You are on page 1of 2

ULASAN

Projek ini bertujuan untuk mengenali dan mendalami pengetahuan saya mengenai adat
perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Cina di negara kita. Melalui kerja kursus ini, saya
juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan dekat tentang pelbagai jenis adat
perkahwinan dan bagaimana ianya diadakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sebelum,
semasa dan selepas sesuatu perkahwinan.
Saya juga dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang upacara adat, tujuan serta
peralatan semasa perkahwinan kaum Cina diadakan. Dari bahan-bahan yang saya peroleh, saya
dapat mengenal pasti pantang-larang yang terdapat semasa perkahwinan ini.
Saya telah menggunakan beberapa keadah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini. Keadah yang digunakan dalam menjalankan kajian ini ialah
pemerhatian. Keadah ini digunakan untuk mengenal pasti adat perkahwinan masyarakat Cina.
Selain itu, pemerhatian dijalankan untuk melihat upacara perkahwinan masyarakat Cina.
Temu bual dijalankan untuk mendapat maklumat tentang adat perkahwinan Cina. Melalui
keadah ini, kita boleh mendapat maklumat sebenar tentang adat perkahwinan masyarakat Cina.
Akhir sekali, saya juga merujuk kepada buku-buku, surat khabar lama, internet dan
sebagainya. Keadah ini boleh dilakukan untuk mendapat fahaman tentang latar belakang adat
perkahwinan masyarakat Cina.
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT CINA
LATAR BELAKANG ADAT PERKAHWINAN
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar
dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan
melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi
yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya.
Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat
dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit
iaitu perkahwinan yang diatur sama ada oleh ibu bapa atau orang tengah (mei-ngin) dan implicit
iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih
pasangan masing-masing. Pada asanya adat resam perkahwinan masyarakat Cina merangkumi
peningkatan merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.
UPACARA AWAL PERKAHWINAN
Perkahwinan Cina menjadi satu adat resam antara tahun 40a-a21SM. Sebelum zaman moden,
perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin
perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk
pembiakan dan nama baik keluarga serta keperluan bapa dan suaminya.

You might also like