You are on page 1of 18

FORUM 1

Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari. Bincangkan. Posted By : MARINA BINTI YAAKOB (D20102046601) Date posted : 16 Mar 2012 11:59:58 PM (15 read/s) Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif, manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Mengikut pandangan Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti. June King McFee pula mentakrifkan kreativiti itu sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu untuk mengolah idea. Carl Rogers telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengan sepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri, mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau percaya bahawa individu yang bebas dan mempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya. Sumbangan ini boleh dinyatakan dalam bentuk kreativiti di dalam bidang seni ataupun sains, Victor Lowenfeld - menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu boleh diukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas ) fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi keaslian (mencari idea baru dan asli kepekaan. (Penggunaan deria pancaindera seperti melihat, merasa, mendengar, menghidu dan sentuhan digunakan secara sepenuhnya sebagi proses pengamatan dan merekod.)

Attachment : No File Attach...

Re : kreativiti kanak-kanak 02 Apr 2012 05:07:21 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 02 Apr 2012 12:10:43 PM Reply To : JAMILAH MELING BT ABDULLAH Attachment : No File Attach Bagi saya, kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Sifat kreatif bukan sahaja boleh dipupuk, tetapi perlu dipupuk. Oleh sebab itu sekolah adalah tempat yang terbaik dalam memperkembangkan kebolehan kreativiti kanak-kanak, iaitu dengan membuat penyesuaian kepada persekitaran ataupun kedua-duanya sekali. Sekolah boleh memberi peluang mebantu murid-murid mencapai penyempurnaan kendiri.Merancang pendekatan yang sesuai dan mengambil kira teori perkembangan dan teori pembelajaran juga dapat membantu memupuk kreativiti kanak-kanak.

Re : Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari 02 Apr 2012 04:57:59 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 27 Feb 2012 11:33:51 PM Reply To : SHUASLIZA BINTI MOHD BASIR Attachment : No File Attach Maryland telah mendefinisikan pelajar kreatif dan berbakat sebagai pelajar pertengahan atau pelajar sekolah menengah yang telah dikenalpasti secara sah mempunyai bakat dalam bidang seperti kebolehan intelektual umum, bakat spesifik dalam akademik ataupun kreatif, seni visual dan seni tari (Bob Algonzine dan Jim Ysseldyke, 2006). Dalam Kamus Dewan edisi keempat , kreatif pula bermaksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru atau idea asli. Ini bermakna kanak-kanak yang kreatif mampu menjana sesuatu idea yang baru berdasarkan kepada aplikasi ilmu yang mereka pelajari. Howard Gardner(1988) di dalam bukunya yang berjudul Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences menjelaskan bahawa manusia mempunyai bakat semulajadi tersendiri yang hebat. Beliau berpendapat terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang dimiliki oleh manusia. Pada umumnya, perkembangan dan pembesaran kanak-kanak peringkat umur bawah empat tahun memerlukan pengasuhan yang sempurna dan teratur. Ketika di usia itulah, minda kanak-kanak tersebut perlu dirangsang dengan pelbagai aktiviti yang boleh menjana perkembangan minda yang positif dan kreatif. Bidang pengasuhan kanak-kanak memerlukan kaedah dan teknik yang bersistematik dalam usaha melahirkan kumpulan generasi baru yang kreatif. Mereka perlu dilatih untuk menonjolkan diri dalam mengetengahkan hasil kreativiti mengikut keupayaan minda serta kebebasan mereka berfikir. Perasaan ingin tahu yang mendalam sudah sedia maklum wujud dalam diri kanak-kanak di peringkat usia berkenaan. Justeru, galakan dan sokongan padu perlu diberi kepada kanak-kanak ini untuk menonjolkan bakat dan kreativiti masing-masing.

Re : Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari. Bincangkan. 17 Mar 2012 12:13:18 AM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 16 Mar 2012 12:37:24 PM Reply To : MOHD HADZRAMI BIN MOHAMED Attachment : No File Attach Assalamualaikum cikgu Hadzrami, Saya bersetuju dengan pandangan cikgu bahawa kreativiti kanak-kanak adalah bersifat

semulajadi. Kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan penuh kreativiti dan potensi diri. Untuk mengembangkan dan menonjolkan lagi kreativiti yang ada dalam diri kanak-kanak itu adalah peranan ibu bapa atau persekitaran. Jadi sebagai ibu bapa atau guru kita sepatutnya memainkan peranan untuk membentuk kreativiti yang baik untuk kanak-kanak ini.Persekitaran memainkan peranan penting kerana kanak-kanak lebih cepat belajar melalui pemerhatian dan perlakuan yang dilihat dalam kehidupan seharian mereka.

Re : Kreativiti kanak-kanak adalah semula jadi atau boleh dipelajari. Bincangkan. 17 Mar 2012 12:25:06 AM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 13 Mar 2012 08:36:00 AM Reply To : NORJANAH BINTI SUFIAN Attachment : No File Attach Assalamualaikum, Saya bersetuju dengan pandangan cikgu bahawa kreativiti kanak-kanak adalah bersifat semulajadi.Kanak-kanak sememangnya dilahirkan dengan penuh kreativiti dan sebagai guru dan ibu bapa kita perlu menyediakan persekitaran dan prasarana yang baik bagi mengembangkan kreativiti yang ada.

FORUM 2
Kesan positif dan negatif Posted By : MARINA BINTI YAAKOB (D20102046601) Date posted : 28 Mar 2012 05:52:21 PM (19 read/s) Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Imaginasi membawa maksud daya khayal atau daya kemampuan seseorang individumenggambarkan sesuatu dalam angan-angan dan mencipta sesuatu secara khayalan. Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Namun begitu, bukan sahajakanak-kanak yang berimaginasi akan tetapi orang dewasa juga sering berimaginasi. Setiap percakapan, perbuatan dan imaginasi kita akan dirakam oleh minda separa sedar dan mindasepara sedar akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap kata-kata dan imaginasi kita. Imaginasi boleh mendatangkan kesan yang positif dan negatif. Imaginasi yang baik,memberikan hasil yang baik, manakala imaginasi yang buruk akan memberikan hasil yangburuk, dalam erti kata yang lain, kita bertanggungjawab kepada apa yang diimaginasikan.Kesan imaginasi yang positif ialah seseorang berimaginasi boleh membantu dalam penambahbaikan mutu kerja / hasil kerja atau juga merangka pembelajaran dan pengajaranyang menarik. Selain itu juga, berimaginasi dapat menajamkan dan boleh mempelbagaikan idea-idea selain membentuk dan meningkatkan kualiti kekreatifan seseorang murid. Justeru, ia dapat menerokai jangkauan perkara-perkara yang akan berlaku. Atau pun murid tersebut mampu mengeluarkan idea yang bernas dan mampu memberi perubahan yang besar padaperedaran dunia. Manakala kesan negatif pula ialah imaginasi yang tidak dilakukan dengan bijaksana. Antaranya mungkin menyebabkan seseorang hilang fokus pada sesuatu idea yang difikirkan,akan timbul perasaan dan perlakuan suka berangan atau berada dalam dunia khayalan yang tidak difahami oleh orang lain dan menyebabkan seseorang membuat sesuatu kerja tanpa mengikut kehendak sebenar arahan serta tindakannya boleh dianggap sia-sia atau tidak menepati kehendak. Justeru itu, kita harus berwaspada apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja yang suka berimaginasi. Attachment : No File Attach...

Re : imaginasi 28 Mar 2012 10:41:58 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 20 Mar 2012 03:00:55 PM Reply To : ROSIDAH BINTI AB.RASID Attachment : No File Attach Imaginasi memberi impak yang besar dan kuat didalam hidup seharian kanak-kanak. Jikakita lihat kebiasaannya kanak-kanak memang suka berkhayal. Mereka kadang-kadang berimaginasi sambil melakonkan watak-watak yang mereka suka seperti polis, guru, artis dansebagainya. Imaginasi kanak-kanak dapat menbantu mereka untuk belajar kerana sesetengah guru mengunakan imaginasi kanak-kanak semasa mengajar, contoh matapelajaran yangmemerlukan kanak-kanak untuk berimaginasi adalah sains tentang rasa. Kebanyakan guru akan menyuruh kanak-kanak untuk membayangkan rasa manis, masam, masim, pahit serta tawar. Imaginasi diaktifkan secara jelas melalui asosiasi kreatif dengan idea-idea yang lain. Kunci menuju imaginasi kreatif ialah asosiasi. Asosiasi terbentuk oleh tiga hukum iaitu kedekatan, kemiripan dan kontras. Kedekatan adalah melibatkan perkara masa silam yang boleh mengingatkan kita kepada sesuatu. Contohnya, apabila seorang dewasa melihat kasut ketika dia masih bayi, ia akan mengingatkannya kenangan ketika masa dahulu. Bagi kemiripan ia melibatkan sesuatu yang sama bentuknya, contoh yang dapat diutarakan disini adalah seperti apabila seorang kanak-kanak melihat singa ia akan menyebut kucing kerana bentuk kucing dansinga sama cuma yang membezakannya adalah saiznya. Bagi kontras ia melibatkan sesuatu yangkita gambarkan, contohnya apabila melihat gambar dianosour kanak-kanak akan mengatakanianya adalah raksasa, ini terjadi kerana kanak-kanak melihat cerita karton seperti ultraman dan sebagainya. Ia memberi pengaruh besar kepada kanak-kanak. Menurut Albert Einstein, imaginasi lebih penting daripada pengetahuan. Ini mungkin kerana, kanak-kanak yang berimaginasi dapat menyelesaikan masalah melalui berimaginasi dan penyelesaian masalah ini adalah kemahiran asas apabila telah dewasa kelak.

Re : Kesan positif Imaginasi 28 Mar 2012 10:51:35 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 08 Mar 2012 04:15:59 PM Reply To : HANA`NURA BINTI ABD HALIN Attachment : No File Attach Assalamualaikum dan salam sejahtera Bagi saya, untuk membentuk kuasa atau kekuatan imaginasi kanak-kanak, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting. Ibu bapa haruslah ikut serta dalam permainan kanakkanak dan menyokong mereka ketika mereka melakukan aktiviti yang melibatkan imaginasi(Anonymous,2002). Ibu bapa dan guru dapat menyokong kanak-kanak melalui membaca atau bercerita tentang watak atau jalan cerita sesuatu cerita selepas menceritakan cerita tersebut. Melalui aktiviti ini kuasa imaginasi kanak-kanak akan meningkat dan mereka akan suka untuk berimaginasi cerita yang telah diceritakan. Ketika ini kanak-kanak akan mengambarkan salah satu watak d idalam cerita tersebut adalah mereka. Melalui imaginasi kanak-kanak dapat menerokai dan mengunakan logik didunia.(Margaret Renkl,2001). Kanak-kanak dapat menerokai persekitaran mereka apabila mereka berimaginasi, mereka juga akan berimaginasi berdasarkan logik persekitaran ataupun perkara- perkara yang tidak bertentangan dengan budaya masyarakat mereka. Oleh sebab itu, pemerhatian ibu bapa sangat penting untuk memastikan mereka berimaginasi perkara yang tidak bertentangan dengan budaya setempat. Kadang-kadang kanakkanak akan berimaginasi perkara yang mereka teliti daripada persekitaran mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa dan guru-guru perlulah menunjukkan sikap yang baik kepada kanak-kanak. Disamping itu, kanak-kanak juga dapat menyelesaikan masalah melalui daya imaginasi mereka Margaret Renkl,2001). Bukan hanya orang dewasa yangmemerlukan cara untuk menyelesaikan masalah bahkan kanak-kanak juga memerlukan penyelesaian terhadap masalah yang mereka hadapi tidak kiralah dalam pembelajaran mahupun bersama rakan-rakan mereka.

Re : Imaginasi: Kesan positif dan negatif. 28 Mar 2012 10:56:38 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 19 Mar 2012 06:13:46 PM Reply To : TENGKU HEZLIN BINTI TENGKU ABU BAKAR Attachment : No File Attach Saya berpendapat, kanak-kanak juga meluahkan perasaan mereka melalui imaginasi (Margaret Renkl,2001). Kadang-kadang kanak-kanak akan melakonkan apa yang mereka tidak puas hati ketika bermain bersama-sama rakan-rakan. Mereka selalunya akan melakonkan watak mereka sendiri ataupun orang yang membuatkan mereka tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Oleh sebab itu, kita dapat mengetahui jika kanak-kanak tersebut menghadapi masalah yang besar di dalam keluar, ini kerana mereka akan bermain dan berimaginasi tentang apa yang berlaku. Oleh sebab itu,terdapatnya rawatan yang melibatkan kanak-kanak untuk berimaginasi tentang perasaan mereka. Imaginasi juga dapat membantu apabila mereka dewasa kelak (Margaret Renkl,2001).Kanak-kanak akan mengunakan pelbagai kemahiran semasa mereka berimaginasi. Contohnya kemahiran yang digunakan semasa menyelesaikan sesuatu permasalah. Penyelesaian masalah adalah salah satu asas didalam kehidupan apabila mereka telah dewasa kelak. Kanakkanak yang berimaginasi akan mahir didalam penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa harus mengalakkan kanak-kanak untuk berimaginasi bukan menghalang mereka untuk melakukan perkara yang semulajadi yang ada pada mereka.Melalui imaginasi juga dapat membantu kanak-kanak untuk menjadi seorang yang lebih kreatif. Walaupun kanak-kanak berimaginasi secara spontan tetapi banyak kajian mendapati kebanyakkan imaginasi mereka datang daripada pemerhatian mereka terhadap orang dewasa contohnya guru-guru, ibubapa, jiran dan sebagainya

Re : Imaginasi: Kesan positif dan negatif 28 Mar 2012 11:01:14 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 19 Mar 2012 09:11:05 PM Reply To : AINUL RUWAIDI BIN OTHMAN Attachment : No File Attach Assalamualaikum..Imaginasi adalah bayangan yang dibuat oleh fikiran dan mempunyai kuasa yang sangatkuat. Kuasa yang wujud atau membiak dengan unggul satu objek rasa dahulunya diterima, dan kuasa tersebut disambung ke minda untuk membayangkan sesuatu. Proses imaginasi ini melibatkan pemikiran dan perkara yang kita lihat atau dengar. Kesimpulan yang dapat dibuat disini adalah, kanak-kanak memerlukan imaginasi untuk membantu proses pembesaran mereka. Imaginasi memberi impak yang besar kepada kanak-kanak untuk menghadapi masa hadapan,oleh yang demikian, ibu bapa serta guru-guru perlu memberi galakan dan sokongan kepadakanak-kanak disamping itu mengawasi imaginasi yang mereka lakukan itu berlandakan budaya setempat dan tidak bertentangan dengan agama. Dalam hal berimaginasi ibu bapa seharusnya gembira kerana kanak-kanak yang berfokus akan menjurus kepada perkembangan kreativiti yang baik. Di samping itu, ibubapa seharusnya membimbing anak-anak dalam mengembangkan duniaimaginasi mereka. Dalam dunia yang serba moden ini, ibu bapa haruslah membantu anak-anak untuk menerokai pengetahuan melalui pengunaan ICT dan ia seharusnya berlandakan kepada fakta yang betul. Dalam meningkatkan daya imaginasi kanakkanak, ibubapa serta guru memainkan peranan yang sama penting. Kanak-kanak haruslah meneruskan pembelajaran yang dipelajarinya di rumah. Maka ibu bapa tidak seharusnya menghalang kanak-kanak berimaginasi tetapi mengalakkannya

FORUM 3 KANAK-KANAK KREATIF Posted By : MARINA BINTI YAAKOB (D20102046601) Date posted : 29 Mar 2012 11:46:24 PM (23 read/s) Assalamualaikum. Saya berpendapat, tidak semua kanak-kanak pintar dan kreatif ini mampu menyelesaikan semua masalah. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pintar cerdas bermaksud sebagai cekap dan pandai. Manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Kreatif ialah membuat keputusan dan penyelesaian masalah penting bagi memastikan kualiti menyeluruh. Kanak-kanak pintar cerdas juga memiliki perkembangan fizikal, sosial dan emosi yang berbeza daripada kanak-kanak biasa..

Ramai golongan masyarakat berpandangan bahawa seorang yang pintar cerdas merupakan seorang yang sentiasa berjaya dalam segala yang mereka lakukan tanpa ada sebarang masalah. Tetapi, hakikatnya golongan pintar cerdas ini mempunyai masalah mereka sendiri. Masalah yang mereka hadapi boleh dilihat dari aspek kognitif. Kanak-kanak yang pintar cerdas mudah berasa bosan dengan arahan yang mudah serta berulang kerana mereka jemu dengan sesuatu yang mudah bagi mereka. Ini adalah kerana golongan pintar cerdas ini sukakan perkara yang kompleks yang mencabar kebolehan mereka. Rakan-rakan sebaya Mereka juga tidak mempunyai nilai kesabaran yang tinggi serta suka bertindak dengan terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara. Attachment : No File Attach...

Re : FORUM 3 02 Apr 2012 04:09:04 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 20 Mar 2012 08:18:40 PM Reply To : NOR HAMIZAN BT HAMZAH Attachment : No File Attach Assalamualaikum dan salam sejahtera, Sekadar untuk berkongsi pendapat. Bagi saya setiap hari, terdapat kanak-kanak yang dapat tangani masalah dengan jayanya, tetapi ada juga kanak-kanak yang kurang berkeupayaan untuk menangani masalah-masalah yang timbul. Kajian sedia ada menunjukkan yang kanak-kanak semuda 4 tahun sudah dapat memahami yang tingkah laku mereka ada punca-puncanya, bahawa setiap orang mempunyai perasaan,dan bahawa terdapat lebih dari satu penyelesaian kepada setiap masalah. Mereka juga mempunyai kebolehan untuk menilai sama ada sesuatu idea itu baik atau kurang baik. Pengetahuan atau kefahaman seperti ini adalah sebahagian daripada kognisi sosial kanak-kanak yang merupakan elemen yang penting dalam kemahiran menyelesaikan masalah sosial. Kemahiran menyelesaikan masalah sosial ialah sebahagian daripada kebolehan sosial yang perlu apabila kanak-kanak berada dalam situasi yang bermasalah. Kebolehan sosial juga merupakan komponen teras dalam kecerdasan interpersonal yang dihuraikan dalam teori Kepelbagaian Kecerdasan Howard Gardner (1990), dan terangkum juga dalam kecerdasan emosional (EQ) yang diutarakan oleh Goleman(1993). Dalam pendidikan prasekolah, kemahiran menyelesaikan masalah sosial diberi perhatian yang khusus dalam komponen perkembangan sosio emosi kanakkanak yang dari segi pelaksanaannya harus dilakukan merentasi kurikulum atau dalam semua komponen lain.

Re : Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah 02 Apr 2012 04:44:52 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 25 Mar 2012 10:16:22 AM Reply To : FAIZAH BINTI ISMAIL Attachment : No File Attach Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya begitu bersependapat dengan pernyataan di atas. Kanak-kanak kreatif memang berkemampuan untuk menyelesaikan masalah. Namun begitu untuk menimbulkan dorongan membentuk minda kreatif ini banyak pihak harus memainkan peranan. Terutamanya di rumah dan di sekolah. Sekolah dan rumah adalah dua tempat paling penting yang boleh membantu, sama ada untuk menggalakkan atau membantutkan kreativiti kanak-kanak. Namun, sering kali, orang dewasa secara tidak disedari membantutkan kreativiti kanak-kanak dengan amalan biasa seperti berikut: Buat penilaian Penilaian ibu bapa atau guru kerap mengelirukan kanak-kanak. Sebagai contoh, apabila ibu bapa mengkritik lukisan anak atau memuji semata-mata untuk memberi galakan, si anak akan mula menghasilkan lukisan sebagai percubaan untuk menggembirakan ibu bapa. Lukisannya bukan lagi merupakan ekspresi kreativiti. Ia menjadi alat untuk mendapatkan pujian. Sebaliknya, teguran negatif yang terlalu kerap boleh menyebabkannya berhenti melukis sekaligus. Enggan lepaskan Ada ibu bapa yang terlalu mengawal, menekan, atau mengongkong anak-anak mereka, hingga tidak memberi ruang kepada anak-anak untuk memupuk kreativiti atau ruang untuk mereka menyelesaikan persoalan dan/atau masalah mereka sendiri. Teladan yang tidak memberangsangkan Orang dewasa adalah teladan kepada kanakkanak. Jika ibu bapa sendiri tidak menunjukkan minat dalam idea objek atau inovatif dan pengalaman baru, kanak-kanak tidak dapat meneroka dunia yang penuh idea dan pemikiran kreatif dari awal lagi. Maka, kehidupan mereka turut sebegitu sahaja.

Re : Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah 02 Apr 2012 04:41:36 PM

Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 27 Mar 2012 11:43:55 PM Reply To : YEOW BEE HONG Attachment : No File Attach Assalamualaikum dan salam sejahtera, KREATIVITI menurut Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanakkanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa maksud membuat. Manakala daripada perkataan Greek pula creare bermaksud memenuhi. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan (kebolehan) mencipta daya kreatif, kekreatifan manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah. Kanak-kanak sebegini mampu menggunakan daya intelek mereka dalam berfikir dan membuat keputusan. Mereka bijak untuk menganalisis menggunakan daya fikiran yang matang.

Re : Kanak-kanak yang kreatif adalah kanak-kanak yang pandai menyelesaikan masalah 02 Apr 2012 04:32:06 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 25 Mar 2012 10:16:22 AM Reply To : FAIZAH BINTI ISMAIL Attachment : No File Attach Assalamualaikum dan salam sejahtera, Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau peristiwa. . Kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan uji kaji dan sebagainya. . Kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikal. . Kanak-kanak harus digalakkan mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti. Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka, bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan, dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Di samping itu, mereka dapat membina ketabahan, keyakinan diri, keupayaan untuk berdikari, toleransi terhadap kekaburan, dan mungkin juga, suka berjenaka

FORUM 4 Bagaimana kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan? Posted By : MARINA BINTI YAAKOB (D20102046601) Date posted : 02 Apr 2012 09:35:21 PM (26 read/s) Assalamualaikum dan salam sejahtera, Carl Rogers dalam teori terapinya telah menggariskan lima faktor yang menjadi asas kepada individu yang sihat, yang dapat berfungsi dengansepenuhnya dalam kehidupan. Kelima-lima faktor tersebut ialah keterbukaan kepada pengalaman, cuba menikmati kehidupan yang dialaminya, menghargai diri sendiri,mengamalkan kebebasan dan akhirnya menjadi individu kreatif. Beliau mempunyaitakrifan yang unik tentang kreativiti percaya bahawa individu yang bebas danmempunyai rasa tanggungjawab akan cuba menyumbang kepada insan serta makhluk lain di persekitarannya.Rogers juga menjelaskan bahawa kreativiti merupakan suatu proses yangwujud apabila seseorang itu bertindak ke atas sesuatu. Tindakan tersebut memberikankeunikan dan menampakkan kelebihan individu tersebut termasuk penggunaan bahandan alat serta kemampuan mengendalikan kejadian dan peristiwa yang menyebabkantindakan ke atas perkara tersebut.Victor Lowenfeld menjelaskan bahawa kreativiti seseorang murid itu bolehdiukur melalui empat komponen utama iaitu kelancaran,( secara spontan serta pantas )fleksibel, (mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai keadaan dan situasi), keaslian(mencari pancainderaseperti idea baru dan asli kepekaan) dan kepekaan dan (Penggunaan sentuhan deria melihat, merasa, mendengar, menghidu digunakan

secarasepenuhnya sebagai proses pengamatan dan merekod.

Re : ukuran kreativiti 02 Apr 2012 10:23:34 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 20 Mar 2012 03:43:27 PM Reply To : ROSIDAH BINTI AB.RASID Attachment : No File Attach Bagi saya, banyak cara yang boleh kita guna untuk menilai dan mengredkan kreativiti seseorang. Antaranya ; Pemerhatian Pemerhatian ataupun observasi ini adalah merujuk kepada penggunaan pelbagai deria yang terdapat pada manusia. Biasanya apabila kita memperkatakan tentang pemerhatian, ia berkaitrapat dengan aktiviti-aktiviti dan penghasilan lukisan. Di dalam proses pendidikan seni visual, proses pemerhatian tidak hanya tertumpu pada pengamatan sahaja malahan juga merangkumi deria-deria lain termasuklah deria sentuhan, rasa, hidu dan dengar. Percubaan Percubaan dan ekperimentasi yang berterusan bagi mendapatkan hasil yang terbaik adalah satu proses penghasilan kerja yang sangat baik diamalkan di kalangan pelajar. Seseorang yang kreatif tidak akan berhenti dari bereksperimentasi bagi memastikan apa yang dihasilkannya adalah sesuatu yang terbaik. Secara tidak lansung proses mendidik pelajar supaya tidak mudah berpuas hati dan berputus asa dalam membuat ekperimentasi akan berupaya membina satu pengalaman yang berguna ketika menghasilkan karya.

Re : Bagaimana kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan? 02 Apr 2012 10:13:16 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 30 Mar 2012 12:16:50 AM Reply To : YEOW BEE HONG Attachment : No File Attach Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagi saya, banyak cara yang boleh kita guna untuk menilai dan mengredkan kreativiti seseorang. Antaranya ; Membudayakan Persoalan Dalam kontek membudayakan persoalan ini pula, ia merupakan salah satu cara lagi untuk menggalakan perkembangan idea-idea kreatif. Ketika proses menghasilkan sesebuah karya, biasanya persoalan atau tema-tema yang tertentu akan digunakan sebagai pembuka idea. Persoalan-persoalan yang selalu digunakan sebagai tema adalah seperti persoalan yang berkaitan dengan alam semulajadi, objek persekitaran, perasaan dalaman, khayalan, imaginasi, tema sejagat dan berdasarkan kepada pengalaman yang lalu. Secara tidak lansung persoalan-persoalan yang digunakan akan dibincang dan dibuat satu bentuk pecahan minda bagi mengembangkan idea-idea kreatif tersebut. Guru juga perlu menggunakan kaedah sumbangsaran dalam kontek membudayakan persoalan. Apabila kaedah sumbangsaran ini digunakan secara tidak langsung ia akan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara lebih kreatif bagi menyesuaikan persoalan di dalam karya-karya baru yang dihasilkan nanti. Bermula dari situlah pelajar akan lebih dekat dan sentiasa memikir dan mencari kaedah-kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi menyesuaikan dengan persoalan yang telah dipilih dan digunakan. Ini juga secara tidak langsung akan meletakan persoalan sebagai satu aspek yang penting dan perlu diberikan keutamaan.

Re : Kreativiti kanak-kanak boleh dinilai dan digredkan. 02 Apr 2012 10:05:24 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 30 Mar 2012 08:46:03 AM Reply To : MAZLAN BIN CHE KOB Attachment : No File Attach Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagi saya, banyak cara yang boleh kita guna untuk menilai dan mengredkan kreativiti seseorang. Antaranya ; Model pengujian Torrance dikenali sebagai Torrance Tests of Creative Thinking(TTCT) diperkenalkan pada tahun 1966 dan mengalami penambahbaikkan sebanyak beberapa kali selepas itu. Menurut Torrance, model TTCT adalah bertujuan untuk: i) Memahami kemampuan fikiran manusia dan sejauhmana ia berfungsi dan boleh berkembang. ii) Mengenalpasti pusat minda yang efektif terhadap ciri-ciri yang berlainan dan tersendiri. iii) Menyediakan petunjuk kepada program-program pemulihan dan phsyco terapi. iv) Menilai kesannya terhadap program pendidikan, kebendaan, kurikulum dan program pengajaran. v) Mengesan bakat dan potensi yang terpendam. Model TTCT ini menyediakan dua bentuk pengujian ke atas kreativiti manusia iaitu menerusi pengujian berdasarkan visual/gambar (figural) dan pengujian berdasarkan perkataan(words). Pengujian menerusi visual dikategorikan kepada semua peringkat umur iaitu bermula dari usia lima tahun hingga ke peringkat umur dewasa. Seterusnya bagi pengujian menerusi perkataan pula, ianya dikategorikan kepada peringkat usia tujuh tahun hingga ke peringkat umur dewasa. Di akhir pengujian, Torrance berpendapat bahawa TTCT berupaya membantu:

i) Para guru, pakar psikologi, penyelidik dan ibubapa dengan pantas dapat mengenalpasti terhadap keupayaan dan skil kreatif yang terpenting untuk dikembangkan. ii) Membolehkan para guru, pakar psikologi, penyelidik dan ibubapa menyedari kekuatan pelajar terhadap pembelajaran kreatif dan penyelesaian masalah. iii) Membolehkan para guru, pakar psikologi, penyelidik dan ibubapa mengenalpasti jurang atau batas yang menghalang keupayaan dan skil kreatif para pelajar. iv) Menyediakan bentuk asas bagi perancangan aktiviti pembelajaran dan arahan. v) Menyediakan satu prosedur asas secara umum bagi mencapai objektif pendidikan

Torrance tidak meletakkan pendekatannya ini sebagai satu titik noktah dalam mengukur tingkat kreativiiti. Mengabungkan pengujian lain samada Intelligence Quotien(IQ) dan model kreativiti lain seperti Model Kreativiti Alex Osborn, Haefele dan pelbagai lagi teori dan disertasi dapat menguatkan lagi keseimbangan kajian terhadap kreativiti manusia termasuklah kreativiti dikalangan kanak-kan Re : cara kreativiti kanak-kanak dinilai 02 Apr 2012 09:49:03 PM Posted By : MARINA BINTI YAAKOB 01 Apr 2012 08:22:07 AM Reply To : HANA`NURA BINTI ABD HALIN Attachment : No File Attach Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bagi saya, banyak cara yang boleh kita guna untuk menilai dan mengredkan kreativiti seseorang. Antaranya ; a) Merekodkan Pemerhatian Setiap pemerhatian yang dilakukan merupakan maklumat penting yang perlu direkodkan secara sistematik, tepat, lengkap dan jelas. Merekod pemerhatian ialah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik daripada apa yang diperhatikan berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan, pengetahuan, dan pencapaian murid yang ingin dinilai. Pemerhatian guru memainkan peranan penting untuk menilai kanak-kanak prasekolah. Guru hendaklah sentiasa memerhatikan sesuatu perubahan tabiat atau perlakuan kanak-kanak. Maklumat ini hendaklah direkodkan secepat mungkin. Maklumat tersebut dapat membantu guru menyediakan laporan kemajuan kanak-kanak pada bila-bila masa diperlukan.Pemerhatian boleh direkodkan dengan menggunakan rekod senarai semak, rekod anekdot, dan rekod berterusan. b) Rekod Senarai Semak Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan, dan kekerapan tingkah laku itu berlaku dengan menandakan ( ) atau cara lain mengikut arahan dalam senarai semak. Senarai item yang disediakan hendaklah mengambil kira domain kognitif, afektif dan psikomotor. Senarai semak ini juga dapat menyatakan sama ada murid itu boleh atau tidak boleh, mencapai atau tidak mencapai hasil pembelajaran yang diingini .

You might also like