You are on page 1of 45

1.

0 Definisi Wacana
Wacana mempunyai definisi dan pengertian yang pelbagai bergantung pada disiplin ilmu yang menggunakan istilah tersebut. Istilah yang sering digunakan bagi mentakrif wacana ialah unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang melampaui ayat. Menurut Tatabahasa Dewan, dinyatakan wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog dan sebagainya yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap. Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh. Menurut pandangan Ng (1984:4), wacana sebagai istilah umum yang bermaksud percakapan atau penulisan yang menyatakan sesuatu yang agak panjang. Wacana mempunyai topik dan sempadan yang biasanya lebih daripada satu ayat. Menurut Harimurti Kradalaksana (1984:208), Wacana merupakan satuan bahasa terlengkap iatu dalam hierarki gramatikal merupakan satuan tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia,paragraph kalimata atau kata yang membawa amanat yang lengkap. Manakala menurut Chafe (1992:356), wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh melampaui sempadan ayat yang terpisah-pisah. Wacana dan teks digunakan saling bertukar ganti dan kedua-duanya merujuk kepada unit bahasa yang lebih besar daripada ayat. Tegasnya, wacana merujuk kepada kajian tentang unit tersebut dan ia cabang linguistic yang setara dengan morfologi atau sintaksis. Trask pula berkata (1993:84) wacana dikatakan sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh penutur atau lebih. Definisi Trask lebih khusus daripada

definisi Chafe yang pertama iatu menekankan aspek lisannya. Daripada beberapa takrif yang telah diberikan diatas, wacana merupakan

satu tindakan penggunaan bahasa. Dalam hierarki bahasa, wacana terletak pada tingkat tertinggi, iatu hadir selepas tingkat ayat. Tatatingkat bahasa ini dapat ditunjukkan dalam rajah seperti berikut

WACANA AYAT KLAUSA FRASA KATA MORFEM FONEM

Rajah 1 Hierarki unit-unit bahasa Dalam wacana, unsur-unsur bahasa seperti kata, frasa, klausa dan ayat disusun dan dijalan dengan sempurna sehingga memperlihatkan hubungan dan

perkembangan fikiran yang berkesinambungan serta menghasilkan kesatuan yang utuh.

1.1 Jenis-jenis wacana


Wacana boleh dikategorikan kepada dua iatu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar. Dalam wacana lisan, eksperesi wajah, nada suara, gerak sesuatu perkara kepada pendengar. Contohya ialah perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan, khutbah, siaran televisyen dan radio. Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan novel.

WACANA LISAN

WACANA TULISAN

1.2 Ciri-ciri Wacana


Sebagai unit bahasa yang lengkap, wacana mempunyai beberapa ciri-ciri iatu: (i) Tujuan Setiap wacana yang dihasilkan mesti mempunyai tujuan kerana tujuanlah yang akan menentukan jenis wacana yang digunakan. Sekiranya tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, maka ayat Tanya yang akan digunakan, tetapi sekiranya seseorang itu ingin menyempurnakan sesuatu perbuatan , maka ayat yang digunakan ialah ayat perintah. Tujuan juga menentukan bentuk wacana yang dihasilkan. Sebagai contoh, seseorang akan menulis wacana dalam bentuk rencana sekiranya tujuannya adalah untuk memberikan ulasan tentang sesuatu isu semasa. Seseorang yang ingin menyuarakan bantahan kepada pihak yang berwajib pula akan menghasilkan wacana dalam bentuk surat rasmi atau memorandum. Seterusnya untuk melahirkan sesuatu perasaan atau menyampaikan mesej tertentu, seseorang akan menulis puisi , syair atau novel. Selain itu, tujuan sesuatu wacana juga berkaitan dengan retorik, iatu teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan.

(ii)

Hubungan Penghasil Wacana dengan Khalayak Wacana mestilah berlandaskan hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak. Dalam hal ini, sekiranya wacana adalah dalam bentuk lisan, maka hubungannya adalah antara penutur dengan pendengar. Sekiranya wacana yang dihasilkan itu dalam bentuk tulisan, maka hubungan yang wujud adalah antara penulis dengan pembaca. Sebelum menghasilkan sesuatu wacana, penghasil wacana seharusnya menyedari dan menimbangkan khalayaknya, iatu sasaran wacana tersebut. Dalam hal ini, penghasil wacana akan memilih laras bahasa yang sesuai dengan khalayaknya. Sebagai contoh, seseorang penutur akan menggunakan

bahasa formal sekiranya sasaran wacananya terdiri daripada orang yang belum dikenali atau mempunyai kedudukan yang tertinggi. Sebaliknya , penutur tersebut akan menggunakan bahasa mesra kalau pendengar tersebut mempunyai hubungan yang rapat dengan penutur. Hubungan antara penghasil wacana dengan khalayak sebenarnta

dapat dikaitkan dengan tujuan dan penerimaan sesuatu wacana. Dalam hal ini, tujuan berkait dengan penghasil wacana sementara penerimaan mempunyai hubungan dengan khalayak. Tahap penerimaan khalayak adalah tinggi sekiranya mereka dapat memahami wacana yang

disampaikan oleh penghasil wacana. Seterusnya, jika tujuan selari dengan penerimaan, maka tahap pemahaman khalayak tentang wacana tersebut dikatakan sudah mencapai kesempurnaan.

(iii)

Keutuhan Keutuhan wacanan terhasil daripada wujudnya yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu merupakan wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur. Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh, iatu a) Terdapat runtutan atau koheren iatu kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat difahami. b) Wujudnya tautan atau kohesi iatu keserasian hubungan antara suatu unsure linguistic dengan unsur linguistic yang lain. Seterusnya keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik, aspek leksikal dan aspek gramatikal antara bahagian dalam sesuatu wacana. a) Hubungan wacana daripada Aspek Semantik Hubungan ini bermaksud hubungan daripada aspek kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kesepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana, dan unsure-unsur

paralinguistik yang terdapat dalam wacana. Hubungan semantic antara bahagian wacana dapat diperincikan seperti yang berikut ini.

Hubungan Sebab dan akibat


sebab dan tujuan sebab dan hasil syarat dan hasil alasan dan kesan sebab dan kesan

Hubungan tempoh masa


turutan kronologi pertindanan masa

Hubungan Pasangan
perbezaan perbandingan

Hubungan kebenaran dan kesahan


pernyataan pengesahan pernyataan penafian luar jangkaan

Hubungan ikatan
berpasangan pasangan bertentangan pengcualian pernyataan

Hubungan parafrasa

Hubungan Penekanan
penekanan istilah penekanan predikat

Hubungan suasana dan perlakuan


lokasi perlakuan arah perlakuan kaedah perlakuan

(b) Hubungan wacana dari Aspek Leksikal

Hubungan ini dapat dilihat dari aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana. Sifat dan perkataan tersebut menyebabkan sesuatu perkataan itu boleh ditafsir dengan pelbagai makna.Menurut Nichael Mccathy(1991), leksikal yang mempunyai pertautan makna akan mempengaruhi kejelasan sesebuah wacana.. Antara konsep semantik yang menentukan

terdapatnya hubungan leksikal ialah (i) Pengulangan kata yang sama. Contoh Ayat: Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung lagi

mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. (ii) Sinonim. Contoh Ayat: Sindrom bahasa rojak kini menular dalam kalangan masyarakat kita. Gejala ini sungguh membimbangkan para pencinta dan pejuang bahasa Melayu. (iii) Antonim Contoh Ayat: Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (iv) Hiponim Contoh Ayat: Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu. Antaranya termasuklah keli, haruan, tilapia dan puyu. (v) Kolokasi Contoh Ayat: Kawasan hutan digondolkan untuk dijadikan kawasan

pembangunan. Kini habitat haiwan liar seperti gajah, harimau dan badak sumbu kian musnah. (vi) Unsur Sambutan Contoh Ayat:

Guru

mengemukakan

soalan

kepada

Ali.

Kemudian

Ali

memberikan jawapan kepada soalan tersebut.

(c) Hubungan Wacana dari Aspek Gramatikal Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah penanda rujukan, penanda penggantian, ellipsis dan penanda penghubung. (i) Penanda rujukan Penanda rujukan menggunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan antara bahagian wacana. (ii) Penanda Penggantian Penanda penggantian merujuk kepada proses

menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain. Unsur penggantian dalam Bahasa Melayu terdiri daripada kata nama(nominal), kata kerja(verbal) dan klausa. (iii) Elipsis Elipsis melibatkan pengguguran kata, fakta atau klausa yang telah disebut dalam ayat sebelumnya. Pengguguran ini dilakukan kerana pembaca atau pendengar sudah mengetahui maklumat tersebut berdasarkan konteks wacana. Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iatu sesuatu yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. (iv) Penanda Penghubung Penanda penghubung berfungsi menjalinkan kata

dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat.

(iv)

Maklumat Maklumat yang terkandung dalam sesuatu wacana dapat dibahagikan kepada maklumat lama dan maklumat baharu.Dalam sesuatu wacana,s

etiap ayat mesti mempunyai maklumat baharu yang belum dinyatakan dalam ayat sebelumnya. Oleh hal yang demikian, ayat yang berupa tautologi iatu mengulang idea terkandung dalam ayat sebelumnya tidak harus wujud dalam sesuatu wacana. Selain itu. Sesuatu wacana tidak seharusnya mempunyai maklumat yang bertentangan, Maklumat yang terkandung dalam wacana mesti bersifat logik, iatu dapat diterima akal. Sekiranya maklumat dalam sesuatu wacana tidak logic, maka ayat-ayat itu tidak menghasilkan sesuatu wacana yang mantap.

1.3 Jenis-jenis Penanda Wacana


Untuk memastikan keutuhan wacana, kata atau rangkai kata telah digunakan bagi merangkaikan ayat dengan ayat dan perenggan dengan perenggan. Unsur perangkai ini dikenal sebagai penanda wacana. Dalam bahasa Inggeris, penanda wacana dikenai sebagai discourse marker. Discourse marker merujuk kepada

perkataan atau frasa yang menandakan sempadan dalam wacana atau lebih tepat lagi dalam perbualan. Terdapat lima jenis penanda wacana di dalam Bahasa Melayu.

(i) Penanda Penggantian (ii) Penanda Rujukan (iii) Penanda Penggantian (iv) Penanda Leksikal (v) Penanda Elipsis

(i)

Penanda Penghubung Perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada 4 jenis iatu:

Penghubung Tambahan Penghubung Tentangan Penghubung Musabab Penghubung Tempoh


(ii) Penanda Rujukan

Contoh: dan, lalu,malahan, tambahan pula, di samping itu. Ali dan Abu pergi memancing ikan.

Contoh: Tetapi, sebaliknya, namun begitu Biarpun belum menjangkau tiga tahun namun ada kejayaan yang dilakar dalam laporan Kajian Separuh Penggal yang diperincikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Rakyat.

Contoh: kerana, oleh itu, oleh hal demikian, maka itu Oleh itu kita harus menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat.

Contoh: Pertama, Seterusnya, kemudian, selanjutnya Kini Abu bergelar jutawan Malaysia.

Penanda rujukan merujuk kepada kata ganti nama yang digunakan bagi merujuk perkataan atau frasa yang lain. Kata ganti nam terdiri daripada kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga dan kata ganti nama tunjuk.

(iii)

Penanda Penggantian

Penanda ini menggantikan perkataan atau frasa kepada perkataan atau frasa yang lain dalam wacana yang sama. Penanda wacana ini jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja atau klausa.

(iv)

Penanda Leksikal Penanda ini melibatkan pertautan antara perkataan atau frasa melalui pengulangan kata. Unsur pengulangan terdiri daripada

Pengulangan kata sama Pengulangan sinonim

Pengulangan Hiponim
Pengulangan Kolokasi
(v) Penanda Elipsis Ia melibatkan pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyatakan dalam ayat sebelumnya.

1.4 Ciri-ciri Keutuhan Wacana


Sesebuah wacana yang baik adalah merujuk kepada bentuk tulisan yang mempunyai dua ciri asas iatu kesatuan dan pertautan Kesatuan menurut konteks sesebuah wacana bermaksud bahawa setiap bahagian atau unsur dalam wacan tersebut mempunyai hubungan idea dengan tajuk atau judul yang menjadi latar wacana tersebut. Ini bermakna, ayat-ayat,perenggan atau subtajuknya mempunyai hubungan makna yang mengarah kepada pokok perbincangan tersebut. Pertautan dalam sesebuah wacana pula merujuk kepada hubungan antara unsur-unsur bahasa seperti kata hubung, penanda wacana, kata rujukan dan sebagainya yang berfungsi untuk menyambungkan bahagian-bahagian dalam wacana tersebut. Tegasnya penggunaan kata hubung seperti walaupun, malah, lantaran dan sebagainya akan memnpengaruhi ketepatan makna apabila digunakan untuk menyambungkan ayat-ayat dalam wacana tersebut. Secara amnya, sesebuah wacana yang baik ini dikenali sebagai sebuah wacan yang utuh. Keutuhan sesebuah wacana dapat dilihat berdasarkan cirri-ciri semantic, leksikal,gramatikal dan fonologi(wacana lisan) dalam wacana itu sendiri.

(a) Keutuhan Wacana dari Segi Semantik Dari sudut semantik, keutuhan sesebuah wacana boleh dilihat berdasarkan . hubungan semantik dalam wacana tersebut. Dalam hal ini, hubungan semantik bermaksud hubungan daripada aspek kesepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Menurut Winifred Crombie (1985), menyatakan bahawa hubungan tersebut ialah hubungan semantic umum, hubungan semantic interaktif dan hubungan semantic umum merujuk penggunaan bentuk-bentuk pernyataan yang memperlihatkan hubungan dalam bentuk

Hubungan sebab dan akibat Hubungan kebenaran kesahan

Hubungan Pasangan

Hubungan tempoh masa

Hubungan bersilang

Hubungan ikatan

Hubungan parafrasa

Hubungan penekanan

(i)

Hubungan Sebab dan Akibat Ayat-ayat disambung berdasarkan kaitan sebab dan akibat untuk memperlihatkan pertalian dan kesatuan makna wacana secara umum. Hubungan dalam sebab-akibat ini boleh dinyatakan dalam bentuk:

1. Sebab dan tujuan Contoh Ayat: Dia membeli sebuah kereta Vios. Dia berhasrat untuk membawa ayah dan ibunya untuk menjelajah satu Malaysia.

2. Sebab dan hasil Contoh Ayat: Ashraf belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi seoarng

wartawan. Akhirnya, Ashraf berjaya mencapai cita-citanya itu.

3. Alasan dan kesan

Contoh Ayat: Oleh kerana hari hujan, saya tidak dapat hadir ke sekolah.

4. Syarat dan hasil Contoh Ayat: Jika dia menabung duit dari sekarang, dia dapat membeli sebuah rumah banglo nanti.

5. Sebab dan kesan Contoh Ayat: Saya tidak meletakkan wang di atas meja saya.Akhirnya duit saya hilang dicuri oleh pencuri.

(ii)

Hubungan Tempoh Masa Dalam ayat ini boleh kita lihat berdasarkan jarak masa atau turutan kronologi. Justeru, terdapat dua jenis hubungan yang menunjukkan hubungan ini.

1. Turutan Kronologi Contoh Ayat: Dia bersekolah di SMK Geligir dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan Kemudian dia berpindah ke SM Sains Niah untuk meneruskan pengajian dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5.

2. Pertindanan masa Contoh Ayat: Sally dan Salmah meninggalkan rumah untuk membeli KFC, salji pun turun.

(iii)

Hubungan Pasangan

1. Perbezaan Contoh Ayat: Semua berasa sedih mendengar cerita itu , kecuali Umi Hidayah.

2. Perbandingan Contoh Ayat: Farah kelihatan takut akan raksasa itu, apatah lagi adik-adiknya.

(iv)

Hubungan Kebenaran dan kesahan Hubungan ini bermaksud perkaitan yang menggambarkan pertentangan fakta.

1. Pernyataan pengesahan Contoh Ayat: Damien sangat rajin belajar, saya yakin dia akan menjadi pelajar cemerlang.

2. Pernyataan penafian Contoh Ayat: Dia seorang yang playboy, itu semua kenyataan palsu.

3. Penafian Pembetulan Contoh Ayat: Dia bukan takut untuk berlawan masa pertandingan gusti, cuma dia mengalami masalah cirit-birit ketika itu.

4. Luar jangkaan Contoh Ayat: Bangunan pencakar langit itu telah siap dibina tetapi akhirnya runtuh ditiup angin.

(v)

Hubungan ikatan Ia menunjukkan perkaitan makna yang menunjukkan pasangan di antara ayat-ayat.

1. Berpasangan Contoh Ayat:

Liana kelihatan cantik menggunakan baju blaus merah dan berseluar jeans hitam.

2. Pasangan tentangan Contoh Ayat: Dia cuba untuk belajar menari, tetapi itu bukanlah bakat yang ada pada dalam dirinya.

3. Pengecualian pernyataan Contoh Ayat: Kemiskinan menyebabkan manusia tidak bermoral. Dia telah mula mencari untuk menamoung belanja.

(vi)

Hubungan parafrasa Merujuk kepada bentuk pernyataam yang menyatakan semula kenyataan awal.

Contoh Ayat: Dia memulakan topik forum pagi ini, dia member rumusan tentang topik itu.

(vii)

Hubungan penekanan

1. Penekanan istilah Contoh Ayat: Inilah pelakon terkenal yang memenangi anugerah muzik dunia itu.

2. Penekanan predikat Contoh Ayat: Dia menyesali apa yang berlaku.

(viii)

Hubungan suasana dan perlakuan Ia menunjukkan perkaitan makna dalam ayat yang merujuk kepada maksud tempat.

1. Lokasi perlakuan Contoh Ayat: Ujang dikurung di gudang rokok.

2. Arah perlakuan Contoh Ayat: Julia menghalau lembu itu ke padang.

3. Keadaan perlakuan Contoh Ayat: Polis menembak pembunuh itu tepat pada jantungnya.

(b) Keutuhan Wacana Dari Segi Leksikal Keutuhan wacana dari segi leksikal dapat dilihat berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang

ingin disampaikan. Sifat dan perkataan itu sendiri menyebabkan sesuatu perkataan boleh ditafsirkan lebih daripada satu makna. Terdapat 5 konsep semantik iatu antonim, sinonim,hiponim,polisem dan homonim.

(i)

Antonim Merujuk kata-kata atau leksikal yang membawa makna yang bertentangan. Pertentangan ini bermaksud perkataan tinggi

mempunyai antonim rendah . Perkataan tua berpasangan dengan muda, perkataan jahat dengan baik dan demikianlah yang seterusnya. Dalam penulisan atau pertuturan, kebolehan kita memberikan pasangan yang sesuai ketika menyatakan makna antonim akan menentukan ketepatan makna yang dibawa oleh wacana tersebut.

(ii)

Sinonim Sinonim adalah satu konsep yang menunjukkan bahawa

terdapat pelbagai kata yang mendokong makna yang sama atau hampir sana. Sebagai contoh jemput, ajak, pelawa dan undang digunakan untuk tujuan memanggil atau mempelawa seseorang tetamu datang.Penggunaan kata-kata ini dibuat mengikut keadaan yang berkaitan budaya dan persekitaran.

(iii)

Polisim Polisim adalah bentuk leksikal yang mempunyai banyak makna. Satu perkataan leksikal boleh digunakan dalam pelbagai keadaan yang berbeza untuk membawa makna yang sama. Contohnya perkataan kaki yang membawa maksud bahagian paling bawah pada anggota badan manusia untuk berjalan. Dari perkataan tersebut, wujudlah perkataan kaki botol, kaki perempuan, kaki langit dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut kaki juga boleh

dikiaskan sebagai penagih atau suka akan sesuatu. Dalam sesebuah wacana, penggunaan dan pemilihan leksikal perlu diambil perhatian supaya perkataan tersebut dapat mendokong makna yang dikehendaki.

(iv)

Homonim Berbeza dengan konsep polisem, homonim membawa konsep berbilang makna yang merujuk perbezaan makna berdasarkan konteks dan situasi. Sebagai contoh 1. Gunung yang tinggi itu telah saya daki. 2. Seluruh badannya deselaputi daki kerana sebulan tidak mandi.

(v)

Hiponim Hiponim merupakan sebagaimana sesuatu kata mempunyai

lingkungan atau peningkatannya dalam struktur makna. Dalam bahasa Melayu, perkataan bunga misalnya akan menyerlah beberapa leksikal lain seperti melur, cempaka dan kemboja dalam sesebuah wacana mestilah merujuk konsep bunga.

(c) Keutuhan Wacana Dari Segi Gramatikal Hubungan dari aspek gramatikal ialah hubungan yang berkaitan dengan tatabahasa. Terdapat 3 faktor yang mempengaruhi pertautan tatabahasa dalam sesebuah wacana iatu Penanda rujukan, penanda penggantian ,penanda penghubung dan ellipsis.

(i)

Penanda rujukan Penanda rujukan merujuk kepada penggunaan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan antara bahagian dalam wacana. Sebagai contoh perkataan dia, saya, mereka, itu dan ini.

(ii)

Penanda penggantian Penanda penggantian merujuk kepada proses

menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain. Penggantian

dalam bahasa Melayu bersifat kata nama, kata kerja dan klausa. Contoh penanda penggantian bersifat kata nama.

1. Jiran kami membeli sebuah kereta baharu. Kami juga membeli sebuah.

Contoh penanda penggantian yang bersifat kata kerja.

1. Pelajar itu sering melakukan kegiatan mencuri di sekolah. Perbuatan seperti itu menyebabkann dia diberhentikan sekolah.

(iii)

Elipsis Elipsis merupakan satu konsep apabila perkataan yang sama tidak diulang semula dalam ayat yang sama. Proses ini menjadikan sesuatu ayat atau umunya wacana itu akan lebih utuh dan jelas. Elipsis dapat dikatakan sebagai penanda penggantian kosong, iatu sesuatu diucapkan atau dituliskan. yang ada tetapi tidak

(iv)

Penanda penghubung Penggunana penanda penghubung yang menghubungkan sama ada ayat-ayat atau perenggan-perenggan dalam wacana dapat memperlihatkan pertalian makna antara ayat atau perenggan dengan ayat atau perenggan seterusnya. Menurut McCarthy (1991) terdapat 3 fungsi penanda penghubung iatu:

1. Fungsi Penghuraian Dalam bahasa Melayu fungsi penhguraian boleh dibuat dengan penggunaan perkataan-perkataan

seterusnya, tegasnya, selain itu dan sebagainya. Contoh ayat

Dia bukan malas, sebaliknya dia terpaksa begitu untuk menyelamatkan diri.

2. Fungsi Penambahan Ia dilihat dari segi penggunaan faktor masa, atau pernyataan kejadian. Justeru itu, penanda penghubung yang digunakan untuk fungsi ini adalah seperti sebelum, kemudian, sebagainya. Contoh ayat berikutnya, ketika, dalam hal itu dan

Sebelum kejadian kemalanga itu berlaku, Haikal telah meninggalkan surat wasiat kepada anak dan isterinya.

Rencana moral
Penulis : Sofiah Abdullah

Minuman

keras

jejaskan

Utusan Malaya, 20/8/1995

Kegiatan minum-minuman keras di kalangan anak-anak muda mungkin tidak seteruk seperti masalah ketagihan dadah yang semakin meningkat saban hari. Namun ,sekiranya aktiviti kurang sihat itu tidak dicegah sekarang, suatu hari nanti, ia juga mampu menimbulkan masalah sosial yang serius di Negara kita. Bagi sebilangan orang, sesetengah minuman keras boleh

menghilangkan tekanan atau rasa letih selepas bekerja keras sepanjang hari. Alasan ini mungkin tidak membimbangkan kita. Tambahan, terdapat banyak jenis minuman keras dan mudah didapati di pasaran kita. Namun, terdapat sejenis ubatan minuman terkenal di kalangan masyarakat Cina yang disalahgunakan. Sejak beberapa tahun lalu, minuman tersebut yang lebih dikenali sebagai Cap Apek begitu popular di kalangan pengamalannya. Lagi pun kesan mabuknya lebih kuat dan murah berbanding kebanyakan minuman keras lain. Biasanya ia diminum dengan cara meneguk secara berterusan sehingga peminum akan meminum minuman ringan lain sebagai pengantar. Peminum Cap Apek akan mabuk dan longlai tidak sedarkan apa yang berlaku di sekelilingnya jika meminumnya secara berlebihan.

Malahan,minuman itu akan mampu membangkitkan rasa ketagihan.

Dalam tempoh panjang, buruknya boleh kita istilahkan sebagai bencana besar kepada kebajikan manusia. Kini fenomena ini menjurus ke arah kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah apabila ia mula merebak di kalangan remaja yang masih bersekolah. Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan fikiran, malah boleh menyebabkan seseorang pelajar terkandas serta tercicir dalam pelajarannya. Bukan itu sahaja, kajian pihak berkuasa mendapati masalah social akibat minuman beralkohol akan berlaku apabila si peminum dalam keadaan khayal dan tidak sedar diri. Mereka mendapati minuman keras adalah antara perangsang untuk melakukan jenayah. Kebanyakan jenayah yang akan dilakukan peminum ialah membunuh selepas pertelingkahan dalam keadaan mabuk. Ini kerana setelah mabuk, mereka tidak teragak-agak untuk

mencederakan orang lain dengan senjata tajam. Pemabuk juga baran dan suka mencari pasal dengan bergaduh beramai-ramai

Analisis 2.1 Jenis-jenis Penanda Wacana dalam petikan


Tajuk Rencana yang telah saya kaji ialah Minuman keras jejaskan moral. Di dalam rencana ini, saya mendapati terdapat banyak penggunaaan penanda wacana penghubung.Selain itu terdapat juga penggunaaan penanda wacana rujukan. Berikut ialah hasil analisis berkaitan jenis-jenis penanda wacana.

A. Penanda Penghubung

Penanda Penghubung Jenis Tambahan Bil 1. Perenggan Perenggan 2 Contoh Ayat Bagi sebilangan orang, sesetengah minuman keras boleh menghilangkan tekanan atau rasa letih selepas bekerja keras sepanjang hari. 2. Perenggan 3 Tambahan, terdapat banyak jenis minuman keras dan mudah didapati di pasaran kita. Namun, terdapat sejenis ubatan minuman terkenal di kalangan masyarakat Cina yang disalahgunakan. minuman tersebut yang lebih dikenali sebagai Cap Apek begitu popular di kalangan pengamalannya. Lagi pun kesan mabuknya lebih kuat dan murah berbanding kebanyakan minuman keras lain.

3.

Perenggan 4

4.

Perenggan 5

5.

Perenggan 6

Peminum Cap Apek akan mabuk dan longlai tidak sedarkan. Malahan,minuman itu akan mampu membangkitkan rasa ketagihan. Kini fenomena ini menjurus ke arah kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah apabila ia mula merebak di kalangan remaja yang masih bersekolah. Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan fikiran malah boleh menyebabkan seseorang pelajar terkandas serta tercicir dalam pelajarannya. Bukan itu sahaja, kajian pihak berkuasa mendapati masalah social akibat minuman beralkohol akan berlaku apabila si peminum dalam keadaan khayal dan tidak sedar diri.

6.

Perenggan 8

7.

Perenggan 9

Penanda Penghubung Jenis Tentangan Bil 1. Perenggan Perenggan 1 Contoh Ayat Namun ,sekiranya aktiviti kurang sihat itu tidak dicegah sekarang, suatu hari nanti, ia juga mampu menimbulkan masalah social yang serius di Negara kita. Namun, terdapat sejenis ubatan minuman terkenal di kalangan masyarakat Cina yang disalahgunakan.

2.

Perenggan 3

Penanda Penghubung Jenis Tempoh Bil 1. Perenggan Perenggan 1 Contoh Ayat Kegiatan minum-minuman keras di kalangan anakanak muda mungkin tidak seteruk seperti masalah ketagihan dadah yang semakin meningkat saban hari. 2. Perenggan 2 Bagi sebilangan orang, sesetengah minuman keras boleh menghilangkan tekanan atau rasa letih selepas bekerja keras sepanjang hari. 3. Perenggan 4 Sejak beberapa tahun lalu, minuman tersebut yang lebih dikenali sebagai Cap Apek begitu popular di kalangan pengamalannya. Biasanya ia diminum dengan cara meneguk secara berterusan sehingga peminum akan meminum minuman ringan lain sebagai pengantar. Kini fenomena ini menjurus ke arah kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah apabila ia mula merebak di kalangan remaja yang masih bersekolah.

4.

Perenggan 5

5.

Perenggan 8

Penanda Penghubung Jenis Musabab Bil 1. Perenggan Perenggan 9 Contoh Ayat Mereka mendapati minuman keras adalah antara perangsang untuk melakukan jenayah.

B. Penanda Rujukan

Penanda Rujukan Jenis Kata Ganti Nama Tunjuk Bil 1. Perenggan 1 Contoh Ayat Namun ,sekiranya aktiviti kurang sihat itu tidak dicegah sekarang.. 2. 2 Alasan ini mungkin tidak membimbangkan kita. Malahan,minuman itu akan mampu membangkitkan rasa ketagihan. Kini fenomena ini menjurus ke arah kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah apabila ia mula merebak di kalangan remaja yang masih bersekolah.

3.

4.

Penanda Rujukan Jenis Kata Ganti Nama Diri Orang Bil 1. Perenggan Perenggan 1 Contoh Ayat ..ia juga mampu menimbulkan masalah social yang serius di Negara kita. 2. Perenggan 5 Biasanya ia diminum dengan cara meneguk secara berterusan sehingga peminum akan meminum minuman ringan lain sebagai pengantar. Kini fenomena ini menjurus ke arah kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah apabila ia mula merebak di kalangan remaja yang masih bersekolah.

3.

Perenggan 8

4.

Perenggan 9

Mereka mendapati minuman keras adalah antara perangsang untuk melakukan jenayah.

Analisis 2.2 Ciri Wacana


Dari apa yang telah saya analisis, rencana ini mempunyai dua ciri yang utama iatu kohesi dan koheren. Kohesi bermaksud ciri wacana yang membawa keserasian hubungan unsur linguistik dengan unsure linguistik yang lain dalam sesuatu wacana, untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Lazimnya, keserasian ini dapat dilihat melalui hubungan antara satu perkataan,frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama. Koheren pula bermaksud kesinambungan odea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan teks itu bermakna.Contoh perenggan yang mempunyai kohesi dalam rencana yang telah dikaji ialah:

A. KOHESI 1. Perenggan Pertama: Kegiatan minum-minuman keras di kalangan anak-anak muda mungkin tidak seteruk seperti masalah ketagihan dadah yang semakin meningkat saban hari. Namun ,sekiranya aktiviti kurang sihat itu tidak dicegah sekarang, suatu hari nanti, ia juga mampu menimbulkan masalah sosial yang serius di Negara kita. Ayat kegiatan minum-minuman keras dan aktiviti kurang sihat itu mempunyai

pertalian kohesi.

2. Perenggan Kedua Bagi sebilangan orang, sesetengah minuman keras boleh menghilangkan tekanan atau rasa letih selepas bekerja keras sepanjang hari. Alasan ini mungkin tidak membimbangkan kita.

Ayat menghilangkan tekanan atau rasa letih selepas bekerja keras sepanjang hari dan ayat alas an ini mempunyai tautan kohesi.

3. Perenggan Kesembilan Bukan itu sahaja, kajian pihak berkuasa mendapati masalah social akibat minuman beralkohol akan berlaku apabila si peminum dalam keadaan khayal dan tidak sedar diri. Mereka mendapati minuman keras adalah antara perangsang untuk melakukan jenayah. Ayat kajian pihak berkuasa dan ayat mereka mempunyai pertalian kohesi.

B. KOHEREN

1. Perenggan Pertama Kegiatan minum-minuman keras di kalangan anak-anak muda mungkin tidak seteruk seperti masalah ketagihan dadah yang semakin meningkat saban hari. Namun ,sekiranya aktiviti kurang sihat itu tidak dicegah sekarang, suatu hari nanti, ia juga mampu menimbulkan masalah social yang serius di Negara kita. Terdapat kesinambungan idea di dalam perenggan ini iatu ayat kegiatan minumminuman keras dan ayat mampu menimbulkan masalah sosial.

2. Perenggan Ketiga Tambahan, terdapat banyak jenis minuman keras dan mudah didapati di pasaran kita. Namun, terdapat sejenis ubatan minuman terkenal di kalangan masyarakat Cina yang disalahgunakan. Ayat terdapat banyak jenis minuman keras dan ayat sejenis ubatan minuman terkenal mempunyai koheren antara satu sama lain.

3. Perenggan Keenam Peminum Cap Apek akan mabuk dan longlai tidak sedarkan apa yang berlaku di sekelilingnya jika meminumnya secara berlebihan. Malahan,minuman itu akan mampu membangkitkan rasa ketagihan. Ayat meminumnya secara berlebihan dan ayat mampu membangkitkan rasa ketagihan mempunyai kesinambungan idea antaranya.

4. Perenggan Kesembilan Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan fikiran, malah boleh menyebabkan seseorang pelajar terkandas serta tercicir dalam pelajarannya. Bukan itu sahaja, kajian pihak berkuasa mendapati masalah social akibat minuman beralkohol akan berlaku apabila si peminum dalam keadaan khayal dan tidak sedar diri. Mereka mendapati minuman keras adalah antara perangsang untuk melakukan jenayah. Ayat mendatangkan bahaya, ayat masalah sosial dan ayat perangsang melakukan jenayah mempunyai kesinambungan sesame sendiri dan menjadi koheren yang bermakna.

Analisis 2.3 Ciri Keutuhan Wacana


Berdasarkan analisis keutuhan wacana , saya mendapati petikan rencana ini mempunyai keutuhan wacana yang mantap. Terdapat tiga keutuhan wacana yang telah saya dapati dala rencana ini iatu Keutuhan dari aspek gramatikal dan keutuhan dari aspek semantik. Berikut ialah hasil analisis yang telah dikaji oleh saya.

A. Aspek Semantik

1. Semantik hubungan pernyataan dan kesahan.


Namun ,sekiranya aktiviti kurang sihat itu tidak dicegah sekarang, suatu hari nanti, ia juga mampu menimbulkan masalah sosial yang serius di Negara kita.

Contoh ayat di atas ialah keutuhan wacana dari asek semantik hubungan pernyataan dan kesahan. Hubungan ini dapat kita lihat daripada contoh ayat di atas aktiviti kurang sihat itu merupakan pernyataan manakala kesahan pula ialah ayat mampu menimbulkan masalah sosial yang serius

2. Semantik hubungan sebab dan kesan Peminum Cap Apek akan mabuk dan longlai tidak sedarkan apa yang berlaku di sekelilingnya jika meminumnya secara berlebihan

Contoh ayat di atas

mempunyai keutuhan aspek semantik dari sudut

hubungan sebab dan kesan. Hubungan kesan dapat kita lihat daripada contoh ayat peminum Cap Apek akan mabuk dan longlai. Manakala sebab pula ialah jika meminumnya secara berlebihan.

B. Aspek Gramatikal
1. Kata Penghubung Fungsi Penghuraian

i.

Perenggan Pertama

Kegiatan minum-minuman keras di kalangan anak-anak muda mungkin tidak seteruk seperti masalah ketagihan dadah yang semakin meningkat saban hari. Namun ,sekiranya aktiviti kurang sihat itu tidak dicegah sekarang, suatu hari nanti, ia juga mampu menimbulkan masalah social yang serius di Negara kita. Perkataan sekiranya ialah kata hubung fungsi penghuraian.

ii.

Perenggan Kelima

Biasanya ia diminum dengan cara meneguk secara berterusan sehingga peminum akan meminum minuman ringan lain sebagai pengantar. Perkataan sehingga merupakan kata hubung fungsi penhuraian.

2. Kata Penghubung Fungsi Penambahan

i.

Perenggan Keempat

Sejak beberapa tahun lalu, minuman tersebut yang lebih dikenali sebagai Cap Apek begitu popular di kalangan pengamalannya. Perkataan sejak beberapa tahun lalu, merupakan keutuhan wacana aspek gramatikal kata hubung fungsi penambahan. Ia berfungsi untuk menambah idea dalam sesuatu wacana.

ii.

Perenggan Keenam

Peminum Cap Apek akan mabuk dan longlai tidak sedarkan apa yang berlaku di sekelilingnya jika meminumnya secara berlebihan. Malahan,minuman itu akan mampu membangkitkan rasa ketagihan. Berdasarkan ayat di atas, perkataan malahan merupakan kata hubung penambahan dalam ayat ini.

iii.

Perenggan Kelapan

Kini fenomena ini menjurus ke arah kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah apabila ia mula merebak di kalangan remaja yang masih bersekolah. Petikan di atas kita dapat ketahui bahawa perkataan kini merupakan kata hubung fungsi penambahan.

iv.

Perenggan Kesembilan

Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan fikiran, malah boleh menyebabkan seseorang pelajar terkandas serta tercicir dalam pelajarannya. Bukan itu sahaja, kajian pihak berkuasa mendapati masalah social akibat minuman beralkohol akan berlaku apabila si peminum dalam keadaan khayal dan tidak sedar diri. Mereka mendapati minuman keras adalah antara perangsang untuk melakukan jenayah. Di dalam perenggan ini, terdapat dua jenis kata hubung fungsi penghuraian iatu perkataan malah dan bukan itu sahaja.

3. Kata Penghubung Fungsi Pengembangan

i.

Perenggan Pertama

Kegiatan minum-minuman keras di kalangan anak-anak muda mungkin tidak seteruk seperti masalah ketagihan dadah yang semakin meningkat saban hari.

Berdasarkan ayat di atas, perkataan seperti merupakan kata penghubung fungsi pengembangan

ii.

Perenggan Kedua

Bagi sebilangan orang, sesetengah minuman keras boleh menghilangkan tekanan atau rasa letih selepas bekerja keras sepanjang hari. Alasan ini mungkin tidak membimbangkan kita. Perkataan atau ialah kata penghubung fungsi pengembangan.

iii.

Perenggan Kelima, Keenam. Kelapan dan Kesembilan

Lagi pun kesan mabuknya lebih kuat dan murah berbanding kebanyakan minuman keras lain. Biasanya ia diminum dengan cara meneguk secara berterusan sehingga peminum akan meminum minuman ringan lain sebagai pengantar. Peminum Cap Apek akan mabuk dan longlai tidak sedarkan apa yang berlaku di sekelilingnya jika meminumnya secara berlebihan.

Malahan,minuman itu akan mampu membangkitkan rasa ketagihan Kini fenomena ini menjurus ke arah kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah apabila ia mula merebak di kalangan remaja yang masih bersekolah. Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan fikiran, malah boleh menyebabkan seseorang pelajar terkandas serta tercicir dalam pelajarannya. Bukan itu sahaja, kajian pihak berkuasa mendapati masalah sosial akibat minuman beralkohol akan berlaku apabila si peminum

dalam keadaan khayal dan tidak sedar diri. Mereka mendapati minuman keras adalah antara perangsang untuk melakukan jenayah. Berdasarkan 4 petikan di atas, perkataan dan yang digunakan adalah kata penghubung fungsi pengembangan.

4. Kata Rujukan

i.

Perenggan Pertama

Kegiatan minum-minuman keras di kalangan anak-anak muda mungkin tidak seteruk seperti masalah ketagihan dadah yang semakin meningkat saban hari. Namun ,sekiranya aktiviti kurang sihat itu tidak dicegah sekarang, suatu hari nanti, ia juga mampu menimbulkan masalah sosial yang serius di Negara kita. Berdasarkan petikan di atas, perkataan itu dan ia merujuk kepada ayat paling atas iatu kegiatan minuman-minuman keras.

ii.

Perenggan Kedua

Bagi sebilangan orang, sesetengah minuman keras boleh menghilangkan tekanan atau rasa letih selepas bekerja keras sepanjang hari. Alasan ini mungkin tidak membimbangkan kita. Ayat di atas menunjukkan perkataan ini merujuk kepada alasan

menghilangkan tekanan atau rasa letih.

iii.

Perenggan Kelima

Lagi pun kesan mabuknya lebih kuat dan murah berbanding kebanyakan minuman keras lain. Biasanya ia diminum dengan cara meneguk secara berterusan sehingga peminum akan meminum minuman ringan lain sebagai pengantar.

Di dalam petikan ini, perkataan nya dan ia merujuk kepada minuman keras pada perenggan keempat.

iv.

Perenggan Keenam

Peminum Cap Apek akan mabuk dan longlai tidak sedarkan apa yang berlaku di sekelilingnya jika meminumnya secara berlebihan.

Malahan,minuman itu akan mampu membangkitkan rasa ketagihan. Perkataan nya dan juga minuman itu merujuk kepada arak Cap Apek.

v.

Perenggan Ketujuh

Dalam tempoh panjang, buruknya boleh kita istilahkan sebagai bencana besar kepada kebajikan manusia Perkataan buruknya merujuk kepada keburukan meminum minuman Cap Apek pada perenggan keenam.

vi.

Perenggan Kelapan

Kini fenomena ini menjurus ke arah kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah apabila ia mula merebak di kalangan remaja yang masih bersekolah. Perkataan fenomen ini dan ia pula merujuk kepada masalah minuman keras yang berlaku.

vii.

Perenggan Kesembilan Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan fikiran, malah boleh menyebabkan seseorang pelajar terkandas serta tercicir dalam pelajarannya. Bukan itu sahaja, kajian pihak berkuasa mendapati masalah social akibat minuman beralkohol akan berlaku apabila si peminum dalam keadaan khayal dan tidak

sedar

diri.

Mereka

mendapati

minuman

keras

adalah

antara

perangsang untuk melakukan jenayah.

Merujuk petikan di atas, ia merujuk kepada minuman keras. Manakala mereka pula merujuk kepada pihak berkuasa yang membuat kajian tentang sebab musabab berlakunya masalah sosial.

5. Peleburan dan Penggantian

i.

Perenggan Kesembilan Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan fikiran, malah boleh menyebabkan seseorang pelajar terkandas serta tercicir dalam pelajarannya.. Berdasarkan petikan di atas, perkataan ia telah digugur pada ayat Ia bukan sahaja mendatangkan bahaya kepada kesihatan tubuh badan dan fikiran, malah boleh menyebabkan seseorang pelajar terkandas serta tercicir dalam pelajarannya.

Rumusan

Berdasarkan analisis yang telah saya buat di dalam rencana yang bertajuk Minuman keras jejaskan moral ini, saya mendapati rencana ini mencapai tahap wacana yang mantap dan utuh. Hal ini kerana, di dalam rencana tersebut terkandung beberapa jenis penanda wacana yang termaktub dalam Kamus Bahasa Melayu. Selain itu, penggunaan jenis-jenis penanda wacana dalam rencana ini pula bersesuaian dengan ayat yang dibuat. Kohesi dan juga koheren juga terdapat di dalam ayat rencana ini. Dengan adanya kesinambungan ayat dan juga pertalian, maka rencana inia mencapai tatabahasa yang tinggi. Di samping itu, keutuhan wacana dalam petikan ini adalah utuh kerana mempunyai ciri-ciri wacana yang utuh. Rencana ini mempunyai wacana yang utuh kerana rencana ini dikarang dengan kemas dan tersusun lancar.Setiap ayat dan perenggan terjalin rapi dan kait-mengait.Selain itu, ketepatan isi-isi yang

dikemukakan dalam petikan erat pertautannya dengan tajuk perbincangan.

Refleksi
Pertama sekali saya sangat bersukur kerana berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Apa yang dapat saya gambarkan semasa menerima tugasan ini ialah cabaran-cabaran yang terpaksa saya hadapi sama ada dari segi

kewangan,masa serta sumber. Namun setelah diberi penerangan daripada pensyarah Bahasa Melayu 2, Encik Kamel Bin Achong, saya dapat memahami serta memudahkan kami merangka setiap proses dalam melaksanakan tugasan ini Sepanjang proses saya menyiapkan kerja kursus ini,saya dapati bahawa setiap yang saya pelajari selama ini bukan mudah untuk difahami.Sebagai contoh, untuk memahami apa itu wacana dan jenis-jenis penada wacana tersebut. Namun begitu setelah saya telah diberi bimbingan tentang perkara tersebut bagi tugasan ini, saya dapat mempelajarinya dengan mudah. Selain itu,cabaran dalam mencari maklumat tentang wacana dan juga rencana yang bersesuaian untuk dikaji. Hal ini kerana, sumber yang sedia ada adalah sedikit dan menyukarkan saya untuk mencarinya. Disamping itu, dalam menganalisis setiap perenggan rencana tersebut, saya menghadapi kesukaran untuk menganalisisnya kerana saya agak keliru dengan jenis-jenis penanda wacana dan juga keutuhan wacana. Di samping itu, cabaran yang telah saya hadapi dalam membuat tugasan ini ialah terdapat beberapa istilah baru seperti koheren dan kohesi menyukarkan saya untuk memahami cara menganalisis teks rencana tersebut. Apa yang saya dapati sepanjang melaksanakan tugasan ini ialah, usaha tanpa jemu dalam menyiapkan tugasan perlu ada. Selain itu, usaha dalam mencari maklumat yang lebih banyak perlu ada untuk memudahkan saya menyiapkan tugasan yang diberikan. Bimbingan dan juga sokongan antara rakan-rakan sekelas sangat penting untuk kami sama-sama menyiapkan tugasan ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

Walaupun sepanjang proses melaksanakan tugasan ini saya terpaksa berkorban sama ada dari segi masa, tenaga, kewangan dan sebagainya, saya tetap berpuas hati kerana hasil kerja keras yang gigih menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya begitu bersyukur serta gembira kerana dapat juga saya siapkan kerja kursus ini dengan jayanya walaupun pelbagai halangan terpaksa saya hadapi sepanjang proses melaksanakan tugasan ini.Sekian terima kasih.

Bibliografi
Rujukan Buku i. Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, Siri Pendidikan Guru Bahasa Melayu II ,Shah Alam, Fajar Bakti Sdn.Bhd ii. Goay Teck Hong, Choo Say Tee,dan Zainuddin Ahmad (2009), Teks PraU STPM Bahasa Melayu 1, Petaling Jaya, Pearson Malaysia Sdn.Bhd Rujukan Internet i. ii. iii. www.scribd.com www.4shared.com www.slideshare.net

Lampiran

You might also like