You are on page 1of 15

PIM 3101

Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)


22


TAJUK 3

Asas-Asas Pembinaan Kurikulum Pendidikan Islam
Sekolah Rendah.




3.0 Sinopsis

Semoga anda terus bersemangat untuk mengkaji dan memahami isi pelajaran dalam
topik-topik berikutnya. Dalam tajuk ini, beberapa aspek penting yang membincangkan
mengenai konsep, matlamat dan falsafah Pendidikan Islam. Pendapat-pendapat sarjana
Islam mengenai matlamat dan falsafah Pendidikan Islam turut dibincangkan. Berasaskan
perkara-perkara tersebut telah menjadi kerangka utama dalam pembinaan dan
penggubalan kurikulum Pendidikan Islam untuk digunakan oleh sekolah-sekolah Rendah
di Malaysia.

3.1 Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:

i Menghuraikan konsep atlamat dan falsafah Pendidikan Islam.
ii Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.
iii Menjelaskan falsafah dan hasrat pengubalan Kurikulum Pendidikan Islam.
iv. Mengenal kompenen pembentukan Kurikulum pendidikan Islam di Malaysia.


3.2 Kerangka Tajuk


















KURIKULUM
PENDIDIKAN ISLAM
Konsep
Matlamat
Falsafah
PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
23
3.3 KONSEP DAN MATLAMAT PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya membawa makna;
pertambahan, perkembangan dan ketinggian. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja
rabba yang antara maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir.
Menurut ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara tahap demi tahap
menuju kepada kesempurnaan. Salah satu dari nama Allah ialah ar-Rab kerana yang
mengawal, mengislah, mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan.
Semuanya ini merupakan inti daripada pendidikan. Oleh sebab itu Rabbul Alamin
ditafsirkan sebagai Murabbil Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah s.w.t. ialah
Pendidik Yang Teragung. Jadi perkataan tarbiah mengandungi dua unsur terpenting;
iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga ke tahap kesempurnaan.

Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali. Ia
menjadi bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu
ibadat yang besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita
meneliti ayat al-Quran yang pertama diturunkan . Ia tidak dimulai dengan perintah yang
berhubung perkara lain seperti ibadat, tetapi dimulakan degan perintah yang berhubung
dengan pendidikan.

Firman Allah S.W.T.
4O^~- c) El)4O
Og~-.- 4-UE ^ 4-UE
=}=Oee"- ;}g` -U4N ^g
4O^~- El4O4 N4O^-
^@ Og~-.- =^U4 U^)
^j =^U4 =}=Oee"- 4`
uu4C ^)


Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu
Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajar
manusia apa yang tidak diketahuinya.
(Al-`Alaq : 1-5)

Islam tidak melihat pendidikan daripada skop yang sempit. Ia tidak terbatas pada
pendidikan duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat.
PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
24
Dalam hubungan ini, Abud (1985) menyatakan bahawa Islam telah membahagikan ilmu
kepada dua kumpulan yang besar. Pertama ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap
orang supaya mengetahui dan mempelajarinya dalam melaksanakan suruhan agama.
Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti kepada individu tertentu seperti ilmu
pertukangan, kemahiran, perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan
senjata dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain
apabila tiada seorang pun muslim dalam masyarakat itu yang mempelajarinya.

Konsep pendidikan yang bersatu (unified) ini berdasarkan kepada konsep ilmu yang
bersepadu (integrated) yang merupakan keistimewaan Islam. Ia berlawanan sekali
dengan aliran pemikiran yang memisahkan ilmu kepada dua bahagian yang tidak dapat
didamaikan, iaitu disebut sebagai theology dan science atau religious knowledge di
Barat.

Pembahagian yang bertentangan ini tidak dapat berlaku dan tidak dibenarkan berlaku
dalam teori pendidikan Islam. Menurut Mohd. Kamal Hassan (1981) isi kandungan
theology dan science dalam Islam tidak bercanggah antara satu sama lain, malah ia
bersifat saling melengkapi dan kedua-duanya lahir daripada pandangan yang satu, iaitu
tauhid. Dalam pendidikan ini, walaupun terdapat beberapa pembahagian ilmu seperti
ilmu aqidah, syariah dan akhlak, namun ia tetap berada dalam satu lingkaran konsep
bersepadu yang membawa keseimbangan antara akal dan wahyu.

3.4 Pendidikan Islam Mengikut Sarjana Pendidikan Islam
Untuk menggambarkan pengertian Pendidikan Islam, dikemukakan beberapa definisi
yang dikemukakan oleh para sarjana Islam. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai

satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang
berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan
yang baik dan warganegara yang berguna.

2. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai

proses melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya
dalam bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras
dengan keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah
PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
25
dapat terbentuk dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang
muslim, walau bila dan di mana sahaja berada.

3. Hassan Langgulung (1979 ) menegaskan, pendidikan membawa erti:

merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada setiap individu dalam
masyarakat melalui berbagai-bagai proses. Proses-proses itu pengajaran, latihan
dan indoktrinasi. Pemindahan nilai-nilai melalui pengajaran ialah memindahkan
pengetahuan dari seorang ke seorang dan latihan ialah membiasakan diri
melakukan sesuatu pekerjaan bagi memperoleh kemahiran sementara proses
indoktrinasi pula menjadikan seseorang dapat meniru apa yang dilakukan oleh
orang lain. Ketiga-tiga proses tersebut berjalan serentak dalam masyarakat
primitif atau moden.


3.5 Matlamat Pendidikan Islam
Setiap sistem pendidikan mempunyai matlamatnya. Sistem pendidikan bukan Islam
menjurus kepada melahirkan warganegara yang baik, untuk mencapai matlamat tersebut
adalah berbeza antara sesebuah negara dari segi falsafah dan kreteria tersendiri
berasaskan latar belakang sejarah masyarakat, kebudayaan dan sempadan negara.

Sejak akhir-akhir ini muncul pelbagai usaha daripada para penyelidik untuk menentukan
matlamat am pendidikan sesuai dengan makna yang difahami daripada nas-nas al-Quran
dan hadith dan daripada sejarah pemikiran dan pendidikan Islam. Matlamat pendidikan
Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan warganegara yang baik
dan melahirkan insan saleh yang tidak mengenal batas masa, negeri, bangsa sebaliknya
menuju kepada Allah dan alam akhirat. Bagi mencapai martabat insan saleh mestilah
mempunyai sifat taqwa; firman Allah s.w.t. pada ayat:

Ep) 74`4O- E4gN *.-
7^> _
Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa.
(al-Hujurat : 13)

Manusia yang bertaqwa ialah orang yang sebenarnya mengabdikan diri kepada Allah
s.w.t. seperti firman Allah s.w.t.;

4`4 e^UE= O}_^- "^e"-4
) p+lu4Og ^)g
PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
26
"Sesungguhnya tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali beribadat kepada Ku"
(al-Dhariyyat: 56)

Ibadat yang dimaksudkan di sini ialah merangkumi setiap perbuatan, pemikiran dan
perasaan yang pada keseluruhannya ditujukan untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
dengan menjaga sempadan yang diredhaiNya dan menjauhkan diri dari segala yang
dimurkaiNya. Objek pendidikan ialah manusia, merupakan makhluk yang mempunyai
tiga unsur utama yang saling berkait antara satu dengan lain iaitu jasad, akal dan roh.


Akal
Ruh




Jasad
Rajah 1: Menunjukkan hubungan di antara jasad, ruh dan akal.

Untuk menjaga kepentingan ketiga-tiga unsur tersebut, perlu diwujudkan aktiviti
pendidikan. Tujuannya ialah untuk memberi kemahiran-kemahiran asas kepada individu
sama ada lelaki atau pun perempuan. Oleh itu, segala usaha untuk membentuk watak
manusia sebagai khalifah di bumi dianggap pendidikan menurut pandangan Islam.
Kelayakan manusia sehingga dilantik menjadi khalifah adalah kerana ia mempunyai
beberapa ciri istimewa seperti:
i. Fitrah : hakikat semula jadi manusia yang baik, bersih dari dosa.
ii. Roh: Unsur yang membezakannya dengan makhluk lain.
iii. Kebebasan kemahuan: dapat menerima dengan kemahuannya sendiri
akan amanah yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk lain.
iv. Akal: Membolehkannya membuat pilihan betul atau salah.

Matlamat bolehlah diertikan sebagai tujuan atau objektif terhadap sesuatu perkara yang
ingin dicapai. Sesuatu sistem yang akan dilaksanakan mestilah memenuhi matlamat
yang telah dirancang. Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan
Islam seperti berikut:

PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
27

Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup
dengan sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna
akhlaknya, teratur pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam
kerjanya, bekerjasama dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan
lisannya serta tangannya dapat membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik..

Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam seperti berikut:
i. Mempersiapkan warganegara yang baik.
ii. Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul
iii. Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan
iv. Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani
v. Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal
vi. Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia

Menurut al-Ghazali matlamat pendidikan ialah:
Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan,
bermegah-megah dan berlumba-lumba.

Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk
membuang segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta
dan matlamat ilmu yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah.
Jadi, tujuan pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong ke
dalam objektif pendidikan Islam.

Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai tujuan pendidikan Islam itu
sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu:
i. Tujuan Keagamaan.
Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada mengenal Tuhannya,
dapat beramal untuk akhirat dan dapat menunaikan hak-hak Allah yang menjadi
kewajipan kepadanya.

ii. Tujuan Keilmuan.
Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan individu
tersebut untuk menghadapi kehidupan dunianya.

PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
28
Apabila kita lihat keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun
menjelaskan matlamat pendidikan adalah untuk menjaga kepentingan hidup di dunia dan
di akhirat, dapat mengimbangkan kedua-duanya sebagai satu panduan hidup manusia.
Ahmad Saleh Jamja'an dalam Naquib al-Attas (1984) mengungkapkan matlamat
pendidikan Islam sebagai:

The aim of Muslim education is the creation of the good and righteous man
who worships Allah in the true sense of the term, builds up the structure
of his earthly life

Kita harus ingat bahawa Islam sebagai al-din yang merangkumi segala aspek
penghidupan, kerana itu matlamat pendidikannya juga tentulah suatu yang ideal, iaitu
untuk memperbaiki hidup di dunia mengikut tujuan hukum syarak. Ini kerana Islam itu
sendiri bertujuan untuk menuju kepada kesempurnaan hidup.

Mengikut Dr. Muhammad Fadhil al-Jamaly (1966) merumuskan matlamat pendidikan
Islam seperti berikut:
i. Memperkenalkan kepada manusia statusnya di kalangan makhluk dan
tanggungjawab masing-masing dalam hidup mereka di dunia.

ii. Memperkenalkan kepada manusia tentang interaksinya dalam masyarakat dan
tanggungjawab mereka d tengah-tengah sistem masyarakat manusia.

iii. Memperkenalkan manusia dengan makhluk (alam semester) dan membimbingnya
untuk mencapai hikmah Allah dalam penciptaan alam semesta dan memungkinkan
manusia menggunakannya.

iv. Mengajak manusia mengenali Tuhan pencipta alam dan mendorong untuk
beribadah kepadanya.

Al-Buthi menyenaraikan matlamat pendidikan Islam secara umumnya kepada tujuh
matlamat berikut;

i. Mendapat keredaan Allah dengan menjauhi kemurkaan dan siksaan Nya serta
mengabdikan diri dengan keikhlasan keranaNya. Tujuan ini dianggap induk
daripada semua tujuan pendidikan Islam.

ii. Meningkatkan taraf akhlak masyarakat berdasarkan agama yang diturunkan oleh
Allah untuk membimbing manusia ke arah yang diredai olehNya.

iii. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan
agama Islam untuk membimbing masyarakat ke arah yang diredai olehNya.
PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
29

iv. Memupuk rasa cinta kepada tanahair, diri sendiri dan masyarakat berdasarkan
ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dan mengajar manusia akan nilai-
nilai dan akhlak yang mulia.

v. Mewujudkan ketenangan jiwa di samping memiliki aqidah yang teguh, penyerahan
dan kepatuhan yang ikhlas semata-mata kepada Allah s.w.t.

vi. Memelihara bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dan sebagai wadah
kebudayaan dan unsur-unsur kebudayaan Islam yang paling menonjol.
Menyebarkan kesedaran agama yang sebenar dan menunjukkan hakikat Islam
sebagai agama yang suci dan agong.

vii. Meneguhkan perpaduan rakyat untuk keamanan tanahair dengan menyatupadukan
mereka dalam satu barisan melalui usaha-usaha menghapuskan perselisihan,
bergabung dan bekerjasama dalam melaksanakan prinsip-prinsip dan kepercayaan
Islam yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Kesimpulannya, dalam konteks terkini matlamat pendidikan Islam mempunyai empat
halatuju iaitu:
i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang yang
beriman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di
dunia dan di akhirat.

ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak mulia
dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama
kerana Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith yang
bermaksud:

Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Tiap-tiap kamu
bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemerintah adalah pemimpin, maka
ia bertanggungjawab ke atas rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, maka
ia bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Manakala seorang
perempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap ahli
rumahnya, suaminya dan anaknya. Orang gaji adalah penjaga harta
bendanya, maka ia adalah bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiap-
tiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap
pimpinannya."

iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan
dan meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang
berpusat di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormati
ulamak, ibu bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragama
dikalangan orang yang bukan Islam.

iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar yang
paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan
PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
30
manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dan
kesejahteraan manusia sejagat.
Inilah sebahagian daripada matlamat umum pendidikan Islam yang telah digariskan oleh
sarjana-sarjana Islam. Manakala matlamat khas adalah merupakan perubahan-
perubahan yang diingini yang termasuk dalam matlamat umum pendidikan. Dengan lain
perkataan, gabungan pengetahuan, penampilan pola-pola tingkah laku, sikap, nilai dan
kebiasaan yang terkandung dalam matlamat akhir pendidikan yang mana tanpa
terlaksananya matlamat akhir dan umum tidak sempurna perlaksanaannya.

Saleh Samak (1980) menyenaraikan matlamat khas dalam pendidikan Islam seperti
berikut:
i. Mengajar murid-murid didikan agama supaya mengenal Tuhan yang menjadikan
langit dan bumi, memberikan kehidupan dan nikmat dan menyediakan balasan
baik dan jahat di dunia dan akhirat.

ii. Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran beragama yang
mendalam dalam jiwa mereka.

iii. Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang terpuji sejak kecil
di samping memandu mereka supaya menghargai kemuliaan tingkah laku dan
beramal dengan tuntutannya.

iv. Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama, baik dari suruhan atau
larangan, adalah bertujuan untuk kebaikan diri seseorang dan faedahnya
terpulang kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menghindarkan
kejahatan dan perkara yang mudarat bagi diri individu dan masyarakat.

v. Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang kelebihan-kelebihan hukum
agama yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadith.

vi. Memupuk kecenderungan ke dalam jiwa murid-murid perasaan suka mempelajari
al-Quran dan membacanya. Mengajar mereka membaca al-Quran dengan betul
tentang bunyi, baris dan tempat berhenti.

vii. Mengajar hadith-hadith nabi supaya murid-murid mendapatkan pengajaran dari
segi kesopanan, adab dan tingkahlaku.

viii. Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi Rasulullah s.a.w. , para
sahabat dan pahlawan-pahlawan Islam yang berjasa.


3.6 Bidang Pendidikan Islam:
Hakikatnya dasar utama pendidikan Islam ialah menjauhkan diri daripada menyekutukan
Allah, seperti yang difahami dari nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya agar tidak
PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
31
menyekutukan Allah. Perbuatan syirik merupakan punca segala maksiat, dan tidak ada
pada diri orang yang syirik sifat-sifat mulia dan kehalusan budi. Untuk menjayakan
wawasan tersebut, berasaskan al-Quran dan al-Sunnah kurikulum pendidikan Islam
dijelmakan melalui dua komponen kurikulum iaitu ;
Ulum al Syariah
Pendidikan Al Quran

Kedua komponen ini mempunyai objektif dan falsafahnya bagi melahirkan penghayatan
dan pengamalan Islam pada individu muslim. Bidang-bidang yang dicakupi melalui dua
komponen di atas ialah :

a. Pendidikan Akidah
Ini merupakan pendidikan paling penting bagi pendidikan terhadap kanak-kanak Islam
berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;
"Setiap anak yang dilahirkan adalah mengikut fitrah, ibu bapalah yang
menjadikan ia majusi, nasrani atau yahudi."

Tujuan pendidikan keimanan ini ialah untuk mendidik anak-anak daripada kecil lagi
dengan pendidikan keimanan, dapat memahami Islam sebagai al-din setelah mereka
dewasa. Mengakui ke Esaan Allah serta mengakui kebesaran dan kekuasaanNya.
Pendidikan keimanan dalam pengertiannya yang lebih luas bukan sahaja
menitikberatkan idea tentang ke-Esaan Allah tetapi juga memberi pengertian terhadap
konsep ilmu, ilmu menurut Islam bersifat sepadu. Memahami konsep tauhid dalam
bentuk ilmu pendidikan membawa kita kepada kefahaman bahawa wujud pembahagian
atau pemisahan antara ilmu mengenai alam sains dan ilmu akhirat (agama) menerusi
konsep tauhid juga kita dapati dalam Islam wujudnya kesepaduan yang harmoni antara
peranan wahyu, ilham, akal dan indera di dalam epistemology Islam.

Manusia sebagai makluk Allah adalah fitrahnya berinteraksi dengan Allah sebagai
Khaliqnya, dengan sesama manusia dan alam. Maka sewajarlah diri manusia
diperlengkapkan dengan ilmu-ilmu atau pengetahuan serta nilai-nilai yang memampukan
dia berbuat demikian dengan akhlak yang sebaiknya, serta syakhsiah yang seimbang
samada ketika menghadapi Allah atau ketika bermuamalah sesama manusia atau ketika
manfaatkan kurniaan Ilahi.

PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
32

b. Pendidikan Akal
Salah satu dari aspek-aspek pendidikan yang terpenting ialah mendidik akal
sebagaimana yang diwahyukan oleh Allah SWT dalam ayat pertama surah al-Alaq.
Pendidikan akal dalam ayat yang dijelaskan berlaku dalam keadaan akal yang sentiasa
menerima bimbingan Tuhan. Akal juga merupakan satu unsur yang paling mulia dan
berharga bagi manusia, dengan adanya fungsi akal ini proses pendidikan dapat berlaku
dalam diri manusia. Pendidikan Islam menekankan kepentingan mengisi dan melatih
akal manusia dengan nilai-nilai ketuhanan (ilmu tauhid), penekanan yang tidak seimbang
boleh melahirkan insan yang tempang, tidak sepadu atau tidak seimbang, yang kosong
jiwanya. Kerana itu kanak-kanak wajib disedarkan akan kewajipan mendekatkan diri
kepada Allah.

c. Pendidikan Jasad
Memberi pendidikan dalam menjaga kesihatan tubuh badan agar terhindar dari segala
jangkitan penyakit.

d. Pendidikan Akhlak/Moral
Kepincangan peribadi generasi muda di negara Islam selalu menjadi bahan perbahasan
pemikir-pemikir Islam. Di Malaysia masalah yang sama juga menjadi bahan
perbincangan yang terpenting berhubung dengan isu-isu pendidikan semasa. Antara
kepincangan yang menonjol ialah keruntuhan akhlak dan penolakan nilai-nilai tradisi
bangsa dan agama serta kecenderungan untuk menerima segala nilai baru tanpa
mengira sama ada ia serasi dengan agama Islam atau tidak. Ini berlaku kerana aliran
liberalisme dan sekularisma yang mendasari sistem pendidikan yang diamalkan tidak
mampu menerapkan secara serentak nilai-nilai ilmu, budi pekerti, keluhuran dan
kemuliaan dalam diri manusia.

Seluruh aktiviti yang terlibat dalam proses pendidikan adalah berupa pembinaan
syakhsiah manusia berakhlak mulia. Pendidikan ini berasaskan tarbiyah imaniyah
kerana sekiranya anak-anak yang dididik dari kecil supaya beriman dengan Allah s.w.t.
terutama menghayati aspek muraqabah yang diharap akan melahirkan akhlak mulia.
Kepentingan aspek ini dapat dilihat daripada beberapa hadith yang bermaksud:

PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
33

" Daripada hak seorang bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan adab dan
namanya"
(H.R. Baihaqi)

" Tidak ada satu pemberian dari seorang bapa yang lebih baik daripada adab".
(H.R. Tarmizi)

e. Pendidikan Wujdan
Mendidik rohani agar dapat menjalinkan ikatan pertalian yang erat antara manusia
dengan Pencipta dalam semua keadaan dan membebaskan diri manusia daripada
memperhambakan diri kepada kebendaan.

f. Pendidikan Kesihatan
Memberi didikan agar anak-anak menghargai kesihatan serta menjaga kesihatan mental
dan fizikal untuk melahirkan insani muslim yang kuat bagi melaksanakan amanah Allah.






3.7 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan,
kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada falsafahnya.
Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke
generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini adalah ditentukan oleh
falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.

Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang
menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan
terlebih dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan.
Hasan Langgulung (1986) menyatakan falsafah Islam yang telah meletakkan seluruh
prinsip dan norma yang meliputi keseluruhan skop pendidikan. Al-Syaibani (1979)
menjelaskan, falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan hikmah
TUNGGU !!! sebelum anda meneruskan pembacaan ke topik seterusnya,
Sila pastikan anda telah mencatat isi penting topik di atas..
PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
34
untuk menjadikan proses pendidikan dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa.
Pendidikan juga menyiapkan generasi muda dan warganegara umumnya supaya
beriman kepada Allah dan kepada apa yang diwahyukan oleh Nya.

Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah
hidup Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah
Pendidikan Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai
dengan jayanya. Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah makhluk
Allah dan manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini
merupakan satu aliran falsafah yang berbentuk keagamaan, berusaha menanam
keimanan manusia kepada Allah s.w.t. dalam usaha membangunkan manusia sebagai
insan ciptaan Allah, dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi
dalam keadaan tunduk dan patuh kepadanya.

Sebelum membincangkan hubungan Falsafah Pendidikan Islam dengan falsafah
pendidikan umum hendaklah disedari bahawa falsafah Pendidikan Islam mempunyai
sumbernya yang khusus iaitu al Quran dan al Sunnah. Falsafah pendidikan umum pula
bersumberkan penyelidikan dan pengalaman manusia semata-mata. Walau bagaimana
pun keduanya mempunyai perhubungan atau persamaan dalam beberapa segi yang
berkaitan dengan proses pendidikan.

Perhubungan yang jelas ialah kedua-duanya berusaha mencari dan mendapatkan
hakikat kebenaran yang berkaitan dengan proses pendidikan. Ianya juga sentiasa
membahaskan dan meramalkan tentang perkara yang mungkin mengarah, mengukuh
dan membantu memperkemaskan lagi sistem pendidikan. Falsafah pendidikan umum
juga sama dengan falsafah Pendidikan Islam dalam matlamatnya untuk melahirkan insan
yang baik, berakhlak dan harmonis di samping mempunyai keupayaan untuk membina
manusia yang berguna kepada masyarakatnya.

Walau bagaimanapun berdasar sumber yang khusus, Falsafah Pendidikan Islam lebih
unggul dan mantap kerana falsafah ini bersumberkan al Quran dan al Sunnah yang
diwahyukan oleh Allah. Falsafah pendidikan umum hanya berasaskan pemikiran,
penyelidikan dan pengalaman manusia yang terbatas dan akan berubah dari semasa ke
semasa mengikut citarasa masing-masing. Di samping itu juga, matlamat falsafah
PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
35
Pendidikan Islam juga lebih unggul dan menyeluruh, yang bertujuan untuk melahirkan
insan yang mulia dan mampu mencapai kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah di
akhirat kerana falsafah Pendidikan Islam mengkaji kebenaran dan meletakkan sesuatu
pada yang berhak. Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan pendidikan
Islam;
I. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihat
terhadap proses pendidikan

II. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata yang
menyeluruh

III. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah,
universiti dan institusi pendidikan yang lain.

IV. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya
nilai Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.

V. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan.

Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara tersurat mula disedari
oleh Jawatankuasa Pengubal Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam KBSR. Beberapa siri
perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan. Hasilnya pernyataan Falsafah
Pendidikan Islam KBSR dirumuskan seperti berikut:
"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi
membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat,
alam sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan
abadi di akhirat."
( Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia )

Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam
mata pelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada :
a. Ilmu dan pengetahuan
b. Kemahiran atau amalan
c. Menghayati Islam
d. Membentuk sikap
e. Membentuk pandangan hidup atau pemikiran Islam
f. Tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan Negara
g. Mewujudkan kebaikan di dunia
h. Mencapai kesejahteraan abadi di akhirat.

PIM 3101
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR)
36
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan al Sunnah
dalam membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah
(pelajar) yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam
sekitar dan Negara ke arah mencapai kebahgian di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat.




















Bersifat
dinamik
Mengimbangi
antara dunia &
akhirat
Bersifat
sejagat
Bersifat
terbuka
Bersifat
membentuk
akhlak
Sesuai
dengan
ajaran
Islam
Cirri-Ciri
Falsafah
Pendidikan
Islam

You might also like