You are on page 1of 3

Semasa melaksanakan pengalaman berasaskan sekolah di sekolah kebangsaan Sultanah Asma, saya telah melakukan pemerhatian di makmal sains

sekolah tersebut. Saya telah mengenalpasti empat jenis alat pengukuran yang tiada di dalam makmal tersebut. Empat jenis alat pengukuran tersebut ialah: Alat pengukuran Angkup vernier kalipers Buret Neraca spring Termometer Jenis pengukuran Untuk mengukur diameter/panjang Isipadu Berat Suhu

Keempat-empat alat pengukuran ini penting dalam pengajaran proses sains. Namun, saya telah membuat keputusan untuk memilih dan menjelaskan mengenai angkup vernier calipers sebagai alat pengukuran yang penting untuk pelajar memperolehi kemahiran manipulatif, kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu dalam pengajaran sains sekolah rendah. Malah, dalam pengajaran sains sekolah rendah juga terdapat topik ukuran dalam tahun 4 yang melibatkan pelajar untuk menggunakan alat pengukuran bagi mengukur

panjang,ketebalan atau diameter sesuatu objek.

Angkup (caliper) adalah alat ukur yang memberikan pengukuran yang lebih tepat daripada pembaris atau pita pengukur. Angkup (caliper) mempunyai ketepatan 1/1000" atau 1/100 mm. Angkup Vernier terdiri daripada dua bahagian iaitu satu bingkai berbentuk L dengan rahang boleh gerak dan satu bingkai yang mengandungi batang dengan rahang tetap (jaw). Batang mempunyai skala utama dalam inci (imperial scale) dan metrik (metric scale). Rahang luar ( External jaw) boleh mengukur garisan diameter bulatan, ketebalan dan panjang benda kerja. Rahang dalam (external jaw) boleh mengukur jarak, garis pusat gerek dan lubang, manakala bilah kedalaman (depth measuring blade) boleh mengukur kedalaman sesuatu lubang. Dalam bidang pembelajaran sains, pengetahuan menggunakan angkup bagi mendapatkan bacaan yang tepat dengan betul amat penting kerana melibatkan pemerolehan kemahiran manipulatif iaitu cara-cara mengendalikan peralatan sains dengan betul. Ketepatan bacaan angkup bergantung kepada kecekapan dan kemahiran penggunanya. Pelajar yang cekap dapat mengenakan hujung angkup dengan betul, sementara pelajar yang kurang pengalaman ataupun kurang cekap mungkin akan meletakkan hujung angkup hampir-hampir di permukaan yang hendak diukur. Dalam pengukuran objek saiz kecil, ataupun pembuatan bahagian mekanikal yang mempunyai tolerans yang kecil, perbezaan ini mungkin kritikal. Selain itu, penggunaan angkup dalam makmal sekolah juga penting bagi pelajar untuk pemerolehan kemahiran proses sains asas seperti pemerhatian serta mengukur dan menggunakan nombor. Dalam penggunaan angkup, pelajar perlu membuat pemerhatian secara kuantitatif dengan menggunakan nombor bacaan yang terdapat pada skala angkup. Kita menggunakan deria penglihatan untuk melihat bacaan yang terdapat pada skala angkup. Mata pelajar haruslah selari dengan bacaan bagi mendapatkan bacaan yang betul. Tambahan pula, skala bacaannya adalah kecil. Justeru bagi memastikan bacaan yang diperolehi adalah betul, pelajar akan melakukan pemerhatian dengan lebih teliti dan berhati-hati berbanding apabila pelajar

menggunakan alat pengukuran pnjang yang lain. Pengukuran menggunakan angkup menjadikan pemerhatian lebih jitu.

Penggunaan angkup dalam melakukan eksperimen juga dapat membantu pelajar dalam pemerolehan kemahiran proses sains bersepadu. Sebagai contoh, dalam tahun 4 sains terdapat topik ukuran yang membincangkan tentang pelbagai cara mengukur panjang. Guru boleh melaksanakan satu eksperimen atau aktiviti dimana pelajar dikehendaki mengukur panjang dan lebar meja guru, diameter luar dan dalam sebiji gelas, serta lilitan mana-mana objek yang berbentuk bulat dengan memberi bacaan dalam unit piawai yang betul. Dalam eksperimen ini, angkup tersebut boleh digunakan dalam mengukur diameter dalam dan luar sebiji gelas. Kesimpulannya, bagi pendapat saya, angkup vernier ini adalah antara alat pengukuran yang perlu ada di makmak sekolah rendah kerana ia penting dalam untuk pelajar memperolehi kemahiran manipulative, kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu dalam pengajaran sains sekolah rendah.

You might also like