You are on page 1of 20

CIRI-CIRI KEUTUHAN WACANA (WACANA YANG BAIK)

OTHMAN ABD. AZIZ , PENSYARAH JABATAN BAHASA MELAYU .

KEUTUHAN WACANA
Keutuhan

wacana terhasil daripada wujudnya suasana yang berurutan atau teratur dalam sesuatu wacana. Ciri ini sangat penting kerana ciri inilah yang menentukan sesuatu ujaran atau tulisan itu wacana atau hanya merupakan kumpulan ayat yang tidak teratur.
Dua

aspek penting yang menghasilkan keutuhan wacana ialah terdapatnya: i) runtutan atau koheren, (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu sesuatu teks yang bermakna dan dapat difahami ii) tautan atau kohesi (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain. Keutuhan wacana dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan daripada aspek semantik ini bermaksud hubungan daripada aspek kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu wacana. Kepaduan makna ini dapat dilihat antara bahagian wacana, keseluruhan wacana, situasi sesuatu wacana dan unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana.

Menurut Winifred Crombie (1985), hubungan semantik terbahagi kepada : i)Umum ii)interaktif. Hubungan umum merujuk kepada penggunaan bentuk pernyataan.

1-Hubungan semantik umum (kaitan sebab dan akibat) i) Hubungan sebab dan akibat: Anak-anak perlu diberi panduan dan tunjuk ajar agar tidak menjadi kutu embun, keluar malam dan balik ke rumah awal pagi.
ii) Hubungan sebab dan hasil: Menggunakan mesin pengimbas mata yang canggih. Ia satu langkah wajar mencantas penyalahgunaan dadah.

iii) Hubungan sebab dan tujuan : Kerjasama agensi kerajaan, NGO dan sukarelawan menangani isu berkaitan dadah bagi mencapai matlamat negara sifar dadah. iv) Hubungan syarat dan hasil. v) Hubungan latar denagn kesimpulan. vi)Hubungan dari segi konteks berdasarkan latar sosial. vii)Hubungan pengukuhan. viii)Hubungan berdasarkan laras bahasa. x)Hubungan alasan dan kesan.

2-Hubungan semantik umum(tempoh masa) i) kronologi. ii) pertindanan masa. 3-Hubungan semantik umum(pasangan) i) perbezaan ii)perbandingan. 4-Hubungan semantik umum ( kebenaran dan kesahan) i)pengesahan. ii)penafian. Iii) pembetulan. iv) luar jangkaan.

5-Hubungan semantik umum(ikatan) i)berpasangan. ii)bertentangan. iii)pengecualian. 6-Hubungan semantik umum(prafasa) 7-Hubungan semantik umum(penekanan) I)istilah. ii)predikat. 8- Hubungan semantik umum(suasana dan perlakuan) i)lokasi ii)arah iii)Keadaan Hubungan semantik interaktif merujuk penggunaan perkataan yang bertujuan menimbulkan respons. penyoalan arahan persetujuan pemberitahuan

Hubungan semantik dalam sesuatu wacana juga dapat dikaitkan dengan situasi wacana. Oleh itu, pengetahuan tentang laras bahasa yang digunakan akan membantu seseorang memahami sesuatu wacana. Contohnya, unsur pujukan dan cara penyampaian laras bahasa iklan membolehkan seseorang memahami wacana tersebut walaupun ayatnya terputus-putus. Pemahaman tentang sesuatu wacana juga dibantu oleh unsur-unsur paralinguistik yang terdapat dalam wacana.

HUBUNGAN LEKSIKAL Hubungan ini dapat dilihat daripada aspek wujudnya pertalian antara perkataan dalam sesuatu wacana.Hubungan leksikal antara bahagian dalam wacana tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi. Cara-cara untuk memperoleh hubungan leksikal adalah : a) dengan mengulang kata yang sama. b)dengan mengunakan kolokasi . c)dengan menggunakan unsur bersambut. d) dengan menggunakan sinonim.

SINONIM Sinonim ialah kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir tetapi berbeza dengan nilai rasa. Ab. Rahman Ab. Rashid dan rakan-rakan (1997) mendefinisikan sinonim sebagai kata-kata dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna yang hampirhampir sama tetapi berbeza dengan nilai rasa. Misalnya perkataan panas mempunyai makna yang seakan-akan sama dengan perkataan hangat. Namun, kedua-duanya tidak boleh digunakan pada tempat yang seratus peratus sama. Sebagai contoh, kita boleh mengatakan hari panas tetapi tidak boleh mengatakan hari hangat. Walau bagaimanapun, perkataanperkataan seperti ini mempunyai hubungan dari segi sinonim.

Misalnya sang suria iaitu matahari dan hangat iaitu panas.. Mengulang sesuatu gejala melalui sinonim menjadikan dua ayat amat bertaut. Contoh pengulangan sinonim: Jemah amat menyayangi ibunya yang tinggal di kampung. Orang tua itu diziarahi

e) dengan menggunakan antonim. ANTONIM

Antonim ialah merujuk kepada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan. Hubungan antara dua kata yang berantonim juga adalah bersifat dua hala sama seperti katakata yang bersinonim. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2000:56), antonim adalah kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain, misalnya panjang lawannya pendek. Antonim boleh diklasifikasikan kepada beberapa pasangan yang dikenali sebagai ragam antonim. Di antaranya ialah antonim komplementer yang merupakan pasangan kata yang saling melengkapi. Sebagai contoh hidup lawannya mati. Selain itu ialah antonim perbandingan yang merupakan pasangan kata yang menunjukkan terdapat kelebihan pada satu kata dan yang satu lagi pula terdapat kekurangannya. Contohnya,cantik lawannya hodoh. Contoh lain bagi perkataan berlawan ialah ialah perkataan berlawan pandai lawannya bodoh dan Putih lawannya hitam.

f) dengan menggunakan hiponim. HIPONIM Hiponim ialah kata yang mempunyai lingkungan dalam struktur makna. Dan keadaan di mana satu perkataan mempunyai makna yang dianggap merupakan sebahagian daripada makna ungkapan lain. misalnya, tenggiri ialah hiponim bagi perkataan ikan oleh sebab tenggiri termasuk dalam makna ikan. Tenggiri, bersamasama bawal, cencaru, selar dan kembung dikatakan berhiponim. Mengulangi unsur-unsur hiponim ini mewujudkan pertautan dalam wacana. Contoh pengulangan hiponim: Malaysia telah mengimport pelbagai jenis kereta. Antaranya ialah Honda, Volvo, Mercedes-Benz dan Renault. Contoh lain ialah kenderaan (kereta, motorsikal, basikal, beca, kapal terbang) dan Perabot ( katil, meja, almari, meja kopi, meja makan).

g) dengan menggunakan polisim. POLISIM Polisim satu perkataan yang mempunyai makna yang banyak. Hal ini memperlihatkan seolah-olah konsep polisemi sama dengan homonim, iaitu satu patah kata yang mempunyai lebih dari satu makna. Kamus Dewan edisi ketiga (2000:1049), polisemi ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan dan sebaginya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain.

Ab. Rahman Ab. Rashid dan rakan-rakan (1997) menyatakan polisemi ialah kata-kata yang mempunyai kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza makna apabila digunakan dalam konteks yang berlainan.

Contohnya ialah: Kata mentah mempunyai set makna yang berikut: Belum masak atau masih muda/putik (buah-buahan) Tidak masak betul (barang yang dimasak) Tidak atau belum dimasak (barang makanan)

HUBUNGAN GRAMATIKAL

Hubungan daripada aspek gramatikal ialah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa.Antara penanda gramatikal yang mewujudkan keutuhan wacana ialah kata rujukan ,peleburan dan penggantian dan kata penghubung.

Kata rujukan mengunakan kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk untuk menghasilkan perkaitan antara bahagian dalam wacana. Contoh : Negara itu menduduki tempat kedua pungutan pingat di belakang Amerika selepas mengutip 32 emas, 17 perak dan 14 gangsa.

Tumpuan utama pastinya kepada Stadium Nasional atau digelar sarang burung kerana reka bentuknya yang menyerupai sarang burung .

Kata penghubung berfungsi menjalinkan kata dengan kata, frasa dengan frasa, klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat. Michael Mc Charty (1991) menggariskan 3 fungsi kata penghubung iaitu penghuraian, pengembangan dan penambahan.

China berjaya mengatasi segala ujian dan bersedia merealisasikan Beijing sebagai temasya terbaik dalam sejarah Olimpik. -Hubungan gramatikal, penghubung (pengembangan).

Ia adalah satu kelebihan buat tuan rumah pada ketika Amerika pula masih gagal untuk menguasai acara yang didominasi China seperti pingpong, badminton, gimnastik atau terjun.

-Hubungan gramatikal, penghubung (penambahan).

Selain sarang burung , stadium akuatik atau kiub air juga bakal menerbitkan rasa kagum pengunjung. -Hubungan gramatikal, penghubung (penghuraian).

Penggantian dan peleburan terdiri daripada penggantian nominal (kata nama atau frasa nama), verbal (kata atau frasa kerja) , dan klausa (sebahagian daripada ayat).
Walaupun pada awalnya berdepan pelbagai ancaman, kemungkinan diboikot kerana protes kemanusiaan Tibet, selain berdepan isu alam sekitar, China berjaya mengatasi segala ujian dan bersedia merealisasikan Beijing sebagai temasya terbaik dalam sejarah Olimpik.

HUBUNGAN FONOLOGIS.

Merujuk kepada hentian dan kesenyapan suara, intonasi, tinggi rendah tekanan dan nada suara. Intonasi merupakan turun naik nada suara dalam pertuturan yang boleh mengubah makna sesuatu ungkapan atau wacana. Berfungsi sebagai penanda pemisah frasa dan pembeza struktur ayat. Jelasnya, intonasi menunjukkan pemenggalan frasa dalam sesuatu ayat terutama pemenggalan frasa subjek daripada predikat.

4 bahagian: i)Ayat tanya ii)Ayat songsang iii)Ayat perinyah iv)Ayat penyata

You might also like