You are on page 1of 16

PERBANDINGAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BAGI MATAPELAJARAN SAINS ATAU MATEMATIK DI MALAYSIA DENGAN DUA NEGARA YANG LAIN

MPS 1053 HASRALDA BT ABU HASSN MASTER OF EDUCATION(PHYSICS) MP101419 SEC 01

ABSTRAK

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah salah satu kaedah untuk mentaksir kebolehan pelajar selain daripada peperiksaan awam yang telah dilaksanakan sejak dulu lagi. Sistem PBS telah lama dilaksanakan dibeberapa negara lain seperti di Amerika Syarikat, Kanada, England dan pelbagai negara lain, manakala di Malaysia pula sistem ini masih baru lagi. Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains adalah kaedah yang digunakan untuk menguji pelajar dalam kemahiran proses sains dan untuk melihat sejauh mana seseorang pelajar itu dapat menggunakan kemahiran atau teori yang mereka pelajari dalam proses penyelesaian masalah. PEKA akan dikendalikan oleh guru guru yang mengajar matapelajaran tersebut dan setiap guru tersebut akan dilantik sebagai pentaksir dan ianya dikendalikan di peringkat sekolah sahaja.

PENGENALAN

Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains adalah satu program yang termasuk dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM) 2006). Bagi peringkat PMR, PEKA dilaksanakan secara berterusan selama 3 tahun iaitu bermula dari pelajar itu di tingkatan 1 hinggalah ke tingkatan 3. Pelajar wajib melaksanakan PEKA bagi satiap tahun persekolahan dan semasa mereka di tingkatan 1 jumlah PEKA yang wajib dilaksanakan ialah minimum 2 eksperiment manakala di tingkatan 2 pula minimum eksperiment yang perlu dilaksanakan ilah 3 dan bagi tingkatan 3 pula minimumnya adalah 1 eksperiment sahaja. Matlamat perlaksanan PEKA ini adalah bertujuan untuk memastikan agar semua pelajar menguasai kemahiran berfikir secara saintifik disamping menerapkan nilai nilai murni dalam kehidupan mereka. Pentaksiran ini akan ditaksirkan oleh guru yang mengajar berasaskan kepada kurikulum yang telah ditetapkan oleh KPM. Bentuk PBS yang biasa digunakan dalam menjalankan penilaian PEKA adalah projek, kerja kursus dan juga modul.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI MALAYSIA Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains telah dilaksanakan di peringkat sekolah dan ianya adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara berterusan di sekolah. Perlaksanaan PEKA ini telah dilaksanakan dalam matapelajaran sains diperingkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Di sekolah menegah PEKA sains terbahagi kepada dua iaitu PEKA Sains PMR dan PEKA Sains SPM. PEKA akan dirancang, ditadbir, diskor dan akan dirancang terlebih dahulu dengan teliti bagi memastikan perjalanannya mengikut piawaian yang telah diberikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Bagi memastikan agar perjalanan PEKA mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan

yang tinggi pihak LPM melaksanakan kaedah penyelarasan dan juga pemantauan melalui pentaksir pentaksir yang telah dilantik.

Objektif utama dalam perlaksanaan PEKA adalah bagi memastikan semua pelajar dapat menguasai kemahiran saintifik disamping memperkukuhkan lagi pengetahuan dan pemahaman mereka didalam bidang sains dan teknologi dan mampu menggunakannya berlandaskan kepada sikap saintifik dan juga nilai murni dalam kehidupan seharian mereka. Setiap kretiria yang bakal diuji adalah berpandukan kepada silibus kurikulum yang telah dikeluarkan oleh KPM dan pentaksiran tersebut lebih berpusatkan kepada pelajar dimana pelajar akan akan diuji berdasarkan kepada kebolehan mereka, kesediaan mereka, persekitaran yang kondusif dan perancangan pengajaran guru.

Pentaksiran yang digunakan juga perlulah telus dan terbuka dari segi kemahiran yang ingin diuji, bagaimana kemahiran tersebut diuji, bila dan dimana kemahiran tersebut ingin diuji. Kemahiran yang akan diuji dalam PEKA Sains PMR terdiri daripada 3 elemen, elemen pertama ialah kemahiran proses sains yang merangkumi 11 kemahiran iaitu memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat infrens, meramal, komunikasi, menggunakan perhubungan ruang masa, mentafsir data, mendifinisikan secara operasi, mengawal pembolehubah dan juga membuat hipotesis. Keseluruhan elemen yang pertama ini perlu dilaksanakan sepanjang pelajar itu di tingkatan 1 dan 2 sahaja. Elemen yang kedua pula ialah kemahiran mengeksperiment dan manipulative, ianya mengandungi 5 kemahiran. Kemahiran yang akan ditafsir ialah merancang penyelidikan secara saintifik, menjalankan penyelidikan, mengumpul dan merekod data, menganalisis dan mentafsir data dan juga membuat kesimpulan. Manakala elemen yang ketiga pula ialah sifat saintifik dan juga nilai nobel. Elemen yang kedua dan ketiga akan ditaksir ketika pelajar itu di tingkatan 3 sahaja.

Pentaksiran PEKA juga perlulah bersifat kebolehlaksanaan dan setiap prosedur yang dirancang mestilah dirancang secara sistematik bagi memudahkan guru mentaksir dengan tepat kretiria setiap kemahiran yang bakal diuji. Pelajar juga akan menggunakan instrument yang pelbagai ini bagi melihat kemampuan dan tahap pencapaian mereka. PEKA juga mestilah dilaksanakan secara berterusan dari mereka tingkatan 1 hinggalah tingkatan 3 ini

bertujuan memberikan peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan juga meningkatkan markah yang mereka perolehi. Markah yang diperolehi pula perlulah mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, laporan yang dibuat olah pelajar juga perlulah berbentuk positif dan kretiria terakhir ialah Pentaksiran mestilah di pantau secara berterusan bagi tujuan memastiakan setiap objektif yang dirancang tercapai.

Pemberian markah bagi Pentaksiran Kerja Amali Sains akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar dan ianya adalah berdasarkan kepada skema pemarkahan yang dibekalkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Di tingkatan 3 pelajar akan diberikan gred yang mereka perolehi dan gred tersebut merujuk kepada tahap penguasan pelajar dalam setiap elemen yang telah ditaksir. Penghuraian gred yang diberi adalah berdasarkan kepada Jadual 1. Gred yang diberikan tidak akan dicampurkan kedalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bakal diduduki oleh pelajar, akan tetapi gred tersebut hanya akan ditulis di dalam sijil PMR mereka. Kod 1 2 3 4 5 6 Huraian Cemerlang Kepujian Memuaskan Mencapai penguasaan tahap minimum Tidak melaksanakan kerja amali Dikecualikan Jadual 1 Bagi memastikan pentaksiran yang dilaksanakan adil dan seragam bagi setiap pelajar, proses penyelarasan dan pemantauan akan dilakukan. Selain bagi memastikan gred yang diberi adalah adil penyelarasan juga dilakukan bagi tujuan untuk setiap kretiria yang diuji adalah tepat dan bagi menentukan setekalan skor. Pemantauan akan dilakukan secara dalaman yang akan dilakukan oleh pengetua, ketua bidang ataupun ketua panatia manakala pemantauan luar pula dilakukan oleh ketua pemantau kawasan ataupun pemantau kawasan yang telah dilantik oleh LPM. Ketua pemantau kawasan dan pemantau kawasan adalah terdiri dari guru guru yang mengajar matapelajaran tertentu dari sekolah yang berasingan.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI HONG KONG Pada tahun 2012 negara Hong Kong bakal mengubah sistem pendidikan mereka dimana bagi sistem pendidikan lama setiap pelajar perlu mengambil dua jenis peperiksaan iaitu Hong Kong Certificate of Education Examination (HKCEE) selepas lima tahun pembelajaran dan juga peperiksaan Hong Kong Advance Level Examination (HKALE) selepas tujuh tahun persekolahan dan seterusnya tiga tahun pendidikan Sarjana Muda. Dalam sistem pendidikan yang bakal dilancarkan pada tahu 2012 dapat dilihat beberapa perbezaan antaranya adalah pemansuhan peperiksaan HKCEE dan peperiksaa HKALE. Pemansuhan peperiksaan tersebut akan digantikan dengan setu peperiksaan awam yang baru iaitu Hong Kong Diploma of Secondary Education (HKDSE), peperiksaan HKDSE akan diambil oleh setiap pelajar selepas tamat lima tahun pembelajaran mereka dan seterusnya empat tahun pendidikan Sarjana Muda. Perubahan kepada peperiksaan HKDSE juga mengambil kira beberapa perkara iaitu perubahan dalam kurikulum dan matapelajaran yang bakal pelajar ambil, pengenalan kepada komponen komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi setiap mata pelajaran dan juga perubahan dari pendekatan rujukan yang biasa kepada pendekatan keputusan laporan. (Peter W. Hill and WAN Tak-wing : 2006)

Didalam peperiksaan HKDSE komponen peperiksaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang pertama ialah peperiksaan awam yang akan dijalankan. Peperiksaan awam merangkumi dua kertas yang membawa markah sebanyak 80% manakala komponen kedua pula ialah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) yang membawa markah sebanyak 20%. Pada tahun 2012 dan 2013 sekolah akan diminta menghantar markah kerja amali PBS sahaja manakala bermula pada tahun 2013 markah PBS mestilah merangkumi kerja amali dan juga kajian penyelidikan. Didalam sistem PBS di Hong Kong ini ianya mengandungi dua komponen yang perlu di taksir iaitu yang pertama tugasan yang berkaitan dengan amali dan juga yang kedua ialah tugasan yang tidak berkaitan dengan amali. Peperiksaan awam masih lagi digunakan dalam HKDSE kerana ianya masih lagi perlu digunakan sebagai alat untuk

menguji tahap pengetahuan dan pemahaman pelajar dalam setiap bidang dan ianya boleh diaplikasikan dalam kehidupan mereka.

Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah diselitkan dalam HKDSE bagi tujuan meningkatkan kesahan atau kesahihan dengan cara mentaksir kemahiran praktikal pelajar dan juga kemahiran generic mereka. Dengan cara itu semua pelajar dapat ditaksir berdasarkan kebolehan mereka dengan lebih tepat. Selain daripada itu terdapat juga sebab lain mengapa Hong Kong Examination and Assessment Authority (HKEAA) memperkenalkan PBS didalam peperiksaan HKDSE iaitu bagi mengurangkan kebergantungan markah terhadap peperiksaan awam yang hanya mentaksir pemahaman pelajar sahaja. Dengan adanya PBS pelajar juga akan ditaksir berdasarkan kepada kemahiran dan kemajuan mereka dalam kemahiran sains. Kebolehpercayaan sesuatu pentaksiran juga boleh ditingkatkan melalui PBS kerana formatnya adalah semata mata berdasatkan kepada pemerhatian pelajar. Ianya juga boleh memberikan pengaruh dan kesan yang positif terhadap sistem pembelajaran pelajar, setiap pelajar tidak lagi hanya memberikan tumpuan kepada peperiksaan sahaja malah sistem pembelajaran akan lebih berpusatkan pelajar.

Dalam penilaian PBS adalah berasaskan kebolehan seseorang pelajar tersebut dalam mengendalikan kerja mereka dan di nilai oleh guru-guru mereka mengikut matapelajaran yang memerlukan PBS. Justeru itu, dalam penilaian ini perlu penyelarasan supaya ia adil dan tepat bagi setiap sekolah dan juga murid. Hasil kerja para pelajar akan dinilai dengan adil berasaskan criteria markah yang disediakan oleh pihak berkuasa. penyelarasan juga akan diberi sebagai panduan untuk menilai kerja mereka. Setiap markah akhir yang diperolehi oleh pelajar dan telah dinilai oleh guru-guru mereka, markah mereka akan dihantar kepada HKEAA (Hong Kong examination and assessment authority) untuk disemak semula berserta hasil kerja mereka yang telah dinilai. Tidak kesemua markah yang akan dihantar, tetapi pihak sekolah harus mengikut kaedah penyampelan yang dikehendaki oleh pihak HKEAA. Dalam penyelarasan PBS, terdapat juga statistic yang akan membandingkan markah-markah para pelajar dengan sekolah lain. Dengan cara ini, kita boleh melihat kualiti para pelajar itu sendiri di sekolah masing-masing walaupun, pbs ini telah diselaraskan. Dalam pembahagian markah, guru-guru juga harus mengikut garis panduan yang telah disediakan.

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI CARIBBEAN Model pentaksiran yang terdapat di Caribbean adalah terbahagi kepada dua bahagian iaitu secara luaran ataupun secara dalaman. Secara luaran format pentaksiran adalah seperti pilihan jawapan ataupun esei dan ianya akan disediakan oleh Caribbean Examinations Council (CXC). Manakala bagi pentaksiran secara dalaman pula berbentuk seperti projek ataupun kerja amali yang akan dirancang oleh guru yang mengajar mereka berpandukan garispanduan yang telah dikeluarkan oleh CXC. Format pentaksiran juga adalah berbeza bagi setiap matapelajaran yang diambil oleh pelajar. Namun tetapi ianya mempunyai beberapa ciri yang sama iaitu semua calon perlu manjalankan tugasan yang diberi mengikut masa yang telah ditetapkan dan ianya mestilah memenuhi setiap kemahiran yang diminta berdasarkan kepada sukatan pembelajaran. Guru yang mengajar matapelajaran tersebut akan menilai hasil kerja amali calon dan markah yang diberikan akan dihantar kepada CXC, markah yang diserahkan oleh guru akan digunakan oleh CXC bagi membuat penyelarasan dan selepas proses penyelarasan berakhir markah akhir yang diberi akan dikira sekali didalam gred akhir setiap pelajar.

Sistem persekolahan menegah di Caribbean biasanya adalah sepanjang lima tahun dan peperiksaan awam yang para pelajar akan duduki adalah Caribbean Certificate of Secondary Level Competence (CCSLC). Bagi matapelajaran sains jumlah markah bagi PBS adalah sebanyak 25% akan dibawa ke peperiksaan awam manakala peperiksaan awam akan mewakili sebanyak 75%.

Bagi memastikan setiap peraturan dipatuhi maka CXC telah mengambil beberapa langkah iaitu dengan menggunakan beberapa prosedur bagi proses penyelarasan, disamping itu CXC juga menyediakan beberapa kakitangan bagi mengadakan bengkel bengkel pengenalan kepada guru guru dan menyediakan ruang bagi guru mengemukakan maklumbalas mereka terhadap markah penyelarasan yang diterima. Proses penyelarasan akan dilakukan oleh CXC

yang bertujuan bagi memastikan setiap sekolah dan guru telah menjalankan dan mentaksir tugasan pelajar mengikut standard pentaksiran yang telah dikeluarkan oleh CXC. Untuk memastikan proses penyelarasan dapat dilaksanakan dan memenuhi objektif yang telah disediakan maka tiga strategi telah digunakan, strategi yang pertama adalah penyelarasan melalui lawatan ke sekolah yang akan dilakukan oleh penyelaras ataupun pentaksir dari CXC. Dalam lawatan mereka akan memastikan setiap pentaksiran berdasarkan kemahiran proses pemerhatian ataupun penghuraian hasil ataupun kedua duanya. Penyelarasan yang kedua pula ialah penyelarasan bagi pemarkahan, penyelarasan ini akan dipantau oleh pemeriksa yang telah dilatih oleh CXC. Pemeriksa akan menanda semula tugasan, kerja amali atau projek yang telah dilakukan oleh pelajar berdasarkan kepada skema yang dibekalkan. Penyelarasan yang seterusnya adalah berdasarkan lisan, dimana pemeriksa yang telah disahkan akan menjalankan ujian secara lisan dengan menggunakan soalan soalan yang telah dibekalkan oleh CXC.

PERBANDINGAN DAN PERBINCANGAN (KEBAIKAN & KEBURUKAN) Di setiap negara yang dibincangkan terdapat perbezaan dari segi pembahagian markah akhir PBS dan seperti maklum Malaysia masih belum lagi menggunakan markah yang diperolehi dari PEKA kedalam peperiksaan awam. KEBAIKAN: Walaupun sistem pentaksiran berasaskan sekolah ini masih lagi baru di Malaysia tetapi ianya telah lama diperkenalkan dan dilaksanakan di negara negara lain seperti Amerika Syarikat, England, Australia dan beberapa negara lain. Perlaksanaan sistem PBS ini adalah bertujuan untuk mentaksir kebolehan para pelajar terhadap kemahiran saintifik mereka, ianya akan ditaksir oleh guru yang mengajar mereka kerana guru adalah orang yang paling hamper dan mengetahui tahap sebenar para pelajar mereka. Kebanyakan negara negara yang mengamalkan sistem PBS ini akan membuat penilaian dan markah yang mereka perolehi akan dibawa ke peperiksaan awam, dengan cara itu potensi pelajar bukan sahaja dapat ditaksir dari segi pemahaman dan pengetahuan mereka sahaja malah ia dapat melihat potensi pelajar dalam kemahiran saintifik mereka. Di Malaysia sistem peperiksaan masih lagi berorentasikan peperiksaan, walaubagaimanapun sistem PBS juga telah digunakan dalam beberapa matapelajaran seperti sains, sejarah, geografi. Bahasa inggeris, bahasa melayu,

agama islam dan kemahiran hidup. Bagi matapelajaran sains sistem PBS ini telah dilaksanakan akan tetapi selepas penilaian dibuat pelajar hanya akan diberikan tahap pencapaian mereka sahaja dan markah PBS tidak akan dicampurkan dalam peperiksaan awam mereka. KEBURUKAN: Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini memerlukan perancangan yang teliti dari semua aspek yang ingin diuji, bagaimana ianya diuji, di mana ianya akan dilaksanakan dan sehinggalah bagaimana penandaan yang memenuhi aspek yang diuji dan merekod markah mereka. Oleh sebab itu, ianya sedikit sebanyak menambahkan lagi bebanan guru di sekolah yang semamangnya mempunyai bebanan tugas penkeranian dan bermacam macam lagi.

Selain dari masalah bebanan guru, faktor kekangan masa juga perlu dilihat ini kerana PBS menentukan dan menghadkan masa bagi seseorang pelajar untuk menyelesaikannya. Kegagalan pelajar untuk menyelesaikan laporan atau projek mereka maka ia akan member impak kepada markah mereka dan seterusnya menjejaskan markah akhir mereka.

Pemantauan yang akan dilakukan di setiap sekolah yang terlibat dengan PBS adalah pemantau yang telah dilantik oleh lembaga peperiksaan yang terdapat disetiap negara yang telah dibincangkan. Kemungkinan untuk pemantau yang hadir adalah merupakan rakan kepada guru guru yang mentaksir di sekolah, ini boleh menyebabkan berlakunya pemantauan yang dilakukan kurang tepat. Selain dari itu kemungkinan untuk berlakunya penipuan dalam PBS juga boleh berlaku dengan guru yang mentaksir memberikan jawapan kepada pelajar mereka bagi memastikan agar kesemua pelajar mereka lulus didalam peperiksaan.

Terdapat juga guru guru yang akan mentaksir masih lagi belum bersedia dalam perubahan sistem pendidikan dan belum sedia menerima lagi PBS. Mereka juga belum menguasai sepenuhnya tentang PBS dimana kemuskilan yang biasa timbul adalah bagaimana markah yang sepatutnya diberikan berpandukan criteria yang diuji dan bentuk tugasan yang ingin digunakan.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI MALAYSIA Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah sesuatu sistem pentaksiran yang masih baru lagi diperkenalkan di Malaysia, dan Malaysia sedang menuju kearah menggunakan PBS sebagai satu cabang pentaksiran dalam mentaksir para pelajar. Dalam usaha tersebut terdapat pelbagai masalah yang bakal timbul. Dalam sistem PBS sains sekarang markah yang diperolehi hanya dinyatakan dalam bentuk tahap pelajar sahaja akan tetapi pada masa akan datang peratus PBS adalh sebanyak 40% dan peperiksaan awam adalah 60%. Setiap guru yang akan membuat pentaksiran perlulah diberikan kursus atau bengkel atau kursus dalaman berkaitan pengendalian PBS, ianya bertujuan memudahkan mereka menjalankan pentaksiran dan pelajar dapat menghasilkan laporan atau projek yang dikehendaki dengan baik. Dengan adanya bengkel seperti itu maka ia dapat meningkatkan lagi keyakinan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Selain dari itu pengetua atau ketua bidang perlu selalu memantau perjalanan PBS agar pelaksanaannya dilakukan mengikut standard yang telah ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Proses penyelarasan juga perlu dilakukan bagi memastikan kaedah pemarkahan dan penandaan yang dijalankan oleh guru adalah sama bagi setiap pelajar di Malaysia. Pelantikan penyelaras daerah ataupun penyelaras negeri perlulah dari golongan mereka yang benar benar arif dengan sistem PBS. Setiap guru juga perlu memastikan setiap pelajar yang ingin ditaksir perlulah sedia dan benar benar memahami setiap element yang ingin ditaksir keatas mereka. Oleh yang demikian persediaan awal perlu dilakukan oleh guru. Dengan cara itu pelajar dapat melakukan tugasan mereka mengikut kemahiran kemahiran saintifik yang betul. Kemudahan infrastruktur makmal dan alatan yang ingin digunakan juga perlu berada dalam keadaan baik, ini bagi mengelakkan berlakunya perkara perkara yang tidak diingini berlaku disamping mengelakkan ketiadaan alatan ketika pelajar melakukan tugasan mereka.

KESIMPULAN Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu kaedah pentaksiran yang dilakukan diperingkat sekolah. Pentaksiran tersebut akan dilakukan atau dilaksanakan oleh guru yang mengajar matapelajaran tersebut, ianya dilakukan oleh guru sendiri kerana guru lebih memahami keadaan sebenar murid mereka. Tujuan utama pentaksiran ini dijalankan adalah untuk menguji kemahiran proses sains yang diperolehi oleh pelajar dan ianya dilakukan secara berterusan, berbeza dengan sistem peperiksaan yang lama pembelajaran yang dilakukan adalah berpusatkan kepada peperiksaan sahaja. Pemantauan juga akan dilakukan secara dalaman yang dilakukan oleh pengetua atau ketua bidang dan juga secara luaran yang dilakukan oleh pemantau neregi atau pemantau daerah yang telah dilantik oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Tujuan pemantauan ini adalah untuk memastikan kerja kerja pentaksiran yang dilakukan adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh LPM.

RUJUKAN 1. Peter W. Hill and WAN Tak-Wing (2006). Assessment Reforms In Hong Kong. 32nd IAEA Conference. May 2006. Singapore. 2. School Based Assessment Manual For Principals (2010). Caribbean Examination Council. 2010. Caribbean. 3. Dr. Abdul Rahim Hamdan dan Saliza Ahmad (2008). Tahap Penguasaan Guru Dalam Melaksanakan Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains Sekolah Menengah Rendah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. (11-12 Okt 2008). Johor Bahru. 4. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Manual Penyelarasan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur. 5. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Manual Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains. Kuala Lumpur. 6. Hong Kong Examination and Assessment Authority. Hong Kong Diploma of Secondary Education Examination 2013 Physics and combined Science School Based Assessment Teachers Handbook. Hong Kong. 7. Hong Kong Examination and Assessment Authority. Moderation of School Based Assessment Scores in The HKDSE. Hong Kong.

LAMPIRAN PBS DI MALAYSIA

LAMPIRAN PBS DI HONG KONG

LAMPIRAN PBS DI CARIBBEAN

You might also like