You are on page 1of 49

PERGERAKAN ASAS

Pengenalan
Pergerakan asas merupakan salah satu tunjang utama dalam Pendidikan Jasmani. Boleh melatih kanak-kanak dari segi kekuatan badan di samping menyelaras perkembangan anggota badan yang ringkas melalui pergerakan yang mudah Merupakan cara utama dalam mempraktikkan perkembangan fizikal dan rohani kanak-kanak

PERGERAKAN ASAS
Pengertian Pergerakan Asas Aktiviti yang dihasilkan pelaku untuk menguji kebolehan mereka mengawal pergerakanpergerakan badan (Susan Capel, 1986) Pendidikan Jasmani meluangkan sebahagian otot besar yang mendorong dan membangunkan belajar untuk bergerak dan belajar melalui pergerakan (Gallahue, 1996)

PERGERAKAN ASAS
Terdiri daripada tiga aspek pergerakan: Pergerakan Lokomotor Pergerakan Bukan Lokomotor Manipulasi Alatan Pergerakan-pergerakan ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan

KONSEP PERGERAKAN
Konsep pergerakan merupakan pengetahuan dan pemahaman tentang pergerakan yang membenarkan individu mengadaptasi dan memodifikasi pergerakan untuk mencapai matlamat pergerakan yang spesifik

KONSEP PERGERAKAN
Kesedaran Tubuh Badan: Apakah yang boleh dilakukan oleh tubuh badan? Kesedaran Ruang: Di manakah badan bergerak? Kualiti Pergerakan: Bagaimanakah badan bergerak? Perhubungan: Dengan siapa dan dengan apakah badan bergerak?

KONSEP PERGERAKAN
Kesedaran Tubuh Badan
Mengenal pasti nama dan lokasi anggota badan, posisi dan bentuk badan Kesedaran pergerakan tubuh badan Badan sebagai alat komunikasi untuk meluahkan perasaan Kesedaran ketegangan otot dan relaksasi

KONSEP PERGERAKAN
Kesedaran Ruang
Mengenali ruang kendiri dan menghormati ruang orang lain Bergerak dengan selamat dalam ruang am Mengenali pelbagai arah dan bagaimana menukar arah Memahami pelbagai aras pergerakan Mengharungi pelbagai laluan serta laluan pergerakan pelbagai objek Menyesuaikan julat pergerakan berdasarkan tugasan dan situasi

KONSEP PERGERAKAN
Perhubungan
Memahami perhubungan antara badan dengan setiap anggota badan Bergerak dengan berkesan secara relatif dengan individu lain atau kumpulan Memahami perhubungan antara badan dan anggota badan dengan objek

KONSEP PERGERAKAN
Kualiti Pergerakan Imbangan: memahami unsur imbangan statik dan dinamik serta peranan imbangan dalam pergerakan Masa: membezakan pelbagai kelajuan dan meningkatkan atau mengurangkan kelajuan pegerakan Kuasa: kebolehan mewujudkan dan memodifikasikan kuasa sendiri untuk memenuhi keperluan tugasan Aliran: menggabungkan pergerakan dengan licin dan melalukan pergerakan dalam masa atau ruang yang terhad

FAKTOR UMUM YANG MEMPENGARUHI PERGERAKAN


Faktor fisiolgi: Daya tahan kardiovaskular, fleksibilti, kekuatan dan daya tahan otot Faktor psikologikal: ketakutan, kerisauan dan keyakinan diri Faktor sosiologikal: keahlian dalam kumpulan boleh mempengaruhi penglibatan, peranan gender dan ekonomi.

TUJUAN PERGERAKAN ASAS


Kecergasan: daya tahan kardiovaskular, kekuatan dan daya tahan otot, fleksibiliti, komposisi tubuh badan, pengukuran denyutan nadi dan prinsip latihan Sosialisasi: undang-undang dan peraturan permainan, menghormati orang lain, semangat kesukanan , bekerjasama., penyelesaian masalah dan membuat keputusan

JENIS PERGERAKAN ASAS


Pergerakan Lokomotor Pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti berjalan, berlari, melompat, bercongklang dan sebagainya Ia melibatkan arah, haluan, aliran dan masa. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma tidak Sekata Mengandungi 8 pergerakan iaitu 5 pergerakan Beritma Sekata dan 3 pergerkan Beritma Tidak Sekata

JENIS PERGERAKAN
Pergerakan Bukan Lokomotor

Ditakrifikan sebagai pergerakan statik atau setempat Ia melibatkan pergerakan yang tidak mengubah dasar pelaku pegerakan. Ia menekankan kepada kesimbangan dan fleksibiiti seseorang Contoh pergerakan bukan lokomotor ialah membongkok, meringkuk dan meregang, mengayun, mengilas, menolak dan menarik dan sebagainya.

PERGERAKAN ASAS BERSAMA ALATAN (MANIPUATIF ALATAN)


Merupakan kemahiran asas yang menyediakan untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Membolehkan mereka untuk memperlakukan, mengawal dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi. Contoh objek/alatan seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali, batang rotan, gelang getah (squaid) dan sebagainya.

PERGERAKAN ASAS BERSAMA ALATAN (MANIPULASI ALATAN)


Menurut Thomas, Lee & Thomas (1988), menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek, iaitu:
Memberi tenaga kepada objek/alatan seperti melontar, menyepak, memukul, merejam dsb. Menguasi objek termasuk menangkap dan menyambut Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul.

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS
Kaedah adalah cara bagaimana isi pelajaran disampaikan Teknik merupakan cara yang lebih teliti dalam penyampaian isi pelajaran

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS
Kaedah/Gaya Pengajaran: Gaya Langsung - mementingkan guru - guru membuat semua keputusan - berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) - menganggap guru mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS Gaya Tidak Langsung
Berpusatkan murid Berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul Pembelajaran seharusnya melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif di mana pembelajaran dianggap satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran adalah sama penting dengan hasil pembelajaran

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS Gaya Arahan
Guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti. Gaya Gabungan Guru membimbing murid membuat tugasan dengan beberapa limitasi.

STRATEGI, KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS
Kaedah Kuliah Kaedah Perbincangan Kaedah Kuliah Demonstrasi Kaedah Latihan Kaedah Penemuan Kaedah Projek Kaedah Persembahan Lisan Kaedah Sebahagian-Keseluruhan

KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK


KONSEP Bertujuan untuk memberi keseronokan dan kepuasan di samping sebagai pengenalan kepada permainan-permainan utama MATLAMAT Berperanan sebagai satu saluran untuk mempraktikkan integrasi dan tolenrasi bagi membina sifat-sifat kerjasama dan semangat kesukanan di samping menggalakkan muridmurid berfikir, menyelesaikan masalah dan berkreatif.

KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK


OBJEKTIF Penguasaan kemahiran dan teknik bersukan yang akhirnya akan membentuk ke arah penguasaan kemahiran sukan tertentu Membentuk kesedaran terhadap taktik melalui eksplorasi dalam prinsip permainan

Keseronokan dalam bermain tertakluk kepada keputusan yang dibuat atas kesedaran terhadap taktik (Thorpe and Bunker, 1982)

KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK


OBEKTIF (sambungan) Tugas guru mencipta situasi supaya murid dapat membina kemahiran yang diperlukan untuk melakukan dalam situasi permainan Fokus utama dalam pendekatan mengajar permainan adalah kesedaran taktikal dan membuat keputusan selain dari membina kemahiran dan teknik

KONSEP, MATLAMAT DAN OBJEKTIF PERMAINAN KANAK-KANAK


OBEKTIF (sambungan)
Memberi peluang kepada semua murid selain dari mengukur keupayaan fizikal, berperanan utama dalam permainan serta menjana jati diri
Menggalakkan murid bermain pada tahap keupayaan taktikal masing-masing

KEPENTINGAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Membantu kanak-kanak memahami aktiviti sekitar mereka di mana mereka belajar melalui penglibatan secara terus dan pengalaman langsung. Membantu pembentukan personaliti melalui kerja sama, berkongsi, mengikut peraturan, inisiatif dan kesedaran tentang kebersihan dan urutan. Memberi peluang mengenal persekitaran fizikal seperti saiz, bentuk, warna, berat, tekstur dan jenis.

KEPENTINGAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Meningkat kebolehan fizikal dari aspek motor halus dan motor kasar. Sebagai salah satu cara kanak-kanak meluahkan perasaan. Mengembangkan kebolehan kreatif semasa menyelesaikan masalah dalam permainan. Meningkatkan keyakinan diri. Sebagai satu kaedah berkomunikasi dan interaksi sosial.

PENGENALAN DAN KONSEP MODEL BUNKER & THORPE (1982)


Bunker & Thorpe (1982) telah memperkenalkan model Teaching Games for Understanding (TGfU) untuk pelajar sekolah rendah dan menengah. Tgfu merupakan satu model pendidikan yang menekan: Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan Meningkatkan tahap aktiviti fizikal Menjadikan kelas PJ sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan, motivasi dan bersuka ria.

PENGENALAN DAN KONSEP MODEL BUNKER & THORPE (1982)


Isu-isu yang mendorong Bunker & Thorpe mengkaji TGfU: Pencapaian dalam permainan adalah sedikit dan kurang memuaskan. Kekurangan pengetahuan tentang permainan Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya membuat keputusan Terlalu mengharap jurulatih atau guru untuk membuat keputusan Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjol

MATLAMAT TGfU

Adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

FALASAFAH TGfU
Pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagai mana untuk menjayakan permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan. TGfU juga menggalakkan pelajar untuk mellibatkan diri dalam pelbagai permainan.

KATEGORI PERMAINAN
Webb and Pearson (2004) telah mengkategorikan permainan kepada 4 kategori iaitu:

sasaran (target) pukulan/padang (striking/fielding) Jaring/dinding (net/wall) Serangan/kawasan (invasion)

KATEGORI PERMAINAN
Kategori Sasaran (Target) Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan mata Contoh: boling, memanah, golf

KATEGORI PERMAINAN
Kategori Pukulan/Pemadang (Striking/Fielding)
Melibatkan dua pasukan/pihak (striking & fielding) Pasukan striking akan bertindak memperolehi /mengumpul mata dan pasukan fielding akan cuba menghalangnya. Contoh: baseball, softball, kriket

KATEGORI PERMAINAN
Kategori/Dinding (Net/Wall)
Dimainkan antara jaring atau menggunakan dinding Mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang Contoh: badminton, tenis, squash, sepak takraw

KATEGORI PERMAINAN
Kategori Serangan (Invasion)
Melibatkan dua pasukan/pihak (penyerang dan pertahanan) Pasukan penyerang akan cuba menyerang/menjaringkan gol untuk mendapatkan mata/gol Pasukan pertahanan akan cuba menghalang/bertahan pasukan lawan untuk mendapatkan mata/gol Contoh: bola sepak, bola jaring, hoki

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Pengurusan dan pengelolaan permainan kanak-kanak dirancangkan berdasarkan tiga peringkat iaitu:

sebelum (pra) semasa selepas

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Peringkat Sebelum (Pra) Mengenalpasti waktu yang sesuai Merancang aktiviti yang menarik Menentukan tempat/kawasan yang selamat Memastikan peralatan yang menarik dan mencukupi Menyediakan borang-borang catatan yang diperlukan Menyampaikan maklumat kepada murid

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Peringkat semasa Menyusun atur peralatan dengan baik Memastikan murid menepati masa Membawa murid ke tempat permainan Memastikan murid memahami arahan Mewujudkan suasana yang ceria Mengawasi murid mematuhi peraturan Menggalakkan murid terlibat secara aktif

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Peringkat selepas Membuat rumusan dan maklum balas Membuat refleksi dan memotivasikan murid Memberi penghargaan kepada murid Peralatan dikembalikan dan disusun dengan baik Guru mengkaji semula kesesuaian permainan/aktiviti

PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Keselamatan Peralatan, Kawasan dan Murid Meletakkan peralatan di sudut yang selamat Menguruskan peralatan dengan baik Memastikn kawasan bebas dari bahan-bahan merbahaya yang boleh menyebabkan kemalangan Melakukan aktiviti memanaskan badan dan regangan terlebih dahulu.

PENGELOLAAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Langkah dan Prosedur Pengelolaan Membuat persediaan awal Memberi penerangan dan demostrasi Melaksanakan prosedur permainan secara sistematik, teratur dan terkawal Memahami dan yakin terhadap prosedur keseluruhan permainan Menarik tumpuan dan minat murid Menyeronokkan murid.

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Penilaian adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna untuk mempertimbangkan sesuatu keputusan. Ia juga merupakan perbezaan di antara hasil yang diperolehi dengan apa yang diharapkan (Stufflebean, 1971)

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Pada asasnya penilaian merupakan satu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilhan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK

Dari aspek pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajara di bilik darjah dapat dicapai.

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Objektif Penilaian dalam Permainan Kanak-kanak Membekal dan memberi maklumat tentang pencapaian objektif dan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Membantu murid menggunakan maklumat untuk digunakan dalam situasi sebenar. Memberi maklum balas tentang prestasi murid

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Jenis-jenis Penilaian Penilaian Formatif Digunakan untuk mengesan perkembangan pembelajaran murid SEMASA mereka mempelajari kemahiran permainan kanak-kanak.

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Penilaiana Formatif Diadakan di akhir sesuatu unit pelajaran, akhir penggal persekolahan atau akhir tahun. Ini bertujuan untuk mengetahui penguasaan dan taraf pencapain murid-murid di dalam satu kelas atau kumpulan. Perbandingan pencapaian sering dilakukan dan gred atau pangkat diberikan.

JENIS BATERI UJIAN


Bidang Kemahiran Menggunakan Skalar Kadar 1 - Baik 2 - Sederhana 3 - Lemah

PENILAIAN PERMAINAN KANAK-KANAK


Menggunakan Senarai Semak
Nama Kem. 1 Kem. 2 Kem.3 Kem. 4

You might also like