You are on page 1of 1

Asal usual kadazan

Pakaian tradisional Kadazan dikenali sebagai Penampang dipakai pada sambutan Pesta Menuai. Pesta
Menuai juga dikenali sebagai Pesta Kaamatan disambut oleh Kadazan sebagai meraikan tuaian. Pesta
Menuai disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak
perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau. Wanita kaum Kadazan akan
memakai Penampang untuk menyertai peraduan ratu cantik. Selain itu, Penampang dipakai untuk tarian
tradisional iaitu Tarian Sumazau. Tarian Sumazau selalu dipersembahkan pada Pesta Menuai. Malah,
upacara kemuncak yang dijalankan oleh "bobohizan" iaitu ketua pendita. Pada Pesta Menuai, penduduk
Sabah memakai pakaian tradisional mereka dan bersuka-ria. Selain daripada Tarian Sumazau dengan
alat muzik tradisi, tapai iaitu arak beras dihidangkan sebagai minuman istimewa.

Pakaian tradisional kaum Kadazan sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian
kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina, manakala pakaian kaum wanita pula terdiri daripada
tiga jenis blaus. Antaranya ialah sinuangga, sinompukung, dan kihongon. Sinuangga merupakan blaus
lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda yang mempunyai sulaman

You might also like