You are on page 1of 1

LAPORAN CERGAS MALAYSIA DAN KAWAD KAKI Sepanjang empat hari tiga malam program Bina Insan Guru

(BIG) dijalankan di Tasik Kenyir, aktiviti senaman pagi dan kawad kaki telah dijalankan dengan jayanya. Aktiviti ini bermula pada pagi hari kedua kami berada di sana iaitu bersamaan 29 April 2013 pada hari Isnin. Aktiviti ini bermula pada jam 7.00 pagi setiap hari sehingga 1 Mei 2013. Guru pelatih dikehendaki berkumpul di kawasan lapang bagi memudahkan aktiviti senaman ini dijalankan. Aktiviti ini diketuai oleh Raja Maksum bin Raja Ali serta barisan pensyarah yang lain. Pada kali pertama aktiviti senaman ini dijalankan, guru pelatih menunjukkan prestasi yang baik beserta komitmen yang tinggi dengan menepati masa dan mengikut arahan yang telah diberikan oleh pensyarah. Namun, pada hari ketiga, terdapat beberapa orang guru pelatih yang lewat tiba ke tempat senaman yang telah diarahkan oleh pensyarah. Maka, mereka telah dikenakan denda dengan merangkak di atas tanah dan masuk ke dalam kumpulan masing-masing. Sekali lagi, senaman ini diketuai oleh Raja Maksum bin Raja Ali. Pada hari terakhir pula, guru pelatih menjalani aktiviti senaman pagi dan juga latihan kawad kaki bagi penerimaan sijil pada majlis penutup. Tambahan, turut dilakukan juga sedikit pergerakan asas di dalam kawad dan perbarisan ini masih juga diketuai oleh Raja Maksum bin Raja Ali. Raptai majlis penutupan juga turut dijalankan bagi mengelakkan sebarang kecacatan berlaku sewaktu majlis yang sebenar. Perbarisan kawad kaki ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

You might also like