You are on page 1of 38

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.

com

2012 EMD Concepts (M) Sdn Bhd (1023392-K). Semua Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi, dan isi kandungan dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan dalam bentuk tulisan atau lisan daripada penerbit iaitu EMD Concepts (M) Sdn Bhd.

TERMA DAN SYARAT Ebook khas Rahsia Madu Acacia (RMA) ini boleh dimuat-turun secara PERCUMA di www.rahsiamaduacacia.com. Anda sangat digalakkan supaya menyebarkan laman web dan ebook ini kepada rakan-rakan, ahli keluarga, pengunjung blog atau sesiapa sahaja yang berminat untuk mengamalkan kehidupan yang lebih sihat dan positif. Sebarang peniruan dan pengubahsuaian kepada ebook ini adalah DILARANG SAMA SEKALI. Pihak kami mengucapkan terima kasih kerana membantu menjaga dan melindungi hak penulis dan penerbit ebook ini.

[YA] Boleh berikan link www.rahsiamaduacacia.com kepada orang lain [YA] Boleh berikan ebook RMA kepada orang lain [TIDAK] Boleh dipakejkan di laman web/email anda [TIDAK] Boleh diberikan sebagai hadiah atau bonus [TIDAK] Boleh melakukan perubahan pada isi kandungan ebook ini [TIDAK] Boleh copy/paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain [TIDAK] Boleh dijual semula sebagai Master Resell Rights [TIDAK] Boleh dijual semula di laman lelong atau laman jualan produk digital lain [YA] Boleh diletakkan di dalam laman web keahlian percuma atau berbayar [YA] Boleh diletakkan di dalam laman web forum, portal atau komuniti

[2]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

PENAFIAN AM Penulis, Danial Bero dan Hafeez Muslim serta pihak penerbit iaitu EMD Concepts (M) Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab di atas segala kesan jangka pendek mahupun jangka panjang yang dialami pembeli kesan dari penggunaan kaedah-kaedah yang ditunjukkan di dalam panduan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Perlu diketahui bahawa panduan ini telah dihasilkan untuk memberikan tunjuk ajar serta menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Segala kaedah, teknik dan strategi yang tertera di dalam panduan ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat membawa sebarang manfaat tertentu kepada mana-mana pihak. Walaupun segala usaha telah dibuat oleh penulis untuk menjaga ketepatan maklumat dalam kajiannya, penulis tidak dapat menjamin bahawa maklumat yang terkandung di dalam panduan ini adalah seratus peratus tepat dan lengkap semasa anda membacanya. Segala perubahan yang terjadi adalah di luar kemampuan penulis.

[3]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Kandungan

Penghargaan ...............................................................................................................................6 Pendahuluan ...............................................................................................................................8 Aktiviti Perniagaan Utama .......................................................................................................9 Keunikan Lokasi Ladang .........................................................................................................10 Apakah Itu Madu Acacia Mangium ............................................................................................11 Pokok Acacia Mangium .........................................................................................................11 Lebah Apis Mellifera ..............................................................................................................11 Madu Acacia Mangium ..........................................................................................................12 Ciri-Ciri Madu Acacia Mangium..........................................................................................12 Komposisi Unik Madu Acacia Mangium .....................................................................................14 Kandungan Vitamin ...............................................................................................................14 Fakta Kandungan Nutrisi dbTM Acacia Mangium ....................................................................16 Khazanah Rawatan, Kesihatan Dan Perubatan Silam .................................................................20 Pengiktirafan Dalam Kitab Agama .........................................................................................20 Amalan Ilmuan Silam .............................................................................................................21 Rawatan Menggunakan Madu Acacia Mangium ....................................................................24 PENYAKIT JANTUNG: .........................................................................................................24 KEMANDULAN: ..................................................................................................................24 DIABETES: ..........................................................................................................................25 ARTRITIS: ...........................................................................................................................25 JANGKITAN PUNDI KENCING:.............................................................................................25 KOLESTEROL: .....................................................................................................................26 SELESEMA: ........................................................................................................................26 PERUT BERMASALAH: ........................................................................................................26 ANGIN (GAS):.....................................................................................................................26
[4]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

SISTEM IMUN: ...................................................................................................................26 KETAKCERNAAN: ...............................................................................................................26 AWET MUDA: ....................................................................................................................27 JERAWAT: ..........................................................................................................................27 JANGKITAN KULIT: .............................................................................................................27 MEMBAKAR LEMAK: ..........................................................................................................27 KANSER: ............................................................................................................................27 KELETIHAN: .......................................................................................................................28 NAFAS BERBAU BUSUK: .....................................................................................................28 Kelebihan Madu Acacia Mangium .............................................................................................29 Testimoni Pakar.....................................................................................................................29 Pencegahan Penyakit ............................................................................................................30 Khasiat Hebat ........................................................................................................................31 Laporan Khas: Persepsi Masyarakat Terhadap Ketulenan Madu ................................................32 Komen & Maklumbalas .............................................................................................................35 Penutup ....................................................................................................................................36 Tindakan Seterusnya .................................................................................................................37 Profil Penulis .............................................................................................................................38

[5]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Penghargaan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah melimpahkan kurniaNya dengan memanjangkan usia dan memberikan kudrat kepada kami sehingga telah berjaya menghasilkan Ebook Rahsia Madu Acacia Mangium ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Mohd Suhaimy a.k.a Shuth iaitu pengasas Forum WangCyber dan juga ahli-ahli forum tersebut yang telah memberikan inspirasi kepada kami untuk menerbitkan bahan penulisan digital berbentuk Ebook ini. Istimewa buat keluarga tercinta, yang tetap setia menjadi penyokong tegar serta penyuntik semangat dalam segala kerja-kerja kami. Buat rakan seperjuangan yang turut menyumbang idea dan keringat bagi menghasilkan Ebook ini, jutaan terima kasih kami ucapkan. Tidak lupa juga setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Doa dan kata-kata semangat dari kalian membuatkan kami lebih berkobar-berkobar memperjuangkan makanan sunnah ini. Tujuan utama panduan ringkas ini ditulis ialah untuk memperkenalkan pembaca kepada salah satu jenis madu yang dikategorikan sebagai terbaik di dunia. Ramai yang masih keliru tentang ujian ketulenan madu dan tercari-cari akan madu yang lazat, tulen dan yang paling penting berkhasiat! Kami akan mendedahkan kepada anda tentang konsep, faedah dan cara-cara mengamalkan pemakanan madu yang anda boleh mulakan sebaik sahaja tamat membaca panduan ini. Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang sudi membaca panduan ringkas ini. Sebarkanlah panduan ini jika dirasakan bermanfaat.

Salam hormat,

DANIAL BERO Pengasas & CEO EMD Concepts (M) Sdn Bhd 1 Disember 2012, 17 Muharam 1434H

HAFEEZ MUSLIM COO

[6]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Kata-Kata Hikmat

Begitu ramai orang mengorbankan kesihatan mereka untuk mendapatkan kekayaan, dan kemudian terpaksa membelanjakan kekayaan mereka untuk mendapatkan kembali kesihatan
A J Reb Materi

Kekayaan yang terunggul adalah kesihatan


Virgil

Barangsiapa yang memiliki kesihatan memiliki harapan. Barangsiapa yang memiliki harapan memiliki segalanya
Pepatah Arab

[7]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Pendahuluan
Dari Tuhanmu memberi ilham kepada lebah. Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. - Al-Quran, Surah An-Nahl (Lebah) [16:68-69]

Misi utama EMD Concepts (M) Sdn Bhd adalah untuk mempopularkan madu Acacia premium, mentah lagi asli di Malaysia dan dunia kerana khasiatnya yang tiada tandingan serta keupayaannya menggantikan gula proses dalam diet seharian. Antara faktor yang mendorong kami menceburi bidang ini ialah kerana kesukaran mendapatkan madu asli dan mentah yang benar-benar berkualiti di pasaran. Lebih memburukkan keadaan, akhir-akhir ini lambakan madu tiruan di pasaran semakin menjadi-jadi. Ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada pengamalnya akibat keracunan dan lebih buruk lagi, ia boleh membawa maut. Justeru, adalah tanggungjawab kami untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya yang bakal dihadapi jika tersalah membuat pilihan. Madu Acacia sangat berpotensi dalam pasaran domestik dan global. Ia juga sangat unik kerana buat masa ini, madu Acacia mentah dan asli hanya terdapat di Malaysia sahaja dan salah satu darinya dikeluarkan oleh EMD Concepts (M) Sdn Bhd. Kami yakin produk madu yang kami keluarkan sangat berkualiti tinggi dan memberikan manfaat yang sangat besar kepada masyarakat.

[8]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Aktiviti Perniagaan Utama


Aktiviti perniagaan utama Syarikat adalah menternak, mengilang dan memasarkan produk lebah di peringkat nasional dan global. Produk madu syarikat telah pun dipasarkan di seluruh Malaysia dan telah mula dieksport ke beberapa negara luar seperti Filipina, UAE, Singapura, Australia dan Jepun. EMD Concepts (M) Sdn Bhd mempunyai beberapa pusat perniagaan yang bertindak sebagai pejabat pentadbiran, penternakan, pengilangan, pembungkusan dan gudang.

[9]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Keunikan Lokasi Ladang


Lokasi ladang kami berada di tengah-tengah hutan simpan pokok Acacia Mangium. Madu yang dikeluarkan dari pangkal daun pokok tersebut adalah Honey Dew dan bukannya daripada bunga yang dikenali sebagai Nectar seperti madu-madu lain yang terdapat di pasaran. Ini menambahkan lagi keunikan madu yang dihasilkan kerana jika di tempat-tempat lain terutamanya di Amerika, madu Acacia yang terdapat di pasaran mereka bukanlah madu Acacia dari pokok Acacia tetapi dari pokok Black Locust yang juga dikenali sebagai False Acacia. Pokok Acacia ini akan mengeluarkan Honey Dew sepanjang tahun apabila musim panas, tidak seperti nectar bunga yang pengeluarannya mengikut musim bunga.

[10]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Apakah Itu Madu Acacia Mangium


Sebelum kita menyingkap lebih jauh lagi berkenaan khasiat, manfaat dan kegunaan madu Acacia ini, mari kita sama-sama kenali madu ini dengan lebih mendalam, bak kata pepatah Tak kenal maka tak cinta. Madu Acacia berkualiti tinggi terhasil dari kombinasi pokok dan lebah yang mengutip madunya.

Pokok Acacia Mangium


Pokok Acacia Mangium merupakan pokok yang berasal dari Australia dan dibawa masuk ke Malaysia untuk tujuan penghasilan kayu dan pulpa yang digunakan untuk menghasilkan kertas. Pokok Acacia ini mula ditanam di Malaysia pada era 1960-an di kebanyakan tempat di Sabah dan beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia untuk industri kertas di samping menjadi pokok hiasan. Kini, keluasan ladang pokok Acacia mencecah lebih kurang 50,000 hektar di Sabah dan 40,000 hektar di Semenanjung. Selain dari permintaan kertas, pokok Acacia juga telah menjadi tumpuan kepada pengusaha penternakan lebah kerana pokok Acacia ini dapat menghasilkan madu yang bermutu tinggi yang setanding dengan madu sidr, manuka dan tualang. Penghasilan madu Acacia Mangium ini dihasilkan melalui honey dew yang terdapat pada pokok Acacia ini.

Lebah Apis Mellifera


Lebah Apis Mellifera merupakan lebah berasal dari Eropah. Perkataan Apis berasal dari Latin yang bermaksud Lebah dan Mellifera bermaksud Melli (Madu) dan Ferre (Pemburu) Lebah Pemburu Madu. Lebah spesis bersaiz 10mm ke 20mm ini sememangnya terbukti unggul dan produktif dalam menghasilkan madu yang berkualiti dan berkeupayaan menghasilkan
[11]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

madu yang mempunyai kadar air (moisture) yang rendah iaitu sekitar 17-20%. Ia mudah membiak dan perkembangannya juga mudah diawasi. Lebah jenis ini mampu terbang sejauh 3 kilometer radius mencari dan memburu sumber madu. Ia amat sesuai untuk skala komersial kerana setiap koloni superhive yg lebahnya berjumlah dari 30,000 ekor boleh menghasilkan 120kg madu setahun.

Madu Acacia Mangium


Setelah kita memahami sedikit sebanyak mengenai pokok Acacia dan lebah Apis Mellifera yang bertanggungjawab menghasilkan madunya, sekarang tibalah masanya untuk mengetahui pula mengenai madu Acacia Mangium yang terhasil daripada kombinasi hebat tersebut. Madu Acacia Mangium berwarna hampir telus kepada kuning keemasan. Rasanya pula boleh digambarkan menyerupai rasa bunga atau vanila. Madu Acacia Mangium tidak mudah menghablur (Crystallize) kerana kepekatan fruktosanya yang tinggi. Ini bermakna madu Acacia Mangium boleh kekal dalam bentuk cecair untuk tempoh masa yang panjang. Madu Acacia Mangium mengandungi asid fenolik, asid abscisic dan flavonoid. Terdapat tiga asid fenolik, p-hydroxybenzoic, asid ferullic dan t-cinnamic. Selain itu, terdapat lima flavonoid, pinobanksin, apigenin, pinocembrin, crysin dan acacetin. Profil asid fenolik madu Acacia juga termasuk p-coumaric, p-hydroxybenzoic, t-cinnamic dan asid vanillic. Ciri-Ciri Madu Acacia Mangium i. ii. iii. Madu Acacia sangat baik dan telah terbukti untuk rawatan penyakit hati, buah pinggang, dan sebagai sedatif untuk masalah saraf dan mental. Ia juga boleh digunakan sebagai pemanis tanpa mengubah rasa atau aroma makanan. Ia juga mempunyai ciri-ciri antiseptik yang ketara yang mana boleh diletakkan pada luka tanpa perlu dibasuh luka terlebih dahulu.

[12]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Jadual 1: Perbandingan Ringkas Madu Acacia, Madu Tualang & Madu Ternak
PERKARA JENIS LEBAH NEKTAR / SUMBER MADU MADU ACACIA Apis Mellifera Honey Dew pada daun Pokok Acacia Magnium 100% Natural Organik MADU TUALANG Apis Dorsata Multiflora 100% Natural Organik MADU TERNAK Apis Cerana Monoflora, Gula, Sirap Fructose Nektar dari Flora Kebun (berpotensi tercemar dengan pestisid/racun dan antibiotik pada makanan lebah terutama madu dari China yang telah dipek semula) Jinak dan tidak menyengat kecuali terpaksa Kotak Lebah

SIFAT LEBAH

Sangat produktif dan mampu bertahan pelbagai cuaca Kotak Lebah

Agresif dan tidak boleh dipelihara, sukar diperoleh 25 m dari tanah pada Pokok Tualang

SARANG KOLONI

RASA

Sangat Manis

Manis Agak Tajam & Menyengat 22-26% 70-80% TIRUAN atau CAMPURAN. Kesannya harga lebih mahal berbanding madu ternak dan stok bermusim.

Hanya Manis

KADAR AIR PASARAN

19.8% SENTIASA ADA kerana Honey Dew dihasilkan dari daun Acacia Mangium sepanjang tahun.

20-23% SENTIASA ADA (keaslian tidak dapat dipastikan). Harga lebih murah kecuali yang ada certificate KOSHER/ Organik dari luar negara dan sangat mahal Kurang

ANTIOKSIDAN

Tinggi

Tinggi

[13]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Komposisi Unik Madu Acacia Mangium


Dalam dunia moden hari ini pelbagai kajian telah dibuat untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai komposisi dan nutrisi yang terkandung di sebalik cairan emas yang dihasilkan lebah ini. Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu Acacia Mangium mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink. Madu Acacia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin, antaranya B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisi bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu Acacia amat diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Kandungan Vitamin
Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam madu Acacia Mangium: VITAMIN A Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun. VITAMIN B Menambah selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma. VITAMIN C Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem imunisasi tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi. VITAMIN D Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

[14]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

VITAMIN E Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan. VITAMIN K Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan. Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam madu Acacia Mangium. Berikut disenaraikan ringkasan komponen dan nutrisi yang terdapat pada madu Acacia Mangium:

Jadual 2 : Nutrisi Utama ( 100g madu Acacia Mangium )


Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 Bahan Karbohidrat Protin Lemak Sodium Kalsium Potassium Magnesium Phosphorus Zinc Copper Iron Kebaikan Am Sumber tenaga Pertumbuhan manusia Fungsi Otot dan saraf Kekuatan tulang Tubuh dan saraf Tekanan darah dan tubuh Tulang dan tisu Imunisasi tubuh Memperbaiki darah merah Bekal oksigen di dalam darah Jumlah 300 kcal 0.5 g 0g 1.6-17 mg 3-31 mg 40-3500 mg 0.7 -13 mg 2-15 mg 0.05-2 mg 0.02-0.6 mg 0.03-4 mg

[15]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

12 13 14

Manganese Chromium Selenium

Otak, hati dan tulang Fungsi otak Anti-oksidan, jantung dan kanser

0.02-2 mg 0.01-0.3 mg 0.002-0.01 mg

Jadual 3 : Kandungan Vitamin B ( mg/kg )


Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 Bahan Phyllochinon (Vitamin K) Thiamin (B1) Riboflamin (B2) Niacin (B3) Panthothenic (B5) Pyridoxin (B6) Folic Acid (B9) Ascorbic Acid (Vitamin C) Kebaikan Am Agen pembeku darah Jantung, saraf dan otot Memperbaiki imunisasi tubuh Jantung, saraf dan otot Otak, antibodi dan anti-stress Antibodi, saraf dan otak Otak, sel darah merah & putih Pendarahan, antibodi, metabolisma Jumlah 0.025 0.02-0.9 0.01-0.9 0.1-2.7 0.02-1.9 0.01-0.32 0.01-0.7 0.1-2.5

Fakta Kandungan Nutrisi dbTM Acacia Mangium


Jadual di bawah pula merupakan fakta kandungan nutrisi madu Acacia keluaran syarikat kami yang dianalisa oleh universiti dan agensi berikut:

i. ii. iii. iv.

UNIVERSITI MALAYA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA FAMA ALLIED CHEMIST LAB

[16]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Jadual 4 : Analisa Nutrisi (Saiz Hidangan 21g)


Bil 1 Bahan Jumlah Lemak Jumlah 0g Tiada apa-apa jenis lemak Piawaian Fungsi Lemak yang diperoleh daripada sumber haiwan dan tumbuhan Lemak yang diperoleh daripada haiwan dan beku pada suhu bilik Sumber tenaga

Lemak Tepu

0g

Karbohidrat

15.8 g

Purata kandungan di bawah 17g menepati piawaian. Tiada serat Purata kandungan di bawah 0.5g menepati piawaian. Tiada kolestrol

4 5

Serat Protein

0g 0.1 g

Usus dan pencernaan Pertumbuhan manusia

Kolesterol

0 mg

Minyak yang akan bertukar menjadi lemak di dalam darah Fungsi Otot dan saraf

Sodium/Natrium

2.1 mg

Purata kandungan di bawah 4mg menepati piawaian.

Bil

Analisa

Peratus (%)

Piawaian Kandungan menepati piawaian 1723%. Kandungan menepati piawaian di

Fungsi Menunjukkan tahap kelembapan madu. Menunjukkan tahap kandungan gula

Moisture

18 - 22.1

Glucose

22.9

[17]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

bawah 31%. Kandungan menepati piawaian di bawah 38%. Kandungan menepati piawaian di bawah 7%. Kandungan menepati piawaian di bawah 10%. Kandungan menepati piawaian di bawah 55 bagi madu mentah. Kandungan menepati piawaian di bawah 10mg/kg bagi madu mentah.

ringkas. Menunjukkan tahap kandungan gula tiruan (manisan buah) Menunjukkan tahap kandungan gula ringkas. Menunjukkan tahap kandungan gula ringkas. Menunjukkan pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, Menunjukkan tahap kadar pemanasan yang telah dilalui.

Fructose

31.2

Maltose

<0.1

Sucrose

3.3

Glycemic Index (GI)

30-32

HMF (Hidroxymethylfurfuraldehyde)

0.6mg/kg

Kandungan utama madu adalah dari sumber air (moisture) dan manisan yang tinggi. Kandungan air yang terlalu tinggi iaitu melebihi 23% akan menyebabkan berlakunya penapaian dan madu akan hilang kesegarannya, dan akhirnya rosak. Penapaian berlaku apabila yis yang terdapat dalam madu membiak kerana kandungan air yang terlalu tinggi. Gula dalam madu pula terdiri daripada gula ringkas (fruktosa, glukosa dan sukrosa). Glukosa dan sukrosa mudah diserap oleh badan untuk membekalkan tenaga dengan serta merta,
[18]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

sementara kandungan gula fruktosa pula diserap lebih perlahan, memberikan tenaga yang berpanjangan. Kandungan fruktosa yang tinggi menjadikan madu lebah mempunyai kemanisan yang lebih tinggi, pada jumlah kalori yang sama. HMF atau Hidroxymethylfurfuraldehyde hadir apabila berlakunya pemanasan akibat pemprosesan atau sebagainya. HMF yang terlalu tinggi iaitu melebihi 10mg/kg menunjukkan pemanasan telah berlaku dan akan memendekkan jangka hayat madu tersebut. Selain itu juga HMF yg tinggi amat merbahaya kepada kesihatan pengguna kerana madu ini menghampiri sifat karamel. Kandungan ini juga dijadikan aras ukur bagi pesakit-pesakit Diabetes di dalam memilih madu yang selamat. HMF yang amat rendah (di bawah 5mg/kg) dapat mengekalkan jangka hayat madu dalam jangka masa yang panjang.
.

[19]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Khazanah Rawatan, Kesihatan Dan Perubatan Silam

Sejak awal sejarah manusia, semua kitab agama tauhid seperti Zabur, Taurat, Injil, dan AI Quran telah membicarakan mengenai hasil lebah sebagai sumber makanan alam yang mengagumkan, demikian juga Kitab Weda dan Tripitaka.

Pengiktirafan Dalam Kitab Agama


Beberapa ayat dalam kitab agama yang membahas masalah madu dan hasil lebah lainnya adalah sebagai berikut: 1. Al Quran Dalam Surah An Nahl

Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohonpohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia. Ayat 68. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dan perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacammacam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orangorang yang memikirkannya. Ayat 69. 2. Amsal (Kristian) Anakku, makanlah MADU, sebab itu baik: dan titisan MADU manis untuk langit-langit mulutmu. (24:13) 3. Tripitaka (Buddha)

Dalam ajaran agama Buddha ada 5 jenis ubat yang biasa digunakan oleh para bhikku (sami) setelah makan pada waktu siang, salah satunya adalah MADU. Selama 3 bulan para bhikku dan bhikkuni yang bermeditasi tidak memakan apapun kecuali MADU. 4. Vinaya Pitaka (Buddha)

Beberapa jenis ubat yang dipakai oleh bhikku yang sakit adalah. MADU.
[20]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

(Mahavagga V1.208 15-10) 5. Weda (Hindu) MADU dicampur dengan mentega yang dijernihkan (disajikan kepada tamu) menyihatkan. (Artharvaveda XI1.3.44) Minumlah ghee (mentega), MADU dan susu baik untuk kesihatan. (Artharvaveda 11.3.1) 6. Ayurveda

Ayurveda atau ilmu tentang kehidupan yang berasal dari budaya India menggabungkan konsep alam semulajadi dan herbal untuk menyembuhkan penyakit dan telah dipraktikkan 4,000 tahun sebelum Masihi. Ayurveda mempunyai bahagian penting iaitu Rasayana yang secara sederhana bererti sesuatu yang mengembalikan orang ke keadaan muda secara fizikal dan mental. Di dalam ramuan Rasayana yang 100% terdiri dari bahan alam, MADU merupakan komponen yang penting. Disebutkan bahawa Rasayana disiapkan dengan MADU dan ghee (mentega) kerana potensi dan khasiat herbal secara tetap akan terikat pada MADU dan ghee.

Amalan Ilmuan Silam


Selain dari itu, beberapa ilmuan silam juga telah mengungkapkan pandangan dan pendapat mengenai penggunaan madu dalam perubatan dan amalan seharian seperti berikut:

1.

Tamadun Mesir

Berdasarkan The Edwin Smith Surgical Papyrus, iaitu teks perubatan Mesir purba, tabib-tabib dari tamadun Mesir banyak menggunakan madu dalam rawatan mereka. Daripada 900 jenis rawatan yang terkandung dalam teks tersebut, lebih 500 remedi menggunakan MADU.

[21]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

2. 2.1

Tamadun Yunani (Greece) Pythagoras, Ahli Matematik (580-490 SM)

Pythagoras adalah seorang vegetarian yang selalu mengamalkan pengambilan MADU pada setiap pagi bersama sarapan. Beliau amat bersyukur kerana dapat hidup sehingga umur mencecah 90 tahun. 2.2 Democritus (Pelopor Teori Atom)

Apabila ditanya tentang rahsia Democritus yang dapat hidup lebih dari 100 tahun, beliau menyatakan tabiat pemakanannya yang sentiasa mencampurkan MADU dalam makanannya setiap hari. 2.3 Hippocrates (Ahli Perubatan)

Amalan pemakanan MADU secara teratur dan menggunakan MADU dalam perubatan sehingga dapat mencapai umur 107 tahun. 3. 3.1 Tamadun Rom Pliny, Pengarang Naturalis Historia (23-79 M)

Menyatakan bahawa MADU memiliki khasiat perubatan yang baik, terutama untuk luka di mulut. 3.2 Pollius Romillius

Anggota senat Rom yang paling tua, ketika merayakan hari jadinya yang ke-100 ditanya oleh Julius Caesar tentang resepi awet muda yang membuatnya selalu segar-bugar. Jawapannya, Saya sentiasa makan makanan yang dicampur MADU dan menghindari makanan yang mengandungi minyak. 4. 4.1 Tamadun India Purba Sushruta (1500 SM)

Dikenali sebagai Bapa Pembedahan, beliau banyak menyumbang kepada ilmu Ayurveda iaitu seni dan sains perubatan India purba yang termahsyur. Ayurveda sememangnya terkenal dengan penggunaan MADU (madhu) dalam amalannya.

[22]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

5. 5.1

Tamadun Cina Purba Li Sizhen (1518 1593 M)

Dr. Li Sizhen, seorang ahli herba dan akupunktur dinasti Ming yang terkenal di China banyak menulis tentang kegunaan madu dalam bukunya Bencao Gangmu. Beliau telah menyenaraikan lima faedah utama MADU iaitu membantu tubuh menjadi relaks, membuang toksin dalam badan, mengurangkan kesakitan, ulcer perut dan membantu masalah sukar tidur. 6. 6.1 Tamadun Islam Ibnu Sina (980-1037 M)

Seorang sarjana dan ilmuan Islam yang terkenal dalam bidang perubatan dan falsafah telah memberikan preskripsi mengandungi MADU yang banyak sekali dalam kitabnya yang tersohor iaitu Kanun Perubatan. Beliau juga mengatakan bahawa di antara faedah mengamalkan madu ialah; ia boleh membuatkan manusia gembira, membuatkan rasa segar, membantu kecernaan dan membuang angin, membantu merawat selesema, meningkatkan selera, membaiki dan menajamkan ingatan, melancarkan percakapan dan mengekalkan awet muda. 6.2 Ibnu Al-Baitar (11971248 M)

Seorang ahli botani dan farmasi yang menjadi rujukan saintis dunia, beliau menyenaraikan MADU dalam kebanyakan bukunya. Selain dari apa yang pernah diperkatan oleh Ibnu Sina, beliau menggunakan MADU sebagai penawar penyakit skurvi (kekurangan vitamin C) dan riket (kekurangan vitamin D).

[23]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Rawatan Menggunakan Madu Acacia Mangium

Amalan Pemakanan Madu Acacia Mangium dan Kayu Manis Kita telah pun mengetahui bahawa madu Acacia Mangium mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun, terdapat pelbagai kaedah yang diamalkan khususnya oleh masyarakat dahulu untuk mendapatkan hasil yang paling efektif. Salah satu amalan perubatan yang sering digunakan bersama madu Acacia Mangium adalah KAYU MANIS. Sebuah majalah berprestij terbitan Kanada, Weekly World News terbitan 17 Januari 1995, telah menyenarai penyakit-penyakit yang mampu dipulihkan oleh Madu Acacia Mangium dan Kayu Manis melalui kajian saintis barat seperti berikut: PENYAKIT JANTUNG: Madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis dimakan bersama roti (sapuan menggantikan jem) untuk sarapan harian. Ia mengurangkan tahap kolesterol dalam arteri dan mencegah pesakit dari serangan jantung. Bagi mereka yang telah pun mengalami serangan jantung, jika dijadikan amalan harian mereka akan dapat mengelakan dari serangan lain yang akan datang. Pengambilan secara konsisten akan melegakan kesesakan nafas dan menguatkan denyutan jantung. Di Amerika dan Kanada, kebanyakan rumah-rumah jagaan pesakit jantung mengatasi masalah jantung dengan menggunakan kaedah di atas. KEMANDULAN: Madu Acacia Mangium digunakan secara meluas di dalam perubatan alternative bagi masalah infertility (kemandulan). Ia mampu memekat dan menyihatkan sperma-sperma lelaki! Amalkan pengambilan Madu Acacia Mangium secara teratur dan konsisten sebanyak dua sudu madu dimakan sebelum tidur. Masalah ini akan selesai.

[24]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Bagi wanita yang sukar hamil, disarankan mengambil madu Acacia Mangium bersama serbuk kayu manis bagi menguatkan uterus dan kesihatan ovum. DIABETES: Madu Acacia Mangium sememangnya manis. Jika diambil dalam dos yang betul, ia tidak akan memudaratkan pesakit-pesakit kencing manis, bahkan madu Acacia Mangium adalah ubat terbaik! Bagaimana? Pesakit perlu menghentikan penggunaan gula putih (white sugar) dan menggantikannya dengan pengambilan madu Acacia Mangium secara konsisten. Kandungan sukrosa yang rendah merupakan salah satu faktor kesesuaian madu Acacia Mangium untuk pesakit diabetik. Secara saintifiknya, pengambilan madu Acacia Mangium secara konsisten dan secara betul mampu menstabilkan bacaan Hemoglobin A1c (HbA1c), sekaligus menstabilkan kandungan gula di dalam darah. ARTRITIS: Pesakit artritis boleh mengamalkan secara harian, pagi dan malam, secawan air panas (suam) dengan dua sudu madu Acacia Mangium dan satu sudu teh kecil serbuk kayu manis. Jika diambil secara konsisten dan teratur, penyakit artritis yang kronik dapat dipulihkan. Dalam satu penyelidikan baru-baru ini dijalankan di Copenhagen University, doktor-doktor mendapati bahawa dengan memberikan pesakit-pesakit mereka dengan satu campuran satu sudu besar madu dan setengah sudu teh serbuk kayu manis sebelum sarapan, dalam satu minggu, daripada 200 pesakit yang diberi rawatan, didapati 73 pesakit berasa lega dari kesakitan, dan dalam satu bulan, kebanyakannya semua pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya tanpa rasa sakit. JANGKITAN PUNDI KENCING: Ambil dua sudu besar serbuk kayu manis dan satu sudu teh madu Acacia Mangium dalam satu gelas air suam dan meminumnya. Ia akan membunuh kuman-kuman dalam pundi kencing (bladder).

[25]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

KOLESTEROL: Dua sudu besar madu Acacia Mangium dan tiga sudu serbuk kayu manis dicampurkan ke dalam 16 auns air teh, diberikan kepada individu yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, ianya didapati mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10 peratus dalam masa dua minggu. Seperti mana pesakit artritis juga, jika diambil tiga kali satu hari, bagi yang mengalami kolesterol kronik, akan dapat dipulihkan. Menurut maklumat yang diterima dari sebuah Jurnal, pengambilan madu Acacia Mangium tulen secara harian bersama makanan melegakan masalah kolesterol. SELESEMA: Bagi yang menderita akibat selesema biasa atau teruk perlu mengambil satu sudu besar madu Acacia Mangium beserta air suam dengan 1/4 cawan serbuk kayu manis setiap hari untuk tiga hari. Amalan ini akan menyembuhkan kebanyakan batuk kronik dan membersihkan sinus. PERUT BERMASALAH: Madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis akan memulihkan sakit perut dan juga mengatasi ulser perut hingga ke umbi. ANGIN (GAS): Menurut kajian yang dibuat di India dan Jepun, hasil kajian mendapati bahawa jika madu Acacia Mangium diambil dengan serbuk kayu manis perut akan hilang kembung. SISTEM IMUN: Kegunaan harian madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis menguatkan sistem imun dan melindungi badan dari serangan-serangan bakteria dan virus. Ahli-ahli sains telah vitaminvitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar di dalam madu Acacia Mangium. Kegunaan secara tetap madu Acacia Mangium akan menguatkan sel-sel darah putih yang berperanan melawan penyakit-penyakit virus dan bakteria. KETAKCERNAAN: Serbuk kayu manis dicampur bersama sukatan dua sudu besar madu Acacia Mangium diambil sebelum makan akan melegakan keasidan dan menghadamkan hidangan-hidangan berat.
[26]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

AWET MUDA: Teh yang dibuat menggunakan madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis, bila diambil secara tetap akan melambatkan usia tua. Ambil empat sudu madu Acacia Mangium, satu sudu serbuk kayu manis, dan tiga cawan air yang mendidih untuk bancuhan teh. Minum cawan, tiga atau empat kali satu hari, ia akan mempertingkatkan pertumbuhan tisu kulit baru dan melambatkan penuaan. Mengikut kajian, peratus peluang jangka hayat seseorang itu bertambah. JERAWAT: Tiga sudu besar madu Acacia Mangium dan satu camca teh serbuk kayu manis. Menyapu pes ini pada jerawat sebelum tidur dan membasuh ia keesokan harinya dengan air suam. Kalau dilakukan sebagai amalan harian untuk dua minggu, ia mampu membuang jerawat hingga ke akar. JANGKITAN KULIT: Menggunakan madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis pada bahagian-bahagian yang terdedah kepada ekzema, kurap dan semua jangkitan-jangkitan jenis kulit. Ia mampu menyembuhkan jangkitan kulit tersebut. MEMBAKAR LEMAK: Setiap hari pada waktu pagi, satu jam setengah sebelum sarapan semasa perut lapar, dan waktu malam sebelum tidur, minum madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis dengan secawan air suam. Jika sering diamalkan, ia mampu mengurangkan berat walaupun bagi orang yang terlalu gemuk. Dengan meminum campuran ini juga dapat menghalang lemak dari berkumpul dan dapat mengurangkan tahap kolesterol. Pengambilan madu Acacia Mangium sebelum tidur mampu membakar lemak. Ini kerana pengambilan madu Acacia Mangium sebelum tidur boleh menghalang hati menghasilkan metabolism glukosa yang menghalang metabolism lemak dgn kadar 1:1 (Fruktosa-Glukosa). Kaedah ini dinamakan Hibernation Diet (Diet Hibernasi) KANSER: Penyelidikan baru-baru ini di Jepun dan Australia telah mendedahkan barah perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit-pesakit menderita akibat jenis kanser ini disarankan
[27]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

setiap hari untuk ambil satu sudu besar madu Acacia Mangium dengan satu sudu teh serbuk kayu manis untuk tiga kali satu hari selama sebulan. KELETIHAN: Kajian baru-baru ini telah menunjukkan yang kandungan gula dalam madu Acacia Mangium adalah lebih berguna berbanding menjadi memudaratkan untuk kekuatan badan. Dr Milton, yang telah membuat penyelidikan, mengatakan yang satu sudu besar madu Acacia Mangium dan satu gelas air beserta dengan serbuk kayu manis, diambil setiap hari pada waktu tengah hari atau pada pukul 3:00 petang akan dapat mengembalikan tahap kecerdasan dan kecergasan badan walaupun sudah melepasi separuh hari. NAFAS BERBAU BUSUK: Rakyat Amerika Selatan, perkara pertama pada waktu pagi, berkumur dengan satu sudu teh madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis dicampurkan ke dalam air suam. Hasilnya nafas mereka segar sepanjang hari.

[28]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Kelebihan Madu Acacia Mangium


Madu Acacia Mangium dikategorikan antara madu TERBAIK DUNIA disebabkan terdapat banyak kajian dan hasil laporan yang telah dilakukan oleh pakar mendapati madu Acacia Mangium ini mempunyai kelebihan tersendiri dan lebih mujarab.

Testimoni Pakar
Berikut merupakan beberapa bukti dan hasil kajian yang telah diperolehi menerusi kajian yang dibuat oleh pakar:

Kajian kami membuktikan madu Acacia Mangium boleh meningkatkan prestasi sukan -Dr. Ooi Foong Kiew, Unit Sains Sukan, USM Kubang Kerian.

Kajian sampel madu Acacia Mangium menunjukkan ianya madu Acacia Mangium asli Malaysia -Professor Dr. Kamaruddin Mohd. Yusoff, Jabatan Perubatan Molekul, UM

Dengan mengamalkan madu ini secara konsisten,ia boleh mencegah kanser pundi kencing di kalangan kaum lelaki.. -Institute Of Clinical Medicine, University of Tsukuba, Ibaraki

Pesakit kanser payudara disarankan mengamalkan pemakanan madu kerana terdapat bukti ianya dapat mengurangkan kesan rawatan radioterapi ke atas kulit pesakit.. -Department of Pharmacoepidemiology and Pharmacotherapy, Netherlands

[29]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Madu ini mengandungi banyak kandungan nutrisi seperti anti-mikrobakterial, anti-oksidan, anti-viral, anti-parasit, anti-keradangan, anti-mutagenic, anti-kanser dan agen peningkatan system pertahanan badan. -Swiss Bee Research Centre, Agroscope Liebefeld Posieux Switzerland. Research Station ALP, Berne,

Pengambilan madu ini secara berterusan boleh mengurangkan dan membaiki bacaan Low Density Lipoprotein (LDL) sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung -Department Of Chemistry Of Natural Products, Natural Research Center,Giza,Egypt.

Pencegahan Penyakit
Untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman anda mengenai kelebihan dan khasiat madu Acacia Mangium, berikut dirumuskan antara penyakit-penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pemakanan madu Acacia Mangium: 1. Asma 2. Haid tidak teratur 3. Resdung 4. Alahan 5. Jerawat 6. Rambut gugur 7. Barah 8. Letih & Lesu 9. Sakit kepala 10. Buasir 11. Lendir kahak 12. Sakit pinggang 13. Batuk kering 14. Lemah jantung 15. Sakit sendi 16. Batuk 17. Sakit mata 18. Sukar tidur 19. Darah tinggi 20. Pening 21. Gastrik

Pencegahan penyakit-penyakit seperti di atas dapat dilakukan dengan mengamalkan pemakanan madu Acacia Mangium ini dengan kaedah yang betul iaitu meminumnya dua sudu besar/sudu makan sebelum tidur dan dua sudu besar/sudu makan selepas bangun dari tidur. Pengambilan madu Acacia Mangium ini perlu menggunakan sudu kayu atau plastik. Tidak digalakkan menggunakan sudu besi (stainless steel) kerana ia akan mengoksidakan beberapa komponen utama dalam madu Acacia Mangium.

[30]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Khasiat Hebat
Selain daripada mampu mencegah penyakit-penyakit yang dinyatakan seperti di atas, madu Acacia Mangium juga memiliki pelbagai jenis khasiat-khasiat seperti berikut: 1. Menambahkan stamina 2. Menjadi sumber tenaga 3. Meningkatkan metabolisme tubuh 4. Mengandungi agen antioksidan yang tinggi 5. Melancarkan peredaran darah 6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah 7. Melancarkan sistem pencernaan 8. Meningkatkan semangat seksual / tenaga batin 9. Mengubati luka 10. Menjadikan kulit lebih licin dan halus

Antara keunikan lain bagi madu Acacia Mangium ini adalah: 1. Rasanya sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam berbagai resipi masakan. 2. Sangat digemari oleh kanak-kanak. 3. Pengganti gula bagi pesakit diabetes.

Amaran!
*Bayi di bawah usia 12 bulan tidak digalakkan memakan madu!
Madu mengandungi spora dari sejenis bakteria bernama Clostridium Botulinum yang akan menyebabkan penyakit yang merbahaya kepada bayi iaitu Botulism. Spora ini sukar dibunuh, tahan panas walaupun dididihkan untuk beberapa jam atau melalui proses penapisan.

*Orang yang mempunyai alahan kepada Bee Pollen tidak digalakkan memakan madu!
Sapukan sedikit madu ke atas kulit tangan atau pipi anda. Biarkan selama 10-15min. Jika terdapat tanda-tanda gatal, ruam dan apa-apa efek yang luar biasa, anda dinasihatkan agar jangan mengambil madu. Berjumpalah dengan pakar perubatan bagi mengenalpasti alahan anda.

[31]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Laporan Khas: Ketulenan Madu

Persepsi

Masyarakat

Terhadap

Kita telah pun mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan, khasiat dan kelebihan yang terkandung dalam madu, khususnya madu Acacia Mangium; namun begitu terdapat satu persoalan yang serius dan penting yang sering diperkatakan oleh masyararakat iaitu:

Sejauh manakah ketulenan madu-madu yang berada di pasaran?

Bagaimana hendak mengenalpasti ketulenan sesuatu madu? Inilah antara persoalan-persoalan dan isu yang sering dibangkitkan. Ditambah pula dengan kajian yang dilakukan mendapati bahawa 90% madu Acacia Mangium yang berada di pasaran merupakan madu tiruan/ bukan madu asli/madu yang diproses. Ini menunjukkan bahawa masyarakat sekarang perlu berhatihati dalam membuat pembelian madu untuk diamalkan. Justeru, di dalam kebimbangan tersebut terdapat pelbagai tip dan perspektif yang telah digunakan oleh masyarakat dahulu dan sekarang dalam mengenalpasti ketulenan sesuatu madu itu. Apa yang ingin ditekankan di sini adalah kebanyakan tip dan kaedah/persepsi yang dibuat adalah berdasarkan warisan/ikutan turun-temurun dan amat mengejutkan yang mana kebanyakan kaedah/persepsi tersebut boleh dikatakan sebagai tidak tepat. Harus diingat bahawa di zaman teknologi moden ini, pelbagai teknologi dan bahan kimia boleh digunakan untuk membenarkan kaedah/persepsi yang telah diwarisi. Maka, bagi memastikan ketulenan sesuatu madu, antara kaedah yang paling tepat adalah dengan mendapatkan analisis makmal bagi menentukan kandungan madu tersebut. Oleh yang demikian, laporan ini disediakan untuk membantu anda dalam mengenalpasti kaedah mana yang boleh digunakan dalam menilai ketulenan sesuatu madu. Jadual di bawah akan membolehkan anda menilai kaedah/persepsi mana yang sebenarnya boleh kita kategorikan sebagai mitos dan kaedah mana yang kita masih boleh gunakan sebagai pengukur sebenar ketulenan madu.

[32]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Jadual 5: Kaedah Ujian Ketulenan Madu Mitos VS Fakta

Bil

Kaedah/Persepsi

Mitos (tiada bukti/kajian ) X

Boleh Digunakan (ada bukti/kajian)

1.

Permukaan madu mempunyai buih-buih halus.

Madu yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan berlaku proses penapaian dalam madu tersebut. Ini maksudnya madu itu sudah rosak. X Ketumpatan, kepekatan dan kelikatan madu asli adalah tinggi. X

2.

Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.

3.

Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli.

Setiap madu mempunyai kadar peratusan moisture. Berlainan madu berlainan kadar moisture. Ini menyebabkan sesetengah madu asli tidak dapat dibuktikan dengan kaedah ini. X

4.

Madu tidak beku jika disimpan di dalam penyejukbeku.

Madu yg berkualiti mempunyai kandungan air yang sangat sedikit. Madu asli tidak akan beku dan bertukar menjadi gel. X Kandungan air dan kelikatan madu asli membuat madu tidak menyerap atau meresap.
[33]

5.

Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

6.

Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan.

X Komponen teras madu adalah gula. Tidak mustahil semut menghurungi madu. X Pelbagai bendasing boleh dicampurkan bersama madu. Antaranya air kapur, yang boleh memanaskan madu. X Semua madu asli mampu mengeluarkan bunyi pop kerana di dalam madu terdapat partikel udara yang kecil. Namun ini tidak boleh djadikan asas pembuktian kerana madu tiruan yang dicampurkan dgn bahan asing seperti serbuk kayu manis dan air kapur juga mampu menghasilkan bunyi yang sama. X

7.

8.

Jika madu berada dalam botol, apabila penutup botol dibuka, madu asli akan meletup mengeluarkan bunyi pop

9.

Madu yang mempunyai tarikh luput merupakan madu tiruan/proses

Madu asli tidak mempunyai tarikh luput. Madu mampu bertahan beribu tahun lamanya.

Kesimpulannya dari laporan ringkas ini, kami menasihati pengguna dan peminat madu lebah supaya berhati-hati terhadap madu lebah yang terdapat di pasaran supaya tidak tertipu sekaligus membahayakan kesihatan. Disangka MADU LEBAH, rupanya RACUN yang merbahaya.

[34]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Komen & Maklumbalas

Kami amat mengalu-alukan komen, maklumbalas dan pertanyaan dari anda. Kami boleh dihubungi melalui cara-cara berikut: 1. Email: info@emdconcepts.com 2. Facebook: Mesej kami di http://www.facebook.com/rahsiamaduacacia

[35]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Penutup
Secara kesimpulannya, ramai di kalangan masyarakat sekarang bukan sahaja di Malaysia, malah di serata pelusuk dunia mengetahui akan kelebihan dan manfaat mengamalkan pemakanan madu. Namun begitu hanya segelintir atau sebahagian sahaja yang bertindak dengan membeli atau mendapatkan madu sebagai makanan tambahan atau menjadikannya sebagai amalan pemakanan harian mereka. Perkara ini terjadi disebabkan oleh masyarakat masih belum memahami atau mengetahui ilmu mengenai madu ini secara ilmiah, dan cuma berasaskan persepsi turun-temurun yang belum tentu oleh digunapakai. Diharapkan dengan Ebook ini, para pembaca akan memperolehi ilmu dan maklumat berguna berkaitan tentang madu, khususnya madu Acacia Mangium. Akhir kata, kami berharap selepas pembaca selesai membaca Ebook ini, akan lahir satu kesedaran tentang peri pentingnya mengamalkan pemakanan madu Acacia Mangium ini secara konsisten dengan menjadikan pemakanan madu Acacia Mangium ini sebagai amalan harian. Dan yang paling mustahak ialah:

Bertindaklah mulai sekarang demi kesihatan anda!

[36]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Tindakan Seterusnya

>> Tempah madu Acacia Mangium yang 100% premium, mentah dan asli

>> Kembali ke laman Rahsia Madu Acacia

[37]

RAHSIA MADU ACACIA MANGIUM www.rahsiamaduacacia.com

Profil Penulis

Danial Bero merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ampang, Selangor. Bergiat aktif dalam perniagaan, beliau merupakan bekas Pengarah Eksekutif Delleven Travel Network Sdn Bhd, sebuah syarikat pelancongan. Terpanggil untuk memperjuangkan makanan sunnah terutamanya madu, beliau memutuskan untuk menubuhkan EMD Concepts (M) Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang yang memfokuskan kepada ternakan, penuaian, pengilangan dan pemasaran hasil lebah jenis Acacia Mangium. Beliau bertindak menulis panduan ringkas ini untuk menimbulkan kesedaran orang ramai tentang kewujudan madu premium tempatan berkualiti antarabangsa serta mendedahkan mitos dan kepercayaan karut masyarakat terhadap ketulenan madu. Danial kini tinggal di Ampang bersama isteri dan dua orang anak.

Hafeez Muslim dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak dan dibesarkan di Ipoh. Beliau menyertai EMD Concepts (M) Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Operasi pada tahun 2011 dan berpegang kepada misi untuk mempopularkan madu Acacia mentah asli di Malaysia dan dunia kerana khasiatnya yang tiada tandingan serta rasanya yang sangat manis. Hafeez memanfaatkan pengalaman beliau dalam bidang ICT untuk membawa pendekatan baru di dalam menjadikan pusat ternakan syarikat sebuah pusat ternakan moden dan disegani. Faktor utama beliau menulis panduan ini ialah kerana kesukaran mendapatkan madu asli dan mentah yang benar-benar berkualiti di pasaran. Juga kerana akhir-akhir ini madu tiruan semakin meluas di pasaran yang boleh mendatangkan mudarat akibat keracunan. Hafeez kini menetap di Wangsa Maju, Kuala Lumpur bersama isteri dan dua orang anak perempuannya.

[38]

You might also like