You are on page 1of 2

SLOT TEAM BUILDING Aktiviti 1 : Bersama Selamanya

1. Objektif : Memupuk kerjasama dalam ahli kumpulan Membina semangat kepasukan Menjana pemikiran dalam menyelesaikan masalah Membina sifat kepimpinan seorang ketua

2. Alatan : Kertas , Pembaris atau Gunting (atas inisiatif peserta) 3. Kaedah : Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu kertas sahaja. Fasilitator memberi arahan kepada peserta menggunakan kertas tersebut untuk memuatkan ahli kumpulan mereka dalam kertas itu.

4. Falsafah : - Kekreatifan dalam menyelesaikan masalah - Kepimpinan ketua dalam sesebuah kumpulan.

Aktiviti 2 : Tarikan Kasih 1. Objektif - Melatih kerjasama antara ahli kumpulan - Membentuk sikap sabar dan berhati-hati dalam diri peserta - Melatih sifat kepimpinan peserta

2. Alatan : Cawan, air , getah dan tali - Setiap kumpulan akan dibekalkan secawan air dan setiap ahli kumpulan akan mendapat seutas tali serta 1 getah - Setiap ahli dikehendaki mengikatkan tali masing-masing dan getah pada cawan tersebut mengikut kekreatifan kumpulan - Setiap kumpulan dikehendaki bergerak dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat sambil membawa cawan yang berisi air tersebut dimana setiap peserta akan menarik hujung tali masingmasing - Permainan akan dinilai berdasarkan isipadu air yang masih terdapat dalam cawan tersebut 3. Falsafah : - Kreativiti peserta dalam berfikir - Persaingan secara sihat

You might also like