You are on page 1of 8

BAB 7

RANCANGAN SALIRAN SELABAK UTARA DAN


SELABAK SELATAN

7.1.

Pengenalan Kepada Saliran


Saliran ialah salur yang mengeluarkan dan membuang air hujan yang berlebihan

dari permukaan tanah bagi mencegah banjir, merendah dan mengawal paras air untuk
keperluan tanaman dan bagi memperbaiki laluan ke sesuatu kawasan. Saliran berfungsi
sebagai :
i.

Sebagai pengurusan air muka bumi yang mana bertujuan untuk membuang
air takungan dan air lebihan dengan segera teutama pada musim
tengkujuh.

ii.

Untuk mencegah banjir dan masalah lain seperti kerja penyelenggaraan


ladang, meracun, membaja serta mengambil dan mengangkut hasil
tanaman.

iii.

Untuk menyimpan air hujan di dalam parit ladang pada paras yang
dikehendaki supaya boleh digunakan pada musim cuaca panas.

iv.

Untuk menahan air lebihan dari sungai dan juga air masin daripada masuk
ke dalam kawasan pertanian semasa air pasang dengan benteng dan pintu
kawalan air pasang surut.

Infrastruktur-infrastruktur saliran adalah parit, jalan ladang, ban, pintu kawalan air
pasang surut, rumah pam dan weir. Terdapat beberapa jenis parit seperti parit utama, parit
pembuang, parit cabang, parit pinjam, parit keliling dan parit ladang.

Rajah 17 : JalanLadang

59

Rajah 18 : Parit
7.2.

LATAR BELAKANG
Jabatan Pengairan dan Saliran Hilir Perak menyelenggara sebanyak 24 rancangan

saliran sekitar Daerah Hilir Perak. Antara kawasan-kawasan yang yang terlibat dengan
rancangan ini ialah Rancangan Saliran Bagan Datoh, Rancangan Saliran Sg. Bangsi,
Rancangan Saliran Air Hitam, Rancangan Saliran Durian Sebatang dan lain lain.
Projek ini berdasarkan kajian kes iaitu Masalah Sistem Saliran di Kampung
Selabak yang mana melibatkan Rancangan Saliran Durian Sebatang secara amnya dan
Rancangan Saliran Selabak Utara dan Selatan, khasnya. Rancangan Saliran Durian
Sebatang meliputi 6825 ekar, termasuk Bandar Teluk Intan, Kampung Durian Sebatang,
Kampung Bahagia, Hospital Teluk Intan, Kampung Selabak, Kampung Banjar, Padang
Tembak dan Batak Rabit.
Fokus utama projek ini adalah di Rancangan Saliran Selabak Utara dan Selatan,
yang mana mempunyai keluasan sebanyak 671 ekar dan merupakan sub-skim Rancangan
Saliran Durian Sebatang. Kawasan ini merupakan satu kawasan landai dan bertanah
gambut. Kampung Selabak adalah salah sebuah daripada kampong-kampung yang
terdapat dalam Mukim Durian Sebatang, Daerah Hilir Perak. Terletak kira-kira 8
kilometer dari Bandar Teluk Intan dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit seperti Ladang
Selabak, Ladang Mah Kee Mun, Ladang Joo Siang dan lain-lain. Kampung-kampung
jiran ialah Kampung Banjar, Kampung padang Tembak dan Kampung Changkat Jong.
60

Majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu, manakala terdapat kelompok


orang Cina di kawasan tanaman rambutan laici dan orang India di kawasan Ladang
Kelapa Sawit. Di sini, kebanyakan pekebun kecilnya menanam kelapa sawit, nanas dan
dusun buah-buahan.
Kemudahan asas yang telah disediakan dan dibina di kawasan Rancangan Saliran
Selabak Utara dan Selatan adalah seperti berikut :-

Rajah 19 : Parit Pendalaman : 16.33Km

Rajah 20 : Jalan Ladang : 4.48Km

61

Rajah 21 : Pintu Kawalan : 1 Buah

Rajah 22 : Titi Kayu :


7.3.

KAJIAN KES MASALAH SISTEM SALIRAN DI KAMPUNG SELABAK


Hasil kajian yang telah dilakukan untuk menyiapkan prijek ini, berikut merupakan

masalah system saliran di Kampung Selabak :


i.

KEADAAN MUKA BUMI KAWASAN


Keadaan muka bumi Kampung Selabak yang rendah dan berbentuk
kawah, menyebabkan air di saliran tidak dapat mengalir dengan cepat ke
kolam takungan. Secara teorinya, paras air sungai adalah sama aras dengan
aras air di saliran kampung. Namun keadaan bertambah buruk disebabkan
62

kebanyakkan aras tapak penempatan atau kawasan pertanian adalah hampir


sama dengan aras kedalaman parit. Hal ini telah menyebabkan penempatan
penduduk kampung dan kawasan pertanian dibanjiri air kerana sifat air adalah
mengalir dari tempat tinggi ke rendah.

ii.

TIADA PARIT PENDALAMAN / CABANG DI KAWASAN


PERTANIAN
Kawasan pertanian di Parit Hj. Alias, Parit Suhud dan Parit Mualap

tidak mempunyai sistem perparitan yang sistematik disebabkan tiada jalan


yang mampu menampung berat jentera berat untuk kerja-kerja mengorek
parit. Hal ini kerana kebanyakan kawasan ini hanya mempunyai jalan ladang,
selain

ia

melibatkan

tanah

orang

perseorangan.

Ketiadaan

parit

cabang/pendalaman telah menyebabkan air hujan yang bertakung di parit-parit


tidak dapat disalirkan keluar lalu menenggelami kawasan pertanian dan
kawasan rendah.

iii.

TIADA PERSEMPADANAN ANTARA KAMPUNG DAN LADANG


KELAPA SAWIT

a. Ketiadaan persempadanan yang nyata melainkan parit ladang telah


mengakibatkan pengurusan saliran sukar dijalankan.

b. Ketiadaan ban tebatan banjir antara ladang dan kampung telah


menyebabkan air dari ladang mudah masuk ke kawasan kampung
yang sememangnya kawasan tanah rendah.

63

iv.

SIKAP PIHAK YANG TERLIBAT


a. Penduduk Kampung

Membuang sampah dalam parit menyebabkan aliran air


dalam parit menjadi lambat dan tidak lancar.

Memasang culvert untuk titi kampung tidak mengikut


saiz piawaian dan menyebabkan aliran air lambat.

Memasang culvert tidak searas atau lebih tinggi dari paras


air parit menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan
lancar.

Tindakan segelintir remaja mencuri besi dan menutup pintu


kawalan air pasang surut boleh mengakibatkan kerosakan
teknikal pintu kawalan air pasang surut dan mengurangkan
efisensi pintu kawalan tersebut semasa air saliran penuh.

b. Pembangunan Luar Bandar (PLB)

Merekabentuk dan membina infrastruktur saliran seperti


jambatan (Medium Traffic Bridge), jalan ladang dan lain
lain tanpa meminta pendapat dan merujuk pihak JPS.

Sebuah MTB yang dibina di lorong Kampung Banjar,


mempunyai tiga tiang yang telah menyebabkan sampah
tersangkut dan aliran air terganggu.

64

v.

SISTEM SALIRAN YANG KURANG EFISEN

Kedudukan Kampung Selabak yang dikelilingi oleh ladang ladang


kelapa sawit telah mendatangkan masalah yang mana air dari parit pembuang
ladang akan melimpah apabila musim hujan dan menenggelami kawasan
pertanian dan tanah rendah. Air dari parit pembuang ladang ladang ini
sepatutnya mengalir ke Sungai Jelawat, namun masalah timbul apabila hujan,
air dari parit tersebut masuk ke parit parit kampung.,

65

You might also like