You are on page 1of 27

Fahmi Fadzil Nor Adilah Siti Zakiahhanim

BAB 6 : KAUNSELING KELOMPOK

i) Kelompok Perkembangan vi) Kelompok Membantu Diri

ii) Kelompok Tugasan

v) Kelompok Teraputik

KAUNSELING KELOMPOK
iii) Kelompok Psikoterapi

iv) Kelompok Bimbingan


Enam kategori Kaunseling Kelompok : Mahler( 1971), Corey (2000), Ida (2006)

1) Kelompok bimbingan

Biasa dijalankan di sekolah untuk membimbing proses perkembangan murid Tertumpu kepada sebaran maklumat kpd murid

2) Kelompok psikoterapi

merawat bagi ahli ahli dalam kelompok Khas untuk kelompok yang bermasalah gangguan emosi Tujuan : membantu pembentukan semula tingkah laku positif melalui analisis mendalam/ teknik kesedaran diri tertentu

3) Kelompok tugasan

Dibina untuk mencapai matlamat tertentu dalam kumpulan Memerlukan brainstorm dan menunjukkan kepintaran ahli kumpulan menyelesaikan isu perbincangan dalam kumpulan.

4) Kelompok perkembangan

Juga disebut kelompok pengalaman. Merujuk kpd tiga kelompok : i) Kelompok latihan (T group) dibentuk untuk memperkembangkan aktiviti/ kemahiran komunikasi klien. Kelompok latihan berteraskan kpd proses. ii) Pertembungan bermula daripada kelompok latihan, berkembang dalam setting yang berlaianan selepas menggabungkan peluang2 tertentu. Berbentuk intensif dan emosi berbanding kumpulan latihan iii) Kelompok maraton bersifat jangka panjang ( sehingga 4 minggu). Perbincangan berterusan menggalakkan interaksi mendalam dan positif

5) Kelompok teraputik

Lebih kepada keadaan kehidupan sebenar sehari-harian bagi ahli kump Bertujuan untuk memberi peluang kpd ahli meluahkan perasaan tidak puas hati mereka & belajar tangani masalah drpd ahli lain dalam kumpulan Objektif : i. Memulihkan t/l yang positif ii. menyelesaikan masalah klien iii. Menghalang masalah yang sama muncul semula Bilangan ahli antara 8 - 12 orang. Bilangan minimum 5-6 orang dalam satu sesi Ia terdiri daripada kump heterogenous ( latarbelakang berbeza) atau kump homogenous ( ciri-ciri sama)

6) Kelompok membantu diri ( self-help)

Terdiri drpd ahli-ahli yang mempunyai latar belakang yang sama ( homogenous) dan sedang membincangkan isu/ masalah yang sama. Pengalaman kawan-kawan dalam kump berkemungkinan memberi sokongan dan dorongan kpd klien supaya lebih bertenaga untuk menghadapi masalah. Dalam erti kata lain, kelompok ini banyak bergantung kpd pengalaman ahli dalam kumpulan / kesedaran diri dalam menyelesaikan masalahnya.

Proses Kaunseling Kelompok

Peringkat Permulaan
Merujuk kepada aktiviti orientasi dan penerokaan antara ahli kumpulan Adanya aktiviti pengenalan diri ahli galakkan hubungan positif Merupakan peringkat penerokaan antara unsur-unsur persamaan dan perbezaan antara ahli Tugasan utama ahli : mencari & memastikan ciri2 identiti masing2 melalui aktiviti & refleksi diri yg dijalankan

Peringkat Transisi
Peringkat bersedia berkongsi isi hati lebih mendalam Kaunselor perhati perkembangan positif ahli dan mengelak isu konflik & negatif berlaku Wujud ahli bersikap penolakan

Cabaran kaunselor adalah menggunakan kemahiran cmpur tgn yg sesuai & relevan utk kurangkan unsur kebimbangan ahli

(resistant)

Samb Tugasan ahli : belajar cara komunikasi yg efektif spy dpt meluahkan perasaan yg terpendam dgn cara tertib Tugasan kaunselor : bantu & pimpin ahli utk berjaya luah perasaan

Peringkat Pelaksanaan / Perkembangan


Merupakan peringkat penyatuan semula hbgn antara ahli spy dpt berkmbg ke arah yg lebih positif Perlu selaras dgn objektif dan matlamat asal kaunseling kelompok dibentuk Tugasan kaunselor : perlu lebih bersifat sanggup ambil risiko tinggi

Samb..
Tugasan ahli : - agar berubah sikap negatif kepada positif - Bawa isu perbincangan yg dicadangkan dlm kelompok - Perlu berani buat pendedahan kendiri - Ahli lain perlu beri respon yg sesuai mengikut isu yg dibincangkan

Peringkat Terakhir / Tamat


Termasuk Peringkat pengukuhan Perubahan positif digalakkan utk berkembang ke arah lebih positif Wujud perasaan sedih kerana akan berpisah setelah sesi kaunseling tamat

Samb.. Tugasan ahli : - Bersedia ambil langkah alternatif yg sesuai utk selesai masalah - Belajar tangani perasaan sedih - Aplikasi pembelajaran dlm sesi utk diguna dlm keidupan seharian Tugasan kaunselor : - Pantau perkembangan & perubahan sikap ahli - Beri ruang ahli selesai unfinished business sekiranya wujud

Amanah Positif Mesra

Berdisiplin

Berkarisma

Berani

Peranan Konselor Sebagai Pemudah Cara

yakin

Kreatif

Berunsur Humor

Peka

Fleksibiliti

AMANAH

Kaunselor merupakan individu yang berpengetahuan dalam bidang kaunseling dan lazimnya boleh dipercayai. Kaunselor yang berkesan dan berpegang kepada etika kaunseling akan menyimpan rahsia kliennya kecuali maklumat yang mengundang bahaya kepada klien sendiri, diketahui orang lain atau melanggar peraturan sekolah.

MESRA

Kaunselor merupakan individu yang senang didampingi sesiapa sahaja termasuk ahli-ahli kelompok. Kaunselor yang baik terdiri daripada individu yang mesra, bersikap terbuka dan periang.

BERKARISMA

Kaunselor haruslah individu yang bersemangat tinggi untuk membantu orang.

YAKIN

Konselor : pemudah cara dalam sesi kelompok yang memiliki tahap keyakinan diri yang tinggi. Satir (1991) peace within, peace between, peace among Kaunselor mengenali dirinya sendiri (kekurangan dan kelebihan)

BERUNSUR HUMOR

Kaunselor perlu mempunyai unsur humor agar sesi kaunseling yang dijalankan tidak membosankan klien.

FLEKSIBEL

Kaunselor diharapkan terdiri daripada individu yang fleksibel. ( ubah rancangan asal sekiranya terdapat kekurangan dalam sesebuah sesi kaunseling. Kaunselor perlu bergerak mengikut keperluan semasa.

KREATIF

Kaunselor juga perlu bersifat kreatif memimpin dan membawa arah tuju sesi dalam keadaan yang gembira, berunsur imaginasi dan kreatif untuk mencapai matlamat kaunseling dengan caranya tersendiri. Impaknya, murid tidak akan bosan dalam sesi kaunseling yang dijalankan.

BERANI

Kaunselor perlulah sanggup menghadapi risiko dan cabaran kerana mereka perlu bersikap jujur dan bercakap benar. Contohnya : kaunselor mungkin akan dibenci oleh klien selepas sesi itu.

PEKA

Kaunselor perlu sensetif / cakna / peka terhadap beberapa perkara pada klien atau ahli kumpulan. perubahan perasaan budaya latar belakang pantang larang Justeru,kaunselor perlu memandu perkembangan sesi bagi mengelakkan sebarang isu yang mungkin menyentuh sensetiviti sesetenagh ahli.

DISIPLIN

Disiplin amat penting bagi seorang kaunselor agar sesi yang dikenalikan menepati matlamatnya. ( masa ) Bijak mengurus masa merujuk kepada mengawal sesi kaunsling dari terpesong daripada objektif yang telah ditetapkan. ( elakkan perbincangan secara langsung yang tidak bermanfaat kepada ahli kumpulan.) Kaunselor perlu bersikap tegas, berdisiplin dan bertolak ansur(tidak digalakkan) dalam situasi ini.

POSITIF

Kaunselor perlu bersikap positif atau optimistik hal ini kerana nilai ini secara langsung mempengaruhi klien dan ahli kumpulan. Justeru, kaunselor yang berpandangan positif, berwawasan dalam hidupnya akan lebih bertenaga dan bersemangat untuk memimpin sesi kaunseling kelompok.

DEFINISI DINAMIKA Dinamik adalah sesuatu yang memberi maksud daya kuasa, sentiasa bergerak, berkembang dan boleh menyesuaikan diri secukupnya kepada keadaan. Dinamik juga bermakna bahawa interaksi dan kebergantungan antara ahli kelompok. DEFINISI KELOMPOK Kelompok adalah kumpulan orang-orang yang merupakan kesatuan sosial yang mengadakan interaksi yang intensif dan mempunyai tujuan bersama. Menurut W.H.Y. Sprott mendefinisikan kelompok sebagai beberapa orang yang bergaul satu dengan yang lain. Kurt Lewin berpendapat the essence of a group is not the similarity or dissimilarity of its members but their interdependence. H. Smith menguraikan bahawa kelompok adalah suatu unit yang terdapat beberapa individu, yang mempunyai kemampuan untuk berbuat dengan kesatuannya dengan cara dan dasar kesatuan persepsi

DINAMIKA DALAM KELOMPOK

Gladding (1995 dalam Wibowo, 2005 : 62) menggambarkan bahawa dinamika kelompok sebagai kekuatan dalam kelompok yang mungkin menguntungkan atau merugikan. Konselor yang memahami kekuatan yang ada dalam kelompok akan dapat melihat ciri kelompok dan bagaimana interaksi antara anggota dengan pemimpin kelompok dapat mempengaruhi perkembangan kelompok. Kekuatan tersebut tampak jelas atau mungkin tersembunyi seperti bagaimana para anggota kelompok merasakan diri mereka sendiri, saling merasakan satu sama lain dan merasakan pemimpin kelompok mereka, bagaimana mereka berinteraksi antara satu sama lain dan bagaimana pemimpin kelompok memberi reaksi kepada para anggota.

Konseling kelompok untuk mencapai tujuan, dengan kata lain dinamika kelompok merupakan media dalam upaya membimbing anggota kelompok mencapai tujuan. Media dinamika kelompok ini adalah unik dan hanya dapat ditemukan dalam suasana kelompok yang benar-benar hidup, bergerak dan aktif berfungsi untuk memenuhi suatu keperluan dan mencapai suatu tujuan. Dinamika kelompok mengarahkan anggota kelompok untuk melakukan hubungan interpersonal satu sama lain. Jalinan hubungan interpersonal ini merupakan wahana bagi para anggota untuk saling berkongsi pengetahuan, pengalaman dan bahkan perasaan satu sama lain sehingga memungkinkan terjadinya proses belajar di dalam kelompok yang kohesif. Dalam konseling kelompok dinamika kelompok dengan sengaja ditumbuh kembangkan, yang semula masih sangat lemah atau belum ada sama sekali ditumbuhkan dan dikembangkan sehingga menjadi kuat.

Berunsur sejagat yang sama Kejelekitan kelompok

berharapan

Penekanan pada unsur hubungan interpersonal dalam kelompok

Dinamika dalam kumpulan

Penuh dengan informasi terkini

Perkembangan kemahiran sosial

Bersedia membantu

BERUNSUR NILAI SEJAGAT YANG SAMA


( GLOBALISATION VIEW ) Lazimnya, ahli-ahli dalam kaunseling kelompok akan memiliki beberapa persamaan pengalaman walaupun setiap individu itu adalah unik.

BERHARAPAN
( VISION , AIM OR EXPECTATION ) Matlamat / objektif yang sama akan mendorong sesuatu sesi kaunseling akan menuju kejayaan pada penghujung sesi. Contohnya : kaunseling kelompok untuk berhenti merokok akan bertujuan mencapai sasaran objektif.

PENUH DENGAN INFORMASI TERKINI


( THE LATEST INFORMATION) Sebarang maklumat terkini yang diperlukan oleh semua ahli akan diberitahu / dikongsikan dalam terapi. Hal ini merupakan salah satu ciri kaunseling yang berkesan.

BERSEDIA MEMBANTU
( ALTRUISME ) Kaunselor yang berkarisma dan bersemangat akan membantu klien dalam kelompoknya dengan seberapa daya yang boleh. Ciri-ciri altruisme digalakkan dalam sesi serta dipupuk antara ahli kumpulan.

PERKEMBANGAN KEMAHIRAN BERSOSIAL


( SOCIALISATION SKILL ) Hubungan yang sihat amat diperlukan dalam kaunseling kelompok. Contoh : Ahli kumpulan digalakkan berhubung dan berkomunikasi semasa sesi kaunseling dijalankan. Hal ini mendorong setiap ahli mengikuti perkembangan ahli yang lain di samping memperbaiki cara komunikasi dengan betul.

PENEKANAN PADA UNSUR HUBUNGAN INTERPERSONAL DALAM KELOMPOK


Sesi kaunseling kelompok membuka ruang dan peluang antara ahli memperbaiki hubungan. Hubungan interpersonal amat penting dalam sesi kaunseling.

KEJELEKITAN KELOMPOK
( TERAPEUTIC CLIMATE IN GROUP SETTING ) Hubungan serasi antara ahli dalam sesebuah sesi kaunseling + kaunselor yang mesradan terbuka akan mempercepatkan unsur kejelekitan / teraputik berlaku. Unsur ini penting dan merupakan unsur dinamika asas kepada kejayaan sebarang sesi yang dilaksanakan.

You might also like