Professional Documents
Culture Documents
Nota Bab 1
Nota Bab 1
(c) Pangkalan Tentera Pada abad ke 18. British bermusuhan dengan Perancis. Perancis memiliki sebuah pangkalan tentera di Pulau Mauritius. Pemilikan ini mengancam keselamatan British di Madras kerana melalui pangkalan ini, Perancis dapat menyerang British dalam masa yang singkat. Oleh itu, Pulau Pinang sesuai dijadikan sebagai pangkalan tentera di Kepulauan Melayu untuk mempertahankan petempatannya di India daripada diserang oleh Perancis.
Peta 1.1 Pulau Pinang dan Seberang Perai merupakan sebahagian daripada wilayah negeri Kedah sebelum tahun 1791. Kedaulatan Kedah tercabar Kedah makmur sebagai pusat perdagangan antarabangsa pada kurun ke-16. Kuala Kedah merupakan pelabuhan entrepot yang penting di Kepulauan Melayu. Kedaulatan dan kemakmuran negeri Kedah telah dicabar dan ditentang dari dalam dan luar negeri. Ancaman Bugis Masalah di negeri Kedah muncul apabila Sultan Muhammad Jiwa yang memerintah Kedah (1723-1778) telah melantik Tunku Abdullah menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1770. Pelantikan tersebut tidak dipersetujui oleh kerabat diraja Kedah kerana Tungku Abdullah bukan anak gahara Anak gahara ialah anak raja yang dilahirkan oleh isteri sultan yang berketurunan raja. Kerabat diraja Kedah telah membuat pakatan sulit dengan orang Bugis di Selangor
untuk menyerang Kedah Raja Haji, seorang pemimpin Bugis telah mengetuai untuk menyerang dan menawan Kuala Kedah sertaAlor Setar. Sultan Muhammad Jiwa terpaksa berundur ke Kangar. Baginda berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan daripada Syarikat Jourdain Sullivan and deSouza di India untukmenentang Bugis bagi mengembalikan kedaulatan Kedah. Firma telah menghantar Francis Light untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa pada tahun 1771. Melalui satu perjanjian yang telah di dibuat antara firma dengan Sultan Muhammad Jiwa, firma dibenarkan berniaga di Kuala Kedah. Sebagai balasan firma dikehendaki memberi bantuan ketenteraan kepada Kedah bagi menyerang Bugis. Perjanjian tersebut telah dibatalkan Sultan apabila firma enggan memberikan bantuan ketenteraan bagi menyerang Bugis di Selangor. Ancaman Siam dan Burma Kedah menghadapi ancaman daripada ancaman Siam kerana Kedah menghentikan penghantaran bunga emas kepada Siam semasa Siam berperang dengan Burma pada tahun 1753-1781. Setelah peperangan tamat, Siam menuntut Kedah menghantar bunga emas, wang dan tenaga manusia. kesejahteraan rakyat. Kedah juga menghadapi ancaman daripada Burma kerana tidak membantu Burma semasa Burma berperang dengan Siam. Sultan Kedah berasa terancam dan ingin mengekalkan kedaulatan dan kesejahteraan rakyat. Oleh itu, Sultan Abdullah (1778-1797) terpaksa mendapatkan bantuan tentera daripada SHTI.Baginda menawarkan Pulau Pinang kepada SHTI untuk memperoleh perlindungan. Tawaran Sultan Abdullah amat menarik minat Francis Light kerana pihak Inggeris sememangnya sedang berusaha mencari pengkalan baru di Kepulauan Melayu.
Francis Light menerima tawaran SultanAbdullah. Francis Light telah menandatangani Perjanjian Inggeris - Kedah dengan pada tahun 1786 tanpa pengetahuan SHTI.
Sultan Abdullah telah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan syarat beliau mestilah memberikan bantuan ketenteraan kepada beliau apabila diperlukan. Dengan rasminya pada II ogos 1786, upacara menaikkan bendera Union Jack telah diadakan dan ini menandakan bermulanya penjajahan British di Tanah Melayu. Pulau Pinang telah dinamakan sebagai Prince of Wales Island oleh Francis Light. Kawasan petempatan mereka dinamakan Georgetown sempena nama Raja England, iaitu King George III. SHTI mungkir janji Pada tahun 1786, Kedah diancam oleh Siam. Sultan Abdullah telah meminta SHTI memberikan bantuan ketenteraan seperti yang dijanjikan dalam Perjanjian 1786. SHTI tidak mahu memberikan bantuan ketenteraan kepada Kedah dengan alasan SHTI tidak terlibat dalam Perjanjian 1786. Perjanjian tersebut hanya ditandatangani antara Sultan Abdullah dengan Francis Light. Sebenarnya. SHTI tidak mahu menyinggung perasaan Siam untuk menjaga kepentingan perdagangan dengan Siam. Sultan Abdullah telah mendesak Francis Light supaya meninggalkan Pulau Pinang kerana tidak mengotakan janjinva. Francis Light tidak mahu meninggalkan Pulau Pinang dan sebaliknya menawarkan bayaran ganti rugi Sultan Abdullah Tindakan tersebut telah menyebabkan Sultan Abdullah berasa marah dan tertipu. Baginda telah menyediakan angkatan tentera taut di Seberang Perai dengan bantuan daripada Riau, Siak dan Selangor untuk menyerang dan mengambil semula Pulau Pinang. Francis Light telah menyerang kubu Sultan Kedah di Seberang Perai dengan bantuan tentera British. Sultan Abdullah akhimya kalah dan terpaksa menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Keamanan lnggeris Kedah pada I Mei 1791. Antara syarat-syarat perjanjian ini ialah:-
Perjanjian Persahabatan dan Keamanan Inggeris-Kedah 1 Mei 1794 1) SHTI menduduki Pulau Pinang secara rasmi
Gabenor Pulau Pinang yang pertama ialah George Leith.
Perjanjian Burney 1826 Antara syarat perjanjian ialah: 1. British mengiktiraf ketuanan Siam terhadap Kedah. 2. Sultan ndah, Sultan Ahmad ?ajuddin II tidak didenarkan tinggal di 7(edah, Pulau Pinang, Sederang Perai, Pera k Selangor dan Burma. 3. British tidak akan mem6antu sultan 7(edah menyerang Siam Ian ajahan takfuknya. 4. British akan menghantar balik sultan Kedah yang berlindung di Pulau Pinang ke Kedah, dan J(edah hendakfah membayar ufti bunga emas kepada Siam.
Kita dapat melihat bahawa Francis Light dan SHTI telah memungkiri syarat-syarat perjanjian dan menggunakan tipu muslihat untuk mengambil Pulan Pinang dan Seberang Perai daripada Sultan Kedah.
(c) Singapura dapat menyekat kemaraan kuasa Belanda di Kepulauan Melayu. (d) Singapura dapat menyekat monopoli perdagangan Belanda di Kepulauan Melayu.
Peta 1.3 Kedudukan pelabuhan-pelabuhan utama di laluan perdagangan antara India dengan China. Taktik Raffles mengambil Singapura Raffles tiba di Singapura Pada tahun1819. Singapura diperintah olehTemenggung Abdul Rahman. Satu perjanjian telah dibuat pada 30 Januari 1819 antara Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman. Perjanjian itu terpaksa ditandatangani oleh Temenggung Abdul Rahman kerana beliau bimbang diserang oleh Raffles. Syarat-syarat perjanjian antara Temenggung Abdul Rahman dengan Stamford Raffles:
Perjanjian tersebut dianggap tidak sah kerana dibuat tanpa persetujuan daripada Sultan Johor, iaitu Sultan Abdul Rahman. Raffles dapat mengatasi masalah tentangan daripada Sultan Abdul Rahman apabila mengetahui adanya masalah pewarisan takhta yang berlaku pada tahun 1812. Raffles telah menggunakan masalah pewarisan takhta kerajaan Johor sebagai helah untuk bertapak di Singapura. Masalah perebutan takhta kerajaan Johor bermula apabila Tengku Abdul Rahman, putera bongsu Sultan Johor, telah dilantik menjadi Sultan Johor. Tengku Abdul Rahman yang bergelar Sultan Abdul Rahman turut mendapat pengiktirafan daripada Belanda. Putera sulung Tengku Hussein atau Tengku Long tidak dilantik sebagai Sultan kerana baginda tidak ada semasa kemangkatan ayahandannya. Tengku Hussein pada ketika itu berada di Pahang kerana melangsungkan perkahwinannya. Sekembalinya dan Pahang, Tengku Hussein menuntut hak menjadi Sultan Johor. Raffles berjaya memujuk Temenggung Abdul Rabman dan menjemput Tengku Hussein ke Singapura untuk ditabalkan menjadi Sultan Johor. Pada 6 Feb 1819, Sultan Hussein mengiktiraf perjanjian awal antara Temenggung Abdul Rahman denganRaffles. Dengan ini, SHTI mula bertapak secara rasmi di Singapura. SHTI mencengkam Singapura SHTI telah membuat beberapa perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung untuk mengukuhkan kedudukannya di Singapura. Raffles menandatangani satu perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk membolehkan SHTI berkuasa di seluruh Singapura pada Jun 1823. Syarat-syarat Perjanjian 7 Jun 1823:
Pada 2 Ogos 1824, satu lagi perjanjian ditandatangani antara John Crawfurd, iaitu Residen Singapura, dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman untuk memaksa Sultan Hussein menyerahkan Singapura secara rasmi kepada SHTI. Syarat-syarat Perjanjian 2 Ogos 1824:
Antara syarat perjanjian ialah: 1. Belanda mengiktiraf petempatan British di Singapura. 2. Belanda berjanji tidak akan membuka petempatan baru di Tanah Melayu. 3. British menyerahkan Bangkahulu kepada Belanda, sementara Belanda menyerahkan Melaka kepada British.
Perjanjian ini telah membawa beberapa kesan. Antaranya ialah: (a) Kepulauan Melayu terbahagi kepada dua kawasan pengaruh, iaitu Kepulauan Melayu dan Singapura di bawah pengaruh British manakala Kepulauan Riau dan Lingga di bawah pengaruh Belanda. (b) British dapat meluaskan pengaruhnya di Tanah Melayu. (c) British telah memiliki tiga pelabuhan penting di Tanah Melayu, iaitu Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. (d) British dapat menguasai laluan perdagangan di Selat Melaka. (e) Empayar Johor-Riau berpecah
Peta 1.4 Pembahagian kawasan pengaruh British dan Belanda akibat Perjanjian InggerisBelanda 1824
Peta 1.5 Kedudukan Negeri-negeri Selat pada tahun 1826 Dasar pentadbiran Gabenor Jeneral British di India tidak disenangi oleh penduduk tempatan dan saudagar kerana merasakan NNS seolah-olah tanah jajahan India. Saudagar-saudagar British di NNS mahukan kerajaan British memindahkan pentadbiran NNS ke London. Antara sebab penduduk tempatan dan saudagar British merayu supaya pentadbiran NNS dipindahkan dari India ke London pada tahun 1867 ialah: (a) Kebajikan NNS tidak diambil berat oleh SHTI di India. (b) SHTI di India hendak menghapuskan taraf pelabuhan bebas di Singapura. (c) SHTI di India tidak mengawal kedatangan imigran Cina ke NNS. Imigran Cina menubuhkan kongsi gelap dan sering bergaduh sesama sendiri. (d) Para perdagang rugi apabila SHTI di India menggantikan mata wang dolar Sepanyol dengan mata wang rupee India melalui Akta Akta Wang 1855. (e) NNS dijadikan tempat buangan banduan. Akhirnya kerajaan British mengistiharkan NNS sebagai tanah jajahan pada 1 April 1867. NNS diletakkan dibawah tanggungjawab Pejabat Tanah Jajahan di London. Sebuah Majlis Perundangan ditubuhkan untuk membolehkan NNS menggubal perlembagaan dan undang-undang sendiri.