You are on page 1of 17

X PENGENALAN

Sebagai seorang guru yang mengajar Pendidikan Muzik di sekolah sudah


semestinya tidak dapat lari dari mengendalikan kumpulan-kumpulan ensembel
seperti kumpulan pancaragam, ensembel tradisional, koir, nasyid, tarian dan
ensembel kompang. Mengendalikan sebuah kumpulan ensembel bukan sekadar
tahu mengajar bermain alat atau menyanyi semata-mata. Guru mempunyai
tanggungjawab yang besar merangkumi pelbagai aspek seperti pemilihan ahli,
memilih repertoire, merancang jadual, mendapatkan kewangan, memimpin
persembahan dan sebagainya. Kejayaan sesebuah persembahan ensembel bukan
sekadar disebabkan oleh kemampuan ahli-ahli dalam bermain alat menyanyi
semata-mata, kepimpinan guru juga amat penting.

Dalam memimpin kumpulan koir seorang guru itu juga perlu mempunyai
ciri-ciri asas yang perlu difahami oleh seseorang yang bertanggungjawab sebagai
pemimpin. Dalam topik ini kita akan diberikan sedikit pendedahan bagaimana
peranan seorang pemimpin koir dapat menjalankan tugasnya sebaik mungkin.

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

7
7

X
Peranan
Pemimpin
Koir
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin kumpulan koir;
2. Mengendalikan aktiviti latihan koir; dan
3. Menyediakan sebuah kumpulan koir bagi membuat persembahan.
TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR W
105
PEMIMPIN KOIR
Memimpin atau menjadi konduktor dalam sesuatu kumpulan muzik atau koir
bukanlah semata-mata berdiri di depan ahli koir sambil menggoyangkan tangan
sahaja. Ramai yang beranggapan memimpin koir hanya melatih ahlinya
menyanyi sambil berdiri di depan kumpulan koir tersebut. Peranan pemimpin
koir atau dikenali sebagai konduktor koir sebenarnya lebih daripada itu.

Seorang yang berjaya dalam memimpin ensembel koir sebenarnya perlulah
mempunyai ilmu yang formal dalam bidang muzik yang merangkumi:

(a) Mempelajari Teori Muzik
Adalah penting bagi seorang guru muzik untuk mempelajari teori muzik
kerana ianya melibatkan pembacaan notasi. Dengan membaca notasi
muzik, guru dapat melatih koir mengikut penulisan skor dan ianya
menjadi tetap dan tidak berubah-ubah. Jika guru melatih berdasarkan pada
hafalan dan cuba jaya semata-mata, penghasilannya menjadi tidak tetap
dan akan berubah-ubah mengikut ingatan.

(b) Mempelajari Teknik Vokal
Selain daripada memahami teori muzik, guru juga perlu ada kemahiran
teknik dalam mengajar vokal. Teknik vokal dipelajari secara formal di
institusi daripada guru vokal yang berkemahiran. Teknik vokal
merangkumi aspek pernafasan, penghasilan ton, sebutan, postur dan
sebagainya. Dengan memahami dan mempraktikkan teknik yang betul,
seseorang dapat menghasilkan mutu suara yang baik dan seterusnya
menghasilkan kumpulan koir yang bermutu.

(c) Mempelajari Teknik Memimpin Conducting Technique
Memimpin koir yang dimaksudkan di sini ialah peranan konduktor berdiri
di depan kumpulan koir. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, konduktor
bukan setakat menghayunkan tangan mengikut rentak lagu semata-mata.
Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti tempo,
melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada. Pemimpin koir juga perlu
ada kebolehan untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel
dalam bentuk melalui ekspresi tangan, muka dan gamit badan.

(d) Mempelajari Gubahan dalam Vokal
Mempelajari gubahan muzik dan vokal juga perlu dikuasai oleh guru.
Aspek ini membolehkan guru membaca serta menganalisa skor lagu yang
mana ianya penting bagi seseorang sebelum memulakan sesi latihan koir.
Setiap lagu yang dicadangkan untuk dipersembahkan perlu dianalisa,
7.1
X TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

106
dinilai dan disemak dari beberapa sudut untuk memastikan sama ada lagu
tersebut sesuai atau tidak. Kesesuaian lagu bukan hanya pada tajuk atau isi
teks lagu, malah merangkumi aspek-aspek lain seperti bentuk atau form
lagu, melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan, tanda-
tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu dan sebagainya.

(e) Boleh Bermain Alat Muzik terutamanya Piano
Guru koir sebaiknya perlu ada kebolehan bermain piano. Ini kerana
nyanyian melibatkan pic, julat notasi, jeda, harmoni, kord serta gubahan.
Kemahiran bermain piano amat membantu terutamanya bagi sesi-sesi
latihan. Kebolehan guru bermain piano dapat digunakan dalam latihan-
latihan aural, latihan ketepatan pic, jeda, bunyi not-not secara harmoni dan
juga untuk aktiviti pemanasan suara. Kebanyakan guru yang mempelajari
vokal, mereka juga mempelajari asas piano kerana ini amat membantu
mereka dalam mengendalikan latihan koir. Mempunyai seorang pelajar
yang boleh bermain piano juga amat membantu dalam persembahan
kerana guru boleh menumpukan kepada memimpin koir (conducting)
tanpa risau tentang permainan piano.

(f) Mempelajari Pentadbiran Ensembel
Selain daripada tugas berada di depan kumpulan sambil menghayunkan
tangan, seorang pemimpin koir juga perlu tahu terhadap tugas-tugas
pentadbiran dan pengurusan. Terdapat guru yang baik dalam melatih
tetapi mengabaikan tentang kerja-kerja pengurusan yang melibatkan
pemilihan lagu, pakaian, corak persembahan, penjadualan, kebajikan
pelajar dan sebagainya. Sebenarnya aspek pengurusan juga perlu dikuasai
oleh guru walaupun kadangkala tugas ini diberikan kepada rakan
yang lain.
7.1.1 Peranan Pemimpin Koir
Memimpin bermakna satu komunikasi artistik antara pemimpin dan ensembel
yang dipimpin ketika latihan serta ketika sesuatu persembahan berlangsung.
Tugas utama seseorang pemimpin ensembel bukan hanya sebagai ketua yang
memberi isyarat mula dan berhenti, malah adalah untuk menentukan tempo,
memberikan pelbagai isyarat dari permulaan hingga akhir dengan jelas.
Pemimpin juga seorang yang boleh menjadi pendengar yang kritis juga mampu
membentuk bunyi yang dikehendaki dari ensembel yang dipimpin sama ada
orkestra atau koir. Kefahaman tentang elemen-elemen asas dalam muzik seperti
tempo, melodi, irama, dinamik dan artikulasi perlu ada dan juga kebolehan
untuk menyampaikannya secara efektif kepada ensembel dalam melalui ekspresi
tangan, muka dan gamit badan (gesture).

TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR W
107
Di sini dapat kita akan membincangkan beberapa peranan yang perlu guru koir
ambil perhatian dalam mengendalikan sesebuah kumpulan koir.

(a) Perancangan Penubuhan Kumpulan Koir
Seorang pemimpin koir perlu membuat perancangan terlebih dahulu.
Perancangan ini dari dua aspek diri sendiri dan kumpulan. Kita harus ikut
perancangan yang dibuat dan mempunyai tahap disiplin serta menghormati
perancangan yang dibuat bagi kejayaan koir yang ditubuhkan. Disiplin bukan
bermaksud mengikat atau menyusahkan diri sendiri. Disiplin yang guru perlu
utamakan ialah berbentuk kebebasan dalam melaksanakan perancangan.
Menurut Brinson, 1996, Disiplin mental yang diperlukan daripada para
pengarah untuk merancang butiran dan urutan acara bagi hari tersebut akan
memberikan mereka kebebasan melaksanakan persembahan yang lebih efisien
dan berkesan.

(b) Membuat Pemilihan Ahli-ahli Koir
Membuat uji bakat adalah perkara yang dicadangkan bagi memilih ahli-
ahli kumpulan koir. Uji bakat adalah satu sesi penting bagi guru koir untuk
memilih ahli-ahli koir bagi memenuhi kumpulan koir yang hendak
ditubuhkan sama ada kumpulan koir tradisional, patriotik, show choir atau
lain-lain. Perkataan uji bakat atau perkataan yang popular masa kini ialah
audition boleh menjadi satu istilah yang menakutkan peserta kerana
mengganggap ia satu sesi yang sukar dengan pelbagai ujian teknikal
berkaitan dengan vokal yang mungkin pada jangkaan peserta ianya akan
menjadi sukar atau di luar kemampuan peserta. Bagi mengelakkan rasa
kurang berkeyakinan pelajar untuk turut mengambil bahagian dalam sesi
uji bakat ini, guru boleh sertakan perkara-perkara yang akan dilakukan
semasa sesi uji bakat dalam poster yang diedarkan dan nyatakan
keperluan-keperluan bagi peserta. Guru boleh membuka peluang uji bakat
seluas mungkin, agar ramai yang dapat hadir dan mencuba.
Uji bakat perlu:
(i) Dijalankan secara individu.
(ii) Dijalankan dalam kumpulan-kumpulan kecil dan seterusnya dalam
kumpulan peserta yang lebih besar.
(iii) Dilakukan di dalam satu bilik sahaja.
(iv) Dilakukan di dalam beberapa bilik berasingan oleh guru-guru yang
terlibat.
Selain daripada uji bakat, pemimpin koir juga perlu memilih pelajar-pelajar
yang berbakat, berminat, mempunyai ton suara yang berkualiti serta bersikap
positif. Kebolehan kemahiran membaca skor juga amat membantu guru.

X TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

108
(c) Pemilihan Repertoir
Dalam memilih lagu atau repertoire beberapa kriteria perlu guru fikirkan.
Antaranya ialah:
(i) Memahami konsep persembahan yang akan diadakan.
(ii) Berbincang dengan penganjur majlis.
(iii) Memahami kemampuan kumpulan koir dari segi umur, jumlah ahli
koir serta kebolehan menyanyi.
(iv) Memahami kehendak pertandingan jika menyertai pertandingan.
(v) Mengetahui siapa yang akan diraikan.
(vi) Berbincang dengan rakan-rakan yang mempunyai pengalaman untuk
mendapatkan idea.

(d) Menganalisa Skor Lagu
Menganalisa skor lagu juga menjadi perkara penting bagi seseorang guru
koir sebelum memulakan sesi latihan koir. Setiap lagu yang dicadangkan
untuk dipersembahkan perlu dianalisa, dinilai dan disemak dari beberapa
sudut agar lagu tersebut sesuai. Kesesuaian lagu bukan hanya pada tajuk
atau isi teks lagu, malah merangkumi aspek-aspek lain seperti:
(i) Bentuk atau form lagu
(ii) Melodi lagu termasuk julat not-not serta jeda dalam gubahan
(iii) Harmoni lagu yang melibatkan lapisan suara dan juga tekstur suara
(iv) Perubahan-perubahan irama atau rhythm
(v) Tanda-tanda ekspresi dan dinamik dalam lagu
(vi) Menentukan tempat yang bersesuaian bagi pernafasan
Lain-lain kesukaran-kesukaran yang mungkin akan dihadapi semasa
nyanyian seperti latar belakang kumpulan koir dari aspek umur, jantina
dan kaum.

(e) Membuat Latihan Merancang dan Melatih
Guru boleh merancang sesi latihan mengikut disiplin-disiplin yang tertentu
tetapi masih mempunyai kebebasan bagaimana ianya dapat dilaksanakan.
Guru juga perlu peka terhadap umur kanak-kanak yang dilatih agar sesi
latihan yang dirancang tidak begitu ketat dan terikat. Sesekali guru perlu
membuat kejutan seperti mengadakan jamuan hari jadi rakan-rakan koir
semasa latihan atau mengadakan latihan di bawah pokok. Jadikan sesi
latihan sebagai tempat yang menyeronokkan dan menimbulkan rasa minat
untuk pelajar hadir ke sesi ini
TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR W
109
Persediaan latihan perlu dipecahkan kepada enam aspek utama:
(i) Pemilihan ahli koir, jurulatih pembantu dan pemuzik
(ii) Pemilihan repertoire mengikut konsep persembahan
(iii) Penjadualan latihan masa dan tempat
(iv) Aplikasi latihan bagaimana latihan dijalankan
(v) Pemurnian akhir sebelum persembahan
(vi) Raptai persembahan

(f) Membuat Persembahan
Dalam membuat persembahan tiga segmen perlu dilaksanakan:

(i) Sebelum Persembahan
Segala persediaan akhir yang melibatkan mutu koir yang akan
dipersembahkan seperti, raptai akhir, kostum dan hiasan. Pelajar juga
perlu cukup rehat dari aspek fizikal dan mental tanpa sebarang
tekanan. Mereka juga telah dimaklumkan giliran persembahan dan
telah membuat latihan keluar dan masuk pentas.

(ii) Semasa Persembahan
Semasa membuat persembahan, ahli koir sudah selesa dengan posisi,
mengetahui susunan lagu dan seterusnya dapat memberi tumpuan
pada persembahan. Konduktor juga dapat memberi segala tanda
isyarat dengan jelas dan dapat dilihat oleh semua ahli termasuk
pemuzik. Muzik yang dimainkan juga perlu jelas dan dapat didengar
oleh ahli koir.

(iii) Selepas Persembahan
Setelah selesai membuat persembahan, tidak perlulah pemimpin koir
terus membuat ulasan atau memberi pandangan tentang persembahan
tadi secara tergesa-gesa. Perlu diberi peluang kepada ahli koir untuk
berehat dan menenangkan fikiran. Post-mortem boleh dibuat bila
segalanya sudah selesai dan pada masa yang sesuai. Jika ada sebarang
kesilapan tidak perlu diungkitkan sehingga menimbulkan rasa
bersalah terhadap semua ahli.

X TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

110
(g) Membuat Perancangan Peningkatan Kumpulan Koir
Perancangan bagi meningkatkan mutu koir dari aspek persembahan,
pengurusan dan sebagainya juga perlu difikirkan dan dirancang.
Walaupun kumpulan koir anda sangat baik, anda masih perlu membuat
perancangan peningkatan.
7.1.2 Ciri-ciri Seorang Pemimpin Koir
Selain daripada memiliki sifat-sifat seorang guru, seorang pemimpin koir sudah
pastinya perlu mempunyai ciri-ciri lain yang boleh membantunya dalam
pembentukan kumpulan koir. Antara ciri-ciri yang boleh kita senaraikan ialah:
x Mempunyai pengetahuan dalam bidang muzik, khasnya tentang vokal;
x Mempunyai minat terhadap tugas seorang pemimpin koir;
x Mempunyai masa untuk mengendalikan kumpulan koir;
x Mampu merancangkan dari aspek pemilihan ahli, pemilihan lagu,
merancang latihan serta membuat perancangan kumpulan;
x Mampu mengendalikan kumpulan koir mengikut perancangan yang dibuat;
x Mempunyai sikap yang positif terhadap persekitaran, boleh menerima
pendapat serta teguran rakan;
x Mampu membuat gubahan muzik; dan
x Tidak cepat berputus asa.

Ciri-ciri di atas mungkin boleh ditokok tambah atas inisiatif sendiri seperti
mengadakan pertandingan koir, membuat lawatan menonton koir, menyertai
persembahan luar atau pertandingan dan sebagainya.
7.1.3 Faktor-faktor yang Harus Diambil Kira Semasa
Memimpin Pasukan Koir Sekolah
Banyak faktor yang perlu guru ambil kira semasa memimpin kumpulan koir.
Selain daripada apa yang telah dibincangkan pada awal topik ini, mungkin
terdapat beberapa lagi perkara yang harus kita ambil kira bagi memimpin
kumpulan koir. Antara perkara yang boleh disenaraikan ialah:

(a) Penerimaan Rakan Sejawat di Sekolah
Terdapat sebilangan rakan yang kurang senang dengan penubuhan
kumpulan koir sama ada kerana cemburu atau pun mempunyai persepsi
TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR W
111
negatif tentang koir. Terdapat juga guru besar atau pengetua yang bersifat
negatif terhadap koir. Hal ini harus kita tangani sebaik mungkin tanpa ada
sebarang salah faham atau bermasam muka. Guru perlu buktikan bahawa
kumpulan koir mampu memberi kesan positif terhadap pembelajaran
muzik, aktiviti sekolah dan seterusnya menaikkan nama sekolah.

(b) Menangani Masalah Disiplin Pelajar
Guru perlu bijak menangani masalah ponteng latihan, jemu semasa
berlatih, tidak memberi tumpuan semasa latihan. Guru perlu mempunyai
perancangan yang baik agar sesi latihan menjadi menarik dan tidak jemu.
Jika guru terlalu memberi tekanan pressure dalam latihan, akan
membuatkan ahli koir tertekan dan mendatangkan masalah disiplin.

(c) Latihan Memimpin
Ramai yang kurang mengambil perhatian terhadap teknik memimpin
(conducting technique). Sebagai seorang pemimpin juga perlu membuat
latihan individu bagaimana untuk memimpin sesebuah lagu. Ini boleh
dilakukan di hadapan cermin dan juga di hadapan rakan yang mahir.
Latihan perlu dibuat supaya pemimpin mempunyai ketetapan dalam cara
memimpin tanpa berubah-ubah. Jika teknik yang sering berubah akan
mengelirukan ahli-ahli koir.

(d) Mampu Melatih Pemimpin Baru
Selain daripada mahir memimpin, seorang pemimpin koir juga perlu
mampu melatih pelajarnya untuk menjadi konduktor seperti beliau. Ini
akan memberi peluang kepada pelajar yang berbakat dan berminat di
samping melahirkan seorang pemimpin koir yang baru.








AKTIVITI 7.1
Terdapat banyak sekolah yang telah berjaya dalam pertandingan-
pertandingan koir. Pada pandangan anda, apakah aspek-aspek yang
membuatkan sekolah-sekolah tersebut mampu menjuarai pertandingan-
pertandingan yang mereka sertai? Bincangkan.
X TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

112
CARA MENGENDALIKAN SESI LATIHAN
KOIR
Untuk mengendalikan sesi latihan, beberapa perkara perlu dirancang terlebih
dahulu supaya sesi latihan dapat dijalankan mengikut perancangan. Tanpa
perancangan, sesuatu latihan akan menjadi kurang teratur dan kurang berkesan.
Berikut dibincang beberapa aspek yang perlu bagi seorang pemimpin koir
rancang terlebih dahulu sebelum memulakan latihan.

(a) Memilih Hari untuk Sesi Latihan
Guru perlu berbincang dengan pihak pentadbir sekolah, guru-guru
pembantu serta pelajar dalam menetapkan hari serta kekerapan untuk
latihan. Guru tidak sepatutnya hanya melihat kepada jadual peribadi
semata-mata. Terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul jika latihan
dibuat tanpa berbincang dengan pihak-pihak terbabit dan ianya akan
memberi kesan kepada kehadiran ahli dalam latihan. Ibu bapa juga perlu
dimaklumkan tentang jadual latihan kerana kehadiran pelajar juga
melibatkan perancangan masa dan keselesaan ibu bapa. Mungkin terdapat
pelajar yang berbakat dan amat diperlukan dalam koir tetapi pada masa
latihan, pelajar tersebut ada komitmen lain seperti menghadiri kelas tusyen
atau latihan berenang dan sebagainya.

(b) Menetapkan Kekerapan Sesi Latihan
Kekerapan masa boleh ditetapkan dari awal dalam membuat perancangan
penubuhan koir. Guru boleh menetapkan seminggu sekali pada waktu-
waktu yang dirancang bersama pihak kokurikulum sekolah. Latihan
mingguan ini melibatkan ahli-ahli yang dipilih awal dalam kelab koir
melalui sesi uji bakat atau pilihan sendiri oleh pelajar. Kekerapan hari
latihan mingguan semestinya sudah sedia dimaklumkan kepada pelajar
dan ibu bapa dan berkemungkinan tiada masalah. Latihan seminggu sekali
biasanya dalam dua jam seminggu melihatkan perancangan program
latihan yang dirancang awal.
Yang menjadi masalah ialah apabila guru perlu menambah hari serta
kekerapan latihan disebabkan oleh keperluan persembahan yang
diarahkan secara mengejut. Guru terpaksa membuah latihan tambahan
secara intensif bagi keperluan sebegini. Lima aspek yang dinyatakan di atas
perlu guru fikirkan agar latihan menjadi efisien dan berjaya. Guru juga
perlu memaklumkan kepada pihak ibu bapa tentang jadual latihan intensif
yang akan diadakan.

7.2
TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR W
113
(c) Tempat Latihan Koir
Tempat latihan boleh ditentukan oleh pihak sekolah. Bagi sekolah yang
mempunyai bilik muzik yang khas latihan boleh dijalankan di situ. Namun
begitu jika kumpulan koir ramai ahlinya berkemungkinan tempat itu tidak
sesuai lagi. Latihan boleh dijalankan di dewan, di bilik darjah yang disusun
atur semula atau di ruang-ruang yang selesa.
Namun begitu beberapa aspek yang perlu guru pertimbangkan dalam
menentukan tempat ialah seperti:
(i) Keselesaan semasa latihan, tidak panas dan berhimpit-himpit
(ii) Mempunyai peralatan seperti alat muzik iringan dan radio
(iii) Tiada gangguan bising dari luar seperti bunyi kenderaan di jalan raya
tanpa henti-henti atau berhampiran kilang
(iv) Tiada gangguan pelajar yang tidak terlibat di sebelah luar bilik latihan
(v) Tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas
bersebelahan
7.2.1 Latihan Memanaskan Suara
Aktiviti memanaskan suara merupakan aktiviti yang mesti dibuat sebelum
latihan dan sebelum persembahan. Bagi sesi latihan terdapat pelbagai teknik
boleh guru buat. Terdapat banyak buku-buku rujukan yang boleh diguna dan
dipraktikkan. Pemanasan vokal penting kerana ia banyak mempengaruhi kualiti
nyanyian kita. Antara latihan vokal yang boleh dijalankan adalah seperti berikut:

(a) Ah (aw). Gunakan bunyi y di depan bunyi vokal tadi. Kesan latihan ini
dapat mempertingkatkan attack dan kesan natural dalam nyanyian.

(b) Kombinasi OO.. dan AH
Menenangkan rahang dengan kombinasi vokal ah dan konsonan n dan w.

X TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

114
(c) Vokal OO dan AW untuk suara kepala.

(d) Suara kepala ke pic yang rendah.

7.2.2 Latihan Pernafasan
Terdapat pelbagai aktiviti latihan pernafasan. Latihan pernafasan boleh dibuat
sama ada melatih mengendalikan sistem pernafasan bagi sesuatu vokal yang
panjang, pendek, terhenti-henti dan sebagainya. Latihan pernafasan juga boleh
dibuat dengan merujuk pada lagu yang akan dipersembahkan. Jika lagu tersebut
mempunyai not-not stacatto iaitu not-not yang terputus-putus, latihan
pernafasan boleh dibuat dengan merujuk pada frasa-frasa tersebut.

Dengan membuat latihan di atas, ianya juga dapat melatih pelajar dalam
pernafasan. Guru boleh menambah sesi latihan dengan pelbagai teknik yang
bersesuaian dengan umur serta kemampuan ahli koir.
7.2.3 Latihan Mengikut Bahagian Suara dan Secara
Keseluruhan
Secara asasnya, guru vokal sedia memahami tentang bahagian-bahagian suara
dalam kumpulan koir. Terdapat perbezaan suara lelaki dan perempuan
mengikut umur serta mengikut kematangan peribadi. Terdapat juga teknik-
teknik bagi menghasilkan sesuatu renj suara yang boleh dilatih dan dipraktikkan
oleh guru dalam latihan.

Suara kepala adalah salah satu register yang terdapat pada vokal manusia. Suara
kepala dihasilkan bila satu set otot tekak mengawal mekanisme vokal untuk
menyanyi pada register tinggi. Rongga di bahagian kepala akan memberi kesan
gema yang mana akan menghasilkan bunyi yang tinggi. Ini menghasilkan
TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR W
115
mekanisme bunyi yang ringan. Penggunaan suara kepala menghasilkan kesan
yang baik dan sihat. Ia menghasilkan suara yang jelas, kualiti seakan alat tiup
kayu serta membunyi renj yang luas daripada suara dada.

Suara dada pula dihasilkan bila rongga di bahagian dada merupakan alat
resonan. Suara dada boleh merosakkan suara penyanyi kanak-kanak jika ia
dihasilkan dengan pernafasan yang tidak betul. Walaupun suara dada boleh
dihasilkan secara sihat namun ia tidak digalakkan untuk penyanyi permulaan
memandangkan ia melibatkan transisi vokal yang kompleks dalam nyanyian.
Kepada seseorang pelajar suara dada dikaitkan dengan kebanyakan muzik
semasa atau muzik popular. Ia dielakkan untuk nyanyian secara koir. Renj suara
dada adalah kecil dari segi penggunaannya.

Bila menyanyi kita hendak mengenal pasti di mana titik perubahan (break)
dalam register. Titik perubahan ini perlu jelas kepada pelajar agar mereka dapat
menguasai bagaimana untuk menukar register suara dalam nyanyian. Dengan
mengetahuai perkara ini anda akan sentiasa bersedia untuk menyanyikan not
dengan betul dan akan mengurangkan masalah dalam pertukaran register.

Beberapa latihan boleh dijalankan untuk meningkat penguasaan dalam nyanyian
menggunakan register yang betul. Ton yang dihasilkan mestilah:
Jelas, resonan dan pernafasan betul;
Menghasilkan nyanyian menggunakan register licin; dan
Hasilkan sesuatu ton yang tidak tegang dan relaks.

(i) Register suara untuk perempuan:


Ini merupakan bahagian pembahagian-bahagian suara

Register Dada
Register Kepala
X TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

116
(ii) Register suara untuk lelaki:


Bahagian pembahagian suara

Bila anda menyanyi, adakah anda menghadapi masalah sakit dan serak atau
hilang tenaga untuk menyanyi not yang sukar? Jangan merasa itu sebagai suatu
yang pelik kerana perkara ini adalah suatu yang biasa berlaku sekiranya kita
memahami tentang penggunaan register suara dalam nyanyian. Register suara
adalah seperti fungsi gear pada kereta. Untuk kelajuan yang tertentu ia akan
melibatkan perubahan pada jenis gear yang digunakan.

Latihan 1:

Rujuk gambar rajah di bawah:


Kumpulan koir lelaki akan menyanyi dengan bukaan suara luas dengan
menyebut AH...

Selepas itu perempuan pula menyanyi meniru seperti suara lelaki dengan
menyanyikan bunyi yang sama seperti lelaki dan menghasilkan bunyi ton yang
sama (bukan satu oktaf lebih tinggi). Biarkan bunyi itu dihasilkan. Rasakan
ketegangan yang berlaku di bahagian kerongkong dan rahang kita.

Seluruh kelas akan menyanyikan petikan tadi dengan bunyi yang seragam.
Perempuan menyanyi menggunakan suara dada.

Register Dada
Register Kepala atau falsetto
TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR W
117
Latihan 2:

Kemudiannya perempuan akan menyanyikan petikan skor di atas, dengan vokal
yang jelas, bulat dan vokal OO......

Kemudian ahli koir lelaki akan menyanyi not yang sama dengan bunyi yang
sama bukan satu oktaf ke bawah untuk mengelakkan pic yang terlalu tinggi. Ahli
koir lelaki akan menyanyi dengan cara falsetto untuk memastikan bunyi yang
sama seperti perempuan. Penghasilan suara melalui kerongkong hendaklah
relaks sepenuhnya.

Semua anggota koir akan menyanyi bersama dengan bunyi yang seragam.

Semua lelaki dan perempuan akan menyanyi latihan seperti di atas.

Pastikan bagaimana untuk menghasilkan nyanyian yang licin tanpa
menampakkan ada tempat pemisahan di antara not rendah dan tinggi serta
tinggi ke rendah. Hasil ton yang dikehendaki adalah tanpa terhasilnya bunyi slur
pada dua not tersebut.


SEMAK KENDIRI 7.1
1. Terdapat juga teknik-teknik nyanyian lapisan suara seperti
nyanyian lapisan suara drone. Apakah yang dimaksudkan dengan
nyanyian begini dan bagaimana ianya dipraktikkan?
2. Dalam kumpulan cuba nyanyikan lagu Wau Bulan dengan
teknik nyanyian lapisan drone.
X TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

118
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN
KOIR UNTUK PERSEMBAHAN
Selain daripada membuat latihan, merancang jadual dan sebagainya, aspek yang
tidak kurang pentingnya yang perlu guru ambil kira bagi sesebuah persembahan
ialah memilih lagu atau repertoire yang bersesuaian. Beberapa kriteria perlu
guru fikirkan. Antaranya ialah:
Memahami konsep persembahan yang akan diadakan.
Berbincang dengan penganjur majlis yang akan diadakan.
Memahami kemampuan kumpulan koir dari segi umur, jumlah ahli koir
serta kebolehan menyanyi.
Memahami kehendak pertandingan jika menyertai pertandingan.
Mengetahui siapa yang akan diraikan.
Berbincang dengan rakan-rakan yang mempunyai pengalaman untuk
mendapatkan idea.
7.3.1 Raptai Penuh
Ramai yang menganggap raptai sebagai memenuhi kehendak penganjur semata-
mata, iaitu bagaimana hendak masuk dan keluar pentas. Anggapan ini adalah
silap. Raptai amat penting bagi membuat persembahan muzik terutamanya
persembahan koir yang mempunyai bilangan ahli yang ramai serta memerlukan
persediaan teknikal yang rapi. Ahli-ahli koir perlu diberi peluang untuk raptai
bagi tujuan penyesuaian tempat dan bukan sekadar membuat latihan keluar
masuk pentas. Selain daripada penyesuaian tempat, koir memerlukan teknik dan
mikrofon yang baik dan sesuai, jarak pemimpin yang sesuai serta peralatan
muzik yang sudah diuji sama ada piano atau pemain CD.
7.3.2 Tempat Persembahan
Bagi persembahan koir, tempat yang bersesuaian semestinya di sebuah dewan
atau auditorium yang mempunyai sistem bunyi yang lengkap serta sistem
akustik yang baik. Namun begitu, persembahan koir boleh berlaku di mana
sahaja mengikut penganjuran majlis. Ia boleh berlaku di dewan yang tidak
mempunyai sistem kalis bunyi, di padang, di stadium dan sebagainya. Oleh itu,
amat penting bagi kumpulan membuat latihan atau raptai di tempat tersebut
sebelum membuat persembahan.

7.3
TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR W
119
7.3.3 Peralatan yang Akan Digunakan
Secara tradisionalnya, ramai guru menganggap koir semestinya di dalam
kumpulan empat suara iaitu soprano, alto, knor serta bass (SATB) dan diiringi
piano. Anggapan ini mungkin kurang tepat kerana koir tidak semestinya bersifat
begitu. Ia boleh dijalankan dengan satu, dua atau tiga suara ataupun lebih
daripada empat suara. Alat muzik yang digunakan tidak semestinya sebuah
piano akustik. Koir boleh diiringi dengan piano elektrik, piano digital ataupun
dengan alat-alat lain seperti gitar atau muzik minus-one daripada CD.

Bagi sekolah yang berkemampuan, kumpulan koir boleh diiringi dengan
kumpulan kombo, orkestra atau brass-band. Bagi yang sudah mahir, kumpulan
koir juga boleh dipersembahkan tanpa iringan alat muzik iaitu secara acappela.
Kepercayaan perlunya koir dengan iringan piano adalah tidak tepat. Guru perlu
memperluaskan penampilan koir dengan keberanian mempraktikkan iringan
alat-alat lain seperti menggunakan alat iringan seperti gamelan atau muzik asli.


Seorang pemimpin koir bukan setakat berdiri di depan ahli-ahli koir sambil
membuat gerakan tangan semata-mata.

Pemimpin koir juga perlu mempunyai ciri-ciri tertentu.

Persediaan dan perancangan dalam penubuhan koir perlu dibuat sebelum
menubuhkan koir.

SEMAK KENDIRI 7.2
Terdapat sebilangan guru besar atau pengetua yang berminat untuk
mempunyai kumpulan koir di sekolah mereka. Malangnya tiada guru
yang berkemampuan mengendalikan apatah lagi untuk memimpin
sebuah kumpulan koir di sekolah.
(a) Apakah langkah yang boleh anda lakukan jika keadaan ini
berlaku?
(b) Bincangkan cadangan-cadangan yang sesuai dilakukan bagi
merealisasikan impian sesebuah sekolah dalam menubuhkan
sebuah kumpulan koir.
X TOPIK 7 PERANAN PEMIMPIN KOIR

120
Pemimpin yang baik bukan setakat mempunyai pengetahuan muzik semata-
mata. Kebolehan memimpin dan merancang juga penting.

Persediaan bagi sesuatu persembahan perlu diambil kira dari persediaan
awal, semasa persembahan dan selepas persembahan.

Kumpulan koir bukan nyanyian empat suara SATB dan diiringi oleh piano
semata-mata.


Acappela
Drone
Minus-one
Nyanyian semerta
Register dada
Register kepala
SATB
Skor lagu
Staccato


Brinson, B. (1996). Choral music: Methods and materials. United States: Schirmer
Thomson Learning.
Combs, R. (1995). Learning how to sing non classical music. New Jersey: Prentice
Hall Inc.
Crocker, E., & Eilers, J. (1990). The choral approach to sight-singing. Milwaukee,
WI: Hal Leonard Corp.
Garretson, R. L. (1993). Choral music: History, style, and performance practice.
New Jersey: Prentice Hall Inc.
Hotchkiss, G. G. (2005). Music makers: A guide to singing in a chorus or choir
with a short history of Choral Music. Tennessee: Lightning Source Inc.
Miller, R. (1996). The structure of singing: System and art in vocal technique.
New York: Mc Millan Inc.
Russell, S. (1998). Choral singing style. Hal Leonard Publishing Corporation US.

You might also like