You are on page 1of 6

Model Kostum

: Vera Li Man Jia : Pakaian Tradisional Kadazan Penampang

Pakaian tradisional Kadazan dikenali sebagai Penampang dipakai pada sambutan Pesta Menuai. Pesta Menuai juga dikenali sebagai Pesta Kaamatan disambut oleh Kadazan sebagai meraikan tuaian. Pesta Menuai disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau. Wanita kaum Kadazan akan memakai Penampang untuk menyertai peraduan ratu cantik. Selain itu, Penampang dipakai untuk tarian tradisional iaitu Tarian Sumazau. Tarian Sumazau selalu dipersembahkan pada Pesta Menuai. Malah, upacara kemuncak yang dijalankan oleh bobohizan iaitu ketua pendita. Pada Pesta Menuai, penduduk Sabah memakai pakaian tradisional mereka dan bersuka-ria. Selain daripada Tarian Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai iaitu arak beras dihidangkan sebagai minuman istimewa. Pakaian tradisional kaum Kadazan sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina, manakala pakaian kaum wanita pula terdiri daripada tiga jenis blaus. Antaranya ialah sinuangga, sinompukung, dan kihongon. Sinuangga merupakan blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda yang mempunyai sulaman

berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan serta sepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang yang digunakan ialah berwarna merah, kuning dan krim. Sinompukung merupakan blaus lengan dan tidak mempunyai sulaman. Sinompukung biasanya dipakai di luar sinuangga seperti jaket dan dipakai semasa meninggalkan rumah. Namun, pada hari ini, sinompukung biasanya dihias dan dipakai oleh wanita tua sebagai blaus dan bukan jaket. Blaus yang ketiga ialah kihongon. Kihongon merupakan blaus lengan panjang dan dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual ataupun bobohizan semasa sesuatu upacara. Sulamannya adalah sama dengan sinuangga. Antaranya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda; blaus lengen dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian dan blaus yang dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara. Kain asas pakaian tradisional Kadazan ialah daripada fabrik komersial hitam; sutera atau baldu untuk upacara tertentu; kain kapas untuk pakaian seharian. Pakaian tradisional Kadazan yang dikenali sebagai Penampang terdapat blaus dan skirt. Blaus ialah Sinuangga, blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Butang perak Belawi yang disalut dengan emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampung, sesiapa yang terdapat 30 butang dianggap kaya. Skirt bagi pakaian tradisional kaum Kadazan ialah Tapi. Tapi merupakan sarung panjang berbentuk silinder dan dahulunya kain kapas hitam. Pada zaman ini, Tapi diceraikan dengan siring , perhiasan keemasan di sepanjang paha, hadapan sarung, bersilang dengan satu jaluran perhiasan dari pinggang hingga ke bawah. Terdapat beberapa aksesori yang terdapat pada pakaian tradisional Kadazan. Anataranya pada telinga, rambut, tangan, leher, pinggang dan sebagainya. Himpogot merupakan tali pinggang yang dibuat daripada duit perak. Biasanya tiga dipakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di sekeliling pinggang dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong. Tangkong ialah tali pinggul yang dibuat dariapda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali rattan merah atau hitam. Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali ini biasanya dibiar kosong di bahagian belakang untuk mengelakkan daripada sesak nafas dan boleh

diregangkan untuk memudahkan membawa bakul di belakang. Titimbak merupakan

pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul. Gohong pula ialah gelang tembaga atau perak. Hamai merupakan rantai leher. Simbong ialah subang yang dipakai pada telinga. Aksesori dipakai pada pakaian tradisional Penampang untuk menunjukkan keunikan kaum Kadazan dan kecantikan pakaian tradisional.

Titimbak Simbong Hamai Sinuangga Himpogot Gohong Tangkong

Tapi

Rajah

Nama

Catatan

Sinuangga

Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U untuk

wanita muda Mempunyai sulaman

berwarna suramdi sepanjang lubang kepala, lengan Benang berwarna merah,

kuning dan krim Tapi

Sarung silinder

panjang

berbentuk

Diceraikan perhiasan sepanjang

dengan

siring, di

keemasan paha,

hadapan

sarung bersilang dengan satu jahitan perhiasan dari

pinggang hingga ke bawah

Sulaman

sulaman berwarna suramdi Benang yang digunakan ialah berwarna merah, kuning dan krim.

Gohong

Gelang tembaga / perak

Hamai

Rantai leher

Himpogot

Tali pinggang yang dibuat daripada duit perak

Bilangan

himpogot

bergantung kepada kekayaan pemakai

Tangkong

Tali pinggang yang diperbuat daripada 84 gelang tembaga berukir

Tali ratan merah digunakan untuk wanita belum berkahwin

Tali ratan hitam untuk wanita yang berkahwin

Rujukan : Kadazan. 2002, June 1). Retrieved Februari 21, 2014, from sabahedu.my: http://www.sabah.edu.my/kds/kadazan_dusun.htm

Noraiti A.Rashid, B.P. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Kuala Lumpur : Oxford Fajar

You might also like