You are on page 1of 17

Pembasmian Kemiskinan

Keseluruhan

kadar kemiskinan mutlak di Malaysia telah menurun daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990. Bilangan isi rumah miskin di Malaysia telah berkurangan dengan banyak daripada kira-kira 1,100,000 isi rumah pada tahun 1970 kepada kira-kira 619,400 isi rumah pada tahun 1990.

Bantuan kepada bumiputera


Pemilikan

modal saham Bumiputera dalam syarikat-syarikat turut bertambah daripada 2.4% pada tahun 1970 kepada 19.4% pada tahun 1988 dan seterusnya meningkat kepada 20.3% pada tahun 1990. Namun, angka ini masih rendah berbanding dengan sasaran 30% yang ingin dicapai.

Peratusan

penyertaan Bumiputera dalam lapangan profesional seperti akauntan, doktor, peguam dan arkitek dan sebagainya masih rendah iaitu 29% dan didapati kebanyakan daripada mereka bergantung pada pekerjaan dalam sektor kerajaan dan menguasai sektor berkenaan iaitu sebanyak 68.2% Maklumat Tambahan

Rancangan

Malaysia keenam (1991-1995): dibawah Tun Mahathir :

merupakan fasa pertama RRJP2 - teras utama RMK6 ialah mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap tinggi dan menguruskannya dengan berkesan utk mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang

strategi merangkumi dasar mempelbagaikan asas perindustrian - meningkatkan pembangunan sumber manusia - menggalakkan penggunaan teknologi - mengurangkan ketidakseimbngan struktur antara sektor dan wilayah
-

mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang - peralihan kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport - menekankan kepentingan sumber manusiadengan menambahkan bidang latihan dan pendidikan

memperkayakan sains dan teknologi - menekankan peranan sektor swasta dalm pertumbuhan ekonomi - membangunkan sektor perkhidmatan yang moden dan dinamik dan terbuka - meningkatkan penyelidikan dan pembangunan

Persaingan

Dalam Pasaran Antarabangsa :

DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarika n kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halanganhalangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat.

Wawasan

2020 :

Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan s trategi serampang dua mata DPN akan terus mengg alakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan nega ra bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Pembasmian Kemiskinan : Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanak an strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kir a beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanahtanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil.

Peranan

sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program berikut:
pendidikan dan latihan kesihatan jalan-jalan luar bandar pengangkutan perumahan bekalan air dan elektrik

Penghapusan

pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung dengan ini matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial da n ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh.

DPN

akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektorsektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kep ada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan.

Matlamat

penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datan g, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal.

Di

sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkahlangkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran. Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sekt or swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahirankemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi m engurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tet api juga bagi mengekalkan kekayaan mereka.

You might also like