You are on page 1of 1

1. Berikan definisi kata akar, kata dasar dan kata tunggal.

2. Jelaskan persamaan dan perbezaan antara ketiga-


tiganya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kata akar ialah perkataan asal, iaitu yang tidak mempunyai imbuhan. Contohnya perkataan
rumah.
Kata dasar ialah perkataan yang menjadi dasar dalam sesuatu perkataan sama ada perkataan
itu telah menerima imbuhan atau belum menerima imbuhan. Contoh pakai menjadi pakaian.
Kata akar bagi perkataan berpakaian ialah pakai. Manakala kata dasarnya ialah pakaian.
Kata tunggal ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami
proses penggandaan dan perangkaian. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan
dua atau lebih suku kata.
Persamaan bagi tiga jenis kata ini ialah tidak menerima sebarang imbuhan pada awal
pembentukannya. Contohnya, kata dasar juga boleh wujud sekiranya tidak menerima
imbuhan dan kata tunggal boleh berdiri sendiri tanpa menerima imbuhan dan kata akar juga
langsung tidak menerima imbuhan.
Perbezaan bagi tiga jenis kata ini pula ialah kata akar boleh menjadi kata dasar tetapi
kata dasar tidak semestinya terdiri daripada kata akar. Kata tunggal pula merupakan kata
sempurna boleh berdiri sendiri.

Sekian, terima kasih.

You might also like