You are on page 1of 5

seloka

Definisi seloka
Seloka ialah sejenis puisi Melayu

tradisional. Seloka ialah karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Bilangan baris pada sebuah seloka adalah tidak terhad dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Seloka juga tidak mempunyai skima rima yang tetap. Seloka dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Kritikan dan

Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara halus. Kata-kata yang digunakan di dalam seloka adalah lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat. Kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka.Seloka dijadikan sebagai sesuatu perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya dengan imej alam.

Ciri-ciri seloka
Sejenis puisi 2 baris/ kerat

+ Mempunyai 16 suku kata yang disusun dalam 4 unit + Mempunyai 4 baris seloka / lebih + Bebas dari segi rima + Isi ialah pengajaran dan nasihat tetapi disampaikan dalam nada yang berbentuk nada menyindir dan mengejek / dalam nada jenaka

Seloka mat jenin


SELOKA MAT JENIN Rangkap 1 Mat Jenin berangan-angan di atas pokok kelapa jika ada duit ingin buat modal kerana ingin menjadi kaya dengan cepat. Rangkap 2 Mat Jenin berangan-angan ingin menjual kelapa dan ayam dan membeli itik untuk menjadi kaya. Rangkap 3 Angan-angan Mat Jenin ingin menjual itik dan membeli kambing dan menjual kambing untuk membeli lembu. Sambil tersenyum sumbing Mat Jenin berangan duitnya ad beriburibu. Rangkap 4 Mat Jenin berangan-angan menjual lembu untuk membeli bahtera dan pergi berniaga di luar negeri untuk menjadi kaya-raya serta ingin berkahwin dengan anak raja.

Rangkap 5 Angan-angan yang terlalu kuat menyebabkan Mat Jenin lupa diri seketika dengan mengangkat kedua-dua tangannya tanpa disedari dirinya berada di atas pokok. Rangkap 6 Akibat terlalu kuat berangan-angan, Mat Jenin mengadai nyawanya sendiri kerana terjatuh dari atas pokok. Rangkap 7 Inilah kesannya orang yang suka berangan-angan ingin menjadi kaya sehingga lupakan diri

You might also like