You are on page 1of 4

RUMUSAN ARTIKEL

Menurut artikel yang telah saya baca dan kaji, saya dapati bahawa terdapat penerangan ataupun definisi implan koklea yang terdapat dalam artikel tersebut. Dalam artikel di sebuah laman web iaitu Medline Plus di mana telah didefinisikan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika, koklea implant merupakan sejenis peranti atau alat kecil yang merupakan sebuah peranti elektronik yang kompleks, di mana benda ini berfungsi untuk menghasilkan kehadiran bunyi.

Orang

yang

mengalami

masalah

pendengaran

yang

teruk

boleh

menggunakan implan koklea bagi membantu mereka mendengar. Implan ini mempunyai dua bahagian yang mana satu bahagian berada di luar anggota badan iaitu di belakang telinga dan bahagian yang kedua telah dimasukkan di bawah kulit secara pembedahan. Sesuatu implan tidak mengembalikan pendengaran yang normal, namun implan bertindak dan membantu seseorang yang pekak untuk memahami pertuturan.

Di dalam definisi yang lain, yang juga dari laman web yang sama, implan koklea merupakan satu peranti elektrinik yang membantu seseorang untuk mendengar. Peranti tersebut boleh digunapakai oleh individu yang mengalami kepekakan atau masalah pendengaran yang amat teruk. Implan koklea adalah tidak sama dengan alat bantu dengar kerana implan koklea ini adalah peranti yang dipasang pada anggota badan melalui pembedahan dan berfungsi dengan cara yang lain. Terdapat pelbagai jenis implan yang berbeza. Akan tetapi, beberapa bahagian daripada alat ini adalah sama bagi setiap jenis implan koklea. Satu bahagian daripada implan koklea telah diimplankan secara pembedahan ke dalam tulang yang berada di sekitar telinga iaitu tulang temporal.

Alat ini diperbuat daripada penerima perangsang, di mana berfungsi untuk menerima, mendekod dan kemudian menghantar isyarat elektrik kepada otak. Manakala satu bahagian yang lain bagi alat implan koklea ini berada di luar anggota badan. Bahagian ini terdiri daripada mikrofon ataupun penerima, pemproses pertuturan, dan antenna. Bahagian ini juga berfungsi untuk menerima bunyi, menukarkan bunyi kepada isyarat elektrik dan menghantar isyarat tersebut kepada bahagian dalam implan koklea. Bagi memanifestasikan implan koklea ini, daripada artikel juga saya dapat mengetahui calon-calon yang layak dan yang sesuai untuk melakukan implan koklea ini. Menurut artikel yang telah saya baca, calon penerima implan koklea sudah berkembang. Golongan penerima ataupun calon yang layak untuk menerima implan koklea ialah daripada golongan dewasa dan kanak-kanak. Bagi golongan dewasa, biasanya, hanya individu yang mengalami masalah kepekakan yang sangan teruk ataupun sensorineural profound dengan tiada pengenalan terhadap set pertuturan sahaja yang layak dikira sebagai calon untuk melakukan pengimplanan koklea. Dalam artikel yang sama, ada juga dijelaskan bahawa kriteria implan koklea untuk kanak-kanak adalah lebih rumit dengan elemen pencalonan yang lain, termasuk umur, nilai ambang audiometri, perkembangan auditori dengan bantuan alat pendengaran, prestasi pengecaman pertuturan untuk kanak-kanak yang lebih tua dan etiologi. Bermula dengan nilai ambang, untuk kanak-kanak yang berumur 12 hingga 24 bulan, criteria pada masa kini memenuhi dua hala profound masalah kehilangan pendengaran sensorineural. Dalam artikel lain di dalam laman web yang lain juga, implan koklea membolehkan individu yang tidak boleh mendengar untuk menerima dan memproses bunyi dan pertuturan, dalam sesetengah hal, implan koklea ini merupakan alat yang membolehkan orang pekak mendengar. Walaubagaimanapun, sangat penting bagi kita untuk memahami bahawa alat-alat ini tidak boleh mengembalikan pendengaran yang normal. Alat ini membantu membolehkan bunyi dan pertuturan diproses dan dihantar ke otak. Cara calon untuk implan koklea dipilih adalah berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada perubahan teknologi dan pemahaman kita terhadap peningkatan pendengaran ataupun saluran auditori di bahagian otak.

Sama ada dewasa ataupun kanak-kanak, kedua-duanya boleh menjadi calon untuk memakai implan koklea. Mereka telah dilahirkan pekak ataupun menjadi pekak selepas belajar bercakap. Kanak-kanak berumur 1 tahun merupakan calon yang sesuai untuk melakukan pembedahan implan. Walaupun kriteria di antara kedua-dua golongan ini amatlah berbeza, tetapi mereka dipilih berdasarkan panduan yang sama. Pertama, calon atau pesakit tersebut hendaklah pekak sepenuhnya di keduadua belah telinga dan hampir tiada peningkatan apabila menggunakan alat bantu pendengaran. Individu yang boleh mendengar dengan baik apabila menggunakan alat bantu pendengaran tidak sesuai untuk dijadikan calon untuk melakukan pembedahan implan. Seterusnya, pesakit perlu mendapat motivasi yang

secukupnya. Apabila koklea implan berjaya ditempatkan di bahagian yang tepat, mereka mesti mempelajari cara untuk menggunakan peranti tersebut dengan betul. Ketiga, pesakit perlu tahu bahawa implan koklea tidak mengembalikan pendengaran yang normal. Di samping itu, bagi mengenal pasti pesakit tersebut benar-benar calon yang sesuai, pesakit perlu diuji oleh otolaryngilogis ataupun doktor telinga, hidung dan tekak. Selepas pembedahan, pesakit perlu berjumpa dengan pakar di hospital bagi melakukan pemerhatian walaupun kebanyakan hospital membenarkan pesakit yang telah berjaya menjalani pembedahan pulang ke rumah. Doktor akan memberikan ubat untuk tahan sakit dan kadang-kadang memberukan antibiotic bagi

mengelakkan jangkitan. Pakar bedah kebanyakannya meletakkan pembalut yang besar di bawah kawasan pembedahan di sekitar telinga. Selepas seminggu pembedahan dijalankan, bahagian luar implan koklea dilindungi penerima

rangsangan yang diimplankan di belakang telinga. Apabila kesan pembedahan tersebut sembuh sepenuhnya dan implan yang terlekat pada bahagian pemproses luar, pesakit boleh merujuk kepada pakar untuk melakukan latihan mendengar dan memproses bunyi menggunakan implan koklea. Antara pakar yang terlibat ialah pakar audiologi, juruterapi pertuturan, doktor telinga, hidung dan tekak ataupun otolaryngologis.

You might also like