You are on page 1of 37

Tajuk: Terapi Pergerakan Kreatif

Pergerakan kreatif ialah intepretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan
secara simbolik melalui pergerakan. Unsur pergerakan iaitu tubuh badan, ruang, masa dan
daya memudahkan individu berkomunikasi di samping meningkatkan potensi seperti ritma,
kreativiti, kebebasan, dan pengucapan melalui pergerakan.

Aspek pergerakan kreatif
i) Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan badan berubah dari
satu tempat ke satu tempat yang lain.
Contoh pergerakan lokomotor ialah:
berjalan
melompat
merangkak

ii) Pergerakan bukan lokomotor
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga
disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik.
Contoh pergerakan bukan lokomotor ialah:
berlari setempat
melompat setempat
imbangan bangau

iii) Pergerakan manipulasi alatan
Pergerakan manipulasi alatan ialah aktiviti yang mana alatan digunakan untuk membentuk
pergerakan. Kemahirna ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal dan
mengawasi sesuatu objek. Contoh pergerakan manipulasi alatan ialah:
melantun bola ambil berjalan
memusingkan gelung dengan tangan
skipping sambil berjalan



Tema pergerakan
Pergerakan kreatif mempunyai enam belas tema sebagai panduan dalam pengajaran dan
pembelajaran murid pendidikan kham masalah pembelajaran iaitu:
Tema 1 : Kesedaran tubuh badan
Tema 2 : Kesedaran rintangan kepada beban dan masa
Tema 3 : Kesedaran ruang
Tema 4 : Aliran beban badan dalam ruang dan masa
Tema 5 : Penyesuaian terhadap kawan.
Tema 6 : Penggunaan tubuh badan sebagai alat.
Tema 7 : Lapan lakuan daya asas
Tema 8 : Ritma-ritma berkaitan dengan pekerjaan.
Tema 9 : Bentuk-bentuk pergerakan.
Tema 10 : Gabungan lakuan daya asas.
Tema 11 : Orientasi ruang
Tema 12 : Guna tubuh badan untuk menekan bentuk dan daya dalam pergerakan.
Tema 13 : Penaikan dari lantai.
Tema 14 : Kesedaran berkumpulan.
Tema 15 : Formasi pergerakan dalam kumpulan.
Tema 16 : Kualiti-kualiti ekspresif dalam pergerakan.

Kepentingan terapi pergerakan kreatif
Membantu murid pendidikan khas untuk meningkatkan perkembangan
menyeluruh mereka.
Memberi tumpuan kepada penggunaan sepenuhnya pancaindera yang memberi
peluang kepada murid khas untuk meneroka persekitarannya secara semulajadi
Melalui pengalaman kinestatik yang diperolehi, murid khas akan memperolehi
pengalaman dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan.







Aktiviti yang boleh dilakukan dalam terapi pergerakan khas.

Gimrama
Tarian moden
Tarian tradisional
Pergerakan berkumpulan dan berpasangan
Tiru gaya haiwan atau tumbuhan bergerak



























Tajuk: Terapi Main

Bermain merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan merupakan suatu cara bagaimana
murid-murid khas mengenal dunia. Murid khas memerlukan belbagai variasi permainan untuk
perkembangan fizikal, mental dan emosi. Melalui aktiviti permainan,murid-murid istemewa
dapat merangsang pertumbuhan otot-otot tubuh, mengembangkan keupayaan kognitif dan juga
emosi mereka.

Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah
hasil aktiviti itu. Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada
kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing. Dari aspek psikologi pula, terapi main
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan
yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.

Tujuan terapi main kepada murid pendidikan khas
Mengurangkan masalah tingkah laku
Meningkatkan komunikasi
Mempu menilai diri sendiri
Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
Membolehkan melahirkan masalah
Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak kanak
Mendorong kanak kanak untuk lebih aktif
Membantu pembelajaran menjadi lebih konkrit
Mendapat sokongan emosi
Belajar untuk memahami tentang perasaan dan pemikiran mereka
Belajar mengurus perhubungan





Perbezaan terapi main dengan bermain ialah terapi main :
Mempunyai objektif yang ditetapkan
Mempunyai perancangan awal
Mempunyai kawalan spesifik
Menggunakan alatan tertentu untuk mencapai objektif
Mengikut masa yang telah ditetapkanTerapi alternatif

Pelaksanaan aktiviti terapi main

i) Bilik terapi
Kelengkapan bilik terapi bergantung kepada kesesuaian dan keperluan murid-murid pendidikan
khas. Bilik terapi mestilah mempunyai kelengkapan seperti bahan-bahan resos, alatan asas
seperti rak buku, cermin, almari dan bahan-bahan lain yang bersesuaian.

ii) Media mainan (kritirea)
Media mainan mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan murid khas dan merupakan satu
peluang untuk menguji realiti murid-murid. Media mainan ini membantu murid-murid istemewa
dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan perasaan yang tidak diingini. Salah satu ciri
media mainan ialah bahan mestilah mudah dimanipulasi oleh murid-murid.

iii) Kategori mainan
a)mainan mencirikan kehidupan sebenar
set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon

b)mainan bercirikan luahan perasaan agresif
gari
penukul
peralatan militari
topeng

c)mainan bercirikan luahan perasaan kreatif
crayon
playdoh
kad
boneka bekas air

Masalah pelaksanaan terapi main
i). Guru
kurang kepakaran
tidakmempunyai masa ynag mencukupi untuk menjalankan sesi terapi
kurang kerjasama dan perhatian murid

ii). Murid
perbezaan individu
ganguan emosi dan tingkah laku
masalah kesihatan
kerencatan mental murid

iii). Ibubapa
sikap ibubapa ynag kurang kesedaran dan pendedahan keperluan terapi untuk anak
yang mengalami masalah pembelajaran.
taraf ekonomi keluarga

Cadangan penambahbaikan.
Mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi yang mempunyai kelengkapan yang cukup.
Sokongan dan pengorbanan dari ibi bapa untuk anak-anak mereka
Seminar atau kursus disediakan untuk guru akar pengetahuan dan kepakaran semakin
meningkat terutamanya untuk kaedah pelaksanaan terapimain kepada murid.
Guru merancang aktiviti yang menarik dan merangsang minda murid khas. Guru
hendaklah memastikan peraturan permainan tidak memerlukan pemikiran minda yang
tinggi.






Tajuk: Terapi Seni

Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej,
proses kreativiti seni dan tindakbalas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai
mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat,kerisauan dan
pertelingkahan.

Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan
permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Seni visual pula sebagai
instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan
bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi
kehidupan seharian.

Kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas

Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran ialah:
Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar
Meluahkan perasaan
Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti
Menguatkan daya imaginasi
Menguatkan motor kasar dan motor halus
Memperkembangkan bakat yang sedia ada
Menghayati nilai seni










Cara pelaksanaan terapi seni

Lukisan
Lukisan adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas
permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit
seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas
untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan
mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.

Catan
Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil melalui
sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain. Ia
memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau
merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak.
Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat
minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).



Kolaj
Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal,
menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas
dan fabrik.





Montaj
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai
sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan lain-
lain. Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum.
Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan
digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej
baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan
komputer dalam menghasilkan montaj.

Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam
benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam
montaj untuk menarik perhatian pemerhati.



Cetakan
Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok
atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan
dakwat. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan
dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Teknik cetakan mono, teknik cetakan
timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran murid
pendidikan khas.


Gosokan
Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan,
barang) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula, gosokan
bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain
dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.

Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan
serta memberi ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambar melalui deria
sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Untuk menghasilkan cetakan, murid
boleh menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu
permukaan yang berjalinan.

Pelbagai teknik gosokan boleh diteroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja, gosokan
beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali atau berulang kali dari arah
dan sudut yang berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai warna atau
monokrom iaitu menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan kertas.

Resis
Menurut Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan
menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak mahu dicat atau
diwarnakan. Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di
atas permukaan kertas.

Sekiranya kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi
menghasilkan corak batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan dengan menggunakan
Sodium silikat. Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak untukmembuang
lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan
yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin.
Resis juga boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan
jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.



Gurisan
Alat yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu
permukaan. Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan
krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastik digunakan untuk melakar
gambar di atasnya.



Percikan
Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada
lukisan cat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau
warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu
permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini.
Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.

Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah
warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk,
menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan untuk
menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.

Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap, tumbuh-tumbuhan,
corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu
objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan
apabila warna kedua dipercikkan.



Mozek
Menurut Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar
yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga boleh
menghasilkan gambar atau corak hiasan dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti
kaca, marmar dan seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak
rata untuk menghasilkan pantulan/kilauan. Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan tidak
bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun
menjadi satu tema/tajuk.



Stensilan
Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan sesuatu cara
supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di
atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di
atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat
garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.







Terapi seni ini sememangnya memberi banyak faedah kepada murid-murid bermasalah
pembelajaran. Meskipun kita lihat terapi seni memberi banyak manfaat kepada insan khas,
tetapi dalam pelaksanaan aktiviti seni bukanlah mudah seperti apa yang kita jangkakan.
Semasa melakukan aktiviti seni, kita perlu bersedia membimbing kanak-kanak khas. Hal ini
kerana, kita akan berhadapan dengan banyak masalah sewaktu melakukan aktiviti seni. Antara
masalah yang bakal kita hadapi ialah:
Masalah pengamatan murid-murid khas
Masalah koordinasi motor kasar dan motor halus
Masalah komunikasi
Masalah sosialisasi
Masalah imaginasi
Masalah pemahaman konsep

Kesimpulannya, banyak aktiviti yang dapat dijalankan untuk terapi seni. Seperti yang telah
dinyatakan di atas terdapat 4 bidang yang boleh diaplikasikan di dalam terapi seni iaitu bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir
sekali mengenal kraf tradisional. Melalui aktiviti seperti ini juga dapat mengurangkan tekanan
perasaan murid, memberi peluang murid untuk merasa seronok semasa sesi pembelajaran,
memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan karya sendiri dan juga memberi peluang
kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka.

Kelebihan terapi seni untuk guru pula ialah, guru dapat mengesan masalah dalam diri murid.
Contohnya jika murid merasa marah, guru boleh melihat warna yang digunakan oleh murid
dalam menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, guru dapat
mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi seni, contohnya warna yang diminati
oleh murid, siapa yang disayangi oleh murid, latar belakang hidup murid dan lain lain lagi.
Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi bukan sahaja untuk guru
malahan untuk murid juga.






Tajuk: Terapi Muzik dan Nyanyian

Terapi muzik dan nyanyian adalah 1 profesion kesihatan bersekutu dan salah satu terapi
ekspresif yang terdiri daripada proses interpersonal di mana ahli terapi muzik terlatih
menggunakan muzik bagi memulihkan dari aspek fizikal, emosi, mental, sosial, estetik, dan
rohani untuk membantu memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Dengan terapi muzik juga
dapat meningkatkan kesihatan dari segi kognitif, kemahiran motor, pembangunan emosi dan
afektif, tingkah laku dan kemahiran sosial dan kualiti hidup.

Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih
tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan
stress. Terapi muzik membantu murid pendidikan khas yang mempunyai masalah berkaitan
emosi untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka
dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain itu, murid juga dapat
mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan
menyelesaikan konflik mereka.

Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran
koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila
terapi ini digunakan kepada murid khas.

Nyayian lagu kanak-kanak boleh melibatkan pergerakan anggota badan, nyayian bertema,
nyayian tanpa muzik, nyanyian dengan iringan muzik. Unsur lagu nyayian kanak-kanak adalah
mudah difahami, tradisional, jenaka dan berpendidikan.

Kebaikan terapi muzik dan nyanyian kepada murid bermasalah pembelajaran
Meningkatkan kemahiran kawalan tingkah-laku.
Meningkatkan kemahiran penglihatan dan pendengaran.
Meningkatkan kemahiran akedemik
Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
Meningkatkan kemahiran bermuzik.
Meningkatkan kemahiran berseronok.


Kekurangan terapi muzik

Terapi muzik yang berkesan membolehkan murid khas yang mempunyai masalah atau
tekanan berjaya keluar dari kongkongan yang datang dari dirinya sendiri, orang lain
atau persekitaran. Terapi muzik yang digunakan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam membantu murid meredakan
keadaan yang mereka alami.

Walaubagaimana pun, terdapat kekurangan dalam terapi muzik dan nyanyian ini iaitu
perbezaan individu murid yang mempunyai cita rasa muzik yang berbeza. Contohnya
dalam satu kelas, terdapat murid menyukai irama dan melodi yang lembut dan ada
yang menyukai muzik lantang. Perkara ini sedikit sebanyak menggangu proses
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan berkemungkinan besar objektif tidak
pengajaran tidak akan tercapai.

Terapi muzik juga tidak dapat menolong murid sepenuhnya menghilangkan tekanan
yang mereka hadapi di mana terapi muzik ini hanya tertumpu dan berfokus kepada
sesetengah tekanan. Walaupun terapi muzik lebih tertumpu kepada masalah yang
ringan atau berat namun ia tidak memberi jaminan bahawa sesi terapi yang dijalankan
akan menyelesaikan masalah dan tekanan yang dihadapi oleh murid.











Tajuk: Terapi Alternatif (Terapi Snoezelen)

Snoezelen atau 'controlled multisensory stimulation' adalah terapi stimulasi multisensori yang
digunakan sebagai terapi untuk murid pendidikan khas. Terapi ini dirancang khas untuk
memberi rangsangan pada pelbagai pancaindera dengan menggunakan kesan lampu, warna,
suara, muzik dan bau.

Ruang terapi snoezelen menyediakan suasana yang menyenangkan dan menenangkan kepada
murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh
guru dalam terapi snoezelen ialah:
berbaring, bermain dan memeluk bantal
menikmati berayun di kursi gantung
mendengar muzik lembut sambil berkhayal
membuat suara-suara lucu dengan alat khusus yang disediakan
bermain dengan tangga atau cermin
memperhatikan pola lampu warna-warni dan berkelap-kelip
memperhatikan gelembung-gelembung warna bergerak-gerak di dalam tabung
gelembung.
menyelam di dalam kolam mandi bola

Tujuan terapi Snoezelen.
Pergerakan motor kasar dan halus
Kognitif dan konsep asas
Psikososial
Kemhiran hidup dan vokasional

Masalah Pelaksanaan
Kos kewangan yang tinggi
Kesukaran untuk mendapatkan peralatan
Kepakaran yang terhad
Penyelenggaraan yang berjadual
Memerlukan kawasan yang besar dan luas
Memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada ibubapa, guru dan murid
Tidak dapat diaplikasikan di rumah
Cadangan penambahbaikan
Sokongan dan kerjasama ibubapa dan pelbagai disiplin
Mematuhi rutin dan jadual secara tetap
Mendapatkan bantuan kewangan yang secukupnya
Mempelajari kepakaran daripada pakar-pakar yang berkaitan
Susun atur bilik ynag kondusif



Tajuk: Terapi Hidro

Pemilihan program rekreasi renang / hidroterapi bagi murid-murid Program Pendidikan Khas
adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti
dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain. Program yang dirancang
biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan
bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut
berukuran 1 meter.

Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor
kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air
didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain
daya apungan air sahaja.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada
permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini
dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang
lebih dalam. Secara tidak langsung ianya telah melatih membina keyakinan diri murid-murid
"water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan
fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan
daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

Kepentingan hidroterapi
Hidroterapi merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk
mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan
spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal. Antara kepentingan hidroterapi ini
ialah:

Menghilangkan tekanan.
Keupayaan berkomunikasi.
Simulasi sistem otak.
Bina keyakinan diri.
Kreativiti.
Kawalan diri.
Latihan Social skill.
Merangsang pertuturan.
Melatih sikap bekerjasama.
Meningkatkan kesabaran.
Pengamatan.
Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain.
Latihan daya kepimpinan.
Manipulasi tangan dan jari-jemari.
Daya konsentrasi.
Pembentukan body image.
Peningkatan self-esteem.

Panduan keselamatan

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid berkeperluan khas ini, faktor yang
paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor
keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual
murid-murid tersebut.
i). Ketidakupayaan fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam.
Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan
kepala berada di atas paras air. Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan
sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid
sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan
takut. Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka
hendak masuk ke dalam air. Eye Contact boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan
hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii). Ketidakupayaan Intelektual
Ketidakupayaan intelek juga dialami di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan
maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru
perlulah ringkas dan tepat. Terdapat murid berkeperluan khas yang kurang persepsi kemahiran
motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat
dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Harus diingat bahawa murid-murid berkeperluan
khas tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau
ketika mereka mungkin boleh menguasainya.


Jenis-jenis kolam hidroterapi







Peralatan hidroterapi














Tajuk :Terapi Fisio

Definisi terapi fisio atau terapi fizikal berdasarkan kamus perubatan Mosby (2001) ialah rawatan
ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan
kaedah seperti berikut:

Mengurut.
Manipulasi.
Latihan teraputik
Penyejukan dan pemanasan
Terapi hidro.
Ransangan menggunakan elektrik.
Ransangan menggunakan cahaya.

Aktiviti Fisio untuk murid pendidikan khas
Aktiviti fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran dan boleh diperolehi di pusat-
pusat perubatan. Namun demikian, terapi fisio yang mudah masih boleh dilaksanakan
berdasarkan masalah pembelajaran di sekolah. Antaranya ialah:
Mengurut.
Merenyuk.
Mencubit.
Menguli.
Mengoyak.
Menggentel.
Menggunting.
Mencabut.
Menggenggam.
Menggaru.
Memicit.

Latihan yang berpusatkan psikomotor kasar:
Melambung
Membaling
Menyambut
Menolak
Menarik
Melompat
Menendang
Memukul
Berlari
Berjalan

Latihan imbangan:
Berdiri di atas kerusi
Berjalan di atas tali
Membawa buku di atas kepala
Membawa bola ping pong dengan sudu
Berdiri sebelah kaki

Latihan kordinasi:
Melambung dan menyambung bola berbagai saiz
Memasukkan jarum ke dalam lubang manik

Rawatan kebiasaan yang ditawarkan
Terapi senaman
Perawatan elektrofizikal
Shortwave diactomy, Interferrential therapy, TENS, Ultrasounds dan Hot
Teknik-teknik khas contoh; mobilisasi sendi.

Masalah dalam perlaksanaan Terapi Fisio
Masalah masalah yang dihadapi dalam melaksanakan aktivti terapi fizikal terdiri daripada
pihak guru, murid dan ibubapa. Majoriti guru-guru pendidikan khas menghadapi dilema dalam
menjalankan aktiviti terapi kerana kurang kepakaran. Persepsi pihak sekolah dan ibu bapa
dengan melihat secara negatif menguasai kebimbingan dan ketakutan yang anak mereka akan
cedera kerana menjalankan aktiviti terapi. Bagi satu pihak lain kegiatan aktiviti ini dianggap
seperti bermain-main dan guru dianggap tidak menjalankan proses pengajaran dengan betul.

Selain daripada itu guru juga tidak mempunyai masa yang cukup untuk menjalankan sesi terapi.
Aktiviti ini memerlukan masa yang panjang mengikut tahap keupayaan murid. Murid tidak boleh
dipaksa menghabiskan aktiviti pada waktu yang ditetapkan atau dipaksa melakukan
aktivti yang tidak boleh mereka lakukan. Kebanyakan ibu bapa tidak memberikan kerjasama
yang secukupnya dan tidak komited dalam usaha-usaha memulihkan anak mereka. Guru sukar
memberikan tumpuan kepada murid dan aktiviti terapi kerana murid selalu tidak hadir ke
sekolah.

Keberkesanan aktiviti terapi tidak dapat dilihat dan dinilai dengan baik kerana murid itu sendiri
kadang-kadang tidak memberikan kerjasama kepada guru. Masalah yang paling kritikal bagi
guru ialah tiada tempat yang sesuai dan kekurangan keperluan alatan. Kebanyakan pihak
pentadbir kurang memberikan kerjasama dalam memenuhi keperluan murid pendidikan khas.

Masalah juga dapat dilihat pada diri murid itu sendiri terutama yang mengalami gangguan
emosi dan tingkah laku. Adakalanya murid terlalu sukar dikawal dan terlalu aktif apabila
melibatkan beberapa peralatan. Latihan yang berterusan mendatangkan rasa jemu dan bosan
dalam diri murid-murid pendidikan khas. Mereka tidak nampak atau tahu tujuan mereka
menjalankan aktiviti terapi. Oleh yang demikian sikap tidak memberikan kerjasama dan
perhatian kepada guru merupakan antara kekangan yang sukar guru atasi. Dalam masa yang
sama ada juga murid yang mengalami masalah kesihatan dan dibimbangkan aktivti yang
dijalankan memberi kesan yang tidak baik kepada mereka. Oleh itu guru perlu merujuk kepada
laporan perubatan mereka terlebih dahulu dan mengenalpasti masalah yang akan timbul jika
menjalankan aktiviti terapi. Kerencatan mental yang dialami oleh murid menyebabkan murid
sukar memahami arahan dan maksud guru atau ahli terapi sampaikan. Masalah
perkembangan bahasa yang mereka alami lebih menyukarkan kerana kebanyakan mereka
tidak boleh memberikan tindak balas yang betul.

Sikap ibu bapa juga dilihat memberikan sedikit sebanyak kekangan kepada program terapi ini.
Majoritinya tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mendapat pendedahan keperluan terapi
bagi anak-anak mereka. Kebanyakkan mereka tidak berminat dan tidak mahu mengikuti
perkembangan anak mereka . Persepsi melingkari kehidupan mereka bahawa anak-anak
berkeperluan khas ini tidak akan berubah sampai bila-bila. Ketidaksanggupan ibu bapa
meluangkan masa bersama semasa sesi terapi juga mempengaruhi sikap anak-anak mereka.
Kebanyakan ibu bapa tidak menjalankan sesi terapi di rumah hanya mengharapkan semata-
mata di hospital sahaja dan bergantung kepada guru sahaja. Ibu bapa tidak membarikan
kerjasama dan tidak berusaha sebaik mungkin untuk mengubah kehidupan anak mereka.
Keengganan mempelajari teknik-teknik terapi dengan betul menyebabkan anak-anak mereka
terus terbiar.

Pengetahuan yang rendah dalam kalangan ibu bapa sendiri menyebabkan ahli-ahli terapi sukar
untuk berinteraksi dengan baik. Ini ditambah lagi dengan masalah kewangan dan pendapat
yang rendah menjadi halangan kepada mereka meneruskan aktiviti terapi mengikut jadual yang
telah ditetapkan.

Antara yang menjadi halangan dalam menjayakan aktiviti terapi ialah keperluan kawasan yang
sesuai dan kondusif. Masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera kerana kebanyakan
disekolah semua kelas digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang
demikian guru perlu mencari alternatif lain bagaimana hendak menjalankan sesi terapi yang
sesuai dengan keperluan sedia ada. Tambahan pula kesukaran mendapatkan alatan yang
sesuai terutama sekali yang berkaitan dengan terapi snoezolen. Ada sebahagian alatan yang
diperlu diimport dari luar negara dan ianya juga memerlukan perbelanjaan yang sangat besar.

Cadangan penambahbaikan
Merujuk kepada permasalahan yang dihadapi ada beberapa cadangan yang dikemukan agar
segala kekurangan yang ada dapat diperbaiki dari masa ke semasa. Antaranya ialah
mengadakan lawatan ke pusat-pusat terapi supaya guru dan ibu bapa mendapat pengetahuan
dan kemahiran mengenai terapi. Melalui sesi ini ibu bapa dan guru dapat berkolaborasi
bersama ahli-ahli terapi. Mereka dapat berbincang dan mengemukakan permasalahan yang
tentunya boleh diselesaikan secara terus. Pengetahuan dan kemahiran inilah akan memberi
impak kepada pihak sekolah apabila ibu bapa menyumbang tenaga dan kewangan atas
sebarang usaha yang boleh memulihkan dan merawat anak mereka. Kerjasama kedua-dua
pihak sangat penting untuk mencari dana dan kewangan bagi menampung segala kos
perbelanjaan terapi di sekolah. Meskipun kesukaran mendapat bilik yang sesuai dan kondusif .
Dengan dana yang ada kesemua pihak mampu merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti
yang lebih mencabar dan kreatif.


Komitmen guru memerlukan sokongan dan pengorbanan dari ibu bapa dalam kesepakatan dan
bekerjasama membina satu komuniti yang boleh memberi kesedaran kepada masyarakat
menyediakan ruang-ruang yang membolehkan aktiviti ini dijalankan berpersatuan. Sekurang-
kurangnya dapat menyakinkan ibu bapa dan percaya bahawa terapi merupakan satu aktiviti
penting dalam hidup mereka. Secara tidak langsung ibu bapa tidak akan berputus asa.
Mereka sentiasa positif menghantar anak-anak mereka ke sekolah dengan yakin dan melalui
aktiviti yang dikelola oleh guru dan pihak sekolah anak mereka akan ada penambaikan. Guru
pula perlu menceburi bidang ini dengan lebih mendalam kerana pengetahuan dalam terapi
sangat penting. Seminar atau kursus boleh dijalankan bagi meningkatkan lagi
profesionalisma guru .

Ibu dan guru perlu memikirkan satu kaedah bagi mengekalkan minat murid untuk datang ke
sekolah dan berminat menjalankan sesi terapi di sekolah atau di pusat-pusat terapi. Aktiviti
yang dirancang perlu lebih menarik dan meransang mereka untuk menjalani aktiviti terapi
secara sukarela.

Semua pihak perlu berkerjasama dengan baik dan menyusun jadual-jadual yang sesuai dengan
keperluan semua orang dan memastikan jadual tersebut dapat dipatuhi dengan sebaiknya.
Terapi sangat memerlukan disiplin yang tinggi kerana akiviti ini bukan sahaja perlu dijalankan
sekali dua sahaja bahkan secara berterusan.














Tajuk: Terapi Cara Kerja

Turner, Foster dan Johnson (2002) mendifinasikan terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti
yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan
atau kecacatan keatas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua
peringkat umur.

NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup
seseorang. Ia tertumpu kepada memperbaiki kualiti hidup kebolehan menjalankan akticiti hidup
seharian, penjagaan diri dan kemandirian ditempat kerja dan riadah.

Objektif terapi cara kerja ialah:
Membolehkan murid pendidikan khas mengurus kehidupan seharian dengan baik
Memulihkan anggota badan yang lemah supaya dapat berfungsi dengan baik
Membolehkan individu berdikari dalam melakukan kerja seharian

Kepentingan terapi ini ialah:
Membantu murid khas menguasai kemahiran motor halus dengan baik
Meningkatkan kemampuan murid khas untuk melakukan sesuatu dengan otot-otot kecil
yang ada.
Meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan keatas murid
khas yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur

Aktiviti cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja.
Peralatan untuk menjalankan aktivti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat
perubatan dan pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun begitu, terapi cara kerja yang mudah
boleh juga dilakukan dengan murid yang bermasalah pembelajaran di sekolah. Antaranya:
Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran hidup
Latihan pravokasional
Latihan aktiviti membuka dan memasang alatan
Latihan aktiviti berkaitan dengan kemahiran manipulatif



Masalah yang dihadapi dalam terapi ini ialah:
i). Tidak mendengar arahan
berlaku terutamanya pada murid autisme dan hiperaktif. Tumpuan jangka pendek
menyukarkan pakar terapi atau guru untuk menarik perhatian mengikut masa yang
diperuntukkan.
Murid tidak faham arahan yang diberikan oleh guru

ii). Emosi terganggu
Murid enggan melibatkan diri dan mudah asa dengan terapi yang diberikan
Murid menangis apabila diberikan tugasan
Bergantung pada persekitaran di rumah

iii). Kemudahan berbeza mengikut sekolah
Sekolah tidak mempunyai prasarana yang lengkap untuk terapi cara kerja

iv). Sensory integration problem (masalah dalam sentuhan)
Murid enggan disentuhatau trauma apabila disentuh oleh orang yang tidak dikenali
Murid memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan ahli terapi atau guru
Menjerit apabila disentuh

v). Berkhayal
Murid yang mempunyai masalah autisme biasanya akan berkhayal apabila diberikan
tugasan dan lebih suka hidup dalam dunianya sendiri.

Cara mengatasi masalah ialah:
i). Teknik arahan bermakna
Elakkan daripada menggunakan perkataan yang menjurus kepada arahan. Contohnya:
arahan membasuh rambut, ajar murid memegang tuala dengan kuat kemudian
timbulkan persoalan:kenapa ya?

ii). Masalah dalam sentuhan
Latih murid untuk berkongsi barabg dengan menyediakan dua barang dan biasakan
untuk bertukar-tukar barang dengan rakan yang lain.
Galakkan untuk berkongsi supaya murid belajar menyentuh barangan rakan yang lain.
Persekitaran perlu dipelbagaikan teksturnya seperti lantai kasar dan lembut.

iii). Emosi terganggu
Tinggalkan aktiviti dengan murid bersendirian dan lakukan pemerhatian dari jauh.
Beri ganjaran sebaik terapi dijalankan oleh murid
Memaksa murid melakukan terapi tetapi mesti dilakukan secara berhemah peringkat
demi peringkat.

iv). Kemudahan perlu dipelbagaikan
Guru tidak perlu menunggu peruntukan bahan bantu belajar, sebaliknya menggunakan
kreativiti mencipta BBB
Guru perlu berkolaborasi dengan pakar terapi berkaitan dengan aktiviti yang patut
dilaksanakan.

Cara pelaksanaan terapi cara kerja
Terapi cara kerja merupakan aktiviti yang menjurus kearah membantu individu
bermasalah dari aspek fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima
yang mungkin.
Aktiviti berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk
membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya.
Guru Pendidikan Khas boleh menerapkan terapi cara kerja kepada murid khas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.
Diharapkan dengan terapi yang dijalankan, murid-murid dapat menjalani kehidupan
dengan lebih tersusun dan sempurna.










Tajuk: Terapi Pertuturan

Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang
individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal
kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk
membantu individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk
meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol
bergambar.

Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang
mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk
membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi
masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan
perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu.

Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu
murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan
lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

Kepentingan Terapi Pertuturan ialah:
i). Murid menguasai kemahiran tertentu
Terdapat beberapa kepentingan terapi pertuturan ini antaranya ialah melatih murid khas
untuk menguasai kemahiran tertentu. Sebagai contoh, jika terapi pertuturan dijalankan,
kita dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur khususnya. Murid akan
dapat bertutur dengan lebih baik dari semasa ke semasa jika terapi ini terus dijalankan.

ii). Membantu murid menghasilkan bunyi bahasa
Terapi pertuturan membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa yang lebih
bermakna. Kebanyakkan murid yang mengalami masalah pertuturan akan
mengeluarkan bunyi yang kurang difahami oleh orang lain. Dengan pelaksanaan terapi
pertuturan, murid dapat menghasilkan bunyi bahasa yang lebih bermakna.



iii). Meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial.
Terapi pertuturan meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan orang
lain. Sebagai contoh, jika murid yang mengalami masalah pertuturan, sifat rendah diri
mereka untuk bergaul dengan orang lain akan kurang. Apabila mereka dapat bertutur
walaupun bukan sepenuhnya, tahap keyakinan mereka untuk bergaul dengan orang lain
akan meningkat. Selain itu, tahap kognitif mereka juga akan meningkat daripada
pengalaman bergaul denga orang lain.

iv). Meningkatkan tahap keupayaan murid
Hal ini bermaksud, tahap keupayaan murid khususnya bertutur akan lebih
meningkat. Sebagai contoh, apabila murid yang mengalami masalah pertuturan dapat
bertutur, hal ini akan memberi kesan positif dalam diri murid termasuk tahap keupayaan
murid dalam bidang lain seperti pelajaran.

v). Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
Terapi pertuturan ini dapat membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan
meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah
pertuturan. Sebagai contoh, apabila terapi pertuturan dilakukan, secara langsung alat-
alat pertuturan seperti mulut, lidah, gigi dan gusi akan bergerak dan bertindak balas
antara satu sama lain.
Hal ini akan membantu murid-murid bertutur dengan cara yang lebih baik dan
berkesan. Selain itu, apabila murid-murid sudah mula menggunakan alat-alat pertuturan
dengan betul, hal ini akan membantu murid-murid berkomunikasi dengan lebih baik.

vi). Membantu murid menyampaikan maklumat kepada individu lain
Terapi pertuturan ini dapat membantu murid-murid menyampaikan maklumat dengan
betul kepada orang lain dan meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul.
Sebagai contoh, apabila murid-murid bermasalah pertuturan sudah mula pandai
bertutur, mereka akan meluahkan perasaan mereka dengan orang yang
bersesuaian. Apabila mereka mahu makan, mereka akan beritahu dan tidak terus
mencapai makanan yang mereka mahu.



vii). Membantu meningkatkan kemahiran sosial
Hal ini bermaksud, terapi pertuturan akan meningkatkan kemahiran sosial murid-
murid. Murid-murid akan tahu kemahiran sosial dengan lebih baik. Sebagai contoh,
mereka akan tahu cara untuk bercakap pada tempat dan situasi yang sesuai. Hal ini
juga bermaksud, mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan mudah dan lebih baik
apabila bergaul dengan orang lain.

viii). Memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
Hal ini bermaksud, murid-murid akan dapat meingkatkan diri dalam hidup dan dan
dalam pergaulan apabila terapi pertuturan ini berkesan. Sebagai contoh, apabila
mereka dapat bertutur dengan lebih baik, peluang mereka untuk mendapatkan
pekerjaan pada tahap yang lebih tinggi akan wujud dan keyakinan mereka.

Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah:
Wisel
Bola ping pong
Straw
Peniup hari jadi
Lilin
Kertas
Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat menggunakan
mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Antara aktiviti terapi yang boleh
dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah:
Meniup belon dan wisel serta peniup hari jadi
Meniup lilin yang dinyalakan api
Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air
Meniup straw di dalam cawan yang berisi air
Meniup kertas di dalam air.
Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.
Menyedut air menggunakan straw.



Selain itu, banyak alternatif moden yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau merawat masalah
pertuturan kanak-kanak bekeperluan khas. Alat-alat bantuan pertuturan ini kebiasaannya disediakan oleh
pakar pertuturan di hospital tertentu. Antaranya alat terapi dan kaedah yang digunakan ialah:

1. Penilaian awal bahasa dan pertuturan.
Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan dan
bahasa.
2. Set kemahiran mendengar dan bertutur.
Set ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang mengandungi langkah-
langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam mendengar dan bertutur.
3. Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan).
Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai
perkembangan bahasa yang lewat.
4. Kad imbas berlamina.
Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-kanak bagi
merangsang keupayaan bertutur mereka.
5. CD clipart.
Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan untuk menarik
minat kanak-kanak dalam pertuturan.
6. Kad imbas kaedah S.I.
Merupakan kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak dan mudah
dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan bacaan kanak-kanak pada bila-
bila masa dan tempat.
7. Sticker pelbagai warna dan karektor.
Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran.
8. Aktiviti kraf.
Menggunakan pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik, mata, dawai
bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang bertujuan menggalakkan kanak-kanak
sebut dan sentuh.
9. Hand puppet.
Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan kanak-kanak
untuk bertutur.
10. Finger puppet.
Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang pertuturan.
11. Perisian Dr Speech.
Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah
digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.
12. Perisian nasal view.
Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami masalah
sengau dalam pertuturan.
13. Five.
Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar mulut bagi
kanak-kanak hiposensitif.
14. Echo Microphone.
Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat menggalakkan
kanak-kanak mengeluarkan suara.

Cara pelaksanaan terapi pertuturan

i). Melakukan Latihan Senaman Muka
Lidah
Gerakkan lidah ke atas
Gerakkan lidah ke bawah
Gerakkan lidah ke kanan
Gerakkan lidah ke kiri
Mulut
Buka mulut seluas mungkin
Tutup mulut
Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.
Muka
Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.
Kunyah

ii). Kawalan pernafasan
Cara pernafasan menggunakan perut
Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
Latihan hembus kertas
Hembus bola kertas ke arah gol
Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
Tiup buih-buih
Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
Tiup wisel mengikut rentak
Tiup belon mengikut tahap kesukaran

iii). Kawalan suara
Letak tangan di hadapan mulut
Letak belakang tangan di bahagian leher
Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.

You might also like