You are on page 1of 9

GADGET PERKHEMAHAN

GADGET-GADGET PERKHEMAHAN
Peralatan yang dibuat oleh pengakap untuk keselesaan sepanjang masa
perkhemahan.
Buatlah gadget-gadget yang diperlukan sahaja diperingkat awal semasa
perkhemahan.
Mengenal gadget perkhemahan:
o lazimnya gadjet ialah alat yang dibuat atau didirikan semasa perkhemahan
daripada bahan sekitar perkhemahan.
o kedudukan gadjet.
o aktiviti membuat gadjet merupakan pertandingan semasa perkhemahan di antara
patrol.
TUJUAN MEMBUAT GADGET
Meninggikan taraf penghidupan di kem seperti kebersihan, kemudahan dan
keselesaan.
Perekaan membuat gadget disamakan dengan situasi di rumah.
Dalam membina gadget, hendaklah ia mempunyai fungsi.
Dalam membina gadget semangat kekitaan dalam kumpulan dapat diterapkan dan
dipraktikkan.
Semangat pertandingan yang sihat.
Dapat melahirkan idea-idea yang baru.
Feeling of sense of achievement, serta kejayaan dalam menghasilkan gadjet.
Meninggikan mutu perkhemahan.
BAHAN UNTUK MEMBUAT GADGET
Merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan.
Diperbuat dari bahan semulajadi.
Pergunakan dari semua bahagian pokok.
JENIS / CARA MEMBUAT GADGET
Yang boleh dibeli.
Yang dibuat di rumah terlebih dahulu kemudian dibawa ke kem.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari rumah.
Yang dibuat di kem, tetapi bahan dibawa dari luar kem.
Yang dibuat di kem dari bahan semulajadi yang boleh didapati di kawasan kem atau
yang berhampiran.
JENIS-JENIS GADGET
Gadjet kawasan pintu.
Gadjet kawasan tempat tinggal.
Gadjet kawasan pengeringan.
Lain-lain gadjet.

GADGET KAWASAN PINTU
Gadget pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan perkhemahan
iaitu:
o Bahagian pintu hadapan
o Bahagian pagar
o Bahagian pintu belakang
Variasi-Variasi pintu hadapan
o Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
o Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type).
o Pintu gerbang bukan gadjet tetapi projek perintis.
Bahagian Pagar
o Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur dan kemas
dan adanya kawalan keselamatan.
o Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil, pokok
menjalar dan menggunakan batang kayu.
GADGET KAWASAN TEMPAT MEMBASUH
Gadget tempat meletak besen air.
Gadget tempat menyimpan alat pergigian.
Gadget tempat menyimpan sabun.
Gadget mengantung tuala mandi.
Gadget kawasan tempat basuhan.
GADGET KAWASAN TEMPAT TINGGAL
Semua gadget yang dibuat hendaklah diatur / sususn dengan baik, disamping
menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan.
Gadget-gadget yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat
kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gadjet katil, papan kenyataan, buaian,
penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang bendera dan
lain-lain.
GADGET TEMPAT MENJEMUR KAIN
Ampaian yang kekal tidak boleh digerak dibina dikawasan tempat membasuh.
12. GADGET-GADGET LAIN
Buatlah gadjet lain yang mustahak seperti:
o Tiang bendera
o Gadget pembawa barang (Indian Travois)
PENEMPATAN GADGET DALAM KAWASAN PERKHEMAHAN
Berhampiran pintu masuk dirikan gadget Papan Kenyataan, dan tempat letak buku.
14. PRINSIP MEMBUAT GADGET
Gadget yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua
peserta perkhemahan.
Jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh.
Gunakan ikatan yang betul.
Ikatan pada gadjet hendaklah betul.
Gunakan bahan semulajadi.
Gadget yang dibuat boleh digunakan dan bukan untuk pameran.
Gadget mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan.
Gadget yang baik ringkas tetapi praktikal.
Mulakan dengan membuat gadget yang ringkas dahulu.
Fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet.
Gadget direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai.
Buat gadget ciptaan atau rekaan sendiri.
15. SIMPULAN DAN IKATAN DALAM MEMBUAT GADGET
Simpulan dan ikatan perlu diketahui dalam proses membuat gadget, perlu dipelajari
lebih dahulu supaya gadgetnya kekal. Simpulannya perlulah ketat dan kuat.
Ikatan Seraya (Square lashing) mengikat tiang gadjet kerana memberi sokongan
yang kuat pada tiang yang telahg diikat.
Ikatan Serong (Diagonal lashing) mengikat tiang dan juga sebagai penyambung
gadget yang berbentuk serong.
Ikatan Silang Gunting mengikat dua batang kayu bersama, biasanya diikat pada
pintu pagar.
Ikatan Figure of eight lashing mengikat tiga batang kayu bersama, sesuai untuk
pembinaan gadjet berbentuk tiga segi.
Ikatan Ular (Snake lashing) mengikat cara menganyamnya, batang-batang kayu
yang kecil diikat kepada batang yang lebih besar.
Simpul Balak (Timber Hitch) memulakan ikatan serong.
Simpul manuk memulakan ikatan silang gunting dan ikatan seraya.
Ikatan Pemukat ikatan gadjet yang memerlukan pengantungan. Ikatan ini digunakan
untuk membuat sesuatu loop pada tali.
Whipping mengemaskan tali yang berlebihan.

CONTOH GADGET

RAK KASUT 1

RAK KASUT 2

AMPAIAN 1

AMPAIAN 2

AMPAIAN 3

TONG SAMPAH 1

TONG SAMPAH 2

TIANG BENDERA 1

TIANG BENDERA 2

PAPAN TANDA 1

PAPAN TANDA 2

You might also like