Professional Documents
Culture Documents
BAB 1
APA ITU “MELAYU”
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa
terutamanya di Semenanjung Malaysia. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas pula
menyatakan Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa melayu dan mengamalkan
adat resam orang melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak
sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya
Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya kerajaan Srivijaya.
Seterusnya dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada
perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber
sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi
.
1. MASYARAKAT MELAYU
Mereka yang dikatakan melayu secara normalnya mempunyai kulit beerwarna coklat,
fizikalnya tahap sederhana tetapi gagah dan bersopan santun atau lemah lembut. Mereka juga
dikenali atau dilabel sebagai “bumiputera”di Semenanjung Malaysia. Secara amnya, terdapat
dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu orang melayu atau tidak.
Ianya terdiri daripada penakrifan undang-undang dan penakrifan antropologi.
1
MELAYU BARU MELAYU LAMA
• Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan atau di Singapura atau pada
hari merdeka, di bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.
Definisi undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia.
Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang
Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya, di selatan Thailand
terdapat juga kelompak manusia yang berrtutur Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya
orang Melayu.
Manakala, penakrifan Antropologi pula menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli
antropologi di Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang,
berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari
segi etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem
kemasyarakatan dwisisi dan kenegarasian yang termasuk dalam bangsa Mangoloid.
Benarkah Melayu Kelantan merupakan orang Melayu orang asal di negara ini
berbanding dengan orang Melayu di tempat lain? Hipotesis mengenainya mungkin
berdasarkan kajian pensyarah Sains Forensik di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti
Sains Malaysia (USM) Kubang kerian di Kelantan, Dr. Zafarina Zainuddin. Menurutnya,
hipotesis itu juga berdasarkan kajian awal terhadap genetik Mithochondial-Ssid
Deokrsiribonukleik (Mithochondial-DNA) dalam kalangan beberapa penduduk di pedalaman
Kelantan yang tidak pernah keluar dari kawasan mereka.
2
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Kajian ini bukan untuk mengelirukan status Melayu dalam kalangan etnik-etnik
Melayu yang lain tetapi lebih kepada untuk mengetahui etnik Melayu yang mana paling awal
wujud. Penyelidikan terulung beliau dan pertama di negara ini yang memberi tumpuan
kepada perbandingan genetik Mithochondial-DNA mengesahkan perbezaan antara populasi
Melayu Moden dengan Melayu Proto.
Hasil penyelidikan Dr. Zafarina itu membuktikan Melayu moden berasal daripada
populasi “Mongoloid” dari selatan China atau “Austranasian” yang berhijrah ke kawasan lain
di Asia antara 6000 hingga 8000 tahun dahulu. Manakala, populasi Melayu Proto pula wujud
lebih awal iaitu kira-kira 200 000 tahun dahulu dan berasal dari Afrika. Walaupun kajian ini
belum dibuktikan secara keseluruhannya namun, Dr. Zafarina berharat hasil kajian ini dapat
digunakan dengan lebih meluas dalam kalangan masyarakat.
Hal ini kerana, Sejarah awal pula menyatakan kewujudan orang Melayu di
Semenanjung sebagaimana penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak, masih lagi menjadi
persoalan yang agak kabur. Walaubagaimanapun, dengan mengkaji satu kategori orang Asli
yang masih wujud sehingga sekarang, iaitu orang Melayu Proto atau orang Asli, sedikit
sebanyak persoalan tentang asal-usul orang Melayu akan terurai. Orang Melayu Asli yang
masih wujud hari ini dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan orang Melayu Moden
sekarang. Terdapat juga sejarawan yang mengatakan bahawa orang Melayu Dustro
merupakan nenek-moyang orang Melayu hari ini.
Sejarah ini bermula apabila berlakunya gelombang perpindahan suatu kumpulan baru
penduduk Yunan ke Tanah Melayu, iaitu kira-kira pada 300 S.M. Mereka telah merempuh
masuk dan menewaskan orang Melayu Asli dan memaksa pendatang ini, yang lebih dahulu
membuat penempatan, berundur ke kawasan pedalaman. Orang Melayu Dustro yang
dipercayai mempunyai salurgalur keturunan Monggol mempunyai kemahiran dalam
penggunaan logam dan senjata mereka diperbuat daripada besi. Di samping itu, peralatan
yang lain juga diperbuat daripada besi, dan kehidupan pada zaman itu dikenali sebagai zaman
besi. Mereka tidak mengamalkan amalan berpindah-randah dan membuat penempatan tetap
di desa.
3
MELAYU BARU MELAYU LAMA
2. TANAH MELAYU
Kedudukan Geografi Tanah Melayu
Tanah Melayu adalah sebahagian daripada benua Asia dan kedudukan yang terletak di
tengah-tengah, iaitu di antara China dengan India menyebabkannya menjadi laluan
perdagangan yang strategik. Berdasarkan kedudukan geografi tersebut, Tanah Melayu amat
terdedah kepada pengaruh dan peradaban kebudayaan dari kedua-dua buah negara tersebut
khususnya dari negara India.
Tanah Melayu menjadi tempat pertembungan dua musim angin yang bertiup dari dua
arah pada waktu berlainan dalam tiap-tiap tahun. Pada bulan Mei hingga Ogos, musim tiupan
angin barat daya adalah dari Lautan Hindi dan Khatulistiwa, manakala pada bulan November
hingga April merupakan musim tiupan angin timur laut yang bertiup dari pesisir negeri China
melalui Laut China. Ini akan memudahkan kapal-kapal perdagangan untuk belayar.
Berdasarkan faktor geografi ini, Tanah Melayu dianggap sebagai “rumah separuh
jalan” yang penting kepada kegiatan perdagangan sejak zaman-berzaman dan telah berjaya
menemukan pelbagai kelompok manusia yang telah membawa kepada pembentukan
kepelbagaian pola kebudayaan, peradaban, tamadun, agama dan corak pemerintahan.
4
MELAYU BARU MELAYU LAMA
3. BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu ialah sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah keluarga bahasa
Austronesia yang telah digunakan di Wilayah Indonesia, Malaysia dan persekitarannya sejak
melebihi 1000 tahun lagi. Walaupun assal usul bangsa Melayu yang paling asal belum
diketahui secara pasti tetapi pertumbuhan bahasa Melayu dapatlah dikatakan berasal dari
Sumatera Selatan di sekitar Jambi dan Palembang. Rekod terawal bahasa Melayu Kuno ialah
sebuah batu bersurat bertarikh 682 Masihi yang dijumpai di Sumatera Selatan.
Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia dan Brunei serta salah
satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia
dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-
empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di
Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Bahasa Melayu Piawai ialah bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui
oleh Indonesia, Malaysia dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa
Melayu. Di Malaysia, bahasa Melayu mengalami perubahan nama beberapa kali. Pada awal
1970-an Bahasa Melayu dinamakan Bahasa Malaysia atas sebab politik. Namun sejak akhir-
akhir ini, nama Bahasa Melayu digunakan semula. Bermula pada tahun 2007, bahasa
kebangsaan Malaysia dinamakan kembali kepada Bahasa Malaysia sebagai simbol bahawa
bahasa ini adalah bahasa untuk semua dan tidak mengira kaum.
Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap dialek mempunyai perbezaan
ketara dari segi sebutan dan kosa kata. Misalnya, bahasa Melayu Jawa atau bahassa Jawa
mempunyai banyak perkataan yang tidak diketahui oleh penutur bahasa Melayu yang lain.
Selain itu, bahasa yang digunakan oleh masyarakat peranakan atau Cina Selat (campuran
pendatang Cina dan penduduk asal) merupakan campuran antara bahasa Melayu dan dialek
Hokkien. Pada awal tahun 2004, Dewan Bahasa dan Pustaka dan MABBIM mencadangkan
Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi ASEAN memandangkan lebih separuh jumlah
penduduk ASEAN mampu bertutur dalam Bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, perkara ini
masih dalam perbincangan.
5
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah Kuno Asia Tenggara masih
belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah “Melayu” adalah sangat baru dan
timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu
menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan:
ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi,
Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat
sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:
Ada yang berpendapat bahasa Melayu beasal daripada Asia Tengah, ada juga yang
berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.
Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah
menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu
Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak
mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa
membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap bahasa
mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu Kuno mempunyai pengaruh
Sanskrit dan Hindu yang kuat dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan
Islam. Manakala bahasa Melayu Moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah barat
terutama sekali Inggeris.
6
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama yang paling popular ialah
“Bahasa Melayu” dan “ Bahasa Malaysia”. Namun begitu, di Malaysia, kekeliruan telah
muncul dalam kalangan rakyat mengenai nama apakah yang patut digunakan sebagai bahasa
rasmi.Ada pihak yang memikirkan “Pada era kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman
sebagai Perdana Menteri pertamanya memeperkenalkan istilah “Bahasa Malaysia” sebagai
bahasa kebangsaan Malaysia.
Istilah ini kemudiannya diguna pakai secara meluas”. Sebenarnya istilah bahasa
Malaysia itu tidak disumbangkan oleh YAB Tunku Abdul Rahman, tetapi timbul secara
spontan selepas Mei 13, 1969. Ini dibukti dalam liputan akhbar pada masa tersebut. Pada
masa itu wujud persetujuan ramai terhadap istilah Bahasa Malaysia. Namun, Perlembagaan
Malaysia tidak berubah. Pada tahun 1986, istilah “bahasa Malaysia’ ditukar kepada “Bahasa
Melayu”. Menurut Perkara 152 Perlembangan Persekutuan Malaysia, “bahasa kebangsaan
[Malaysia] ialah bahasa Melayu”.
Namun begitu, pada 4 Jun 2007, Kabinet membuat keputusan untuk menukarkan
pennggunaan “Bahasa Melayu” kepada “Bahasa Malaysia”. Kabinet mengarahkan supaya
semua kementerian, universiti dan pusat pengajian tinggi supaya memaklumkan jabatan serta
agensi berkaitan untuk menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” dalam surat menyurat, notis
dan dokumen. Rasionalnya ialah untuk menanam semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum. Pada 5 November 2007, Menteri Penerangan Malaysia,
Datuk Seri Zainuddin Maidin, menegaskan lagi bahawa penggunaan istilah baru “Bahasa
Malaysia” adalah Muktamad. Namun, kuasa menukar istilah demikian bukanlah hak
individu. Oleh itu, istilah bahasa Melayu tetap digunakan.
7
MELAYU BARU MELAYU LAMA
R.H. GELDERN
Beliau menemui kapak tua yang diperbuat daripada batu di sekitar hulu Sungai Brahmaputra,
Irrawaddy, Salween, Yangtze dan Hwang. Beliau juga menemui kapak yang mempunyai
bentuk dan jenis yang sama di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern membuat
kesimpulan kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia Tengah ke kepulauan Melayu ini.
J.H.C. KERN
J.H.C. Kern membuat kajian berdasarkan beberapa perkataan yang digunakan sehari-hari
terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan dan nama perahu. Beliau mendapati bahawa
perkataan yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagascar, Filipina,
Taiwan dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik. Perkataan tersebut di antara lain ialah
padi, buluh, rotan, nyiur, pisang , pandan dan ubi. Berdasarkan senarai perkataan yang
dikajinya itu, Kern berkesimpulan bahawa bahasa Melayu ini berasal daripada satu induk
yang ada di Asia.
W. MARSDEN
W. Marsden mendapati bahawa bahasa Melayu dan bahasa Polinesia (bahasa yang digunakan
di beberapa buah pulau yang terdapat di Lautan Pasifik) merupakan bahasa yang rumpun.
E. Aymoneir dan A. Cabaton pula mendapati bahawa bahasa Champa serumpun dengan
bahasa Polinesia, manakala Hamy berpendapat bahawa bahasa Melayu dan bahasa Champa
merupakan warisan daripada bahasa Melayu Kontinental.
8
MELAYU BARU MELAYU LAMA
W. HUMBOLDT
W. Humboldt dalam kajiannya mendapati bahawa bahasa Melayu (terutama bahasa Jawa)
telah banyak menyerap bahasa Sanskrit yang berasal dari India.
J.R. FOSTER
J.R. Foster berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu
dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal daripada
bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.
A.H. KEANE
A.H. Keane pula berkesimpulan bahawa struktur bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang
terdapat di Kampuchea.
SLAMETMULJANA
Asmah Haji Omar berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan Asia ke
Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang melalui daratan
iaitu Tanah Semenanjung melalui Lautan Hindi dan ada pula yang melalui Lautan China.
Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya, asal bahasa
mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana faktor geografi dan
komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa Melayu Klasik berasal daripada
bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Kuno itu asalnya daripada bahasa Melayu Purba
merupakan anggapan yang keliru.
9
MELAYU BARU MELAYU LAMA
BAB 2
KONSEP MELAYU
Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang berasal daripada satu
punca, mempunyai asas kehidupan yang sama dan hanya berbeza daripada segi pengaruh
alam sekitar. Konsep Melayu yang digunakan dalam konteks yang lebih luas sebagai
penduduk asal di alam Melayu ini adalah berasaskan kepada idea yang dapat dikesan
daripada sejarah peradaban Melayu itu sendiri. Melayu dapat didefinisikan sebagai nama
suatu bangsa dan bahasa termasuk di Semenanjung Malaysia iaitu mengikut cara hidup orang
Melayu (Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga : 874). Pembinaan masyarakat dan budaya
Melayu yang lebih luas adalah hasil daripada kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya
yang telah memberikan kekuatan tentang kekayaan khazanah budaya Melayu.
10
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Oleh yang demikian, apabila pelbagai kelompok sosial yang terdiri daripada
penduduk asal, seperti Orang Asli yang tidak beragama Islam, tidak dapat mencakupi dalam
pengertian Perlembagaan ini. Pengertian Melayu yang digunakan dalam pentadbiran dan
kepentingan politik terdapat perbezaan dengan konsep Melayu yang digunakan dalam realiti
iaitu lebih berasaskan kepada kelompok sosial Melayu dengan sub budaya masing-
masing. Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut Perlembagaan Persekutuan
dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai :
Menurut Syed Husin Ali yang merupakan seorang ahli antropologi di negara
Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan
sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Dari segi
etnologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan sistem
kemasyarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk dalam bangsa Mongoloid.
Penggunaan istilah "Melayu" muncul buat pertama kalinya pada kira-kira 100-150 Masihi
dalam karya Ptolemy, Geographike Sintaxis, yang menggunakan istilah "maleu-kolon". G. E.
Gerini menganggap istilah itu berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu malayakom atau
malaikurram, yang merujuk kepada Tanjung Kuantan di Semenanjung Malaysia.
11
MELAYU BARU MELAYU LAMA
12
MELAYU BARU MELAYU LAMA
tahun 1426, Syarif Muhammad Kebongsuan Sultan Mindango pada tahun 1515, Syeikh
Nuruddin al-Raniri Syeikh al-Islam di Aceh pada tahun 1637, dan puluhan ulama dan
pendakwah dari keturunan al-Eidrus, al-Attas, al-Haddah, al-Habsyi, al-Sagot, al-Badawi,
dan lain-lain.
Melayu lama merupakan sebuah warisan peninggalan nenek moyang pada zaman
dahulu kala. Warisan tersebut memberikan sumbangan yang begitu penting dan berharga pada
generasi pada masa kini. Secara amnya, takrifan Melayu boleh dikenal pasti berdasarkan
bangsa yang tergolong dalam Rumpun Melayu-Indonesia atau Nusantara seperti Jawa, Sunda,
Madura, Acheh, Minangkabau dan sebagainya. Berdasarkan bahasa pula takrifan Melayu
terdiri daripada golongan keluarga bahasa Austronesia. Menurut Perlembagaan Persekutuan
Malaysia Perkara 160 Fasal 2 ialah “ Melayu ertinya seseorang yang menganuti adat-istiadat
dan resam Melayu ”.
Melayu lama juga bermakna ia akan mengekalkan ‘apa sahaja yang diajarkan dan
diperturunkan oleh datuk neneknya’ seperti adat bersanding, kenduri kendara dan
menghidupkan budaya lama seperti berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan
mendendangkan lagu berunsur khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.
Peribahasa Melayu yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat” ialah merupakan
sebuah peribahasa lama yang membawa maksud yang cukup mendalam. Hal ini
membuktikan bahawa pemikiran orang dahulu yang sanggup mati anak semata-mata mahu
mempertahankan adat.
Orang Melayu lama telah membungkus agama dan adat, di dalam satu peti emas yang
dianggap sebagai jati dan harga diri mereka. Agama dan tatasusila adat Melayu, berfungsi
untuk membentuk sebuah kehidupan yang sopan, berseni dalam berakhlak supaya cantik
dipandang, sedap didengar dan manis dirasa. Oleh yang demikian, jika kita bertemu dengan
watikah bertulis sebagai ‘Hukum Adat’, janganlah terus dihumban ke tepi bahawa adat itu
adalah budaya resam yang merosakan agama. Hal ini kerana, adat itulah merupakan agama
pada bahasa Melayu Lama.
13
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Selain itu, konsep Melayu turut melibatkan pemikiran iaitu lebih dikenali sebagai
konsep pemikiran Melayu yang menggambarkan keunikan pemikiran Melayu berbanding
dengan bangsa-bangsa lain. Orang Melayu menggunakan kaedah berfikir yang bukan sahaja
bersifat emprikal dengan menggunakan kuasa inderawi atau pacaindera mereka untuk
memahami realiti alam di luar diri mereka, untuk memahami kelakuan manusia dan keadaan
sosial tetapi bersifat abstrak dan metafizik.
Proses fikiran ini bersifat non-linear iaitu lebih banyak menggunakan kuasa imaginasi
dari otak sebelah kanan iaitu akal kreatif dan kemudian digabungkan dengan proses berfikir
yang menggunakan akal rasional dari bahagian otak sebelah kiri untuk melahirkan makna dan
nilai yang emprikal sekaligus bersifat abstrak. Proses pemikiran ini dapat dikaji dan
dibuktikan berdasarkan puisi tradisional Melayu iaitu pantun berdasarkan peribahasa serta
pepatah Melayu. Hal ini dapat dilihat dalam pantun 4 kerat, misalnya rangkap pertama yang
disebut sebagai rangkap pembayang maksud iaitu digunakan secara kreatif untuk melahirkan
maksud pada rangkap kedu berikutnya.
Jikalau Shakespeare sering diagungkan sebagai manusia yang mampu berfikir atau
menyatakan maksudnya melalui sajak atau puisi, pemantun atau pemikir Melayu tradisional
pun tidak kurang agungnya. Stuktur pantun juga turut mengandungi rima dan rentaknya,
penggunaan bahasa yang halus, tepat dan bernas. Walaubagaimanapun Shakespeare tidak
mengungkapkan maksudnya melalui rangkap pembayang maksud sebagaimana yang
dilakukan oleh pemantun Melayu. Struktur dan cara berfikir Melayu ini tentunya
menunjukkan konsep pemikiran yang lebih kreatif dan lebih kompleks lagi.
14
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Melayu Baru bukanlah merupakan satu utopia tetapi Melayu Baru adalah merupakan
satu jangkauan yang real atau nyata yang boleh dicapai dengan menggunakan strategi dan
gerakan yang sempurna dan menyeluruh. Menggunakan strategi secara sempurna adalah
bermaksud dari segi ‘ apa yang mesti dibuat ’ dan menyeluruh bermaksud ‘ komitmen
daripada setiap individu ’. Konsep Melayu Baru ini telah diperkenalkan oleh bekas Perdana
Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Konsep Melayu Baru ini sebenarnya
adalah penerusan daripada konsep Revolusi Mental yang dipelopori oleh sebuah panel yang
ditubuhkan oleh UMNO pada tahun 70 an dan telah dipimpin oleh Dato Senu Abdul Rahman
iaitu Setiausaha Agung UMNO pada masa itu. Salah seorang daripada ahli panel tersebut
ialah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pada masa sekarang konsep Melayu Baru ini disempurnakan pula oleh Wawasan
Islam Hadhari atau Islam yang Bertamadun yang menjadi pegangan Kerajaan pimpinan Pak
Lah iaitu Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Konsep Islam Hadhari ini adalah
merupakan salah satu paksi yang penting dalam manifesto Barisan Nasional pada Pilihanraya
Umum Yang Kesebelas pada tahun lalu yang memperlihatkan kemenangan yang cukup besar
dan membanggakan kepada Barisan Nasional. Pilihanraya tersebut telah menghasilkan
penubuhan Kerajaan Negeri Terengganu oleh BN dan tumbangnya Kerajaan PAS di
Terengganu manakala Kerajaan BN yang semakin bertambah kuat di Kedah dan PAS hanya
menang tipis dengan kelebihan dua kerusi di Negeri Kelantan. Pilihanraya tersebut telah
memperlihatkan dan membuktikan bahawa kembalinya kekuatan UMNO dan BN di Pulau
Pinang, Perak,Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Faktor yang
menyumbang kepada kekuatan gelombang biru ini adalah merupakan faktor Islam Hadhari
dan personaliti Pak Lah sendiri yang cukup menawan hati rakyat terutamanya Orang Melayu.
Konsep Melayu Baru iaitu merupakan lanjutan daripada Revolusi Mental adalah
merupakan faktor yang telah membuka minda orang Melayu yang kemudiannya menjurus
kepada slogan Melayu Boleh dan Malaysia Boleh. Hal ini telah membuka jalan bagi
melepaskan Orang Melayu daripada sebarang limitation atau sekatan dan belenggu yang
wujud dalam diri kita sendiri. Melayu Baru lebih menjurus kepada Melayu Global yang
penuh dengan ketahanan dan kuat peribadi untuk bergerak diperingkat global dan
antarabangsa samada sebagai usahawan, peniaga, sarjana, pemikir, pujangga, ahli sukan dan
lain-lain lapangan atau bidang.
15
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Selain itu, Melayu Baru berasaskan prinsip Islam Hadhari tersebut tidak akan
terkongkong oleh fikiran agama yang sempit dan yang tidak mengikut peredaran masa.
Sebaliknya Islam Hadhari akan menjadikan agama Islam sesuai dengan kurun yang kedua
puluh satu ini bahkan Islam Hadhari juga amat sesuai untuk kehidupan umat Islam bagi
generasi yang akan datang selagi dunia ini masih kekal hingga kiamat.
Dengan kata lain Islam Hadhari memastikan Melayu Baru yang global serba handal
lagi kebal itu tetap mempunyai aqidah dan iman didalam hatinya. Ini akan memastikan
bahawa Orang Melayu bukan sahaja berjaya di dunia bahkan juga di akhirat.
16
MELAYU BARU MELAYU LAMA
BAB 3
PERUBAHAN ANTARA MELAYU BARU
MELAYU LAMA
MELAYU LAMA
Kepercayaan Animisme
Dari segi kepercayaan animisme iaitu sebelum kedatangan Islam, manusia pada
umumnya mempunyai naluri ingin tahu terutama tentang alam di sekeliling yang mereka
diami. Manusia melayu pada zaman purbakala juga mempunyai sifat yang sama. Tetapi
kerana manusia purba tidak memahami tentang fenomena alam dan kejadian tabii, maka
mereka memberi tafsiran terhadap sesuatu kejadian mengikut fahaman mereka. Menurut E.B
Taylor, manusia awal yang hidup di dunia menempuh pengalaman seperti mimpi, khayalan
dan peristiwa kematian. Peristiwa-peristiwa yang ditempuhi itu menjadi tanda tanya kepada
mereka sehingga mereka berfikir dan meyakini tentang wujudnya roh (spirit) dalam diri
manusia atau apa yang diistilahkan oleh Taylor sebagai animisme.
Menurut beliau lagi, kepercayaan kepada makhluk halus dan roh merupakan asas
kepercayaan agama yang mula-mula tumbuh dalam alam pemikiran manusia primitif.
Kepercayaan animisme merupakan satu bentuk cultural universals yang wujud di kalangan
suku-suku primitif. Terdapat pelbagai kepercayaan karut yang diamalkan dan dipercayai oleh
masyarakat melayu lama seperti pemujaan arwah datuk nenek, hantu, hubungan dengan alam
ghaib dan sebagainya.
17
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Sebelum kedatangan Islam, pengaruh agama Hindu telah tersebar di alam melayu.
Oleh itu, pengaruh Hindu telah mempengaruhi pemikiran melayu lama pada masa itu.
Sebelum agama Hindu tersebar di alam melayu, orang melayu dipengaruhi fahaman
animisme yang diwarisi sejak zaman purba. Fahaman ini berbentuk kepercayaan kepada
semangat, pemujaan roh datuk nenek dan makhluk-makhluk alam ghaib. Kepercayaan kepada
animisme ini adalah suatu kepercayaan yang kompleks. Kepercayaan ini mengatur tingkah
laku manusia terhadap alam sekeliling kerana mereka mempercayai bahawa setiap fenomena
alam mengandungi kuasa ghaib atau penunggu. Apabila agama Hindu dibawa ke daerah ini
dan berkembang dengan pesat pada abad ke-4 dan ke-5 Masihi, tidak banyak pembaharuan
yang dilakukan terhadap pemikiran melayu malah konsep ketuhanan agama Hindu Vidaisme
yang percaya kepada kekuasaan dewa-dewa atau tuhan telah mengambil tempat dan mengisi
ruang kepercayaan kepada penunggu atau kuasa ghaib yang dipercayai oleh orang melayu
wujud pada setiap fenomena seperti hujan, ribut, bukit, lautan, hutan belantara dan
sebagainya.
Pengaruh Hindu bukan sahaja mempengaruhi dalam kepercayaan dan agama orang
melayu sahaja tetapi turut mempengaruhi dalam sistem pemerintahan. Menurut Coedes,
kebudayaan Hindu yang berkembang di daerah Asia Tenggara hanya tertumpu di kalangan
kaum bangsawan atau masyarakat atasan. Oleh yang demikian tidak hairan kalau banyak
kesan pengaruh Hindu dalam sistem pemerintahan melayu tradisional. Konsep Raja dan
kerajaan adalah istilah yang dipinjam daripada kebudayaan Hindu. Raja disamakan dengan
konsep devaraja atau pemerintah yang sama kedudukannya dengan dewa-dewa. Sistem
pentadbiran melayu juga dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu. Misalnya sistem pewarisan
pemerintahan adalah diasaskan kepada keturunan. Dalam pelaksanaan pentadbiran melalui
undang-undang, sistem pemerintahan melayu telah meminjam beberapa aspek daripada
undang-undang Hindu seperti undang-undang jenayah yang berdasarkan kitab Dharmasutra.
Pengaruh Hindu juga jelas dilihat dalam peraturan-peraturan mengenai pakaian, senjata-
senjata dan warna kuning yang dikhususkan untuk Raja.
18
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Selain itu, pengaruh Hindu juga mempengaruhi dalam bahasa dan sastera melayu.
Bahasa sanskrit telah mempengaruhi bahasa melayu sejak pengaruh di kebudayaan Hindu
berkembang di daerah Nusantara dari awal kurun Masihi hingga zaman kedatangan Islam
pada abad ke-13 Masihi. Di samping bahasa, pengaruh sastera dari India telah banyak
berkembang dalam sastera melayu. Epik-epik Ramayana dan Mahabrata telah melahirkan
berbagai-bagai prosa atau hikayat-hikayat dalam sastera melayu. Unsur sastera Hindu juga
turut mempengaruhi cerita-cerita penglipur lara, cerita jenaka dan lain-lain. Di samping itu,
Hindu juga mempengaruhi puisi melayu seperti seloka dan gurindam.
Selepas kedatangan Islam, Islam telah mengubah pandangan dunia orang melayu
daripada mempercayai dewa-dewa seperti yang mereka anuti pada zaman Hindu kepada
kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Esa (Allah). Di samping itu, mereka itu mempercayai
nabi-nabi, rasul, malaikat, kitab-kitab suci seperti Injil, Zabur dan Al-Quran, percaya kepada
hari akhirat dan kepada qadak dan qadar. Keimanan mereka diikuti dengan amal ibadat
seperti yang tersebut dalam Rukun Islam yang berbentuk sembahyang, puasa, mengeluarkan
zakat dan menunaikan rukun haji.
19
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Sebelum kedatangan Islam, bahasa melayu dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit dan
Jawa kuno. Menurut Winstedt, bahasa melayu pada zaman Hindu itu ditulis dalam bentuk
huruf Kawi dan Nagari yang berasal dari Pallava, India. Selepas kedatangan Islam, bahasa
Arab sebagai bahasa rasmi agama Islam mulai mengambil alih tempat bahasa sanskrit di
kalangan orang melayu. Huruf Arab telah digunakan untuk penulisan bahasa melayu yang
dipanggil huruf jawi. Huruf baru yang berasal daripada al-Quran ini telah menggantikan
huruf Kawi dan Nagari. Selepas kedatangan Islam ini, bahasa melayu telah mengalami
perubahan yang pesat dengan peminjaman kata-kata Arab sehingga bahasa melayu menjadi
media kepada ilmu pengetahuan seperti teologi, falsafah, etika dan lain-lain.
Pengaruh Islam telah membawa pinjaman kata-kata Arab dalam bahasa melayu
dengan begitu luas sekali meliputi semua aspek dalam bidang kehidupan orang melayu
seperti dalam aspek agama, pemikiran, pendidikan mahupun undang-undang. Dalam segi
kesusasteraan pada zaman permulaan Islam, pemyebar-penyebar Islam telah menulis risalah-
risalah agama yamg menerangkan tentang rukun-rukun Iman dan rukun-rukun Islam. Di
samping tulisan tentang ajaran Islam, penyebar-penyebar agama Islam itu telah turut
mengisahkan tentang pembawa ajaran tersebut iaitu Nabi Muhammad. Cerita-cerita tentang
Nabi Muhammad dapat dianggap sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan dengan
karya kesusasteraan pengaruh Islam yang lain.
20
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pemimpin Masyarakat
Dalam kelompok keluarga terdapat seorang ketua atau pemimpin yang mengetuai
upacara adat dan bertanggungjawab tentang kebajikan dan keselamatan keluarga. Pada
peringkat yang lebih luas diwujudkan organisasi yang bercorak kawasan. Seseorang yang
ingin memimpin perkumpulan yang bercorak kawasan atau daerah ini perlu memenuhi syarat
utama iaitu memiliki kepandaian yang tertentu seperti pandai bermain senjata untuk
memimpin peperangan atau mempunyai kuasa yang sakti atau ghaib yang menjadikan
pengikutnya patuh kepadanya dan tidak barani bertindak menentangnya. Walau
bagaimanapun, dalam urusan masyarakat, anggota-anggota suku sering mengadakan
perbincangan atau permesyuaratan di kalangan mereka tentang kerja-kerja yang dilakukan,
sementara pekerjaan mereka dilaksanakan dengan cara gotong-royong.
21
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Sistem Pemerintahan
Dengan itu, struktur organisasi politik melayu tradisional itu bermula dari desa dan
kampung, kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya menjadi negeri. Ketua
kampung merupakan pemimpin yang terkecil. Pembesar-pembesar menjadi pemimpin pada
peringkat daerah atau jajahan dan raja menjadi pemimpin atau ketua organsasi politik pada
peringkat negeri. Pusat pemerintahan negeri adalah di bandar-bandar yang terletak di kuala-
kuala sungai yang mudah dihubungi melalui sungai atau lautan. Kedudukan pusat
pemerintahan di kuala-kuala sungai bertujuan membolehkan raja mengawasi orang ramai
yang keluar masuk di dalam negerinya bagi menjamin keselamatan dan pertahanan daripada
musuh. Di samping itu, kedudukan tersebut juga memudahkannya mengutip cukai yang
menjadi sumber kewangan negara yang terpenting. Jajahan atau daerah merupakan unit
pentadbiran di dalam negara yang diketuai oleh pembesar negeri. Jajahan yang bersempadan
dengan sungai-sungai yang menjadi jalan perhubungan yang penting. Oleh sebab sistem
perhubungan yang sukar dengan jajahan-jajahan dalam negara, maka pembesar-pembesar
daerah menjadi amat berkuasa di daerah masing-masing.
22
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Menurut Ralph Linton, organisasi politik penduduk alam melayu sebelum dipengaruhi
oleh peradaban luar merupakan unit-unit politik yang kecil pada peringkat desa yang diketuai
oleh pemimpin mereka yang bernama penghulu. Sering kali permasalahan pentadbiran pada
peringkat desa tersebut dibincangkan melalui permesyuaratan di kalangan anggotanya
terutama di kalangan ahli-ahli yang sudah tua. Pada peringkat unit yang terkecil itu
penduduk-penduduknya biasanya terdiri daripada anggota-anggota yang mempunyai
pertalian darah atau berasal daripada suku yang sama. Wertheim pula berpendapat bahawa
ciri organisasi politik tradisional di daerah alam melayu pada peringkat awal terbahagi
kepada tiga jenis seperti berikut:
Pengaruh Hindu
23
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Raja-raja seperti yang disebut dalam Hikayat Pendawa Lima (karya saduran daripada
Kitab Mahabrata) dikatakan sebagai berketurunan daripada dewa-dewa atau tuhan-tuhan
yang dipanggil devaraja. Sistem politik yang menerima pengaruh Hindu memberi kedudukan
yang tinggi kepada raja sehingga mempunyai kekuasaan mutlak tanpa boleh dipersoalkan
lagi. Dalam sistem politik pengaruh Hindu ini raja dianggap sebagai berdarah dewa atau
penjelmaan dewa dari kayangan. Untuk menyesuaikan dengan kepercayaan tersebut, maka
raja-raja di Pulau Jawa telah mendirikan istana mereka di tempat-tempat yang tinggi seperti
kerajaan Sailendra (gunung) kerana dipercayai bahawa syurga terletak di atas gunung.
Zaman Islam
Selepas raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan telah disesuaikan
dengan agama Islam. Walau bagaimanapun, pengaruh Hindu masih lagi berlanjutan.
Beberapa perubahan telah dilakukan, misalnya gelaran Sri Maharaja yang dipakai dalam
kerajaan Sriwijaya telah diubah kepada gelaran sultan seperti yang digunakan oleh raja-raja
Islam di India dan di Asia Barat. Pemikiran Hindu yang beranggapan bahawa raja sebagai
berketurunan daripada dewa (devaraja) telah dihapuskan. Sebagai gantinya sultan dikatakan
sebagai berasal dari keturunan pahlawan Islam, iaitu Zulkarnain dan sultan itu sebagai
bayangan tuhan di atas muka bumi (Zillullah Fil alam). Untuk mengekalkan sifat
keistimewaan sultan sebagai pemerintah maka ditonjolkan kepercayaan bahawa sultan itu
mempunyai kuasa yang luar biasa yang dipanggil sebagai daulat. Seorang yang melakukan
kesalahan kepada raja seperti tidak bertutur dengan menggunakan bahasa raja di hadapannya
akan mendapat tulah (kecelakaan) akibat daripada kekuasaan daulat yang dimiliki oleh setiap
sultan itu.
24
MELAYU BARU MELAYU LAMA
25
MELAYU BARU MELAYU LAMA
bidang ini dan dikenakan pula syarat dan keperluan yang tertentu. Pengajian yang bercorak
separuh formal juga berlaku dalam mempelajari berbagai-bagai cabang seni termasuk
kemahiran dalam pertukangan. Walau bagaimanapun, ilmu-ilmu dalam bidang-bidang seperti
ini biasanya diperturunkan kepada ahli keluarga sahaja. Pengajian yang bercorak separuh
informal juga diamalkan dalam mempelajari ilmu perubatan atau perbomohan serta berbagai-
bagai kepakaran yang lain.
Zaman Hindu
Pada zaman Hindu-Buddha, bidang ilmu pengetahuan hanya dimonopoli oleh keraton
kerana golongan bangsawan khususnya raja-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa.
Kebijaksanaan yang mereka miliki membolehkan mereka memerintah negeri dan menguasai
ilmu kependetaan. Dongeng-dongeng daripada kebudayaan Hindu langsung tidak
membicarakan kehidupan rakyat jelata tetapi hanya memberi penekanan kepada golongan
bangsawan yang didakwa sebagai golongan istimewa yang mempunyai hubungan keturunan
dengan dewa-dewa dari alam kayangan. Akibat daripada sistem agama tersebut maka
golongan raja dan kaum bangsawan sahaja diberikan pendidikan demi membolehkan mereka
memerintah negeri dan menjalankan pentadbiran negara. Oleh itu, pendidikan formal
diadakan di istana atau keraton. Pendidikan ini diberi oleh guru yang ditugas khas untuk
menyampaikan pengajaran kepada bakal-bakal pemerintah dan pegawai-pegawai negeri.
Zaman Islam
Kedatangan Islam ke alam melayu membuka lembaran baru dalam penyebaran ilmu
pengetahuan. Sistem pendidikan yang bercorak formal mulai berkembang dengan pesatnya
pada zaman ini di kalangan rakyat biasa dan juga golongan bangsawan. Sistem pendidikan ini
lebih bercorak keagamaan. Antaranya seperti pengajian di rumah khusus untuk mempelajari
bacaan al-Quran, institusi pendidikan masjid dan surau yang penting untuk menyebarkan
ilmu pengetahuan agama Islam, institusi pendidikan madrasah atau pondok yang merupakan
perkembangan daripada sistem pendidikan di masjid atau surau, pengajian di Mekah yang
merupakan lanjutan daripada pengajian di peringkat sekolah pondok dalam masyarakat
melayu tradisional dan pendidikan di istana.
26
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Masyarakat melayu lama mengamalkan sistem ekonomi sara diri. Penempatan dan
kegiatan ekonomi orang melayu pada umumnya terletak di kawasan tanah yang subur seperti
di tepi sungai dan di pinggir laut. Usaha ekonomi cukup hidup atau ekonomi sara diri hanya
setakat untuk keperluan penggunaan peribadi dan keluarga. Lebihan pula ditukarkan untuk
mendapatkan barang keperluan yang tidak dapat mereka hasilkan sendiri. Sistem ekonomi
sara diri tidak menggunakan teknologi moden. Tenaga ahli keluarga adalah penting dari
peringkat penanaman sehingga ke peringkat pengeluaran. Unit keluarga merupakan unit
pengelur dan unit pengguna. Keluarga bukan sahaja merupakan unit sosial tetapi juga unit
ekonomi. Masyarakat melayu tradisional adalah masyarakat pertanian dan bidang
pengeluarannya bergantung kepada unit keluarga sebagai satu unit asas pengeluaran.
Dengan ini, jumlah hasil mereka bergantung kepada keluasan tanah yang dapat
diusahakan dan jumlah keperluan mereka sendiri. Dalam sistem ekonomi sara diri, telah
wujud sistem gotong-royong, berderau atau bentuk kerjasama yang lain. Institusi kerjasama
dan gotong-royong dalam masyarakat melayu tradisional mempunyai hubungan yang rapat
dengan nilai-nilai masyarakat, pertalian sosial dan ekonomi. Semua penduduk kampung
mempunyai tanggungjawab antara satu sama lain dalam menjalankan satu tugas secara
bersama terutama dalam pertanian padi sawah. Masyarakat melayu tradisional yang
merupakan masyarakat agraria sudah pandai menyesuaikan diri dengan kebolehan mereka
menguasai alam bagi kepentingan penanaman padi dan perairan sawah mereka.
Untuk mengkaji nilai-nilai asli masyarakat melayu tradisi amatlah sukar kerana
masyarakat melayu sejak zaman silam menghadapi berbagai-bagai proses difusi dan
akultrasi, bermula dengan kebudayaan Hindu, Islam dan Barat. Walau bagaimanapun,
kebudayaan Islam banyak mempengaruhi cara hidup orang melayu termasuk nilainya sekali.
Oleh yang demikian, sukar sekali untuk menentukan yang manakah nilai-nilai melayu tradisi.
Antara sumber yang dapat menyingkap kembali nilai-nilai masyarakat melayu tradisi ialah
daripada warisan kesusasteraan melayu lama. Seperti yang diperkatakan kesusasteraan
mencerminkan masyarakat yang melahirkannya.
27
MELAYU BARU MELAYU LAMA
28
MELAYU BARU MELAYU LAMA
MELAYU BARU
Islam hadhari telah digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu
Khaldun dalam kitab agungnya al-Muqaddimah dan pemikir al-Jazair, iaitu Malik Bennabi
yang cenderung menggunakan istilah hadhara yang mempunyai maksud hampir sama dengan
keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Islam hadhari
merupakan satu pendekatan Islam yang syumul atau komprehensif yang memberi penekanan
kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh yang berupaya menjadi penggerak
dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa melayu, khususnya dan umat Islam,
amnya. Islam Hadhari menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan
kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan
kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan. Justeru, Islam
Hadhari merupakan satu kerangka dasar nasional yang akan dijadikan asas perancangan
pembangunan Malaysia sebagai sebuah negara Islam maju menjelang tahun 2020. Oleh itu,
wawasan 2020 yang telah dijadikan matlamat negara selama ini harus berpaksikan
pendekatan Islam Hadhari.
29
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Islam Hadhari ialah gabungan dua perkataan bahasa Arab, iaitu ’Islam’ dan ’Hadhari’
(sifat). Perkataan ’Hadhari’ berasal daripada istilah hadharun-hadharatun (hidup di bandar)
yang membawa maksud ’membangun, maju atau bertamadun’, iaitu berlawanan dengan
perkataan badawah (’pedalaman atau kemunduran’). Bertolak daripada kata dasar tersebut,
perkataan hadharah atau hadhari boleh ditakrifkan sebagai hasil tindak balas antara
manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia
untuk memperbaiki kualiti hidup di dunia dengan mencapai keseimbangan antara rohani
dengan kebendaan mengikut keperluan dan peredaran masa. Pengertian hadharah semakin
luas bagi komuniti manusia yang jauh meninggalkan corak hidup pedalaman dan mereka
mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa
mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah atau tamadun merupakan hasil
usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi sumber alam yang ada di
sekitarnya. Tujuannya adalah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat
manusia serta menyebarluaskan faktor kebaikan dan kebahagiaan dalam kalangan manusia
sejagat.
Islam Hadhari diperkenalkan di Malaysia ketika dunia Islam dan umatnya telah
dilabelkan oleh masyarakat antarabangsa sebagai masyarakat pengganas, huru-hara, miskin
dan mundur. Sebahagian besar umat Islam sendiri gagal menjadikan diri mereka sebagai umat
yang maju, membangun dan bertamadun dari pandangan masyarakat dunia. Setelah sekian
lama negara umat Islam dijajah oleh Barat, kebanyakan umat Islam masih melihat
ketamadunan Islam dari sudut akidah dan ibadah semata-mata. Mereka lebih suka
membahaskan perkara remeh-temeh yang akhirnya memecahbelahkan umat Islam itu sendiri.
Sehingga kini, tiada sebuah negara Islam pun di dunia ini yang mampu membuktikan bahawa
umat Islam ialah umat yang terbaik dan umat contoh. Antara faktor yang yang menjadi
penyebab kepada kelakuan dan kelesuan umat Islam yang amat berbeza daripada sifat umat
Islam semasa zaman kegemilangan Islam pada masa dahulu adalah seperti berikut :
30
MELAYU BARU MELAYU LAMA
a) Ketaksuban dan kebelengguan gerakan pemikiran dan ijtihad dalam kalangan alim ulama.
b) Perluasan pemikiran khurafat yang menyebabkan umat Islam menjadi rendah diri dan
mudah menyerah kalah. Faktor ini juga menyebabkan penyebaran fahaman yang
menyimpang daripada ajaran sebenar Islam.
c) Kegagalan menghayati dan melaksanakan panduan al-Quran berkaitan dengan pembinaan
tamadun dan tidak mendapat petunjuk daripada rahsia hakiki kegemilangan tamadun
Islam masa lalu.
d) Kecetekan dan kedangkalan umat Islam terhadap petunjuk al-Quran untuk memahami
hakikat alam, manusia dan kehidupan yang menyebabkan mereka gagal memakmurkan
dunia ini.
Walaupun Islam Hadhari menjurus pada pengamalan cara hidup Islam secara menyeluruh,
namun ini tidak bermakna kepentingan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan agama diabaikan sama sekali. Oleh itu, konsep Islam hadhari amat relevan dan sesuai
dipraktikkan di negara ini.
Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, kita telah meneliti perkembangan budaya
fikir melayu dan fahaman-fahaman yang telah terbentuk dalam akhir abad ini. Penelitian ini
adalah penting kerana evolusi pemikiran melayu semasa ada kaitannya dengan pergolakan
yang wujud jauh dalam sejarah sosio intelektual melayu. Bahkan boleh dikatakan bahawa
bentuk-bentuk pemikiran yang wujud kini adalah manifestasi dan kesan daripada pergolakan
masa-masa yang baru berlalu. Kerangka pemikiran melayu telah mengalami proses
pembaratan melalui pendedahan kepada konsep sains dan falsafah moden semenjak zaman
kolonial dan berterusan sehingga negara mencapai kemerdekaan. Proses pembudayaan
tersebut bertambah giat lagi dalam program pendidikan pasca-merdeka. Program tersebut
telah berjaya melahirkan satu masyarakat melayu yang mempunyai budaya fikir sains. Di
kalangan mereka ini wujud keadaan di mana konsep sains dan kosmologi sekular moden
seolah-olah telah menggantikan kerangka idea dan kosmologi tradisional. Nilai-nilai asas,
estetik, sosial dan juga kepercayaan melayu lama digantikan dengan kosmologi dan semiotik
sains moden. Dari kelompok ini juga timbul satu fahaman baru yang kini lebih dikenali
sebagai Mahathirisme. Satu fahaman yang menjadi subur di kalangan orang melayu kelas
menengah dan atasan pada tahun-tahun 80-an dan 90-an.
31
MELAYU BARU MELAYU LAMA
32
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Dari sudut politik adalah diakui bahawa penjajah telah membawa unsur demokrasi
dengan memperkenalkan sistem pilihan raya barat dan persaingan bebas. Pelbagai alat politik
moden diperkenalkan kepada penduduk tempatan. Kerajaan British telah memperkenalkan
institusi pilihan raya moden dengan pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada 1952 serta
pilihan raya persekutuan pada 1955. Dewan perundangan secara moden juga telah
diperkenalkan oleh kerajaan British di samping proses dan pentadbirannya. Demikian juga
dalam bidang perundangan, pentadbiran awam dan pendidikan. Kontruksi di sini tidak
terbatas dari sudut sosial semata-mata tetapi juga di dalam ruang politik dan undang-undang.
33
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Namun pada masa yang sama dasar pecah dan perintah ini telah merenggangkan
hubungan antara kaum yang berbeza yang kemudiannya memberi kesan kepada
perkembangan politik tanah air. Kini masyarakat tradisinal juga telah mengalami
percampuran idea dan budaya, khususnya di dalam politik. Kesetiaan kepada autoriti
tradisional masih wujud namun dalam masa yang sama menerima kemasukan idea dan
amalan politik moden. Nilai-nilai tradisional tidak pupus sepenuhnya secara serentak. Dalam
kata lain, ia berada di dalam satu tahap transisi dari sifat tradisi kepada suatu bentuk yang
baru. Pendidikan moden sudah diperkenalkan, namun sebenarnya masih belum menyeluruh.
Masyarakat telah diperkenalkan dengan pendidikan asas, namun bilangan yang ketinggalan
tidak sedikit jumlahnya. Pendidikan tradisi yang sudah sebati selalunya berorientasikan
keagamaan masih kekal di dalam fikiran. Sejak sebelum merdeka media sudah mula
berkembang dengan penerbitan beberapa akhbar tempatan, namun pengedarannya masih
terbatas dan bilangan pembaca juga tergolong kepada golongan inteligensia di bandar.
Mobilisasi dan migrasi baru bermula tatapi pada kadar yang sangat perlahan.
Di dalam keadaan serba kekurangan ini, sistem politik demokrasi yang kompetitif
cuba diamalkan secara menyeluruh. Masyarakat baru ini terlalu terpengaruh dengan cara
pemerintahan bekas penjajahnya. Pilihan raya bebas telah diadakan. Persaingan dibenarkan
dan kempen serta manipulasi isu juga tidak dihalang. Media memainkan banyak peranan di
dalam melaksanakan demokrasi ini dengan menyiarkan berita tanpa tapisan. Dengan keadaan
perbezaan kaum yang ketara, maka media dengan topeng demokrasi dan hak bersuara tidak
dapat disekat dari memanipulasikan isu yang berbau perkauman. Dengan itu, sentimen
perkauman menjadi lebih hangat. Pertembungan ini tidak menghasilkan percampuran yang
baik. Sesuatu yang sesuai bagi masyarakat moden yang bersifat organik dilaksanakan kepada
masyarakat tradisional atau belum penuh matang. Bagaimanapun masyarakat ini tidak
menolak secara sepenuhnya sistem politik moden ini, sebaliknya cuba mengamalkannya
dengan kapasiti dan latar belakang yang ada. Maka terjadilah suatu bentuk persaingan yang
tidak sepenuhnya demokrasi dan tidak juga sepenuhnya tradisional.
34
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Bahasa adalah alat yang digunakan oleh anggota masyarakat sebagai saluran untuk
menyatakan fikiran dan perasaan. Selagi masyarakat itu berkembang, maka bahasa turut
berkembang. Selain itu, bahasa juga suatu simbol yang berfungsi sebagai wahana
perhubungan. Ia membolehkan dan melicinkan pemindahan maklumat, pertukaran makna
serta interaksi sosial antara pelaku-pelaku berkenaan. Bahasa melayu adalah bahasa
kebangsaan bagi negara Malaysia.
Di pejabat, sudah ada rangkaian komputer yang digunakan kerajaan dalam usaha
memaklumatkan seluruh sektor kerajaan. Jelaslah kerajaan sedang menuju ke arah kerajaan
elektronik. Dalam dunia korporat demikian juga. Hal yang terjadi ialah revolusi yang cukup
drastik dalam semua aspek dunia korporat, misalnya dunia pengurusan yang memasuki ruang
korporat digital dan maya (virtual). Dalam bidang pemasaran, kita sudah membicarakan
malah mungkin menerapkan siber pemasaran dan mulai difikirkan mengenai adanya jenayah
siber yang memungkinkan digubal undang-undang siber.
Dunia elektronik di tanah air kita sudah mulai dimasuki konsep logik fuzi (fuzzy
logic). Begitulah hampir semua aspek kehidupan mulai diterkam oleh teknologi maklumat.
Pendek kata, berbekalkan teknologi maklumat dengan segala macam ragamnya, kita sedang
memasuki ruang kehidupan yang dinamakan ruang kehidupan maya (virtual life).
35
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pembinaan korpus bahasa Melayu harus menjadi bahagian malah seiring dengan
perkembangan teknologi maklumat mutakhir. Dengan teknologi maklumat, bahasa Melayu
tidak lagi boleh dilihat secara konvensional. Tegasnya IT mencabar kita melihat bahasa
Melayu dalam konteks lebih proaktif dan inovatif.
Pengembangan istilah bahasa Melayu sekali gus bergerak sejajar dengan epistemologi
pengembangan teori dan pengembangan bahasa Melayu. Lebih penting bahasa Melayu mulai
terdedah kepada dunia proses pengantarabangsaan supaya mencapai tahap bahasa
antarabangsa.
36
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pembinaan antara muka cerian yang menghubung Halaman DBP dengan sistem
komputer PDM menggunakan perisian BRSSLOIS yang sedang dilaksanakan untuk
membolehkan pengguna mengaksesnya secara telus.
37
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pada pihak lain DBP menghasilkan alat teknologi penyemak ejaan dan tesaurus yang
dinamakan Dewan Eja. Dewan Eja adalah perisian yang dapat membantu pengguna komputer
menyemak ejaan atau mencari perkataan sinonim. Dewan Eja dapat mengesan kesilapan
ejaan yang dalam surat, esei, laporan dan sebagainya dan mencadangkan perkataan yang
betul.
Dewan Eja menggunakan dua sumber utama yang berwibawa iaitu Kamus Dewan dan
Tesaurus Umum Bahasa Melayu. Kedua-dua buku itu diterbitkan oleh DBP. Perisian hasil
gabungan teknologi dan budaya itu mempunyai keistimewaan khas kerana ia dapat
berinteraksi dengan beberapa pemproses perkataan yang lain digunakan iaitu Microsoft,
Word, Corel, WordPerfect mahupun Lotus Ami Pro.
Mengimbau sejarah pendidikan seabad yang lalu, kita tidak dapat lari untuk membuat
kesimpulan bahawa tidak ada elemen lain yang lebih layak yang boleh bertanggungjawab
untuk memacu perkembangan negara sehingga menjadi seperti apa yang kita nikmati
sekarang.
38
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Ibu bapa Melayu menganggap bahawa pengetahuan menulis dan membaca itu akan
menggalakkan penulisan surat cinta dan berlaku percintaan rahsia...,". Malah, bangsa Melayu
ketika itu juga menolak pendidikan yang cuba diberikan oleh penjajah kerana cemburukan
kehilangan tenaga perkhidmatan anak-anak mereka di rumah. Elemen pendidikan bagi
masyarakat Melayu ketika itu lebih tertumpu kepada mendalamkan ilmu agama di sekolah-
sekolah pondok dan sekolah agama Madrasah.
Bangsa Inggeris sebagai penjajah ketika itu pula membawa haluannya sendiri dengan
menubuhkan sekolah Inggeris yang menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Kurikulum sekolah Inggeris mementingkan akademik dan persediaan
untuk peperiksaan 'Cambridge Overseas School Certificate'. Mata pelajaran yang diajar ialah
Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan
Jasmani dan Lukisan. Perkembangan pendidikan sehingga peringkat ini tidak banyak
melibatkan campur tangan penjajah. Pihak penjajah dalam usaha tidak mahu mewujudkan
penyatuan di antara kaum di negara ini, telah mengamalkan dasar 'laissez-faire' di dalam
bidang pendidikan. Dasar ini telah mewujudkan lima jenis persekolahan dalam zaman
pemerintahan penjajah. Lima sekolah itu ialah Sekolah Vernakular Melayu, Vernakular Cina,
Vernakular Cina, Vernakular Tamil, Sekolah Inggeris dan Sekolah Agama Madrasah.
(Vernakular bermaksud bahasa pengantar bahasa ibunda).
39
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Perubahan
Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945
hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik
tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita laksana kini. Selepas tamat Perang Dunia
Kedua pada tabun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik
serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan dan
sikap kaum. Prinsip penjajah yang terlalu longgar dalam dasar pendidikannya telah
menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah Kristian, sekolah vernakular Cina
oleh masyarakat Cina dan sekolah Vernakular Tamil oleh pemilik ladang kopi dan getah. Apa
yang berlaku ini membayangkan betapa penjajah sememangnya tidak mempunyai objektif
dalam bidang pendidikan di negara ini. Semuanya adalah sekadar memenuhi tuntutan dan
desakan daripada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk kepentingan peribadi kaum
yang diwakili, tanpa memikirkan kepentingan bersama.
Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945
hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik
tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita laksanakan kini. Selepas tamat Perang Dunia
Kedua pada tahun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik
serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan dan
40
MELAYU BARU MELAYU LAMA
sikap kaum pendatang di Malaya ketika itu. Orang Melayu pula telah mula sedar peri
mustahaknya pendidikan moden dan sekular bagi meningkatkan kedudukan ekonomi dan
sosial mereka. Ini menjadikan orang Melayu mula meminta kerajaan Inggeris membaiki
keadaan pendidikan di sekolah Melayu dan meluaskan peluang pendidikan untuk anak-anak
Melayu. Keadaan ini mendorong kepada penubuhan sebuah jawatankuasa yang
dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang ditugaskan untuk menyemak dan membaiki keadaan
pendidikan untuk orang Melayu.
Sejak merdeka sehingga tahun 1960, corak dan struktur sistem pendidikan di
Semenanjung adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Razak (1956) dan
Ordinan Pelajaran (1957). Bagi Sabah dan Sarawak pula, corak dan struktur sistem
pendidikan adalah mengikut rangka dasar yang ditetapkan oleh Laporan Woodhead (1955)
sehinggalah kedua-dua negeri itu bergabung dalam Malaysia pada 1963. Corak dan struktur
pendidikan di Semenanjung mengalami perubahan besar selepas Laporan Rahman Talib
(1960) diusulkan dan Akta Pelajaran 1961 dikuatkuasakan khususnya di Semenanjung. Unsur
dasar besar dalam laporan Rahman Talib yang menjadi asas sehingga kini ialah pendidikan
sejagat percuma untuk semua jenis sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, had umur
berhenti dinaikkan dari umur murid 12 tahun kepada umur murid 15 tahun.
41
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia dalam tahun-tahun 1960-
an memerlukan ramai tenaga kerja terlatih dalam berbagai-bagai bidang, khususnya dalam
bidang perkhidmatan sosial dan ekonomi. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1967
ditubuhkan bagi mengenal pasti keperluan tenaga kerja ikhtisas dan separa ikhtisas yang
perlu diberi perhatian. Hasilnya, beberapa IPT ditubuhkan seperti Institut Teknologi Mara
(ITM) (1967), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969), Politeknik Ungku Omar (1969),
Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) dan Universiti
Pertanian Malaysia (1971). Seterusnya, dari tahun 1970 hingga 1990, pendidikan di negara
ini boleh dikategorikan sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan negara. Tumpuan
khususnya diberikan kepada reformasi yang menyeluruh dalam sistem pendidikan bagi
membina sebuah masyarakat yang bersatu padu.
Satu perubahan penting dalam pendidikan era 70-an atau era Dasar Ekonomi Baru
(DEB) ini ialah apabila Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar
Pelajaran dikemukakan pada November 1979. Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mendapat berbagai-bagai
kelemahan dalam sistem pendidikan yang sepanjang tahun. Hasilnya, jawatankuasa
memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang menekankan aspek 3M
iaitu membaca, menulis dan mengira pada KBSM diteruskan di peringkat menengah dengan
pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dimulakan.
Tidak sahaja pendidikan di peringkat asas diberi perhatian, tahun 1970 hingga 80
menyaksikan perkembangan pesat pendidikan tinggi dengan penubuhan beberapa universiti
iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadikan bilangan universiti kepada lima buah
termasuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia (USM). Pertambahan universiti ini
adalah ekoran permintaan mendesak pelajar lulusan sekolah menengah aliran Melayu yang
lulusan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) dan dengan cara amalan kuota pelajar bumiputera.
Pada tahun 1980-an pula, dua buah universiti lagi ditubuhkan iaitu UIA (1983) dan Universiti
Utara Malaysia (UUM) (1984).
42
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Perkembangan rancak pendidikan dalam angka masa 20 tahun (1970 hingga 1990)
bolehlah dianggap sebagai zaman pembangunan dan pengukuhan sistem pendidikan bagi
mencapai hasrat pendidikan yang berkualiti dan kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial.
Tahun 1990 pula menyaksikan pendidikan negara memasuki era global dengan pelbagai
anjakan paradigma untuk menjadikan pendidikan di negara ini lebih relevan dengan tuntutan
dan keperluan semasa.
Konsep pendidikan terbuka juga menjadi antara asas pendidikan era 90-an.
Pendidikan terbuka menitikberatkan pemikiran kreatif, kritikal serta kebebasan bersuara di
kalangan pelajar. Konsep pendidikan terbuka ini juga membawa bersamanya penjanaan dan
pembudayaan ilmu tulen dan juga prinsip ilmu merentasi disiplin. Konsep pendidikan terbuka
ini menyaksikan pendidikan tinggi di universiti-universiti awam mengamalkan sistem
pendidikan terbuka ini dengan membenarkan pelajarnya mengambil subjek-subjek di luar
disiplin pengajiannya.
43
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pintu pendidikan kini semakin luas terbuka bukan sahaja kepada rakyat di negara ini, tetapi
juga kepada rakyat asing. Penubuhan lebih 500 IPTS dan juga tujuh universiti swasta di
negara ini serta penubuhan universiti-universiti cawangan di negara ini secara terus
menjadikan negara ini pilihan pelajar daripada luar negara terutamanya daripada negara-
negara Asia untuk melanjutkan pelajaran ke negara ini.
Pendidikan negara seabad yang lalu iaitu daripada sebuah sistem pendidikan yang
hanya berasaskan kepentingan kaum, kini telah melangkah jauh kepada satu sistem yang
mampu membawa negara dan juga bangsanya ke arena global.
44
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Walaupun ekonomi Tanah Melayu berkembang dengan pesat, namun penjajah British
terus membiarkan orang melayu kekal dalam kegiatan pertanian bercorak tradisional tanpa
diberi peluang untuk diserapkan dalam kegiatan ekonomi moden seperti sektor perlombongan
dan perladangan. Penjajah British lebih mementingkan jaminan supaya jentera ekonomi
dapat bergerak dengan cekap dan teratur. Mereka merasakan struktur masyarakat melayu
yang sedia ada tidak perlu diganggu. Akibat dasar ini, orang melayu terus terpisah daripada
arus kepesatan ekonomi yang sedang berlaku. Dasar ’pecah dan perintah’ penjajah ini telah
membentuk kawasan petempatan yang berasingan antara ketiga-tiga kaum yang utama.
Sebahagian besar orang melayu kekal dengan kegiatan ekonomi di luar bandar sebagai petani
dan nelayan. Orang cina yang tertumpu di kawasan bandar menjadi peniaga dan pelombong,
manakala orang India yang menetap di ladang getah bekerja sebagai penoreh getah. Melalui
dasar ini, kaum bukan melayu dapat melibatkan diri secara langsung dalam kegiatan ekonomi
moden. Keadaan ekonomi moden berkembang pesat di kawasan bandar, lombong, ladang dan
kawasan perdagangan dan pada masa yang sama, ekonomi tradisional dan sara diri turut
berkembang pesat di kawasan luar bandar.
45
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Selain penekanan pada nilai ilmu, perlu juga kita mengenal pasti nilai-nilai murni
Melayu yang progresif untuk pembinaan budaya seterusnya. Jika diteliti, nilai-nilai Melayu
memang banyak yang baik dan murni. Namun, pemilihan dan huraian yang positif perlu
dilakukan terhadap sistem nilai yang telah diwarisi ini untuk dinilai semula dan disesuaikan
dengan keperluan hidup kini dan pada masa depan. Misalnya, nilai menuntut ilmu, nilai
tanggungjawab, berusaha gigih, nilai merantau ke alam baru, nilai kebenaran, nilai keluarga,
nilai gotong royong dan lain-lain. Langkah seterusnya, ialah suatu program penyemaian dan
penyaluran nilai yang lebih terarah dan teratur serta mekanisme untuk memantau dan
memastikan pendidikan nilai ini dapat dilaksanakan dan dicapai dengan berkesan. Apa dapat
dilihat daripada nilai yang dimiliki oleh melayu baru tidak banyak mengalami perubahan
kerana unsur-unsur nilai melayu lama masih dapat dikekalkan.
Pada pandangan kami, perubahan yang berlaku antara Melayu lama kepada Melayu
baru menunjukkan satu perubahan yang baik. Perubahan-perubahan yang berlaku ialah
perubahan dari segi ekonomi, politik, pendidikan dan agama dan kepercayaan. Perubahan
yang paling ketara yang dapat kita lihat di sini ialah perubahan dari segi ekonomi. Kita boleh
lihat ekonomi Melayu lama dahulu hanya bergantung kepada kegiatan pertanian semata-mata.
Masyarakat Melayu lam juga hanya menggunakan sistem ekonomi sara diri. Mereka
menjalankan kegiatan ekonomi ini hanya untuk keperluan diri mereka dan keluarga.
Berbeza dengan ekonomi masyarakat Melayu baru yang berkembang pesat seperti
kegiatan perlombongan dan perladangan. Kegiatan ini adalah bertujuan untuk dieksport.
Akibat daripada perkembangan inilah, pendapatan masyarakat Melayu baru telah meningkat
dan ini menunjukkan taraf hidup masyarakat Melayu turut meningkat. Perubahan yang
berlaku dalam ekonomi masyarakat Melayu telah memberi satu perubahan yang ketara dalam
kehidupan masyarakat Melayu sekarang.
Selain itu, perubahan dalam sistem politik pula juga menunjukkan satu perubahan
yang baik. Sistem politik Melayu lama dahulu bermula daripada organisasi-organisasi desa,
46
MELAYU BARU MELAYU LAMA
suku-suku yang kecil kemudian berkembang menjadi sebuah negara iaitu melalui
penaklukkan. Struktur organisasi politik Melayu lama juga bermula dari desa dan kampong,
kemudian diikuti dengan daerah atau jajahan dan seterusnya menjadi negeri. Di samping itu,
unit politik Melayu lama bercorak sebuah negara kota yang kebanyakkan terletak di pesisir
pantai di seluruh kepulauan Melayu. Sistem politik Melayu lama juga telah dipengaruhi oleh
pengaruh hindu. Pada masa itu, ketua negara dipanggil raja. Dalam sistem politik, pengaruh
hindu ini, raja dianggap sebagai berdarah dewa atau penjelmaan dewa dari kayangan. Selepas
raja Melaka menganut agama Islam, sistem pemerintahan telah disesuaikan dengan agama
Islam. pada zaman Melayu baru, sistem politik ini telah berubah. Akibat daripada penjajahan,
penjajah telah membawa unsur demokrasi dengan memperkenalkan sistem pilihan raya barat
dan persaingan bebas. Pelbagai alat politik moden diperkenalkan kepada penduduk tempatan.
Kerajaan British telah memperkenalkan sistem pilihan raya moden dengan pilihan raya
Bandaran Kuala Lumpur pada 1952 serta pilihan raya persekutuan pada 1955.
Di samping itu, Dewan Perundangan secara moden juga telah diperkenalkan oleh
pihak British di samping proses dan pentadbirannya. Namun begitu, kesetiaan kepada autoriti
tradisional masih wujud namun dalam masa yang sama menerima kemasukan idea dan
amalan politik moden. Itulah apa yang dapat kita lihat, perubahan dari segi politik Melayu
lama kepada Melayu baru. Perubahan ini telah membawa kepada keamanan negara serta
perpaduan kaum dan tiada perbalahan serta perpecahan kaum sepertimana yang berlaku
dalam peristiwa 13 Mei 1969.
Perubahan dari segi pendidikan pula, apa yang dapat kita lihat pada zaman Melayu
lama, orang Melayu hanya mempunyai sistem pendidikan dan pengajaran mereka semdiri
yang bercorak informal dan formal. Sistem pendidikan dahulu telah dipengaruhi oleh agama
hindu iaitu bidang ilmu pengetahuan hanya dimonopoli oleh keratin kerana golongan
bangsawan khususnya raja-raja dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa. Kebijaksanaan
yang mereka miliki membolehkan mereka memerintah negeri dan menguasai ilmu
kemerdekaan. Dalam kebudayaan hindu, langsung tidak membicarakan kehidupan rakyat
jelata tetapi hanya memberi penekanan kepada golongan bangsawan yang didakwa sebagai
golongan istimewa yang mempunyai hubungan keturunan dewa-dewa dari alam kayangan.
Pada zaman Islam, sistem pendidikan bercorak formal telah berkembang dengan
pesatnya pada zaman ini dalam kalangan rakyat biasa dan juga golongan bangsawan. Sistem
47
MELAYU BARU MELAYU LAMA
pendidikan ini lebih bercorak keagamaan seperti pengajian di rumah khusus untuk
mempelajari al-quran, institusi pendidikan di masjid dan surau. Berbeza dengan pendidikan
Melayu baru kerana sistem pendidikan pada zaman ini telah berkembang tanpa banyak
melibatkan campur tangan penjajah. Pada zaman Melayu juga, konsep pendidikan terbuka
telah menjadi asas kepada pendidikan era 90-an. Pendidikan terbuka menitikberatkan
pemikiran kreatif, kritikal serta kebebasab bersuara dalam kalangan pelajar. Selain itu,
lonjakan perubahan dalam era pendidikan terutamanya pendidikan tinggi di negara ini
semakin ketara. Pintu pendidikan kini, semakin luas terbuka bukan sahaja kepada rakyat di
negara ini tetapi juga kepada rakyat asing. Oleh itu, kami berpendapat bahawa pendidikan
Melayu lama dahulu ialah sebuah sistem pendidika yang hanya berasaskan kepentingan
kaum, kini telah melangkah jauh kepada satu sistem yang mampu membawa negara dan juga
bangsanya ke arena global.
Perubahan dalam aspek kepercayaan dan agama juga telah menunjukkan perubahan
yang ketara. Pada zaman Melayu lama, masyarakat Melayu dahulu mempercayai kepada
kepercayaan animisme kerana pada masa itu, Islam belum datang ke Tanah Melayu.
Masyarakat Melayu terdahulu sangat taksub dan percaya dengan benda-benda karut serta
benda-benda yang ada di sekeliling mereka. Pada zaman Melayu baru pula, pengiktirafan
Islam sebagai agama rasmi negara dalam Perlembangan Persekutuan. Hampir semua
masyarakat Melayu kini telah menganuti agama Islam. memang tidak dinafikan bahawa
masyarakat Melayu sekarang masih mempercayai alam sekeliling tetapi hanya ada sesetengah
sahaja yang masih mempercayai perkara-perkara karut tersebut.
Hal ini kerana, telah banyak penerapan Islam yang telah diberikan dalam pelbagai
aspek dan telah wujud satu konsep Islam iaitu Islam Hadhari. Perubahan dalam kepercayaan
dan agama telah membawa satu perubahan terhadap kehidupan bangsa Melayu kini dan pada
masa ini, knsep Islam yang baru telah dapat dibentuk iaitu Islam Hadhari. Ini telah
menunjukkan satu kemajuan dalam pembangunan Isalm di negara kita.
48
MELAYU BARU MELAYU LAMA
yang ada masa depan serta terus maju ke hadapan. Jika perubahan ini tidak berlaku,
masyarakat Melayu akan terus digelar sebagai Melayu mundur dan lemah. Akibat perubahan
inilah, masyarakat Melayu telah mencapai kejayaan terutamanya kejayaan dalam bidang
ekonomi kerana banyak bidang dan teknologi yang telah diterokai oleh masyarakat Melayu
sekarang. Oleh hal yang demikian, melayu kini tidak lagi digelar sebagai Melayu mundur
kerana Melayu sekarang telah mencapai kemajuan serta dapat meningkatkan taraf hidup
mereka secara perlahan-lahan. Maka, jelaslah di sini bahawa perubahan-perubahan yang
berlaku telah membawa kepada kemajuan masyarakat Melayu itu sendiri seterusnya
pembangunan negara juga turut meningkat.
BAB 4
49
MELAYU BARU MELAYU LAMA
TOKOH-TOKOH MELAYU
iii) Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid
merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu 1955, dan menjadi Perdana Menteri
yang pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia
pada tahun 1963 merupakan salah satu pencapaiannya yang teragung. Biasanya, beliau
dikenali sebagai “Tunku” dan juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa
Malaysia”.
50
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Kehidupan peribadi
Beliau dilahirkan pada tanggal 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Star,
Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak lelaki yang
ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah
yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak
berdarah gahara ialah anak perempuan seorang pegawai daerah Thailand.
Beliau memulakan pendidikannya pada tahun 1909 di sebuah sekolah rendah melayu
di Jalan Baharu, Alor Setar, Kedah. Beliau biasa berbahasa siam di rumah, belajar bahasa
melayu di sekolah dan seorang guru akan datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa
inggeris. Beliau kemudiannya berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa inggeris yang
kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Pada tahun 1915, beliau meneruskan
pengajiannya di Penang Free School dan ketika berumur 16 tahun beliau mendapat Biasiswa
Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti
Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama yang menerima pendidikan di United
Kingdom di bawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah.
Pada tahun 1938, beliau melanjutkan semula pelajarannya di England dalam jurusan
undang-undang dan kembali pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan
meletus di Eropah. sekembalinya, beliau dilantik sebagai Pengarah Perkhidmatan Pasukan
Kawalan Am Selatan Kedah pada tahun 1940. Beliau menyambung semula pengajiannya di
Inner Temple pada tahun 1947 dan sewaktu tempoh itu beliau dipilih sebagai presiden untuk
51
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Persatuan Pelajar Melayu Britain. Semasa itu juga, beliau telah menyertai Persatuan Pelajar
India Islam yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George
Jurith, seorang calon Parti Liberal. Beliau akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun
1949.
Keluarga
Pada tahun 1933, beliau berkahwin dengan Mariam iaitu seorang wanita kacukan
cina-siam yang merupakan anak tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua
cahaya mata iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah dan isterinya meninggal
dunia pada tahun 1934. Selepas kematian Mariam, beliau berkahwin dengan Violet Coulson
iaitu bekas tuan rumahnya di England. Sebenarnya, kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin
dengan wanita inggeris kerana peristiwa penipuan Pulau Pinang oleh Kepten Francis Light
yang merupakan seorang inggeris. Selepas itu, beliau dititahkan untuk menceraikan Violet
oleh Pemangku Raja Kedah dan beliau kemudiannya berkahwin dengan Sharifah Rodziah
Syed Alwi Barakbah pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana Sharifah Rodziah
berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak
mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan
Mariam. Beliau juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963
dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama
Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
Kerjaya Politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, beliau ditugaskan untuk bekerja
di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta berpindah
ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik
sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat nasionalisme
bertambah hebat dalam kalangan kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan penubuhan
Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union dan beliau menyertai partinya. Pada
Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan
sebagai presiden parti dan beliau dilantik sebagai presiden yang baru serta memegang
jawatan itu selama 20 tahun.
52
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Laluan ke Kemerdekaan
Pada tahun 1955, beliau membuat satu lagi perjalanan ke London untuk berunding
tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya dan 31 Ogos 1957 diputuskan
sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari
kemerdekaan, beliau mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar
beliau dengan tangan yang diangkat naik dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh
emosi tetapi berazam mengetuai sorakan.
53
MELAYU BARU MELAYU LAMA
gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di
Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian.
Ini membangkitkan kemarahan beliau yang mendesak supaya Singapura meninggalkan
Malaysia.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan
rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang
diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh beliau dan
MAGERAN sebuah jawatan kuasa darurat mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan
keadaan darurat.
Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, beliau
mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM) iaitu sebuah pertubuhan untuk
membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau
memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
54
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran
Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada
gagasan beliau sewaktu beliau mengadakan pertandingan peringkat negeri yang pertama di
Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, beliau membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan
dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank
Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusus di dalam OIC. Beliau juga
merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP)
dari 1982 sehingga 1988.
Kehidupan Terkemudian
Pada 1977, beliau menjadi pengerusi sebuah syarikat surat khabar iaitu The Star iaitu
akhbar yang memaparkan ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan
"Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan. Pada tahun
1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu dan ini menyebabkan
perpecahan di dalam UMNO. Beliau dan bekas Perdana Menteri yang ketiga Tun Hussein
Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia" tetapi pendaftarannya
dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. beliau kemudiannya
menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh
Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam
Pilihan Raya Umum 1990 tetapi pada waktu itu kesihatannya telah merosot.
55
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba
merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan
bahasa Melayu.
Beliau dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir,
Jempol, Negeri Sembilan. Beliau telah berkahwin dengan isteri pertamanya pada tahun 1917
tetapi hubungan mereka tidak kekal lama. Mereka talah dikurniakan seorang anak
perempuan. Selepas itu, beliau telah berkahwin dengan isteri keduanya yang bernama
Fatimah binti Umar. Beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 ketika beliau berusia 78
tahun.
Pendidikan
Semasa beliau berumur tujuh tahun, beliau telah khatam Al-Quran, menghafal Surah
Yassin dan menyertai aktiviti berzanji. Beliau memulakan alam persekolahnya ketika berusia
12 tahun iaitu di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, beliau bertukar ke
Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada tahun 1915, beliau
berjaya tamat (Senior Cambridge) dan menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri
Sembilan yang menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun.
Ketika berumur 59 tahun, beliau menduduki peperiksaan akhir kursus luar di Universiti Of
London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower). Pada tahun 1973, beliau
mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti
Kebangsaan Malaysia
56
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Kerjaya
Beliau mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor
Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung
Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan beliau adalah keupayaannya
mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan
politik dalam penulisannya. Beliau juga tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu
yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan,
beliau kekal bergiat aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, beliau
memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu
dan menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan
bacaan umum.
Politik
Beliau turut aktif dalam khidmat kemasyarakatan. Ini termasuk menjadi Penasihat
Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada tahun 1937 dan pada tahun 1945
sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang
pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa
Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya
politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan.
57
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Sumbangan
Beliau dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia
menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang
kurikulum sekolah, sebagai penterjemah dan pensyarah. Semasa era Jepun, belaiu diberi
tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera.
Anugerah
Pada tahun 1956, beliau menerima gelaran Pendeta sacara rasmi dalam bentuk
songkok dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik
peluh yang beliau curahkan dalam hasil kerjanya adalah kerana beliau mahu meletakkan
bahasa Malayu diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah, beliau pernah menolak
bintang penghormatan Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Dato' dan juga
Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, beliau akhirnya bersetuju
menerima anugerah Pingat Mangku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau telah
dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan Bintang Panglima
Mangku Negara (gelaran "Tan Sri").
YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)
YM. Professor Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid merupakan
seorang tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan juga seorang
ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara.
58
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Beliau dilahirkan di London pada 28 Januari 1922 dan merupakan keturunan diraja
Johor. Bapanya Ungku Abdul Hamid bin Ungku Abdul Majid merupakan seorang Laftenan
dalam pasukan tentera Timbalan Setia Negeri Johor (JVC). Ibunya bernama Hamidah binti
Abdullah. Beliau telah berkahwin dengan Azah binti Aziz dan telah dikurniakan seorang anak
perempuan iaitu Y.M. Tan Sri Dato’ Ungku Dr. Zeti Akhtar yang merupakan Gabenor Bank
Negara Malaysia sekarang.
Pendidikan
Perkhidmatan
Beliau menyertai Perkhidmatan Awam Johor (JCS) pada tahun 1951, kemudian
menjawat jawatan sebagai Pensyarah Ekonomi di Universiti Malaya Singapura dari tahun
1952 hingga 1961. Pada tahun 1961 hingga 1965, beliau telah dilantik sebagai Professor dan
Dekan di Fakulti Ekonomi di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. kemudiannya, beliau dilantik
sebagai Naib Canselor Universiti Malaya paling lama berkhidmat dengan universiti tersebut
iaitu kira-kira 20 tahun.
Anugerah
Pada tanggal 17 Jun 1978, beliau telah dianugerahkan gelaran Professor Diraja.
Beliau juga merupakan pengasas gerakan koperasi dan Yang Dipertua ANGKASA sejak
ditubuhkan pada tahun 1971. Pada tahun 1997, beliau telah dianugerahkan Tokoh Maal
Hijrah oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kini, beliau
juga memegang jawatan sebagai Pengerusi bagi Kolej Cosmopoint. Beliau juga menempa
sejarah negara apabila menjadi penerima pertama bagi Anugerah Melayu Terbilang sempena
sambutan ulang tahun ke-59 UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 11 Mei
2005.
59
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Sumbangan
Antara sumbangan utama beliau kepada negara ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi
Baru (DEB) bagi membantu bumiputera menikmati agihan kekayaan negara serta Majlis
Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).
Tun Datuk Seri Utama Dr. Mahathir bin Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia
ke-empat. Beliau juga digelar Dr. M. ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981
sehingga 31 Oktober 2003, beliau menjuruterakan modenasasi yang pantas sekali dan
menyebabkan kemakmuran dalam semua lapisan masyarakat Malaysia. Pencapaiannya yang
utama ialah keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara yang
berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu golongan pertengahan orang melayu.
Walaubagaimanapun, beliau sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang autokratik dan
bersifat kronisma.
Dr Mahathir merupakan seorang tokoh politik antarabangsa yang berterus terang dan
bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur yang gagah dengan nilai-nilai Asia-
kapitalisma autokratik. Selepas persaraannya, nama Dr Mahathir terus terpahat sebagai “Bapa
Pemodenan Malaysia” negarawan ulung yang telah menjadikan Malaysia sbuah negara
moden, makmur, ceria dan penuh bertenaga. Pada tahun 2005, beliau dianugerahkan sebagai
Tun, pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Dengan perkhidmatan sebagai Perdana
Menteri selama 22 tahun, beliau merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan
di Asia Tenggara.
60
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Beliau dilahirkan pada 20 Disember 1925 di sebuah rumah di Lorong Kilang Ais,
Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Bapa beliau bernama Encik Mohamad bin Iskandar dan
ibunya bernama Wan Tempawan binti Wan Hanafi. Beliau mempunyai sembilan adik beradik
dan beliau merupakan anak bongsu dalam keluarganya. Empat dari mereka adalah saudara
sebapanya iaitu hasil perkahwinan Mohamad bin Iskandar dengan isteri yang pertama.
Beliau telah berkahwin dengan Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali pada 5 Ogos 1956.
Mereka dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu empat lelaki dan tiga perempuan. Anak-anak
beliau ialah Marina, Mirzan, Melinda, Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak, Kedah dan
kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Star, Kedah.
Beliau menyambung pelajarannya di Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya di
Singapura dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) pada
tahun 1953.
Kerjaya politik
Beliau telah bergiat aktif dalam politik sejak tahun 1945 yang mana beliau mengambil
bahagian dalam kempen menentang Malayan Union. Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946,
beliau adalah salah seorang yang pertama mendaftarkan diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi
Parti Negeri Kedah dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan tidak sengajanya
menimbulkan perasaan marah terhadap golongan yang mempunyai kaitan dengan Perdana
Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau membentangkan kriteria-kriteria kelayakan
dalam pemilihan calon untuk pilihan raya umum tahun 1959. Berasa sakit hati atas
penuduhan bahawa beliau hendak memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr
Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan raya tersebut.
61
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pada Pilihan Raya Ketiga dalam tahun 1964, beliau telah dipilih sebagai Ahli
Parlimen Kota Setar selepas menewaskan Calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan
majoriti sebanyak 60.2%. beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965.
Dalam Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS, Haji Yusoff bin Rawa dengan
989 undi sahaja. Selepas beliau mengumumkan behawa beliau tidak memerlukan undi-undi
orang Cina untuk mencapai kerusinya. Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, beliau dipecat
daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO pada 12 Julai 1969 selepas pengedaran
umum suratnya kepada Tunku Abdul Rahman. Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara
pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan pada 26 September pada tahun itu beliau juga dipecat
keahliannya dalam UMNO.
Semasa di luar parti, beliau mengarang buku “Dilema Melayu” (The Malay
Dilemma). Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis perwatakan orang melayu
telah diharamkan pada tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik selepas beliau
menjadi Perdana Menteri 18 tahun kemudiannya. Apabila Tun Abdul Razak menjadi Perdana
Menteri, beliau masuk semula ke dalam UMNO pada tahun 1972 dan dilantik sebagai senator
pada tahun 1973. Beliau bertanding di Kubang Pasu dalam Pilihan Raya umum 1974, yang
mana beliau menang tanpa bertanding. Selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Menteri
Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga kerusi
naib presiden UMNO pada tahun 1975.
Pada tahun 1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal dunia secara
mengejut dan penggantinya Datuk Hussein Onn. Pada masa itu, Datuk Hussein Onn melantik
beliau sebagai timbalannya danl masih mengekalkan portfolio pendidikan yang disandangnya
serta tidak lama selepas itu beliau menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Pada
pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan
persaraannya dan menamakan beliau sebagai penggantinya. Pada 10 Julai, 1981 beliau
menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan lapan hari selepas itu beliau dilantik
sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003, beliau bersara dan menamakan
timbalannya, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai penggantinya.
62
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan
bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia antara tahun 1994 sehingga 1998. Beliau juga
adalah bekas Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau
merupakan bekas aktivis dalam pergerakan pelajar dan belia serta merupakan pengasas
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Institut Kajian Dasar. Beliau pernah menjadi
presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Bahasa
Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Belaiu dilahir pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman merupakan
bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia manakala
ibunya Che Yan binti Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO dan ibunya
sentiasa membawa beliau ke majlis-majlis ceramah wanita.
Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Dr Wan Azizah binti Datuk Ismail seorang
penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, England. Isteri beliau bertugas di Klinik Mata
di Hospital Universiti , Petaling Jaya. Beliau dikurniakan 9 orang cahaya mata yang terdiri
daripada 5 orang puteri dan seorang putera.
Pendidikan
63
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato
sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK,
beliau mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad . Selepas itu pada
tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian
Melayu (Sastera ).
Zaman belia
Pada tahun 1968, beliau dilantik menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melau dan
Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia. Pada tahun berikutnya iaitu tahun
1969, beliau berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam
Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang berhubung Akta Keselamatan Dalam
Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.
Pada tahun 1971, beliau menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
bersama–sama dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu serta dilantik menjadi Presiden
Majlis Belia Malaysia (MBM). Pada tahun 1973, beliau menjadi penasihat Majlis Belia
Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden
Pakistan iaitu Zia Ul Haq pada tahun 1979 dan beliau menerima gelaran Datuk daripada
Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, Pahang dan kemudiannya dari Sultan Selangor.
Beliau menceburi dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di
atas tiket UMNO dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar dan
kemudiannya dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun yang
sama beliau menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin iaitu penyandang untuk menjadi ketua
Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh
sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian, beliau dipindahkan
kepada portfolio Kementerian Pertanian.
Dalam tahun 1987, beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan
kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri
Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993, beliau menewaskan Ghafar Baba untuk
menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri
64
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Malaysia. Beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan
Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Dana
Kewangan Antarabangsa (IMF). Oleh kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara
kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila
University dan anugerah presiden oleh Georgetown University.
Pada 29 Mac 1982, beliau bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh, Pulau
Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar dan
Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya. Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku
Razaleigh Hamzah membawa beliau berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri
Perdana, Kuala Lumpur.
Dalam Pilihan raya umum 1982, beliau mendapat 18,849 undi di parlimen Permatang
Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum
ini (1978) calon PAS memenangi kawasan tersebut. Kemasukan beliau telah menyisihkan
Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid , Abdullah Ahmad Badawi dan lain-
lain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh
beliau sendiri.
Pada tahun 1984, perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO . beliau mendapat 226
undi dan Suhaimi Kamaruddin dapat 137 dengan membawa slogannya iaitu 'Pemuda
Penggerak Zaman'. Pada dua tahun berikutnya iaitu tahun 1986, beliau menewaskan Syed
Hamid Jaafar Albar. Beliau mendapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109 undi. Pada 24
April 1987 pula beliau menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah
Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Mokhtar Ahmad.
Pada tahun 1990, beliau mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti
terbanyak iaitu 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi. Beliau
sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba pada tahun 1993 yang
membawa isu Grand Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej beliau
tercalar. Kemasukan beliau dalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu.
Beliau adalah bukti UMNO sebuah parti Islam dan bukannya parti sekular. Selepas beliau
masuk dalam parti ini, penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan iaitu Bank Islam,
Universiti Islam Antarabangsa, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum ini, umat
Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam.
65
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pada tahun 1982 hingga 1983, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri dan tahun berikutnya iaitu tahun 1983 hingga 1985 beliau menjadi Menteri Belia
dan Sukan. Pada tahun 1985 hingga 1986, beliau memegang jawatan sebagai Menteri
Pertanian dan seterusnya pada tahun 1986 hingga 1990 memegang jawatan Menteri
Pendidikan. Pada tahun 1990 hingga 1998 beliau menjadi Menteri Kewangan serta dilantik
menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993 dan jawatannya itu berakhir pada tahun
1998.
Penyingkiran
Beliau dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat dan beberapa bulan selepas
itu, beliau ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah tiga kali pihak pendakwa
memindah tuduhan, barulah beliau disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi
tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan. Beliau
kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan
kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.
66
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah
Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan
meliwat berhubung pensabitannya dalam kes iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada
Kabinet. Keputusan itu bermakna beliau telah bebas daripada hukuman penjara sembilan
tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan
tersebut. Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain iaitu tuduhan beliau cuba
mempengaruh penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau
menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan beliau dan politiknya.
Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah
merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu mewarisi Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
Beliau juga merupakan Presiden UMNO iaitu parti politik yang paling besar dalam Malaysia.
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam
kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B'
dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi
sehingga 1991. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim yang pada masa itu merupakan Timbalan
Perdana Menteri telah dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999
Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir dan pada tahun 2003 beliau
akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden
UMNO.
67
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Beliau dilahirkan pada 26 November 1939 dalam keluarga yang warak di Kampung
Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri
Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan
empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, isteri beliau telah meninggal dunia selepas bergelut
dengan penyakit barah payu dara sejak 2003. Dalam tempoh kurang dari 2 tahun menduda,
beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada 9 Jun 2007.
Pada tahun 1969, beliau berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) iaitu
sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas
rusuhan kaum pada Mei 1969. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua
Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebelum menjadi Timbalan Ketua
Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Kerjaya politik
Pada tahun 1964, beliau menyertai UMNO. Pada tahun 1978, beliau meletakkan
jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan
parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981,
Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib
Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990 serta dipilih semula untuk jawatan tersebut
pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, beliau dilantik sebagai Timbalan
Presiden bagi tahun 2000 hingga tahun 2003.
68
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian
yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kumpulan.
Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang
menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan
Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh.
Oleh sebab beliau seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam iaitu mentor politiknya,
beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.
Beliau dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan
Menteri Luar Negeri. Sehingga tahun 1987, beliau pernah menjawat jawatan seperti
Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1978 hingga tahun
1980, Timbalan Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan dari tahun 1980 hingga tahun
1981, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga tahun 1984, Menteri
Pelajaran dari tahun 1984 hingga tahun 1986, Menteri Pertahanan dari tahun 1986 hingga
tahun 1987 dan Menteri Luar Negeri dari 15 Mac 1991 hingga Januari 1999.
Sejak menjadi perdana menteri, beliau telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah
dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan
rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat
tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir dan merupakan satu
tindakan yang dipuji oleh orang ramai. Beliau juga mengemukakan Islam Hadhari, satu
tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah
secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor
pertanian Malaysia.
69
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung
beliau sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan
Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di
Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-
hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai
tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta
sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.
Pada September 2004, sewaktu dibebaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dikurung oleh Dr Mahathir memuji beliau di
khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang
sabitan liwatnya. Pada 10 September 2004, beliau sebagai Menteri Kewangan
mengemukakan belanjawan sulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi
pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr
Mahathir. Beliau juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas
menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.
Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan
untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau
harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat
khabar. Bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi.
Sebenarnya, beliau sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri
sendiri dalam perhimpunan awam.
Sejak menjadi Perdana Menteri, beliau telah menjawat jawatan pengerusi untuk
Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
Bermula dari tahun 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.
70
MELAYU BARU MELAYU LAMA
BAB 5
PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH
TERHADAP MELAYU
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - (Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia)
Rakyat menyanjung tinggi beliau kerana mencapai begitu banyak kejayaan dan
menyumbang kepada keamanan dan kemerdekaan negara serta penyatupaduan rakyat.
Sebelum mencapai kemerdekaan, beliau sudah yakin bahawa beliau perlu menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan untuk mencapai kemerdekaan dan menyatupadukan rakyat.
Ini menyebabkan rakyat berasa terhutang budi dan mengaguminya. Setelah dilantik menjadi
presiden UMNO, beliau berikhtiar untuk mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Tetapi, cabaran yang terpaksa dihadapinya ialah untuk menyatupadukan parti-parti kaum
yang lain bagi mencapai tujuan ini. Oleh itu, dia membentuk Parti Perikatan dengan
menggabungkan UMNO-MCA. Cadangan ini berjaya dan membolehkan Parti Perikatan
memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952 dengan
memenangi 51 daripada 52 kerusi.
Kejayaan yang menakjubkan ini menarik perhatian MIC untuk menyertai gabungan
ini. Tahun 1955 merupakan tahun yang menjadi ujian sebenar bagi Tunku Abdul Rahman.
Parti Perikatan perlu memenangi pilihan raya kali ini untuk membuktikan kepada kerajaan
British bahawa tanah air kita yang terdiri daripada berbilang kaum sudah sedia untuk
merdeka. Beliau telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pilihan majoriti.
Beliau membuat lawatan ke hampir seluruh Tanah Melayu tanpa mengira penat dan lelah.
71
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Akhirnya beliau berjaya melepasi rintangan ini dengan memenangi pilihan raya itu. Beliau
seterusnya mengetuai Rombongan Kemerdekaan ke London pada tahun 1956 untuk
mendapatkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.
Beliau berjaya mendapatkan persetujuan British dan 31 Ogos 1957 ditetapkan sebagai
tarikh kemerdekaan. Selepas kejayaan ini, beliau mendapat perhatian masyarakat di seluruh
dunia, terutamanya media massa. Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadangan
untuk menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei bagi
membentuk sebuah negara yang bernama Malaysia. Idea tersebut mendapat sokongan dari
negara-negara tersebut kecuali Brunei. Pada 6 Januari 1962, kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu dan British telah menubuhkan Suruhanjaya Cobbold bagi meninjau reaksi dan
pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang pembentukan Malaysia. Akhirnya Malaysia
dibentuk pada 16 Julai 1963 dengan menggabungkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan
Sarawak.
Tunku Abdul Rahman mengambil alih kepimpinan Malaya yang merdeka ketika iklim
hubungan antarabangsa ditadbirkan oleh era Perang Dingin antara blok kapitalis di satu pihak
oleh blok komunis yang lain. Negara juga berada dalam keadaan darurat yang diisytiharkan
oleh inggeris pada 1948. Tanah Melayu hanya diisytiharkan bebas daripada ancaman
pemberontakan komunis pada 1960. Malaya seperti aktor antarabangsa yang lain juga diheret
dalam perbalahan ideologi kapitalis-komunis itu. Sebagai sebuah negara yang pernah dijajh
oleh Inggeris dan setelah merdeka menjalin hubungan yang baik dengan negara yang pernah
menjajah adalah logikal bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengamalkan dasar luar yang pro-
72
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Barat dan antikomunis. Tanah Melayu itu sendiri adalah sebuah negara kapitalis. Di dalam
negara pula, Kuala Lumpur menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya (PKM) yang
melancarkan pemberontakan bersenjata pada 1948 untuk mengambil alih pemerintahan
negara. Dalam senario itu, untuk menjamin kelangsungan Malaya, maka Tunku Abdul
Rahman menjalin hubungan baik dengan London. Melalui Anglo-Malaya Defence Agreement
(AMDA), bekas kuasa penjajah itu mempunyai tanggungjawab untuk melindungi Malaysia
jika diancam dan siserang oleh kausa luar.
Di Asia Tenggara pula, Tunku Abdul Rahman memainkan peranan untuk menubuhkan
sebuah persatuan yang dianggotai olehnegara-negara serantau yang bukan komunis. Pada
mulanya beliau mencadangkan penubuhan ASA atau Association of South East Asia. Filipina
dan Indonesia diundang untuk menyertai ASA. Tetapi projek itu berkubur berikutan
pembentukan Malaysia yang dibantah oleh Jakarta dan Manila. Maphilindo kemudian
dirancang, tetapi ia juga tidak menjadi kenyataan. Hanya selepas perubahan kepimpinan di
Jakarta dan Filipina barulah sebuah persatuan negara-negara Asia Tenggara dapat dilahirkan.
Dikenali sebagai ASEAN (Association of South East Asia), selain Malaysia, Indonesia dan
Filipina, ia turut dianggotai oleh Singapura dan Thailand. Di peringkat antarabangsa pula,
Tunku Abdul Rahman mengambil sikap anti-aparteid dan memainkan peranan penting dalam
menghalang kemasukan Afrika Selatan di dalam Commonwealth. Tunku Abdul Rahman juga
mendayausahakan penubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Selepas bersara
daripada politik, beliau sendiri menjadi Setiausaha Agung OIC pada 1971 yang beribupejabat
di Jeddah. Malah sewaktu menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman pernah
mencadangkan agar tiga tempat suci bagi umat islam iaitu Makkah, Madinah dan
Baitulmukadis yang diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa Islam antarabangsa.
Tetapi jasa Tunku Abdul Rahman dalam membina sebuah Malaysia yang berjaya hari
ini tidak akan dapat dipendamkan oleh sesiapa. Beliau adalah pengasas Tanah Melayu yang
demokratik. Di bawah kepimpinan beliau juga, wilayah Tanah Melayu dibesarkan untuk
meliputi Sabah dan Sarawak. Beliau juga bertanggungjawab membina tapak yang kukuh
untuk perkongsian kuasa yang diterima oleh kaum-kaum utama di negara ini.
73
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali Za’ba adalah seorang pemikir Melayu
dan tokoh reformis yang mempunyai sumbangan yang besar dalam perkembangan dan
pembangunan orang melayu. Usaha Za'ba menangani keadaan orang Melayu dari aspek
kemiskinan, pendidikan dan politik amat jelas dan mengemukakan beberapa panduan untuk
mengatasinya. Antaranya ialah orang Melayu mesti mempunyai kesedaran mengubah sikap
dan mengutamakan ilmu. Segala telahan Za'ba terhadap kemunduran dan kemiskinan orang
Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian semasanya akibat dari pencerobohan British.
Namun suasana ini tidak di fahami oleh seluruh masyarakat dan segala sindirannya
disalahertikan menghina bangsanya sendiri sebaliknya beliau telah berusaha sedaya mungkin
untuk kemajuan bangsanya sama seperti tokoh lain yang sezaman dengannya seperti Syed
Syeikh Al Hadi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad.
Pendidikan inggeris dan jawatan yang diperolehi Za'ba menjadi "untaian mutiara"
yang membawanya pro kepada British dan memandang rendah bangsa Melayunya boleh
dipertikaikan. Contohnya telahan Za'ba tidak sesuai mengkritik Inggeris pada ketika itu
adalah relevan iaitu "....pada masa ini belum sekali-kali layak kita memajukan perasaan
demikian dan tiada faedahnya..." Pertamanya dilihat negeri Melayu ketika itu kurang
pemimpin Melayu benar-benar memahami keadaan orang Melayu ketika itu. Beberapa tokoh
lain juga memperkatakan hal ini antaranya Ishak Haji Muhammmad, seorang pemimpin
Kesatuan Melayu Muda ada menyatakan bahawa "kegagalan pergerakan orang melayu
sebelum perang adalah disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang berkaliber". Segelintir
sahaja yang berpendidikan seperti Syed Syeikh Al Hadi memandang masa depan orang
Melayu penting manakala yang ramainya adalah dari golongan atasan atau elit walaupun
berpendidikan Inggeris tetapi secara sedar tidak pernah memahami kesengsaraan dan
kekurangan orang Melayu di luarbandar yang tercicir dari pelbagai aspek ini. Bagi Za'ba
Golongan raja-raja dan pembesar adalah kolaborator kolonialisme British di sepanjang zaman
penjajahannya. Peranan sosial dan politik mereka bukannya melindungi rakyat malah jadi
penghalang utama kepada pembangunan pemikiran dan fizikal orang Melayu sepertimana
dalam bidang pendidikan yang menjadi aset penting untuk kemajuan dan perkembangan
sesuatu bangsa terabai.
74
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Tanpa ilmu, tidak mungkin seorang itu boleh berlaku adil walaupun dia cuba berbuat
demikian kerana kalaupun dia mahu melaksanakan keadilan tetapi dia tidak tahu caranya
disebabkan ilmunya terbatas . dia boleh terdedah pada kesilapan secara tidak sedar. Tiada
penyediaan mantap untuk memimpin orang Melayu dan daifnya pemikiran golongan elit jelas
dilihat pada cemuhan Yamtuan Negeri Sembilan terhadap orang melayu, "....i do not like the
idea of the the children of rajas and chiefs sitting side by side with the children of people who
were once our slaves." Sikap golongan elit ini menyebabkan pendidikan terabai, bahasa
Melayu mundur, ekonomi Melayu tercicir di belakang ekonomi orang asing dan politik
Melayu terhina oleh penjajahan. Kesedaran tentang keprihalan ini telah benar-benar
mengesani jiwanya dan Sikapnya ini jelas diperlihatkan pada awal 1920an. Oleh itu tidak
salah beliau meletakkan segala kemunduran dan kekurangan orang Melayu disebabkan
kebodohan dan kesombomgan golongan raja dan pembesar Melayu itu sendiri.
Za’ba berusaha menyedarkan orang Melayu dalam bentuk sindiran melalui penulisan
telah mendapat tekanan dari golongan pemerintah tradisional dan kolonial British contohnya
pada tahun 1921 Za'ba dapat amaran lisan dari Raja Sir Chulan, dituduh cuba menghasut para
pembaca akhbar dan majalah melalui tulisan yang bersifat anti kerajaan, disekat kenaikan gaji
tahunannya, ditukar atau terbuang ke jabatan karang mengarang SITC di Tanjung Malim
1924. Sebegitu juga tokoh yang lain menerima nasib yang sama dalam suasana yang berbeza
seperti Ahmad Boestamam di tahan beberapa tahun. Menurut penulis "setiap orang melayu
yang berfikir dan mempunyai semangat kebangsaan tentu mengetahui dasar dan sikap
penjajah inggeris, tinggal lagi sejauhmanakah kesedaran dan kesanggupan mereka serta
langkah yang diambil untuk berhadapan denagan ranjau inggeris".
Dalam hal ini Za'ba memilih cara dalam bentuk penulisan dan kegiatan sosial
berbanding tokoh lain seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Segala
penulisannya adalah dari segala pemerhatian dan penelitian yang mendalam dan bentuk
sindiran terhadap bangsanya yang mundur dan kekurangan semasa kuasa kolonial amat
dahsyat adalah alternatif untuk menyedarkan bangsanya kerana bergerak bertentangan dengan
arus yang deras meyebabkan diri kita dan orang lain hanyut dan lemas. Segala sindirannya itu
boleh jadi panduan pada generasi sekarang sepertimana penyataan Datuk Senu iaitu "jika ciri-
ciri negatif ini benar, maka hal itu harus di tinggalkan dan di singkirkan.
75
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Tidak guna kita menafikan atau menunjukkan kemarahan kita terhadap pendapat dan
tuduhan demikian. Sebaliknya biarkan pendapat demikian mendorong kita mencari apakah
sifat yang akan membolehkan kita bertanding dengan orang lain." Dengan itu perjuangan
Za'ba pada tahun 1920an hingga 1930an adalah lebih kepada banyak bekerja contohnya
menulis seberapa banyak buku yang terdaya olehnya berkaitan dengan orang melayu untuk
panduan pada generasinya yang akan datang daripada banyak bercakap sahaja. Manakala
pujian Za'ba sepertimana juga Syed Al Hadi bahawa Inggeris adalah penyelamat bangsa
Melayu adalah telahan terawal mereka , merasakan British dapat menahan akan gerak
menggelunsur orang Melayu dari terus ketinggalan namun perkembangan seterusnya tiada
siapa dapat menentukan . Za'ba sendiri ada menjelaskan kemudiannya kekejaman
pemerintahan raja dan pembesar Melayu tidaklah berakhir dengan perubahan pemerintahan
kepada pihak British itu. Ini kerana institusi pemerintahan tradisi dieksploitasi untuk
kepentingan British. Oleh kerana itulah Sikap anti kolonialisme British timbul sejak ia
melibatkan dirinya secara serius dalam penulisan rencana untuk akhbar tempatan pada 1917
dan merasakan orang British atau orang Barat atau orang Nasrani atau kaum kafir musuh
Islam.
Zaba, Abdullah Munshi, Syed Sheik Al Hadi dan Ahmad Rashid Talu disifatkan
sebagai golongan yang "selamat" tidak mengusik atau memijak ranjau Inggeris. Gambaran
penulis mengenai hal ini semata-mata melihat pengorbanan perjuangan seseorang tokoh
berdasarkan tekanan fizikal sahaja seperti dipenjarakan. Sebenarnya Walaupun Za'ba tidak
dipenjarakan berbanding tokoh yang lain tetapi beliau juga mengalami tekanan peribadi
76
MELAYU BARU MELAYU LAMA
sepanjang perjuangannya seperti penulisannya sentiasa diawasi oleh pihak kolonial, gaji dan
jawatannya di tahan dan ditukar kerja. Namun peluang ini diguna sebaik mungkin oleh Za'ba
menymbangkan ideanya dalam bidang penulisan dari aspek bahasa Melayu khususnya.
Dalam hal ini tidak dinafikan sama sekali peranan tokoh seperti Ahmad Boestamam
Dan Ishak Haji Muhammad dalam perkembangan perubahan orang Melayu contohnya
Ahmad Boestamam telah terlibat secara langsung dalam banyak kegiatan politik tanah
Melayu pada tahun 1946-1948 seperti dalam PKMM, API, PUTERA dan AMCJA. Manakala
Za'ba tidak bergiat aktif dalam poltik pada tahun 1947 dan menjelaskan bahawa "Saya tidak
percaya politik cara yang dijalankan dalam dunia sekarang akan boleh atau pernah jadi lurus,
bersih dan jujur, kebolehan istimewanya adalah cenderung menulis dan mengarang keadaan
fikiran dan ilmu pengetahuan." Namun begitu beliau berjaya tubuhkan The Malay Literary
Association Kuala Lumpur (1923). Ianya gagal bergerak cergas tetapi ia merupakan satu
proses penyatuan di kalangan anak muda Melayu berpendidikan Inggeris sudah dimulakan
oleh Za'ba iaitu melahirkan Persatuan Guru-Guru Melayu. Adanya Sahabat Pena sehingga
1942 merupakan pertubuhan yang bukan saja tersusun rapi dari segi organisasi malah tercapai
hasratnya untuk melihat orang Melayu dan muslim bersatu berasaskan konsep setanah
Melayu di Semenanjung Melayu.
77
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Usahanya tidak kenal putus asa walaupun kesihatan terganggu dan atas nasihat doktor
beliau berehat ke Indonesia. Peluang ini digunakan untuk meneliti keadaan perkembangan
orang Melayu misalnya mahukan perubahan SITC sama seperti Balai Pustaka di Indonesia
tetapi pendapatnya di tolak oleh Winstedt. Begitu juga pemergiannya ke Universiti London
pada tahun 1947 dalam usia 52 tahun bukan bertujuan makan angin sepertimana telahan
penulis sebaliknya dengan ketepikan kesihatan diri semata-mata untuk menambahkan ilmu
dalam bidang bahasa dan khidmatnya kelak amat diperlukan untuk kemajuan pengajian
bahasa Melayu. terbukti kembalinya ke tanahair beliau menjadi satu-satunya tenaga pengajar
di Jabatan Pengajian Melayu dan membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
29 Januari 1955. Jelas disini Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara
menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu. Ramai mengakui Za'ba
adalah pendeta melayu yang tinggi semangat patriotismenya. Namun gelaran pendita
bukanlah kemahuan nya tetapi penilaian dan pengiktirafan di atas segala usahanya kepada
orang Melayu secara keseluruhannya. Bagi Za'ba "To me a man's value is only estimated by
grandeur of his ideas and his achievement as influencing the thought and destinies of
mankind for good, not by the gradeur of his 'title' or by his own estimate of himself.....".
78
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Prof. Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (Ungku Aziz)
Prof. Diraja Ungku Aziz terlibzt aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat melayu
sejak zaman sebelum merdeka lagi. KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada
saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka
menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam. Kalau kita tengok orang
Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita
dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk
berdepan dengan Majapahit. Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati
orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang
Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.
Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang
datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan
oleh Melayu sebagai second class. Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan
dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua
membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah. Itu pengaruh penjajah. Pada
zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan
teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.
Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada
hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk
lihat apa manifestasi hantu. Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan
79
MELAYU BARU MELAYU LAMA
tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang
akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran. Pemikiran Melayu ini
sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.
Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh
memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British. Minda Melayu ini sentiasa ada
sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada
tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan
1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada
dekad-dekad terakhir ini. Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya. Sebagai seorang
pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat
pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah. Contohnya pada akhir tahun 1970-an.
Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk
membuka kilang mikrocip.
80
MELAYU BARU MELAYU LAMA
sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program
kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun
tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan
Melayu. Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang.
Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila
hendak kahwin? Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18
dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga. Oleh kerana
pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea
tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.
Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata
lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan
mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak
susahlah. Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan
oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja. Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan
perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.
Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar
di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan
tinggi. Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah
pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an. Ini semua adalah hasil daripada perubahan
sikap yang tidak dirancang tapi terjadi. Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja.
Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif
seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu. Bagaimanapun, kadang-kadang
perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun
tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan,
politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada
seseorang dapat pergi syurga atau tidak. Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua.
Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di
kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka
tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang
betul.
81
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa
tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya
menukar sikap orang Melayu. Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh
Barat, peranan media massa, politik serta agama. Kita memang berubah sedikit dari segi
lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.
Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak
dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO
mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan. Kita hendak menjadi apa yang
Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah
usahawan.
Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi
orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu
dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap. Tetapi itulah minda
Melayu sekarang. Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap
bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti
berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.
Beliau akan dikenang sebagai arkitek pembangunan sebuah Malaysia yang moden dan
mampu mengamalkan demokrasi dengan ekonomi yang berjaya. Di bawah beliau juga
Malaysia dianggap sebagai negara model dalaman dimana warga melayu dan bukan melayu
boleh hidup dengan harmoni. Beliau berjaya menguruskan masalah-masalah mentadbir
penduduk pelbagai kaum dan pelbagai kepercayaan dengan baik.
Selama dua dekad menerajui negara, beliau telah menjadikan Malaysia sebuah negara
yang moden dalam kalangan dunia membangun. Dalam kalangan negara OIC (Persidangan
Negara Islam), Malaysia dianggap sebagai sebuah negara islam contoh. Dalam tempoh itu
juga, ekonomi Malaysia yang dari segi tradisi bergantung kepada getah dan bijih timah
berjaya ditranformasikan. Sektor perkilangan, industri dan perkhidmatan berjaya
dibangunkan untuk menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara bersama dengan sawit,
patroleum dan gas. Beliau turut membangunkan sektor industri berat. Pada 1984 beliau
82
MELAYU BARU MELAYU LAMA
melancarkan pembuatan kereta nasional, proton dan diikuti dengan perodua. Dasar
penswastakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu kerajaan juga diperkenalkan secara
agresif. Lembaga Letrik Negara dan Jabatan Telekom adalah antara yang awal diswastakan,
diikuti dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain selepas itu.
Sebagai persiapan untuk masa depan, beliau membangunkan Putrajaya sebagai pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan yang baru. Sebuah lapangan terbang bertaraf dunia KLIA
(Kuala Lumpur International Airport) juga dibina. Infrastruktur bertaraf kelas pertama seperti
Lebuh Raya Utara Selatan, kemudahan-kemudahan pelabuhan turut dibangunkan. Rancangan
beliau yang terakhir ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju sepenuhnya pada
2020. Tetapi belaiu mahu Malaysia maju dengan acuan sendiri seperti yang digariskan di
bawah wawasan 2020. Semilan ciri khas dikenalpasti seperti berikut: maju sebagai sebuah
negara yang bersatu padu, memiliki sebuah masyarakat yang bebas, teguh, terbentuk jiwanya,
yakin akan dirinya sendiri, bangga dengan keadaan-keadaannya, membentuk dan
memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang, membentuk sebuah
masyarakat yang kukuh ciri moral etikanya dengan warganya mempunyai nilai keagamaan
dan kerohanian yang utuh ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur, membentuk sebuah
masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta, berpandangan jauh ke hari
muka, membentuk sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem
sosial yang mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, menjamin terbentuknya sebuah
masyarakat yang adil ekonominya dan akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang
makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan
mempunyai daya ketahanan.
83
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Beliau juga menyuntik semangat Malaysia Boleh dalam kalangan warganya untuk
mencipta pelbagai rekod dunia. Hasilnya, pelayar Azhar Mansor mengelilingi dunia secara
solodengan kapal layarnya. Sekumpulan anak muda yang mendaki gunung tertinggi dunia
iaitu Gunung Everest, perenang Malek Mydin menjadi anak Malaysia pertama yang
menyeberangi Selat Inggeris tanpa henti. Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM),
Syarifah Mazlina Syed Abdul Kadir pula melakukan ekspidisi solo merentasi Kutub Selatan.
Dalam hubungan antarabangsa pula, beliau mengamalkan dasar luar yang proaktif. Beliau
menjalinkan hubungan yang akrab dengan negara-negara membangun yang lain melalui
Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) dan OIC. Beliau menjadi jurucakap memperjuangkan
kepentingan negara-negara membangun daripada penindasan negara-negara maju atau dunia
pertama. Beliau secara berani dan lantang menelanjangi ketidakadilan, kepura-puraan dan
sikap talam dua muka kuasa-kuasa besar yang cakap lain buat lain. Perbuatan tidak
bertanggungjawab Amerika menceroboh Iraq dan menggunakan Majlis Keselamatan Bangsa-
Bangsa Bersatu dikritik. Beliau adalah antara yang lantang mengesyorkan supaya struktur
kuasa badandunia itu disusun semula untuk mencerminkan realiti hari ini supaya ia selari
dengan amalan-amalan demokrasi.
Reformasi Pendidikan
Reformasi pendidikan ini telah dibuat pada tahun 1989 iaitu semasa datuk sri Anwar
Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan. Dalam merumuskan dan menentukanFalsafah
Pendidikan Negara (sekarang FPK) kita, selain mengikat diri kita dengan faktor sejarah dan
ketuanan bangsa, bagi menjamin kesinambungan yang harus tekal, maka gagasan dan
84
MELAYU BARU MELAYU LAMA
wawasan yang harus kita kembangkan haruslah asli, sesuai dengan iklim, suasana dan
persekitaran politik, sosial dan ekonomi setempat. Inilah yang disebut gagasan idea
pendorong bagi kita. Dan dalam konteks ini pulalah harus kita lihat reformasi pendidikan
negara.
Pada tahun 1987, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa
Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula Akta Pelajaran 1961 secara menyeluruh ke
arah menentukan apakah reformasi yang perlu dilaksanakan untuk memperkukuh
pelaksanaan dasar pendidikan kebangsaan kita. Kajian semula Akta Pelajaran 1961 itu sedang
giat kita lakukan. Kajian semula itu perlu merangkum beberapa isu pokok yang kini menjadi
keprihatinan kita bersama.
Isu pertama yang beliau kaji pada waktu itu ialah melibatkan penyataan Falsafah
Matlamat Pendidikan Negara. Dengan berpandukan Falsafah Pendidikan Negara, kita perlu
pula mencari strategi yang sesuai bagi merealisasikan hasrat falsafah tersebut untuk
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis. Falsafah pendidikan
itu juga menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan kebangsaan kita supaya semua
program dan aktiviti pendidikan merupakan pancaran prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang
terkandung dalam falsafah tersebut. Falsafah Pendidikan Negara kita bukanlah semestinya
sesuatu yang baru. Falsafah tersebut harus diikat dan dihubungkan dengan asas kekuatan
falsafah yang sedia ada. Falsafah Pendidikan Negara dalam bentuknya yang baru ini
berasaskan penyataan matlamat dalam Penyata Razak (1956), yang dikembangkan dalam
Penyata Rahman Talib (1960) dan diperluas dalam Penyata Mahathir (1979). Tugas kita ialah
merumuskan matlamat dan idea-idea dibelakangnya secara keseluruhan. Rumusan itu harus
menggabungkan keperluan sejarah ketuanan bangsa, keperluan semasa itu termasuklah
keperluan yang disebut ‘utility’ iaitu keperluan melatih generasi muda dalam bidang
85
MELAYU BARU MELAYU LAMA
kemahiran dan ketrampilan untuk memungkinkan anak-anak kita bekerja dan bertugas
sebagai tenaga terlatih dan tenaga mahir dalam sistem ekonomi yang pesat berubah dalam
masyarakat teknologi dan industri.
Isu kedua, sehubungan dengan reformasi pendidikan ialah bahasa kebangsaan iaitu
bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan. Kedudukan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar perlu dimantapkan supaya mampu menjadi bahasa ilmu
dan bahasa pengantar yang berkesan di semua peringkat. Di samping itu, penguasaan bahasa
inggeris oleh murid-murid perlu diperkukuhkan supaya bahasa itu menjadi bahasa kedua
yang berkesan. Kita perlu juga menentukan bahawa murid-murid diberi peluang yang lebih
untuk mempelajari bahasa Cina, Arab, Tamil, Perancis, Jepun dan lain-lain.
Isu bahasa ini berhubungan pula dengan isu yang ketiga reformasi pendidikan ialah
perpaduan. Tidak dapat dinafikan bahawa kita telah mencapai kemajuan dalam usaha untuk
memupuk perpaduan negara dan integrasi kaum. Walau bagaimanapun, cara-cara dan strategi
baru perlu difikirkan bagi meningkatkan perpaduan dan integrasi ini. Umpamanya, usaha-
usaha memupuk dan meningkatkan rasa cinta kepada negara melalui mata pelajaran sejarah
perlu dipergiatkan lagi. Strategi-strategi lain perlu juga difikirkan bagi mencapai hasrat ini.
Asas yang telah dilelapkan sejak tahun 1956 yang menekankan soal penyatuan negara dan
perpaduan kaum melalui sistem pendidikan dengan bahasa pengantar utama, akan tetap
dipertahankan. Dengan demikian, tidaklah perlu ditimbulkan perbincangan, polemik dan
perbahasan yang acapkali terkeluar daripada dasar yang telah ditetapkan itu iaitu sitem
pendidikan hendaklah menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dengan
tujuan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Soal ini, dengan kata lain,
merupakan dasar yang sudah selesai. Apabila kita membicarakan soal reformasi , yang kita
maksudkan reformasi yang harus terpisah daripada asas yang sudah diterima tadi.
86
MELAYU BARU MELAYU LAMA
rationale penggubalan perlembagaan dan dasar-dasar utama negara. Kita juga menginsafi
kenyataan bahawa falsafah murni jika tidak diterjemahkan ke dalam kurikulum secara
terperinci, perancangan yang teratur, kaedah latihan guru yang cukup baik dan pengurusan
sekolah yang berkesan, akan tinggal sebagai penyataan falsafah sahaja. Oleh itu, yang perlu
ditekankan juga ialah penyediaan beberapa strategi pada peringkat pelaksanaan.
Isu keenam dalam reformasi pendidikan ialah hasrat untuk membangun negara
dengan lebih pesat melalui Dasar Pertanian Negara dan Pelan Induk Perindustrian. Untuk
memenuhi hasrat ini, keupayaan generasi muda dalam bidang sains dan teknologi perlu
ditingkatkan.dengan itu, peluang dan kemudahan pendidikan vokasional dan teknologi perlu
diperbanyak dan diperluaskan. Sistem pendidikan harus sesuai dengan tuntutan persekitaran
dan keperluan semasa serta masa hadapan. Oleh yang demikian, kita dituntut juga supaya
memperkenalkan bidang ilmu baru, termasuklah yang kini ditekankan seperti informatik,
yang di dalamnya termasuk komputer. Bidang ini harus diajarkan dan harus diperkenalkan di
universiti dan di sekolah-sekolah. Pendidikan ialah pelaburan jangka panjang untuk
menyediakan tanaga mahir generasi baru yang akan menjawab cabaran yang akan datang.
87
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Isu terakhir sehubungan dengan gerakan reformasi pendidikan ialah pelepasan diri
dari kongkonganvpemikiran yang sempit. Pemikiran sempit kita itu mestilah diubah supaya
kita dapat melihat gejala dalam persekitaran kita dengan sikap keterbukaan atau
‘globalisation’. Oleh sebab itulah dalam falsafah pendidikan, kita masukkan matlamat
pembinaan insan dalam konteks yang sarwajagat atau global sifatnya. Amatlah tidak benar
jika dikatakan bahawa sikap keterbukaan itu bermaksud kita mengetepikan Melayu atau
mengetepikan Malaysia. Yang kita maksudkan ialah kesejagatan yang berpijak pada suasana
Malaysia. Pernah diungkapkan kata-kata: manusia Melayu itu hendaklah berakar nasional
dan berakal global. Kita harus menerima kenyataan bahawa sistem pendidikan perlu berubah
mengikut masa. Ertiya,reformasi pendidikan harus berlaku.
Sementara itu, kita hendaklah memastikan bahawa peluang yang ada digunakan dan
dimanfaatkan sepenuhnya. Tidak ada sesiapa pun yang dapat menafikan kenyataan bahawa
peluang sekarang adalah jauh lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Dan mempergunakan
peluang kini bermakna menghadapi persaingan yang lebih sengit. Kita tidak hidup dalam satu
kekosongan. Sebaliknya kita hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran dan persaingan.
Dalam konteks Malaysia, persaingan itu terutamanya ialah antara bandar dengan luar bandar
dan antara kaum. Tugas kita adalah memastikan bahawa kita menggunakan peluang-peluang
yang disediakan dengan sebaik mungkin. Bukan hanya sekadar daya saing atau
‘competitiveness’ dalam kalangan kia sesama sendiri. Daya saing itu harus diperluas dalam
konteks kawasan, dalam konteks rantau dan dalam konteks dunia yang menjadikan
persaingan itu global sifatnya iaitu persaingan yang ada hubungkaitnya dengan ‘competitive
advantage’ negara kita dengan negara-negara lain.hal-hal ini paling kitikal untuk menjamin
88
MELAYU BARU MELAYU LAMA
masa depan Malaysia dengan negara-negara serantau dan sedunia. Persaingan dan
kecemerlangan ditekankan sebagai persediaan mengharungi dekad-dekad yang leih
mencabar. Pendidikan dalam konteks ini adalah bersifat futuristik. Kita mewajibkan pelajaran
sejarah supaya pelajar-pelajar kita mempunyai kesedaran sejarah dan memahami the unic
Malaysian experience, pengalaman Malaysia yang unik supaya kita tidak terlalu terlalu
terpesona dengan pengalaman orang lain sehingga melupakan kekayaan pengalaman
masyarakat sendiri. Tetapi memahami pengalaman sejarah bukan bermakna kita mengambil
langkah untuk kembali ke zaman lampau atau dibelenggu oleh rasa nostalgia sehingga
mengambil sikap yang tidak realistik dalam persoalan sosial, ekonomi dan teknologi yang
berubah begitu pantas.
Sebagai bangs dan umat yang merdeka, sistem pendidikan kita harus melahirkan jiwa
merdeka yang berani melihat masa depan berdasarkan perspektif dan nilai umat kita, bukan
pandangan yang dipaksakan kepada kita. Benar bahawa kita harus bersifat realistik dan
memahami situasi global dan hakikat interdpendence, dengan kita merupakan bahagian
dalam global village itu. Tetapi kita perlua ada keberanian untuk menenukan masa depan
umat kita. Perubahan yang amat pesat dalam alam teknologi harus dijadikan cabaran daya
fikir untuk merumuskan dasar-dasar penggunaan teknologi yang sesuai dengan nilai hidup
dan untuk menjamin kestabilan alam sekitar.
Selaras dengan islam sebagai agama rasmi Malaysia kerajaan telah memperkenalkan
“Islam Hadhari” sebagai satu pendekatan baharu dalam memacu agenda pembangunan
negara ke arah merealisasikan negara maju berdasarkan acuan sendiri sebagaimana yang
termaktub dalam Wawasan 2020. Pendekatan Ialam Hadhari diperkenalkan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agong
UMNO kali ke-55 pada 23 September 2003. Islam Hadhari bukanlah satu ajaran atau mazhab
baharu tetapi iaitu satu pendekatan bagi menjelaskan kepada masyarakat tentang
kesempurnaan ajaran islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Tambahan pula,
pendekatan Islam Hadhari yang menitikberatkan keharmonian hubungan etnik ini telah pun
wujud pada zaman awal islam lagi.
89
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pada zaman islam tersebut Nabi Muhammad SAW telah memeterai perjanjian dengan
pelbagai kumpulan etnik yang mendiami kota Madinah sebagaimana yang digambarkan
dalam Piagam Madinah (sebuah perlembagaan negara bertulis yang pertama di dunia). Di
samping itu, Islam Hadhari juga merupakan satu pendekatan yang ingin membawa kemajuan
kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik dan anutan agama mereka. Oleh itu,
islam hadhari sebagai satu pendekatan juga harus difahami oleh semua lapisan masyarakat
terutamanya di negara seperti Malaysia yang bersifat multietnik agar tidak disalahtafsirkan
sehingga menjadi isu yang boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
Pendekatan Islam Hadhari akan memberi kebaikan seperti Kerajaan Adil dan
Beramanah, Rakyat berjiwa Merdeka, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Pembangunan
Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, Kehidupan Berkualiti, Pembelaan Hak Kumpulan
Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral, Pemeliharaan Alam Semulajadi dan
Kekuatan Pertahanan perlu dihayati bagi melahirkan masyarakat yang harmonis dan bersatu
padu.
Pendekatan Islam Hadhari yang hendak disampaikan amat komprehensif dan
menyeluruh dan sewajarnya dilaksanakan secara jujur dan berterusan dalam dunia ini
sekiranya manusia sejagat ingin hidup dalam satu dunia yang sejahtera dan aman. Keadaan
ini selari dengan kehendak dan hikmah kejadian manusia yang dicipta dalam kepelbagaian
bangsa, kaum dan suku, lelaki dan wanita agar saling mengenali, berkasih sayang, tolong
menolong antara satu dengan yang lain bukan untuk berpecah belah dan bermusuh-musuhan.
Untuk mencapa hasrat dan aspirasi ini, maka seluruh umat manusia perlu mempelajari
dan memahami sosiobuudaya sesuatu kaum dan bangsa lain secara lebih mendalam.
Sekalipun perkongsian ilmu dan kerjasama dalam segala bidang pengetahuan antara manusia
telah dapat mewujudkan kemajuan manusia sejagat selari dengan konsep Pendekatan Islam
90
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Hadhari, namun begitu sikap tamak dan mementingkan diri sendiri sesetengah pihak boleh
mencetuskan pergeseran, permusuhan dan perpecahan. Hal ini akan membantut usaha
memaju dan membangunkan negara. Pendekatan Islam Hadhari yang menekankan
penguasaan ilmu pengetahuan, bukan hanya untuk kelompok dan golongan tertentu sahaja,
malah perlu dikuasai oleh semua bangsa tanpa dibatasi oleh sempadan geografi. Hal ini
menunjukkan sikap akomodatif Islam dalam mendapatkan ilmu tanpa ada perbezaan antara
masyarakat islam dan bukan islam.
Selain itu, prinsip kerajaan yan adil dan amanah enjadi pemangkin dan pendorong ke
arah tercetusnya sistem ekonomi agar kekayaan negara dapat diagihkan secara adil dan
saksama. Tindakan ini merupakan satu instrumen penting bagaimana pembahagian kekayaan
dan harta dapat diwujudkan untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu padu.
Walaupun prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ditekankan dalam masyarakat
Hadhari, ini tidaklah bermakna kebebasan agama disekat. Manusia yang berilmu seharusnya
tahu membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Kefahaman terhadap konsep patriotisme
yang membawa maksud sayang akan bangsa dan negara adalah selari dengan prinsip rakyat
yang berjiwa merdeka sebagaimana saranan dalam Pendekatan Islam Hadhari.
91
MELAYU BARU MELAYU LAMA
BAB 6
KESAN PERUBAHAN MELAYU LAMA
KEPADA MELAYU BARU
Kesan perubahan berlaku apabila bangsa Melayu mulai melupakan tradisi atau budaya
sendiri dalam usaha hendak menjadi bangsa yang maju dengan melihat proses globalisasi
yang berlaku sekarang sebagai cabaran utama, padahal cabaran yang lebih serius datangnya
dari dalam diri bangsa Melayu itu dan dari dalam negera sendiri. Kita sering mendengar
orang berkata bahawa manusia hendaklah berubah mengikut zaman. Hal ini timbul kerana
implikasinya terhadap masalah perubahan dan kemajuan manusia sangat luas dan kompleks
mengikut zaman. Perubahan yang berlaku menyebabkan pelbagai kesan yang timbul dari
Melayu lama ke Melayu baru. Terdapat pelbagai kesan dari perubahan tersebut iaitu dari segi
pemikiran atau kepercayaan manusia, poltik, ekonomi, budaya, pendidikan dan bahasa.
Pemikiran
Pemikiran merupakan suatu bidang baru dalam ilmu sejarah. Setiap masyarakat
memiliki aliran pemikiran yang tersendiri dan ia berkembang mengikut peredaran masa.
Masyarakat Melayu mengalaminya dan perubahan secara evolusi bermula dengan pegangan
kepada konsep kepercayaan Paganisme, Animisme, Hindu-Budha, Islam dan Sekularisme.
Dalam perkembangan dari segi pemikiran ini, didapati perubahan dalam pegangan
masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh konsep-konsep tersebut. Setiap alam pemikiran,
ini membawa kepada pegangan dan amalan yang berbeza-beza, menyebabkan berlakunya
pertembungan pemikiran dalam budaya Melayu.
92
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Melayu sedang mengalami pelbagai masalah pemikiran kerana orang Melayu terpengaruh
dengan ideologi bahawa untuk maju seterusnya mereka diseru supaya berfikir dan menuntut
ilmu dalam bahasa asing untuk menjadi ‘bangsa yang maju’.
Akhirnya, ilmu yang mereka perolehi dalam bahasa sendiri, walaupun tinggi dan
bermutu, tidak akan diiktiraf layak untuk mendapat pekerjaan dalam sektor swasta di negara
ini. Proses perubahan pemikiran sebenarnya berlaku di mana-mana sahaja dan ia turut
dialami dalam semua masyarakat manusia. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan juga
bahawa dalam proses perkembangan pemikiran tersebut, sedikit sebanyak akan mewujudkan
konflik antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pada kebiasaannya konflik ini
akan berlaku antara golongan pembaharuan dengan golongan tradisional atau antara golongan
moden dengan golongan konservatif. Ia turut dialami oleh masyarakat Melayu.
Setakat mana budaya fikir ini telah mendatangkan kesan kepada pemikiran Melayu
merupakan persoalan yang mugkin maseh belum dijawab dengan memuaskan. Namun, apa
yang jelas ialah budaya fikir tersebut dianggap sebagai tidak memainkan peranan yang besar
dalam membentuk ciri-ciri utama Weltanschauung Melayu tradisional (lama). Orang Melayu
tradisional menghayati satu pandangan alam yang dianggap unggul dari segi kaca mata
pandangan moden semasa. Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii ini
sebagai penuh dengan makna halus, simbolisme transenden, gurindam dan syair. Pandangan
mereka tidak hanya terhad kepada manifestasi material alam. Bahkan bagi mereka dimensi
fizikal, dimensi yang amat penting bagi sains dan teknologi moden, hanyalah satu manifestasi
kecil fenomena alam yang amat luas. Bagi mereka kewujudan alam fizikal yang telus kepada
pandangan kasar ini sebenarnya bergantung kepada dimensi alam hakikat dan ruh yang maha
seni.
Penghayatan pandangan ini, jelas dapat diperhatikan secara praktis dalam kehidupan
seharian dan amalan kemasyarakatan mereka. Ciri keunggulan lain yang wujud dalam budaya
fikir orang Melayu tradisional ialah kepentingan kehidupan harmoni dengan alam tabii.
Prinsip keharmonian ini dihayati melalui ritual dan manisfestasi kebudayaan. Ritual dan
manifestasi kebudayaan tersebut biasanya digariskan oleh semiotik tabii dan kosmologi
kebudayaan yang diwarisi dan dimantapkan generasi demi generasi. Pemantapan ini dicapai
melalui pemeliharaan adat resam dan petua kemasyarakatan.
93
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Oleh itu dalam "alam Melayu," tidak hairanlah haiwan, tumbuh-tumbuhan dan batu-
batan mampu bercakap, bahkan bermadah secara bernas setanding dengan sebarang pujangga
manusia. Walaupun dalam dongeng masyarakat barat alam seperti itu wujud, namum senario
dalam alam Melayu itu bukan sekadar gambaran dongeng bagi tujuan hiburan. Ia merupakan
satu kenyataan yang diterima oleh pandangan alam Melayu. Sebab itulah dalam alam
Melayu, manusia (khasnya syaman, pawang, bomor, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan
haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang sukar diterima dan untuk dibayangkan
oleh manusia sekular. Ilmu bertinterkasi tersebut juga merupakan antara yang sangat dihargai
kerana ia membuka jalan bagi manusia Melayu mampu hidup berharmoni dengan alam tabii.
Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat, bercakap dengan mahluk lain
selain sesama manusia hanya mungkin berlaku dalam cerita dogeng. Dalam dunia Melayu,
hal tersebut tidak dianggap dongeng atau fiksyen semata-mata. Kepercayaan dan pandangan
alam mereka dianggap bertentangan dengan kenyataan moden atau pandangan sains, namun
hampir tidak ada langsung manusia Melayu tradisional yang akan menidakkan kosmologi
mereka. Pada umumnya orang Melayu masih terikat dengan Weltanschauung tradisional dan
gagasan budaya fikir Melayu. Gagasan iniboleh disimpulkan sebagai melihat alam tabii ini
penuh dengan simbolisme semantik, gurindam dan syair. Penghayatanpandangan ini,
misalnya, dapat diperhatikan secara praktis dalam penghayatan ritual dan manisfestasi
kebudayaan
94
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Politik
Jika kita memerhatikan suasana politik sedunia hari ini, maka dapatlah disimpulkan
bahawa negara bangsa masih merupakan perkelompokan politik yang paling dominan di
kalangan masyarakat dunia. Kesedaran politik orang Melayu ini kemudiannya diperkembang
terus dalam badan-badan yang berusaha menggembleng sentimen kemelayuan dan keislaman.
Dalam bidang politik, kuasa demokrasi Melayu tidak lagi sekuat dahulu. Dalam pilihan raya
1955, 85% kerusi Dewan Perundangan Persekutuan berada dalam tangan UMNO ( satu
kerusi Parti Islam SeMalaya atau Pas hari ini ). Hari ini jumlah kerusi Parlimen yang
dipegang oleh UMNO atau orang Melayu hanya lebih kurang 55% sahaja. Para pemimpin
politik Melayu sendiri mengakui keadaan ini apabila mereka berkata bahawa orang Melayu
terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk terus berkuasa atau berkongsi kuasa di
negara ini, padahal lebih 65% daripada penduduk Semenanjung Tanah Melayu adalah orang
Melayu. Dalam Barisan Nasional (BN), hanya ada sebuah sahaja parti Melayu, iaitu UMNO,
tidak ada parti Melayu lain. Ini bererti, merosotnya kuasa politik UMNO dan menurunnya
‘kuota’ kuasa pemerintahan Melayu, lemahlah kuasa politik bangsa Melayu di Malaysia.
Perubahan sistem kepimpinan bangsa Melayu dari sistem lama yang dikatakan bercorak
‘feudal’ kepada sistem baru yang boleh disebut ‘sistem kepimpinan politik’ yang berlaku
dalam persekitaran baru, iaitu persekitaran demokrasi dan ekonomi kapitalisme yang
mementingkan persaingan, lalu keadaan ini menjadikan manusia lebih bersifat
individualistik, mementingkan diri sendiri,menggantikan struktur sosial ‘tradisional’
berdasarkan kesedaran dan tanggungjawab bersama, tanggungjawab komuniti.
Dari sudut politik, perkembangan terkini yang berlaku di Cambodia amat menarik.
Cambodia bergerak ke arah satu sistem politik hasil campuran antara tradisi Inggeris dan
Amerika. Selepas memperkenalkan sistem pilihanraya tiga penggal yang lepas, Cambodia
bukan sahaja telah mengembalikan demokrasi tetapi juga sistem monarkinya. Perubahan ke
arah sistem demokrasi yang relatif pantas selepas Cambodia di bawah cengkaman regim
komunis Pol Pot adalah sesuatu yang memberangsangkan. Mengikut sistem yang diamalkan
di Amerika Syarikat, Cambodia memilih ahli–ahli senat dan parlimen mereka. Ini sesuatu
yang menarik dan agak menyimpang dari sistem Inggeris seperti yang diramalkan di
Malaysia di mana ahli – ahli senat adalah dilantik. Cabaran politik yang bersifat ideologikal
yang boleh membantut pertumbuhan ekonomi yang stabil, nampaknya sudah berkurangan
kerana secara umunya negara – negara sedang membangun seperti Asia Tenggara sudah pun
95
MELAYU BARU MELAYU LAMA
bergerak dan lebih selesa dengan nilai politik yang dikenali sebagai ‘pendemokrasian’ yang
dianggap oleh Huntington sebagai ‘gelombang ketiga’ (Hungtington, 1991). Penyatuan
Vietnam Utara dan Selatan dan gerakan pendemokrasian di Myanmar nampaknya semacam
membenarkan tesis Hungtington.
Ekonomi
Demi melemahkan kedudukan orang Melayu supaya tidak dapat bangun menentang
penjajah, mereka telah disisihkan dalam proses pembangunan ekonomi dan perdagangan di
tanah air mereka sendiri pada zaman penjajahan, orang Melayu secara terhormat mendiami
kawasan luar bandar untuk melakukan pekerjaan pertanian sekadar cukup untuk keperluan
dalam kehidupan seharian. Sementara segala sektor ekonomi diberikan kepada pekerja-
pekerja asing yang dibawa dari luar. Oleh kerana tersisih jauh di pedalaman orang Melayu
tertinggal jauh di belakang dalam bidang ekonomi.
Kesan terhadap ekonomi turut berlaku sama ada positif atau negatif. Masalah yang
sering dihadapi oleh manusia dalam zaman Melayu baru melalui ekonomi bebas hari ini ialah
masyarakat tidak tahu lagi bagaimana hendak menjaga pintu rumahnya atau sempadan
budayanya daripada dimasuki atau dicerobohi. Melayu lama tidak menjadi kaum pedagang
kerana mereka ditolak ke pendalaman menjadi kaum petani dan pekebun kecil oleh dasar
kuasa luar British. Dasar British juga menyekat orang Melayu daripada melibatkan diri dalam
ekonomi pasaran. Perkara ini malang buat bangsa Melayu dan ia berulang sehingga hari ini.
Dalam hal ini, ia tidak menunjukkan kebodohan orang Melayu, tetapi suatu peristiwa
penjajahan ekonomi Melayu. Peristiwa ini masih lagi berlaku iaitu kuasa ekonomi ‘pasaran
bebas’ barat masih terus melakukan perkara yang sama di peringkat perdagangan
antarabangsa, misalnya melalui WTO dan IMF, dan melalui ugutan senjata. Dasar ekonomi
baru yang dijalankan oleh kerajaan merupakan satu cara untuk meningkatkan penyertaan
orang Melayu dan bumiputera dalam kegiatan ekonomi.
Kerajaan berharap jumlah penyertaan kaum bumiputera dalam sektor ekonomi negara
dapat meningkat hingga mencapai kadar 30%. Untuk mencapai matlamat tersebut, kaum
bumiputera telah diberi kemudahan latihan serta peluang perniagaan dan perdagangan.
Jelasnya, Dasar Ekonomi Baru itu bertujuan untuk memberi kedudukan yang lebih adil
khususnya kepada orang Melayu yang telah tertindas dan tertinggal jauh di belakang akibat
96
MELAYU BARU MELAYU LAMA
penjajahan. Melalui kemerdekaan tanah air, orang Melayu berharap dan berpendapat bahawa
mereka seharusnya mendapat kedudukan yang adil dan seimbang dengan kaum-kaum lain
yang menjadi warganegara di tanah air mereka dalam sektor-sektor yang telah direbutkan.
Golongan yang berfikiran positif pula beranggapan walaupun statistik menunjukkan
penguasaan ekuiti Melayu tidak meningkat bukan disebabkan kaum Melayu tidak maju.
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 3 kaum utama iaitu kaum
melayu , cina dan india. Sudah 446 tahun negara kita dijajah dan kini sudah 50 tahun negara
kita merdeka maka semestinya berlaku perubahan ekonomi dalam kalangan hubungan etnik
di negara ini. Ekonomi kaum melayu didapati bertambah baik dan maju jika dibandingkan
dengan 50 tahun dahulu. Jika dahulu kita sebut sahaja petani dan nelayan maka kebiasaannya
dirujuk kepada kaum melayu tetapi pada hari ini kita sudah ada ramai usahawan, peniaga dan
juga golongan professional yang terdiri daripada kaum melayu. Namun begitu, bilangan sedia
ada kaum melayu dalam pekerjaan yang membanggakan masih kurang memberansangkan.
Kita memang tidak dapat menafikan bahawa kehidupan dan ekonomi kaum Melayu jauh
lebih baik berbanding dahulu tetapi secara keseluruhannya ekonomi melayu masih berada di
paras sederhana. Hakikatnya kita telah mempunyai ramai golongan melayu yang berjaya
tetapi sekiranya bilangan ini dibandingkan dengan bilangan Melayu yang kurang berjaya
amat ketara jurang perbezaannya. Kehidupan orang Melayu bertambah baik disebabkan oleh
revolusi ekonomi yang dilancarkan oleh Bapa Pembangunan kita iaitu Tun Abdul Razak yang
merupakan Perdana Menteri kita yang kedua. Tun Abdul Razak melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru untuk memajukan kehidupan dan ekonomi kaum Melayu di negara kita.
Secara realitinya sememangnya Dasar Ekonomi Baru ada pencapaiannya. Namun begitu ,
sekiranya kita lihat dari sudut statistik ekuiti Melayu masih tidak berubah.
Jika Dasar Ekonomi Baru ini dilaksanakan 20 tahun yang lalu menunjukkan kaum
Melayu mencapai ekuiti negara sebanyak 18.9% maka hari ini iaitu pada tahun 2007 data
terbaru masih menunjukkan kaum Melayu tetap menguasai ekuiti sebanyak 18.9% dari segi
statistik. Natijah daripada statistik ini menunjukkan beberapa pendapat yang berbeza
berkaitan dengan ekonomi Melayu kini. Antara pendapatnya ialah kaum Melayu masih
mundur dan tidak meningkat ekonomi mereka sedikit pun sekiranya hendak dinilai dari segi
statistik. Seterusnya ada juga yang beranggapan orang melayu masih mundur tetapi sudah
berlaku peningkatan dan maju dari segi ekonomi. Pada masa yang sama , ada juga sesetengah
pihak yang tidak mahu lihat dari sudut statistik tetapi bentuk fizikal yang membuktikan kaum
97
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Melayu sudah sangat berjaya dan tidak mundur lagi. Ada pula yang berfikiran kaum Melayu
sebenarnya masih berada dalam paras sederhana yang bermaksud tidak semundur yang
difikirkan dan pada masa yang sama juga tidak semaju yang dianggap. Golongan yang
berfikiran positif pula beranggapan walaupun statistik menunjukkan penguasaan ekuiti
Melayu tidak meningkat bukan disebabkan kaum Melayu tidak maju tetapi peningkatan
dalam ekonomi Melayu juga diikuti dengan perkembangan ekonomi hubungan etnik lain di
negara kita khususnya pelabur asing dan kaum Cina. Oleh yang demikian, kumpulan kita
merasakan satu pelan ekonomi yang baharu dan lebih baik perlu digubal untuk memantapkan
lagi ekonomi kaum Melayu di negara kita. Mengikut kajian dan tafsiran yang dilakukan oleh
kumpulan kita pula adalah kurang elok sekiranya kita masih hendak melabelkan kaum
Melayu sebagai kaum yang mundur dari segi ekonomi. Realitinya secara holistik ekonomi
Melayu kini berada dalam paras sederhana dan semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Dalam pada itu, kesukaran ekonomi orang Melayu berkembang dengan pesat
mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya mentaliti sesetengah atau mungkin
majoriti Melayu yang kurang berani untuk mengambil risiko. Majoritinya masih memilih
jalan yang selamat iaitu saling berebut–rebut sesama sendiri untuk bekerja dalam sektor
kerajaan. Sekiranya seseorang itu bercadang bekerja dalam sektor kerajaan disebabkan ingin
berbakti kepada negara mahupun ingin memberi perkhidmatan yang baik kepada masyarakat
mahupun apa–apa sebab yang baik sememangnya merupakan sesuatu yang baik tetapi
sekiranya niat bekerja dengan kerajaan kerana ingin mengambil jalan selamat, mahukan lebih
masa bersama keluarga, idamkan pekerjaan yang kurang sibuk dan mudah, tidak berani
mencuba sesuatu dan baru dan sebagainya maka amat sukar untuk kaum Melayu maju
dengan cepat dalam sektor ekonomi negara. Tidak mustahil sekiranya Melayu tetap dengan
mentaliti sebegini dan masih mampu untuk maju tetapi mengambil masa yang amat lama dan
sukar sedikit untuk maju.
Ekonomi Melayu dalam sesebuah keluarga pada masa ini juga akan lebih kurang
berbanding dengan hubungan etnik yang lain walaupun mungkin pendapatan Ketua Keluarga
amat tinggi. Hal ini disebabkan mengikut kajian kumpulan kita majoriti kaum Melayu
biasanya melahirkan anak minima 4 hingga 6 orang anak dalam sesebuah keluarga. Sebagai
contoh ketua keluarga berpendatan RM 5000 sebulan sekali pun tetapi hendak dibahagikan
kepada pendapatan per kapita keluarga seramai 7 orang maka seorang hanya RM 714 sebulan
dalam setiap bulan tanpa menolak perbelanjaan dan kos tanggungan yang lain lagi.
98
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Kemungkinan ini juga merupakan antara sebab perkembangan ekonomi Melayu masih
lembab. Perkembangan lembab tidak bermaksud tidak maju tetapi meningkat dengan kadar
yang amat perlahan.
Melalui kajian juga didapati majoriti penjual burger sebenarnya merupakan pekerja
sambilan golongan Melayu. Majoritinya merupakan pelajar yang inginkan pendapatan yang
lebih. Anggaran keuntungan biasanya antara RM 300–1500 sebulan. Keadaan ini jelas
menunjukkan ada juga golongan pelajar yang rajin mencari duit. Kajian kita mengenai ramai
dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi yang menganggur pula disebabkan oleh sikap dan
mentaliti graduan yang malas, ego dan selalu ingin memilih jalan yang mudah dan pintas.
Mereka kadang–kala hanya memohon untuk bekerja di sektor kerajaan dan apabila
permohonan tidak dapat maka mereka sudah tidak berinisiatif mencuba rezeki di sektor
swasta. Mungkin ada dalam kalangan kategori tersebut yang mencuba tetapi selepas gagal
sekali atau dua kali sudah berputus–asa.
Mutakhir ini, walaupun menjadi petani dan nelayan tetapi pekerjaan ini sudah berbeza
dengan 50 tahun yang lepas. Didapati daripada hasil kajian lebih sesetengah petani dan
nelayan berpendapatan lebih tinggi daripada mereka yang bekerja di sektor kerajaan dan
kadang–kala juga lebih tinggi berbanding dengan mereka yang bekerja di swasta. Petani
moden sebenarnya mengaut keuntungan yang tinggi. Malangnya, walaupun pekerjaan ini
menjanjikan pendapatan yang baik tetapi dipandang serong oleh graduan yang beranggapan
pekerjaan ini tidak setaraf dengan sijil mereka.
99
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Budaya
Budaya Melayu sudah terdedah kepada budaya global atau sudah menjadi ‘Melayu
moden’ atau ‘Melayu baru’ yang mengamalkan cara hidup moden, mendapat pendidikan di
barat, bertutur dan berfikir dalam Bahasa Inggeris. Memakai pakaian seperti orang barat di
pejabat atau di tempat kerja telah menjadi trend orang Melayu sekarang ini malah memakan
makanan ‘bukan Melayu’ di restoran, misalnya makanan fast food (makanan segera) dan
meminum kopi di kedai kopi Starbuck, Dome, Coffee Bean dan San Francisco sudah menjadi
kebiasaannya. Bagi mereka, budaya tradisional beerti budaya lama, budaya warisan nenek
moyang yang sudah ketinggalan zaman, budaya tidak moden dan tidak maju lagi.
Mereka menyatakan bahawa orang Melayu hendak menjadi bangsa yang maju di
dunia hari ini, dunia ilmu sains dan teknologi, dunia pasaran bebas yang mendesak manusia
menjadi tenaga ekonomi berdaya saing, maka budaya lama itu tidaklah boleh dijadikan alat
untuk memajukan keadaan hidup materialistik bangsa Melayu. Orang Melayu hari ini
nampaknya makin lama makin ditenggelami oleh pelbagai pengaruh yang tidak diwarisi dari
pengalaman bangsanya sendiri sejak dahulu kala. Maka itulah kita melihat pelbagai masalah,
misalnya krisis budaya dan moral yang sedang dialami oleh bangsa Melayu dalam zaman
pembangunan hari ini. Ini adalah disebabkan mereka semakin lama semakin tidak memahami
sistem nilai bangsa Melayu islamnya sendiri untuk dijadikan asas atau pedoman hidup
mereka dalam proses pembangunan itu. Namun ini tidak bererti bahawa nilai budaya Melayu
lama itu mesti ‘kaku’, tidak boleh berubah-ubah. Bangsa Melayu dapat kekal hingga hari ini
kerana mereka sanggup melakukan perubahan sepanjang zaman, tetapi perubahn itu tidak
meliar, melainkan berdasarkan struktur atau sistem nilai teras yang sudah terbentuk kukuh
dalam budaya Melayu itu.
Teknologi maklumat mutakhir memang ada kesannya kepada budaya Melayu. Budaya
Melayu yang sedia kita fahami yang kita pegang selama ini berpaksikan kesantunan,
kelembutan dan kehalusan akhlak kini berdepan dengan segala macam ragam maklumat dari
seluruh dunia terutama Barat. Maklumat itu banyak yang baiknya, tetapi tidak kurang juga
yang jahatnya. Parabola cuma wahananya saja, tetapi ia mempunyai makna yang besar
kepada budaya popular kita khususnya yang memanfaatkan televisyen. Tidak cukup dengan
Metrovision, muncul pula Astro, rangkaian TV digital stereo yang menawarkan hiburan dan
rancangan canggih lagi mutakhir. Selanjutnya melalui Internet, dapat diketahui fesyen baru di
100
MELAYU BARU MELAYU LAMA
seluruh dunia yang dapat kita akses. Keadaan ini akan mempengaruhi corak fesyen remaja
kita sehingga mereka dapat mengetahui sekurang-kurangnya apakah fesyen atau hiburan
digital terkini. Keadaan ini mungkin mengubah cara hidup masyarakat daripada suatu
masyarakat konvensional, yang serba sederhana kepada sebuah masyarakat yang serba
canggih dan mewah. Teknologi maklumat dengan segala macam ragamnya boleh menjadikan
kita, melalui penggunaan teknologinya, manusia yang lebih materialistik dan individualistik.
Dunia hiburan menjadi jauh lebih canggih dengan penggunaan teknologi hiburan digital dan
penggunaan CD-ROM yang berhasil mengubah tumpuan remaja kepada hiburan yang pada
mereka jauh lebih canggih daripada hiburan yang lebih konvensional. Begitulah sekelumit
daripada sekian banyak daripada cabaran yang ditampilkan oleh teknologi maklumat terhadap
nilai budaya kita.
Maka dapatlah disimpulkan bahawa teknologi maklumat mutakhir ada baiknya, tidak
kurang juga keburukannya. Tujuan kita memperoleh maklumat, membangunkan maklumat
dalam bahasa Melayu adalah untuk kebaikan. Tujuannya yang tertinggi ialah meneruskan
kelangsungan hidup manusia yang beradab dan berbudaya tinggi. Jadi tujuan tertinggi dari
sudut falsafahnya ialah untuk memperoleh kebahagiaan yang kita idamkan. Teknologi
maklumat melalui penggunaan alat perkakasnya dapat mengubah nilai budaya masyarakat
Islam untuk memanfaatkan maklumat yang baik jika ia digunakan secara yang betul. Jika alat
perkakas teknologi maklumat ini disalahgunakan maka ia akan mendatangkan akibat buruk.
Oleh itu teknologi maklumat yang betul bukan saja harus berwajahkan manusia seperti yang
diwarwarkan oleh ahli falsafah Martin Heiddeggar dan EF Schomacher, malah harus
bertanggungjawab kepada manusia (dalam konteks hablumminannas) dan kepada Allah
(dalam konteks hablumminallah). Hanya ketahanan dalaman yang kuat saja iaitu dalam
konteks keteguhan iman sajalah yang membolehkan kita berdepan dengan cabaran teknologi
maklumat yang tiada tepiannya.
Pendidikan
Pada zaman Melayu lama, perkembangan Islam di Alam Melayu adalah melalui
peranan para ulama dan intelektual Islam yang waktu itu mendapat tempat dalam masyarakat
Melayu sama ada di peringkat istana mahupun di peringkat masyarakat bawahan. Hubungan
mereka begitu akrab sehingga ada antara mereka dilantik sebagai pegawai istana, guru istana,
mubaligh negara, pembesar dan juga pakar rujuk bagi memainkan peranan untuk menjelaskan
Islam di Alam Melayu. Hubungan pihak pemerintah dan para da’i islam itu amat rapat dan
101
MELAYU BARU MELAYU LAMA
terdapat semacam suatu keistimewaan antara mereka dalam usaha mencorakkan pemikiran
masyarakat Melayu dengan nur Islam. Melihat akan fakta sejarah bahawa peranan ulama
dalam sistem pendidikan pondok telah berjaya melahirkan ramai intelektual Melayu Islam di
rantau Nusantara. Sistem pendidikan pondok amat popular dalam kalangan masyarakat
Melayu sebelum perang dunia. Melalui institusi ini, banyak generasi baru dilahirkan, generasi
baru yang lebih berilmu dan lebih luas pemikiran serta pandangan terhadap alam kehidupan.
Malah ia juga berjaya melahirkan aliran-aliran pemikiran Islam di Tanah Melayu yang lebih
bersikap terbuka dan rasional sehingga melahirkan kesatuan pemikiran dan perpaduan dalam
kalangan umat Melayu Islam di Alam Melayu nanti. Institusi-institusi pondok ini
menjalankan sistem pendidikan pondok yang merupakan sebuah pusat pengajian Islam yang
dikuasai oleh para ulama dan berpengaruh dalam masyarakat Melayu. Ia merupakan wahana
yang menghubungkan antara masyarakat Melayu dengan Islam. Lantaran itu, para pelajar
Melayu yang menamatkan pengajian di dalam sistem pendidikan pondok meneruskan
pengajian ke peringkat yanh lebih tinggi di Timur Tengah seperti ke Universiti Al-Azhar,
Kaherah, Mesir dan Universiti Madinah, Madinah, Arab Saudi bagi mendalami ilmu Islam.
Di sini, bermula satu era baru dalam arus pemikiran dan kebangkitan Islam di Alam Melayu.
Sekembalinya mereka itu sebagai pendakwah serta penyambung warisan pendidikan pondok
yang tumbuh subur di Tanah Melayu.
102
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Pendidikan di negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945
hingga 1957. Malah boleh dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik
tolak kepada dasar pendidikan negara yang kita lakeana kini. Selepas tamat Perang Dunia
Kedua pada tabun 1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air.
Perkembangan politik serantau seperti di negeri China, India, Indonesia dan Filinina
telah mengubah pandangan dan sikap kaum. Prinsip penjajah yang terlalu longgar dalam
dasar pendidikannya telah menyebabkan penubuhan sekolah Inggeris oleh pendakwah
Kristian, sekolah vernakular Cina oleh masyarakat Cina dan sekolah Vernakular Tamil oleh
pemilik ladang kopi dan getah. Apa yang berlaku ini membayangkan betapa penjajah
sememangnya tidak mempunyai objektif dalam bidang pendidikan di negara ini. Semuanya
adalah sekadar memenuhi tuntutan dan desakan daripada masyarakat berbilang kaum di
negara ini untuk kepentingan peribadi kaum yang diwakili, tanpa memikirkan kepentingan
bersama. Bagaimanapun, pendidikan di tanah air mengalami zaman malapnya semasa
pendudukan Jepun di negara ini dari tahun 1941 hingga 1946. Ketika ini, banyak sekolah
telah ditutup dan sekolah ketika itu menjadi alat propaganda Jepun untuk menaburkan benih-
benih kebencian kepada bangsa Inggeris dan sebaliknya menghormati bangsa Jepun. Selama
tiga setengah tahun Jepun menduduki Malaya, pemerintahan Jepun ala tentera turut
memberikan kesan kepada perkembangan sekolah di tanah air pada masa itu.
Kesan paling ketara ialah dari segi bilangan murid ke sekolah yang begitu merosot
sekali. Memandangkan kebanyakan sekolah digunakan sebagai tempat perlindungan semasa
serangan Jepun, kebanyakan sekolah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat
digunakan untuk tujuan pengajaran. Keadaan huru hara negara ketika penjajahan Jepun juga
menyebabkan tiadanya kurikulum baru diperkenalkan dan guru terus mengajar berpandukan
kurikulum lama dan yang wajib diajar di semua sekolah ialah bahasa Jepun. Pendidikan di
negara ini mula memasuki zaman perubahan bermula tahun 1945 hingga 1957. Malah boleh
dikatakan, perubahan yang dilakukan pada zaman ini menjadi titik tolak kepada dasar
pendidikan negara yang kita laksanakan kini. Selepas tamat Perang Dunia Kedua pada tahun
1956, penjajah Inggeris kembali ke tanah air. Perkembangan politik serantau seperti di negeri
China, India, Indonesia dan Filipina telah mengubah pandangan dan sikap kaum pendatang di
Malaya ketika itu. Orang Melayu pula telah mula sedar peri mustahaknya pendidikan moden
dan sekular bagi meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial mereka. Ini menjadikan orang
Melayu mula meminta keraiaan Inggeris membaiki keadaan pendidikan di sekolah Melayu
103
MELAYU BARU MELAYU LAMA
dan meluaskan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu. Keadaan ini mendorong kepada
penubuhan sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes yang ditugaskan
untuk menyemak dan membaiki keadaan pendidikan untuk orang Melayu. Laporan Barnes
kemudian disusuli Laporan Fenn-Wu untuk mengkaji masalah pendidikan Cina. Laporan-
laporan ini bolehlah dilihat sebagai satu usaha untuk menukarkan sistem pelajaran penjajah
kepada sistem pelajaran kebangsaan.
Ordinan Pelajaran 1952 yang dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa mengkaji kedua-
dua laporan tersebut. Laporan Razak yang dihasilkan pada 1956 seterusnya dibentuk bagi
menghasilkan sebuah dasar pendidikan yang komprehensif bagi Malaya yang merdeka dan
laporan ini seterusnya menjadi tulang belakang kepada dasar pendidikan negara sehingga
kini. Cadangan Laporan Razak ini dijadikan asas untuk penggubalan Dasar Pendidikan
Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Seterusnya, Penyata Rahman
Talib, 1960 boleh disifatkan sebagai pelaksana penyata Razak. Antara pembaharuan-
pembaharuan yang diperkenalkan dalam sebuah sistem pendidikan negara yang merdeka
ialah peperiksaan penilaian Darjah Lima, Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Malaysian Certificate
of Education (MCE), 'Higher School Certificate (HSC). Sejak merdeka sehingga tahun 1960,
corak dan struktur sistem pendidikan di Semenanjung adalah mengikut rangka dasar yang
ditetapkan oleh Laporan Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran (1957). Bagi Sabah dan
Sarawak pula, corak dan struktur sistem pendidikan adalah mengikut rangka dasar yang
ditetapkan oleh Laporan Woodhead (1955) sehinggalah kedua-dua negeri itu bergabung
dalam Malaysia pada 1963. Corak dan struktur pendidikan di Semenanjung mengalami
perubahan besar selepas Laporan Rahman Talib (19.60) diusulkan dan Akta Pelajaran 1961
dikuatkuasakan khususnya di Semenanjung. Unsur dasar besar dalarn laporan Rahman Talib
yang menjadi asas sehingga kini ialah pendidikan sejagat percuma untuk semua jenis sekolah
rendah kerajaan dan bantuan kerajaan, had umur berhenti dinaikkan dari umur murid 12
tahun kepada umur murid 15 tahun.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia dalam tahun-tahun 1960-
an memerlukan ramai tenaga kerja terlatih dalam berbagai-bagai bidang, khususnya dalam
bidang perkhidmatan sosial dan ekonomi. Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi 1967
ditubuhkan bagi mengenal pasti keperluan tenaga kerja ikhtisas dan separa ikhtisas yang
perlu diberi perhatian. Hasilnya, beberapa IPT ditubuhkan seperti Institut Teknologi Mara
(ITM) (1967), Kolej Tunku Abdul Rahman (1969), Politeknik Ungku Omar (1969),
104
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Universiti Sains Malaysia (1969), Universiti Kebangsaan Malaysia (1970) dan Universiti
Pertanian Malaysia (1971). Seterusnya, dari tahun 1970 hingga 1990, pendidikan di negara
ini boleh dikategorikan sebagai era penyusunan semula sistem pendidikan negara Tumpuan
khususnya diberikan kepada reformasi yang menyeluruh dalam sistem pendidikan bagi
membina sebuah masyarakat yang bersatu padu. Satu perubahan penting dalam pendidikan
era 70-an atau era Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini ialah apabila Laporan Jawatankuasa
Kabinet Mengkaji Pelaksanaan dasar Pelajaran dikemukakan pada November 1979. Jawatan
kuasa yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir
Mohamad mendapat berbagai-bagai kelemahan dalam sistem pendidikan yang sepanjang
tahun. Hasilnya, jawatankuasa memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
yang menekankan aspek 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada KBSM diteruskan di
peringkat mene-ngah dengan pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
mulai; Tidak sahaja pendidikan di peringkat asas diberi perhatian, tahun 1970 hingga 80
menyaksikan perkembangan pesat pendidikan tinggi dengan penubuhan beberapa universiti
iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadikan bilangan universiti kepada lima buah
termasuk Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Bahasa
105
MELAYU BARU MELAYU LAMA
kisah pembawa ajaran tersebut, iaitu Nabi Muhammad.cerita-cerita tentang Nabi Muhammad
dapat dianggap sebagai yang paling tua usianya, jika dibandingkan dengan karya
kesusasteraan pengaruh Islam yang lain. Lagipun cerita-cerita seperti ini tiba bersama-sama
kedatangan Islam ke daerah ini. Cerita- cerita tentang Nabi Muhammad ini memaparka
ketokohannya, sifat-sifatnya yang ideal, peristiwa-peristiwa yang luar biasa tentang dirinya
sebagai pesuruh Allah dan lain-lain. Cerita-cerita ini telah disadur oleh penulis-penulis Islam
setempat dari kesusasteraan Arab dan Parsi seperti Hikayat Nur Muhammad, Hikayat
Mukjizat Nabi, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Muhammad dengan iblis dan banyak
lagi karya yang dihasilkan.
Sejarah telah membuktikan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca
(bahasa perantaraan) bagi daerah-daerah kepulauan Melayu sejak zaman-berzaman. Bahasa
Melayu telah digunakan sebagai bahasa perhubungan antara orang-orang yang tinggal di
kepulauan Melayu dan orang-orang mendatang seperti pedagang-pedagang dan pengembara-
pengembara dari Eropah, Asia Tengah, Cina dan India. Pada amnya proses evolusi Bahasa
Melayu berkembang dan maju selaras dengan taraf perkembangan dan kemajuan yang
dicapai oleh masyarakat bahasanya melalui peperangan, perkahwinan, perdagangan,
pentadbiran, persuratan, keilmuan dan kebudayaan. Sejarah juga telah menunjukkan bahawa
bahasa Melayu telah berkembang dari status bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu
Kuno dan seterusnya ke bahasa Melayu Moden setelah melalui beberapa penyerapan dan
penyebatian daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina, Belanda, Portugis dan Inggeris.
Dalam perkembangan era globalisasi dunia hari ini yang telah dipercepatkan oleh
perkembangan tekonologi maklumat dan komunikasi (ICT), meneruskan proses evolusi
bahasa Melayu ke peringkat maya yang akan memberi cabaran-cabaran baru kepada
masyarakat bahasanya termasuk di negara ini untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama
dunia yang lain.
Sehubungan itu, karangan prosa ini akan membincangkan aspek-aspek umum yang
menjadi isu dan cabaran asas kepada pengembangan penggunaan bahasa Melayu dalam era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pengupasan dan penghuraian yang dibuat oleh
penulis merupakan satu bentuk pandangan dan tinjauan secara umum kepada masyarakat
yang berbahasa Melayu (masyarakat bahasa Melayu) tanpa melalui kajian empirikal yang
memungkinkan berlakunya bais kepada kenyataan-kenyataan yang dikemukakan kepada
pembaca. Bahasa teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh
106
MELAYU BARU MELAYU LAMA
107
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Bagaimanapun, nilai bahasa Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang
bersifat sejagat. Nilai dan harga bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu
di Nusantara membuat ‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang
mengagungkan bahasa Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama. Bahasa Melayu di dalam era ICT
perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan yang penting dalam masyarakat bahasanya
untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang tulen dan sejati. Pada masa yang sama, biarlah
bahasa Melayu dapat memupuk jati diri masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus
pemodenan dan penyejagatan dunia. Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di raung
siber tanpa dipedulikan oleh masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia.
108
MELAYU BARU MELAYU LAMA
BAB 7
MODEL MELAYU PADA MASA HADAPAN
MINDA
MENGABU
NG JALIN
MINDA MINDA
MENCIP DISIPLI
TA N
I
HORMAT
MENG-
MINDA
M RE
BE A
IN T
K
D I
A
109
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Dalam tubuh manusia, terdapat dua “rahsia” besar untuk manusia mencapai kejayaan.
Iaitu dari otak yang menghasilkan minda dan hati yang menhasilkan perasaaan dan emosi.
Kedua-dua organ ini sangat penting dalam individu mencapai kejayaan yang besar dari segi
duniawi dan akhirat. Barisan minda yang paling terkedepan ialah minda yang mencipta idea
baru dan berfikir di luar kotak kebiasaan. Cara pemikiran sedemikian menjangkau disiplin
ilmu yang tertentu dan perlu mempunyai kebolehan menggabungjalin tetapi tidak dibataskan
atau hambat oleh sesuatu yang pernah difikirkan dan dilakukan sebelum ini.
Sebagai manusia kita perlulah berfikir sesuatu yang lebih kreatif berbanding dengan
orang lain. Hal ini kerana, faktor inilah menunjukkan perbezaana atau kelebihan diri kita
berbanding dengan orang lain. Lebih penting lagi ialah minda sebeginilah yang kita perlukan
kepada model Melayu pada masa hadapan. Minda mencipta secara langsungnya dapat
menyumbang kepada kemajuan sesebuah masyarakat serta kepada ekonomi negara kerana
minda jenis dapat menghasilkan pelbagai ciptaan baru sama ada dalam bidang pendidikan
mahupun bidang sains dan teknologi.
Selain itu, jenis minda mencipta ini juga diperlukan dalam zaman era moden yang
mempunyai pelbagai cabaran kerana model seperti inilah boleh dicontohi oleh orang lain.
Bagi memajukan bangsa Melayu pada masa hadapan kita perlu mengekalkan tradisi “Melayu
Baru Melayu Lama” dan pada masa yang sama kita juga berusaha untuk “Melayu Universal”
pada masa hadapan dengan memiliki jenis-jenis minda seperti minda mencipta. Minda
mencipta bukan sahaja menyumbang kepada bangsa tetapi juga kepada pembangunan negara.
Melayu Universal ialah Melayu yang mempunyai dan dilengkapi dengan ciri-ciri yang
penuh dengan ketahanan dan kuat peribadi untuk bergerak diperingkat global dan
antarabangsa samada sebagai usahawan, peniaga, sarjana, pemikir, pujangga, ahli sukan dan
ahli-ahli dalam lain-lain lapangan. Selain itu, Melayu Universal akan diiktiraf serta
dinobatkan sebagai hebat di dalam negara kerana kejayaannya serta jati dirinya yang tetap
berpaksi kepada Islam. Melayu Universal ini juga merupakan budaya Melayu dan warisan
pribumi kita yang bertunjangkan dan berpaksikan kebolehan akal dan nilainya yang kuat di
peringkat antarabangsa dan berperanan besar dipersada antarabangsa.
Hal ini dapat dicapai dan direalisasikan melalui transformasi budaya dalam kalangan
orang Melayu. Tranformasi budaya dapat diselaraskan selari dengan perkembangan ekonomi
110
MELAYU BARU MELAYU LAMA
dan teknologi moden, penawaran bahan-bahan budaya yang didatangkan khas daripada
negara-negara maju yang mendapat pasaran baik di rantau ini, sebagaimana yang telah
dinyatakan atas kepentingan nilai-nilai kemodenan. Walau bagaimanapun, berasaskan kepada
perubahan yang berlaku itu terdapat usaha untuk membina industri budaya Melayu yang lebih
baik dengan meggunakan teknologi dan pengurusan moden.
111
MELAYU BARU MELAYU LAMA
jenis masyarakat pada masa yang akan datang. Bagi masyarakat Melayu yang mempunyai
sikap hormat-menghormati ini akan dipandang mulia oleh masyarakat lain iaitu terdiri
daripada kaum Cina, India dan lain-lain. Melayu menghormati ini mengalu-alukan
kepelbagaian manusia atau insan tidak kira asal-usul masyarakat tersebut. Ini adalah
bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang memahami serta bekerjasama dengan orang lain
tanpa menimbulkan perasaan benci di antara satu sama lain dan seterusnya memupuk
suasana yang terbuka serta saling menerima (reciprocity). Oleh yang demikian, masyarakat
Melayu Universal akan melahirkan insan yang bertamadun selaras motto negara Malaysia
iaitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Melayu beretika (warga dunia atau Pembina kemanusian sejagat) ini adalah dibina
atas landasan rasa hormat tetapi ia mempunyai sikap yang lebih abstrak dan moral yang
tinggi. Masyarakat Melayu yang beretika mentafsir peranan dirinya sebagai pewaris kepada
generasi yang bakal menjadi pemimpin untuk meneruskan pejuangan yang berterusan.
Mereka akan melaksanakan tugasannya dengan baik dan sempurna sehingga mencapai
kerjaya yang lebih cemerlang, beretika dan bermakna pada dirinya. Mereka menganggap diri
mereka sebagai warga masyarakat yang mempunyai keperibadian yang unggul dan sahsiah
yang tinggi bukan sahaja di Tanah Air malahan ke serata dunia. Secara tidak lansung,
masyarakat Melayu Universal yang akan datang ini dapat bertindak secara membina bukan
dengan cara yang mementingkan diri (non egocentric ways). Sehubungan dengan ini, ia dapat
melahirkan generasi yang lebih beretika dan berakhlak tinggi di samping mempunyai tahap
pendidikan mereka yang cemerlang.
Kesimpulannya, hidup ini adalah ibarat sungai, kebanyakan kalangan kita terjun ke
sungai kehidupan ini tanpa ada matlamat yang jelas dengan arah tuju kehidupan akhir kita.
Jadi ada yang terperangkap dengan arus seperti arus ketakutan, arus cabaran, arus kesakitan
dan tanpa sedar mereka mengikut arus tersebut tanpa arah tujuan dan tidak dapat keluar dan
membuat sebarang keputusan yang betul. Ingatlah jika anda tidak membuat keputusan anda
sebenarnya telahpun membuat keputusan iaitu untuk membiarkan suasana membentuk diri
anda dan juga bangsa anda. Oleh itu, untuk mencapai objektif model Melayu iaitu
“Universal” menggunakan jenis minda mencipta ini untuk menghasilkan idea-idea yang
bernas.
BAB 8
112
MELAYU BARU MELAYU LAMA
“Pada pandangan saya perbezaan antara 'Melayu Lama Melayu Baru' cukup luas untuk
dijelaskan tetapi apa yang saya faham tentang Melayu Lama ini ialah sesuatu tempoh masa
yang dikatakan sebagai tamadun Melayu tradisional terdahulu. Manakala Melayu Baru pula
merujuk kepada tamadun Malaysia yang sedang membangun pada masa kini. Bagi saya
perbezaan yang dapat dilihat adalah melalui kesan peninggalan kedua-dua tamadun 'Melayu
Baru Melayu Lama'. Keadaan ini dapat dilihat dari segi politik dan sistem pemerintahan,
dimana sistem tersebut pada zaman Melayu Lama adalah lebih bersifat tradisional dan kurang
menyerlah tetapi Melayu Baru sistem ini sudah dicapai dan sedang mengalakkan proses
pemantapan dengan kejayaanya. Hal ini kerana, kejayaan dalam sistem politik dan
pemerintahan adalah merupakan satu lanjutan dan kemunculan kerajaan Melayu Lama
terdahulu. Maka paksi utama yang menyumbang kepada pembinaan dan pemantapan
tamadun Malaysia hari ini adalah daripada sejarah tanah Melayu Lama. Dari segi sistem
perundingan pula semua kerajaan Melayu Lama iaitu negeri-negeri Melayu pada masa
tersebut mempunyai kanun perundangan yang berasaskan kepada adat Melayu dan Hukum
Islam tetapi pada masa kini sistem perundangan Melayu baru hasil daripada kemerdekaan
yang dicapai telah membawa rakyat yang berpegang dan berdiri di atas tunjang Rukun
Negara. Kesimpulannya, pada pandangan saya kelangsungan sesuatu tamadun itu terletak
kepada kekuatan masyarakat, perkembangan budaya, agama, sosial, ekonomi, politik dan
sains dan teknologi adalah menjadi aspek penting dalam kewujudan tamadun yang gemilang.
Sesuatu tamadun tidak akan berkembang selagi masyarakat tidak memiliki tahap pemikiran
yang inginkan satu perubahan kepada yang lebih global.
113
MELAYU BARU MELAYU LAMA
“Pada pandangan saya, jika tidak ada Melayu lama maka tidak mungkin wujudnya Melayu
Baru yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan pada masa kini. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa Melayu Lama memainkan peranan penting dalam pelagai aspek untuk
membangunkan Melayu Baru pada zaman moden ini. Melayu Lama diibaratkan sebagai
tunjang atau akar kepada pembentukkan sesebuah Melayu Baru yang serba lengkap dalam
semua aspek. Demi memberikan Melayu Baru berkembang dengan lebih jauh lagi. Melayu
Baru tidak boleh melupakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh Melayu Lama dan
bersikap individualistik disebabkan oleh kemodenan yang dikecapi dan melupakan Melayu
Lama ini betungkus lumus dan bermati-matian untuk membangunkan Melayu Baru”.
Soalan : Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa Melayu Baru yang diperkenalkan dan
dipraktikan pada masa kini tidak akan mampu menjadikan golongan Melayu lebih
maju, berdikari, dan berdaya saing khususnya bagi mencapai matlamat Wawasan
2020.
“Ya. Saya bersetuju bahawa Melayu Baru pada masa kini tidak akan membentuk dan
melahirkan golongan Melayu yang mampu berdikari, maju dan berdaya saing sepenuhnya
terutamanya dalam mencapai dan merealisasikan Wawasan 2020. Hal ini kerana, Melayu
Baru, yang diperkenalkan masih belum mampu menghapuskan satu-satunya masalah atau
penyakit kronik yang dihadapi oleh golongan melayu. Rasuah adalah penyakit kronik yang
dihadapi oleh golongan Melayu. Rasuah merupakan penyakit kronik yang melanda golongan
Melayu yang masih belum menemui jalan penyelesaiannya walaupun Melayu Baru kononnya
digunakan dan dipraktikkan pada masa sekarang. Oleh yang demikian, konsep Melayu Baru
harus dikaji, ‘dibedah siasat’ dan dilakukan ‘post mortem’ semula untuk menghapuskan sifat
atau penyakit rasuah dalam kalangan orang Melayu daripada terus menjadi kronik dan
akhirnya akan memakan diri golongan Melayu itu sendiri. Apabila masalah ini berlaku dan
tidak ditangani dengan segera walaupun Melayu Baru telah diperkenalkan, ini tidak akan
mampu untuk mencapai serta merealisasikan Wawasan 2020”.
114
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Soalan : Pada pandangan anda adakah Melayu Baru dan Melayu Lama mempunyai
persamaan setelah diperkatakan bahawa berlakunya perubahan daripada zaman
Melayu Lama kepada Melayu Baru?
“Pada pendapat saya, Melayu Baru dan Melayu Lama mempunyai persamaan dan perbezaan
yang tersendiri. Persamaan ketara yang dapat dilihat walaupun berlakunya perubahan atau
transisi daripada Melayu Baru kepada Melayu Lama adalah dari segi adat tradisi. Adat tradisi
yang diamalkan dalam kalangan orang melayu masih tidak berubah contohnya dalam adat
istiadat perkahwinan seperti amalan persandingan, amalan menepung tawar, amalan
menyambut menantu, merisik, melamar, bertunang dan bernikah yang diamalkan sejak
dahulu lagi masih diamalkan pada masa sekarang. Perbezaan yang ada apabila berlakunya
perubahan daripada zaman Melayu Lama kepada Melayu Baru adalah dapat dilihat dari segi
aspek pemikiran atau mentaliti orang Melayu itu sendiri. Pada masa sekarang boleh dikatakan
orang Melayu sudah mampu untuk berfikir dan membuat keputusan sendiri tanpa bantuan
orang lain dalam pelbagai aspek berbanding pada zaman dahulu. Malahan, orang Melayu
pada masa sekarang sudah mampu menghasilkan sesuatu produk, penemuan ciptaan baru dan
mempunyai pemikiran yang inovatif selaras dengan kemampuan negara-negara barat hasil
daripada perubahan yang dilaksanakan”.
Soalan : Pada pandangan anda, di antara faktor politik, ekonomi, agama dan sosial,
faktor manakah yang paling ketara perubahannya?
“Pada pandangan saya, kesemua faktor di atas merupakan faktor penting dalam
menggerakkan era malayu lama kepada dunia melayu baru tetapi bagi saya, faktor ekonomi
adalah paling jelas memperlihatkan kekuatan perubahannya. Hal ini dapat diperhatikan pada
zaman melayu lama, terutama sebelum kedatangan Islam dan negara belum mencapai
kemerdekaan, tahap ekonomi amat kurang menyerlah. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor
antaranya tahap negeri melayu pada masa itu masih kurang membangun di samping negeri
115
MELAYU BARU MELAYU LAMA
melayu menghadapi masalah penjajahan daripada pihak asing. Keadaan ini berbeza pada
masa ini kerana negara telah mencapai kemerdekaan dan memiliki sistem pemerintahan yang
mantap. Di samping itu juga, pencapaian dalam aspek ini didorong oleh kewujudan bidang
sains dan teknologi yang memberi kesan yang cukup hebat dalam sistem ekonomi negara
untuk mencapai kejayaan dalam aspek ini. Faktor politik juga memainkan peranan penting
seperti sokongan daripada pelbagai badan kerajaan mahupun NGO telah membantu dalam
perkembangan ekonomi negara. Oleh itu, saya tidak dapat memilih manakah faktor yang
paling ketara perubahannya kerana semua faktor-faktor tersebut berkaitan antara satu sama
lain. Justeru itu, rakyatlah yang memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat
negara ke arah yang lebih moden dan berjaya”.
Soalan : Pada pandangan anda, apakah kesan yang dapat dilihat daripada perubahan
melayu lama kepada melayu baru?
“Pada pandangan saya, kesan daripada perubahan dapat dibahagikan kepada dua iaitu kesan
positif dan kesan negatif. Kesan positif dapat diperhatikan apabila rakyat saling bersatu padu
tidak mengira lapisan umur, kaum mahupun jantina. Di samping itu juga, penglibatan
masyarakat dalam pembangunan negara dapat menggambarkan perubahan drastik yang
berlaku selepas tamadun melayu lama. Selain itu, kesan positif yang dapat dilihat sekarang
ini ialah dari aspek ekonomi. Hal ini kerana ekonomi negara kita sedang membangun
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Sebagai contohnya dari segi pendapatan
rakyat pada masa kini telah mencapai tahap yang memuaskan berbanding dahulu yang hanya
bergantung kepada kegiatan pertanian sahaja. Oleh itu, perubahan yang berlaku memberi
kesan baik kepada seluruh rakyat. Namun, disebalik pembangunan yang mapan, terdapat
kesan negatif yang dapat diperhatikan. Pada pandangan saya, keadaan yang jelas nyata lagi
bersuluh adalah masalah sosial yang semakin hari semakin meningkat sekarang. Masalah
sosial yang tidak terkawal ini seakan-akan memberi gambaran bahawa masih terdapat
masyarakat melayu yang tidak bertamadun dari segi pemikiran. Sebagai contohnya, kadar kes
pembunuhan, rogol dan sebagainya semakin hari semakin bertambah. Adakah ini yang
menjadi tanda kepada kemajuan negara? Selain itu, antara kesan yang menyebabkan
berlakunya masalah sosial ini disebabkan oleh faktor negara yang mengamalkan dasar
116
MELAYU BARU MELAYU LAMA
terbuka menyebabkan rakyat melayu mudah terpengaruh dengan budaya Barat yang tidak
mempunyai pegangan hidup. Penerapan unsur-unsur negatif amat mudah dan cepat diterima
oleh masyarakat melayu. Oleh hal demikian kemajuan yang dicapai oleh negara tidak
seharusnya dicemari dengan perkara-perkara yang tidak elok itu. Secara peribadinya, saya
berpendapat negara pada masa ini hanya mencapai kemajuan dari segi pembangunan sahaja
tetapi tahap mentaliti masyarakat melayu boleh dianggap tidak mencapai perubahan yang
diinginkan seiring dengan pembangunan negara pada hari ini”.
“Pada pandangan saya melayu baru lebih banyak mengikut budaya barat yang jauh berbeza
dengan adat dan budaya timur. Masyarakat melayu baru kini lebih cenderung mengamalkan
kehidupan mengikut arus permodenan dan peredaran zaman yang lebih banyak menggunakan
teknologi moden berbanding melayu lama yang lebih suka mengamalkan kehidupan secara
tradisional. Contohnya dapat dilihat kebanyakan melayu lama atau lebih dikenali generasi
lama lebih cenderung untuk tinggal di kampung, desa-desa dan kawasan luar bandar
sebaliknya melayu baru lebih gemar tinggal menetap di bandar-bandar besar. Selain itu,
semangat kejiranan dan perpaduan dalam masyarakat melayu lama lebih kukuh dan utuh
sehingga kini berbanding melayu baru. Perkara ini dapat dilihat melalui majlis-majlis seperti
kenduri kahwin, majlis berkhatan dan sebagainya dilakukan secara bergotong royong dan
beramai-ramai antara penduduk setempat, segala aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan
dan kerjasama dari penduduk setempat yang secara tidak langsung dapat mengeratkan
silatulrahim antara penduduk. Sebaliknya jika di lihat melayu baru kini lebih cenderung
mengamalkan kehidupan bersendirian tanpa menghiraukan jiran disebelah apatah lagi
penduduk setempat dan dalam melakukan sesuatu majlis lebih suka melakukannya secara
bersendirian dan segala kelengkapan majlis hanya ditempah melalui khidmat ‘catering’.
Penduduk setempat hanya dijemput untuk menghadiri majlis pada hari majlis berlangsung
sahaja. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan sikap masyarakat melayu baru yang
kurang mengamalkan sikap perpaduan”.
117
MELAYU BARU MELAYU LAMA
“Pada pandangan saya melayu lama ini masyarakatnyal ebih mengamalkan adat resam, lebih
kolot dalam cara pemikiran mereka berbanding me layu baru iaitu mereka menganggap
perempuan tidak perlu belajar tinggi dan mereka hanya digalakkan menerima pelajaran hanya
menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) kerana mereka hanya digalakkan duduk di
dapur sahaja. Semangat perpaduan masyarakat dalam melayu lama ini ada juga tapi hanya
sedikit sahaja tetapi semangat nasionalismenya lebih kukuh seperti mereka sanggup
mengadaikan nyawa demi memperjuangkan tanah air. Bagi melayu baru pula, pemikiran
mereka lebih bersifat terbuka iaitu lelaki dan perempuan adalah sama taraf dalam segala hal
bagaikan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Bilangan masyarakat yang
mengamalkan semangat nasionalisme pada zaman ini adalah sedikit dan kebanyakkannya nak
muda tidak mempunyai semangat dalam mempertahankan negara. Sebagai contoh, baru-baru
ini terdapat sekumpulan anak muda sanggup membakar bendera negara kita dan ini
menandakan mereka tiada semnagat dalam cintakan tanah air yang rata-rata masyarakatnya
adalah golongan melayu”.
“Benar, Bagi pendapat saya, ini adalah kerana mereka yang sudah berpangkat ini merasakan
diri mereka cukup bagus berbanding dengan orang bawahan. Hal ini kerana kemewahan yang
beliau ada mungkin beliau menganggap beliau dapat memiliki semua benda yang ada di
dunia ini. Oleh yang demikian, perasaan megah dan meninggi diri yang sangat menebal pada
golongan itu, mereka memilih jalan yang mudah dengan melakukan penindasan terhadap
golongan bawahan dalam membuat sesuatu kerja hanya sekadar untuk kepentingan mereka
118
MELAYU BARU MELAYU LAMA
sahaja. Perasaan benci dan hina terhadap golongan bawahan menjadikan golongan atasan
lupa daratan dan asal-usul mereka. Selain itu, mungkin beliau berfikir dan merasakan bahawa
119
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Soalan : Secara umumnya, golongan Melayu lebih dikenali sebagai ‘Melayu mudah
lupa’, ‘Melayu hilang maruah’ seperti rasuah, sifat yang cepat menuding jari,
terlampau bergantung kepada bantuan orang lain, tidak mampu berdikari, dan
terlampau mendapat bantuan daripada orang lain. Adakah dengan sifat-sifat ini akan
membolehkan golongan Melayu berjaya mengubah sikap negatif tersebut dan kesan ke
atas anjakan paradigma yang dilakukan?
“Tidak. Hal ini kerana golongan Melayu terlampau dimanjakan oleh banyak pihak di Malysia
seperti mendapat bantuan dari kerajaan dari segi kewangan. Perkara ini menimbulkan kesan
yang negatif dan menyebabkan sikap masyarakat yang dimanjakan ini sukar diluntur dalam
kalangan orang Melayu kerana mereka masih lagi tidak sedar akan sifat sebegitu hanya
membawa kerosakkan akhlak pada masa akan datang. Segelintir orang Melayu masih lagi
merasakan mereka berada dalam takuk yang selesa, padahal kita tidak tahu apa yang akan
berlaku pada masa akan datang. Masyarakat hendaklah sentiasa merasa bimbang dan takut
akan sejarah lama berulang kembali. Sebagai contoh, Tanah Melayu akan dirampas oleh
pihak penjajah semula akibat sikap masyarakat yang pentingkan diri sendiri tanpa memikir
akan keamanan negara yang kita rasai pada masa kini. Sepatutnya golongan Melayu perlu
mengambil anjakan paradigma yang lebih positif agar tanggapan negatif masyarakat terhadap
golongan Melayu akan terpadam jua suatu hari nanti. Golongan Melayu hendaklah bangun
dan sedar akan keamanan yang kita rasai. Oleh yang demikian, kita sebagai golongan Melayu
yang prihatin terhadap bangsa dan negara, sepatutnya berusaha sendiri agar kita turut merasa
akan kesusahan yang ditanggung oleh golongan Melayu pada zaman penjajahan. Melalui cara
ini, ia dapat mengubah fikiran masyarakat dari sifat yang negatif kepada positif supaya
golongan Melayu dikenali dengan golongan yang mampu berubah menjadi masyarakat yang
bersatu padu dan bersemangat mencapai kemajuan negara. Selain itu, ia juga dapat
membentuk jati diri masyarakat yang tinggi dan akan dapat memartabatkan Melayu di mata
dunia sekaligus menjadi golongan Melayu yang cemerlang, gemilang dan terbilang”.
120
MELAYU BARU MELAYU LAMA
BAB 9
KAJIAN KES
I.
Monday, August 13, 2007
121
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Lemah peribadi adalah punca utama kelemahan sesuatu bangsa. Pendita Za'ba dalam
buku ini melihat kemunduran orang Melayu disebabkan sebahagian besarnya tidak percaya
kepada kebolehan diri sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu menggantung
harapan kepada orang lain. Melayu juga cenderung meminta bantuan dan mencari
pertolongan orang lain.
Bab pertama buku ini dimulai dengan petikan maksud ayat 2 dari surah Al-Mulk yang
bermaksud, "Tuhan yang telah menjadikan hidup dan mati kerana Dia hendak menguji dan
menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia
Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang
bertaubat)." Kecenderungan Za'ba melihat perkaitan agama dan perangai dalam masyarakat
Melayu mungkin kerana pengaruh reformasi Islam Mesir dan pergerakan Turki Muda ketika
itu. Beliau bermula dengan menulis artikel-artikel yang pendek untuk majalah Lembaga
Melayu, Pengaruh dan al- Ikhwan pada 1917.
Antara kandungan yang menarik dalam buku ini ialah pendapat beliau megenai sikap
bergantung kepada diri sendiri yang menjadikan sesuatu bangsa itu maju atau mundur.
Kejayaan dan kemenangan bergantung kepada diri sendiri dari segi amal usaha dan Tuhan
tidak pernah menyuruh manusia untuk berharap kepada sedekah tahlil dari orang yang masih
hidup apabila telah mati nanti.
Za'ba menilai Melayu ketika itu masih kurang sifat kuat berusaha, bekerja dan
membuat sendiri usaha sesuatu pekerjaan berdasarkan kebolehan sendiri. Mengakui
kelemahan diri tetapi tidak pula berusaha untuk keluar daripada keadaan tersebut. Contohnya,
jika hendak memasukkan anak ke sekolah, kerapkali hendakkan perkhidmatan yang percuma,
mengaku miskin, tidak tahu berusaha dan tidak pandai berjimat-cermat mengumpulkan wang
untuk menyekolahkan anak-anak. Perkataan yang amat popular ialah "Tolonglah!"
Perbandingan Melayu dan bangsa-bangsa lain amat mempengaruhi keadaan ketika itu
hinggakan Za'ba menyifatkan bangsa-bangsa lain sanggup berusaha dengan bersungguh-
sungguh melalui berkebun sayur, menjual kayu api, air batu, mengayuh beca, menahan lapar
dan membayar pendidikan anak-anak mereka bagi setiap yang diminta.
122
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Ketika mereka ini datang sebagai 'sengkek" - tanpa ada wang dan harta, hanya tulang
dan akal ikhtiar serta kebolehan diri lalu mengumpul wang, membuka kedai sehingga
memenuhi pekan kecil dan besar. Semua keadaan tersebut disebabkan bangsa-bangsa ini
berpegang kuat dengan kepercayaan bahawa mereka boleh melakukannya sendiri.
Za'ba adalah salah seorang pejuang Melayu yang ingin melihat bangsanya berubah
dan maju. Pengamatannya terhadap kelemahan dan tertinggal di belakang disebabkan oleh
sikap dan perangai yang ada pada mereka sendiri. "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa
yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka
sendiri," demikian maksud dari surah Ar-Raad ayat 11.
Profesor Diraja Ungku Aziz kerap merujuk buku ini dalam ucapan atau tulisan beliau
apabila memperkatakan mengenai perubahan sikap orang Melayu. Biar apa pun yang
dikatakan oleh Za'ba, perubahan sikap sangat berkait dengan pemikiran. Jika perubahan
hendak dibuat, pemikiran harus menjadi fokus. Pelaksanaan perubahan yang paling berkesan
ialah pendidikan. Justeru, memperkasa pendidikan adalah syarat membentuk bangsa yang
berfikir.
123
MELAYU BARU MELAYU LAMA
ULASAN
I.
Setelah mengkaji isu ini, kita tidak dapat dinafikan bahawa kebenaran yang
dinyatakan oleh Pendita Za'ba dalam penulisannya. Hal ini kerana, memang segolongan
masyarakat Melayu masih terpinggir dalam kehidupannya walaupun ada disediakan pelbagai
kemudahan untuk memajukan tahap kehidupan mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
faktor diri mereka sendiri. Kebanyakan mereka tidak ada niat untuk maju dalam hidup
mereka dan terpaksa menjalankan hidup sebagai miskin.
Isu ini juga pernah dikatakan oleh Ybhg Dato' Reezal Merican Naina Merican
Presiden GPMS semasa berucap dalam majlis Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
(GPSM), dengan tajuk ucapan 'Memperkasa Pendidikan Mempertahan Kemerdekaan'. Beliau
juga menegaskan bahawa sebagai masyarakat kita perlu berjuang untuk memantapkan
pendidikan anak bangsa dalam menempuh hambatan dan cabaran baru. Seperti pepatah
Melayu, 'ibarat cangkat sama didaki, lurah sama dituruni; kuah sama dihirup, sambal sama
dicolek; terapung sama hanyut, terendam sama basah; seliang bagai tebu, serumpun bagai
serai'.
Sementara itu, kita juga tidak dapat menafikan kekuatan yang dimiliki oleh anak
Melayu pada zaman ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan kecemerlangan akademik mereka
serta yang ingin menceburi bidang-bidang yang lebih profesional seperti sains dan teknologi,
ekomomi dan undang-undang. Selain itu, mereka juga tidak berminat dalam bergantung diri
kepada orang lain. Sekiranya, kita mengkaji pernyataan ini tentu kita dapat banyak maklumat
dari segi positif. Sebagai anak bangsa, anak-anak muda haruslah menghayati objektif Islam
Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
124
MELAYU BARU MELAYU LAMA
KAJIAN KES
II.
TONGKAT
Melayu yang sudah ke pucuk
harus mengenal akar
melihat reranting
memandang dedaunan
tidak melupakan tanah.
125
MELAYU BARU MELAYU LAMA
ULASAN
II
Karya penulisan sajak oleh Zharulnizam Shah Z.A ialah merupakan sebuah sajak yang
dihasilkan oleh beliau sejurus selepas menonton siaran Perhimpunan Agung UMNO ke-56.
Sajak hasil karya beliau ini ialah bertajuk “ Tongkat ”. Sajak ini berkisar atau mengulas
sedikit sebanyak mengenai keadaan golongan Melayu khususnya pada masa kini.
Golongan Melayu juga diingatkan agar menjadi sesorng insan yang mempunyai
kelengkapan yang sempurna dalam pelbagai aspek. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang
kukuh, bersatu padu pada agama, teguh dan utuh dalam setiap perkara yang dilakukan oleh
mereka walaupun pada masa tersebut mereka berada pada kedudukan yang rendah dan tidak
mempunyai pangkat serta darjat. Selain itu, mereka juga mestilah mempunyai semangat yang
kuat seperti tidak mudah berputus asa, lemah dalam segala hal serta tidak mudah jemu dalam
melaksanakan usaha walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang mendatang.
126
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Rangkap yang terakhir menyentuh mengenai keadaan orang Melayu apabila mereka
sudah menjadi dan mempunyai kuasa atau pangkat darjat yang kukuh mereka hendaklah
menjadi ketua yang bertanggungjawab. Mereka haruslah berani dengan kekuatan yang imiliki
oleh mereka dan tidak akan cepat melatah apabila sesuatu masalah melanda. Selain itu,
mereka juga tidak boleh menunding jari menyalahkan mana-mana pihak dalam
menyelesaikan sesuatu perkara. Perasaan negative dalam kalangan orang Melayu seperti
hasad dengki dan sifat yang keji seperti mencaci haruslah dielakkan apabila mereka berada di
tangga atau di mercu kejayaan. Golongan Melayu turut dinasihatkan agar tidak dikenali oleh
bangsa-bangsa lain dengan kelemahan tetapi golongan Melayu seharusnya menunjukkan
serta menggambarkan diri mereka sebagai bangsa yang kaya dengan pelbagai keistimewaan
dan kelebihan yang tersendiri.
Hal ini demikian kerana, jika tiada ajakan paradigma Melayu, bangsa Melayu akan
menjadi sebuah masyarakat dalam sebuah dunia yang kian mengecil dan tidak bersempadan.
Kita perlu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mewujudkan sebuah dunia yang
aman dan adil tanpa imperialisme dan tanpa penindasan oleh manusia ke atas manusia. Bagi
melayakkan diri kita untuk memainkan peranan ini, kita perlu memperkuatkan diri serta
bangsa kita dan bekerjasama rapat dengan bangsa-bangsa lain yang sealiran dengan kita.
127
MELAYU BARU MELAYU LAMA
KAJIAN KES
III
Melayu terus bergayut dengan bantal
busuknya
oleh Lanh
sumber: Harakahdaily.net Thursday, July 21 @ 14:51:17 MYT
MANUSIA lahir dengan tangan kosong. Manusia juga akan kembali dengan tangan
kosong. Sepanjang perjalanan kehidupan daripada saat lahir ke detik kematian, seseorang itu
menghimpun segala-galanya – daripada harta benda, anak pinak, ilmu pengetahuan, amal
baik dan buruk, dosa serta pahala.
Antara harta seorang bayi ialah botol susunya, kemudian pada zaman kanak-kanak ada
bantal busuk, seterusnya ada permainan, beg sekolah, waktu bujang ada bilik sendiri,
kemudian kereta, rumah, saham dan akhirnya meninggalkan dunia fana ini dengan harta
bernilai berjuta-juta ringgit. Sesetengahnya pula meninggalkan dunia tanpa apa-apa selepas
diisytiharkan muflis. Jika sesetengah kanak-kanak tidak lekang dengan bantal busuknya,
demikian juga orang Melayu, tidak selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idolanya.
128
MELAYU BARU MELAYU LAMA
beranda Masjid Duyong, Melaka selepas solat zuhur baru-baru ini. Mereka bertanya, adakah
penulis orang tempatan, dan kemudian memuji, berkata orang Kampung Duyong adalah
keturunan Hang Tuah, pahlawan Melayu termasyhur itu. Secara kebetulan sumur lama yang
digelarkan ‘Perigi Hang Tuah’ ada di kampung itu.
Kehebatan dan kemasyhuran Hang Tuah menjadi idola orang Melayu, dulu dan
sekarang, terutama kepada yang berpegang kepada slogan ‘dulu, kini dan selamanya’. Penulis
tersenyum sendirian, teringat satu kisah yang ditulis berdasarkan satu tinjauan sendiri di
'kampung Hang Tuah' itu hampir 20 tahun lalu. Berdasarkan tinjauan dan daripada perbualan
orang-orang tua kampung itu, apa yang dinamakan ‘Perigi Hang Tuah’ itu sebenarnya tidak
wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan. Telaga dihebohkan sebagai ‘Perigi Hang
Tuah’ itu hakikatnya hanyalah tempat mandian dan sumber air penduduk bernama Mat Segel
dan keluarganya pada zaman sebelum merdeka.
Hang Tuah adalah idola dan ikon Melayu. Sama ada dia benar-benar hidup atau wujud
sebagaimana yang digambarkan (keperkasaan dan kehebatan), perkara itu tidak dapat
dibuktikan. Tetapi Hang Tuah tetap membawa kehebatan dan keperkasaan Melayu yang juga
mahu dikaitkan dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang turun di Bukit Seguntang dan
Mahameru.
Melayu baru adalah jelmaan Melayu lama. Ia tidak berubah sepenuhnya kerana
sebahagian ciri, sifat dan sikapnya masih kekal. Ia masih mengekalkan pemujaan idola Hang
Tuahnya (perhatikan bagaimana Melayu baru tetap bangga dengan keris seperti yang
dipertunjukkan dalam perhimpunan agung sebuah parti Melayu), dan juga sikap PhDnya
(perasaan hasad dengki) tetapi mencari idola sampingan untuk disesuaikan dengan zamannya.
Melayu baru mungkin menjadikan tokoh seperti Dr Mahathir Mohamad sebagai idola.
Tetapi pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari,
maka lahirlah idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu seperti Nur
Amalina kepada budak sekolah, Siti Nurhaliza sebagai artis 'bersopan' dan kini Mawi
daripada Akademi Fantasia yang turut dibahaskan secara panjang lebar pelbagai pihak
termasuk oleh profesor universiti.
129
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Melayu baru yang mendakwa kontemporari masih mengekalkan cara hidup Melayu
lama, jadi tidak hairanlah semoden mana seseorang Melayu itu, ia mengekalkan ‘apa-apa
yang diajarkan datuk neneknya’ seperti adat bersanding, kenduri kendara dan menghidupkan
budaya lama berdondang sayang, mak yong, berkuda kepang dan mendendangkan lagu unsur
khurafat seperti Ulik Mayang atau Puteri Santubong.
Dalam pencarian Melayu terhadap hero (wira), mentor,idola, tokoh korporat dan politik
sanjungan untuk menjadi payung dan sandarannya, ada sejenis lagi Melayu yang mencari
pelindung di kalangan manusia sesat bertopengkan agama; ada yang mengaku Rasul, Nabi
umat Melayu, Ayah, Penyelamat dan sebagainya. Mungkin Melayu yang begitu sibuk
mencari hero, idola dan mentor inilah menjadi penyebab mengapa rancangan realiti TV kini
macam 'pisang goreng panas'.
Manusia Melayu yang bertuhankan sesama insan, harta benda, wang ringgit, pangkat,
nafsu serakah dan iblis syaitan ini adalah kemuncak kepada pergantungan kepada idola
seperti yang menjadi amalan sesetengah orang Melayu. Tidak hairanlah jika banyak Melayu
baru ‘kaki ekor’ (tahi judi) dan ramai pula membiarkan banyak masjid besar dan indah,
kosong pada kebanyakan waktu.
Slogan-slogan seperti ‘hanya……saja mampu buat itu dan ini. Hanya ……saja yang
mampu memerintah negara adalah antara manifestasi kebergantungan orang Melayu kepada
idola dan pujaannya (ini termasuklah parti politik). Slogan berbentuk indoktrinasi inilah
sebahagian faktor penghalang minda Melayu untuk berkembang dan keluar daripada
kepompong menyanjung idolanya sama seperti seorang kanak-kanak yang berpegang kejap
kepada bantal busuknya. Sejak kecil sehingga dewasa dan seterusnya tua, kebanyakan
manusia Melayu menerima apa saja yang disogokkan tanpa berusaha menyelidiki kebenaran
atau hakikat sesuatu perkara itu.
Selagi Melayu tidak meninggalkan slogan ‘……dulu, kini dan selamanya’, jangan harap
Melayu lama akan bertukar Melayu baru yang hidup bertunjangkan al-Quran dan hadis,
bukannya menghunuskan keris lama ke udara seperti idola lamanya, Hang Tuah!
ULASAN
130
MELAYU BARU MELAYU LAMA
III
Artikel ini menerangkan tentang perubahan Melayu mengikut perubahan zaman.
Contoh yang dikemukakan dalam artikel ini adalah idola yang menjadi contoh kepada
masyarakat melayu pada zaman dahulu dan kini.
Pada zaman melayu lama, idola yang menjadi contoh ialah Hang Tuah. Hal ini terjadi
kerana Hang Tuah merupakan seorang yang popular pada zaman dahulu. Sifat yang ada pada
diri Hang Tuah ingin ditiru oleh masyarakat melayu zaman dahulu. Hal ini sesuai dengan
keinginan setiap insan yang mengkehendaki idola dalam perjalanan hidup mereka.
Masyarakat melayu lama menjadikan Hang Tuah sebagai idola mereka mungkin disebabkan
oleh sifat kepahlawanan yang ada pada diri Hang Tuah. Sifat kepahlawanan ini telah
mempengaruhi masyarakat melayu lama dan telah mengubah pemikiran mereka.
Hal ini bermakna pemikiran melayu adalah mudah berubah dan mudah terpengaruh
dengan perkara-perkara yang ditunjukkan oleh orang-orang yang berpengaruh dan popular
seperti Hang Tuah. Masyarakat melayu mendambakan idola dan mereka merasakan tidak
selesa untuk meneruskan kehidupan tanpa idola ibarat ’kanak-kanak tidak lekang dengan
bantal busuknya’. Hal ini menyebabkan masyarakat melayu terlalu bergantung dan suka
meniru sifat yang ada pada seseorang itu contohnya sifat yang ada pada Hang Tuah seperti
kehebatan dan keperkasaannya. Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa dengan adanya idola,
masyarakat melayu lama akan mencontohi idola-idola yang dipujanya dalam kehidupan
masing-masing.
Dalam Masyarakat melayu baru pula, pengikutan budaya memuja idola telah
diteruskan ibarat ’melayu terus bergayut dengan bantal busuknya’. Masyarakat Melayu baru
pula mungkin menjadikan tokoh seperti Dr. Mahathir Mohamad sebagai idola. Tetapi
pencarian itu tidak berakhir di situ. Mereka masih dan akan terus tercari-cari, maka lahirlah
idola untuk menjadi pegangan kelompok-kelompok tertentu seperti Nur Amalina kepada
budak sekolah, Siti Nurhaliza sebagai artis 'bersopan' dan kini Mawi daripada Akademi
Fantasia yang turut dibahaskan secara panjang lebar pelbagai pihak termasuk oleh profesor
universiti. Sekarang ini, Mawi iaitu artis yang lahir dari program realiti tv iaitu Akademi
Fantasia 3 adalah seorang artis yang dipuja-puja oleh masyarakat melayu kini.
131
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Seperti yang sedia maklum, AF3 kali ini, ada sedikit kelainan. Kelainannya mungkin
kerana kepopularitian seorang peserta yang kini mendapat undian tertinggi, dikatakan
mempunyai karisma yang boleh dijadikan idola. Seperti yang kita tahu juga, Mawi
merupakan qari dan dikatakan mempunyai sedikit imej Islam yang dibawanya. Buat masa
sekarang, gelombang ’tsumawi’ telah melanda minda masyarakat sekarang. Bagi pandangan
saya, saya menyifatkan Mawi, peserta akademi fantasia 3 sebagai role model generasi muda
melayu terkini yang bijak menyelitkan unsur jati diri melayu dan keagamaan ke dalam dunia
hiburan.
Hal ini kerana saya melihat Mawi adalah sebagai seorang yang bersahsiah Islam dan
melayu yakin dan selesa dengan dirinya serta berorientasikan ”world” yang disukai anak
muda sekarang. Malah, Mawi bukan sekadar artis baru tetapi menjadi cerminan sebahagian
daripada anak muda. Bagaimanapun, Mawi perlu kekalkan penampilan ikhlas yang ada
sekarang seperti berketayap, pakai kain pelekat, berzanji, kental ajaran agama termasuk
menjadi qari. Hal ini perlu supaya melayu baru dapat mengekalkan budaya timur dan tidak
mudah terpengaruh dengan budaya barat. Bagi saya, sebagaimana Siti Nurhaliza, saya akui
Mawi juga boleh dijadikan idola yang baik untuk generasi muda melayu yang umumnya
memang asyik dengan dunia hiburan.
Selain itu, penampilan Mawi yang membawakan unsur keagamaan ini boleh
menerapkan atau membangunkan budaya positif dalam kehidupan masyarakat melayu
sekarang. Maka dengan ini, jelaslah bahawa idola memainkan peranan penting dalam
mengubah pemikiran masyarakat melayu sekarang mahupun masyarakat melayu dahulu. Jadi,
betullah apa yang dijelaskan oleh artikel ini bahawa ’melayu terus bergayut dengan bantal
busuknya’ kerana melayu baru masih mengekalkan corak cara hidup melayu lama, jadi tidak
hairanlah semoden mana seseorang melayu itu, ia masih mengekalkan apa yang diajar oleh
datuk neneknya. Namun begitu, persepsi ini perlu diubah supaya melayu tidak terus hanyut
dengan idolanya semata-mata tidak kira dalam apa bidang pun sama ada politik, ekonomi,
budaya dan sebagainya.
KAJIAN KES
132
MELAYU BARU MELAYU LAMA
IV
IMPIAN SAYA
"Saya mempunyai satu impian
Apabila seorang pelajar dapat menyumbangkan satu laman
Berkenaan apa-apa bidang ilmu
Dalam bahasa Melayu
Maka bertambahlah satu lagi bidang ilmu dalam bahasa Melayu.
ULASAN
133
MELAYU BARU MELAYU LAMA
IV
Penulis dalam puisi ini menerang tentang beliau mempunyai satu impian dalam
membina laman web berbahasa melayu dan berharap bahasa melayu ini tidak akan hilang dan
lenyap begitu sahaja. Penulis ini juga mengatakan bahawa apabila seorang pelajar dapat
menyumbangkan satu laman tentang apa-apa bidang ilmu dalam bahasa melayu dan ia dapat
menambahkan lagi bidang ilmu dalam bahasa melayu ini. Sekiranya pelajar itu mengajak
kawan sekelasnya seramai 40 orang dalam membina laman web dan laman web berbahasa
melayu ini akan bertambah. Laman web ini juga dapat bertambah sekiranya pelajar itu
mengajak semua rakan tingkatannya itu membina laman web ini dan ia juga akan bertambah
sekiranya pelajar ini mengajak 1000 buah sekolah melakukan perkara yang sama. Maka
bahasa melayu ini tidak akan lenyap dan hilang begitu sahaja.
KAJIAN KES
134
MELAYU BARU MELAYU LAMA
V
Lirik - Warisan (Versi Tanpa Potongan)
ULASAN
135
MELAYU BARU MELAYU LAMA
V
Secara keseluruhan, sajak ini berkait rapat mengenai penjajahan yang berlaku
terhadap Tanah Melayu sebelum merdeka. Penyajak mengimbas kembali zaman penjajahan
yang dikuasai oleh pihak penjajah atau kuasa asing. Beliau menyatakan bahawa pelbagai
jenis penindasan yang dilakukan oleh penjajah dalam menguasai Tanah Melayu. Rakyat di
Tanah Melayu tidak terbela malah dianaktirikan dan melakukan penzaliman terhadap rakyat
Melayu. Kebelakangan ini kita banyak membaca berita seperti yang tersiar di akhbar
mengatakan orang melayu masih mundur dan ketinggalan, itu adalah sama sekali tidak benar.
Sebagaimana dalam penyataan seperti ini, kenapa nak tolong pelajar melayu atau Islam.
Kenapa nak manjakan mereka? Kenapa nak suap? Kenapa perkara yang sama orang cina
buat, kita tak cakap apa, memang budaya bangsa cina tolong menolong. Kenapa bila nak
tolong bangsa sendiri kita cakap nak manjakan, nak suap. Tolonglah ubah pemikiran begini.
Memang penat dan payah nak tolong anak bangsa sendiri.
Kadang-kadang menyirap pun ada bila tiada sambutan yang baik. Tapi kita kena
banyak bersabar. Benda baik banyak dugaan dan cabaran. Kalau maksiat tu senang sahaja
buat sebab syaitan bagi lorong untuk permudahkan kerja. Pelajar Melayu akan berubah
sedikit demi sedikit sikap mereka bila kita dapat buktikan jika mereka belajar bersungguh-
sungguh, mereka akan dapat keputusan yang baik. Kiranya ia adalah satu dorongan yang
positif. Orang Melayu cuma akan sedar atau insaf bila datang dari keluarga susah. Mak ayah
penoreh getah, nelayan. Kena berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup.
Bila masuk dunia pekerjaan, walaupun kita sama kelayakan dengan mereka, mimpilah
kita akan dapat jawatan atau layanan yang setaraf dengan mereka. Bila kena tipu dengan
Cina, pernah tidak kena tipu dengan Cina bila beli barang? Ya, banyak kali pula tu. Beli
rumah pun kene tipu. Orang melayu memang dilahirkan untuk ditipu agaknya. Bila diri
sendiri atau ahli keluarga dianiayai oleh orang Cina. Melayu adalah bangsa individualism.
Bila tengok orang lain kena pukul, biar sahaja. Bukan keluarga aku yang kena.
Orang Melayu perlu menjadi bangsa yang berani dan jangan takut pada bangsa-
bangsa lain kerana masing-masing ada hak sendiri. Orang Melayu memang senang dipijak,
pijak banyak kali pun tidak kisah. Apabila mengimbas kembali pada zaman jajahan, Parti
136
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Komunis Malay ditubuhkan untuk tujuan macam mana. Adakah untuk memerdekakan Tanah
Melayu? Inilah persoalan yang sentiasa bermain oleh rakyat di Tanah Melayu pada zaman
dahulu. Betapa seksanya hidup yang mereka tanggung tanpa belas kasihan dari pihak
penjajah.
Kesimpulannya, setelah sekian lama menahan derita yang ditanggung, rakyat Melayu
sepatutnya mengubah minda menjadi berani dalam menempuh kehidupan yang penuh dengan
cabaran dan dugaan agar kita memperolehi hidup yang aman tanpa kuasa penjajah. Oleh itu,
rakyat perlu bersemangat dan sedar dengan adanya keyakinan dan keberanian, tidak mustahil
Tanah Melayu dapat bebas dari kuasa asing. Maruah yang telah tergadai hendaklah kembali
semula untuk melahirkan generasi yang lebih terbuka mindanya. Orang Melayu hendaklah
bangkit menentang penjajah supaya segala Tanah Melayu dapat dikuasai oleh pihak dalam
negara kita sendiri. Rakyat digesa supaya tidak terus ditindas oleh pihak penjajah malah
terus berusaha dan yakin Melayu akan megah bersemi di persada Tanah Melayu.
BAB 10
137
MELAYU BARU MELAYU LAMA
KESIMPULAN
Bangsa Melayu ialah sebuah masyarakat dalam sebuah dunia yang kian mengecil dan
tidak bersempadan. Oleh yang demikian, bangsa Melayu perlu memainkan peranan yang
lebih aktif untuk mewujudkan sebuah dunia yang aman dan adil tanpa imperialisme dan tanpa
penindasan oleh manusia ke atas manusia. Bangsa Melayu perlu memperkuatkan diri dan
bangsa serta bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang sealiran dengan kita dalam negara
ini.
Benteng dan pertahanan yang kuat dalam diri bangsa Melayu ialah penting untuk
menjamin kelangsungan bangsa Melayu di atas muka bumi ini. Hal ini bersesuaian dengan
pepatah Melayu itu sendiri yang berbunyi “Tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan”.
Agama islam harus dijadikan asas atau tunjang dalam kehidupan masyarakat Melayu bagi
menjamin kelancaran hidup di dunia mahupun di akhirat. Hal ini demikian kerana pegangan
agama islam yang utuh dalam diri masyarakat Melayu akan menjadi petunjuk dalam
menemukan jawapan ke atas segala persoalan hidup.
Transformasi daripada Melayu lama kepada Melayu Baru akan banyak memberikan
kesan dan pengaruh ke atas bangsa Melayu dalam pelbagai aspek. Kesan positif dan negatif
daripada perubahan tersebut perlu ditangani dan diuruskan dengan memggunakan pemikiran
berorientasikan akal yang bijak dan rasional. Oleh yang demikian, bangsa Melayu yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam segala aspek tidak mustahil akan terlaksana dan
mampu direalisasikan suatu hari nanti.
BIBLIOGRAFI
138
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Anwar Ibrahim, 1989, Anwar Ibrahim Menangani Perubahan, Berita Publishing Sdn. Bhd.
Aziz Deraman, Rohani Zainal Abidin, Globalisasi dan Peradaban di Malaysia, Dawana Sdn.
Bhd, Selangor.
Chamil Wariya, 2007, 50 Ikon Bangsa, Media Global Matrix Sdn. Bhd.
Dato’ Dr. Hassan Ahmad, 2006, Ke arah Melayu Glokal, Alaf 21 Sendirian Berhad,
Selangor.
Hashim Hj. Musa, Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia Menghadapi Globalisasi Barat,
Penerbit Universiti Malaya.
Ishak Saat, 2007, Ilmu Sejarah Antara Tradisi dan Moden, Karisma Production Sdn. Bhd,
Selangor.
Ismail Hussein, Wan Hashim Wan Teh, Ghazali Shafie, 1997, Tamadun Melayu
Menyongsong Abad Kedua Puluh Satu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor.
Jawatankuasa Kolokium, 1991, Masyarakat Melayu Abad Ke-19, Percetakan Saufi, Kuala
Lumpur.
Kho Kay Kim, 1984, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Jabatan Penerbitan Universiti
Malaya, Kuala Lumpur.
Lotfi Ismail 1980. Sejarah Malaysia 1400–1963. Utusan Publications & Distributors.
Mohd Taib Osman dan Wan Kadir Yusof, 1983, Kajian Budaya & Masyarakat di Malaysia,
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur.
Mohd. Yusof Hasan, 1991, Dunia Melayu, Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor.
Mohd Yusof Hasan, 2004, Pembinaan Paradigma Pemikiran Peradaban Melayu, Universiti
pendidikan Sultan Idris, Perak.
Muhammad Haji Muhd Taib, 1996, Melayu Baru, Visase Comunication Petaling Jaya.
Muhd. Yusof Ibrahim, 1994, Pensejarahan Melayu 1800-1960, Percetakan Dewan Bahasa
dan Pustaka, Selangor.
139
MELAYU BARU MELAYU LAMA
Panel Penulis, 2002, Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam, Dawama Sdn.
Bhd Selangor.
Rahim Syam dan Norlie, 1985,. Mendekati Kebudayaan Melayu. Petaling Jaya, Malaysia:
Fajar Bakti.
S. Hashim Ahmad, 2005, Abdullah Badawi Menuju Kecemerlangan Hakiki, Juz’ Art, Kuala
Lumpur.
Shamsul Amri Baharuddin, 2007, Modul Hubungan Etnik, Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
Shamsul Bahrin 1960, Malaya dalam Taw arikh Dunia. Saudara Sinaran Bros Berhad.
Tan Ding Eing ,1975, Sejarah Malaysia dan Singapura. Fajar Bakti
Wikipedia Bahasa Melayu. Diperoleh pada Mac 14, 2008 daripada http://ms.wikipedia.
org/wiki/ Bahasa_Melayu_ berasal_ dari_Asia_Tengah.
Wan Hashim Wan Teh, 1997, Tamadun Melayu dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua
Puluh Satu, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zahidi Dato’ Zainol Rashid, 2003, Mahathir Menjulang Martabat Malaysia, Cetakan Ketiga
Perpustakaan Negara Malaysia.
140
MELAYU BARU MELAYU LAMA
http://web5.bernama.com/events/umno2005/news.my
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Art
http://ccm.um.edu.my/umweb/fsss/images/persidangan/Kertas%20Kerja/Prof%20wan%20Abd%20K
adir.doc.
http://www.stormloader.com/qsmjam/politik/rem22o.htm
http://www.selangordaily.com/modules.php?name=News&file=article&sid=498
http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/aug2005/11aug02.html
http://wikipedia.org/wiki/Abdullah_Ahmad_Badawi
http://ms.wikipedia.org/wiki/Anwar_Ibrahim
http://ms.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad
http://ms.wikipedia.org/wiki/Za%27ba
http://hembusan.blogspot.com/2006_10_01_archive.html
http://w3.spancity.com/yosri/Pengenalan.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/tunku_abdul_rahman
http://ms.wikipedia.org/wiki/ungku_aziz
141