirkan sebagai hasil kombinasi di antara sesuatu makna tertentu dengan sesuatu bentuk tertentu. Contohnya, perkataan kek merupakan lambang yang menggambarkan sebiji kek dalam fikiran. Ada hubungan antara fikiran dengan kek, dan ada juga hubungan antara fikiran dengan benda sebenar. Namun, hubungan antara lambang dengan kek adalah tidak langsung. Sesuatu lambang itu boleh berubah mengikut pengalaman dan pemikiran seseorang. Mungkin ada yang melambangkan kek sebagai kek coklat, kek yang mempunyai hiasan yang menarik, kek yang bertingkat dan sebagainya. Namun, hubungan antara fikiran dengan benda dan lambang masih sama. Kesimpulannya, makna ialah keseluruhan konsep ini (Haji Mohd Isa bin Abd. Razak, 2003).

3.0

MEDAN MAKNA IPG

Makna bagi perkataan IPG tidak akan diperolehi secara tepat. Ini kerana, perkataan IPG adalah ringkasan kepada Institut Perguruan Guru. Oleh itu, kita tidak dapat memberi satu benda yang tepat kepada IPG. Kita tidak boleh menunjukkan sebuah bangunan atau sebuah kompleks bangunan sebagai IPG. Sedangkan, modulmodul yang digunakan oleh pelajar-pelajar IPG juga boleh memberi makna kepada perkataan IPG. Oleh itu, teori medan makna yang dibincangkan sebelum ini boleh memberi satu himpunan makna yang sesuai untuk perkataan IPG. Kita boleh mengatakan makna IPG merujuk kepada sebuah pusat pengajian tinggi yang memberi latihan kepada bakal-bakal guru (guru pelatih) dan guru-guru yang telah lama berkhidmat melalui kuliah, kegiatan kokurikulum (gerko) dan pratikum. Pengajaran dan pembelajaran akan dipantau oleh seorang tenaga pengajar yang dipanggil sebagai pensyarah. Kebiasaannya, sesi kuliah akan dijalankan di dewan kuliah atau di dalam kelas. Bagi kursus-kursus tertentu seperti sains, kuliah akan diadakan di dalam makmal. Kegiatan kokurikulum pula akan dijalankan di padang atau di dalam dewan. Selain itu, terdapat perpustakaan yang mempunyai pelbagai judul buku dalam semua bidang disediakan untuk pelajar-pelajar mencari bahan rujukan serta kemudahan internet. Daripada segi infrastruktur pula, terdapat tempat tinggal guru pelatih yang dipanggil kolej kediaman. Bagi memudahkan guru pelatih muslim, surau turut dibina dalam kawasan IPG. Kursus utama yang dikendalikan di IPG ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMK), Program Perguruan Pengajian Rendah Empat Tahun (PPPRPET) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Selain PISMK, PPPRPET dan KPLI, ada juga KPLI mod Kursus Dalam Cuti (KDC) dan mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) serta Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah J Qaf. Selain itu, setiap guru pelatih diwajibkan untuk mengikuti satu kursus yang dipanggil Bina Insan Guru (BIG). Kursus ini adalah wajib dihadiri oleh guru pelatih sekali sepanjang pengajian. Guru pelatih IPG juga perlu menjalani latihan pratikum semasa dalam pengajian. Latihan pratikum ini akan menentukan sama ada guru pelatih layak 6

untuk menjadi seorang guru atau tidak. Walau bagaimanapun, sebelum guru pelatih menjalani latihan pratikum, mereka perlu dahulu mengikuti pengalaman berasaskan sekolah (PBS). PBS akan memberi gambaran awal tentang keadaan sekolah dari pelbagai aspek seperti pengurusan, jadual, kelas, guru-guru dan lain-lain lagi. Oleh itu, medan makna bagi perkataan IPG adalah:

1. Guru pelatih 2. Kegiatan kokurikulum (gerko) 3. Kuliah 4. Pensyarah 5. Dewan kuliah 6. Makmal 7. Padang 8. Dewan 9. Surau 10. Perpustakaan 11. Kolej kediaman 12. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMK) 13. Program Perguruan Pengajian Rendah Empat Tahun (PPPRPET) 14. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) 15. KPLI mod Kursus Dalam Cuti (KDC) 16. Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) 17. Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah J Qaf 18. Bina Insan Guru (BIG) 19. Pratikum 20. Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

MEDAN MAKNA IPG

GURU PELATIH

GERKO

KULIAH

PENSYARAH

DEWAN KULIAH

MAKMAL

PADANG

BIG

PBS

IPG

PRATIKUM

KOLEJ KEDIAMAN

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(PISMP)

PROGRAM PERGURUAN PENGAJIAN RENDAH EMPAT TAHUN(PPPRET)

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH(KPLI)

KPLI MOD KURSUS DALAM CUTI

4.0

RUJUKAN

Buku

Adenan bin Ayob (2007); HBML3803:Ilmu Makna dan Bahasa Melayu;Open Universiti Malaysia;Kuala Lumpur

Ahmad Mahmood Musanif, Ph.D (2004); Modul Pembelajaran:BBM 3206 Semantik; Universiti Putra Malaysia; Selangor Darul Ehsan

Haji Mohd. Isa bin Abd. Razak (2003); KDPM Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah:Pengajian Melayu;Bahagian Pendidikan Guru;

You might also like