You are on page 1of 6

TUJUAN DAN MATLAMAT PENILAIAN DALAM KAUNSELING

Dr Sapora Sipon Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) PENGENALAN Penilaian dalam sesi kaunseling adalah satu elemen yang sangat penting dalam menjayakan sesi kaunseling. Artikel ini akan membincangkan tujuan dan matlamat penilaian, dan langkah-langkah dalam penilaian. Selain daripada itu, kaedah kerja rumah dalam menjayakan matlamat penilaian akan turut dibincangkan dalam bab ini. Bahagian ini akan juga membincangkan halangan kerja rumah dalam matlamat penilaian. Penilaian mempunyai dua sebab utama. Sebab pertama ialah ia boleh menentukan kemajuan klien dan sebab kedua ialah ia boleh membantu kaunselor untuk mempertingkatkan kemahiran dalam melaksanakan kaunseling di masa hadapan. Mengikut Young (1992), tujuan penilaian diadakan ialah; Membantu untuk kenal pasti penyebab permasalahan/persoalan klien. Membantu menerangkan /menjangka tingkah laku matlamat Membantu klien memahami masalah Membantu menyediakan data yang berharga. Membantu klien melihat kekuatan diri

Penilaian dalam kaunseling perlu dilakukan kerana ia dapat memperbaiki cara kaunselor menggendalikan sesi kaunseling di samping boleh menentukan arah masa hadapan klien dan menyambung sesi kaunseling pada bila-bila masa yang klien kehendaki. Fokus penilaian dalam kaunseling adalah atas dasar perubahan tingkah laku. Aspek penting dalam proses penilaian adalah faktor masa the matter of timing iaitu bila penilaian akan dilakukan. Sebelum proses penilaian, kaunselor perlu meneliti dengan jelas dan spesifik apa matlamat klien selepas sesi kaunseling dijalankan. Perhatian seperti ini akan memberikan penilaian kepada objektif yang dibawa oleh klien bersama kaunselor. Walaupun tujuan kaunseling adalah bertujuan untuk mengubah tingkah laku klien, adalah juga penting kaunselor menilai tingkah

lakunya. Tingkah laku kaunselor merupakan salah satu alat penilaian penting dalam membuktikan perubahan tingkah laku klien. Dalam menilai tingkah laku klien, kaunselor boleh bertanya soalan-soalan seperti; Adakah saya membantu klien mencapai objektif yang ditetapkan Adakah saya membantu membantu klien mencapai matlamat sebaik yang boleh. Apakah yang telah saya pelajari dari sesi kaunseling ini.

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENILAIAN Antara langkah-langkah dalam penilaian kaunseling ialah melalui beberapa seperti di bawah; Percakapan klien Antara ciri-ciri yang boleh diperhatikan dalam percakapan klien adalah nada suaranya. Selain dari itu, perhatikan juga sama ada klien bercakap dengan laju atau sebaliknya. Adakah klien bercakap tanpa mendengar. Pakaian klien Perhatikan jenis pakaian yang dipakai oleh klien. Adakah pakaian klien bersesuaian dengan keadaan sekeliling. Postur Adakah klien mempunyai postur yang baik dan bersesuaian. Ekspresi muka Ekspresi muka termasuk gerak mata, bibir, mulut dan sebagainya. Adakah klien menggunakan hubungan mata yang baik dan sebagainya. Pergerakan badan yang lain. Seringkali klien merasa bimbang semasa sesi terapi. Kelakuan ini ditunjukkan berbagai perlakuan seperti mengulas-ulas tisu, menggerak-gerakkan kaki

-KERJA RUMAH Kerja rumah dilihat sebagai satu elemen yang penting dalam menentukan keberkesanan kaunseling. Kerja rumah merujuk kepada apa sahaja tugasan yang diberikan kepada klien untuk disiapkan diantara sesi. Kerja rumah diberikan atas tujuan penilaian dan ada juga yang digunakan untuk meningkatkan kepekaan klien. Kerja rumah juga dilakukan dengan bertujuan untuk melatih satu tingkah laku baru. -Tujuan Kerja rumah Tujuan utama menggunakan kerja rumah ialah ia menyediakan satu susulan atau rawatan yang berterusan antara sesi. Kerja rumah juga boleh meningkatkan rawatan. Kedua, tugasan kerja rumah boleh menukar kepekaan kepada tingkah laku yang boleh dilihat dan menggalakkan pemindahan pembelajaran. Tugasan juga membolehkan kawalan daripada kaunselor kepada klien. - Kaedah Kerja Rumah Dalam melihat kaedah kerja rumah, Young (1992) telah mengenal pasti beberapa langkah iaitu; Langkah 1: Menilai matlamat klien Sebelum memberi kerja rumah, kaunselor dan klien sepatutnya menilai matlamat utama sesi dan memastikan tugasan kerja rumah adalah ke arah membantu klien. Langkah 2: Klien dan kaunselor mengenal pasti aktiviti yang perlu klien amalkan Sebagai contoh, jika klien berusaha untuk mengurangkan kesedihan, matlamat yang dikenalpasti mungkin meningkatkan aktviti fisikal atau mengurangkan pemikiran yang kalah diri. Langkah 3: Kaunselor menjelaskan beberapa pilihan bagaimana matlamat boleh dicapai. Dalam contoh di atas, kaunselor mungkin mencadangkan beberapa aktiviti yang boleh membantu klien seperti menghadiri kelas aerobik, berjalan sejauh satu kilometer.

Langkah 4: Klien dan kaunselor berunding mengenai satu rancangan yang boleh diterima Klien digalakkan untuk memodifikasi atau mengembangkan cadangan kaunselor. Tugas kaunselor adalah untuk meneruskan untuk mencabar klien untuk mengenal pasti rancangan yang dirasakan paling berjaya untuk dirinya . Kaunselor juga akan memastikan klien membuat rancangan semudah mungkin. Langkah 5: Klien membuat komitmen ke atas rancangan Kejayaan sesuatu tugasan banyak bergantung kepada keterlibatan klien. Kaunselor mesti bersifat fleksibel untuk menjayakan rancangan dan berbalik kepada langkah 3 sekiranya klien tidak mahu terlibat ke atas tugasan. Langkah 6: Mencabar klien Kaunselor mencabar klien untuk melaksanakan kerja rumah. Kaunselor akan memastikan bahawa klien benar-benar memahami tugasan yang diberikan. Klien juga digalakkan bertanya soalan. Kaunselor perlu menamatkan sesi dengan menggalakkan klien untuk menyiapkan kerja rumah. Langkah 7 : Susulan Dalam peringkat susulan ini, kaunselor dan klien akan membentuk satu sistem pelaporan dengan tujuan klien boleh menyiapkan satu laporan kemajuan pada sesi yang akan datang. Klien boleh menulis data-data dalam buku kecil. -HALANGAN-HALANGAN DALAM PERLAKSANAAN KERJA RUMAH. Tugasan yang mempunyai kemungkinan tinggi untuk berjaya sahaja yang patut dipilih. Ini penting dilakukan terutama sekali di peringkat awal sesi kaunseling supaya klien mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya. Tugasan kerja rumah perlu disesuaikan mengikut kesesuaian setiap klien. Seringkali kaunselor memberi kerja rumah yang sama kepada setiap klien. Ini mungkin boleh mengurangkan motivasi klien. Tugasan yang mempunyai kreativiti boleh menambahkan kejayaan klien. Contohnya, sekiranya klien suka membaca, klien boleh diminta untuk membaca buku sebagai tugasan yang perlu dilakukan. Kerja rumah juga sepatutnya mudah untuk dilaksanakan dan mudah diikuti oleh klien.

Rumusan

Secara keseluruhannya, artikel ini telah membincangkan tujuan dan matlamat penilaian dalam sesi kaunseling. Dalam menetapkan penilaian dalam kaunseling, artikel ini juga telah membincangkan kebaikan dalam membuat penilaian dalam kaunseling seperti membantu kaunselor untuk mengenal pasti persoalan klien, membantu menjangka tingkah laku, membantu klien memahami persoalannya dan membantu menyediakan data yang berharga. Artikel ini juga telah membincangkan mengenai kaedah terbaik dalam melaksanakan kerja rumah.

RUJUKAN Young, M.E. (1992). Counselling methods and techniques. An electic approach. New York: Merill Publishing Company.

You might also like