You are on page 1of 1

Bagaimana Bahan dan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Dapat Digunakan

Secara Berkesan

Bahan bantu mengajar yang digunakan di dalam bilik darjah seharusnya dapat
menarik minat murid untuk belajar dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan.
Sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mampu menghilangkan rasa
bosan dan tekanan dalam diri murid-murid. Antara bahan bantu mengajar yang boleh
digunakan oleh guru ialah LCD, komputer, kad imbasan, video, gambar dan
sebagainya.

Bagi sekolah yang saya kunjungi selama 1 minggu ini, guru kebanyakannya
menggunakan kaedah kad imbasan dan mempamerkan hasil kerja yang telah dilakukan
oleh murid-murid di papan kenyataan yang telah disediakan. Guru dan murid akan
menukar bahan yang dipamerkan pada setiap minggu. Oleh yang demikian, murid akan
dapat mengetahui maklumat atau isu semasa yang berlaku sama ada di sekolah,
negara atau luar negara. Selain itu, hasil kerja yang terbaik yg dilakukan oleh murid
turut di pamerkan bagi menaikkan semangat murid untuk mempertingkatkan diri dan
bersaing untuk mendapatkan penghargaan.

Seterusnya, bahan bantu mengajar yang lazim digunakan oleh guru disekolah ini
ialah menggunakan buku teks atau buku latihan tambahan. Kaedah ini merupakan
kaedah tradisional yang telah diguna pakai sejak bertahun yang dulu. Justeru, bahan
batu mengajar seperti LCD dan komputer tidak dibekalkan kepada guru-guru. Guru
yang ingin menggunakan kemudahan ini perlu membelinya sendiri atau membawa
murid ke dalam bilik tayangan atau makmal komputer.

You might also like