You are on page 1of 19

Perkembangan masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah melalui pelbagai tahap yang mencabar seawal perkembangan penyebaran

Islam di Makkah sehinggalah terbentuknya negara Islam Madinah. Tahap di Makkah lebih sesuai dianggap dalam proses pembinaan masyarakat Islam manakala di Madinah lebih kepada tahap pembentukan dan penyatuan ummah. Di Makkah, usaha pembinaan masyarakat Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w. berlangsung selama 13 tahun melalui aktiviti dakwah. Setelah berdakwah secara sulit selama tiga tahun, hanya beberapa orang sahaja memeluk Islam termasuk isteri baginda, Siti Khadijah. Dakwah secara terbuka dijalankan setelah baginda menerima wahyu agar berbuat demikian. Bapa saudara baginda iaitu Abu Lahab merupakan orang pertama menentang secara tegas. Pelbagai usaha dilakukan kaum Quraisy Makkah untuk menghalang usaha dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya, mereka meminta Abu Talib menasihati baginda agar menghentikan dakwahnya tetapi gagal. Kaum Quraisy Makkah kemudiannya mula bertindak ganas terhadap umat Islam Makkah. Bagi menangkis penindasan tersebut, Nabi Muhammad s.a.w mengarahkan umat Islam berpindah ke Habsyah secara sulit. Kaum Quraisy telah menghantar wakil menemui Raja Habsyah agar menghantar pulang umat Islam namun tidak diendahkan oleh Raja Habsyah. Tindakan Umar al Khattab memeluk Islam, memberi tamparan hebat kepada kaum Quraisy sehingga mereka mula memulaukan Bani Hasyim dan Bani Mutalib. Terdapat beberapa faktor kaum Quraisy menentang usaha dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Antara faktor tersebut ialah mereka ingin mengekalkan kuasa dan pengaruh serta menganggap persamaan taraf yang disyorkan Islam bertentangan dengan amalan tradisi mereka. Selain itu, mereka juga ingin mempertahankan warisan nenek moyang mereka iaitu mengukir patung berhala. Kaum Quraisy juga sebenarnya takut dengan hari kiamat, hari pembalasan selain berasa iri hati dengan kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. Usaha membentuk masyarakat Islam di Madinah amat mencabar kerana penduduknya terdiri daripada bangsa Arab dan bukan Arab. Penduduk asal berbangsa Arab iaitu kaum Aus dan Kahzraj. Bangsa bukan Arab pula ialah orang Yahudi seperti Bani Quraizah, Bani Nadhir dan Bani Qainuqa. Kemuncak permusuhan antara Aus dan Khazraj ialah tercetusnya Perang Buath yang mengorbankan banyak jiwa. Perbalahan antara mereka telah melemahkan ekonomi dan politik sehinggakan kaum Yahudi mengambil kesempatan di atas mereka. Aus dan Khazraj telah pergi ke Makkah untuk menyelesaikan pertelagahan mereka. Pertemuan dengan Nabi Muhammad s.a.w. telah melahirkan Perjanjian Aqabah 1 pada 621M dan Perjanjian Aqabah II pada 622M. Perjanjian Aqabah II telah merintis jalan ke arah penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam ke Madinah. Penyatuan golongan Ansar dan Muhajirin berasaskan iman, taqwa dan persaudaraan tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit. Baginda juga berusaha menyelesaikan isu sosial dan ekonomi Muhajirin. Golongan Ansar telah membantu Muhajirin dengan penuh keikhlasan.

PERJANJIAN AQABAH I DAN II

Semasa Islam disebarkan di Kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w. pernah diziarahi oleh beberapa orang Arab Madinah dari suku Khazraj yang berminat tentang Islam. Pertemuan ini terjadi di Aqabah, kemudian mereka tertarik dengan ajaran Islam lalu memeluk Islam. Sekembalinya mereka dari Kota Makkah, mereka menjalankan dakwah Islamiah dalam kalangan masyarakat Madinah. Musim Haji tahun 621 Masihi, sekumpulan Arab Madinah dari suku Aus dan Khazraj telah menziarahi buat kali yang kedua. Pertemuan kali ini menghasilkan perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan masyarakat Arab Madinah. Perjanjian ini dikenali dengan nama Perjanjian Aqabah I. Antara isi perjanjian tersebut ialah suku Aus dan Khazraj mestilah beriman dengan Allah s.w.t. dan Rasullullah s.a.w. Malah mereka mesti meninggalkan amalan jahiliah seperti berjudi, minum arak, merompak dan membunuh bayi perempuan. Hasil daripada perjanjian pertama ini, Nabi Muhammad s.a.w. telah mengutuskan Musab bin Umair ke Kota Madinah untuk berdakwah. Maka dakwah Islam berjaya disebarkan. Perkembangan Islam yang menggalakkan ini membawa kepada peristiwa termeterainya Perjanjian Aqabah II pada tahun 622 Masihi.Antara isi perjanjian aqbah kedua ialah suku Aus dan Khazraj memeluk Islam, mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w, sukarela menyediakan tempat tinggal dan menjanjikan keselamatan dan sedia mempertahankan Islam Sokongan dan bantuan yang diberikan oleh suku Aus dan Khazraj merupakan faktor penting kepada kejayaan Islam di Kota Madinah.

PERISTIWA HIJHRAH Merupakan perintah Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam. Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 Masihi. Peristiwa ini berlaku secara berperingkat-peringkat dan dilakukan secara rahsia. Hijrah pertama dilakukan oleh umat Islam tanpa Rasullullah. Setelah beberapa siri hijrah maka Nabi Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakar al Siddiq pula melakukan hijrah. Peristiwa hijrah yang melibatkan Nabi Muhammad s.a.w. dengan sahabatnya Abu Bakar alSiddiq mengambil masa selama 12 hari. Namun, keberanian Umar al-Khattab membuatkan beliau mengisytiharkan penghijrahannya beserta keluarga secara terang-terangan. Malah

mencabar kaum kafir Quraisy yang berani untuk menghalangnya tetapi tiada siapapun yang berani menghalang mereka sekeluarga.

Konsep Hijrah Hijrah merupakan istilah bahasa Arab yang membawa maksud berpindah. Pada dasarnya hijrah membawa maksud proses perpindahan dari satu tempat ke tempat lain. Dalam konteks Islam, hijrah membawa maksud perpindahan umat Islam dari Kota Makkah ke Kota Madinah dalam usaha dakwah untuk mengembangkan Islam. Ini merupakan salah satu strategi dakwah Islam. Penghijrahan juga membawa maksud yang lebih mendalam iaitu sebuah perjuangan bagi menegakkan kebenaran Islam dan meninggalkan amalan jahiliah. Malah Islam menuntut umatnya melakukan hijrah bukan sahaja hijrah fizikal tetapi juga hijrah pemikiran dan sikap agar berubah menjadi manusia progresif dan maju. Tetapi para Orientalis Barat mentafsirkan peristiwa Hijrah dalam Islam ini secara negatif dan disangkal dengan empat hujah oleh umat Islam, iaitu: Walau apapun tafsiran para orientalis Barat, yang sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w. mesti melepaskan diri dari kepungan kaum kafir Quraisy dan juga menggunakan kaedah pengantian Ali bin Abi Talib di tempat tidur baginda. Setelah berjaya melepaskan diri, baginda dan Abu Bakar al-Siddiq telah bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Madinah. Perjalanan hijrah baginda ini dipandu oleh Abdullah bin Arqat. Semasa perjalanan ke Gua Thur, baginda dibantu oleh Abdullah bin Arqat untuk menutup jejak perjalanan baginda daripada diketahui oleh kaum kafir Quraisy. Semasa di Gua Thur, baginda dan Abu Bakar al-Siddiq telah dibantu oleh Asma binti Abu Bakar untuk menghantar makanan dan minuman. Manakala Amir bin Fuhairah, seorang pengembala kambing sering mengembala kambingnya di kawasan tersebut agar susu kambingnya boleh diberikan kepada baginda.

Sebab dan Tujuan Hijrah Usaha dakwah Rasullullah di Kota Makkah berjalan selama 13 tahun. Pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuh oleh baginda. Bagi meneruskan usaha dakwah Islam maka baginda telah membuat keputusan berhijrah ke Kota Madinah. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi keputusan untuk berhijrah, namun faktor utama ialah perintah Allah s.w.t. melalui wahyu. Wahyu yang menceritakan tentang pakatan kaum kafir Quraisy ingin membunuh Rasullullah.

Lantaran itu, Allah s.w.t. memerintahkan agar Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Kota Madinah menerusi firman Allah dalam surah al-Anfal. Baginda berhijrah bersama Abu Bakar alSiddiq. Matlamat hijrah adalah untuk mengembangkan Islam. Di Kota Makkah gangguan kaum kafir Quraisy melambatkan usaha dakwah dan perkembangan Islam.

Namun harus diingat, hijrah bukan bermakna umat Islam takut kepada cabaran atau kecewa dengan penderitaan tetapi menyahut kewajipan untuk berdakwah di Kota Madinah agar Islam terus berkembang. Langkah berhijrah ini untuk memulakan usaha dakwah di tempat baru agar Islam dapat disebarkan secara lebih terbuka dan meluas. Malah hijrah juga berjaya menyatukan seluruh umat Islam dalam berhadapan dengan cabaran dan penderitaan. Malah terus berusaha untuk memajukan diri atau bangkit dari cabaran yang dihadapi. Selain itu, faktor penghijrahan ialah jemputan masyarakat Arab Madinah agar Nabi Muhammad s.a.w. dan umat Islam berhijrah ke Kota Madinah kerana waktu itu masyarakat Arab Madinah sedang berhadapan dengan krisis. Krisis yang berpanjangan antara suku Aus dengan suku Khazraj, ditambah pula ekonomi dikuasai oleh kaum Yahudi. Justeru itu, masyarakat Arab Madinah memerlukan kepimpinan yang dinamik dan mampu bagi mengeluarkan mereka dari kemelut perbalahan sesama Arab dan mengukuhkan kedudukan ekonomi mereka.

Kepentingan Hijrah Peristiwa hijrah mempunyai banyak nilai penting dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab dan juga pembinaan tamadun Islam. Setelah berada di Kota Makkah, dakwah Islamiah dapat dikembangkan secara lebih serius dan terbuka. Malah boleh disebarkan secara aman dan terbuka kerana semasa di Kota Makkah keadaan sebaliknya. Melalui hijrah juga membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. mendamaikan suku-suku Arab di Kota Madinah yang sering bergaduh, walaupun kadang-kadang atas perkara yang remeh sahaja. Melalui hijrah juga dapat mewujudkan semangat persaudaraan sesama Islam khususnya di antara umat Islam Makkah dengan umat Islam Madinah. Hubungan ini terbina melalui sikap umat Islam Madinah yang bersedia menghulurkan bantuan sehinggakan umat Islam Makkah tidak merasa terasing dan rendah diri di tempat asing. Maka dengan itu hubungan ini bukan sekadar membina persaudaraan tetapi turut mewujudkan hubungan sosial yang baik serta dapat mengembangkan ekonomi umat Islam di Kota Madinah. Sikap yang baik dan jalinan persaudaraan yang rapat ini membuatkan Nabi Muhammad s.a.w. memberikan gelaran kepada umat Islam Makkah sebagai Muhajirin. Manakala bagi umat Islam Madinah pula diberikan gelaran Ansar.

Kejayaan terbesar yang boleh diambil daripada peristiwa hijrah ialah menyatupadukan masyarakat Madinah yang pelbagai latar belakang suku kaum, budaya dan agama. Dengan jalinan ini membuatkan Kota Madinah berkembang sebagai sebuah pusat kegiatan ekonomi, keagamaan dan juga kegiatan lain sehinggakan dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian di Kota Madinah.

Keadaan yang cukup baik ini menyebabkan visi sesebuah negara dapat berkembang maju dan mewujudkan kemakmuran kepada masyarakatnya. Lantaran itu, Malaysia sebagai sebuah negara pelbagai kaum seharusnya mengambil ikhtibar agar dapat menjadikan Kota Madinah sebagai contoh terbaik bagi mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian supaya rakyat dapat hidup secara aman dan harmoni. Di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. telah membina Masjid Nabawi. Masjid ini dijadikan tempat ibadah, belajar dan perbincangan tentang masalah yang berkaitan dengan umat Islam. Manakala di kawasan persekitarannya dijadikan tempat urusan perniagaan. Sempena dengan peristiwa hijrah ini lahir takwin Islam yang bermula dengan tahun Hijrah. Takwin Islam ini bermula di era pemerintahan Khulafah al-Rasyidin kedua iaitu semasa pemerintahan Umar alKhattab. Takwin Islam ini digunakan di semua negara Islam termasuk Malaysia. Malah pada setiap tahun Malaysia menyambut Maal Hijrah dengan pelbagai acara menarik. Tujuan utama ialah bagi mengingatkan umat Islam Malaysia tentang perjuangan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Nabi Muhammad s.a.w. menukar nama Yathrib kepada Madinah alMunawarah yang membawa maksud Kota Bercahaya. Pertukaran nama ini dibuat untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan Islam merangkumi semua aspek kehidupan seperti politik, ekonomi dan sosial. Hijrah juga telah membina sikap toleransi kaum yang tinggi dan tolong-menolong dalam masyarakat Madinah. Dalam konteks hijrah ini masyarakat Islam Madinah telah berperanan besar membantu umat Islam Makkah. Mereka menjadi contoh terbaik dalam menjalinkan hubungan baik seperti sedia berkorban, bekerjasama, dan tolong-menolong dalam membina dan membangunkan perkembangan rohani dan jasmani masyarakat. Malah tidak boleh dilupakan juga peranan para sahabat nabi dalam usaha mengembangkan Islam di Kota Madinah. Sebagai contoh seperti Abu Bakar al-Siddiq yang sanggup mempertaruhkan nyawa dalam peristiwa hijrah bersama baginda Rasulullah. Begitu juga Ali bin Abi Talib yang sanggup tidur di tempat nabi demi mengkaburkan musuh Islam. Tidak lupa juga peranan Abdul Rahman bin Auf, saudagar kaya yang sanggup berkorban hartanya untuk perkembangan Islam di Madinah. Persitiwa hijrah ini juga turut membuktikan

bahawa peranan kaum wanita tidak kurang pentingnya seperti peranan Asma binti Abu Bakar. Keberanian beliau menghantar makanan ke Gua Thur satu pengorbanan yang cukup berani, walaupun tempatnya jauh dan amat berbahaya. Peristiwa hijrah merupakan lambang ketabahan dan keberanian Nabi Muhammad s.a.w. dalam mengatur strategi bagi mengembangkan Islam kemudian harinya. Hijrah juga menunjukkan kebijaksanaan baginda menyusun strategi perjuangan untuk memartabatkan Islam di Kota Madinah dan kemudiannya ke Kota Makkah serta ke seluruh dunia. Nabi Muhammad s.a.w. percaya bahawa suatu hari nanti kaum kafir Quraisy akan menyerang Madinah. Lantaran itu, baginda menubuhkan sebuah negara Islam Madinah yang sah dengan perlembagaan negaranya sendiri iaitu perlembagaan berasaskan Islam. PIAGAM MADINAH Piagam Madinah merupakan perlembagaan pertama Islam yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi yang berpandukan sumber wahyu Allah s.w.t.. Piagam ini menjadi asas kepada pembentukan negara dan kerajaan Islam di Kota Madinah yang di dalamnya terkandung tanggungjawab masyarakat Islam dan juga bukan Islam. Kandungannya tercatat perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan, tanggungjawab ketua negara dan juga tanggungjawab rakyat. Ia juga dirangka berasaskan kepada persefahaman antara masyarakat Islam (Muhajirin dan Ansar) dengan masyarakat bukan Islam (Yahudi dan suku Arab yang kafir). Perlembagaan ini juga mengambilkira kepentingan masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam. Kandungan Piagam Madinah Termeterainya piagam Madinah kerana dipersetujui oleh orang Islam dengan orang bukan Islam khususnya kaum Yahudi. Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama yang digubal di dunia serta menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara merdeka dan berdaulat. Perlembagaan Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama yang digubal pada tahun 622 Masihi bersamaan 1 Hijrah. Perlembagaan Madinah mengandungi 47 fasal di mana 23 fasal berkaitan dengan umat Islam dan tanggungjawab mereka, manakala 24 fasal lagi berkiatan dengan bukan Islam serta tanggungjawab mereka. Kandungan perlembagaan Madinah merangkumi pelbagai aspek kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial, perundangan, pentadbiran, agama, pertahanan, kedudukan umat Islam dan bukan Islam termasuk kaum Yahudi. Dari segi politik, khususnya dalam aspek pentadbiran, Nabi Muhuammad s.a.w. berperanan sebagai Ketua Kerajaan Madinah dan memimpin negara Madinah yang terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum yang memiliki latar belakang, agama dan budaya yang berbeza.

Kesemua kaum di Madinah bersetuju dan mengakui Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Ketua Negara Madinah. Baginda juga berperanan sebagai Ketua Hakim dan bertanggungjawab menyelesaikan semua masalah masyarakat Madinah berdasarkan kepada semangat musyawarah serta berlandaskan kepada keadilan. Perlu diingat, sebelum ini tidak ada seorang pun pemimpin atau hakim yang diikhtiraf di Kota Madinah. Dari segi agama, masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing. Tetapi semua pihak mesti menghormati agama yang dipegang oleh orang lain. Sikap buruk sangka terhadap agama lain mesti dielakkan. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah sama sekali memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam, sebagai contoh baginda membenarkan kaum Yahudi mengamalkan agama mereka tanpa gangguan. Agama yang diamalkan oleh masyarakat bukan Islam ialah agama Nasrani dan Yahudi. Dari segi sosial, rakyat Madinah dianggap sebagai masyarakat yang bersatu padu, mengamalkan sikap toleransi, dan bekerjasama tanpa mengambil kira latar belakang masingmasing. Kepentingan Piagam Madinah Kerajaan Islam Madinah merupakan satu contoh terbaik kepada umat dunia dahulu dan juga dewasa ini. Ia merupakan model negara Islam yang terbaik yang boleh dijadikan contoh dan ikutan. Malah ia juga menjadi bukti bahawa sesebuah kerajaan Islam mampu memberikan keadilan kepada semua pihak baik Islam mahupun bukan Islam. Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengasaskan Perlembagaan Madinah sangat dikagumi dan boleh diguna pakai oleh umat Islam dan bukan Islam. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan dunia dan juga akhirat. Dari segi ekonomi, amalan riba, penindasan, penipuan, dan ketidakadilan amat ditegah serta dilarang kerana ia merupakan unsur penipuan dan penindasan terhadap pihak lain. Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan kesejahteraan manusia. Sikap bertimbang rasa dan amalan bersedekah digalakkan. Ekonomi / perniagaan dalam Islam berasaskan keadilan dan ketelusan tanpa unsur-unsur penipuan. Di awal hijrah kaum Ansar ke Kota Madinah, kedudukan ekonomi mereka di Madinah amat lemah. Namun dengan bantuan modal daripada kaum Muhajirin, mereka ini membina ekonomi masing-masing dan akhirnya berjaya berkat mengikuti amalan ekonomi yang berteraskan ketulusan dan keadilan tanpa unsurunsur penipuan. Berdasarkan perlembagaan ini, baginda berjaya membina sebuah masyarakat berasaskan kepada pembinaan ummah iaitu masyarakat yang hidup bersatu padu dan harmoni. Nilai kehidupan yang dibina lebih berbentuk kehidupan yang Islamik yang dibina berasaskan ukhuwah. Taraf hidup rakyat adalah sama tanpa sebarang perbezaan. Malah konsep keadilan sosial ditunjukkan dalam pembinaan masyarakat Islam di negara Madinah.

Baginda menyusun strategi dengan menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah-wilayah di sekitar Semenanjung Tanah Arab. Dalam menyebarkan risalah Islam, baginda tidak pernah memaksa mereka menerima Islam tetapi sekadar menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan kafir tersebut. Langkah tersebut sebenarnya satu langkah strategik untuk berbaik-baik dan menyebarkan nilainilai Islam dalam kalangan masyarakat luar Arab. Islam disebarkan menerusi perutusan, warkah dan risalah kepada pemerintah kerajaan-kerajaan tersebut.

PERJANJIAN HUDAIBIYAH Tahun 628 Masihi bersamaan 6 Hijrah, umat Islam Madinah bercadang untuk mengerjakan umrah di Kota Makkah kerana di situ tempatnya Kaabah. Malah Kota Makkah merupakan tempat asal kaum Muhajirin. Maka hasrat murni umat Islam Madinah direstui oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Malah baginda juga ingin mengerjakan umrah. Hasrat umat Islam Madinah untuk mengerjakan umrah disekat oleh kaum kafir Quraisy di Hudaibiyah iaitu bandar dipertengahan perjalanan antara Kota Madinah dengan Kota Makkah. Kaum kafir Quraisy bimbang dengan pengaruh Islam. Walaupun umat Islam menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka tetapi tidak juga diterima oleh kaum kafir Quraisy. Utusan Islam, Uthman bin al-Affan diutuskan untuk memberikan penjelasan sebenar tetapi tidak diterima oleh kaum kafir Quraisy. Sebaliknya tersebar berita kematian perutusan Islam tersebut. Maka sumpah setia dan ikrar tuntut bela (Baiah al-Ridwan) dilakukan demi untuk membela maruah Islam. Apabila berita sumpah setia dan ikrar ini tersebar maka kaum kafir Quraisy pun menghantar utusan mereka iaitu Suhail bin Amru untuk berunding. Maka setelah kata sepakat diterima, lalu termeterainya Perjanjian Hudaibiyah antara umat Islam Madinah dengan kaum kafir Quraisy pada tahun 628 Masihi bersamaa 6 Hijrah. Isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah tidak dapat diterima oleh para sahabat baginda kerana bagi mereka perjanjian ini dilihat berat sebelah. Namun Nabi Muhammad s.a.w. membenarkan perjanjian itu dimeterai dengan syarat yang dipersetujui. Ternyata pandangan jauh baginda mengatasi pandangan kasar umat Islam. Akhirnya perjanjian ini memberikan kemenangan kepada umat Islam. Malah Islam menganjurkan perdamaian daripada peperangan. Perjanjian ini juga akhirnya berjaya memberikan kemenangan besar dan mencapai visi asal umat Islam untuk bukan sahaja mengerjakan umrah tetapi menawan Kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan 8 Hijrah. Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah Termeterainya Perjanjian Hudaibiyah memberikan keuntungan kepada umat Islam kerana pada tahun 629 Masihi umat Islam boleh mengerjakan haji. Kesempatan ini memberikan peluang

keemasan kepada umat Islam untuk keluar masuk Kota Makkah tanpa gangguan pada bila-bila masa. Malah tempoh perdamaian ini memberikan peluang kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyusun strategi dan program untuk menjalankan kegiatan dakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dengan tenang dan aman. Dalam tempoh ini juga memberikan kebebasan kepada seluruh orang Arab untuk memilih agama yang mereka suka tanpa perasaan takut atau terpaksa. Lantaran itu, Islam berkembang dengan aman dan sejahtera tanpa gangguan daripada sesiapa pun. Malah Islam mendapat perhatian dan tumpuan orang Arab yang masih belum beragama. Malah sesetengah sejarawan mengatakan bahawa hanya dalam tempoh dua tahun sahaja umat Islam berkembanng sehingga dua kali ganda. Dalam kandungan perjanjian ini juga menyatakan bahawa Islam boleh berkembang dan disebarkan dengan aman tanpa gangguan kaum kafir Quraisy. Walaupun perkara 3 dan 4 dalam Perjanjian Hudaibiyah memberikan kelebihan kepada kaum kafir Quraisy namun Nabi Muhammad s.a.w. percaya dan yakin bahawa secara jangka panjang ia menguntungkan Islam. Hal ini terbukti apabila beberapa orang tokoh Arab Quraisy mula menerima dan memeluk Islam seperti Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan Uthman bin Talhah, selepas sahaja Perjanjian Hudaibiyah dimeterai. Kemasukan mereka ini membuktikan Islam diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat dan lebih-lebih mereka ini merupakan pemimpin masyarakat yang pastinya telah membuat kajian tentang kelebihan dan kebaikan Islam. Perjanjian ini juga membuktikan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin unggul dan bijaksana serta dikagumi kawan dan lawan. Malah sesuatu tindakan yang dilakukan melalui proses pengkajian yang mendalam dan menyeluruh serta tidak dilakukan secara terburuburu. Persetujuan mereka memeteraikan perjanjian dengan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan bukti jelas tentang kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Ketua Negara Islam Madinah. Ini merupakan satu pengikhtirafan. Kalau kita menyingkap sejarah awal Islam kedudukan baginda tidak diikhtiraf malah dihina dan dicela. Walau bagaimanapun perjanjian ini hanya bertahan selama dua tahun sahaja kerana pihak kaum kafir Quraisy dengan sengaja melanggar syarat perjanjian berkaitan dengan gencatan senjata selama 10 tahun. Kaum kafir Quraisy dengan sengaja menyokong Bani Bakar yang sedang berperang dengan Bani Khuzaah iaitu salah satu puak yang menyokong Islam. Lantaran itu, baginda bertindak tegas dengan menghantar pasukan tentera ke Kota Makkah. Dapatlah dirumuskan bahawa Perjanjian Hudaibiyah merupakan perintis kepada penawanan Islam terhadap Kota Makkah dan sebuah kejayaan terbesar umat Islam kerana dapat kembali kepada tempat asal mereka. Pembukaan Semula Kota Makkah

Kota Makkah merupakan tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat kemunculan Islam. Lantaran kerana Islam ditolak oleh kaum Arab Quraisy maka baginda dan umat Islam terpaksa berhijrah keluar Kota Makkah pada tahun 622 Masihi. Setelah 8 tahun berada di bumi Madinah, baginda berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam pertama di dunia dengan memiliki sebuah perlembagaan Madinah yang merupakan sebuah perlembagaan bertulis pertama di dunia. Kejayaan membina sebuah kerajaan yang berdaulat dan kuat berjaya membuatkan umat Islam kembali ke Kota Makkah untuk menawan semula tempat kelahiran Islam pada tahun 630 Masihi bersamaan 8 Hijrah. Tindakan menawan Kota Makkah dilakukan kerana kaum kafir Quraisy secara sengaja melanggar syarat perjanjian Hudaibiyah yang dipersetujui bersama, khususnya berkaitan dengan persoalan genjatan senjata. Selain itu, pembukaan Kota Makkah merupakan salah satu strategi jangka panjang Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyebarkan Islam ke seluruh pelusok dunia. Lantaran itu, Nabi Muhammad s.a.w. memasuki Kota Makkah secara aman dengan mengelakkan diri dari berlakunya pertumpahan darah dan berpegang kepada prinsip keamanan yang dianjurkan oleh Islam. Kedatangan Islam kali ini amat ditakuti oleh kaum kafir Quraisy kerana mereka bimbang umat Islam akan melakukan tindakan balas dendam terhadap mereka yang pernah menindas dan menzalimi umat Islam. Tetapi sebaliknya Islam datang dengan prinsip keamanan dan membuatkan mereka terbuka hati untuk memeluk Islam. Malah pemimpin masyarakat seperti Abu Sufian dan bapa saudara Nabi iaitu al-Abbas memeluk Islam kerana mereka sedar selama ini mereka berada di pihak bathil dan sesat. Kedatangan Islam ke Kota Makkah telah disusun oleh baginda dengan menyediakan empat pasukan tentera seramai 10,000 setiap satu pasukan. Empat pasukan tersebut ialah pasukan Khalid al-Walid, pasukan Abu Ubaidah al-Jarrah, pasukan Saad bin Ubadah dan pasukan Zubir al-Awwam. Empat pasukan tentera Islam ini memasuki Kota Makkah melalui empat penjuru kota, iaitu arah utara, barat, barat daya dan selatan. Strategi ini berjaya memberikan kemenangan kepada Islam kerana kaum kafir Quraisy telah dikepung keseluruhannya. Semangat ketakwaan dan kejayaan Islam ini telah membuka semula Kota Makkah tanpa berhadapan dengan sebarang rintangan, kecuali tentangan sedikit oleh pasukan Khalid bin al-Walid yang diberikan oleh kaum kafir Quraisy. Kepentingan Pembukaan Semula Kota Madinah Pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas merupakan satu kejayaan besar buat umat Islam kerana faktor mereka ini memudahkan Islam berkembang subur di Kota Makkah kerana mereka merupakan pemimpin masyarakat Arab Quraisy Makkah yang dihormati. Malah Nabi Muhammad s.a.w. turut memberikan jaminan keselamatan kepada orang kafir Quraisy yang

berlindung di rumah tokoh tersebut semasa tentera Islam memasuki Kota Makkah. Ini membuktikan baginda turut menghormati tokoh tersebut. Jaminan ini menjadi faktor utama kejayaan pembukaan Kota Makkah. Setelah menguasai Kota Makkah, baginda telah melakukan tawaf sebanyak tujuh kali di Kaabah dan memberi ucapan dengan membaca ayat al-Quran yang menekankan tentang perpaduan dalam sesebuah masyarakat yang perlu dibina khususnya dalam sebuah negara majmuk. Lantaran itu, Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk harus mengamalkan sifat toleransi dan berbaik sangka sesama sendiri demi untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakatnya supaya keamanan dan kemakmuran dapat dinikmati bersama. Sifat pemaaf yang dimiliki dan diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. terhadap kaum kafir Quraisy yang dikepung semasa penawanan Kota Makkah harus dijadikan contoh terbaik untuk diikuti walaupun mereka bukan sahaja menolak Islam tetapi melakukan penindasan dan kezaliman terhadap umat Islam. Kejayaan membuka semula Kota Makkah amat bermakna kepada umat Islam kerana kesucian dan maruah Kaabah dapat dipelihara dan dijamin kedaulatannya dari segi pencabulan amalan jahiliah seperti patung-patung berhala yang diletakkan di sekeliling Kaabah. Lantaran itu, kejayaan membuka semula Kota Makkah berjaya menghapuskan amalan tersebut dan mengantikannya dengan amalan Islam seperti haji dan umrah. Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam dan dijamin oleh Allah s.w.t. buat selama-lamanya. Malah dengan adanya Kaabah maka ia menjadi tumpuan umat Islam seluruh dunia untuk mengunjungi Kota Makkah. Pembukaan Kota Makkah menjadikan ia sebagai wilayah Islam kedua selepas Kota Madinah dan kejayaan ini merupakan bukti dan asas kukuh pembinaan negara oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan pembinaan negara Islam terbaik dan boleh dijadikan ikutan. Menurut sejarawan, pembukaan semula Kota Makkah merupakan kejayaan besar dan titik tolak kepada penyebaran Islam di seluruh Tanah Arab dan dunia kemudiannya. Dakwah Islam tersebut secara aman dan berjaya meyakinkan umat manusia tentang keindahan Islam tanpa perlu melakukan paksaan terhadap mereka untuk menerima Islam, contohnya Islam tersebar di Malaysia tanpa unsur paksaan. Penguasaan Kota Makkah telah menjadikan Kota Makkah sebagai pusat pemerintahan Islam yang kuat dan kukuh. Walaupun Islam telah berjaya menjadikan Kota Makkah sebuah kerajaan Islam tetapi Kota Madinah tetap menjadi pusat utama pemerintahan Islam baginda. Kota Madinah merupakan pusat pentadbiran Islam manakala kota Makkah menjadi wilayah Islam. Malah di Kota Makkah, baginda telah melantik seorang wakil bagi memerintah wilayah Islam tersebut. Peristiwa khutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w. telah mengingatkan umat Islam bahawa baginda meninggalkan pusaka tidak ternilai harganya dalam Islam iaitu al-Quran dan Sunnah Nabi. Barang siapa yang berpegang kepada keduanya akan bahagia di dunia dan juga di akhirat.

Malah dalam khutbah tersebut turun firman Allah s.w.t. surah al-Maidah ayat 3 yang menjadi tanda berakhirnya mesej Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasullullah. Pada keseluruhannya, pembentukan negara dan kerajaan Islam di Madinah dan Makkah membuktikan Islam boleh diamalkan dalam negara majmuk, walaupun berlainan latar belakang agama, budaya dan adat resam. Malah ia tidak pernah menjadi penghalang. Tamadun Islam yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Kota Madinah menjadi titik tolak kepada pembinaan tamadun Islam di seluruh dunia kerana asas dan tapaknya telah ditunjukkan oleh baginda. Lantaran kerana tugas Islam yang diamanahkan kepada baginda oleh Allah s.w.t. telah selesai maka ini menandakan bahawa tanggungjawab baginda telahpun sempurna. Bermakna sudah sampai masanya Nabi Muhammad s.a.w. akan pergi meninggalkan umatnya. Maka pada tahun 632 Masihi bersamaan 11 Hijrah baginda pun wafat. Maka tugas untuk meneruskan perjuangan dakwah Islam ke seluruh dunia disambung pula oleh para sahabat terpilih baginda. Pemerintahan Islam selepas Nabi Muhammad s.a.w diberikan nama pemerintahan Khulafah al-Rasyidin.

KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ Abu Bakar As-Siddiq merupakah khalifah pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s. a. w. Nama sebenar beliau adalah Abu Bakar bin Abu Quhafah, atau juga dikenali sebelum zaman Islamnya sebagai Abdul-Kaabah(Hamba Kaabah). Tetapi, selepas pengislamannya, beliau telah menukar namanya kepada Abdullah. Namun yang demikian, setelah itu beliau digelar Abu Bakar (iaitu yang bermaksud unta muda pada bahasa arab), kerana beliau amat gemar untuk menternak unta. Ada juga yang telah mengatakan pada awalnya, beliau dikenali dengan nama Atiq yang bermaksud dibebaskan. Ini adalah kerana, ada yang mengatakan bahawa, dari pihak ibunya, tidak

memperolehi seorang anak pun yang hidup. Beliau dilahirkan beberapa tahun lebih lewat daripada Nabi Muhammad s. a. w, iaitu pada tahun 573M. Beliau berusia 2 tahun lebih muda daripada Nabi Muhammad s. a. w. Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang saudagar yang tersangat kaya berketurunan daripada keluarga bangsawan yang sangat dihormati oleh masyarakat Quraisy. Beliau dikatakan lahir dalam suku yang banyak melahirkan orang-orang besar, iaitu dari suku Taim disebelah bapanya, dan dari suku Quraisy iaitu dari suku ibunya. Suku-suku ini dikatakan adalah suku-suku terhormat. Beliau telah menerima gelaran As-Siddiq iaitu yang membenarkan, apabila beliau telah membenarkan segala apa yang diperkatakan oleh Rasulullah tentang Isra dan Mikraj. Saidina Abu Bakar as-Siddiq merupakan sahabat Rasulullah sejak kecil lagi. Beliau terkenal dengan sifat yang cerdas, jujur, dan sabar. Saidina Abu Bakar telah menyumbangkan keseluruhan hartanya ke jalan Allah. Selain itu, Saidina Abu Bakar juga merupakan orang yang terawal memeluk Islam. Saidina Abu Bakar adalah orang yang telah menemani Nabi Muhammad s. a. w dalam peristiwa penghijrahan. Selain itu, Saidina Abu Bakar telah mendapat gelaran AsSiddiq kerana beliau telah membenarkan perkara Isra dan Mikraj di mana pada ketika itu semua orang Arab mendustakan peristiwa itu. Rasulullah juga pernah menyanjungi Saidina Abu Bakar dengan berkata jika ditimbang berat iman antara kamu semua dan Abu Bakar, nescaya iman Saidina Abu Bakar jauh lebih berat daripada iman umat-umat yang lain. Selepas kewafatan Rasulullah, telah berlaku beberapa peristiwa. Peristiwa pertama berlaku ialah dimana tatkala semua umat Islam sedang sibuk menguruskan jenazah Rasulullah, pihak Ansar telah berkumpul dibalai Bani Saidah dan telah memilih Sadubni menjadi khalifah. Berita ini diketahui oleh Saidina Abu Bakar, Umar dan sekumpulan Muhajirin. Mereka kemudiaanya telah pergi ke balai Bani Saidah dan memberitahu bahawa pelantikan khalifah ini tidak mendapat persetujuan semua pihak, yakni hanya dari pada pihak Ansar sahaja bukan Muhajirin. Basyir bin Saad kemudiaanya telah berdiri dan meminta Saidina Abu Bakar menghulurkan tangannya lalu telah membaiat Saidina Abu Bakar sebagai khalifah. Setelah itu, kesemua orang, iaitu dari pihak Ansar dan Muhajirin bersetuju. Maka sejak dari itu, Saidina Abu Bakar telah dilantik menjadi khalifah yang pertama. Sewaktu pemerintahan Saidina Abu Bakar, beliau telah menyumbangkan pelbagai sumbangan. Antaranya ialah, beliau telah meneruskan penghantaran Usama bin Zaid dimana penghantaran itu terhenti sewaktu kewafatan Rasulullah. Walaupun mendapat tentangan, Saidina Abu Bakar tetap meneruskan juga penghantaran itu, dimana beliau menghantar Usama bin Zaid sendiri dengan berjalan kaki, walaupun Usama bin Zaid pada waktu itu menunggang kuda. Selain itu, Saidina Abu Bakar juga telah memerangi golongan ar-Riddah, dimana terdapat golongan yang murtad, golongan nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat. Selain itu, Saidina Abu Bakar juga telah mengumpulkan ayat-ayat al-Quran, yang telah dikemukakan oleh Saidina Umar alKhattab. Ini adalah kerana ramai penghafaz al-Quran yang telah mati syahid semasa memerangi golongan ar-Riddah.

KHALIFAH UMAR AL-KHATAB

Khalifah Umar bin Al Khattab berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M iaitu 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah s. a. w. . Sebelum memasuki Islam, Umar Bin alKhattab adalah salah seorang musuh Nabi Muhammad s. a. w. Namun setelah memeluk Islam, baginda menjadi sahabat Rasulullah s. aw. , malah dipilih sebagai khalifah kedua setelah Abu Bakar as-Siddiq. Umar merupakan seorang mujtahid dan salah seorang al-Khulafa ar-Rasyidin. Umar diputerakan pada tahun 581 M. Baginda berasal daripada suku Adi yang masih termasuk dalam rumpun Quraisy. Beliau amatlah dipandang mulia dan mempunyai martabat yang tinggi. Sejak muda, Umar dikenali sebagai orang yang berani. Ketika Umar masuk Islam banyak keluarganya dan tokoh Arab yang lain mengikut jejaknya sehinggalah jumlah umat Islam semakin banyak dan dakwah Islam dilakukan secara terang-terangan. Ketegasan dan keberanian Umar merupakan kekuatan besar dalam pengembangan Islam selanjutnya. Apabila mengetahui bahawa adindanya dan suaminya memeluk Islam, beliau sangat murka. Umar segera menemui adindanya dan dengan penuh perasaan memukul Fatimah serta suaminya. Namun kemudian, Umar terlihat sekeping lembaran bertuliskan ayat al-Quran. Ketika membacanya, perasaannya menjadi tenang dan damai. Timbul keinginan kuat dalam dirinya untuk menemui Rasulullah s. a. w. Umar pun memeluk Islam. Sebelum mangkat, Abu Bakar memanggil beberapa orang sahabat untuk mendapatkan pandangan mereka tentang pemilihan khalifah yang akan menggantikannya. Umar merupakan calon tunggal Abu Bakar dan para sahabat bersetuju dengan pilihannya itu. Pada 13 H/634 M, Umar dilantik menjadi khalifah kedua dengan gelaran Amirulmukminin (panglima orang beriman). Umar merupakan pemimpin yang ideal. Namun kelebihannya itu menyebabkab musuhnya iri hati. Pada 26 Zulhijah 23 H, baginda ditikam oleh Abu Luluah sehingga mangkat ketika hendak mengerjakan solat subuh. Umar sangat dikagumi oleh Rasulullah s. a. w. dan para sahabat yang lain. Nabi menggelarnya al-Faruq yang bererti dapat membezakan antara kebenaran dengan kebatilan.

Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukannya.

Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar. Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir awam dan panglima tentera. Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan ini diketuai olah katib atau setiausha. Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham. Dalam bidang sosial terutama pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman. Khalifah Umar telah menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahan telah dibina di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah. Untuk mempertingkatkan ekonomi, Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar. Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai 10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitumal juga telah didirikan oleh Khalifah Umar telah diberikab gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin. Di bidang pemerintahan, langkah pertama yang dilakukan oleh Umat sebagai khalifah adalah meneruskan langkah yang telah ditempuh oleh Abu Bakar dalam perluasan wilayah Islam ke luar Semenanjung Arab. Pada masanya terjadi perluasan kekuasaan Islam secara besar-besaran sehingga zaman ini dengan nama Futuhat al-Islamiyah (perluasan wilayah Islam). Berturut-turut pasukan Islam berjaya menduduki Syiria, Iraq, Mesir, Palestin dan Parsi. Di bidang pentadbiran pemerintahan, Umar berjasa membentuk Majlis Permusyawaratan, Anggota Dewan, dan memisahkan lembaga pengadilan. Dia juga membahagi wilayah Islam ke dalam 8 wilayah yang terdiri daripada beberapa daerah dan subdaerah. Lapan wilayah itu adalah Makah, Madinah, Syiria, Jazirah, Kufah, Basra, Mesir, dan Pelestin. Untuk masing-masing

daerah itu, diangkat pegawai khusus selaku gabenor. Gaji mereka mengikut aturan. Selain itu, pentadbiran percukaian juga diperkemaskan. Polisi pentadbiran Umar al-Khattab adalah menyusun semula pentadbiran tanah yang dimiliki oleh tentera Islam, tidak membahagikan lagi tanah kepada tentera Islam sebagai ghanimah malah dijadikan harta negara. Hal ini adalah bagi mengelakkan perebutan oleh tentera dan perbuatan negatif untuk memiliki tanah. Para sahabat juga tidak dibenarkan keluar dari kota Madinah kecuali apabila diizinkan. Untuk kepentingan pertahanan, keamanan, dan aturan dalam masyarakat, didirikan lembaga kepolisian, angkatan tentera dengan tentera berdaftar. Gaji yang diberi adalah berbeza-beza mengikut tugas-tugas yang di laksanakan. Khalifah Umar juga mendirikan pos-pos tentera di tempat-tempat yang strategik. Umar melakukan peraturan keadilan Islam. Beliaulah yang mula-mula meletakkan prnsipprinsip keadilan dengan menyusun sebuah risalah yang disebut Dustur Umar atau Risalah alQada. KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN Saidina Uthman ialah salah seorang daripada sahabat nabi s.a.w. Di samping itu, Saidina Uthman juga merupakan seorang khalifah sewaktu pemerintahan khulafa rasyidin iaitu pemerintahan selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, saya akan menceritakan bagaimana Saidina Uthman memeluk agama islam, bagaimana beliau di lantik menjadi khalifah, bagaimana beliau mentadbir kerajaan islam, dan apakah sumbangan beliau terhadap agama islam. Uthman ibn Affan lahir di makkah pada tahun 47 sebelum Hijrah, enam tahun lebih muda dari Rasulullah s.a.w., dan merupakan seorang hartawan yang dengan kedudukannya sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau digolongkan sebagai orang kenamaan Quraisy yang meniti kehidupan mewah, dan elit yang dihormati. Nasab atau keturunan beliau ialah umaiyah,satu kabilah Quraisy yang amat dihormati dan disegani oleh masyarakat arab di makkah di bandingkan dengan kabilah-kabilah arab yang lain. Walaupun Uthman meniti cara hidup yang mewah, namun beliau menghiaskan diri dengan akhlak yang mulia, lembut, murah hati, serta sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang miskin dan dhaif, dari hasil yang diperolehi. Kelembutan dan kemurahan hatinya menyebabkan beliau mendapat tempat di hati masyarakat. Beliau mendapat jolokan istimewa iaitu DzuNurain (memiliki dua cahaya). Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang hebat yang dapat memperluaskan agama islam. Berdasarkan sirah tersebut, kita dapati Saidina uthman merupakan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran islam sehingga sanggup mati kerana Allah. Kita sebagai umat islam perlulah mencontohi sikap seperti saidina Uthman dan menjadi seorang muslimin yang sejati dan juga sanggup mati kerana memperjuangkan agama Allah s.w.t. (agama islam).

Sesudah wafatnya Khalifah Umar maka kumpulan enam sahabat itu, yang terdiri daripada Uthman ibn Affan, Ali ibn Abi Talib, Saat bin Abi Waqqas, Zubeir bin al-Awam, dan Abdul Rahman bin Auf mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Talhah bin Ubaidillah, kerana beliau berada di luar Madinah.mesyurat diadakan dirumah al-Mansur bin Mukhramah atas nama sebuah Majlis yang dikenali sebagaiMajlis Syura, dan berlangsung dengan mwmakan waktunyang panjang tanpa keputusan yang muktamad. Sebagai mengatasi kebuntuan ini maka Abdul Rahman bin Auf menarik diri dengan rela. Zubeir dan Saat bagaimanapun, masing-masing mencalonkan Uthman dan Ali,lalu keputusan belum tercapai sehingga malam yang ketiga sesudah wafat Saidina Umar. Abdul Rahman mengambil langkah terakhir dengan memilih saidina Uthman, dan demikian, secara mejoriti bersesuaian dengan wasiat Khalifah Umar, Uthman terpilih sebagai khalifah yang baru. Selepas itu,para sahabat tadi melahirkan ikrar kesetiaan melalui baiah, dengan meletakkan tangan setiap orang di atas tangan Uthman ibn Affan, dengan jemaah muslimin yamg lain memberi sokongan atas pemilihan itu. Manakala, Talhah adalah seorang anggota Majlis Syura dan juga salah seorang golongan al-Asyaratul Mubasyarah, akan tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian dalam pencalonan kerana berada di luar Madinah. Zaman kegemilangan Kegemilangan pemerintahan khalifah uthman bermula dengan pembukaan dan penawanan wilayah-wilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah barat. Wilayah yang lain berjaya di tawan oleh Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tasykent, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur dan Timur Laut, sementara Libya, algeria, Tunisia dan maghribi yang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika turut ditawan oleh kaum muslimin. Dunia islam sewaktu pemerintahan Uthman, terbentang luas gagasannya,mencukupi bahagian Benua Asia dan Afrika, di antaranya wilayah-wilayah Uzbekistan, Persi ,Iraq, Armenia, Azerbaijan,Turki, Syria Palestin,Jordan, Mesir, Yaman termasuk kawsan-kawasan di teluk dan semenanjung Arab.seluruh kawasan dan wilayah itu terhimpun dan bernaung dalam satu gagasan dan panjipanji yang berdaulat, sekaligus mengangkat islam dan ummah sebagai sebuah empayar dan kuasa baru yang lebih besar, dibandingkan dengan empayar-empayar Byzentyne dan Parsi. Dalam waktu yang sama, Islam turut bertapak di habsyah, dan sebahagian kawasan di sebelah Timur dan Afrika Tengah.

Pada era Khalifah Uthman, wilayah Islam bertambah luas hingga ke Kabul, di bahagian timur asia, dan Maghribi di sebelah bahagian utara Afrika. Beliau juga berjaya menumpaskan pemberontakan dengan kekuatan yang dimiliki. Kekuatan angkatan kaum Muslimin terserlah sehigga dapat menundukkan pasukan Byzentine yang menguasai laut ketika itu. Dengan penaklukan sepanjang pesisiran Afrika Utara maka pengawalan laluan laut Mediterranean terletak di bawah penguasaan islam.

Al-Quran al-Karim adalah tertulis dalam bahasa arab, yang merupakan bahasa asing bagi jutaan manusia yang memeluk islam ketika itu. Apabila mereka membaca mushaf al-Quran maka bacaan mereka menimbulkan kekeliruan dari sudut bacaan (qiraah) ekoran dari tulisan dan salinan yang berbeza. Bagi mengelakkan al-Quran tercemar dari sudut tulisan dan bacaan maka Khalifah Uthman mengambil langkah memusnahkan salinan-salinan yang terdapat di Syria, Basrah, kufah, Mesir dan lain-lainnya, dan menetapkan cuma mushaf yang terdapat di Madinah sahaja yang diakui kesahihannya, dan sekaligus menjadi satu-satunya mushaf tumpuan dan rujukan bagi kaum Muslimin seluruhnya. Khalifah Uthman menghabiskan banyak waktu dengan menyampaikan dakwah di kalangan orang-orang tawanan perang. Ramai bilangan mereka yang memeluk islam ekoran dakwah yang disampaikan oleh beliau, dan di samping itu, beliau turut mengajar fiqh kepada penganutpenganut islam, yang pada satu ketika, menunjukkan jemaah tentang cara-cara mengambil wudhu dengan sempurna. Mereka yang di lantik sebagai pentedbir wilayah pada zaman pemerintahannya adalah Muawiyah bin Abi Sufian di Syria, Yaala bin Muhabbah di Yaman, Abdullah bin Hadrami di Makkah, Qasim bin Rabiah al-Thaqafi di Taif, Abdullah bin Amir, Abdullah bin saad di Mesir, Abu Musa al-asyari di Kufah, dan Habib Muslimah Fahmi di Asia kecil, termasuk Armenia dan Antalia Ketenteraan pada era pemerintahannya meningkat kekuatannya dan begitu juga bilangan anggotanya di samping menyelaraskan mekanisma perhubungan di antara satu Briged dengan satu Briged yang lain. Misalnya, ketika Muawiyah bin abi Sufian memerlukan pasukan tentera untuk menghadapi kemaraan pasukan tentera Byzentine maka Briged tentera di Iran dan Armenia digerakkan segera untuk membantu Muawiyah bin abi Sufian di Syria. Pendapatan hasil cukai untuk perbendaharaan meningkat dam hasil itu dipergunakan sebaiknya demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Imbuhan ditambah untuk pelbagai peringkat dan golongan rakyat, dan pada bulan-bulan Ramadhan, orang-orang miskin dan mereka yang tidak berupaya disediakan makanan untuk berbuka puasa. Peruntukan perbelanjaan bangunan diambil dari wang perbendaharaan untuk membina jalan, jambatan, masjid, projek perumahan dan kelengkapan tentera. Beliau merupakan Khalifah pertama yang mengambil keputusan bagi pembiayaan tetap untuk para Muadzin.

KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB Ali Bin Abu Talib merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam, ketika berusia 10 tahun. Beliau tidak pernah menyembah berhala, kerana usianya pada waktu itu masih terlalu kecil. Ali merupakan orang yang pertama kali menerima Islam kerana sejak kecil Ali di bawah asuhan Rasulullah s. a. w. dan Khadijah, sehingga ia tidak sempat terpengaruh oleh tradisi kafir

jahiliyah pada masa itu. Beliau merupakan pemuda berketurunan Bani Hasyim yang lahir di Mekah pada tahun 600 masihi iaitu 10 tahun sebelum Nabi Muhammad dilantik sebagai Rasul. Ali merupakan sahabat, sepupu dan menantu Nabi Muhammad SAW, suami kepada sayidatina Fatimah. Pernah Rasulullah mengalami krisis ekonomi, sehingga tidak ada sesuatu pun untuk dimakannya. Ali bersama-sama baginda dalam semua peperangan kecuali perang Tabwuk kerana ditugaskan agar berada di Madinah. Dalam perang Khandak, beliau antara pejuang Islam yang banyak menghapuskan musuh. Manakala dalam Perang Khaibar, beliau adalah pemegang bendera yang membawa kejayaan kepada tentera Islam. Ali juga merupakan seorang periwayat hadis, mengahafaz al-Quran dan banyak mengeluarkan fatwa. Dalam bidang bahasa, beliau adalah penyair yang berkaliber. Setelah menjadi khalifah (656) untuk menggantikan Uthman yang terbunuh, Ali memulakan pemerintahannya dalam suasana penuh kesedihan. Antara masalah yang dihadapi oleh saidina Ali termasuklah tuntutan daripada Sayidatina Aisyah, Talhah dan Zubir supaya Khalifah Ali menjadikan hukum syarak terhadap pembunuh Khalifah Uthman. Khalifah Ali turut menghadapi tentangan daripada gabenor Syam, Muawiyah bin Abu Sufian. Khalifah Ali bin Abu Talib banyak membantu dalam memperkembangkan ajaran Islam dikalangan umat terdahulu. Ali bin Abu Talib banyak berjasa semasa zaman pemerintahan beliau sebagai Khalifah ar-Rasyidin ke-4. Ali merupakan seorang khalifah yang jujur, bertanggungjawab, bermaruah dan berhati-hati dalam urusan harta benda orang Islam. Ali terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawanannya. Beliau wafat pada 17 Ramadhan tahun 41 Hijrah bersamaan 661 Masihi kerana dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljam di bandar Kufah ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

You might also like