Definisi: MENERIMA DAN MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG- UNDANG YANG TELAH DITENTUKAN TANPA MENGIRA SESIAPA DAN DI MANA SESEORANG ITU BERADA.
KEMALANGAN JALAN RAYA Nama Ahli:- JAYARAJ MUNIANDY ROHINI SUTHAKARAN Punca-punca kemalangan jalan raya Salah laku jalan raya boleh berlaku dalam pelbagi bentuk dan di mana sahaja. Secara kasarnya ia boleh dibahagi kepada 3 kategori yang besar iaitu Kecuaian memandu
Memandu secara terburu-buru
Keganasan jalan raya
Kecuaian memandu bermaksud kelalaian atau ketidakberhati-hatian yang dilakukan semasa memandu. Perkara ini merupakan satu salah laku kerana perlakuan ini boleh menyebabkan kecelakaan kepada diri pemandu itu sendiri dan juga kepada pengguna jalan raya yang lain. Maka dari etika , perlakuan ini menepati kriteria sebagai satu kesalahan kerana ia membawa kepada lebih keburukkan daripada kebaikan
Kecuaian memandu secara kasarnya berlaku daripada tiga punca, iaitu: Tekanan jiwa
Memandu sambil buat kerja lain
Kemabukan Memandu secara terburu-buru bermaksud memandu dalam gaya yang cepat dan bergegas-gegas. Perkara ini boleh ditafsir sebagai satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan J alan (APJ ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya. Pemandu yang suka akan akan gaya memandu sedemikian biasanya menghadapi masalah dalam keperibadian diri mereka. Keperibadian mereka sebenarnya telah tercemar oleh sikap buruk seperti di bawah: Menunjuk-nunjuk
Kecetekan melayan nafsu sensasi
Tidak menghargai nyawa
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KEMALAGAN JALAN RAYA Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Pihak polis juga perlu mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama pada musim perayaan. Pihak polis trafik juga patut memasang kamera perangkap kelajuan. Ia patut dipasang di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. KESAN-KESAN KEMALANGAN JALAN RAYA Membawa maut kepada pengguna jalan raya.
Kesesakan jalan raya.
Kadar kematian meningkat.
Kehilangan nyawa orang tersayang.
> Kandungan alkohol dalam pernafasan Kesalahan Seksyen/Peraturan = Seksyen 45B Hukuman Seksyen/ Peraturan = Seksyen 45B(4) Kadar Kompaun = Mahkamah Tidak boleh mengawal kenderaan ketika memandu Kesalahan Seksyen/Peraturan = K.17 RTR Hukuman Seksyen/ Peraturan = Seksyen 119(2) Kadar Kompaun = RM 300.00 Menggunakan telefon bimbit ketika memandu Kesalahan Seksyen/Peraturan = K.17(A) RTR Hukuman Seksyen/ Peraturan = K.17(A)(2) RTR Kadar Kompaun = RM 300.00 Melebihi had laju yang dibenarkan Kesalahan Seksyen/Peraturan = Seksyen 40(1) Hukuman Seksyen/ Peraturan = Seksyen 40(1) Tidak memakai tali pinggang keselamatan Kesalahan Seksyen/Peraturan = K.4 MV(SS78(P.U.A/378/78) Hukuman Seksyen/ Peraturan = Seksyen 119(2) Kadar Kompaun = RM 100.00
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu kami berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Kami juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak hadir pada hari ini. Sebelum kami mengundurkan diri besarlah harapan kami agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih