You are on page 1of 61

1

4. Linguistik teori adalah berkenaan dengan mencari dan menghuraikan gambaran umum kedua-dua untuk bahasa-bahasa tertentu dan untuk antara semua bahasa.. Linguistik gunaan mengambil hasil ini dan menggunakannya untuk bidang-bidang yang lain.

5. Linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa. Tetapi hasil-hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain. Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit.

6. Sebagai contoh apabila seorang pengkaji itu cuba, apatah lagi berusaha, menggunakan teori linguistik itu untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidangbidang ilmu lain, maka teori linguistiknya akan seharusnya bersifat amalan bagi membantu bidang lain Dalam hal ini,linguistik teoritis telah berpindah pengertiannya menjadi linguistik gunaan.

7. Selain itu linguistik gunaan adalah bidang yang merupakan sekumpulan beberapa displin yang berhubungan. Istilah ini pada mulanya digunakan di dalam ilmu linguistik umum merujuk kepada bidang linguistik yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

8. linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk pelbagai bidang yang lain.

9. Kesimpulannya, linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan ia diguna pakai oleh masyarakat dan orang ramai. Ia juga saling berhubung antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur bahasa yang telah dipelajarinya. Jadi,boleh dikatakan, linguistik gunaan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.

Wednesday, July 11, 2012 MODUL BMM3107 (PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU)

TAJUK 1

(SEJARAH PERKEMBANGAN LINGUISTIK)

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan tentang sejarah perkembangan ilmu

linguistik yang bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah, zaman Rom, zaman pertengahan, zaman Peralihan

(Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman Linguitik perbandingan dan zaman linguistik moden.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menyusur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik.

2. Menghuraikan sejarah ilmu linguistik zaman Yunani, Iskandariah, Rom, Arab, India hingga zaman moden abad ke 20 Tahukah anda bila kajian bahasa bermula? Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada zaman linguistik yang bermula di Eropah. 1.1 Zaman Yunani, Zaman Iskandariah, Zaman Rom Dalam sejaran ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik.

Kegiatan dalam pengkajian bahasa bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat ketika itu Untuk pengetahuan anda, tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 347) merupakan ahli falsafah pertama yang mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai penerangan kepada perbuatan. Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala

atau tensedalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia, tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika. Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.

Kita telah selesai membincangkan tentang sejarah perkembangan linguistik zaman Yunani. Sekarang kita beralih pula kepada Zaman Iskandariah. Zaman ini bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan, iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan kepada adverb,participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna. Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Tahukah anda bahawa mereka mengambil ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa selepas zaman itu.

1.2 Zaman Pertengahan, Zaman Arab, Zaman India Sekarang kita akan membincangkan sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan yang dikenali juga sebagai zaman Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa. Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Anda harus ingat bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.

Sekarang mari kita bincang pula perkembangan linguistik zaman Arab. Pada zaman ini bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Quran dan hasilnya perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan. Perbincangan seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan sintaksis. Tahukah anda bahawa sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama. 1.3 Zaman Linguistik Bandingan dan Linguistik Moden Untuk pengetahuan anda, zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Tahukah anda bahawa kesan daripada kajian ini wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L. Sebagai mengakhiri perbincangan tajuk 1 ini, marilah sama-sama kita lihat sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian

ilmu bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistic deskriptif atau linguistik huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah baka dan satu fenomena sosial.

Tugasan: Buat catatan nota dalam bentuk grafik tentang sejarah perkembangan linguistik sejak sebelum masihi hingga ke zaman moden. Gunakan bahasa sendiri menunjukkan anda faham apa yang dibincangkan. Bincangkan sumbangan Plato dan Aristotle kepada perkembangan ilmu linguistik sehingga kini.

TAJUK 2 : PEMIKIRAN DALAM LINGUISTIK

Sinopsis Tajuk dua ialah pemikiran dalam linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu pemikiran Edward Sapir, Leonard Bloomfield dan pemikiran Ferdinand de Saussure. Mereka merupakan tokoh linguistik yang banyak memberi

sumbangan kepada perkembangan ilmu bahasa melalui hasil kajian secara empirikal. Hasil Pembelajaran (i) (ii) Menghuraikan aliran pemikiran tokoh-tokoh lingustik mengiku zaman Menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam perkembangan ilmu bahasa sejak zaman awal hingga zaman moden (iii) Membuat banding beza bentuk pemikiran antara tokoh-tokoh linguistik Kerangka Tajuk Hasil pemikiran de Saussure telah melayakkan beliau diberikan jolokan sebagai Bapa Linguistik Moden Hasil pemikiran Bloomfield telah menghasilkan teori behaviourisme Hasil pemikiran Edward Sapir dapat diterokai melalui bukunya

bertajuk Language (1881) 1.1 Pemikiran Edward Sapir Dalam Bidang Linguistik

Edward Sapir (1884 1939) seorang sarjana linguistik struktural dan antropologi dari Amerika pada awal abad ke-20. Beliau mengkaji hubungan bahasa dengan pemikiran manusia dari aspek psikologi.

Beliau berpendapat psikologi mendasari pengkajian bahasa dalam sains. Kesimpulan kajian beliau mendapati bahawa struktur bahasa merupakan unsur yang menentukan sturktur pemikiran manusia.

Menurut beliau, bahasa ialah sistem manusiawi yang instingtif, iaitu bersifat arbitrari untuk menyampaikan perasaan dan fikiran. Buku beliau bertajuk Language berbeza dengan Bloomfield kerana menggunakan pendekatan antropologi yang melihat bahasa dari segi fungsinya dalam masyarakat.

Rumusan hasil pemikiran beliau tiada bahasa yang sempurna, bahasa akan sentiasa berubah.

1.2 Pemikiran Leonard Bloomfield Dalam Bidang Linguistik Bloomfield (1887 1949) merupakan ahli linguistik yang mempelopori teori behaviourisme yang berkait rapat dengan fahaman ahli psikologi dalam menghuraikan bahasa. Beliau beranggapan bahawa bahasa sebagai pangkalan data ucapan yang boleh mengeluarkan segala unit bahasa. Dengan kata lain, ayat-ayat itu tersusun di dalam otak dan dikeluarkan apabila adanya rangsangan. Rumusan beliau, sekiranya tingkah laku manusia lain berpunca daripada adanya rangsangan ataustimulus, maka bahasapun dapat dilahirkan sebagai gerak balas atau respons terhadap rangsangan itu. Beliau juga beranggapan bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia. Beliau memperlihatkan konsep saintifik dalam kajiannya, iaitu suatu kenyataan yang menunjukkan bahawa semua bahan kajian hendaklah dapat diperhatikan dan dianalisis secara empirikal. Buku beliau yang popular

ialahLanguage (1933). 1.3 Pemikiran Ferdinand de Saussure Dalam Bidang Linguistik

Ferdinand de Saussure (1857 1913) ialah orang pertama mengasaskan ilmu linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai Bapa Ilmu Linguistik Moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baharu dalam bidang bahasa secara moden.

Dalam sejarah ilmu linguistik moden, beliau merupakan orang pertama yang mengemukakan dan menekankan peri pentingnya kajian bahasa dilakukan dari sudut yang berbeza-beza, iaitu secara sinkronis dan diakronis. Linguistik sinkronis mengkaji bahasa pada suatu masa tertentu. Linguistik diakronis mengkaji bahasa dari segi sejarah yang dilalui oleh bahasa serta perubahanperubahan yang dialami oleh sesuatu bahasa tersebut.

De Saussure merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep langue dan parole. Langue bermaksud loghat atau dialek dan parole bermaksud ciri-ciri bahasa yang dituturkan atau diucapkan oleh individu dalam masyarakat.

Ketokohan beliau adalah hasil penelitiannya sehingga menerbitkan buku bertajuk Couse de Linguistique Generale pada tahun 1915. Karya agung beliau ini adalah hasil daripada usaha pelajar-pelajarnya yang telah mengumpul dan menyusun semula bahan-bahan kuliah sehingga terhasilnya buku tersebut yang kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1959.

Tugasan : Buat banding beza dalam bentuk grafik antara pemikiran de Saussure dengan Bloomfield. Huraikan dengan ringkas menggunakan ayat sendiri sumbangan dan kesan teori behaviourisme terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.

TAJUK 3: BIDANG LINGUISTIK

Sinopsis

Tajuk tiga ialah bidang linguistik. Tajuk ini meliputi tiga subtajuk, iaitu Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik Kontekstual.

Hasil Pembelajaran

(i) (ii)

Menghuraikan tentang bidang ilmu linguistik Menghuraikan linguistik am atau umum, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual

(iii)

Membincangkan pengajaran bahasa.

bidang

linguistik

gunaan

dan

hubungannya

dengan

Kerangka Tajuk Pengenalan kepada bidang-bidang ilmu linguistik Linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa Perbandingan antara bahasa dan ciri persamaan dan perbezaan antara bahasa Kepentingan linguistik sejarah dalam perkembangan ilmu linguistik

3.1 Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi. Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

10

Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahanbahan mengajarkan bahasa.

Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.

Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

Dalam meletakkan

linguistik

gunaan

ke

dalam

pengajaran

bahasa,

seseorang itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

3.2 Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat

menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasabahasa yang didokumenkan itu.

11

Teknik asas linguistik perbandingan ialah kaedah perbandingan yang bertujuan untukmembandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem

morfologi, sintaksis, dan leksikon. Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap. Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna. Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang

dibandingkan. Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah. Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan: Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya mengikut ciri-ciri. Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya

sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman. Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan

perkembangan sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi) sesuatu bahasa.

12

Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.

Kemudian, kajian perlu dilakukan secara diakronik, iaitu membuat perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.

Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asal usul atau etimologi sesuatu bahasa. Tujuan linguistik histori adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.

Linguistik

perbandingan lebih dikenali antara bahasa yang

sebagai

bidang

kajian

yang

membandingkan

sekeluarga. Tujuan

Linguistik

perbandingan adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk. Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa yang dibandingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu

3.3 Linguistik Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

13

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.

Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik.

Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif. Tugasan: 1. Buat perbandingan antara linguistik sejarah dengan linguistik perbandingan. 2. Bincangkan bidang linguistik gunaan dalam pengajaran bahasa.

Tajuk 4: LINGUISTIK KONTEKSTUAL

Sinopsis: Tajuk empat ialah tajuk yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Hasil Pembelajaran: 1. Menjelaskan perhubungan antara bahasa dan masyarakat. 2. Mengenalpasti aspek-aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa dalam fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan masyarakat.

Linguistik Kontekstual Menurut J. Lyons, 1968 ; Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik

14

Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); Linguistik ialah1. Kajian saintifik tentang bahasa. 2. Berkaitan dengan bahasa. Menurut Kamus Dwibahasa (1981); Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa. Menurut John Lyons (1968); Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik. Definisi kontekstual: Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); Kontekstual ialah-Berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi dapat merencanakan perkembangan sastera.

Kontekstual membawa pengertian: 1.Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2.Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful). Linguistik kontekstual ialah bidang yang melihat bagaimana linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia. Sosiolinguistik Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam masyarakat.

15

Cenderung berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh stratifikasi sosial dalam masyarakat. Merupakan satu kajian yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacammacam perkara seperti fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi dalam kalangan ahli ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti, mantra dan pelbagai istilah lain lagi.

Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan fungsifungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah masyarakat yang tertentu. Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. Fungsi linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti

perbandingan di antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu perihal yang melibatkan apa yang dinamakan perancangan bahasa dalam menegakkan identiti sesebuah negara. Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungan sosial harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal taraf pemakai-pemakainya.

Pengertian Antropologi Menurut etnologinya kata antropologi berasal dari kata yunani Antropo yang bererti manusia dan logy atau logos bererti ilmu yang mempelajari.

Antropologi Linguistik Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.

16

Adakala memberi

disebut

etnolinguistik

iaitu

bidang

yang

dikatakan

penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa dengan primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik.

penyelidikan

Salah satu cara atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam konteks sosial budaya secara terperinci adalah

participant observation. Participant kepada sehingga yang lama. Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa. observation merujuk kepada seseorang yang dihantar

sesuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa

Latihan:

1. Huraikan cabang-cabang linguistik kontekstual.

TAJUK 5 : STILISTIK

Sinopsis Tajuk 5 ini melihat variasi bahasa yang bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, Perlakuan bahasa bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Hasil Pembelajaran 1. Mengenal pasti prinsip-prinsip stilistik.

17

2. Melihat bagaimana keberkesanan stilistik mempengaruhi bahasa.

Stilistik Menurut Abdullah Hassan (1990) Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan diperluas dalam bidang kesusasteraan yang menggunakan bahasa sebagai wahana pengucapan. Kesan penerapan daripada disiplin linguistik tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya sastera dan gaya bukan sastera. Stilistik dari sudut Sastera Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat kepada penggunaan bahasa. Cabang linguistik gunaan atau terapan. Karya sastera ditandai kelainan dalam penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan kesan artistik. Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-stilistik meneliti penggunaan bahasa yang menyimpang daripada norma dan berusaha menemukan fungsi estetik. Pengenalan am Stilistik Bahasa. Bermaksud bentuk variasi bersistem yang wujud dalam sesuatu bahasa yang dituturkan oleh seorang penutur, khasnya bergantung kepada keadaan dan partisipasi sesuatu pertuturan. Perbezaan dari segi gaya dan laras bermula daripada bentuk yang paling formal kepada bentuk yang agak formal. Prinsip Stilistik Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa sebagai punca kegiatan berkreatif dengan merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai satu anugerah dan bakat seseorang penulis.

18

Analisis karya sastera merupakan suatu huraian tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi seseorang pengarang. Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui kepersisan bakat berbahasa penulisnya. Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek tema seperti yang sering dibicarakan dengan menggunakan pendekatan struktural. Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan ayat-ayat yang membina keseluruhan karya. Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang mudah difahami, mudah dimengerti, banyak maksud dan mempunyai makna simbolik. Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil memperlihatkan gaya

keperibadian seseorang penulis. Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi dan pembentukan satu penyusunan diksi serta struktur kalimat yang mencerminkan keperibadian atau idiosinkrasi

penulisnya. Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian penulis Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian terhadap pemilihan diksi,

pembentukan perkataan dan ayat dapat dilakukan. Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori perkataan dan ayat yang digunakan. Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau peneliti. Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka memahami makna perkataan yang sukar serta ayat yang kompleks yang digunakan oleh pengarang.

19

Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah atau tempatan dapat memperkaya perbendaharaan kata di samping merupakan satu gaya atau stail bagi seseorang penulis. Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan penelitian tentang penghasilan sesebuah karya. Semasa berkarya, seseorang penulis didorong oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang berlaku di sekelilingnya. Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan pendekatan stilistik ini akan menemukan gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa yang mendorong seseorang itu berkreatif.

Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah karya, juga digunakan untuk menghuraikan penerimaan dan penghargaan pembaca atau khalayak terhadap sesebuah karya. Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat difahami, menimbulkan keseronokan atau memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan kesan daripada penggunaan penanda dan petanda bahasa yang digunakan untuk mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme pengarang.

Latihan: 1. Huraikan prinsip-prinsip stilistik dan bagaimanakah stilistik itu

mempengaruhi kehidupan masyarakat. TAJUK 6: SIFAT BAHASA

Sinopsis Tajuk 6 ini membincangkan sifat-sifat bahasa menurut Teori Noam Chomsky Menurut Teori Noam Chomsky. Bahasa apa pun di dunia ini mempunyai

20

sifat-sifat yang tersendiri.

Hasil Pembelajaran, 1. Boleh menjelaskan sifat-sifat bahasa itu secara tepat. 2. Menguasai dan memahami perbezaan sifat-sifat bahasa itu.

1. Bahasa sebagai satu sistem Bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyibunyi perkataan, susunan perkataan , nahu atau bentuk sintaksis. Terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna dari segi strukturnya (klausa, ayat, kata). Tidak semua pencatuman unit-unit itu boleh dilakukan, melainkan mengikut cara-cara tertentu. Sistem yang dimaksudkan ialah aturan. Sistem itu telah ditetapkan oleh susunan bahasa. Setiap bahasa mempunyai bahasa masing-masing. sebagai contoh : BAHASA MELAYU 1. 2. 3. buku itu sebuah buku merah pensel ini

BAHASA INGGERIS 1. 2. 3. that car (kereta itu) three red books (tiga buah bukuyang merah) the beautiful book (buku yang cantik itu)

2. Bahasa bersifat dinamis

21

Bahasa adalah berubah dan berkembang selagi penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia lain.

Pertembungan kebudayaan, pertembungan manusia dengan manusia lain menyebabkan pertambahan dan pengurangan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu.

Walaupun begitu, struktur dan tatabahasanya tidak berubah.

3. Bahasa itu bersifat arbitrari

Arbitrari ialah pertalian sesuatu bentuk atau lambang dalam bahasa dengan makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu masyarakat.

Tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan bendabenda yang dimaksudkan.

Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda sama. Sebagai contoh:

dalam Bahasa Melayu itu dipanggil pintu dalam Bahasa Inggeris dipanggil door puerta dalam Bahasa Sepanyol.

4. Bahasa sebagai alat berkomunikasi. Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar. Faktor yang mengubah bahasanya. pendengar : orang yang dilawan bercakap. tempat : situasi sekeliling dimana pertuturan itu mengambil tempat,

termasuklah benda-benda yang berada di sekitarnya.

22

butir pertuturan : tajuk percakapan antara penutur dengan pendengar sama ada terdiri daripada hal-hal peribadi atau rasmi.

5. Bahasa mempunyai makna Makna bererti yang dimaksudkan dan yang dipercakapkan. Sesuatu perkataan yang diujarkan mempunyai maksud.

6. Bahasa itu linear Bunyi-bunyi itu dihasilkan satu demi satu, iaitu dengan pergerakan alat-alat artikulasi satu demi satu. Sebagai contoh untuk menyebut kalam , bunyi-bunyi yang dihasilkan ialah k, a, l, a, dan m. Ini dikatakan linear di mana apa yang ingin dituturkan disebut satu demi satu untuk melambangkan sesuatu bunyi. Latihan: 1. Dengan memilih contoh-contoh yang sesuai, huraikan sifat-sifat bahasa dengan jelas.u TAJUK 7 : VARIASI BAHASA

Sinopsis Tajuk 7 ini membincang dan menjelaskan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu.Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu dan makin banyak perbezaannya.

Hasil Pembelajaran

1. Menghurai dan menjelaskan variasi-variasi bahasa. 2. Melihat pengaruh variasi bahasa itu mempengaruhi kehidupan masyarakat.

23

Variasi Bahasa. Variasi bahasa bermaksud perbezaan bentuk-bentuk bahasa yang digunakan bagi maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu Variasi bahasa merupakan suatu pengkajian terhadap fitur bahasa yang berbeza secara semantik apabila kita membandingkan kumpulan penutur berbeza atau suatu kumpulan penutur yang sama dalam keadaan yang berbeza. Halliday (1968) menjeniskan bahasa kepada dua aspek iaitu : Pengguna orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan Penggunaan kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan atau situasi bahasa itu digunakan. Aspek ini lebih menekankan kepelbagaian daerah untuk bahasa yang sama dan bukannya perbandingan fitur antara dua bahasa. Variasi bahasa ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan Bahasa Melayu. Dalam konteks Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor. Bahasa ialah kepunyaan masyarakat yang menuturkannya. Makin besar jumlah penuturnya, makin luas daerah penyebaran bahasa itu, dan makin banyak pula perbezaan yang wujud dari segi penggunaannya. Demikian juga halnya dengan bahasa Melayu. Dalam rangka Malaysia, di Semenanjung Tanah Melayu sahaja sudah terdapat berbagai-bagai dialek, seperti dialek Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Perak dan Johor.

24

Demikian juga terdapat variasi-variasi bahasa Melayu yang wujud oleh sebab faktor-faktor sosial, seperti latar belakang pendidikan, jenis pekerjaan, dan kedudukan sosioekonomi penutur yang berbeza-beza penggunaannya. Hakikat bahasa dan variasi-variasinya sudah lama diakui oleh ahli-ahli bahasa. Namun apabila mereka merujuk sesuatu bahasa tertentu, misalnya bahasa Melayu atau bahasa Inggeris,mereka mempunyai gambaran tentang satu kesatuan bahasa, yang walaupun mempunyai berbagai-bagai kelainan, masih terdiri daripada satu keseluruhan. Daripada beberapa variasi satu bahasa, satu variasi tertentu dipilih sebagai mewakili bahasa tersebut dan variasi inilah yang menjadi ukuran apabila kita merujuk sifat umum bahasa tersebut. Dalam bidang ilmu bahasa, variasi yang dipilih untuk mewakili satu bahasa secara menyeluruh itu disebut bahasa standard atau bahasa baku. Bahasa Melayu baku ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang. Tujuannya supaya mudah difahami. Tiap-tiap pihak harus gugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan guna sedikit sebanyak variasi bahasa yang bersifat bahasa melayu umum, yang dari segi sejarahnya berasaskan dialek bahasa Melayu Johor Riau. Variasi ini, yang sekarang dikenal sebagai bahasa Melayu baku, ialah variasi yang digunakan dalam sistem pendidikan (bahasa sekolah), dalam semua situasi rasmi seperti dalam ucapan-ucapan, mesyuarat dan persidangan dan dalam media massa. Terdapat 3 jenis variasi iaitu variasi daerah, sosial dan stilistik.

Variasi Bahasa (Dialek)

25

Perkataan 'dialek' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'dialektos' iaitu perkataan yang pada mulanya digunakan dalam hubungannya dengan bahasa Yunani pada waktu itu. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh pengguna dalam sesuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ini dikenali sebagai dialek. Dialek ialah variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam satu-satu masyarakat bahasa. Dialek mempunyai bentuk tertentu, dituturkan dalam kawasan tertentu dan berbeza daripada bentuk yang standard/ baku dari segi sebutan, tatabahasa, dan penggunaan kata-kata tertentu, tetapi perbezaannya tidaklah begitu besar untuk dianggap sebagai satu bahasa yang lain. Dialek kawasan ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Isyarat Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual, bahasa tubuh, dan gerak bibir, bukannya suara, untuk berkomunikasi. Kaum tunarungu adalah kelompok utama yang menggunakan bahasa ini, biasanya dengan mengkombinasikan bentuk tangan, orientasi dan gerak tangan, lengan, dan tubuh, serta ekspresi wajah untuk mengungkapkan fikiranmereka. Bahasa isyarat unik dalam jenisnya di setiap negara. Bahasa isyarat berbeza di negara-negara yang berbahasa sama.

Contohnya, Amerika Serikatdan Inggeris meskipun memiliki bahasa tulis yang sama tetapi memiliki bahasa isyarat yang berbeza (American Sign

Language dan British Sign Language). Hal yang sebaliknya juga berlaku. Ada negara-negara yang memiliki bahasa tulis yang berbeza (contoh: Inggeris dengan Sepanyol), tetapi menggunakan bahasa isyarat yang sama.

26

Biasanya bahasa isyarat ini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai kecacatan seperti bisu dan pekak. Ini adalah salah satu cara untuk mereka berkomunikasi antara satu sama lain. Golongan pekak dan bisu di negara ini menggunakan kaedah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), yang memerlukan khidmat jurubahasa apabila berurusan dengan mereka yang tidak memahami bahasa berkenaan. Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) menubuhkan Pusat Latihan Malaysian Sign Language (MySL) yang digerakkan melalui sumbangan Yayasan Tan Sri Othman Yeop mensasarkan melatih 100 jurubahasa dalam tempoh lima tahun.

Latihan: Dengan memilih cerpen yang sesuai, analisis penggunaan variasi bahasa yang digunakan dalam cerpen tersebut.

27

DEFINISI LINGUISTIK DEFINISI LINGUISTIK: Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latinlingua yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancislangage-langue; Italia lingua; Spanyol lenguadan Inggerislanguage. Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa (Abdullah Hassan, 1984: 2) Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. digunakan empirikal

STRUKTUR BAHASA Menurut Levi Strauss (1963: 279), (1) struktur memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu sepertimorfosintaksis dan leksikosemantik. fonologi: ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik. morfologi: struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. sintaksis: hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran. semantik: makna bahasa sama ada yang bersifat leksikal, gramatikal ataupun konteks. leksikologi: leksikon atau kosa kata sesuatu bahasa dari pelbagai aspek

28

APA ITU LINGUISTIK

LINGUISTIK DAN BAHASA Menurut Verhaar (1985:1), linguistik berasal daripada perkataan Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Selain itu, perkataan linguistik juga boleh ditemukan dalam bahasa Perancis Langue dan Langage, Itali Lingua, Sepanyol Lengua dan Inggeris Linguistics. Menurut Kamus Dewan (1993) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bererti pengajian ilmu bahasa. Terdapat perbezaan antara istilah ahli bahasa, ahli linguistik dan ahli terjemahan. Ahli bahasa adalah individu yang mahir dalam satu-satu bahasa, terutamanya dari segi peraturan bahasa serta penggunaan bahasa yang betul dalam pelbagai konteks. Ahli linguistik pula adalah individu yang mahir tentang teori-teori lingistik serta kaedah-kaedah penyelidikan linguistik. Seseorang ahli linguistik yang bersandarkan sesuatu teori boleh menjelaskan apa-apa fenomena atau permasalahan dalam bahasanya sendiri atau bahasa-bahasa lain walaupun beliau sendiri tidak memahami bahasa tersebut. Ini juga Pengenalan Ilmu Linguistik dan Bahasa bermakna ahli linguistik bukanlah seseorang yang mahir dalam banyak bahasa seperti ahli terjemahan. Ahli terjemahan ialah seseorang yang mahir lebih daripada satu bahasa. Kemungkinannya, seseorang itu boleh menterjemahkan bahasa Melayu dengan bahasa Rusia atau dengan beberapa bahasa yang lain. Sejarah perkembangan ilmu linguistik sebagai salah satu disiplin ilmu moden secara relatifnya masih dianggap baharu. Di Eropah seperti Britain, ilmu ini mula berkembang sekitar tahun-tahun 1960-an. Ijazah ilmu linguistik mula-mula diperkenalkan di Universiti York, Britain. Di Malaysia pula, ilmu linguistik mula diajarkan di Fakulti Sains Kemasyarakatan Dan Kemanusiaan UKM pada 1 Mei 1984. Bidang ini telah mendapat perhatian hampir di semua universiti di Malaysia.

DEFINISI LINGUISTIK

29

Berikut ialah beberapa pendapat tokoh yang menjelaskan definisi ilmu linguistik: 1. John Lyons (1968) mendefinisikan linguistik sebagai the scientific study of language. 2. David Crystal (1973), menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. 3. Langacker (1987), mendefinisikan linguistik sebagai kajian terhadap bahasa manusia. 4. Ferdinand de Sausure (1988), mendefinisikan linguistik sebagai kajian mengenai bahasa yang diucapkan oleh segolongan masyarakat. 5. Verhaar (1993) menyatakan bahawa linguistik adalah suatu kajian ilmu bahasa. Beliau juga mengatakan bahawa perkataan linguistik sudah memberikan maksud kajian yang menyentuh sesuatu kajian bahasa boleh dilaksanakan

30

4. Linguistik teori adalah berkenaan dengan mencari dan menghuraikan gambaran umum kedua-dua untuk bahasa-bahasa tertentu dan untuk antara semua bahasa.. Linguistik gunaan mengambil hasil ini dan menggunakannya untuk bidang-bidang yang lain.

5. Linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa. Tetapi hasil-hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk banyak bidang yang lain. Banyak bidang linguistik gunaan pada hari ini melibatkan penggunaan komputer secara eksplisit.

6. Sebagai contoh apabila seorang pengkaji itu cuba, apatah lagi berusaha, menggunakan teori linguistik itu untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu lain, maka teori linguistiknya akan seharusnya bersifat amalan bagi membantu bidang lain Dalam hal ini,linguistik teoritis telah berpindah pengertiannya menjadi linguistik gunaan.

7. Selain itu linguistik gunaan adalah bidang yang merupakan sekumpulan beberapa displin yang berhubungan. Istilah ini pada mulanya digunakan di dalam ilmu linguistik umum merujuk kepada bidang linguistik yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

8. linguistik gunaan merujuk kepada penggunaan penyelidikan linguistik dalam pengajaran bahasa, tetapi hasil penyelidikan linguistik juga telah digunakan untuk pelbagai bidang yang lain.

9. Kesimpulannya, linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan ia diguna pakai oleh masyarakat dan orang ramai. Ia juga saling berhubung antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur bahasa yang telah dipelajarinya. Jadi,boleh dikatakan, linguistik gunaan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.

31

Kepentingan

linguistik

sejarah

dalam

perkembangan

ilmu

linguistik

Linguistik

Umum

dan

Linguistik

Gunaan

Linguistik umum disebut juga sebagai linguistik am, iaitu bidang yang aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum.

mengkaji

Linguistik gunaan juga dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu

pendidikan dan psikologi.

Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori,

deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks.

Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna

mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.

Linguistik ini menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa dan bahan-

bahan mengajarkan bahasa.

Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta itu ialah kaedah terus yang

mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya.

Ada aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, iaitu

terjemahan dan perkamusan, tetapi dalam modul ini kita hanya menyebut mengenai penggunaan linguistik dalam mengajarkan bahasa sahaja.

Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang

meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum.

Menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara

dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.

Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu

bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa.

32

Pengenalan linguistik gunaan sebagai suatu disiplin ilmu bahasa merupakan

suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.

Dalam meletakkan linguistik gunaan ke dalam pengajaran bahasa, seseorang

itu sudah mampu menghuraikan bentuk-bentuk dan peraturan sesuatu bahasa dan mengajarkan bahasa dengan baik.

Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan

Linguistik perbandingan (asalnya filologi perbandingan) ialah satu cabang

linguistik sejarah yang membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu.

"Perhubungan" membayangkan asal yang sama atau bahasa proto, dan

linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasa-bahasa yang didokumenkan itu.

Teknik asas linguistik perbandingan ialah "kaedah perbandingan" yang

bertujuan untuk membandingkan sistem-sistem fonologi, sistem-sistem morfologi, sintaksis, dan leksikon.

33

Pada dasarnya, setiap perbezaan antara dua bahasa yang berkait harus

dapat diterangkan dengan amat munasabah, dan perubahan-perubahan sistematik, umpamanya dalam sistem-sistem fonologi atau morfologi, dijangka amat tetap.

Jika bahasa-bahasa berasal daripada leluhur yang amat jauh, dan tidak rapat

hubungannya, kaedah perbandingan tidak begitu berguna.

Kaedah terawal untuk jenis ini ialah glotokronologi yang mencadangkan satu

formula matematik untuk menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah, berdasarkan peratusan perbendaharaan kata teras sebanyak 100 butir (kemudian 200) yang seketurunan dalam bahasa-bahasa yang dibandingkan.

Kaedah glotokronologi mencadangkan penggunaan formula matematik untuk

menentukan tarikh ketika kedua-dua bahasa itu berpisah.

Terdapat juga cabang-cabang linguistik lain yang melibatkan pembandingan

bahasa yang bukannya sebahagian linguistik perbandingan:

Tipologi bahasa membandingkan bahasa supaya dapat mengelaskannya

mengikut ciri-ciri.

Linguistik hubungan memeriksa kesudahan-kesudahan linguistik tentang

hubungan antara penutur-penutur bahasa yang berbeza, khususnya sebagaimana yang terbukti dalam kata-kata pinjaman.

Cabang kajian linguistik yang berusaha untuk memperlihatkan perkembangan

sesuatu bahasa dari segi sejarah yang dilalui melalui masa iaitu dari zaman kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu.

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan dan asal usul(etimologi)

sesuatu bahasa.

Kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Kajian perlu dilakukan secara sinkronik iaitu kajian secara terperinci dalam

beberapa zaman atau masa dan tempat tertentu.

Kemudian,

kajian

perlu

dilakukan

secara

diakronik,

iaitu

membuat

perbandingan bagi menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.

Linguistik sejarah atau historis ialah cabang ilmu linguistik yang berusaha

untuk memperlihatkan perkembangan bahasa dari segi sejarah yang dilaluinya melalui masa.

34

Bidang ini juga mengkaji perubahan-perubahan bahasa serta asasl usul atau

etimologi sesuatu bahasa. Tujuannya adalah untuk mengetahui proses dan perkembangan bahasa dari masa lampau hingga kini.

Linguistik

perbandingan

lebih

dikenali

sebagai

bidang

kajian

yang

membandingkan antara bahasa yang sekeluarga. Tujuannya adalah untuk melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa yang sekeluarga, yakni bahasa seketurunan daripada bahasa induk.

Perbandingan dilakukan antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh

aspek bahasa yang dibanadingkan itu. Linguistik ini memperlihatkan hubungan yang erat dengan linguistik huraian. Hal ini disebabkan huraian yang lengkap diperlukan tentang aspek-aspek yang dibandingkan itu Linguistik

Kontekstual

Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-

disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik merupakan

sains sosial yagn mengkaji interaksi interaksi linguistik dengan masyarakat pada keseluruhannya.

Analisis wacana kritis ialah bidang yang retorik dan falsafah berinteraksi

dengan linguistik.

Psikolinguistik dan neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan

linguistik. Bidang-bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan bahasa, linguistik evolusi, linguistik pengiraan, serta sains kognitif.

35

BML 1242 : Bahasa & Linguistik Setiap disiplin ilmu biasanya dibahagikan kepada subdisiplin atau cabangcabang tertentu iaitu apabila adanya hubungan disiplin itu dengan masalahmasalah lain. Sebagai contoh, ilmu kimia dibahagikan kepada kimia organik dan kimia bukan organik. Dalam bidang psikologi pula dibahagikan kepada psikologi klinik dan psikologi sosial. Objek linguistik pula merujuk kepada bahasa iaitu satu keadaan yang tidak terlepas daripada kegiatan dalam kehidupan sesebuah masyarakat. Oleh sebab kegiatan tersebut sangat luas, bidang-bidang yang terdapat dalam subdisiplin juga menjadi sangat banyak. Sebagai contoh, antara subdisiplin linguistik yang ditemukan ialah linguistik umum, deskriptif, bandingan, struktural, dan antropologi. Pembahagian subdisiplin linguistik dibuat berdasarkan beberapa kriteria iaitu objek sebagai bahasa umum atau khusus dan objek bahasa pada masa tertentu atau sepanjang masa. Selain itu, objek bagi struktur dalaman atau luaran bahasa dan objektif untuk keperluan teori atau gunaan. Seterusnya, teori atau aliran penganalisisan objeknya.

Linguistik terbahagi kepada dua bidang iaitu linguistik umum dan linguistik khusus. Linguistik umum merupakan linguistik yang teorinya mengkaji kaedah bahasa dan pernyataan secara umum. Berbanding dengan linguistik khusus, linguistik ini lebih menekankan kajian tentang kaedah bahasa yang berlaku pada bahasa atau rumpun bahasa tertentu seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Indonesia. Kedua-dua pendekatan linguistik ini dapat digunakan terhadap keseluruhan sistem bahasa atau satu bahagian daripada sistem tersebut. Setiap disiplin ilmu biasanya dibahagikan kepada bidang-bidang bawahan (subdisiplin) atau cabang-cabang tertentu yang mempunyai hubungan disiplin dengan disiplin tersebut. Begitu juga dengan linguistik khusus, linguistik ini terbahagi kepada tiga subdisiplin iaitu linguistik terapan, linguistik teoretis dan linguistik sejarah.

Linguistik terapan merupakan ilmu bahasa dalam bidang praktis dan hasil penelitian linguistik ini adalah untuk tujuan praktis selain turut digunakan untuk tujuan kamanusiaan dan keilmuan. Linguistik ini dapat dilihat sebagai disiplin baru yang boleh berkembang dan diperakui kewujudannya.

36

Leksikografi, Penterjemahan, Patologi dan Terapi wicara adalah sebahagian daripada linguistik terapan kerana linguistik ini merupakan satu disiplin ilmu yang memenuhi berbagai fungsi bahasa dan memiliki dasar ilmu yang saling berkaitan antara bahagiannya.

Linguistik teoretis merupakan subdisiplin kedua yang terletak di bawah linguistik khusus di mana linguistik ini melihat bahasa sebagai bukan sekadar alat. Linguistik ini turut membuat penyelidikan terhadap bahasa-bahasa atau hubungan bahasa dengan faktor-faktor yang berada di luar bahasa sematamata untuk mengetahui kaedah-kaedah yang berlaku dalam objek kajiannya. Dalam linguistik ini, komponen-komponen bahasa yang dikaji ialah fonologi, fonetik, morfologi, sintaksis, semantik, stiliktik (subdisilin linguistik yang mempelajari bahasa yang digunakan dalam bentuk-bentuk karya sastera) dan pragmatik (berkenaan dengan peranan konteks dalam pentafsiran makna).

Linguistik historis ialah satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa itu dari sudut sejarah iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa. Sebagai contoh, linguistik ini mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Perkara yang diutamakan dalam disiplin ini ialah sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain.

Linguistik sinkronik mengkaji bahasa pada masa yang terbatas misalnya, mengkaji Bahasa Indonesia pada tahun 20-an, bahasa Jawa pada masa ini atau mengkaji bahasa Inggeris pada zaman William Shakespeare. Linguistik deskriptif bermaksud mendeskripsikan bahasa secara keseluruhan pada satu masa tertentu. Linguistik diakronik berupaya mengkaji bahasa pada masa yang tidak terbatas. Kajian Linguistik diakronik ini biasanya bersifat historis dan komparatif. Tujuan kajian linguistik diakronik ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejarah struktural bahasa itu beserta dengan segala bentuk perubahan dan perkembangannya. Sebagai contoh, perkataan seperti kata batu berasal dari kata watu adalah pernyataan yang bersifat diakronik.

37

Linguistik perbandingan yang asalnya filologi perbandingan ialah satu cabang linguistik sejarah yang berkenaan dengan perbandingan bahasabahasa dapat menentukan perhubungan sejarah antara bahasa-bahasa itu. Linguistik Perbandingan juga merupakan suatu sains penjelasan yang cuba menjelaskan fakta bukti bahawa bahasa itu berubah dan bahawa bahasa yang berlainan itu berkerabat dengan yang lain dalam had yang berlainan. Perhubungan membayangkan asal yang sama atau bahasa proto dan linguistik perbandingan bertujuan untuk membina semula bahasa-bahasa proto dan menentukan perubahan-perubahan yang telah berlaku pada bahasabahasa yang didokumenkan itu. Ahli-ahli linguistik perbandingan telah membubuh awalan asterik pada mana-mana bentuk yang tidak terdapat dalam teks-teks yang masih wujud supaya dapat memastikan perbezaan yang nyata antara bentuk-bentuk yang diakui dengan bentuk-bentuk yang dibina semula.

Linguistik perbandingan menyelidik, menganalisis, mengklasifikasi dan memberikan perbezaan dan persamaan struktur bahasa, hubungan sejarah dan kekerabatan bahasa itu diambil kira untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan struktur. Jika tujuannya untuk mencari sahaja, maka subdisiplin ini dinamakan linguistik konstrastif. Linguistik perbandingan melihat ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara bahasa-bahasa dari segi bunyi, perkataan, imbuhan, ayat dan makna. Dengan melakukan perbandingan mengenai ciri-ciri tersebut Asmah Hj.Omar, R.Brandstetter, Dyen, R.blust, dan J.Collin mengetahui bahawa bahasa-bahasa Melayu, Jawa, Tagalog, Iban, Kadazan dan lain-lain adalah serumpun. Dalam kajian seperti ini, yang termasyur ialah dapat menghasilkan bukti bahawa bahasa Sanskrit dan bahasa-bahasa Eropah juga mempunyai persamaan. Hal ini membolehkan ahli bahasa Linguistik Perbandingan ini menimbulkan bahasa induk IndoEropah.

Linguistik bandingan sejarah ialah satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bahasa secara diakronik. Hal ini bererti, data sesuatu bahasa tertentu akan dibandingkan untuk melihat perubahan dan perkembangannya dalam tempoh masa yang tertentu. Bahasa Melayu dapat dikaji perkembangannya melalui batu-batu bersurat, manuskrip lama dan lain-lain.

38

Abdul Samat Ahmad banyak membuat kajian tentang linguistik bandingan sejarah dan meneliti tinggalan sejarah pada batu bersurat dan dokumen lama. Dalam kajian beliau, terbukti bahawa bahasa Melayu ini sudah mempunyai sistem tulisannya yang menggunakan huruf pallava dari India. Melalui penemuan tulisan pada batu bersurat yang ditemui di Batu Kapur di Palembang dan Sungai Teresat di Terengganu maka dapatlah kita memahami perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini. Sebagai contoh, bentuk bahasa Melayu yang terdapat dalam novel-novel Melayu pada hari ini. Perubahan yang berlaku atas sesuatu bahasa kadang kala mengambil masa yang cukup singkat.

Cabang ilmu bahasa ini dikembangkan atas dasar untuk memperoleh bentuk-bentuk prasejarah sesuatu bahasa yang tidak memiliki naskhahnaskhah tertulis.Untuk memperoleh bentuk bahasa prasejarah sesuatu bahasa yang tertentu yakni yang tidak memiliki naskhah-naskhah tertulis, ahli-ahli linguistik sejarah akan meneliti data bahasa atau varian-varian daripada bahasa tersebut yang wujud pada waktu ini.

Linguistik sejarah mempunyai empat kepentingannya iaitu mengukur sejauh mana hubungan kekerabatan bahasa-bahasa yang berada dalam rumpun yang sama dan hubungan kekerabatan ini diukur melalui empat aspek linguistik iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik dengan mengadakan rekonstruksi bahasa-bahasa yang ada pada masa ini kepada bentuk bahasa protonya, mengadakan pengelompokan ke atas bahasa-bahasa yang berada dalam suatu rumpun bahasa atau subkelompok bahasa yang tertentu dan menentukan pusat penyebaran bahasa-bahasa proto dan menetapkan gerak migrasi purba yang pernah berlaku.

Ilmu linguistik ialah bidang ilmu yang mengkaji bahasa secara santifik. Pada hari ini, ilmu linguistik menjadi satu cabang ilmu yang mempunyai disiplinnya tersendiri, iaitu mempunyai taraf yang sama dengan ilmu-ilmu lain. Terdapat prinsip-prinsip tertentu dalam mengkaji linguistik. Linguistik dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu linguistik mikro dan linguistik makro.

39

Dalam kajian linguistik mikro, objeknya ialah struktur dan elemen bahasa itu sendiri iaitu ciri hakiki daripada bahasa itu dengan tidak mengaitkannya dengan ilmu lain. Linguistik mikro juga mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan leksikologi atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi mengkaji ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem bahasa manakala morfologi bermaksud mengkaji struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Ringkasnya, linguistik mikro lebih berfokus kepada aspek bahasa. Namun begitu, linguistik makro pula berfungsi untuk mengkaji bahasa dalam hubungan faktor luar bahasa. Hal ini membuktikan bahawa kajian linguistik makro bersifat intradisiplin. Selain itu, bidang linguistik makro meliputi linguistik interdisiplin dan linguistik terapan. Bidang interdisiplin dalam linguistik makro meliputi subbidang seperti fonetik interdisiplin, sosiolinguistik, psikolinguistik, etnolinguistik, antropolinguistik, filologi, stilistik, semiotik, epigrafi, paleografi, etologi, etimologi, dialektologi, dan falsafah bahasa.

Bidang linguistik terapan termasuk dalam linguistik makro. Dalam bahasa Inggeris, linguistik terapan didefinisikan sebagai applied linguistics, manakala dalam bahasa Jerman pula ialah angewandte sprachwissenschaf. Bahasa Perancis mentakrifkan linguistic terapan sebagai linguistique applique. Terdapat pelbagai definisi linguistik terapan. Antaranya ialah penggunaan temuan ahli bahasa oleh guru bahasa. Linguistik terapan ditakrifkan sebagaikumpulan istilah untuk penerapan keahlian dalam linguistik yang dikaitkan dengan bidang praktis. Selain itu, antara definisi lain ialah pemanfaatan pengetahuan tentang alamiah bahasa yang dihasilkan oleh penyelidik bahasa dan menggunakan bahasa sebagai komponen inti. Ahli linguistik terapan ialah pengguna teori bukan pencipta teori.

Linguistik terapan mula berkembang pada akhir abad ke-19 berasaskan andaian bahawa teori linguistik dapat diterapkan dalam pelbagai bidang

40

pengetahuan. Di Eropah, linguistik terapan dipopularkan oleh Fries dan Robert Lado melalui English Language Institute. Institut ini menerbitkan majalah language learning yang menyiarkan karya dalam bidang linguistik terapan. Pada tahun 1969, telah diadakan kongres ahli linguistik terapan yang dinamakan Association Internationale de Linguistique Applique (AILA). Dalam kongres ini, dibahaskan teks sastera, leksikografi, linguistik konstrastif, dan sosiolinguistik. Antara majalah-majalah atau buletin yang mengemukakan pandangan ahli dalam bidang linguistik terapan ialah Language Problem and Language Planning, English Teaching Forum, Applied Linguistics, Modern English Teacher, Guidelines, International Review of Applied Linguistic in Language Teaching, English Language Teaching, Journal of Phonetics, Foreign Language Annuals danEFL Bulletin.

Menurut Spolsky (1978:1-2), ruang lingkup linguistik terapan sangat luas iaitu merangkumi bidang penterjemahan, leksikografi, dan perencanaan bahasa.Selain itu, menurut kongres Association Internationale de Linguistique Applique (AILA) pula ruang lingkup linguistik terapan ialah bidang yang berhubungan dengan pengajaran bahasa, bahasa dalam kehidupan bermasyarakat (sosiolinguistik), bahasa dalam kaitan antara jiwa manusia (psikolinguistik), penterjemahan, leksikografi, linguistik komputer, bahasa yang dikaitkan dengan gangguan saraf, peta bahasa (dialektologi) dan perencanaan bahasa.

Linguistik terapan juga dikenali linguistik gunaan yang memanfaatkan teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajar bahasa dan menulis buku-buku teks serta terjemahan dan perkamusan. Linguistik terapan merangkumi subbidang seperti fonetik terapan, perancangan bahasa, pembinaan bahasa, pengajaran bahasa, penterjemahan, grafonomi, grafologi, leksikografi, mekanolinguistik, medikolinguistik, sosiolinguistik terapan , dan leksikostatik. Sebagai contoh, bidang grafonomi berkaitan untuk mempelajari cara-cara mewujudkan bahasa dalam bentuk tulisan. Grafologi pula mempelajari tulisan dengan tujuan untuk mengetahui sifat, nasib, kesesuaian dan keberuntungan penulis. Bidang leksikologi ialah mengenai konteks penulisan leksikon dalam bentuk kamus, ensiklopedia, dan thesaurus.

41

Leksikologi juga dikenali sebagai ilmu perkamusan.

Selain itu, linguistik edukasional merupakan satu cabang linguistik terapan yang khusus menganalisis, menerangkan, dan menjelaskan tentang praktik perlaksanaan pengajaran dan pendidikan bahasa yang berlandaskan teoriteori bahasa. Seorang sarjana pendidikan bahasa atau guru bahasa akan menggunakan hasil-hasil penelitian bahasa untuk pengajaran bahasa. Hasilhasil penelitian linguistik membantu seorang sarjana pendidikan bahasa atau guru bahasa dalam menambahkan pengetahuan bahasa dan melakukan analisis serta evaluasi tentang hasil dan pelajaran bahasa. Aplikasi linguistik bererti penggunaan dan pemanfaatan ilmu ilmu pengetahuan untuk merencanakan kegiatan-kegiatan yang praktis seperti pengajaran dan pelajaran bahasa.

Menurut S.Pt Corder, aplikasi linguistik merupakan suatu problem-based activity iaitu masalah yang muncul akan dijawab atau diselesaikan oleh prinsip-prinsip atau pengetahuan yang didasarkan pada telaah ilmiah tentang struktur bahasa dan masyarakat. Sumbangan linguistik kepada pengajaran bahasa bersifat tidak langsung. Oleh itu, bidang aplikasi linguistik dan pengajaran bahasa merupakan satu bidang yang otonom dan menjadi bidang keahlian tersendiri.

Secara ringkasnya, linguistik terapan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan psikologi. Linguistik terapan merupakan hasil penelitian linguistik untuk tujuan praktis. Linguistik terapan juga merupakan salah satu subdisiplin linguistik. Kongres AILA yang ditubuhkan merupakan satu usaha atau alternatif untuk membahaskan perkara-perkara berkaitan linguistik terapan.

42

2. DEFINISI: Menurut J. Lyons, 1968 ; Linguistik adalah satu bidang yang mengkaji bahasa secara saintifik Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); Linguistik ialah- 1. Kajian saintifik tentang bahasa . 2. Berkaitan dengan bahasa .

3. Menurut Kamus Dwibahasa (1981); Menjelaskan bahawa linguistik ialah pengajian ilmu bahasa . Menurut John Lyons (1968); Linguistik adalah suatu ilmu pengkajian bahasa yang dilakukan secara saintifik .

4. DEFINISI Menurut Kamus Dewan (edisi keempat), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 2005); Kontekstual ialah- Berkaitan dengan atau menurut konteks: penyelidikan sastera dari segi ~dapat merencanakan perkembangan sastera .

5. Kontekstual membawa pengertian: 1. Yang berkenaan, relevan, ada hubungan atau kaitan langsung, mengikut konteks. 2. Yang membawa maksud, makna dan kepentingan (meaningful).

6. Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana bahasa berinteraksi dengan dunia.

7. SOSIOLINGUISTIK LINGUISTIK ANTROPOLOGIKAL ANTROPOLOGI LINGUISTIK

8. Sosiolinguistik adalah salah satu bidang utama dalam disiplin linguistik. Nama sosiolinguistik terbentuk daripada dua istilah : sosio (kependekan daripada sosiologi -disiplin yang meneliti masyarakat, dan linguistik disiplin yang meneliti bahasa. Memberi tumpuan kepada dua entiti: bahasa dan masyarakat .

43

9. Menunjukkan hubungan sistematik yang wujud antara struktur bahasa dengan struktur sosial-sama ada sesuatu struktur bahasa itu menyebabkan sesuatu struktur sosial tertentu atau hal sebaliknya.

10. Antropologi linguistik adalah satu cabang linguistik yang menelaah hubungan antara bahasa dan budaya terutama untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat tindakan bermasyarakat .

11. Adakalanya disebut etnolinguistik menelaah bahasa bukan hanya dari strukturnya semata tapi lebih pada fungsi pemakaiannya dalam konteks situasi sosial budaya. Menelaah struktur dan hubungan kekeluargaan melalui istilah kekerabatan, konsep warna, pola pengasuhan anak, atau menelaah bagaimana anggota masyarakat saling berkomunikasi pada situasi tertentu seperti pada upacara adat lalu menghubungkannya dengan konsep budayanya.

12. Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya Mengkaji aspek-aspek kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur mempengaruhi cara mereka berbahasa.

44

Sumbangan Za'ba Terhadap Perkembangan Bahasa Melayu 1.0 Pengenalan

Sebelum kita membincangkan sumbangan Zaba terhadap perkembangan bahasa Melayu terlebih dahulu kita berkenalan dahulu dengan sarjana dan ahli fikir Melayu ini. Secara sepintas lalu Zaba ketika hidupnya menulis berkenaan dengan berbagai -bagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, agama, serta etika dan ekonomi orang Melayu. Namun demikian, perhatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas mendorong kesungguhan beliau dalam perjuangan memartabatkan bahasa Melayu, iaitu memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu di mata masyarakat yang diperkukuhkan oleh kesedaran serta keyakinan mendalam. Zaba dikenali, disanjung dan dikenang sebagai pejuang bangsa, ilmuan pendidikan dan bahasa, tokoh agama dan politik[1]. Zaba merupakan tokoh intelektual ulung Melayu dalam pembin aan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan dan pencetus kesedaran politik Negara. Beliau diiktiraf sebagai pengasas paling dinamik dalam perkembangan Pengajian dan Persuratan Melayu dan peningkatan keintelektualan Melayu. Beliau juga mempunyai kesedaran betapa pentingnya strategi penyelesaian masalah kepada perkembangan ekonomi, sosial dan budaya bangsa. Ketokohan Zaba terbukti apabila Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim (2004) mengemukakan pandangan seperti berikut Orang Melayu khususnya terhutang budi kepada Zaba. Pendeta Zaba ialah seorang tokoh Pendidikan, Bahasa, Persuratan, Sasterawan, Budayawan, dan Nasionalis. Di seluruh Malaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa Melayu Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari Pelita Bahasa Melayu hinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, sosial dan politik, telah dan terus meniupkan semangat juang bangsa[2].

2.0

Latar Belakang

Sekarang mari kita lihat pula latar belakang pemilik nama Zaba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907. Kemudian ke St. Paul Institution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge.

45

Beliau pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru, sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Singapura. Di antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu[3]. Di antara rencana beliau yang terkenal ialahModern Developments of Malay Literature dan Malay Journalism in Malaya. Di samping buku bahasa Melayu, beliau turut bergiat menterjemahkan buku-buku asing ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam Bahasa Melayu. Di antara nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak Melayu Jati, Patriot; yang bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya, Zaba, Z Penjelmaan, Z Penjelmaan c/o Patriot, Melayu yang beragama Islam, Z dan Melayu, Yang Hina Patriot. Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah seperti Doktor Persuratan dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong. Gelaran Pendeta dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayu dan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.

3.0

Definisi Bahasa

Sebelum meneruskan perbincangan mari kita lihat definisi bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, antara seorang individu dengan individu yang lain. Bahasa adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Bahasa memiliki berbagai definisi. Definisi bahasa adalah sebagai berikut iaitu satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan[4]. Dalam pada ia adalah satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep riil mereka ke dalam pikiran orang lainsatu kesatuan sistem maknasatu kode yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk

46

membedakan antara bentuk dan makna. Selain itu bahasa ialah ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan (contoh :- Perkataan, kalimat, dan lain lain.) Bahasa juga dianggap sebagai sistem tuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik. Bahasa erat kaitannya dengan kognisi pada manusia, dinyatakan bahwa bahasa adalah fungsi kognisi tertinggi dan tidak dimiliki oleh haiwan. Ilmu yang mengkaji bahasa ini disebut sebagai linguistik, atau pakar bahasa menetapkan perbezaan utama antara bahasa manusia satu dan yang lainnya sering amat sukar. Chomsky (1986) membuktikan bahawa sebahagian dialek Jerman hampir serupa dengan bahasa Belanda dan tidaklah terlalu berbeza sehingga tidak mudah dikenali sebagai bahasa lain, khususnya Jerman.

4.0

Definisi Linguistik

Manakala bagi linguistik menurut Kamus Dewan Edisi Empat, linguistik pula diertikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa; berkaitan dengan bahasa. Kata linguistik (linguistics-Inggris) berasal dari bahasa Latinlingua yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancislangage langue; Italia lingua; Spanyol lenguadan Inggerislanguage. Akhiran ics dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu, yang bererti ilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics, physics dan lain-lain. Linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain[5]. Linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dilihat, dirasa, didengar. Struktur bahasa memiliki ciri sistem, iaitu terdiri atas unsur-unsur hingga perubahan terjadi pada salah satu di antara unsur-unsur itu membawa perubahan bagi semua unsur lain. Istilah struktur dan sistem lebih tepat digunakan kerana istilah ini dapat diterapkan dalam semua elemen bahasa, iaitu fonetik, morfologi, dan sintaksis Struktur dapat dibezakan mengikut bentuk sistematik sesuatu bahasa, iaitu mengikut susunan fonetik, alomof, morfem, atau sintaksis. Mengkaji struktur dalaman bahasa seperti fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan leksikologi, atau gabungan subdisiplin itu seperti morfosintaksis dan leksikosemantik. Fonologi pula ia ciri bunyi bahasa, cara terjadi dan fungsinya dalam sistem kebahasaan. Fonologi bersinonim dengan fonemik dan morfologi

47

ialah struktur kata, bahagiannya dan cara pembentukannya. Sintaksis pula ialah hubungan antara satu dengan lain, dan cara penyusunannya hingga menjadi satuan ujaran.

5.0 5.1

Sumbangan Zaba Sistem Ejaan Melayu

Salah satu sumbangan Zaba ialah dalam sistem ejaan Melayu. Minat beliau terhadap penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru Bahasa Melayu merangkap penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "Pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden[6]. Nama Pendeta Zaba juga terukir sebagai pencipta Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu yang disebut sebagai Sistem Ejaan Zaba. Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933 dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914. Oleh sebab Sistem Ejaan Zaba digunakan di sekolah-sekolah sejak tarikh penggubalannya sehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan Sistem Ejaan Baharu, maka sistem berkenaan juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Sekolah. Walau bagaimanapun, Zaba menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". Oleh kerana itulah, beliau digelar Bapa Bahasa Melayu Moden selepas Munsyi Abdullah. Zaba turut berusaha memperkembang dan meningkatkan penggunaan Bahasa Melayu dan turut terlibat sebagai anggota Lembaga Menggubal Perkataan Melayu bersama-sama Ibrahim Mahmud, Dato Haji Muhammad Said, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.

48

5.2

Daftar Ejaan Jawi

Sumbangan Zaba telah memperkenalkan kaedah ejaan Jawi dalam tahun 1929 dan menerbitkan pula Rahsia Ejaan Jawi dan dalam tahun 1931, sebahagian daripada buku yang dinamakan Rahsia Ejaan Jawi itu telah dicetak. Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menyeragamkan ejaan Jawi. Pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkanDaftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Menurut Za'ba, undang-undang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja. Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi[7]. Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya.

5.3

Bahasa dan Fikiran

Zaba jelas berpendirian bahawa bahasa adalah alat mengeluarkan fikiran. Perkaitan di antara kedua-duanya itu sangat erat, dalam erti kata bahasa yang digunakan itu hendaklah dengan tepat menggambarkan fikiran. Zaba mengatur pedoman penggunaan bahasa, khususnya dalam karang-mengarang. Katanya :

Bahasa itu alat mengeluarkan fikiran supaya dapat diketahui orang dengan mendengar atau membacanya. Maka jika bahasa yang dipakai itu tidak menepati betul-betul seperti maksud

49

yang di dalam hati, tentulah orang tersalah faham atau tiada dapat oleh mereka tujuan yang dikehendakkan itu. (Bab Permulaan, Ceraian 4)

Zaba mengajar bukan setakat bahasa sahaja, tetapi menanamkan semangat dan kedudukan Bahasa Melayu itu sendiri. Zaba juga pernah mengkaji penggunaan bahasa dalam akhbar pada tahun 1900-1941. Bahasa sekitar tahun ini menggunakan bahasa mudah, bahasa pengarang dan tersendiri. Ada juga yang cenderung menggunakan perkataan lama dan ungkapan pinjaman dari Bahasa Arab[8].

5.4

Nahu dan Tatabahasa

Zaba dengan jelas membezakan pengetahuan nahu dengan kemahiran bahasa. Pandai menggunakan bahasa tidak semestinya pandai menjelaskan hal-hal yang berhubung dengan nahu. Untuk belajar bahasa, orang tidak perlu terlebih dahulu belajar tentang selok belok nahu. Zaba melihat penggunaan bahasa sebagai satu kemahiran, dan kemahiran memerlukan latihan. Kemahiran dalam penggunaan bahasa setiap hari itu dilanjutkan kepada kemahiran mengarang. Fikiran Zaba tentang kemahiran bahasa seperti itu tidaklah bermakna beliau tidak menitikberatkan nahu. Beliau melihat peranan nahu pada dua peringkat pembelajaran, iaitu pada peringkat bahasa pertama dan pada peringkat bahasa kedua. Pada peringkat bahasa pertama, nahu berguna untuk mengukuhkan pengetahuan pengguna bahasa tentang susunan ayat dan fungsi-fungsi perkataan, dan dengan itu nahu boleh menjadi pedoman dalam penyelidikan mereka. Oleh itu, sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu[9].

50

Menurut Zaba di dalam bukunya Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu, dengan adanya ilmu nahu, pengguna bahasa boleh mendalami lagi hal ehwal bahasa mereka. Pada peringkat belajar bahasa asing, nahu perlu diutamakan supaya jangan terikut kaedah nahu bahasa sendiri. Sebenarnya, aspek tatabahasa yang dikemukakan oleh Zaba dalam Pelita Bahasa Melayu sebanyak 3 jilid itu dari segi rangka asasnya sudah lengkap dan menyeluruh sesuai dengan saranannya agar orang selepasnya menokok-tambah mana-mana yang tidak lengkap[10]. Analisis Zaba tentang tatabahasa dapat dibahagi kepada dua komponen utama, iaitu morfologi dan sintaksis, walaupun beliau tidak menggunakan istilah tersebut. Selaras dengan pengaruh tatabahasa tradisional yang ketika itu mendominasi disiplin linguistik, analisis Zaba ternyata banyak yang terikat oleh pendekatan tersebut. Oleh sebab itu, istilah istilah tatabahasa yang digunakannya dan cara beliau menjelaskan sesuatu konsep tatabahasa seluruhnya berdasar pada makna, iaitu ciri utama linguistik tradisional.

5.5

Karangan Sebagai Sistem Wacana

Zaba melihat karangan sebagai satu wacana yakni wacana bertulis yang berbeza dengan wacana lisan. Karya-karya Zaba dikatakan penting kerana telah meletakkan asas

pengetahuan Bahasa Melayu dari berbagai-bagai segi. Berikut merupakan antara karangankarangan Zaba :i) Pelita Bahasa Melayu II (Rumi)

Memberi latihan mengarang bagi darjah rendah. ii) Pelita Bahasa Melayu III (Rumi)

Bicara mengarang bagi darjah tinggi. iii) Ilmu mengarang Melayu (Jawi)

Bicara mengarang bagi penuntut-penuntut di kolej.

51

iv)

Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) Daftar perkataan-perkataan Melayu dengan ejaan jawi dan rumi serta undang-undang ejaannya.

v)

Kata-kata yang Tidak Tetap dalam Tulisan Melayu Rumi dan Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1930)

vi) vii) viii) ix)

Kaedah Karangan Bahasa Melayu terangkum dalam Kitab Pelita Mengarang (1931) Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia (1958) Bahasa Melayu Kelebihan dan Kekurangan (1954) Bahasa Melayu dengan Tulisannya (1958)

Dari situ kita dapat melihat banyak dan amat besar perjuangan serta sumbangannya kepada bangsa dan negara kita ini. Pendeta Zaba serta semua karyanya adalah sebenar -benarnya Warisan Bangsa yang amat berharga khususnya di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan yang harus dikenang oleh generasi masa kini dan juga yang akan datang. Dalam perspektif sejarah penulisan tatabahasa Bahasa Melayu, Zaba lah satu-satunya ahli bahasa tempatan yang menghasilkan tatabahasa Bahasa Melayu dalam bahasanya sendiri. Jika dipertalikan dengan cita-cita Abdullah Abdul Kadir Munshi yang ingin menghasilkan karya tatabahasa Bahasa Melayu sejak akhir abad kesembilan belas tetapi tidak kesampaian, Zaba lah yang menyempurnakan cita-cita tersebut[11].

5.6

Sumbangan dalam Linguistik

Demikian juga jika dikaitkan percubaan Raja Ali Haji menulis tatabahasa Bahasa Melayu mengikut acuan tatabahasa Bahasa Arab termasuk istilah-istilah yang digunakan, Zaba lah juga yang menyempurnakan dengan cara tersendiri sebagaimana bukti nyata kitab Pelita

52

Bahasa Melayu sebanyak tiga penggal itu. Selaras dengan semangat yang ditunjukkan oleh Za'ba dalam dunia linguistik Melayu, maka semua pihak yang mendokong kepentingan Bahasa Melayu perlulah memadu tenaga untuk tidak menggugat kedaulatan Bahasa Melayu dengan kepentingan kecil-kecilan yang tidak dapat dipertahankan secara rasional kerana sikap kitalah yang menjadi punca kita menolak Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu[12]. Jika, dari segi rasionalnya, sistem yang disempurnakan itu masih belum sempurna, maka aspekaspek yang belum sempurna itu hendaklah dikenalpasti dan penyelesaian ke atasnya dicari secara rasional pula dan bukannya ditolak begitu sahaja dengan tidak dicari jalan bersamasama untuk memperbaiki lagi apa yang telah dicuba-sempurnakan. Usaha dan sumbangan Zaba mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemai bibit-bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang jauh dan buta daripada perjuangannya itu kerana perjuangan beliau sentiasa ditunjangi oleh ketabahan, kecekalan dan keyakinan. Walaupun Zaba berpendidikan Inggeris tetapi beliau tetap berjuang gigih untuk memartabatkan Bahasa Melayu, sama seperti pejuang bahasa pada hari ini. Usaha Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Kursi Zaba dalam rangka mengimarahkan dunia kesarjanaan dalam bidang pengajian Melayu merupakan usaha yang terpuji, bukan sahaja sebagai mengenang jasa bakti beliau sebagai antara tokoh yang menjadi tonggak Sultan Idris Training College yang merupakan institusi awal universiti tersebut, malah sebagai penghargaan yang hak baginya sebagai perintis bahasa Melayu baharu[13]. Demikian juga usaha kerajaan Negeri Sembilan mewujudkan Teratak Zabayang bersifat muzium tokoh seakan-akan Muzium Hemingway di England; dan tertubuhnya Yayasan Pendeta Zaba pada 7 November 1986 oleh Badan Kebajikan Anak-Anak Melayu Negeri Sembilan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu akan dapat mengabadikan sumbangan Zaba dalam melanjutkan tradisi keilmuan di rantau berbahasa Melayu ini. Bagi Zaba, bahasa adalah mencerminkan keunggulan budaya kita dan jati diri bak kata pepatah, Hilang bahasa lenyaplah bangsa[14]. Sumbangan pemikiran beliau kepada bangsanya adalah banyak dan amat bererti. Sumbangan pemikirannya dalam bidang budi pekerti dan agama, tentang ekonomi dan kemiskinan orang Melayu adalah banyak dan telah dirakamkan serta dibicarakan dengan luas. Walau bagaimanapun, sumbangannya yang paling besar ialah dalam bidang bahasa Melayu. Minatnya dalam bidang ini sungguh besar dan bermula sejak awal-awal lagi. Keazamannya untuk menulis sebuah buku nahu Melayu telah mula muncul

53

dalam fikirannya sejak beliau berumur dua belas tahun lagi. Dalam tahun 1918 lagi, sewaktu bertugas sebagai guru bahasa Melayu di Malay College Kuala Kangsar, beliau telah mula mengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi[15]. Dalam tahun 1924 pula, umpamanya, beliau telah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah "pan-Malayan Malay Literary Society" yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagai kelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Tidak hairanlah kita melihat bahawa sumbangan beliau adalah juga di dalam bidang ejaan, iaitu ejaan Jawi, di samping sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid), dan kaedah mengarang dalam bahasa Melayu (Kitab Ilmu Mengarang Melayu (1951)). Adalah juga menjadi hasrat beliau untuk menyumbangkan kepada bahasa Melayu sebuah kamus Melayu yang lengkap dalam tulisan Jawi.

Malah ke arah melahirkan kamus Jawi itulah maka, sebagai langkah awal, dilahirkannya sebuah sistem ejaan Jawi. Ini dinyatakannya sebagai tujuan kedua penyusunan buku Daftar Ejaan Melayunya. Menurutnya, tujuan kedua itu ialah "... hendak dibuat daripadanya sebuah kamus Melayu yang lengkap bagi pergunaan hari-hari di antara ahli-ahli bahasa Melayu". Sehubungan dengan kaedah ejaan Jawi, dalam tahun 1929, diterbitkannya Kitab Rahsia Ejaan Jawi (Pulau Pinang: The Jelutong Press) dan dalam tahun 1931, telah dicetak sebahagian daripada buku yang dinamakannya Rahsia Ejaan Jawi.) Menurut Za'ba, undangundang ejaan Jawi yang diberinya dalam buku Daftar Ejaan Melayu itu "hanyalah ringkasan atau pati daripada apa-apa yang telah dipanjang-lebarkan di sana sahaja". Ertinya, pada tahun 1918 beliau memulakan projek pensenaraian kata-kata dalam tulisan Jawi; pada tahun 1924 beliau mengambil inisiatif menubuhkan sebuah persatuan yang salah satu matlamatnya ialah untuk menseragamkan ejaan Jawi; pada tahun 1931 beliau merumuskan undang-undang ejaan Jawi dalam sebuah buku Rahsia Ejaan Jawi; dan pada tahun 1938 beliau menyiapkan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) [16]. Kemuncak yang diimpikannya ialah sebuah kamus lengkap bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

54

Pengenalan Haron Daud dalam awal pembicaraanya terhadap "Pemikiran dan sikap Za'ba terhadap bangsa Melayu" mengakui Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali ZA'BA adalah seorang pemikir Melayu dan tokoh reformis yang mempunyai sumbangan yang besar dalam perkembangan dan pembangunan orang melayu. Pendapatnya berasas merujuk dari usaha Za'ba menangani keadaan orang Melayu dari aspek kemiskinan, pendidikan dan politik amat jelas dan mengemukakan beberapa panduan untuk mengatasinya antaranya orang Melayu mesti mempunyai kesedaran mengubah sikap dan mengutamakan ilmu. Segala telahan Za'ba terhadap kemunduran dan kemiskinan orang Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian semasanya akibat dari pencerobohan British[17]. Namun suasana ini tidak di fahami oleh seluruh masyarakat dan segala sindirannya disalahertikan menghina bangsanya sendiri sebaliknya beliau telah berusaha sedaya mungkin untuk kemajuan bangsanya sama seperti tokoh lain yang sezaman dengannya seperti Syed Syeikh Al Hadi, Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Namun membandingkan Za'ba dengan kelebihan tokoh lain seperti Ishak Haji Muhammmad dan Ahmad Boestamam dalam memperjuangkan keadaan bangsa Melayu ketika itu adalah tidak adil apatah lagi jika tidak mengkaji secara teliti dan meluas kehidupan Zaba itu sendiri. Walaupun mereka hidup sezaman masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk meluahkan idealisme mereka. Za'ba misalnya memilih cara penulisan dan kegiatan sosial. Yang pentingnya, dalam hati sanubari Za'ba mengakui dirinya seorang Melayu, beragama Islam dan perjuangannya ialah untuk memajukan bangsanya didalam setiap lapangan kehidupan mereka. Keinginannya ini membawa kepada sikapnya yang lebih cenderung bersikap anti raja dan pembesar Melayu , anti kolonialisme British dan perjuangan pembebasan untuk bangsa Melayu. Telahan penulis bahawa pendidikan inggeris dan jawatan yang diperolehi Za'ba menjadi "untaian mutiara" yang membawanya pro kepada British dan memandang rendah bangsa Melayunya boleh dipertikaikan. Contohnya telahan Za'ba tidak sesuai mengkritik Inggeris pada ketika itu adalah relevan iaitu:"....pada masa ini belum sekali-kali layak kita memajukan perasaan demikian dan tiada faedahnya...". Pertamanya dilihat negeri Melayu ketika itu kurang pemimpin Melayu benar-benar memahami keadaan orang Melayu ketika itu. Beberapa tokoh lain juga memperkatakan hal ini antaranya Ishak Haji Muhammmad, seorang

55

pemimpin Kesatuan Melayu Muda ada menyatakan bahawa: "kegagalan pergerakan orang melayu sebelum perang adalah disebabkan oleh ketiadaan pemimpin yang

berkaliber" Segelintir sahaja yang berpendidikan seperti Syed Syeikh Al Hadi memandang masa depan orang Melayu penting manakala yang ramainya adalah dari golongan atasan atau elit walaupun berpendidikan Inggeris tetapi secara sedar tidak pernah memahami kesengsaraan dan kekurangan orang Melayu di luarbandar yang tercicir dari pelbagai aspek ini. Bagi Za'ba golongan raja-raja dan pembesar adalah kolaborator kolonialisme British di sepanjang zaman penjajahannya. Peranan sosial dan politik mereka bukannya melindungi rakyat malah jadi penghalang utama kepada pembangunan pemikiran dan fizikal orang Melayu sepertimana dalam bidang pendidikan yang menjadi aset penting untuk kemajuan dan perkembangan sesuatu bangsa terabai. Tanpa ilmu, tidak mungkin seorang itu boleh berlaku adil walaupun dia cuba berbuat demikian kerana kalaupun dia mahu melaksanakan keadilan tetapi dia tidak tahu caranya disebabkan ilmunya terbatas[18]. dia boleh terdedah pada kesilapan secara tidak sedar. Tiada penyediaan mantap untuk memimpin orang Melayu dan daifnya pemikiran golongan elit jelas dilihat pada cemuhan Yamtuan Negeri Sembilan terhadap orang melayu "....i do not like the idea of the the children of rajas and chiefs sitting side by side with the children of people who were once our slaves." Sikap golongan elit ini menyebabkan pendidikan terabai, bahasa Melayu mundur, ekonomi Melayu tercicir di belakang ekonomi orang asing dan politik Melayu terhina oleh penjajahan. Kesedaran tentang keprihalan ini telah benar-benar mengesani jiwanya dan sikapnya ini jelas diperlihatkan pada awal 1920an. Oleh itu tidak salah beliau meletakkan segala kemunduran dan kekurangan orang Melayu disebabkan kebodohan dan kesombomgan golongan raja dan pembesar Melayu itu sendiri. Keduanya, berdasarkan pengalamanya sendiri samada dari pengalaman pembacaannya dari luarnegeri seperti Encyclopaedia Of Islam (1927) serta usahanya menyedarkan orang Melayu dalam bentuk sindiran melalui penulisan telah mendapat tekanan dari golongan pemerintah tradisional dan kolonial British contohnya pada tahun 1921 Za'ba dapat amaran lisan dari Raja Sir Chulan, dituduh cuba menghasut para pembaca akhbar dan majalah melalui tulisan yang bersifat anti kerajaan, disekat kenaikan gaji tahunannya, ditukar atau terbuang ke jabatan karang mengarang SITC di Tanjung Malim 1924[19]. Sebegitu juga tokoh yang lain menerima nasib yang sama dalam suasana yang berbeza seperti Ahmad Boestamam di tahan beberapa tahun. Sebelum ini timbul persoalan bahawa"setiap orang melayu yang berfikir dan mempunyai semangat kebangsaan tentu

56

mengetahui dasar dan sikap penjajah inggeris, tinggal lagi sejauhmanakah kesedaran dan kesanggupan mereka serta langkah yang diambil untuk berhadapan denagan ranjau inggeris". Dalam hal ini Za'ba memilih cara dalam bentuk penulisan dan kegiatan sosial berbanding tokoh lain seperti Ahmad Boestamam dan Ishak Haji Muhammad. Segala penulisannya adalah dari segala pemerhatian dan penelitian yang mendalam dan bentuk sindiran terhadap bangsanya yang mundur dan kekurangan semasa kuasa kolonial amat dahsyat adalah alternatif untuk menyedarkan bangsanya kerana bergerak bertentangan dengan arus yang deras meyebabkan diri kita dan orang lain hanyut dan lemas. Segala sindirannya itu boleh jadi panduan pada generasi sekarang sepertimana penyataan Datuk Senu "jika ciri-ciri negatif ini benar, maka hal itu harus di tinggalkan dan di singkirkan. Tidak guna kita menafikan atau menunjukkan kemarahan kita terhadap pendapat dan tuduhan demikian[20]. Sebaliknya biarkan pendapat demikian mendorong kita mencari apakah sifat yang akan membolehkan kita bertanding dengan orang lain." Dengan itu perjuangan Za'ba pada tahun 1920an hingga 1930an adalah lebih kepada banyak bekerja contohnya menulis seberapa banyak buku yang terdaya olehnya berkaitan dengan orang melayu untuk panduan pada generasinya yang akan datang daripada banyak bercakap sahaja. Manakala pujian Za'ba sepertimana juga Syed Al Hadi bahawa Inggeris adalah penyelamat bangsa Melayu adalah telahan terawal mereka , merasakan British dapat menahan akan gerak menggelunsur orang Melayu dari terus ketinggalan namun perkembangan seterusnya tiada siapa dapat menentukan[21]. Za'ba sendiri ada menjelaskan kemudiannya kekejaman pemerintahan raja dan pembesar Melayu tidaklah berakhir dengan perubahan pemerintahan kepada pihak British itu. Ini kerana institusi pemerintahan tradisi dieksploitasi untuk kepentingan British. Oleh kerana itulah Sikap anti kolonialisme British timbul sejak ia melibatkan dirinya secara serius dalam penulisan rencana untuk akhbar tempatan pada 1917 dan merasakan orang British atau orang Barat atau orang Nasrani atau kaum kafir musuh Islam. Penilaian mata kasar penulis bahawa Za'ba bersekongkol dengan kolonial British berdasarkan jawatannya sebagai seorang kakitangan di dalam pentadbiran kolonial adalah telahan mengelirukan kerana sikap Za'ba telah jelas dan tegas iaitu membantu masyarakatnya untuk mencapai kemajuan hidup di dalam berbagai lapangan sesuai dengan perkembangan di kurun ke 20 ini. Iaitu berusaha dalam bentuk apa cara asalkan ianya tidak bertentangan dengan ajaran Islam[22]. Adanya beliau dalam pentadbiran kerajaan dapat menyuarakan pendapatnya mengenai orang Melayu khususnya dalam menyediakan

57

pendidikan. Semuanya dilakukan supaya orang Melayu dan muslim mempunyai ilmu dan pengetahuan yang sesuai dengan kehendak Islam dan sesuai dengan tuntutan perkembangan zaman. Dan ianya senjata penting didalam perjuangan untuk membebaskan orang Islam dari cengkaman penjajahan Barat. Ingin saya nyatakan di sini bahawa Zaba, Abdullah Munshi, Syed Sheik Al Hadi dan Ahmad Rashid Talu disifatkan sebagai golongan yang "selamat" tidak mengusik atau memijak ranjau Inggeris. Gambaran saya mengenai hal ini semata-mata melihat pengorbanan perjuangan seseorang tokoh berdasarkan tekanan fizikal sahaja seperti dipenjarakan. Sebenarnya Walaupun Za'ba tidak dipenjarakan berbanding tokoh yang lain tetapi beliau juga mengalami tekanan peribadi sepanjang perjuangannya seperti penulisannya sentiasa diawasi oleh pihak kolonial, gaji dan jawatannya di tahan dan ditukar kerja. Namun peluang ini diguna sebaik mungkin oleh Za'ba menyumbangkan ideanya dalam bidang penulisan dari aspek bahasa Melayu khususnya. Dalam hal ini tidak dinafikan sama sekali peranan tokoh seperti Ahmad Boestamam Dan Ishak Haji Muhammad dalam perkembangan perubahan orang Melayu contohnya Ahmad Boestamam telah terlibat secara langsung dalam banyak kegiatan politik tanah Melayu pada tahun 1946-1948 seperti dalam PKMM, API, PUTERA dan AMCJA. Manakala Za'ba tidak bergiat aktif dalam poltik pada tahun 1947 dan menjelaskan bahawa:"Saya tidak percaya politik cara yang dijalankan dalam dunia sekarang akan boleh atau pernah jadi lurus, bersih dan jujur, kebolehan istimewanya adalah cenderung menulis dan mengarang keadaan fikiran dan ilmu pengetahuan. Namun begitu beliau berjaya tubuhkan The Malay Literary Association Kuala Lumpur (1923). Ianya gagal bergerak cergas tetapi ia merupakan satu proses penyatuan di kalangan anak muda Melayu berpendidikan Inggeris sudah dimulakan oleh Za'ba iaitu melahirkan Persatuan Guru-Guru Melayu. Adanya Sahabat Pena sehingga 1942 merupakan pertubuhan yang bukan saja tersusun rapi dari segi organisasi malah tercapai hasratnya untuk melihat orang Melayu dan muslim bersatu berasaskan konsep setanah Melayu di Semenanjung Melayu. Sukar membandingkan sejauhmana tokoh ini berperanan kerana mereka bergerak dalam cara yang berbeza. Sekiranya Za'ba dikatakan bersekongkol dengan kolonial British bagaimana pula hubungan Ahmad Boestamam dengan Jepun. Beliau telah bekerja dengan Jepun dan dalam masa yang sama cuba mendapat restu untuk bergiat dalam politik . keadaan ini digunakan pula untuk menentang Jepun . Dilihat kedua-duanya melakukan yang terbaik untuk kebaikan orang Melayu ketika itu. Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa

58

dan keadaan ketika itu[23]. Antara di SITC mengasaskan pejabat penterjemah. Walaupun Kerja yang dibuatnya sangat berat tetapi beliau berjaya menerbitkan buku siri buku teks (The Malay Scholl Series ) terjemah dokumen penting dan sediakan enakmen untuk pelbagai jabatan. Pada tahun 1929 beliau memulakan kelas bahasa Inggeris secara sukarela untuk guru-guru muda di SITC dan terbit Buku Ilmu Bahasa ( 1927 ) dan Rahsia Ejaan Jawi ( 1929 ). Usahanya tidak kenal putus asa walaupun kesihatan terganggu dan atas nasihat doktor beliau berehat ke Indonesia. Peluang ini digunakan untuk meneliti keadaan perkembangan orang Melayu misalnya mahukan perubahan SITC sama seperti Balai Pustaka di Indonesia tetapi pendapatnya di tolak oleh Winstedt[24]. Begitu juga pemergiannya ke Universiti London pada tahun 1947 dalam usia 52 tahun bukan bertujuan makan angin sepertimana telahan penulis sebaliknya dengan ketepikan kesihatan diri semata-mata untuk menambahkan ilmu dalam bidang bahasa dan khidmatnya kelak amat diperlukan untuk kemajuan pengajian bahasa Melayu. terbukti kembalinya ke tanahair beliau menjadi satusatunya tenaga pengajar di Jabatan Pengajian Melayu dan membentuk Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya 29 Januari 1955. Jelas disini Za'ba berjaya meneruskan kegiatan beliau dengan cara menyesuaikan diri dengan kehendak masa dan keadaan ketika itu[25]. Ramai mengakui Za'ba adalah pendeta melayu yang tinggi semangat patriotismenya. Namun gelaran pendita bukanlah kemahuan nya tetapi penilaian dan pengiktirafan di atas segala usahanya kepada orang Melayu secara keseluruhannya. Bagi Za'ba : "To me a man's value is only estimated by grandeur of his ideas and his achievement as influencing the thought and destinies of mankind for good, not by the gradeur of his 'title' or by his own estimate of himself....." Pada peringkat awal (1916-1923), Za'ba merupakan idealis yang berani

mengkritik kelemahan pemerintah, golongan pembnesar serta orang melayu secara terbuka melalui media umum. Manakala Peringkat (1924 -1950), pengawasan yang rapi daripada pihak pemerintah meyebabkan corak perjuangannya lebih sederhana dan pragmatis. Walaubagaimanapun bentuk beliau menyemarakkan idea pemikirannya terhadap bangsa melayu ketika itu tidaklah menjadi persoalan besar, pokoknya usahanya dan sumbangannya mesti dikaji kerana semuanya itu dapat menyemaikan bibit-bibit semangat cintakan negara dan bangsa Melayu untuk bebas dari kongkongan pemerintah tradisional dan kolonial British khusus kepada generasi muda hari ini yang jauh dan buta daripada perjuangannya itu. Buku mengenai Zaba. Untuk menghargai sumbangan pendita Zaba dalam namanya (Perpustakaan Peringatan Zaba) untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan

59

Bahasa Melayu.Za'ba sehingga ada di antara mereka menggelengkan kepala dan terlopong apabila diajukan soalan berkaitan biodata pejuang bahasa Melayu ini. Sumbangan pemikiran beliau kepada18.Dengan peningkatan program pengajaran bahasa Melayu kepada program beliau dalam bidang bahasa dan persuratan Melayu[26].

6.0

Kesimpulan Sumbangan Zaba begitu besar kepada orang Melayu sehinggakan beliau sumbangan

yang besar nilainya kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan, sosial, ekonomi, bahasabagi bahasa Melayu, Zaba jasa dan sumbangan Zaba dalam bidang bahasa Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Sumbangan sebuah rumusan besar nahu Melayu (Pelita Bahasa Melayu (1941) dalam tiga jilid) telah membawa perubahan yang besar kepada dunia linguistik Melayu. Menurut Zaba diPeranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi Diri, Faktor Waktu Dan Faktor Tempat Bertugas Dalam Kerjaya Za'ba. Oleh yang demikian bangsa Melayu amat terhutang budi kepada Pendeta Zaba atas segala jasa dan ketokohannya. Beliau nyata telah memberi sumbangan yang cukup besar lagi bermakna terhadap Bahasa Melayu. Buku mengenai Za'ba yang wujud sekarang adalah untuk menghargai sumbangan pendita Zaba untuk mengenang jasa beliau kepada perkembangan Bahasa Melayu. Ilmu Mengarang Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1965. dan Perbelanjaan Petani dan Pekerja E Sumbangan Pekerja dan Petani Kepada terbesar Pendeta Zaba yang menggabungkan tiga jilid Pelita Bahasa Melayu yang sebagai bapa tatabahasa Melayu moden patut didedahkan kepada murid. Sumbangan besar Zabapula dengan pertukaran nama kepada Pakatan Bahasa Melayu.

60

Bibiliografi

Asmah Haji Omar. 2002. Pengenalan Ilmu Mengarang Melayu Edisi Ejaan Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_______________. 2004. Buku Cenderamata Sempena Majlis Jamuan Makan Malam dan Perasmian Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan Pendeta Zaba. Petaling Jaya: Yayasan Pendeta Zaba. Awang Sariyan. 2004. Sumbangan Pemikiran Zaba Dalam Pelanjutan Tradisi Linguistik Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azeman Ariffin. 1990. Mempelopori Persuratkhabaran Melayu Moden. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia.

Bakiah Haji Thani. 1985. Imbuhan Pasif BM: Masalah Penggunaan Dan Cara-Cara Mengatasi . Serdang: Jabatan Bahasa, Fakulti Pengajian Pendidikan,UPM. Dharmawijaya & Kamaruzaman Kadir. 2004. Perjuangan Zaba Memartabatkan Bahasa Melayu. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan Pendeta Zaba (15-16 September 2004), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

61

Ismail Salleh. 2001. Sejarah Bahasa: Tatabahasa Zaba Dalam Perspektif Sejarah Penulisan Tatabahasa Bahasa Melayu. Seremban: Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Persatuan Penulis Negeri Sembilan. 1990. Biografi Penulis Negeri Sembilan Darul Khusus: Edisi Pertama. Seremban: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Taib Osman & Wan Abu Bakar Wan Abas. 2004. Penghayatan Karya Pendeta Zaba: Ilmu Mengarang Melayu. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Memartabatkan Warisan Pendeta Zaba (15-16 September 2004), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Zainal Abidin Ahmad. 1958. Pelita Bahasa Melayu Penggal I: Permulaan Nahu Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like