You are on page 1of 10

1.

0 PENULISAN PROJEK (INDIVIDU)


Definisi bahan manipulatif
Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik di sekolah
rendah menggunakan bahan manipulatif seharusnya menjadi suatu kemestian.
Ramai dalam kalangan pendidik khususnya guru matematik mengakui hakikat
bahawa bahan manipulatif adalah kunci penting kepada pengajaran kepada kanak-
kanak. Perkara ini didasari oleh teori Jean Piaget, seorang ahli psikologi dan
falsafah yang banyak mengkaji dan membahaskan ilmu berkaitan tahap kognitif
kanak-kanak. Menurut Piaget (1952) kanak-kanak memerlukan pengalaman konkrit
untuk memahami istilah matematik dan simbol matematik. Hal ini kerana, murid-
murid sekolah rendah masih berada dalam peringkat operasi konkrit di mana
pemikiran abstrak dan hypotetikal mereka masih belum terbina sepenuhnya.
Peringkat operasi konkrit adalah dalam peringkat umur 7 tahun hingga 11 tahun iaitu
julat umur bagi kebanyakan murid-murid sekolah rendah. Pemikiran hypotetikal ialah
pemikiran di mana seseorang itu berfikir berdasarkan situasi atau idea yang boleh
diimaginasi berbanding yang realistik dan benar. Daya imaginasi pada peringkat
kanak-kanak adalah lebih rendah berbanding orang lebih dewasa.
Menurut Heddens (2005) bahan manipulatif ialah model konkrit yang
melibatkan konsep matematik, menarik kepada beberapa deria serta boleh
disentuh dan digerakkan oleh murid-murid. Pada masa sekarang, bahan
manipulatif digunakan dalam pengajaran matematik telah diterima yang boleh
diguna pakai sebagai satu kaedah yang akan membantu murid-murid belajar
matematik dengan lebih bermakna. Pendek kata, bahan manipulatif membantu
murid-murid membina imej mental yang lebih jelas untuk memahami idea-idea dan
konsep-konsep matematik (Weiss, 2006).





Rajah 1: Guru boleh mengajar
konsep menggunakan takrif
rajah sebagai perwakilan
fizikal atau bahan manipulatif
pada peringkat operasi konkrit
Sementara itu, menurut Swan dan Marshall (2010) bahan manipulatif
matematik merupakan objek yang dikendalikan individu melalui deria yang
mana pemikiran matematik dapat dipupuk dalam keadaan individu itu sedar
atau tidak sedar. Deria yang digunakan termasuk deria sentuh dan lihat. Oleh yang
demikian, bahan manipulatif matematik boleh mendorong ke arah kesedaran,
pembangunan konsep dan idea yang dikaitkan dengan matematik sementara setiap
bahan manipulatif yang direka adalah untuk tujuan tersendiri. Antara bahan
manipulatif yang terkenal ialah Attribute Blocks, Base Ten blocks, Cuisenaire
rods, Multilinks cubes, Pattern Blocks, Polydrons/Geoshapes, square tiles dan
Unifix cubes. Kesemua bahan manipulatif ini mempunyai fungsi tersendiri untuk
konsep matematik yang berlainan.
Terdapat juga sebilangan sarjana yang berpendapat abakus, kalkulator dan
carta pecahan sebagai sebahagian daripada bahan manipulatif matematik. Hal ini
kerana mereka beranggapan bahawa penggunaan kalkulator sebagai bahan
manipulatif dapat meneguhkan sesuatu konsep empat operasi asas yang telah diajar
kepada murid. Simbol-simbol yang terdapat pada kalkulator boleh mewakili konsep
operasi asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi yang mana dapat
mengukuhkan konsepsual matematik. Walaubagaimanapun hal ini adalah tidak
benar kerana abakus dan kalkulator ialah alat pengiraan manakala carta
pecahan (fraction chart) pula diklasifikasikan sebagai alat bantu mengajar.
(Swan dan Marshall, 2010). Namun begitu abakus, kalkulator dan carta pecahan
boleh digunakan bagi menyokong dan membantu pengajaran dan pembelajaran
(P&P) matematik kerana alat-alat tersebut diakui sebagai sebahagian daripada
resos matematik.






Rajah 3: Jerome Seymour Bruner Rajah 2: Jean Piaget
Pada tahun 1973, Jerome Seymour Bruner telah melakukan suatu
pemerhatian di sebuah sekolah. Bruner ialah seorang ahli psikologi yang banyak
memberi sumbangan yang signifikan terhadap bidang psikologi kognitif manusia
dan teori pembelajaran kognitif. Dalam kajiannya itu, beliau telah memperhati kanak-
kanak menggunakan bahan manipulatif konkrit dan menyedari terdapat satu proses
di mana murid membina pengetahuan konsep matematik di dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) tersebut. Pemerhatian beliau bermula apabila guru
menunjukkan contoh-contoh bagaimana untuk menggunakan bahan manipulatif itu.
Setelah itu, kanak-kanak mengaplikasikan bahan manipulatif tersebut.
Kemudiannya, kanak-kanak itu diminta untuk tampil ke hadapan melukis gambar
tentang konsep dan menulis penjelasan apa yang difahaminya di papan hitam.
Melihatkan kepada tingkah laku kanak-kanak tersebut, Bruner berpendapat kanak-
kanak tersebut telah memahami konsep matematik yang difahami dalam mentalnya
(abstrak) dan dapat pula menjelaskan dalam bentuk lukisan (konkrit). (Kosko dan
Wilkins, 2010, p. 79). Di sini dapat difahami bahawa bahan manipulatif ialah bahan
yang merapatkan jurang idea matematik abstrak dengan idea matematik
konkrit supaya murid mahir atau matang dalam ilmu matematik. (Frank, 2012).





Rajah 4: Dua jenis teknologi yang berbeza tetapi mempunyai fungsi
yang sama. Kedua-dua alat untuk pengiraan ini dapat membantu
pengajaran dan pembelajaran (P&P) namun begitu kedua-duanya juga
tidak diklasifikasikan sebagai bahan manipulatif. Kalkulator (gambar
pertama) berperanan sebagai medium kepada bahan manipulatif maya
manakala abakus (gambar kedua) berfungsi sebagai medium kepada
bahan manipulatif fizikal.


Selepas meneliti semua aspek, bahan manipulatif dapat disimpulkan sebagai
alat atau bahan yang bersifat konkrit atau maujud yang melibatkan
penggunaan tangan murid-murid dengan cekap terhadap objek yang dapat
dipegang dan dimanipulasi untuk membantu murid-murid peringkat pra
operasi membina pengetahuan dan konsep matematik secara langsung atau
tidak langsung. Guru boleh membiarkan murid-murid menggunakan bahan
manipulatif secara langsung untuk bermain, meneroka, membina, menguji dan
membilang dengan harapan murid-murid tersebut dapat menguasai konsep
matematik dengan lebih baik. Contoh lain bahan manipulatif fizikal selain di atas
yang boleh didapati dengan mudah dari persekitaran ialah butang baju, bongkah
kayu, batu, penutup botol, guli dan lain-lain.










Rajah 5: Attributes block adalah
satu jenis bahan manipulatif untuk
menyediakan tugas-tugas yang
mencabar dan berstruktur yang
dikaitkan dengan identifikasi sifat.
Murid boleh membentuk sifat
seperti muka manusia daripada
blok-blok bentuk matematik ini
Rajah 6: Gamabar satu ialah
contoh Unifix Cubes. Gambar
dua menunjukkan kanak-
kanak meneroka dan bermain
sendiri Unifix Cubes. Unifix
Cubes berwarna warni, kiub
saling pautan yang dapat
membantu kanak-kanak
berumur 4 tahun ke atas
belajar matematik awal dan
membaca konsep matematik.
Definisi bahan manipulatif maya
Dalam membina ilmu pengetahuan matematik terdapat laluan atau kaedah
alternatif yang boleh digunakan selain bahan manipulatif iaitu menggunakan bahan
manipulatif maya sebagai salah satu kaedah pengajaran matematik masa kini.
Bahan manipulatif maya diakui dapat memberi kesan yang sama kepada murid iaitu
P&P yang lebih bermakna. Bahan manipulatif maya boleh didefinisikan sebagai satu
interaktif, berasaskan laman sesawang yang menunjukkan visual objek yang
dinamik yang digunakan untuk membina pengetahuan matematik. (Moyer et al.,
2002, p.373).
Bahan manipulatif maya juga dapat didefinsikan sebagai replika yang betul
kepada bahan manipulatif konkrit dan diletakkan dalam internet dalam bentuk
aplikasi computer untuk membina pengetahuan matematik (Moyer, Bolyard &
Spikell, 2002). Ramai penyelidik percaya yang bahan manipulatif maya mempunyai
keupayaan dan potensi untuk menangani kebanyakan kelemahan utama dalam
menggunakan bahan manipulatif fizikal dalam P&P. (Clemets & Sarama, 2005;
Moyer, Niezgoda, & Stanley, 2005; Yuan Lee, & Wang, 2010). Bahan manipulatif
maya mempunyai banyak kelebihan seperti keupayaan interaktiviti, pengubahan,
perwakilan yang fleksibel, sumber yang tidak terhad, dan mudah untuk dibersihkan.
Banyak kajian yang menunjukkan bahan manipulatif menyediakan kelebihan yang
unik dan boleh menjadi lebih efektif berbanding bahan manipulatif fizikal dalam
menyokong pembelajaran. (Wright, 1994; Clements & Sarama, 1998; Suh & Moyer,
2007).
Sementara itu, tidak semua perisian komputer yang berkaitan dengan
pembelajaran itu adalah bahan manipulatif maya. Hal ini kerana perisian-perisian
seperti Mathdisk, Geogebra dan MathXpert berfungsi sebagai medium kepada
penyampaian bahan manipulatif maya. Perisian-perisian sebegini adalah platform
kepada terbentuknya bahan manipulatif maya melalui kaedah-kaedah tertentu yang
boleh dijadikan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) . Penggunaan
perisian-perisian ini dalam P&P diperlukan untuk mencetuskan pengajaran yang
lebih bermakna, menarik minat dan menyeronokkan di samping memudahkan
proses pembinaan konsep matematik dalam mental murid.
Bahan manipulatif maya adalah sama dengan bahan manipulatif fizikal seperti
Attribute Blocks, Base Ten blocks, Cuisenaire rods, Multilinks cubes, Pattern Blocks,
Polydrons/Geoshapes, square tiles dan Unifix cubes tetapi direka dalam bentuk
maya dalam komputer. Dalam perkataan yang mudah, bahan manipulatif maya
adalah juga bahan manipulatif fizikal tetapi diterjemah atau ditukar ke dalam bentuk
perisian komputer dan kebanyakkan boleh didapati di internet.











Dapatlah disimpulkan di sini bahawa bahan manipulatif maya adalah bahan
manipulatif konkrit yang ditransformasikan atau diterjemahkan dalam bentuk
visual iaitu bentuk maya, diletakkan di dalam internet, digunakan secara
fleksibel dalam bentuk perisian komputer dan dapat dimanfaatkan untuk
membina pengetahuan matematik dan membantu murid memahami idea dan
konsep matematik. Contoh bahan manipulatif maya ialah Geometry applet yang
menyediakan pengalaman dinamik dalam geometri 3 dimensi (Joyce, 2005);
Algebra tiles memberi peluang kepada pengguna untuk menyiasat konsep dan
hubungan dalam algebra (Texas A.2005); dan Base ten blocks activities yang
membantu pengguna untuk mendapat pemahaman tentang nilai tempat dan operasi
(Mankus, 2005) secara interaktif.

Rajah 7: Gambar satu ialah rod
cuisanaire, gambar dua pula ialah
base 10 block, dan gambar ketiga
ialah tangram puzzles. Di dalam
dunia komputer, ketiga-tiga bahan
manipulatif fizikal ini menjadi bahan
manipulatif maya yang lebih
fleksibel, boleh dimanipulasi tanpa
had dan dapat memberi
pemahaman konsep yang lebih
menyeluruh tanpa halangan seperti
yang berlaku dalam dunia realiti.
Peranan bahan manipulatif dan bahan manipulatif maya dalam mewujudkan
P&P yang bermakna
Apabila seseorang guru menggunakan bahan manipulatif sebagai alat kognitif
seharusnya guru tersebut dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) selain menggalakkan murid untuk sentiasa mengekalkan maklumat yang
diperolehi dalam ingatannya. Ia adalah diakui bahawa penggunaan bahan
manipulatif bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian murid tetapi
meningkatkan kefahaman konsepsual dan kemahiran penyelesaian masalah
mereka. Bahan manipulatif memberikan pengalaman konkrit, pengalaman
hands-on yang mana dapat menfokuskan perhatian dan menguatkan motivasi
murid. (Durmas dan Karakirik, 2006). Apa yang dimaksudkan di sini ialah bahan
manipulatif dianggap sebagai alat yang dapat memberi murid pembelajaran secara
konkrit, menyediakan peluang kepada murid untuk memanipulasi, menarik perhatian
murid dalam P&P dan dapat meningkatkan minat murid terhadap pengajaran guru
sekaligus merangsang motivasi murid. Di samping itu juga, bahan manipulattif juga
dapat meingkatkan motor halus kanak-kanak dengan aktiviti hands-on.
Selain itu juga, bahan manipulatif juga memberi murid-murid satu cara
untuk memahami konseptual matematik yang abstrak dengan membolehkan
murid-murid menghubungkan konsep tersebut dengan idea konkrit yang
informal. (Uribe-Florez & Wilkins, 2010, p. 363). Apa yang dapat disimpulkan di sini
ialah bahan manipulatif dapat membantu murid memahami idea-idea matematik
yang abstrak dengan membolehkan murid-murid mengaitkannya dengan perkara
atau idea konkrit secara tidak langsung. Berlakunya perkara ini maka P&P yang
dijalankan guru adalah lebih bermakna kepada murid-murid.






Rajah 8: Bahan manipulatif bukan sahaja
memudahkan pemahaman murid terhadap konsep-
konsep matematik tetapi meningkatkan motor halus
murid kerana melibatkan pengalaman hands-on murid
Menurut McKinney, Schiamberg dan Shelton (1998) murid akan berminat
untuk belajar sekiranya mereka berpeluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti
P&P dan perkara ini hanya akan berlaku jika dalam guru menyediakan bahan atau
alat yang berfungsi sebagai bahan manipulatif. Apabila bahan manipulatif disediakan
pembelajaran aktif akan berlaku dan murid akan terlibat dalam P&P secara
langsung. Melalui cara ini, bahan manipulatif akan dapat membangkitkan minat,
rasa ingin tahu, sekaligus disiplin dan sifat kerjasama akan terbentuk dalam
kalangan murid.





Tambahan pula, secara tidak langsung juga bahan manipulatif dapat
mengatasi pelbagai masalah disiplin murid semasa di dalam kelas seperti
mengganggu rakan semasa belajar, tidak menumpukan perhatian dan membuat
salah laku yang lain. Bahan manipulatif berperanan secara tidak langsung dalam hal
ini apabila murid mula menunjukkan minat dan fokus apabila mereka memanipulasi
bahan manipulatif. Hal ini terjadi disebabkan bahan manipulatif itu adalah menarik
kerana mempunyai warna yang pelbagai sebagai contoh Cuisanaire Rods.
Cuisanaire rods memberi peluang kepada murid belajar secara hands-on tentang
konsep matematik seperti 4 operasi aritmetik asas dan perkara berkaitan dengan
pecahan.
Menurut Mok Soon Sang (1996), bahan manipulatif memberi peluang
kepada pelajar memperoleh pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria,
iaitu deria penglihatan, deria sentuh dan deria pendengaran. Bahan manipulatif
merupakan bahan yang boleh merangsang deria manusia dan diaplikasikan dalam
konsep pembelajaran. Kanak-kanak peringkat operasi konkrit sangat memerlukan
bahan manipulatif sebagai bahan rangsangan dalam pembelajaran.
Rajah 9: Pembelajaran secara aktif tidak
membosankan selain dapat meningkatkan
rasa ingin tahu (inkuiri), disiplin dan
kerjasama antara murid. Semua ini dapat
dicapai dengan penggunaan bahan
manipulatif dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Bahan manipulatif maya juga berperanan seperti bahan manipulatif fizikal
kerana bahan manipulatif maya adalah model sebenar bahan manipulatif fizikal.
(Dorwand & Heal, 1999). Bahan manipulatif maya juga menyediakan
persekitaran yang interaktif di mana murid dapat mencari dan menyelesaikan
masalah yang mereka hadapi untuk membentuk hubungan antara konsep
matematik dan operasi. Bahan manipulatif maya juga memberikan maklum balas
segera terhadap jawapan murid-murid yang mendorong murid-murid untuk memberi
reaksi dan reflek bagi membentuk kekonseptualan matematik mereka. Walaupun
bahan manipulatif maya juga adalah simulasi kepada bahan manipulatif fizikal tetapi
ia adalah abstrak kerana tidak berlaku aktiviti hands-on untuk bahan manipulatif
maya. Bahan manipulatif maya juga boleh digunakan secara bergilir-gilir dengan
bahan manipulatif fizikal kerana bahan manipulatif tidak diharapkan untuk
menjadikan konsep matematik boleh disentuh tetapi untuk menyorot (highlight) ciri-
ciri yang menonjol dan penting tentang konsep.
Jadi, ia adalah diperlukan untuk merekacipta bahan manipulatif matematik
yang khusus untuk konsep matematik yang berbeza. Bahan manipulatif maya juga
menyediakan kelebihan yang lebih berbanding bahan manipulatif fizikal
dengan menyingkirkan sekatan dan halangan yang mungkin akan ditempuhi
dalam menjalankan tugasan matematik ketika bahan manipulatif fizikal
digunakan. Sebagai contoh bahan manipulatif maya adalah fleksibel boleh digerak-
gerak dalam pelbagai cara dan kita boleh melakukan apa sahaja tanpa halangan.
Apa yang dapat disimpulkan kebanyakan bahan manipulatif maya adalah lebih
bermanfaat berbanding bahan manipulatif fizikal walaupun kedua-duanya
mempunyai fungsi yang sama. (Yuan, 2012).
Guru perlu bijaksana dan kreatif dalam memilih bahan manipulatif fizikal dan
bahan manipulatif maya kerana kedua-duanya memiliki kekuatan dan kelemahan
tersendiri. Bahan manipulatif maya menjadi pelengkap kepada kelemahan
bahan manipulatif fizikal yang terbatas penggunaannya dan juga tidak
fleksibel. Nanum begitu, bahan manipulatif maya pula tidak dapat menyediakan
pengalaman yang hands-on kepada murid dan perkara ini adalah salah satu
kekuatan bahan manipulatif fizikal.

Kesimpulan
Pada era globalisasi dan teknologi seperti zaman sekarang, guru perlu
memperbanyakkan pembacaan, kajian dan mengambil inisiatif bagaimana untuk
meningkatkan mutu pendidikan negara. Penggunaan bahan manipulatif fizikal dan
bahan manipulatif maya adalah contoh bahawasanya guru perlu proaktif dalam
memainkan peranan sebagai pendidik. Pengajaran dan pembelajaran yang
bermakna bermula daripada seorang guru dan bahan manipulatif hanya dapat
membantu guru tersebut. Selain itu juga guru perlu bijak memilih bahan manipulatif
fizikal atau bahan manipulatif maya kerana kedua-dua bahan perlu digunakan secra
bergilir-gilir bagi melengkapi kelemahan dan kekuatan masing-masing.
Dapat disimpulkan bahawa banyak peranan bahan manipulatif dalam
mewujudkan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dan
berkesan. Guru perlu sedar dan sentiasa memastikan pendidikan yang dibawa
adalah ketinggalan zaman dengan mengamalkan pembelajaran pasif dan
mengabaikan bahan manipulatif sebagai resos matematik yang membantu
pengajaran dan pembelajaran.

You might also like